The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fiqahibrahim6, 2022-03-05 08:39:06

Pantun keagamaan dan pemikiran

Pantun keagamaan dan pemikiran

Pre-K

BMMB 3052 SENI DALAM
PENDIDIKAN: PANTUN DAN

PEMIKIRAN

Tema: Pantun Keagamaan

Pantun &

pemikirannya

• Pantun
• Maksud pantun
• Ciri-ciri pantun
• Nilai dan pengajaran
• Pemikiran

Ciri-ciri pantun

❑ Sebuah pantun wujud dalam satu rangkap yang sempurna dari segi
maknanya.

❑ Setiap rangkap pantun terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian
pembayang dan satu lagi bahagian maksud.

❑ Bagi pantun empat kerat, baris satu dan dua adalah pembayang,
manakala baris tiga dan empat adalah maksud.

❑ Bagi pantun dua kerat pula, baris pertama adalah pembayang dan baris
kedua adalah maksud

❑ Setiap baris dalam pantun mempunyai 4 hingga 5 perkataan.
❑ Setiap baris dalam pantun juga mempunyai 8 hingga 12 suku kata.
❑ Rima atau bunyi akhir di hujung baris adalah sejajar.
❑ Bagi pantun dua kerat rima akhir dalam bentuk 'a,a’.
❑ Bagi pantun empat kerat pula, rima akhir berbentuk 'a,b,a,b'.

Pantun Agama

Rangkap 1 Maksud

Hanya singgah sekejap masa, Kekuatan
menangkap ikan di hujung rawa. manusia terletak
Kuat gagah insan manusia, ketika ia mampu
saat taklukan bisikan hawa. mengendalikan
hawa nafsunya.

Pemikiran pantun

Larangan terlalu mengikut hawa nafsu. Secara umumnya
manusia memang mempunyai nafsu dan perlu memenuhi
keperluan nafsu. Gambaran pantun di atas adalah nasihat
supaya jangan terlalu mengikut hawa nafsu kerana
perlakuan tersebut boleh menyebabkan satu akibat yang
buruk. Contohnya seorang yang memerlukan makanan
mungkin akan mendapat penyakit sekiranya makan
berlebih-lebihan.

Pantun Agama

Rangkap 2 Maksud

Ikan rawa dibeli bidan, Kekuatan yang besar
Ikan sepat amat lebarnya. adalah kesabaran.
Kuat jiwa bukan di badan, Kesabaran dapat
kuat kerana tinggi sabarnya.
mengalahkan hal-hal
yang sukar untuk

diluluhkan mahupun
diatasi dengan pelbagai

cara.

Pemikiran pantun

Di sebalik setiap musibah yang menimpa manusia itu
sebenarnya mempunyai hikmah yang tertentu. Sabar ialah
salah satu akhlak yang mulia disisi setiapm agama. Orang
yang memiliki sifat sabar akan sentiasa tenang, tenteram,
mampu menahan diri dari bencana dan ujian serta
mepunyai daya juang dan ketabahan yang utuh dalam
semua keadaan. Contohnya, seseorang ditimpa musibah
atau bencana terhadap dirinya, dia tidak mudah melenting
malah menerima seadanya ujian dan musibah yang
menimpa dirinya malah menganggap bencana itu sebagai
ujian kehidupan.

Pantun Agama

Rangkap 3 Maksud

Daun talas hijau warnaya, Ikhlas adalah syarat utama
Saat ditumis enak rasanya, diterimanya suatu amal.
Jika keikhlasan tidak lagi
Jika ikhlas hilang di jiwa, dimiliki saat beramal
Segala amal akan sia-sia maka perbuatan tersebut
hanyalah sia-sia dan tidak
mendapat pahala dari
Tuhan.

Pemikiran pantun

Kehadiran sifat ikhlas dalam diri seseorang individu akan
mempengaruhi segala amalan yang dilakukannya. Dalam
pantun ini, pengarang ingin meyampaikan kepada
pembaca tentang keikhlasan akan membentuk jiwa yang
kental, tidak mudah mengalah dengan ujian dan
kepayahan. Sekiranya kecewa pada sesuatu masa, jiwa
yang ikhlas akan segera terubat kerana yakin setiap yang
berlaku ada hikmah di sebaliknya. Dalam Islam, perkara
paling dasar adalah mengikhlaskan diri kepada Allah
sebagai syarat utama diterimanya amal ibadah.

Pantun Agama

Rangkap 4 Maksud

Anak ayam turun sepuluh, Laksanakan solat untuk
Mati seekor tinggal Sembilan, mendapat keampunan
Bangun pagi sembahyang subuh, daripada-Nya kerana itu
Minta ampun kepada Tuhan
merupakan
tanggungjawab utama

bagi Umat Islam

Pemikiran pantun

Berdasarkan rangkap pantun di atas, pengarang ini
menyampaikan bahawa umat Islam disuruh untuk
menunaikan sembahyang subuh untuk mendapatkan
keampunan daripada-Nya. Di sini pengarang menyuruh
pembaca untuk tidak leka dalam melaksanakan
tanggungjawab sebagai seorang yang beragama Islam.
Oleh itu, nilai tanggungjawab hendaklah ada dalam diri
seseorang agar seseorang itu mendapat penghormatan
daripada orang lain.

Persoalan Pantun

Persoalan tentang Persoalan tentang
kebijaksanaan sesorang kesabaran dalam
dalam mengawal hawa menghadapi ujian dan

nafsu musibah

Persoalan tentang Persoalan tentang
keikhlasan dalam melakukan tanggungjawab dalam
sesuatu perkara atau ibadah melakukan ibadah dan
mendapatkan keampunan

NILAI DAN PENGAJARAN

Rangkap 1 Rangkap 2 Rangkap 3 Rangkap 4

Rasional Kesabaran Keikhlasan Tanggungjawab

a) Kita b) Kita mestilah sabar c) Kita hendaklah d) Kita hendaklah

hendaklah bijak dalam menghadapi ikhlas dalam setiap tidak lalai

mengawal segala ujian dan perkara yang melaksanakan
dugaan yang
hawa nafsu dilaksanakan supaya tanggungjawab

menimpa diri bagi setiap perkara yang dalam ibadah

dalam sesuatu menanamkan dilakukan diberikan dengan sebaik

perkara supaya kekuatan dalam diri ganjaran pahala. mungkin bagi

tidak menyesal mendapatkan

kelak keampunan-Nya


Click to View FlipBook Version