The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by swanlieyn, 2022-03-20 03:18:19

program orientasi tingkatan 1

program orientasi tingkatan 1

PROGRAM
ORIENTASI
TINGKATAN 1

SMK PUNCAK ALAM 3

TARIKH: 21-25 MAC 2022



TEMPAT: KEDIAMAN MASING-MASING



MEDIUM: GOOGLE MEET

PENGENALAN




Murid-murid yang baru menjejakkan kaki ke alam sekolah menengah
akan merasakan perbezaan ketara dari segi pengalaman dan
pembelajaran mereka di sekolah rendah. Perubahan ini perlu mereka
lalui kerana mereka berada di persekitaran persekolahan yang
berbeza. Para pelajar ini akan merasakan perbezaan dari segi
pergaulan dengan rakan-rakan baru, guru-guru baru, pakaian
seragam baru, suasana dan tempat baru dan yang paling ketara
adalah pertambahan matapelajaran yang lebih banyak berbanding di
sekolah rendah. Justeru itu, bagi memudahkan pelajar melalui
perubahan tersebut, program orientasi pelajar dirangka. Pelbagai
aktiviti pelajar dirancang untuk mereka lebih mengenali persekitaran
sekolah, menyesuaikan diri dengan rakan-rakan baru, memahami
mata pelajaran yang akan dipelajari, mengetahui sumbangan yang
boleh dipohon dan pelbagai maklumat lagi yang boleh diketahui. Oleh
itu, diharapkan pendedahan yang diberi di dalam program ini dapat
mendorong pelajar berusaha untuk mencapai kecemerlangan.

OBJEKTIF

- Memberi pendedahan kepada pelajar baru tentang alam
persekolahan sekolah menengah.

- Memastikan para pelajar baru dapat menyesuaikan diri dengan
sistem pembelajaran dan persekitaran sekolah menengah

- Melatih pelajar untuk bermotivasi ke sekolah

JAWATAN KUASA PROGRAM
ORIENTASI TINGKATAN 1/2022



LAGU SEKOLAH

SMK PUNCAK ALAM 3

SMK PUNCAK ALAM TIGA
BERDIRI GAGAH DAN MEGAH
GURUNYA BERDEDIKASI
MENDIDIK KAMI ERTI INSANI

MELAHIRKAN INSAN GEMILANG
PEWARIS BANGSA TERBILANG
AGAMA MENJADI PEGANGAN
RUKUN NEGARA JADI PEDOMAN

BERILMU, BERAKHLAK, CEMERLANG
SMK PUNCAK ALAM TIGA
BAKTI GURU, AYAH DAN IBU
SENTIASA KAMI SANJUNGI

SMK PUNCAK ALAM TIGA
MAJULAH ! MAJULAH ! MAJULAH !
SEMARAK SEMANGAT WAJA
KAMI ANAK BANGSA BERJAYA


Click to View FlipBook Version