KERTAS KERJA
PROJEK MENAIKTARAF BILIK
REFLEKSOLOGI PROGRAM
PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
(PPKI)
SMK TAN SRI MOHAMED YAACOB
BATU GAJAH, TANAH MERAH
KELANTAN
2022
KERTAS KERJA
CADANGAN MENAIK TARAF BENGKEL REFLEKSOLOGI
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SMK TAN SRI MOHAMED YAACOB BATU GAJAH TANAH MERAH KELANTAN.
1. PENGENALAN
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan KSSM Pendidikan Khas
yang dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai tahun 2017
menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah yang mula
dilaksanakan pada tahun 1988. KSSM dan KSSM Pendidikan Khas digubal
bagi memenuhi keperluan dasar baharu di bawah Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang mahu meningkatkan standard
kandungan dan standard pembelajaran supaya setanding dengan standard
antarabangsa, serta memastikan kurikulum yang sesuai dan relevan
disediakan bagi murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK). Kemahiran
Abad 21 dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi menjadi elemen utama
mengangkat KSSM dan KSSM Pendidikan Khas setanding dengan standard
antarabangsa. Standard kandungan dan standard pembelajaran turut
disulami dengan standard prestasi atau kriteria pencapaian untuk
mengukur tahap penguasaan atau keterampilan murid.
KSSM Pendidikan Khas yang dilaksanakan di sekolah menengah akan
menggunakan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), yang
digubal berlandaskan Kerangka KSSM yang mempunyai enam tunjang, iaitu
Komunikasi, Kerohanian, Sikap & Nilai, Kemanusiaan, Keterampilan Diri,
Perkembangan Fizikal & Estetika serta Sains & Teknologi. Hasratnya supaya
melahirkan insan yang seimbang selaras dengan kehendak Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. DSKP merupakan dokumen utama rujukan guru
dalam merangka pengajaran dan pembelajaran (p&p) yang merangkumi
pelbagai strategi, aktiviti dan penggunaan sumber. Guru digalakkan
menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun, mengolah dan
mempelbagai aktiviti berpandukan standard pembelajaran dan standard
prestasi atau kriteria pencapaian mengikut kesesuaian dan keupayaan
murid.
2.LATAR BELAKANG PROJEK
Bagi MBPK (Murid Berkeperluan pendidikan Khas) yang mengikuti bidang
kemahiran vokasional, kumpulan mata pelajaran teras yang digubal
bertujuan menyediakan dan mengukuhkan MBK dengan pengetahuan dan
kemahiran asas yang diperlukan bagi membolehkan MBPK mengikuti
pembelajaran mata pelajaran kemahiran vokasional. Kumpulan MBPK ini
akan juga mempelajari mata pelajaran teras yang bertujuan menyediakan
mereka dengan pengetahuan dan kemahiran mengurus diri, bahan,
peralatan serta tempat kerja. Dalam KSSM Pendidikan Khas, terdapat
beberapa matapelajaran kemahiran yang telah ditawarkan dan PPKI SMK
Tan Sri Mohamed Yaacob telah memilih ASAS REFLEKSOLOGI.
Dalam melaksanakan p&p, guru perlu memberi penekanan kepada
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang dinyatakan secara eksplisit
dalam DSKP. Antara pendekatan utama yang wajar digunakan guru dalam
menerapkan KBAT dalam p&p adalah pembelajaran berasaskan inkuiri
(Inkuiri), iaitu pendekatan yang mementingkan penyiasatan,
pengumpulan dan penganalisisan data. Pelaksanaan pendekatan Inkuiri
boleh dilakukan dengan menggunakan kaedah seperti pembelajaran
berasaskan projek, pembelajaran berasaskan masalah, pembelajaran
berasaskan eksperimen dan pembelajaran berasaskan kontekstual.
Sehubungan dengan itu, pada tahun 2017, PPKI SMKTSMY telah
memulakan projek membina satu Pusat refleksologi PPKI dengan harapan
ia dapat menjadi pemangkin kepada subjek Asas Refleksologi yang
dimulakan di kelas PPKI selaras dengan KSSM Pendidikan Khas. Pada masa
depan, pusat refleksologi ini akan dijadikan tempat kerja atau ruang kerja
kepada para pelajar menjalani latihan dan praktikal mereka. Namun
begitu, bilik refleksologi ini mempunyai banyak kekurangan dari segi
material, bahan dan keperluan dalam menjayakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di sini.
Kertas kerja cadangan untuk projek tranformasi pusat atau BILIK
REFLEKSOLOGI ini adalah supaya pihak PPKI dapat menambahbaik
kemudahan sedia ada pusat ini supaya berada dalam keadaan yang lebih
baik lagi untuk membantu proses pembelajaran anak-anak PPKI.
3.OBJEKTIF
●Pelajar dapat menjalani latihan urutan
refleksologi dalam persekitaran yang selesa.
●
Pusat refleksologi ini diharapkan dapat
menyediakan peralatan dan bahan yang cukup
dan sesuai untuk kegunaan pelajar.
●
Pelajar didedahkan dengan suasana
pembelajaran yang mirip dengan keadaan
sebenar untuk memperoleh pengalaman.
●
Pelajar dan pelanggan berada dalam suasana
yang kondusif dan sesuai untuk proses
refleksologi.
BIODATA SEKOLAH
Nama Sekolah : SMK Tan Sri Mohamed Yaacob
Kod Sekolah : DEA 5416
Daerah : Tanah Merah
Status : Sekolah Kerajaan
Bil. Guru PPKI : 13 orang (1 PK)
Bil. Staf Sokongan (PPM) : 4 orang
Bil. Enrolmen Murid PPKI : 54 orang
Bil. Bilik Darjah Sedia Ada (PPKI) : 8 kelas
Sesi : 1 sesi
Lokasi : Bandar
5.SASARAN
● Semua pelajar PPKI yang mengambil
subjek KSSM Asas Refleksologi.
● Semua guru dan kakitangan di SMK Tan
Sri Mohamed Yaacob
● Semua bakal pelanggan.
6.OUTPUT DAN FAEDAH YANG
DIJANGKA DARI PROJEK
Pelaksanaan projek ini akan dapat memenuhi keperluan
seperti berikut:
●
Pelajar dapat belajar dalam suasana kondusif.
●
Pelajar dapat melakukan aktiviti pembelajaran dan
bergerak dengan selesa dan baik.
●
Pelajar dapat menjalankan aktiviti pembelajaran
dalam suasana dan keadaan sebenar seperti di ‘dunia
luar’.
7.JUSTIFIKASI PROJEK
Rasional penambahbaikan bilik refleksologi ini adalah untuk :
●
Membuktikan bahawa wujudnya usaha dari pihak sekolah untuk sentiasa
membantu menambahbaik keperluan dan kemudahan untuk aktiviti
pembelajaran di PPKI.
●
Bilangan pelajar yang semakin bertambah untuk menampung bilangan
mereka supaya dapat belajar dalam suasana yang kondusif dan selesa serta
lebih selamat.
●
Meningkatkan sokongan dan kepercayaan ibu bapa terhadap program
pendidikan khas.
8.IMPLIKASI SEKIRANYA PROJEK
TIDAK DILAKSANAKAN
Pelaksanaan projek ini adalah sangat penting dan memberi implikasi yang besar
sekiranya tidak dapat dilaksanakan seperti:
●Suasana pembelajaran kurang selesa dan kurang kondusif kerana kelas yang sempit dan
pergerakan pelajar terbatas.
●
Bilangan pelajar yang ramai di dalam sesebuah kelas menyebabkan pelajar kurang memberi
tumpuan kerana pelbagai kategori dalam satu kelas dan guru kurang dapat memberi
bimbingan kepada semua pelajar.
●
Pelajar dapat menimba pengalaman seperti dalam suasana sebenar sebelum melangkah ke
alam pekerjaan.
●
Pusat refleksologi ini dibuka kepada semua guru dan kakitangan sekolah serta orang luar
yang berminat jadi jika keadaan pusat yang tidak menarik, orang luar dan pelanggan yang
berpotensi akan kehilangan minat mereka untuk berurut di sini
9. PEMILIHAN KAWASAN
Bilik refleksologi sedia ada dan proses permulaan pengubahsuaian)
(rujuk lampiran)
10. ANGGARAN KOS MENAIKTARAF
BENGKEL REFLEKSOLOGI
Bil Alatan Unit Anggaran
/ Bahan yang diperlukan. Kos (RM)
1
1 Siling bengkel RM4,000.00
2 Cat 6 RM
dinding unit 1,000.00
3 Kipas 5 unit RM1000.00
4 Lampu 6 unit RM
300.00
5 Dinding kayu pembahagian ruang 5 ruang
RM3000.00
6 Karpet 1 bengkel
RM3000.00
1 unit RM1000.00
7 Meja kaunter
8 Hiasan dalaman(bunga tiruan dan pasu) 5 unit RM 300.00
9 Pendawaian elektrik 1 bengkel RM1000.00
10 Langsir 1 bengkel RM1000.00
11 Tanda amaran dan keselamatan 5 unit RM 250.00
12. Sinki 1 unit RM 500.00
Jumlah RM 16,350.00
11.PENUTUP
Diharapkan kertas cadangan ini mendapat perhatian pihak
tuan. Cadangan mentransformasi bilik refleksologi ini akan
sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa sebagai satu
usaha untuk menyediakan satu tempat yang bersesuaian
untuk para pelajar PPKI menjalani program pembelajaran dan
pendidikan dalam suasana yang lebih praktikal dan kondusif
yang dapat disediakan oleh pihak sekolah. Ia sangat diharap
supaya anak-anak ini memperoleh pengalaman pendidikan
yang lebih mapan supaya apa yang dialami menjadi semangat
untuk mereka berdikari pada masa depan.
LAMPIRAN
1.LOKASI BILIK REFLEKSOLOGI
YANG SEDIA ADA
1.GAMBARAN DI
LUAR BILIK ASAL
2.Keadaan dalam bilik yang agak sempit
GAMBAR BENGKEL
REFLEKSOLOGI (ASAS
URUTAN) TERKINI DALAM
PROSES PENGUBAHSUAIAN
Aktiviti-aktiviti MBPK
kelas refleksologi
HARI KOPERASI SEKOLAH
TARIKH : 27 JULAI 2022 (RABU)
TEMPAT: SMK. TAN SRI MOHAMED YAACOB
GERAI PERKHIDMATAN
REFLEKSOLGI KAKI
PELAN LANTAI
PELAN LANTAI BILIK OPERASI
REFLEKSOLOGI PPKI SMKTMY
Sediakan oleh : Disemak oleh:
................................ ................................
.......................... .....................
Mimi Aspahani Mat Nasir BIn
binti Hamat Ismail
Guru PPKI Penolong Kanan
(Refleksologi) PPKI
SMK Tan Sri SMK Tan Sri
Mohamed
Mohamed Yaacob.
Tarikh: 4 Ogos Yaacob.
2022 Tarikh: 4 Ogos
2022
KERTAS CADANGAN
PROJEK MENAIKTARAF BILIK REFLEKSOLOGI
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTERGRASI(PPKI)
KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH
Meluluskan Kertas cadangan projek pengubahsuaian bilik
refleksologi
program pendidikan khas intergrasi(ppki)
atau
Tidak meluluskan Kertas cadangan projek pengubahsuaian bilik
refleksologi
program pendidikan khas intergrasi(ppki)
Ulasan:
...................................................................................................................................
...................................................................................................................................
...................................................................................................................................
....................................................................................
Ahmad Nizan Yahaya
Pengetua
SMK Tan Sri Mohamed Yaacob.