PENDAHULUAN “Apa yang Kukatakan ini kepadamu, Kukatakan juga kepada semua orang: berjagajagalah!” (Mrk 13:37) Saudara dan saudari yang terkasih. Apakah yang kita rasakan dikala kita menantikan kedatangan orang yang kita kasihi? Mungkinkah ada debaran perasaan yang tidak dapat diungkapkan. Mungkin saat-saat penantian itu menjadi saat yang penuh memberi kerinduan dan keterujaan. Ibubapa yang pernah menantikan kelahiran anak dalam kandungan seorang ibu, akan lebih memahami seperti apakah rasanya pengalaman dalam situasi seperti itu. Sembilan bulan masa penantian kelahiran seorang bayi dapat mengubah banyak hal dalam diri ibubapa. Namun mungkin inti penantian itu dan tumpuannya berubah iaitu perhatian ibubapa tidaklah lagi kepada debaran dan keterujaan diri mereka semata-mata, tetapi kepada yang mereka nantikan, sayangi dan kasihi. Fikiran dan hati mereka dipenuhi dengan hal-hal yang berkaitan dengan anak dan segala keperluannya, mulai dari pusat kesihatan yang dipilih untuk melahirkannya, tempat tidur yang terbaik, pakaian, selimut, hiasan buaian bahkan sampai kepada pemilihan botol susu. Ibu akan berusaha makan makanan yang sihat dan berkhasiat agar anak dalam kandungannya dapat membesar dengan baik dan sihat. Tidak kurang juga yang bercakap-cakap dengan anak yang masih dalam kandungan. Sebahagian memainkan muzik yang perlahan dengan alunan yang sungguh membuai hati anak dalam kandungan yang dipercayai sudah boleh mendengarnya. Ibubapa juga sanggup berkorban meninggalkan kebiasaan tidak baik yang dapat membahayakan perkembangan buah hati mereka yang dikandung oleh si Ibu. Si Ibu akan penuh bertanggungjawab dan kerap untuk memeriksa kandungan memastikan proses kehamilan berlangsung baik dan selamat. Saudara dan saudari, Adakah kita juga berbuat seperti itu dalam menantikan kedatangan Juruselamat kita? Setiap tahun kita merayakan masa Adven dan Natal. Apakah perbezaan perayaan ini dengan perayaan-perayaan yang lain dalam kehidupan kita. Ini sudah sesungguhnya merupakan persiapan untuk menyambut peristiwa Adven bagi diri kita masing-masing. Pertama, penantian kepada saat Yesus datang kedua kalinya di saat kematian kita, dan di akhir zaman kelak. Maka dengan itu, St. Paus Yohanes Paulus II mengatakan bahwa seluruh hidup kita hendaknya menjadi suatu masa Adven (Audiensi Umum, 18 Des 2002). Kedua, kita menantikan dengan penuh kegembiraan, Kristus yang telah pernah datang dalam sejarah hidup manusia iaitu kelahiran-Nya, dan yang senantiasa ada dalam Perayaan Ekaristi. Saudara dan saudari yang terkasih, kalau kita sungguh mengasihi Dia, seharusnya kedatangan-Nya tidak membuat kita ketakutan dan cemas, namun membuat kita bersukacita dan penuh damai. Namun persoalan yang kita boleh tanyakan kepada diri kita masingmasing, sudahkah kita bersukacita dalam damai menantikan Kristus? Adakah kesedaran akan makna Adven benar-benar mendorong kita untuk mengubah pusat tumpuan fikiran dan hati kita, iaitu dari terlalu melihat diri sendiri diubah kepada melihat Kristus. Jika kita mampu memusatkan fikiran dan hati kepada Kristus, kita akan berusaha melakukan kehendak-Nya, iaitu panggilan yang dipercayakan-Nya kepada kita (Mrk 13:34). Jika kita sungguh-sungguh mengarahkan hati kepada terang ilahi-Nya, kita akan dapat melihat segala kelemahan dan dosa kita yang menghalangi hubungan kita dengan Tuhan (Yes 64:6), dan mengakuinya dengan penuh pertobatan di hadapan Allah. Jika kita benar-benar mengharapkan kasih karunia-Nya, kita tidak akan berkekurangan dan akan selalu diteguhkan sampai akhir (1Kor 1:7-8). Melalui kesedaran dan sikap berjaga-jaga dalam penantian seperti ini kita akan mampu memiliki sukacita dan kerinduan dalam menantikan kedatangan-Nya.
Saudara saudari terkasih, masa Adven ini, Gereja mengajak kita untuk lebih setia memeriksa hati sanubari dan batin kita masing-masing, untuk melihat apakah perkara-perkara yang menghalangi kita dan menjadi batu sandungan bagi kita untuk menyambut kedatangan Juruselamat? Adakah mata hati kita telah dibutakan dan dikaburkan oleh banyak hal duniawi? Adakah telinga kita telah dipekakkan oleh suara kesesatan duniawi? Adakah kita memilih dan cenderung menjadi malas, lalai dan tidur secara rohani dan tidak pernah memikirkan bagaimana kita menyambut kedatangan Tuhan yang pasti terjadi dalam kehidupan kita? Masa Adven adalah masa penantian yang mengajak kita kembali bertekun dalam doa, pengharapan dan cintakasih, agar kita mengalahkan kebiasaan untuk menjadi lalai dan malas dalam menyatakan iman dan kasih kita kepada Tuhan dan sesama. Mari bangkit, saudara saudariku terkasih! Ini adalah waktu untuk merenungkan dan mengalami karya keselamatan Allah yang sugguh luar biasa dan mengujakan. Karya keselamatan agung yang tidak pernah terjadi di dunia yang kita diami ini. Ia telah mengutus Putera-Nya sendiri untuk menjadi seperti kita manusia dan menyelamatkan kita. Ia telah lahir, berkarya dalam dunia untuk keselamatan bangsa manusia dan bangkit mengalahkan maut. Renungkanlah semuanya itu dengan penuh perhatian dalam kehidupan kita yang penuh corak dan warna warni dunia. Sedari bahawa Gereja tidak akan merayakan masa Adven ini dengan penuh makna, jika dalam masa ini tidak terkandung misteri dan pengertian yang begitu istimewa untuk kita anak-anak Allah. Semoga Bonda Maria membantu kita melalui doanya dalam musim Adven ini, untuk merenungkan misteri kelahiran Puteranya, Tuhan kita Yesus Kristus. Sebagaimana seluruh fikiran dan hati Bonda Maria terarah kepada Kristus saat menantikan kelahiran-Nya, semoga fikiran dan hati kita pun tetap terarah kepada Kristus, secara khusus di musim Adven ini. Semoga dengan demikian Tuhan Yesus mendapati kita dalam keadaan berjaga menantikan kedatangan-Nya. Amin. Renungan Musim Adven 2023, Fr. Christopher Ireneus.
PENGENALAN 1. Adven. Perkataan “Adven” yang berasal dari kata “Adventus” dalam bahasa Latin bermaksud “Penantian”. Umat Kristian memperingati kembali penantian kedatangan Juruselamat dunia melalui kelahiran Yesus Kristus dan juga masa untuk umat berjaga-jaga dan mempersiapkan diri akan kedatangan Tuhan Yesus ke dunia buat kali kedua pada akhir zaman. Katekismus Gereja Katolik (KGK) 524 dikatakan, “Dalam perayaan liturgi Adven, Gereja menghidupkan lagi penantian akan Mesias; dengan demikian umat beriman mengambil bahagian dalam persiapan yang lama menjelang kedatangan pertama Penebus dan membaharui di dalamnya kerinduan akan kedatangan-Nya yang kedua. Dengan merayakan kelahiran dan mati syahid sang perintis, Gereja menyatukan diri dengan kerinduannya: “Ia harus makin besar dan Aku harus makin kecil” (Yoh, 3:30). Merujuk pada KGK ini, maka masa Adven adalah masa penantian. 2. Lingkaran Lilin Adven. Lingkaran Adven, adalah sebahagian dari tradisi Gereja Katolik untuk mengisi masa penantian akan kedatangan Tuhan pada Hari Natal. Lingkaran Lilin Adven yang juga memberi maksud sebenar Adven melambangkan Tuhan yang Abadi tanpa awal dan akhir serta melambangkan satu pusingan kehidupan. Setiap lilin dalam lingkaran membawa maksud yang berlainan iaitu: i). Lilin Pertama: Bermaksud pengharapan akan kedatangan Yesus. ii). Lilin Kedua bermaksud perdamaian yang Yesus beri melalui kedatangan. iii). Lilin ketiga bermaksud sukacita akan kelahiran Yesus dan iv). Lilin Keempat bermaksud cinta kasih yang Yesus bawa melalui kedatangan-Nya. Minggu Adven Pertama: Merupakan masa penantian kedatangan Kristus yang kedua, yakni kedatangan Tuhan pada akhir zaman. Ditandai dengan menyalakan lilin ungu yang pertama. Minggu Adven Kedua: Pada minggu ini lilin ungu kedua dinyalakan untuk mengingatkan umatnya setia mempersiapkan jalan kedatangan Tuhan. Minggu Adven Ketiga: Minggu ini juga dikenal sebagai minggu Gaudete, yang menggambarkan sukacita menyambut kelahiran Yesus Kristus. Pada minggu ini lilin ketiga yang berwarna merah jambu dinyalakan. Minggu Adven Keempat: Mencerminkan peristiwa yang melibatkan Bonda Maria melahirkan Yesus. Pada minggu ini, lilin ungu terakhir dinyalakan bersamaan dengan 3 batang lilin sebelumnya. 3. Doa Kemuliaan tidak didoakan. Doa Kemuliaan yang tidak didoakan selama musim Adven adalah sebahagian dari persiapan untuk menciptakan suasana tempoh penantian menyambut kelahiran Yesus. Kelahiran Yesus di Bethlehem ditandai dengan nyanyian para Malaikat, “Kemuliaan bagi Allah di tempat yang Mahatinggi dan damai sejahtera di bumi di antara manusia yang berkenan kepada-Nya”. (Luk 2:13-14). Doa Kemuliaan dalam perayaan Ekaristi juga boleh dilihat sebagai mewakili nyanyian malaikat itu. Maka, pada masa Adven, iaitu masa persiapan untuk menyambut kelahiran Yesus, ia adalah wajar Doa Kemuliaan ditiadakan supaya muncul kesedaran akan penantian kedatangan Juruselamat. Ia juga untuk mewujudkan suasana “kerinduan”. Doa Kemuliaan ini akan menciptakan kerinduan yang subur untuk menyambut kelahiran Juruselamat yang ditandai dengan nyanyian para malaikat “Kemuliaan bagi Allah di tempat yang Mahatinggi dan damai sejahtera di bumi di antara manusia yang berkenan kepada-Nya”.
(Luk 2:13-14). Oleh yang demikian, Doa Kemuliaan dinyanyikan secara meriah pada perayaan Ekaristi Malam Natal. Ini adalah pemenuhan kerinduan, puncak yang dipersiapkan selama penantian musim Adven. 4. Karoling Krismas. i). Kita menyanyikan lagu-lagu Adven/Krismas kerana ia adalah cara untuk menceritakan kisah kelahiran Yesus Kristus yang datang nuntuk keselamatan manusia. Di samping menerangkan apa yang berlaku di sekitar kelahiran Yesus, lagu-lagu itu membolehkan kita merangkum dan menyatakan kegembiraan, pengabdian. Peristiwa sebelum dan adegan kelahiran yang mengagumkan akan membawa erti yang sungguh mendalam dalam perjalanan iman kita. ii). Nyanyian lagu Adven/Krismas mengingatkan kita bahawa Tuhan, dalam kasih-Nya kepada kita, menghantar anak-Nya untuk menjadi salah seorang daripada kita. "Firman itu telah menjadi manusia, dan diam di antara kita, dan kita telah melihat kemuliaan-Nya, iaitu kemuliaan yang diberikan kepada-Nya sebagai Anak Tunggal Bapa, penuh kasih karunia dan kebenaran." (Yoh 1:14). Sama seperti Natal pertama itu ditandai dengan nyanyian para Malaikat, begitu juga orang Kristian selama berabad-abad telah merayakan dan memberi kesaksian akan kedatangan Juruselamat melalui nyanyian. 5. Doa Pemberkatan Lingkaran Adven Paderi/Pemimpin Ibadat: Ya Tuhan, Gereja-Mu menantikan dengan penuh sukacita kedatangan Penyelamat-Nya yang menerangi hati kami dengan mengusir kegelapan akibat kejahilan dosa. Limpahi kami berkat-Mu sementara kami menyalakan lilin lingkaran Adven ini. Semoga cahaya ini melambangkan sinaran kemuliaan Kristus. Dialah Tuhan dan Pengantara kami, kini dan sepanjang masa. Amin. (Paderi/Pemimpin Ibadat memercik lingkaran Adven dengan air berkat, kemudian lilin pertama dinyalakan).
Tatacara Karoling Krismas dan Lawatan Keluarga Musim Adven. (Panduan ini digunakan untuk seluruh Paroki St. Martin, Telupid sebagai rujukan untuk mengadakan lawatan keluarga musim Adven). (Doa sebelum memulakan perjalanan). Dalam nama Bapa dan Putera dan Roh Kudus. Amin. Marilah berdoa. Allah Bapa yang Maha Kuasa yang kami kenal melalui Anak-Mu Yesus Kristus, sebelum kami meneruskan perjalanan kami dalam lawatan keluarga musim Adven ini, kami mohon berkat-Mu. Usirlah segala kuasa kegelapan yang mengganggu sepanjang lawatan kami ini. Pimpinlah langkah kami, hati dan mulut kami agar apa yang kami wartakan dan sampaikan kepada keluarga yang akan kami lawati dan hasilnya tidak menyesatkan kami dan sesama. Berkatilah juga keluarga yang akan kami lawati, semoga hati mereka terbuka dan lebih menghayati makna hari Natal dan kelahiran Yesus dalam hidup mereka. Allah Bapa, kami serahkan diri kami ke dalam tangan-Mu. Biarlah hanya kehendak dan rencana-Mu yang terlaksana dalam diri kami dan ciptaan-Mu. Demi Kristus, Tuhan dan pengantara kami. Amin. ATAU Allah Bapa yang Maha Pengasih yang kami kenal melalui Anak-Mu Yesus Kristus, sebelum kami meneruskan perjalanan lawatan keluarga ini, kami mohon berkat-Mu, pimpinlah langkah kami sepanjang lawatan kami ini, usirlah segala kuasa kegelapan yang mengganggu sepanjang lawatan kami ini. Berkatilah keluarga yang akan kami lawati, semoga apa yang akan kami sampaikan sebentar lagi akan memberikan kesaksian kepada setiap orang tentang makna kelahiran Yesus dan hari Natal yang akan menjelang tiba tidak lama lagi. Semoga segala karya kami merupakan berkat dan rahmat bagi sesama. Segala jerih payah yang akan kami jumpai sebentar lagi kami persatukan dengan pengorbanan Yesus Kristus, Tuhan dan pengantara kami. Amin. (Doa di rumah yang dilawati). Dalam nama Bapa dan Putera dan Roh Kudus. Amin. Salam Pembukaan. Shalom. Selamat petang / malam kepada saudara dan saudari khasnya kepada tuan rumah dan seluruh ahli keluarga yang tinggal di rumah ini. Kami kumpulan Karoling Krismas/Lawatan keluarga musim Adven dari KKD/Kapela: ................. mengucapkan terima kasih atas kesudian tuan rumah menerima kunjungan kami pada hari ini. Marilah kita mohon Bapa Syurgawi untuk memberkati kita dan keluarga ini dengan cahaya kasih-Nya.
Doa Pembukaan. (Pilih salah satu doa). Marilah berdoa. 1. Allah Bapa kami sumber sukacita, Engkau tahu bagaimana umat-Mu dengan iman dan harapan mempersiapkan hari raya kelahiran Putera-Mu di dunia. Kami mohon, perkenankanlah kami menikmati kebahagiaan hari yang agung ini serta merayakannya dengan meriah dan penuh sukacita. Demi Kristus, Tuhan dan pengantara kami. Amin. 2. Allah Bapa yang Maha Baik, Engkau selalu menghendaki kebahagiaan kami. Dengan sabar dan setia, Kau persiapkan umat-Mu untuk menyambut kedatangan Sang Penyelamat yang Kau janjikan. Singkirkanlah kelemahan kami, bukalah hati kami agar dapat mengenal Dia yang akan datang di tengah-tengah kami, Dialah Yesus Kristus Putera-Mu, Tuhan dan pengantara kami. Amin. 3. Allah Bapa yang Maha Kudus dan Kekal, Engkau mencipta dunia kembali berkat cahaya yang memancar pada diri Yesus, saksi utama-Mu. Kami mohon, perkenankanlah kami mendengar suara-Nya serta menimba harapan baru melalui cinta kasih-Nya terhadap manusia. Sebab Dialah Tuhan dan pengantara kami. Amin. Pembacaan Injil. (Injil diambil pada hari berkenaan). Marilah kita mendengarkan Sabda Allah. Tuhan beserta kita. Umat: Sekarang dan selama-lamanya. Inilah Injil Suci menurut ... Demikianlah sabda Tuhan. Umat: Terpujilah Kristus. Marilah kita renung sabda Allah yang kita dengarkan sebentar tadi dan tanya diri kita sendiri bagaimana kita telah bantu cahaya menyinari Sabda Allah hari ini. (Hening) Nyanyian Lagu Adven. Dalam masa Adven ini, Tuhan menjemput kita untuk berubah dan bertobat bagi menyediakan jalan Tuhan dalam hidup kita, meneruskan kematian bersama-Nya agar memperoleh hidup bersama-Nya dalam Roh Allah. Marilah kita bersiap-siap untuk pesta Natal yang suci bagi memperingati kedatangan Yesus buat pertama kali. Marilah kita memuji Tuhan dalam masa Adven ini dengan lagu yang pertama iaitu: (Lagu Adven). Seterusnya, mari kita memuji Tuhan dengan lagu (Lagu Adven).
Doa Bapa Kami. Marilah kita meneguhkan pujian syukur kita dengan mengulangi doa yang diajarkan oleh Yesus sendiri kepada kita. Bapa Kami... Salam Damai. Marilah kita memberikan salam damai antara satu sama yang lain. Doa Penutup. (Pilih salah satu doa). Marilah berdoa. 1. Allah Bapa kami yang Maha Baik, alam raya ciptaan-Mu mewartakan kebaikan-Mu. Semoga kami dapat melihat segala sesuatu yang kami berikan ataupun yang kami terima sebagai anugerah-Mu. Bersabarlah dengan kebimbangan dan kesalahan kami. Janganlah kiranya Kau patahkan yang terkulai, jangan pula Kau padamkan sumbu yang berkedipkedip, tetapi tolonglah kami segera. Demi Kristus Tuhan dan pengantara kami. Amin. 2. Allah Bapa kami yang Maha Rahim, dengarkan seruan umat manusia kepada-Mu dan pancarkanlah cahaya-Mu kepada kami. Berilah dunia harapan akan perdamaian dan buatlah iman kami berdaya guna dalam kesetiaan dan cinta kasih terhadap sesama demi Dia yang telah mendahului menaruh cinta kasih kepada kami, Yesus Kristus, Tuhan dan pengantara kami. Amin. 3. Allah Bapa yang Maha Agung, kami bersyukur kepada Mu bahawa Engkau tidak menganggap hina menggunakan yang kurang bererti guna menyatakan kasih setia-Mu kepada kami. Kami mohon, Kau perkenankan selalu mengarahkan harapan kami kepada Yesus, Putera Bonda Maria serta tetap mengikut jejak-Nya memasuki kehidupan sejati. Sebab Dialah Tuhan dan pengantara kami. Amin. Penyerahan Lilin Kepada Tuan Rumah. Ketua Kumpulan: Terimalah lilin ini sebagai tanda cahaya kasih Yesus Kristus. Tuan rumah: Terima kasih. Syukur kepada Allah. Doa Keluarga. Marilah berdoa. Allah Bapa yang Maha Kuasa, kami mohon berkat-Mu, tinggallah di dalam rumah ini, semoga mereka hidup menurut pedoman Injil-Mu, rukun, bijaksana, sederhana dengan saling menyayangi, hormat-menghormati, tolong-menolong antara sesama denga rela hati. Berilah supaya keramahan dan cinta kasih, semangat pengorbanan, kerajinan dan keberhasilan selalu berada dalam keluarga ini. Semoga keluarga ini memegang peranan yang terhormat di dalam masyarakat dan menjadi garam serta terang bagi keluarga-keluarga di sekitar mereka. Berkatilah kami agar janganlah seorang di antara kami menjauh daripada-Mu, satu-satunya
sumber kebahagiaan kami Dikau puji bersama Bapa dan Roh Kudus sekarang dan selamalamanya. Amin. ATAU Marilah berdoa. Allah Bapa yang penuh kasih, berkatilah keluarga ini sentiasa, berilah mereka kesabaran, terangilah akal budi mereka supaya mereka selalu bertindak bijaksana, berilah mereka kesihatan agar mereka mampu menjalankan tugas mereka sebagai pengikut Tuhan, berilah rezeki yang secukupnya kepada mereka dan hindarkanlah mereka dari sebarang bahaya. Sempurnakanlah kasih mereka satu sama lain sehingga mereka dapat menjaga kerukunan keluarga mereka. Semoga mereka dapat menjalankan tugas dengan baik, bagi gereja, masyarakat dan keluarga. Bila mereka menghadapi kesulitan dan tentangan, sudilah Engkau tunjukkan jalan keluar yang diperlukan. Bapa, semua permohonan ini kami tunjukkan kepada-Mu. Demi Yesus Kristus Putera-Mu, Dialah pengantara kami selama-lamanya. Amin. Tuhan beserta kita. Umat: Sekarang dan selama-lamanya. Semoga kita sekalian diberkati oleh Allah Bapa yang Maha Kuasa. Dalam nama Bapa dan Putera dan Roh Kudus. Amin. Kami mengucapkan terima kasih kepada tuan rumah dan berkat Tuhan menyertai kita semua. Lagu Penutup – Lagu Natal. Sebagai lagu penutup, mari kita memuji Tuhan dengan lagu (Lagu Natal). Ucapan: Selamat Hari Natal! (Serentak)
PAROKI ST. MARTIN TELUPID BORANG PENDAFTARAN KAROLING KRISMAS/ LAWATAN KELUARGA MUSIM ADVEN TAHUN ________________ MAKLUMAT KUMPULAN ZON: ____________________________________________________ KKD/KUK: _______________________________________________ NAMA KUMPULAN: ______________________________________ NAMA KETUA KUMPULAN: ______________________________ NO. TELEFON: ___________________________________________
Peraturan Karoling Krismas/Lawatan Keluarga Paroki St. Martin, Telupid. 1. Semua kumpulan Karoling Krismas/Lawatan Keluarga di Paroki St. Martin Telupid WAJIB mendaftar kumpulan masing-masing. Borang pendaftaran boleh didapati di Pejabat paroki. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 5hb Disember 2023. 2. Jadual Karoling Krismas/Lawatan Keluarga: Bermula pada 05 hingga 20 Disember 2023. Masa: 6:30 petang hingga 10:00 malam. 3. Keluarga yang mahu dilawati dikehendaki menghubungi pengerusi Zon St. Padre Pio (untuk KKD di Zon St. Padre Pio sahaja) atau KUK masing-masing. 4. Pakaian adalah bebas tetapi sopan dan sesuai. Tidak dibenarkan memakai seluar pendek. 5. Setiap kumpulan dikehendaki menggunakan tatacara yang disediakan oleh pihak paroki. 6. Kanak-kanak di bawah umur (sekolah rendah) boleh turut serta dengan kehadiran penjaga dewasa dan mendapat kebenaran ibu bapa / penjaga. Penyertaan ibu bapa sangat digalakkan bersama-sama anak mereka untuk membudayakan kebersamaan dalam aktiviti gereja dan memupuk nilai-nilai kekeluargaan. Kumpulan tidak semestinya dalam kalangan belia sahaja. 7. Pihak gereja akan membuat makluman kepada pihak polis mengenai pergerakan kumpulan Karoling Krismas/Lawatan Keluarga ini berdasarkan rekod pendaftaran yang diterima di pejabat paroki. 8. Semua kumpulan Karoling Krismas/Lawatan Keluarga dinasihatkan untuk mematuhi semua peraturan dan undang-undang. 9. Keselamatan sepanjang Karoling Krismas/Lawatan Keluarga adalah tanggungjawab diri sendiri dan semua ahli diminta untuk mematuhi arahan ketua kumpulan masingmasing. 10. Sekiranya mahu mengadakan Karoling Krismas/Lawatan Keluarga antara KUK, ia bergantung kepada perbincangan dan persetujuan KUK yang terlibat. 11. Karoling Krismas/Lawatan Keluarga ini hanya untuk kalangan Katolik sahaja. Penerimaan jemputan/lawatan selain dari keluarga Katolik memerlukan kebenaran daripada Paderi Paroki. 12. Ketua Kumpulan bertanggungjawab merekod dalam senarai penyumbang dan menyimpan dengan selamat sumbangan kasih (jika ada). Untuk kumpulan dari KKD Zon St. Padre Pio, Resit Rasmi dari pejabat paroki akan dikeluarkan kepada penyumbang berdasarkan kepada rekod senarai penyumbang yang diserahkan kepada Pejabat Paroki setelah lawatan selesai. Sementara untuk kumpulan dari setiap KUK, Resit Rasmi akan dikeluarkan kepada penyumbang oleh KUK masing-masing. 13. Sumbangan kasih dan pelaporan sumbangan direkodkan dalam template pelaporan kewangan oleh Pejabat Paroki (untuk KKD di Zon St. Padre Pio sahaja) manakala
Bendahari KUK akan merekodkannya untuk setiap kumpulan di KUK masing-masing untuk diserahkan kepada Komiti Kewangan Paroki. 14. Template pelaporan mesti ditandatangani oleh Pengerusi Zon dan Ketua Kumpulan (untuk KKD di Zon St. Padre Pio sahaja) manakala untuk kumpulan dari setiap KUK, Pengerusi KUK, Bendahari KUK dan Ketua Kumpulan akan menandatanganinya. 15. Semua sumbangan berserta template pelaporan mesti diserahkan kepada Komiti Kewangan Paroki tanpa gagal sebelum atau pada 8hb Januari 2024.
GEREJA KATOLIK ST. MARTIN, TELUPID ZON: ____________________________________________________ KKD/KUK: _______________________________________________ NAMA KUMPULAN: ______________________________________ NAMA KETUA KUMPULAN: ______________________________ LAPORAN KEWANGAN SUMBANGAN KASIH LAWATAN KAROLING KRISMAS/LAWATAN KELUARGA MUSIM ADVEN TARIKH NAMA KELUARGA PENYUMBANG (LAIN-LAIN: SILA NYATAKAN) JUMLAH (RM) TANDATANGAN PENYUMBANG NO. TELEFON NO. RESIT JUMLAH (RM)
Disediakan oleh Nama:________________________ (Ketua Kumpulan Karoling Krismas/Lawatan Keluarga) Tarikh : 1). Disahkan oleh Nama:________________________ (Pengerusi ZON untuk KKD Zon St. Padre Pio sahaja) ATAU (Pengerusi KUK) Tarikh: 2). Disahkan oleh Nama:____________________ (Bendahari KUK) Tarikh: Diterima oleh Nama: _______________________ (Kerani Pejabat Paroki/Komiti Kewangan Paroki) Tarikh :