The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF
PPKI SK KG CONTOH PENAMPANG
2020

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Sobi Atun, 2020-02-14 02:53:53

PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF

PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF
PPKI SK KG CONTOH PENAMPANG
2020

Keywords: PPI PPKISKCP 2020

DEFINISI PENDIDIKAN
INKLUSIF

“Program Pendidikan Inklusif”
merupakan suatu program pendidikan
bagi murid berkeperluan khas yang
dihadiri oleh murid berkeperluan khas
bersama-sama dengan murid lain dalam
kelas yang sama di sekolah kerajaan atau
sekolah bantuan kerajaan.

(Sumber: Peraturan-Peraturan
Pendidikan (Pendidikan Khas), 2013)

KONSEP PPI:
MBK mengikuti bidang akademik dan bukan akademik
bersama murid arus perdana dengan menyediakan
khidmat sokongan di dalam dan di luar bilik darjah.

SEKTOR PENDIDIKAN KHAS
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH

MATLAMAT
PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF

Meningkatkan penyertaan dan memberi peluang kepada MBK
mengikuti program akademik dan bukan akademik bersama-sama
murid di arus perdana. PPI juga memberi kesedaran kepada
masyarakat supaya tidak menafikan potensi MBK dan percaya
bahawa ketidakupayaan mereka boleh diminimakan jika diberi
peluang yang sama.

OBJEKTIF PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF

Memastikan MBK mendapat hak yang sama rata untuk
belajar dalam persekitaran tanpa halangan

Membina keyakinan diri MBK bagi mencapai potensi
yang optimum

Memastikan MBK dapat menyesuaikan diri dengan
murid arus perdana bagi meningkatkan kemahiran
kehidupan harian mereka

Meningkatkan kesedaran dan penerimaan warga
sekolah serta komuniti tentang kepelbagaian
keupayaan MBK

DUA PENDEKATAN PENDIDIKAN INKLUSIF

INKLUSIF PENUH INKLUSIF SEPARA

 MBK yang berdaftar dalam  Dilaksanakan hanya untuk MBK yang berdaftar di Program
APDM kelas aliran perdana. Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dengan mengambil kira
penglibatan MBK dalam bidang akademik, koakademik dan
 MBK mengikuti mata pelajaran kokurikulum.
akademik dan belajar sepenuh
masa bersama-sama murid  MBK PPKI belajar bersama-sama murid arus perdana bagi
aliran perdana. sekurang-kurangnya satu daripada mana-mana mata pelajaran
dalam jadual waktu kelas arus perdana. Penentuan mata
 MBK mengikuti aktiviti pelajaran adalah mengikut keupayaan atau potensi MBK.
koakademik dan kokurikulum
sepenuhnya bersama murid  MBK PPKI menjalani aktiviti kokurikulum seperti badan
arus perdana. beruniform, kelab, persatuan, aktiviti 1Murid 1Sukan dan
sebarang aktiviti luar bilik darjah mengikut ketetapan sekolah.
MBK yang menjalani aktiviti kokurikulum bersama-sama murid
aliran perdana secara berjadual perlu didaftar sebagai inklusif
separa dalam sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).

SEKTOR PENDIDIKAN KHAS
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH

PENEMPATAN MBK DI PPKI 1. Guru mengenalpasti MBK yang boleh
KE PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF diinklusifkan (MBK kurang upaya teruk
dikecualikan).
1 (PPKI)
2. Guru melengkapkan Senarai Semak
Kesediaan Inklusif.

TIDAK 2 TIDAK 3. MBK yang ‘tidak bersedia’ akan
BERSEDIA 3 BERSEDIA meneruskan PdP di PPKI.

KURANG 4. MBK yang ‘bersedia’ akan menjalani
BERSEDIA pentaksiran akademik.
5
5. MBK yang ‘kurang bersedia’ dirujuk
BERSEDIA kepada pasukan pelbagai disiplin /
4 Pegawai 3PK.

BERSEDIA 6. Penetapan kelas inklusif MBK oleh
Jawatankuasa Program Pendidikan Khas
Sekolah (JPPKS).

7. MBK ditempatkan ke kelas inklusif separa.

76 8. MBK ditempatkan ke kelas arus perdana
(inklusif penuh).

8

SEKTOR PENDIDIKAN KHAS
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH

PEREKODAN DATA MBK PPI

a) MBK Inklusif Penuh
MBK didaftarkan di kelas aliran
perdana dan dalam APDM
ditandakan sebagai inklusif
penuh.

b) MBK Inklusif Separa
MBK didaftarkan di kelas PPKI
dan dalam APDM ditandakan
sebagai inklusif separa.

SEKTOR PENDIDIKAN KHAS
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH

GURU PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS/ PENYELARAS PPKI

Membantu melaksanakan PPI disekolah mengikut garis panduan yang
disediakan.

Membantu pihak pentadbiran menubuhkan dan menguruskan mesyuarat
JPPKS.

Merancang dan mengurus MBK di PPKI ke PPI.
Menyediakan data yang berkaitan dengan PPI untuk keperluan JPN/PPD.
Membantu memastikan warga sekolah peka dan faham mengenai PPI.

SEKTOR PENDIDIKAN KHAS
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH

GURU PENDIDIKAN KHAS

Mengenalpasti MBK yang berada di kelas aliran perdana atau di PPKI bagi
ditempatkan dalam PPI.

Sebagai Guru Pendamping Sebagai Guru Resos

(PPI MBK Pembelajaran & Pendengaran) (PPI MBK Penglihatan)

i. Membimbing dan membantu MBK Menyediakan bahan bantu mengajar
semasa PdP. (BBM) yang bersesuaian dengan
keperluan MBK.
ii. Membantu menyediakan RPI MBK
melalui perbincangan dengan guru Membantu guru dalam kelas aliran
mata pelajaran aliran perdana. perdana semasa pengajaran dan
pembelajaran.
iii. Bekerjasama dengan guru aliran
perdana berkaitan dengan
perkembangan murid.

SEKTOR PENDIDIKAN KHAS
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH

PELAKSANAAN PPI MODEL HOLISTIK
DI PERINGKAT SEKOLAH

1. MODUL GURU

 Perlu dibaca bersama Garis Panduan Program Pendidikan
Inklusif Murid Berkeperluan Khas (MBK).

 Berkuat kuasa pada tarikh Garis Panduan Program
Pendidikan Inklusif Murid Berkeperluan Khas (MBK)
dikeluarkan.

 Modul ini digunakan sebagai panduan latihan kepada guru
arus perdana, guru pendidikan khas dan pentadbir barisan
hadapan untuk pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif
(PPI).

 Panduan untuk semua guru bermula di peringkat pra sekolah
sehingga ke peringkat menengah bagi pelaksanaan PPI.

PELAKSANAAN PPI MODEL HOLISTIK DI
PERINGKAT SEKOLAH

2. MODUL IBU BAPA

 Pelibatan ibu bapa merupakan suatu inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan peranan ibu bapa
dalam pembelajaran anak-anak di dalam dan di luar sekolah demi menjayakan Program Pendidikan
Inklusif (PPI) .

 PPI menggunakan pendekatan “whole school community approach” di mana pelibatan ibu bapa
memainkan peranan masing-masing dalam pelaksanaan program di sekolah yang mempunyai
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) mahupun sekolah yang tiada PPKI.

PELAKSANAAN PPI MODEL HOLISTIK DI
PERINGKAT SEKOLAH

OBJEKTIF MODUL IBU BAPA

Meningkatkan kefahaman tentang PPI dalam kalangan ibu bapa
MBK dan MAP.

Mendedahkan ibu bapa tentang jalinan kerjasama dalam dan
luaran.

Memperjelas peranan ibu bapa dalam PPI.

Memperjelas kepentingan pelibatan ibu bapa dalam PPI.

Menerangkan peluang dan cabaran pelibatan ibu bapa dalam PPI.

Menerangkan sumbangan profesional ibu bapa dalam PPI.

PELAKSANAAN PPI MODEL HOLISTIK DI
PERINGKAT SEKOLAH

3. MODUL RAKAN INKLUSIF

Memberi pengalaman dan nilai murni dalam persekitaran PPI

Peluang berinteraksi dan berkenalan rapat dengan MBK

Menanam semangat tolong-menolong antara satu sama lain

Memupuk rasa kasih sayang dan setia kawan

Melahirkan perasaan mesra OKU dalam diri

SEKIAN,
TERIMA KASIH.

SEKTOR PENDIDIKAN KHAS
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH


Click to View FlipBook Version