Akses@KVMS
http://facebook.com/kvmuadzamshah
http://kvmuadzamshah.moe.edu.my
EDISI 2021
JANUARI-MEI
SIDANG REDAKSI E-BULETIN AKSES@
2021
PENGERUSI
TIMBALAN PENGARAH SOKONGAN AKADEMIK
PENYELARAS PENERBITAN
PN. ROZANA BINTI ISMAIL
SETIAUSAHA ( KETUA EDITOR )
PN. AAINA FATHIHAH BINTI ABDUL RAHMAN
PEN. KETUA EDITOR
CIK SITI AISHAH BINTI ISMAIL
EDITOR
PN. NABILAH BINTI KOMARUDDIN
PN. FAIZURA HANI BINTI MAT GHANI
PN. AMIRA BINTI ABDUL
PN. NUR FARAHIYAH BINTI MOHAMAD ALBOKHRI
CIK NORLY BINTI HARIS
PEMBACA PRUF
CIK NOR AZRIFAH BINTI JAFRI
REKABENTUK GRAFIK & EDIT AKHIR
EN. MOHD AMRI BIN ALMANSAH
FOTOGRAFI
EN. SALMAN BIN IBRAHIM
EN. MUHAMMAD IZZAT BIN AKASAH
Dari Meja Ketua Editor
PUAN AAINA FATHIHAH BT ABDUL RAHMAN
Assalammualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.
Syukur alhamdulillah dengan izin Allah s.w.t, Akses@KVMS yang
merupakan buletin digital pertama Kolej Vokasional Muadzam Shah
(KVMS) telah berjaya diterbitkan. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan
kepada penasihat sidang redaksi KVMS 2021 iaitu Tuan Haji Zakaria bin
Omar atas kepercayaan yang diberikan kepada kami, barisan warga kerja
sidang redaksi KVMS 2021 untuk menerbitkan buletin digital KVMS yang
pertama.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada barisan warga kerja sidang
redaksi yang telah memberikan komitmen yang jitu dalam usaha dan
proses penerbitan Akses@KVMS. Tidak lupa juga buat para pensyarah,
anggota kumpulan pelaksana dan para pelajar yang telah memberikan
kerjasama yang tinggi dalam penyumbangan segala maklumat yang
diperlukan untuk dimuatkan dalam Akses@KVMS ini.
Akhir kata, barisan warga kerja sidang redaksi akan sentiasa komited
dalam menyampaikan info dan maklumat berkenaan KVMS kepada
umum. Idea dan komen penambahbaikan amat dialu-alukan daripada
semua pihak agar kualiti Akses@KVMS dapat dipertingkatkan dari
semasa ke semasa.
Terima kasih.
Akses@KOLEJ VOKASIONAL MUADZAM SHAH
EDISI 2021
Isi
KANDUNGAN
Akses@KOLEJ VOKASIONAL MUADZAM SHAH
EDISI 2021
Assalammualaikum w.b.t dan selamat sejahtera. PENGARAH
KOLEJ VOKASIONAL
Puji dan syukur ke hadrat Ilahi kerana buat julung kalinya Kolej MUADZAM SHAH
Vokasional Muadzam Shah (KVMS) berjaya menerbitkan Akses@KVMS TUAN HAJI ZAKARIA BIN OMAR
Edisi 2021 iaitu Buletin Digital KVMS yang pertama. Sekalung tahniah
dan penghargaan diucapkan buat barisan warga kerja sidang redaksi
atas usaha yang telah dicurahkan untuk menerbitkan buletin digital
ini. Tidak lupa juga kepada para pensyarah, anggota kumpulan
pelaksana serta para pelajar yang telah turut sama memberikan
komitmen yang padu dalam usaha murni ini. Penerbitan Akses@KVMS
ini diharap dapat menjadi satu medium penyebaran maklumat
kepada semua.
Akses@KVMS Edisi 2021 ini merupakan satu wadah yang
mempamerkan segala pencapaian dan prestasi unggul yang dikecapi
warga KVMS sepanjang tahun 2021. Selain itu, Akses@KVMS juga
menyajikan sisipan perkongsian ilmu yang bermanfaat buat para
pembaca.
Penerbitan Akses@KVMS ini turut dilihat sebagai satu terjemahan visi
dan misi yang berlandaskan dasar pendidikan negara. Potensi para
pensyarah, anggota kumpulan pelaksana dan para pelajar diadunkan
bersama bagi merealisasikan salah satu hasrat yang digariskan dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015 iaitu
melahirkan sumber manusia yang berdaya saing di peringkat global
tanpa meminggirkan nilai-nilai etika, agama dan budaya.
Kendatipun arus pendidikan di Malaysia kian berubah dan
memberikan cabaran yang besar buat semua, namun saya percaya
dengan peranan yang dimainkan oleh semua pihak, kecemerlangan
para pelajar dapat dibentuk selaras dengan pembangunan sahsiah
agar kemenjadian para pelajar akan seimbang dari aspek jasmani,
emosi, rohani dan intelek (JERI) seterusnya dapat menjadi tonggak
utama masa hadapan negara dan bangsa.
Akhir kalam, didoakan agar Kolej Vokasional Muadzam Shah akan
terus konsisten melakar kejayaan dan menempa nama di peringkat
antarabangsa serta komited dalam melahirkan anak bangsa yang
mapan dan mampu memberikan sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran terhadap keluarga, masyarakat dan negara.
Sekian, terima kasih.
Akses@KOLEJ VOKASIONAL MUADZAM SHAH I
EDISI 2021
Akses@KOLEJ VOKASIONAL MUADZAM SHAH II
EDISI 2021
Akses@KOLEJ VOKASIONAL MUADZAM SHAH III
EDISI 2021
Akses@KOLEJ VOKASIONAL MUADZAM SHAH IV
EDISI 2021
CARTA ORGANISASI
JABATAN PENGAJIAN UMUM KVMS
Akses@KOLEJ VOKASIONAL MUADZAM SHAH V
EDISI 2021
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan Di Malaysia Adalah Suatu Usaha Berterusan Ke Arah Memperkembangkan
Lagi Potensi Individu Secara Menyeluruh Dan Bersepadu Untuk Mewujudkan
Insan Yang Seimbang Dan Harmonis Dari Segi Intelek, Rohani, Emosi Dan Jasmani
Berdasarkan Kepercayaan Dan Kepatuhan Kepada Tuhan. Usaha Ini Adalah Bagi Melahirkan
Rakyat Malaysia Yang Berilmu Pengetahuan, Berketerampilan, Berakhlak Mulia,
Bertanggungjawab Dan Berkeupayaan Mencapai Kesejahteraan Diri,Serta Memberi
Sumbangan Terhadap keharmonian Dan Kemakmuran Keluarga, Masyarakat Dan Negara.
VISI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Pendidikan berkualiti insan terdidik negara sejahtera
MISI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan
potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara
VISI
BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
Peneraju pendidikan teknikal dan vokasional yang unggul
MISI
BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
Memperkasa pendidikan teknikal dan voksional melalui pelaksanaan program yang berkuali
Akses@KOLEJ VOKASIONAL MUADZAM SHAH VI
EDISI 2021
BRAND BUSINESS
Employability we care
BRAND VISION
Productive and competive
BRAND VALUES
Skill, entrepreneur and moral ethics
OBJEKTIF
Lower secondary education produces graduates who are willing to pursue
vocational education to A higher level
Produce high school graduates who have a certificate or diploma that is
recognised by the state and national certification bodies.
Empowerment the ministry of education delivery system for
vocational education transformation
STRATEGI
Meningkatkan pencapaian dalam kurikulum
Pencapaian cemerlang dalam aktiviti kokurikulam
Membentuk dan melahirkan pelajar yang berakhlak dan berketerampilan
Menjana pensyarah dan anggota kumpulan pelaksana yang berkualiti dan berdedikasi
Mewujudkan persekitaran kolej yang ceria dan kondusif
Mengamalkan budaya pengurusan yang cekap dan telus
Mengamalkan budaya baik dengan komuniti setempat
MOTO KOLEJ
Pensyarah cemerlang pelajar gemilang kolej terbilang
Akses@KOLEJ VOKASIONAL MUADZAM SHAH VII
EDISI 2021
SENARAI PENSYARAH DAN AKP KOLEJ VOKASIONAL MUADZAM SHAH
BIL NAMA JAWATAN GRED
1 Zakaria b Omar Pengarah PPP DG52
2 Mohd Yusof b Hj Hassan Timbalan Pengarah Akademik PPP DG52 (KUP)
3 Mohd Zukarnan b Abdu Majid Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PPP DG48 (KUP)
4 Rasidi b Isa @ Elias Ketua Jaminan Kualiti PPP DG52 (KUP)
5 Nik Naimah bt Nik Abu Bakar Ketua Jabatan Penilaian dan Pentaksiran PPP DG44 (KUP)
6 Mustahna b Mahat Ketua Jabatan Teknologi Awam /GKMP Teknikal PPP DG52 (KUP)
7 Rahaiza bt Othman Ketua Jabatan Perniagaan PPP DG48 (KUP)
8 Zulhisham b Hassan Ketua Jabatan Pendidikan Umum / GKMP Bahasa PPP DG48 (KUP)
9 Norliza bt Bahri Ketua Penyelaras Pusat Bertauliah Cawangan / GKMP Vokasional PPP DG48 (KUP)
10 Hamzah b Katan Ketua Unit Teknologi Pemprosesan Kayu dan Kemasan /Ketua Bengkel PPP DG44 (KUP)
11 Wan Zuraila bt Wan Mamat Ketua Unit Teknologi Pembinaan PPP DG48(KUP)
12 Rubi'ah bt Mohd Razi Ketua Unit Pengurusan Perniagaan PPP DG44 (KUP)
13 Yatina bt Mat Yusop Ketua Unit Bahasa PPP DG52 (KUP)
14 Faridah bt Dasuki Ketua Unit Kemanusiaan / GKMP Kemanusiaan PPP DG48 (KUP)
15 Siti Zakiah bt Isa @ Harun Ketua Unit Sains dan Matematik / GKMP Sains dan Matematik PPP DG41
16 Tuan Farziah bt Tuan Soh Ketua Unit Teras Umum PPP DG48 (KUP)
17 Muhamad Zairulnizam b Zakaria Ketua Unit Pentaksiran PPP DG44 (KUP)
18 Mohamad Azdham b Dahalan Ketua Unit Pensijilan PPP DG41
19 Fakrul Radzi b Mohd Rapingi Ketua Unit Perhubungan dan Latihan Industri PPP DG48 (KUP)
20 Muhammad Ramadhan b Zakaria Ketua Unit Hal Ehwal Pelajar PPP DG41
21 Hafaizul b Mat Daud Ketua Unit Sukan dan Kokurikulum PPP DG44 (KUP)
22 Hisham b A Rahman Ketua Unit Psikologi dan Kerjaya PPP DG48 (KUP)
23 Mohd Fareq Wajdi b Abdul Mutalib Ketua Unit Pengurusan Asrama PPP DG44 (KUP)
24 Rozana bt Ismail Ketua Unit Pusat Sumber PPP DG48 (KUP)
25 Nurul Hazianti bt Muda Ketua Unit Teknologi Maklumat PPP DG44 (KUP)
26 Mohd Farid b Awang Ketua Unit Perhubungan Awam PPP DG48 (KUP)
27 Amran b Hussein Ketua Unit Pembangunan & Penyelenggaraan PPP DG44 (KUP)
28 Sapiah bt Rahman Ketua Program Diploma Teknologi Pembinaan / Ketua Bengkel PPP DG41
29 Siti Nur Ain bt Osman Ketua Program Diploma Teknologi Pemprosesan Kayu dan Kemasan PPP DG41
30 Mohd Hazimin b Ab Rahman Ketua Program Diploma Pengurusan Perniagaan PPP DG41
31 Mohd Ridzuan b Hj Mahmud Ketua Program Sijil Teknologi Pembinaan / Ketua Bengkel PPP DG44 (KUP)
32 Norly bt Haris Ketua Program Sijil Teknologi Pemprosesan Kayu dan Kemasan PPP DG41
33 Niswah Hasina bt Salleh Ketua Program Sijil Pengurusan Perniagaan PPP DG41
34 Mohd Shahrani b Mohd Hussin Penyelaras SKM Teknologi Pemprosesan Kayu & Kemasan PPP DG48 (KUP)
35 Muhammad Izzat b Akasah Penyelaras SKM Teknologi Pembinaan / Ketua Bengkel PPP DG41
36 Nur Farahiyah bt Mohamad Albokhri Penyelaras SKM Pengurusan Perniagaan PPP DG41
37 Mohd Azami b Sarju Penyelaras SKM Operasi Pembuatan Perabot PPP DG44 (KUP)
38 Ahmad Shafiee b Salam Pegawai Aset PPP DG48 (KUP)
39 Nor Hafizah bt Ramli Guru Data PPP DG41
40 Raihan b Mamat Ketua Bengkel (Hakiki) / Ketua Bengkel PPP DG44 (KUP)
41 Wan Amir Adham b Wan Ishak Ketua Bengkel PPP DG41
42 Dzul Helmi b Arifin Ketua Bengkel PPP DG41
43 Amzan b Zakaria Ketua Bengkel PPP DG42
44 Wan Zuraida bt Wan Hassan Pegawai Kaunseling & Kerjaya PPP DG44 (KUP)
45 Kamarudin b Hassan Ketua Bengkel PPP DG44 (KUP)
46 Muhammad Ariff Afdhal b Hairun Anuar Pegawai Kaunseling & Kerjaya PPP DG41
47 Mohd Shaharudin b Rahmat Guru Penolong PPP DG52 (KUP)
48 Nojiza bt Ahmad Guru Penolong PPP DG48 (KUP)
49 Sharifah Wardati bt Syed Ahmad Guru Penolong PPP DG48 (KUP)
50 Mohd Hasrulniza b Ibrahim Guru Penolong PPP DG44 (KUP)
51 Aaina Fathihah bt Abdul Rahman Guru Penolong PPP DG41
52 Adibah Izzati bt Abdillah Guru Penolong PPP DG41
53 Ahmad Afnan b Ramli Guru Penolong PPP DG41
54 Amira bt Abdul Guru Penolong PPP DG41
55 Faizura Hani bt Mat Ghani Guru Penolong PPP DG41
56 Fazira bt Rawi Guru Penolong PPP DG41
57 Mohd Amri b Almansah Guru Penolong PPP DG41
58 Muhd Afif b Mohd Saupi Guru Penolong PPP DG41
59 Nabilah bt Komaruddin Guru Penolong PPP DG41
60 Noni Farhana bt Kamarudin Guru Penolong PPP DG41
61 Nor Azrifah bt Jafri Guru Penolong PPP DG41
62 Norul Sahidah bt Suhaimi Guru Penolong PPP DG41
63 Nur Bazilah bt Mohd Bakeri Guru Penolong PPP DG41
64 Nur Fatihah bt Hassan Guru Penolong PPP DG41
65 Nur Izzati bt Mustahna Guru Penolong PPP DG41
66 Nurul Atirah bt Abdoossalam Guru Penolong PPP DG41
67 Ruzita bt Md Jurimi Guru Penolong PPP DG41
68 Salman b Ibrahim Guru Penolong PPP DG41
69 Siti Aishah bt Ismail Guru Penolong PPP DG41
70 Siti Zakiah bt Isa @ Harun Guru Penolong PPP DG41
71 Nur Nadirah bt Mohd Osmera Guru Penolong PPP DG41
72 Mohamad Zul Faezi b Mohmad Asri Guru Penolong PPP DG41
Akses@KOLEJ VOKASIONAL MUADZAM SHAH 1
EDISI 2021
SENARAI NAMA ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA DAN LOKASI
BIL NAMA JAWATAN GRED
1 Saleha bt Ramli Pembantu Tadbir (P/O) N19
2 Norrehan bt Yahya Pembantu Tadbir (P/O) N19
3 Azlan b Mohd Salleh, PJK Penyelia Asrama N22
4 Mohd Azfar b Taslim Penyelia Asrama N19
5 Norzielaily bt Ismail Penyelia Asrama N19
6 Mohd Azizan b Jaya Penolong Jurutera JA29
7 Mohammad Affendy b Mustapha Penolong Jurutera JA29
8 Nor Rizanida bt Abdul Hamid Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA29
9 Rozana bt Yahya Pembantu Makmal C22
(KUP)
10 Nurulnadia bt Hari Umor Pembantu Makmal C19
11 Norhidayah bt Mohamad Pembantu Makmal C19
12 Mohd Hassan b Dollah Pembantu Operasi N11
13 Jamilah bt Mat Isa Pembantu Operasi N11
14 Rahil bt Abdul Samad Pembantu Operasi N11
15 Kamalrudin b Abdul Malik Pembantu Operasi N11
16 Mohamad Sufian b Zakaria Pemandu Kenderaan H11
17 Wan Mohd Azni b Wan Jusoh Pemandu Kenderaan H11
@ Wan Saat Pemandu Kenderaan H11
18 Shamsudin b Abdul Kadir Pembantu Operasi N11
19 Syahrulmustaqim b Mohd Shariff Pembantu Operasi N11
20 Roslinawati binti Osman
Akses@KOLEJ VOKASIONAL MUADZAM SHAH 2
EDISI 2021
Akses@KOLEJ VOKASIONAL MUADZAM SHAH 3
EDISI 2021
11D Akses@KOLEJ VOKASIONAL MUADZAM SHAH 4
EDISI 2021
Akses@KOLEJ VOKASIONAL MUADZAM SHAH 5
EDISI 2021
Akses@KOLEJ VOKASIONAL MUADZAM SHAH 6
EDISI 2021
PENGANJUR : UNIT TEKNOLOGI PEMPROSESAN KAYU DAN KEMASAN
TEMPAT : MAKMAL BESTARI, KVMS
TARIKH: 28 JANUARI 2021
Perbengkelan ini telah diadakan pada 28 Januari 2021 dan dianjurkan
oleh Unit Teknologi Pemprosesan Kayu dan Kemasan dengan kerjasama
daripada PPL dari UiTM Jengka, Puan Junaiza binti Hj Ahmad Zaki.
Perbengkelan ini dianjurkan bagi tujuan penyemakan semula dan
pemurnian silibus dan item pentaksiran bagi program Diploma TPF
sebagai persediaan untuk mendapatkan akreditasi dari pihak MBOT.
Perbengkelan ini juga memberi peluang kepada para pensyarah untuk
meningkatkan pengetahuan tentang cara pembangunan silibus
dan item pentaksiran.
OBJEKTIF PROGRAM
1. Semakan dan pemurnian silibus
2. Semakan dan pemurnian item Pentaksiran Berterusan
Akses@KOLEJ VOKASIONAL MUADZAM SHAH 7
EDISI 2021
PENGANJUR : UNIT HAL EHWAL PELAJAR
TEMPAT : DEWAN MAKAN ASRAMA
TARIKH: 17 JANUARI 2021
Pada 17 januari 2021, telah diadakan program pendaftaran bagi pelajar tingkatan 4 dan 5 SKM
bagi sesi 2021. Pelajar-pelajar yang mendaftar melibatkan pelajar dari negeri kedah dan juga
negeri Pahang. Pada sesi pendaftaran tersebut, pelajar boleh membayar yuran-yuran yang telah
ditetapkan di kaunter yang telah disediakan. Program ini juga melibatkan kerjasama antara unit
hal ehwal pelajar, unit pengurusan asrama dan juga pihak koperasi sekolah. Program pendaftaran
tersebut dijalankan dengan penuh ketat melibatkan pematuhan SOP Covid-19 yang memerlukan
para pelajar dan penjaga yang dibenarkan sahaja masuk ke dalam dewan makan asrama. Mereka
juga perlu memakai pelitup muka, memakai hand sanitizer serta menjaga penjarakan fizikal
sepanjang proses pendaftaran berlangsung. Program pendaftaran berjalan dengan lancar.
OBJEKTIF PROGRAM
Mendaftarkan pelajar tingkatan 4 dan 5 SKM sesi 2021
KUMPULAN SASARAN/PENGLIBATAN
Semua pelajar tingkatan 4 dan 5 SKM 2021
Akses@KOLEJ VOKASIONAL MUADZAM SHAH 8
EDISI 2021
PENGANJUR : UNIT HAL EHWAL PELAJAR
TEMPAT : DEWAN MAKAN ASRAMA
TARIKH: 18 JANUARI 2021
Pada 18 januari 2021, telah diadakan program
pendaftaran bagi pelajar Tahun 2 DVM Sesi 2021.
Pelajar-pelajar yang mendaftar melibatkan pelajar
daripada pelbagai negeri di Semenanjung
Malaysia. Pada sesi pendaftaran tersebut, pelajar
boleh membayar yuran-yuran yang telah
ditetapkan di kaunter yang telah disediakan.
Kebanyakan pelajar yang datang mendaftar
dihantar oleh ibu bapa atau penjaga masing-
masing. Program ini juga melibatkan kerjasama
antara unit hal ehwal pelajar, unit pengurusan
asrama dan juga pihak koperasi sekolah. Program
pendaftaran tersebut dijalankan dengan penuh
ketat yang melibatkan pematuhan SOP Covid-19
yang memerlukan para pelajar dan penjaga yang
dibenarkan sahaja masuk ke dalam dewan makan
asrama. Mereka juga perlu memakai pelitup muka,
memakai hand sanitizer serta menjaga penjarakan
fizikal sepanjang proses pendaftaran berlangsung.
Program pendaftaran berjalan dengan lancar tanpa
sebarang gangguan.
OBJEKTIF PROGRAM
Mendaftarkan Pelajar Tahun 2 DVM Sesi 2021
KUMPULAN SASARAN/PENGLIBATAN
Semua pelajar Tahun 2 DVM Sesi 2021
Akses@KOLEJ VOKASIONAL MUADZAM SHAH 9
EDISI 2021
PENGANJUR : UNIT PERHUBUNGAN DAN LATIHAN INDUSTRI
TEMPAT : KOLEJ VOKASIONAL MUADZAM SHAH
TARIKH: 8 FEB DAN 22 FEB 2021
MENARIK TENTANG PROGRAM
Semasa taklimat ini, semua pelajar diberikan kid OJT yang mengandungi beberapa item
penting seperti buku log, contoh penulisan buku log, format laporan akhir, borang-
borang penilaian dan juga surat pengesahan dan penempatan OJT. Taklimat ini lebih
memfokuskan kaedah penulisan buku log dengan cara yang betul. Selain itu, pelajar juga
didedahkan tentang kaedah dan cara yang betul untuk menghasilkan laporan akhir OJT
yang berkualiti. Taklimat ini juga menekankan aspek kualiti pelajar, tatacara ojt di industri
dan aspek disiplin turut dibincangkan agar pelajar-pelajar memahami etika semasa
menjalani ojt nanti.
OBJEKTIF PROGRAM :
- Menulis buku log OJT dengan betul.
- Merangka, mengumpul dan menulis laporan akhir OJT mengikut kaedah yang betul.
- Mengetahui dan mengamalkan tatacara OJT mengikut garis panduan
yang ditetapkan oleh BPLTV.
KUMPULAN SASARAN/PENGLIBATAN :
Semua pelajar DVM tahun 2 KVMS
Akses@KOLEJ VOKASIONAL MUADZAM SHAH 10
EDISI 2021
PENGANJUR : PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
TEMPAT : DEWAN MAKAN ASRAMA KVMS
TARIKH: 15 FEBRUARI 2021
KUMPULAN SASARAN : SEMUA PELAJAR ASRAMA KVMS (18 BILIK)
Sesi pembelajaran yang sangat mencabar sepanjang tempoh
pandemik Covid-19 merupakan satu cabaran kepada seluruh
rakyat Malaysia secara amnya dan seluruh warga KVMS
khususnya. Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan
Diperketat (PKPD) yang dilaksanakan oleh MKN berikutan
penularan wabak Covid-19 di sekitar kawasan Muadzam
Shah bermula 9 Februari 2021 sehingga 22 Februari 2021
menyebabkan semua pelajar KVMS diarahkan berada di
asrama dan sesi pembelajaran dijalankan secara PDPR dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Sehubungan dengan itu, inisiatif daripada pihak PIBG dan kerjasama PEDRO, agihan sumbangan
kepada pelajar yang berada di asrama telah dilaksanakan. PEDRO memilih KVMS dengan
mengambil kira penglibatan bersama khususnya dalam melahirkan pemain petanque bagi
mewakili daerah Rompin, negeri Pahang dan negara. Agihan sumbangan ini adalah berbentuk
makanan seperti biskut, roti, air kotak dan keperluan harian yang biasa digunakan oleh pelajar
seperti sabun, ubat gigi dan keperluan harian lain. Semua pelajar asrama KVMS iaitu sebanyak 18
bilik yang telah ditetapkan oleh En. Mohd Fareq Wajdi bin
Abdul Mutalib (KU Asrama, KVMS) telah menerima
sumbangan ini. Pihak PEDRO diwakili oleh En. Abdul Aziz
bin Dibok (Timbalan Pengerusi PEDRO) dan pihak PIBG
KVMS pula diwakili oleh En. Mohd Zukarnan bin Abdu Majid
(TPSA KVMS) telah mengagihkan sumbangan kepada wakil
pelajar asrama. Diharapkan agihan sumbangan ini dapat
membantu para pelajar menjalani aktiviti harian tanpa
sebarang masalah khususnya dalam menjalani sesi PDPR
harian yang dijalankan.
OBJEKTIF PROGRAM :
Membekalkan barang-barang keperluan khususnya makanan dan keperluan harian kepada
pelajar asrama.
Membantu menjaga kebajikan pelajar (PIBG) sepanjang PKPD dilaksanakan.
Menjalin hubungan erat (khidmat sosial) di antara PEDRO dan pihak KVMS.
Akses@KOLEJ VOKASIONAL MUADZAM SHAH 11
EDISI 2021
PENGANJUR : JABATAN PERNIAGAAN
TARIKH: 27 FEBRUARI 2021
MENARIK TENTANG PROGRAM :
1. Dapat menambah ilmu pengetahuan
dalam perniagaan.
2. Ilmu yang disampaikan oleh
penceramah memberi banyak manfaat
kepada pelajar.
3. Melihat kebolehan pelajar dalam
menguruskan program melalui kursus
pengurusan acara.
OBJEKTIF PROGRAM :
1. Sebagai salah satu amali bagi kursus
BPP2033 Event Arrangement Assistance.
2. Memberi pengalaman sebenar
kepada pelajar dalam aspek pengurusan
acara mengikut SOP yang betul.
3. Melahirkan pelajar yang lebih
berdisiplin, bekerjasama dan
berkeyakinan tinggi dalam melakukan
sesuatu perkara.
KUMPULAN SASARAN:
Semua pensyarah perniagaan dan semua pelajar pengurusan perniagaan
Akses@KOLEJ VOKASIONAL MUADZAM SHAH 12
EDISI 2021
PENGANJUR : UNIT PERHUBUNGAN AWAM
TARIKH: SEPANJANG MAC & APRIL 2021
MENARIK TENTANG PROGRAM :
- Mempromosi Kolej Vokasional di sekolah-
sekolah menengah.
- Daerah Rompin – SMK Muadzam Jaya, SMK
Keratong, SMK Perantau Damai, SMK Bandar
Tun Razak.
- Daerah Pekan – SMK Chini, SMK Chini 2, SMK
Tengku Abdullah, SMK Indera Shah Bandar,
SMK Paloh Hinai, SMK Dato Mahmud Mat.
- Daerah Rompin – SMK Tg. Lumpur, SMK
Cendrawasih, SMK Sri Damai, SMK Gambang
- Daerah Segamat – SMK Buluh Kasap.
OBJEKTIF PROGRAM :
1. Melakukan aktiviti outreach ke sekolah-sekolah
sekitar daerah Rompin, Pekan, Kuantan serta
Segamat.
2. Memenuhkan enrolmen pelajar tahun 1 SVM
dan 1 SKM.
3. Mempromosikan Kolej Vokasional Muadzam
Shah ke sekolah-sekolah yang terpilih.
KUMPULAN SASARAN/PENGLIBATAN :
Pelajar Tingkatan 4, Kaunselor dan Pentadbir Sekolah di SMK sekitar Rompin, Pekan, Kuantan dan
Segamat.
Akses@KOLEJ VOKASIONAL MUADZAM SHAH 13
EDISI 2021
PENGANJUR : KELAB GURU DAN KAKITANGAN
TEMPAT DAN TARIKH : KAFE ZAMRUD (26 MAC 2021)
OBJEKTIF PROGRAM :
Meraikan Encik Abdul Malik yang dapat berpindah ke Kolej Vokasional Kuantan bagi meneruskan
perkhidmatan beliau.
KUMPULAN SASARAN/PENGLIBATAN :
Semua guru dan kakitangan Kolej Vokasional Muadzam Shah.
MENARIK TENTANG PROGRAM :
Progam ini adalah bagi meraikan salah seorang guru di KVMS yang dapat berpindah ke tempat baharu.
Majlis dilakukan secara sederhana dan ala kadar bagi meraikan beliau. Terdapat sedikit penyampaian
hadiah sebagai tanda kenang-kenangan dan ucapan daripada pihak KVMS serta ucapan perpisahan
daripada beliau. Majlis diakhiri dengan sedikit jamuan bagi meraikan beliau sepanjang tempoh
perkhidmatan di KVMS.
Akses@KOLEJ VOKASIONAL MUADZAM SHAH 14
EDISI 2021
PENGANJUR : UNIT HAL EHWAL PELAJAR
TARIKH : DEWAN TEKNOKRAT KVMS / 06 APRIL 2021
OBJEKTIF PROGRAM :
Mendaftarkan pelajar baharu tahun 1 Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan tahun 1 Sijil Kemahiran
Malaysia (SKM) bagi kohort 2021.
KUMPULAN SASARAN/PENGLIBATAN :
Semua pelajar baharu 1 SVM dan 1 SKM.
MENARIK TENTANG PROGRAM :
Pada 6 April 2021 telah diadakan satu majlis pendaftaran bagi pelajar baharu Tahun 1 SVM
dan Tahun 1 SKM Ambilan 2021. Pelajar-pelajar yang mendaftar melibatkan 4 kursus utama
yang ditawarkan di Kolej Vokasional
Muadzam Shah. Antara kursus-kursus
yang terlibat ialah kursus Teknologi
Pembinaan, Teknologi Pemprosesan
Kayu Dan Kemasan, Pengurusan
Perniagaan dan Sijil Kemahiran Malaysia
Penuh Tahap 2 Operasi Pembuatan
Perabot. Program pendaftaran tersebut
dijalankan dengan melibatkan
pematuhan SOP Covid-19 yang ketat
yang memerlukan para pelajar dan
penjaga yang dibenarkan sahaja masuk ke
dalam dewan. Mereka juga perlu memakai
pelitup muka, memakai hand sanitizer serta
menjaga penjarakan fizikal sepanjang proses
pendaftaran berlangsung. Hari pertama
pendaftaran tersebut telah berlangsung dengan
sangat lancar dan pihak kolej telah berjaya
mendaftarkan seramai lebih kurang 50 orang
pelajar pada hari pertama pendaftaran
tersebut.
Akses@KOLEJ VOKASIONAL MUADZAM SHAH 15
EDISI 2021
PENGANJUR : KOLEJ VOKASIONAL MUADZAM SHAH
TEMPAT DAN TARIKH : KVMS / 10 DAN 11 APRIL 2021
OBJEKTIF PROGRAM :
Menguruskan satu majlis konvokesyen mengikut kaedah/garis panduan/tatacara yang telah
ditetapkan oleh BPLTV (Hadir - secara pandu lalu, Tak Hadir - pos) bagi graduan Ambilan
Tahun 2016.
Memastikan kelancaran majlis dan memberi kenangan majlis konvokesyen (norma baharu)
kepada para graduan.
Memudahkan urusan graduan agar kehadiran ke majlis adalah tinggi dan dalam pematuhan
SOP/tatacara yang telah ditetapkan.
KUMPULAN SASARAN/PENGLIBATAN :
Semua graduan KVMS Ambilan Tahun
2016 (55 orang).
Akses@KOLEJ VOKASIONAL MUADZAM SHAH 16
EDISI 2021
MENARIK TENTANG PROGRAM :
Bermula arahan daripada BPLTV,
mesyuarat telah diadakan sebanyak 3
kali bagi memastikan majlis dapat
dijalankan dengan jayanya.
Konvokesyen secara norma baharu
akibat pandemik Covid-19 adalah
sangat mencabar khususnya bagi
mematuhi SOP/Tatacara yang telah
ditetapkan oleh pihak BPLTV dan
Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Surat jemputan telah diedarkan secara
pos dan saluran alternatif (Group
Whatsapp) kepada semua graduan
bagi menguar-uarkan majlis ini. Taklimat
(secara Google Meet) juga telah diberikan kepada para graduan bagi memastikan atur cara majlis
dan pematuhan SOP diterima dan dipatuhi oleh semua graduan khususnya graduan yang akan
hadir. Daripada 55 graduan, 41 orang graduan telah memberi maklum balas hadir iaitu 18/22
graduan Diploma Pengurusan Perniagaan, 15/17 graduan Diploma Teknologi Pembinaan dan 8/16
graduan Diploma Teknologi Pemprosesan Kayu dan Kemasan. 14 orang graduan yang lain memilih
kaedah penyerahan sijil melalui pos. 41 orang graduan yang hadir telah menerima skrol mengikut
tarikh yang ditetapkan iaitu 10 April 2021 (Sabtu) bagi graduan Diploma Teknologi Pembinaan (Sesi
1/pagi/14 orang) dan Diploma.
Teknologi Pemprosesan Kayu dan Kemasan (Sesi 2/petang/8 orang). Manakala pada 11 April 2021
(Ahad) adalah untuk graduan Diploma Pengurusan Perniagaan/Diploma Teknologi Pembinaan
(Sesi 3/pagi/19 orang). Bagi graduan yang tidak hadir, sijil mereka dihantar melalui pos oleh pihak
kolej. Alhamdulillah, majlis yang dirancang telah berjalan dengan lancar dan graduan yang
memberi maklum balas hadir telah hadir
sepenuhnya ke majlis tersebut. Bantuan pihak
pengurusan tertinggi kolej membantu
memudahkan kelancaran majlis dari mula hingga
selesai. Kerjasama semua graduan juga
membantu melancarkan majlis yang disusun.
Kredit dan jutaan terima kasih diucapkan kepada
semua jawatankuasa yang bertungkus lumus
menguruskan majlis dengan baik bagi
memastikan majlis berjalan dengan lancar dan
mematuhi SOP/Tatacara yang telah ditetapkan.
Akses@KOLEJ VOKASIONAL MUADZAM SHAH 17
EDISI 2021
PENGANJUR : UNIT PSIKOLOGI DAN KERJAYA
TEMPAT DAN TARIKH : DEWAN TEKNOKRAT 15/03/2021
OBJEKTIF PROGRAM :
1. Meningkatkan motivasi pelajar yang akan menduduki peperiksaan akhir SVM.
2. Membakar semangat pelajar yang agak luntur untuk menjalani PdPR ekoran pandemik Covid-19.
3. Memberi pendedahan kepada pelajar pengurusan masa dan diri yang betul.
4. Teknik dan kemahiran belajar dan cabarannya dengan teknologi.
KUMPULAN SASARAN/PENGLIBATAN :
Semua pelajar SVM Tahun 2021.
MENARIK TENTANG PROGRAM :
Program ini dijalankan secara atas talian Google Meet yang dihoskan oleh Encik Ridzuan bin
Osman, PRO MSU University Shah Alam Selangor. Semua pelajar ditempatkan di dalam dewan
teknokrat mengikut sop penjarakan sosial yang ditetapkan. Kaunselor, Cik Wan Zuraida
bertindak sebagai moderator daripada KVMS. Selain daripada menyediakan skrin besar di
dalam dewan, pelajar juga boleh mengikuti program ini melalui gajet dan telefon pintar masing-
masing. Perkongsian menarik daripada Chef Jamsari iaitu pensyarah di MSU yang merupakan
alumni Kolej Vokasional Johor Bahru yang membakar semangat pelajar untuk terus mengikuti
program dan meningkatkan motivasi masing-masing untuk berjaya. Semoga program ini dapat
mencapai objektifnya dan menghasilkan pelajar yang berkualiti.
Akses@KOLEJ VOKASIONAL MUADZAM SHAH 18
EDISI 2021
PENGANJUR : UNIT PSIKOLOGI DAN KERJAYA
TEMPAT DAN TARIKH : DEWAN TEKNOKRAT 28 & 30/04/2021
OBJEKTIF PROGRAM :
1. Memberi pendedahan berkaitan dengan suasana pengajian di kolej.
2. Pendedahan berkaitan dengan subjek yang akan dipelajari sepanjang mengikuti pengajian.
3. Meningkatkan kefahaman dan penguasaan serta penyesuaian diri pelajar dengan bidang
pengajian yang mereka pilih.
4. Mewujudkan hubungan silaturahim yang baik antara pensyarah dan rakan.
KUMPULAN SASARAN/PENGLIBATAN :
Semua pelajar Semester 1 SVM dan Program SLDN KV-McDonalds Kohort 2021.
MENARIK TENTANG PROGRAM :
Program selama 2 hari ini dijalankan mengikut pematuhan SOP yang ketat yang telah digariskan
oleh KPM. Hari pertama program semua slot diisi dengan taklimat daripada Pengarah KVMS,
Taklimat HEM, Asrama, Jabatan Pendidikan Umum, Jabatan Teknologi Awam, Jabatan
Perniagaan, Pusat Sumber, Kokurikulum, SKM dan Jabatan Penilaian Pentaksiran. Terdapat juga
slot dimana semua pelajar ini diberi pendedahan secara hands on di bengkel dan makmal
masing-masing.
Pada hari ke-2, semua pelajar terlibat dengan Kaunselor sepenuhnya di Dewan Teknokrat
dengan melakukan aktiviti ice breaking serta menjalani ujian inventory personality warna, ujian
senarai semak masalah whooley dan juga menjalani ujian saringan minda sihat DASS daripada
KKM. Pelajar sangat teruja untuk mengetahui personaliti masing-masing dan seronok menjawab
inventori tersebut. Bagi pelajar yang mempunyai simptom kesihatan mental hasil daripada
saringan ujian minda sihat DASS, kaunselor akan mengambil tindakan lanjut dengan membuat
perjumpaan susulan dengan pelajar terlibat.
Program ini juga memberi peluang kepada MPP dan PRS KVMS untuk membantu
mengendalikan program bersama pelajar. Tahniah diucapkan.
Akses@KOLEJ VOKASIONAL MUADZAM SHAH 19
EDISI 2021
PENGANJUR : KOLEJ VOKASIONAL KUANTAN
TEMPAT DAN TARIKH : KOLEJ VOKASIONAL KUANTAN 12 APRIL 2021
OBJEKTIF PROGRAM :
Penyediaan dokumen MQA02 bagi penghantaran dokumen MQA02 untuk program Diploma
Pengurusan Perniagaan.
KUMPULAN SASARAN/PENGLIBATAN :
Ketua Unit dan Ketua Program Diploma Pengurusan Perniagaan.
MENARIK TENTANG PROGRAM :
Menyemak dokumen MQA02 yang akan dihantar.
Diberikan pendedahan untuk penyediaan dokumen MQA02.
Akses@KOLEJ VOKASIONAL MUADZAM SHAH 20
EDISI 2021
PENGANJUR : JABATAN PERNIAGAAN KV MUADZAM SHAH
TEMPAT DAN TARIKH : MAKMAL PENGURUSAN PERNIAGAAN 1 / 24 MAC 2021
OBJEKTIF PROGRAM :
Menyemak dokumen MQA02 bagi penghantaran dokumen MQA02 untuk program Diploma
Pengurusan Perniagaan.
KUMPULAN SASARAN/PENGLIBATAN :
Semua Pensyarah Jabatan Perniagaan Kolej Vokasional Muadzam Shah.
MENARIK TENTANG PROGRAM :
Dokumen disemak oleh ahli panel penilai MQA yang sebenar.
Memberi pendedahan kepada pensyarah untuk menjawab soalan ketika lawatan penuh.
Akreditasi bersama ahli panel penilai MQA yang sebenar.
Akses@KOLEJ VOKASIONAL MUADZAM SHAH 21
EDISI 2021
PENGANJUR : JABATAN PERNIAGAAN
TEMPAT DAN TARIKH : APP GOOGLE MEET / 20 APRIL 2021
OBJEKTIF PROGRAM :
1. Menyemak dokumen MQA 02 bagi setiap bidang .
2. Memastikan eviden serta lampiran yang diperlukan bagi setiap bidang dilengkapkan.
3. Membuat penambahbaikan ke atas jawapan dalam dokumen sekiranya perlu.
4. Memberi pendedahan kepada pentadbir dan semua pensyarah sama ada terlibat secara
langsung atau tidak langsung berkenaan prosess penyediaan Dokumen MQA02.
KUMPULAN SASARAN/PENGLIBATAN :
Pengurusan tertinggi yang terdiri daripada Pengarah, TPA, TPSA dan KJK.
Ketua Jabatan Perniagaan, Ketua Unit Pengurusan Perniagaan dan Ketua Program Diploma
Pengurusan Perniagaan.
Semua Pensyarah Jabatan Perniagaan.
Akses@KOLEJ VOKASIONAL MUADZAM SHAH 22
EDISI 2021
MENARIK TENTANG PROGRAM :
Perbengkelan ini diketuai
oleh Ketua Jabatan
Perniagaan, Puan Rahaiza
yang bertindak sebagai
koordinator yang diperingkat
awalnya membentangkan
tentang matlamat serta
objektif perbengkelan serta
kepentingan untuk
mengadakannya.
Perbengkelan diteruskan
dengan pembentangan oleh
Ketua Program Diploma
Pengurusan Perniagaan, iaitu
Encik Mohd Hazimin yang
membentangkan satu persatu jawapan
berserta eviden sebagai lampiran mengikut bidang bermula semakan Bahagian A, B, bidang 1
sehingga bidang 7. Menariknya tentang perbengkelan ini ialah semakan dokumen turut disertai
oleh pengurusan peringkat atasan yang bertanggungjawab sepenuhnya mengikut bidang kuasa
masing-masing. Justeru, keyakinan tentang jawapan dan eviden serta lampiran yang
dikemukakan adalah lebih tinggi. Hal ini demikian kerana setiap jawapan dan lampiran adalah
disemak terus oleh pihak pengurusan atasan, iaitu Tuan Pengarah sendiri Tn Haji Zakaria Bin
Omar, TPA Tn Haji Yusof bin Hassan, TPSA Encik Mohd Zukarnan Bin Abu Majid dan KJK Tn
Haji Rasidi Bin Isa@Elias.
Semua peserta memberikan komitmen dan kerjasama serta respons yang sangat baik dan tinggi.
Justeru, pelbagai isu yang timbul dapat diselesaikan dengan segera dan efisien. Pelbagai
penambahbaikan telah dibuat ke atas dokumen dan semakan akhir akan dilaksanakan pada
suatu tarikh yang ditetapkan kemudian. Syabas dan setinggi penghargaan serta jutaan terima
kasih diucapkan kepada semua peserta.
Akses@KOLEJ VOKASIONAL MUADZAM SHAH 23
EDISI 2021
PENGANJUR : JABATAN PENGAJIAN UMUM
TEMPAT DAN TARIKH : KELAS MASING-MASING / 6 MEI 2021
Pada 6 Mei 2021, telah berlangsung
program World #Quran Hour.
Program ini telah melibatkan semua
pelajar dan guru KVMS dan telah
dijalankan di lokasi masing-masing
seperti kelas, bilik guru dan bengkel
dengan pemantauan guru yang
mengajar. Bacaan Surah al-Mulk
diketuai oleh Cikgu Mohd Hasrulniza
yang bersiaran dari bilik guru unit
Kemanusiaan KVMS dengan
menggunakan pembesar suara utama.
Semua guru dan pelajar membaca surah
pilihan tersebut secara langsung sama ada dari kitab
al-Quran atau melalui telefon pintar masing-
masing. Perkara yang menarik daripada
program ini ialah bacaan ayat suci ini telah
berkumandang dan bergema di seluruh
kawasan dan bangunan KVMS. Semoga
program dirahmati oleh Allah SWT.
Akses@KOLEJ VOKASIONAL MUADZAM SHAH 24
EDISI 2021