BUKU SKRAP
Sejarah
Masyarakat Punjabi adalah salah satu kumpulan Tentera Punjabi di Perak,
etnik terbesar di muka bumi. Mereka tergolong Tanah Melayu pada abad ke-
dalam perlumbaan Indo-Aryan. Mereka 20 : )
mengatasi kaum etnik India dan Pakistan yang
lain dengan populasi mereka sebanyak 88 juta.
Pada kurun ke-20, sebilangan masyarakat
Punjabi telah berhijrah ke Malaysia apabila
British menggunakan mereka sebagai tentera dan
pengawal keselamatan di Tanah Melayu. Kini,
mereka menjadi rakyat Malaysia.
Pakaian
Pakaian Kaum Lelaki terdiri
daripada KURTA dan
TURBAN.
Pakaian Kaum Wanita pula
terdiri daripada SALWAR
KAMEEZ dan LEHENGA.
Kurta
KURTA merupakan kemeja panjang
yang sampai ke lutut dan diperbuat
daripada kain kapas dan sutera.
Kurta biasanya dipakai bersama
kameez tetapi juga boleh dipakai
bersama dengan dhoti.
Turban
Turban adalah penutup
kepala tradisional
masyarakat Punjabi yang
diperbuat daripada kain
kapas.
Salwar Kameez
Salwar Kameez terdiri
daripada tiga bahagian iaitu
blaus (kameez) , kain panjang
(dupatta) dan seluar (salwar)
yang biasanya berdimensi.
Lehenga
Blaus dipotong untuk muat
ketat pada badan dan
mempunyai lengan pendek
dengan leher yang rendah.
Lehenga biasanya dipakai
dengan kain yang lebar dan
panjang serta skirt yang labuh.
Adat Resam
1) Mengandung
Mengikut kepercayaan kaum Sikh,
sekiranya anak yang baru lahir tidak
berhenti menangis, keluarganya
perlu ke tempat uri ditanam dan
pukul tanah itu untuk menghentikan
tangisan.
2) Kelahiran Bayi
Nama akhir atau nama belakang
penganut Sikh adalah sama,
berbeza hanya mengikut jantina
iaitu Singh bagi lelaki manakala
Kaur bagi perempuan. Singh
bermaksud ‘Singa’ manakala
Kaur memberi maksud ‘Puteri’.
3) Perkahwinan
Mengikut adat perkahwinan kaum
Sikh, pihak wanita akan
mengeluarkan belanja yang
banyak bukan sekadar membayar
dowri (hantaran) tetapi juga perlu
menyediakan cincin emas bukan
sahaja untuk pengantin lelaki
bahkan untuk ibubapa pengantin
lelaki juga.
Perayaan
VAISAKHI Sambutan Vaisakhi
di Malaysia ;)
Vaisakhi ialah salah satu pesta
menuai kuno di Punjab, yang juga
menandakan bermulanya tahun
suria baru dan musim menuai baru.
Vaisakhi jatuh pada hari pertama
bulan Vaisakh iaitu 14 April.
Seni dan Budaya
Tarian Bhangra
Tarian Bhangra merupakan salah satu
tarian kebudayaan kaum suku Sikh. Ia
merupakan suatu bentuk tarian yang
mana ia untuk meraikan penglibatan
dan kejayaan dalam tuaian yang baik
dan berasal daripada wilayah Punjab di
India.
Tokoh Punjabi di Malaysia
Datuk Seri Amar Singh a/l Ishar Singh
Pegawai polis Malaysia yang berkhidmat di
Polis Diraja Malaysia (PDRM). Beliau
merupakan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah
(JSJ) Bukit Aman dan telah memegang jawatan
sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur dari 14 Mac
2016 hingga 5 Disember 2018. Sikap
berperikemanusiaan Amar Singh telah
melayakkan beliau menerima jolokan "Singh Is
King" di kalangan netizen.
Dato' Seri Karpal Singh a/l Ram Singh
Ahli politik dan peguam Malaysia.
Beliau merupakan bekas Pengerusi
Kebangsaan Parti Tindakan
Demokratik (DAP), jawatan yang
disandangnya selama 10 tahun
(2004-2014) dan juga berkhidmat
sebagai Ahli Parlimen Bukit
Gelugor, George Town, Pulau
Pinang.
Kesimpulan
Malaysia sebuah negara yang penuh diversiti.
Kepelbagaian kaum dalam negara kita membolehkan
kita mengenali budaya masyarakat yang berlainan.
Walaupun Malaysia terdiri daripada orang Melayu,
Cina, India, Kadazandusun dan Punjabi, sifat
perpaduan menyatukan kita dalam semua situasi.
Malaysia, Sehati, Sejiwa. :)
Terima Kasih.. Ashley Ruth
PBD UNIT 11 4 UTARID
PENDIDIKAN
MORAL