SI TANGGANG
DERHAKA
Pada zaman dahulu kala, di
sebuah kampung yang terpencil
terdapat sebuah keluarga yang
miskin. Di dalam keluarga tersebut
tinggal Mak Umpit dan anak
tunggalnya yang bernama Si
Tanggang. Kehidupan mereka
sehari-harian, bak kata pepatah
kais pagi, makan pagi, kais petang,
makan petang.
Pada suatu hari, Si Tanggang berkata kepada ibunya yang sedang menyapu
dihalaman rumah...
“Ibu, kehidupan kita ini sangat miskin. Tanggang rasa
eloklah Tanggang pergi merantau di negeri orang
mencari kekayaan. Nanti... Tanggang akan dirikan
mahligai yang indah dan akan Tanggang kalungkan
intan permata pada tubuh ibu...” kata Tanggang
Alangkah terkejutnya Mak Umpit apabila mendengar hasrat anak kesayangannya
itu. Ibu si Tanggang amat keberatan untuk melepaskan anaknya untuk pergi
belayar, namun dia terpaksa mengalah kerana mengikuti kemahuan anaknya itu.
Tambahan pula, anaknya juga telah berjanji untuk Kembali ke kampung setelah
dia menjadi kaya nanti.
“Ibu, anakmu ini berjanji akan segera kembali ke
pangkuan ibu dengan segera.” Kata Tanggang lagi,
“Baiklah nak, jika itu yang membuat kamu gembira, ibu
rela dan izinkan kamu pergi belayar bersama-sama
kapal besar itu nak.” Balas sang ibu
Ketika ingin mencari pekerjaan, Si Tanggang terlihat sebuah kapal besar
berlabuh di muara sungai berhampiran rumahnya. Si Tanggang pergi mencuba
nasib untuk menjadi anak kapal. Pada awalnya, nahkoda kapal meragui akan
kebolehan si Tanggang, akan tetapi beliau akhirnya bersetuju setelah melihat
kecekapan si Tanggang bersampan ketika menuju ke kapal besar beliau tadi.
Si Tanggang: Wahai Tuanku, patik ingin bekerja di kapal
tuanku sebagai anak kapal.
Si Nahkoda: Apakah anak muda mampu untuk bekerja di sini
dan meninggalkan kampung halaman dan berlayar di lautan?
Si Tanggang: Patik sanggup jikalau itu yang harus patik
lakukan untuk diterima bekerja di sini.
Si Nahkoda: Baiklah, anak muda kelihatannya begitu ingin
bekerja di sini. Patik diterima bekerja.
Selepas si Tanggang bekerja di kapal besar tersebut, Si Nahkoda kapal amat berkenan
dengan si Tanggang disebabkan oleh kerajinannya itu. Lalu, si Tanggang pun dikahwinkan
dengan putri Nahkoda tersebut. Mereka pun hidup bahagia. Tidak lama selepas itu, Si
Tanggang telah menggantikan Nahkota kapal yang lama perihal beliau telah jatuh sakit.
Si Nahkoda: Wahai si Tanggang, patik memerintahkan
hamba untuk menggantikan tempat patik, kerana patik
sudah tidak larat untuk memerintah.
Si Tanggang: dengan senang hati patik menerima
jawatan ini.
Kehidupan Si Tanggang bertambah kaya dan berjaya
apabila telah menjadi nakhoda kepada sebuah kapal yang
besar. Pada suatu hari, kapal Si Tanggang telah berlabuh di
sebuah kampung iaitu Kampung Semerah Padi. Khabar
tentang berita tersebut telah sampai ke telinga ibu Tanggang
dan membuatkannya berasa sangat gembira kerana dia
begitu rindu akan anak tunggalnya itu. Pemergian Tanggang
telah membuatkan jatuh sakit dan tidak mahu bergaul dengan
masyarakat. Penduduk kampung amat mengasihani akan ibu
Tanggang. Oleh hal yang demikian, mereka menyampaikan
berita gembira tersebut kepada ibu Tanggang dengan kadar
segera.
Orang Kampung: Mak Umpit! Oh Mak Umpit! Keluarlah sebentar, kami ada suatu berita yang ingin di ceritakan
kepadamu! Pastinya Mak Umpit begitu senang apabila mendengar berita ini!
Ibu Tanggang: Dalam keadaan tidak bermaya keluar menjengah orang kampung diluar jendela. “Yaaa, apa yang
kamu mahu? Aku hanya inginkan berita tentang anakku sahaja, Jikalau cerita lain, aku tidak berminat sama
sekali” balasnya lemah.
Orang Kampung: “Berita yang kami ingin ceritakan ini adalah berkaitan anakmu Si Tanggang! Khabar para
nelayan, ada sebuah kapal besar telah berlabuh di kampung kita. Kata mereka juga, nakhodanya bernama
Tanggang! Mak umpit pernah ceritakan dahulu bahawa Tanggang telah mengikut sebuah kapal besar bukan?”
kata mereka dengan nada gembira
Ibu Tanggang: “Benarkah !! sejak bila kapal itu berlabuh? Mengapa baru
sekarang kamu beritahu kepadaku? Kesian anakku pasti dia merindui aku
dan masakanku” katanya dengan senang hati dan senyum dibibir
Ibu Tanggang: “Aku hendak memasak masakan kegemaran anakku,
kesiannya dia. Pasti sudah lama tidak makan masakan yang enak-enak. Di
atas kapal pasti susah untuk mendapatkan bekalan makanan yang enak!”
mengomel Ibu Tanggang. “Kamu tunggu sebentar ya aku hendak menyalai
pisang, nanti kita pergi bersama ke kapal tersebut ya” Balas ibu Tanggang
Orang Kampung: Baik Mak Umpit, kami tunggu!
Maka, berangkatlah Ibu Tanggang bersama orang kampung ke kapal
Tanggang dengan membawa pisang salai kegemaran anak tunggalnya itu.
Malangnya Tanggang berasa malu untuk mengaku bahawa perempuan tua yang uzur dan miskin itu adalah
ibunya. Ibu Tanggang dihalau seperti anjing kurap. Ibu Tanggang yang terluka hatinya terus berdoa kepada
Allah. Kalau benar Tanggang adalah anaknya, dia menyumpah Tanggang menjadi batu.
Mak Umpit: Oh, Tanggang anakku! Tidakkah engkau kenal lagi ibumu ini? Rindunya rasa hati ibu semenjak
kepemergianmu nak...”
Si Tanggang terkejut dengan kedatangan perempuan tua itu.
Tanggang: Hei… Perempuan tua, jangan engkau pandai-pandai
mengaku dirimu itu ibuku! Ibuku tidak sekotor ini. Aku anak
orang kaya. Lebih baik kau berambus dari sini….”
” Pengawal, halau perempuan tua ini, hamba benci melihatnya!”
Setibanya Mak Umpit di persisiran pantai, dia terus menadah tangan ke langit.
Mak umpit: “Oh, Tuhanku! Kalau benar Si Tanggang itu adalah anakku yang kususui dari
susuku ini dan yang ku didik dari sebesar dua tapak jari ini, tujukkanlah balasan Mu ke atas
anak yang durhaka!!!”
Tidak lama kemudian cuaca mulai berubah, angin berderu
kencang, air laut bergelora dan petir yang sambar menyambar
seperti ingin memberitahu Tanggang begitulah rasa gelora hati
ibunya yang sakit hati dan kecewa kerana perbuatan si
Tanggang terhadap mereka
Apabila si Tanggang tersedar akan perubahan tersebut, ketika itulah dia mulai berasa kesal
akan perbuatanya yang menderhaka kepada orang tuanya dan Tuhan telah memperkenankan
doa orang tuanya.
Si tanggang dengan sekuat hati berteriak kepada orang tuanya:
Si Tanggang: “Ibu! ampunilah Tanggang! Tanggang tahu Tanggang banyak berdosa kepada ibu!
Ampunilah diri Anakkmu ini!
Namun ibu Si Tanggang tidak
menghiraukan anak mereka lagi, dia
hanya mampu menangis melihat anaknya
dari kejauhan menerima hukuman yang
setimpal dengan perbuatanya.
Tidak lama selepas itu, ombak dan
ribut telah reda dan Si Tanggang bersama
kapalnya telah bertukar menjadi batu.
TAMAT