9
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
59990 Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(Ambilan Jun 2020)
PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU
EDUP3043
Nama: Disediakan oleh:
No. Kad Pengenalan: MUHAMMAD NUR IKHSAN BIN SABARUDDIN
Angka Giliran: 010911010285
Kumpulan/ Unit 2020192340152
Nama Pensyarah: PISMP AMBILAN JUN 2020
Tajuk Tugasan : ZAHANIN BINTI ISMAIL
Tarikh Penyerahan: PENULISAN AKADEMIK
21 OGOS 2021
Tarikh Menerima Maklum
Balas Daripada Pensyarah
ISI KANDUNGAN HALAMAN
BIL TAJUK 1
1.0 PENGENALAN
2.0 ANALISIS ISU-ISU SEMASA BERKAITAN TINGKAH LAKU 1-2
BERMASALAH DI DALAM BILIK DARJAH
3.0 PEMILIHAN MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BAGI 3-4
MENANGANI TINGKAH LAKU BERMASALAH DI DALAM
BILIK DARJAH
3.1 MODEL MODIFIKASI TINGKAH LAKU B.F. SKINNER
3.2 MODEL PENGURUSAN DISIPLIN THOMAS GORDON
4.0 RUMUSAN 5
RUJUKAN 6
LAMPIRAN 7-8
1.0 PENGENALAN
Isu-isu masalah disiplin dan tinglah laku murid seringkali didengar dan menjadi perbualan
hangat oleh ahli akademik dan pihak-pihak yang bertanggungjawab. Dalam bidang
pendidikan di Malaysia, masalah tingkah laku dan disiplin murid sudah menjadi suatu
perkara yang membimbangkan dan semakin menjadi-jadi walaupun pelbagai langkah
penyelesaian yang telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Selain itu,
perkara berkaitan masalah disiplin juga membawa kebimbangan terhadap masa depan
negara Malaysia yang bergantung kepada generasi muda terutamanya murid-murid.
Antara punca berlakunya masalah disiplin dalam kalangan murid-murid menurut
Muhammed Sharif & Suria (2012), ialah disebabkan faktor diri, faktor hubungan keluarga,
faktor rakan, faktor sikap guru dan faktor prasarana sekolah. Bagi menangani masalah ini,
pihak guru dan sekolah perlulah memainkan peranan yang penting bagi menangani
masalah disiplin dalam kalangan murid-murid bagi melahirkan generasi yang
berwawasan.
2.0 ANALISIS ISU-ISU SEMASA BERKAITAN TINGKAH LAKU BERMASALAH DI DALAM
BILIK DARJAH
Bagi menganalisis isu-isu tingkah laku murid bermasalah dalam bilik darjah, saya telah
mendapatkan seorang pakar untuk mendapatkan informasi-informasi berkaitan isu
tersebut sepanjang kelas atas talian diadakan. Saya telah menemu ramah cikgu Nurazlina
atau dikenali sebagai ustazah Nor oleh murid-murid Sekolah Kebangsaan Permatang
Pasir. Selain itu, saya juga telah menjalankan sesi temu ramah pakar bersama beberapa
orang rakan kelas saya dengan menggunakan pautan Whatsapp. Bagi mendapatkan
informasi yang berkaitan, saya telah menyediakan beberapa soalan berkaitan isu-isu
tingkah laku bermasalah murid kelas yang telah diajar oleh ustazah Nor antaranya ialah
“Apakah masalah disiplin yang paling ketara pernah berlaku sepanjang mengajar sewaktu
PdPr dan cara mengatasi masalah tersebut?” Melalui soalan tersebut, ustazah Nor telah
menyatakan masalah yang paling ketara sekali ialah ketidak hadiran murid masuk ke kelas
dan tidak membuat kerja sekolah yang diberikan kepada murid-murid kelasnya. Masalah
atau isu ini berkemungkinan berpunca kerana murid-murid sering bangun lambat untuk
masuk ke kelas dan tidak mempunyai prasarana atau kemudahan seperti telefon pintar,
komputer riba atau kemudahan rangkaian internet yang baik di rumah mereka. Di samping
itu, ia juga berkemungkinan berpunca daripada ibu bapa yang sibuk dengan kerjaya
sampaikan tidak mengambil tahu tentang kerja rumah anak-anak kerana selalunya kerja-
kerja sekolah diberikan pada pautan Whatsapp atau Telegram ibu bapa dan guru.
Selain itu, saya juga telah mengajukan soalan seperti “Pernahkan murid selalu
tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberi? Apakah cara penyelesaian bagi mengatasi
1
masalah tersebut?” dan “Pernahkah berlaku murid tidak masuk kelas atau ponteng?
Antara jawapan yang telah diberi ialah ia sering berlaku seperti jawapan yang telah
diberikan pada soalan yang pertama. Ia juga berkemungkinan berpunca daripada murid
kekurangan kemudahan prasarana seperti internet dan telefon pintar. Selain itu, ia juga
berkemungkinan kerana ramai murid yang berasal daripada keluarga yang tidak
berkemampuan. Tingkah laku negatif ini boleh dikaitkan dengan tingkah laku anti sosial
atau distruktif iaitu tingkah laku klik di mana murid mempunyai hubungan dengan
beberapa orang atau rakan sebaya yang mempunyai tabiat dan tingkah laku yang tidak
baik. Tingkah laku negatif lain yang berkaitan ialah tingkah laku bergantung seperti
pengunduran diri di mana murid tidak mahu menunjukkan kebolehan, teragak -agak
memberi pendapat atau idea, tidak yakin kepada kebolehan sendiri dan menganggap
orang lain lebih baik dari dirinya. Berbalik kepada penyataan yang diberi oleh ustazah Nor,
masalah tingkah laku tersebut berkemungkinan berlaku kerana terdapat banyak keluarga
yang mempunyai kekurangan dari segi ekonomi kerana banyak sektor perkejaan di tutup
sepanjang musim pandemik berlaku. Antara langkah penyelesaian yang telah dilakukan
oleh ustazah Nor ialah dengan menghubungi murid secara personal melalui pautan
Whatsapp atau memberitahu nama-nama murid yang tidak lagi menyiapkan kerja sekolah
yang diberi. Melalui cara berikut memudahkan ustazah Nor untuk mengetahui lebih lanjut
berkaitan masalah-masalah yang dihadapi oleh murid.
Berdasarkan soalan-soalan yang telah diberi, Ia berkemungkinan berpunca
daripada faktor diri murid itu sendiri. Menurut Duke (1980), menyatakan bahawa setiap
individu bertanggungjawab terhadap perlakuannya sendiri. Menurutnya lagi, murid-murid
berkemungkinan menjadi tidak berdisiplin kerana mengikut kehendak-kehendak diri
mereka sendiri tanpa sebarang pengaruh luar. Berdasarkan penyataan tersebut, murid
yang mempunyai masalah tingkah laku atas faktor diri sendiri berkemungkinan murid
tersebut suka mengasingkan diri daripada rakan murid yang lain dan tidak mahu
menonjolkan kebolehan dan tidak mempunyai keyakinan diri untuk bergaul dengan orang
lain. Selain itu, masalah tingkah laku murid yang berlaku juga boleh berlaku disebabkan
faktor keluarga yang gagal mendidik anak-anak dengan baik dan tidak memberikan kasih
sayang serta didikan agama dengan sempurna. Hal ini kerana, ibu bapa sibuk mengejar
kerjaya mereka sampai abaikan tanggungjawan sebagai ibu bapa. Seterusnya, masalah
tingkah laku dan disiplin juga berlaku disebabkan faktor masyarakat seperti pengaruh
rakan sebaya dan persekitarannya yang negatif.
2
3.0 PEMILIHAN MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BAGI MENANGANI TINGKAH LAKU
BERMASALAH DALAM BILIK DARJAH
Tingkah laku bermasalah menurut Mok Soon Sang (2011), merupakan tingkah laku atau
perbuatan murid yang boleh mengganggu kelancaran dan keberkesanan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran, khususnya di dalam bilik darjah. Selain itu, menurut Haliza
dan Joy (2016), murid-murid ini cenderung untuk melakukan perbuatan yang melanggar
norma-norma masyarakat dan tidak sesuai dalam sesuatu situasi. Bagi menangani
masalah tingkah laku bermasalah dalam kalangan murid-murid, terdapat model-model
pengurusan disiplin bilik darjah yang boleh diaplikasikan oleh guru semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam bilik darjah. Seterusnya, berdasarkan hasil
temu ramah bersama ustazah Nor, saya dapat mengenal pasti dua pemilihan model
disiplin pengurusan disiplin yang telah diaplikasikan oleh ustazah Nor untuk menangani
masalah murid yang tidak membuat kerja sekolah dan tidak masuk ke kelas. Antara model
pengurusan disiplin yang digunakan ialah model modifikasi tingkah laku B.F. Skinner dan
model pengurusan disiplin Thomas Gordon.
3.1 MODEL MODIFIKASI TINGKAH LAKU B.F. SKINNER
Burrhus Frederic Skinner (1904-1990) telah memperkenalkan satu model
pengurusan disiplin tingkah laku yang menggunakan prinsip peneguhan. Melalui
model ini, bagi mempengaruhi perubahan tingkah laku murid yang bermasalah,
peneguhan digunakan sebagai motivasi ekstrinsik dan peneguhan yang digunakan
dibahagikan kepada dua jenis iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif.
Peneguhan positif adalah sauatu rangsangan yang berbentuk hadiah, pujian,
markah merit dan memberi ganjaran. Selain itu, menurut wong, et. al (2013),
peneguhan positif tersebut bertujuan mengekalkan tingkah laku murid-murid yang
baik untuk diulangi atau dipertingkatkan lagi. Manakala peneguhan negatif pula
merupakan rangsangan berupa teguran atau pengurangan terhadap keistimewaan
yang diberi. Misalnya, terdapat murid yang makan di dalam kelas dan guru
bertindak dengan merampas makanan tersebut. Dengan tindakan tersebut, murid
akan mengulangi perbuatan yang sama pada masa akan datang.
Melalui temu ramah bersama ustazah Nor, saya mendapati langkah
beliau menangani isu tingkah laku bermasalah dalam kalangan murid seperti tidak
membuat kerja rumah ialah dengan menggunakan peneguhan positif di mana
ustazah Nor menyatakan beliau akan memberikan ganjaran kepada murid-murid
yang membuat kerja rumah yang diberikan. Tujuan beliau melakukan perkara
berikut ialah untuk menarik perhatian murid lain yang tidak membuat kerja rumah
untuk membuat kerja rumah kerana mahukan ganjaran tersebut. Hal ini kerana,
3
kanak-kanak suka akan benda yang berbentuk hadiah dan ganjaran. Menurut
Muhd Zuri & Azman (2015), tindakan itu berupa semangat kepada murid-murid
agar terus melibatkan diri secara aktif di kelas. Menurut ustazah Nor lagi, beliau
juga menyatakan bahawa langkah yang dilakukan tidak patut digunakan secara
kerap kerana bimbang murid akan terbiasa membuat kerja kerana mahukan
ganjaran sahaja dan tidak akan membuat kerja jika tidak ada ganjaran yang
diberikan oleh guru. Oleh itu, jelaslah bahawa dengan peneguhan positif yang
dilakukan oleh ustazah Nor dapat mengurangkan kadar masalah murid yang tidak
membuat kerja sekolah sewaku sesi PdP berlangsung.
3.2 MODEL PENGURUSAN DISIPLIN THOMAS GORDON
Model pengurusan disiplin Thomas Gordon ini menekankan atau mengutamakan
kepentingan komunikasi yang betul antara guru dengan murid bagi menangani
masalah dan konflik yang berlaku antara guru dan murid. Dengan cara ini, guru
tidak akan bertindak secara melulu apabila murid melakukan perkara yang negatif
supaya konflik yang ada tidak diperbesarkan. Selain itu, dalam menangani isu
tingkah laku bermasalah murid dalam bilik darjah guru perlu mempunyai kaedah
dan strategi yang baik bagi mengatasi masalah tersebut dan tidak sewenang-
wenangnya menghukum murid yang melakukan kesalahan kerana ia tidak akan
mengubah tingkah laku murid malah murid akan bertindak lebih agresif jika berbuat
demikian. Dalam pada itu, guru boleh berbincang dengan murid secara personal
supaya guru tahu tentang punca murid berbuat demikian dan memberi nasihat dan
kata-kata semangat sebagai motivasi bagi murid untuk merubah cara dan tingkah
laku mereka ke arah yang lebih baik.
Seterusnya, melalui tema ramah bersama ustazah Nor, beliau juga
telah mengaplikasikan model pengurusan disiplin Thomas Gordon bagi
menangani masalah ketidak hadiran murid sepanjang kelas atas talian dijalankan.
Munurut beliau, isu masalah ponteng dan murid tidak masuk ke kelas merupakan
masalah yang paling ketara dan sering kali berlaku di dalam bilik darjah. Jadi bagi
menangani tingkah laku bermasalah seperti ini, ustazah Nor mengambil langkah
seperti menghubungi murid secara personal melalui pautan Whatsapp. Dengan
cara ini, ustazah Nor akan lebih mengetahui punca dan masalah murid tersebut
seperti bangun lambat, tidak mempunyai kemudahan internet yang baik, tidak
mempunyai kemudahan seperti telefon pintar dan sebagainya. Menurut Mok Soon
Sang (2011), guru harus setia mendengarkan segala luahan dan masalah agar
murid dikasihi dan dihargai. Apabila murid berasa dihargai oleh guru, murid lebih
4
selesa dan hormat dengan guru tersebut serta sedaya upaya berusaha untuk
mengubah sikap dan tingkah lakunya kepada lebih baik dan disiplin.
4.0 RUMUSAN
Kesimpulannya, isu tingkah laku bermasalah yang berlaku dalam kalangan murid dan
dalam bilik darjah perlu segera ditangani oleh pihak yang berkaitan seperti guru dan pihak
sekolah. Cara menangani isu tersebut bukanlah dengan cara yang salah dan terburu-buru
tetapi dengan cara mengaplikasikan model-model pengurusan disiplin supaya isu-isu
tingkah laku bermasalah murid dapat diatasi dengan cara yang lebih berkesan dan betul
seperti yang telah dilakukan oleh ustazah Nor. Oleh itu, murid akan berasa dihargai,
difahami, lebih hormat kepada guru dan mengubah tingkah laku dirinya daripada
bermasalah kepada seorang yang lebih berdisiplin.
5
RUJUKAN
Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel. (2016). Siri Pendidikan Guru Pengurusan Bilik
Darjah dan Tingkah Laku Edisi Kedua. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
James Ang Jit Eng. (2014). Pengurusan Bilik Darjah: Strategi-Strategi Mewujudkan Komuniti
Pembelajaran Berkesan. PTS Publications & Distributiors Sdn. Bhd.
Mohd Zuri Ghani & Azman Che Ahmad. (2015). Kaedah Strategi Pengajaran Kanak-Kanak
Berkeperluan Khas. Universiti Sains Malaysia.
Mok Soon Sang. (2011). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Penerbitan Multimedia.
Muhammed Sharif Mustaffa & Suria Abd Jamil . (2012). Mengenal Pasti Punca-Punca
Masalah Ponteng di Kalangan Pelajar Sekolah Rendah: Satu Kajian Kes. Journal of
Educational Psychology & Counseling 6, 50-73.
Nooraisah Katmun, Siti Rafizah Zakaria & Mohd Abdullah Jusoh. (2014). Faktor Penentu
Masalah Disiplin Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Di Wilayah
Persekutuan. Management Research Journal, 141-144.
Noriati A. Rashid & Boon Pong Ying. (2016). Murid dan Pembelajaran. Oxford Fajar.
Saadah binti Sumrah, Salwan binti Sulaiman & Roslee bin Ahmad. (2008). Kaedah Menangani
Kanak-Kanak Bermasalah Tingkah Laku. Seminar Kaunseling Keluarga, 91-96.
Suraya Md Yunus . (2014). Tingkah Laku, Emosi Dan Kognitif Murid Sebagai Faktor Peramal
Pencapaian Akademik. Journal of Human Capital Development, 1-18.
Wong Kiet Wah, Khairuddin Mohamad, Maridah Alias, Rashinawati Abd. Rashid & Azlina
Ahmad. (2013). Perkembangan Kanak-Kanak. Oxford Fajar Sdn. Bhd,.
6
LAMPIRAN
7
8