PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
MPU 21032
RUKUN NEGARA SEBAGAI ASAS PENYATUAN BANGSA
TUGASAN KE-3 E-FOLIO
Nur Aisyah Binti Shamsudin 25DSK20F2011
Puteri Baayu Binti Sahril 25DSK20F2013
Nazatul Najwa Binti Rosli 25DSK20F2023
Fatin Nadhira Binti Mohd Damiri 25DSK20F2026
SESI DISEMBER 2020
Puan Asmah binti Awang
1
ISI KANDUNGAN MUKASURAT
3
BIL. PERKARA 4
1. Penghargaan 5
2. Pengenalan
3. Definisi 6-15
4. Isi Dan Penerangan 16
5. Kesimpulan 17-18
6. Rujukan 19
7. Jadual Pembahagian Tugas
2
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, bersyukur ke atas ilahi dengan yang dianugerahkan kepada kami dapat juga saya
menyiapkan e-folio ini dengan jayanya. E-folio ini amat penting buat kami dan sebahagian
daripada kerja khusus subjek penghayatan etika dan peradaban.
Sekalung penghargaan untuk Pn. Asmah Binti Awang selaku guru pembimbing kerana telah
banyak memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami. Seterusnya, terima kasih juga
diucapkan kepada ibu bapa kami kerana telah memberikan sokongan moral dan sokongan kepada
kami sepanjang e-folio ini disiapkan. Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada rakan-rakan kelas
kami dan ahli kumpulan yang telah banyak memberi kerjasama, membantu dan memberikan
tunjuk ajar kepada kami. Bantuan kalian amat kami hargai.
Akhir sekali, terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu kami secara langsung atau
tidak langsung dalam menyiapkan e-folio ini.
3
PENGENALAN
Rukun Negara ialah hasil perbincangan yang diadakan oleh Majlis Perundingan Negara (MPN).
Selain itu, rukun negara dibentuk dengan tujuan utama, iaitu bagi membentuk perpaduan kukuh
dalam kalangan rakyat dan menjadi identiti rakyat Malaysia. Seterusnya rukun negara dibuat untuk
merealisasikan kontrak sosial yang dipersetujui oleh kaum-kaum utama di Malaysia. Antara
matlamat Rukun Negara bagi mewujudkan masyarakat Malaysia kearah mencapai perpaduan lebih
erat dalam kalangan seluruh masyarakat. Matlamat lain yang dibuat ialah supaya semua rakyat di
Malaysia menjaga sensitiviti dan kepercayaan pelbagai etnik yang ada di Malaysia. Hasil yang
ingin dicapai apabila membuat rukun negara ialah supaya negara aman, harmoni dan rakyat boleh
bertolak ansur sesama mereka.
4
DEFINISI
Sistem dalam rukun negara sebagai asas penyatuan bangsa amat penting kerana lima prinsip rukun
negara adalah formula bagaimana rakyat yang berbilang bangsa, agama, budaya dan bahasa boleh
mengatasi segala perbezaan serta kepelbagaian dan dalam masa yang sama, menyemai hidup
secara rukun dan damai. Selain itu, rukun negara dibentuk dengan tujuan iaitu membentuk
perpaduan kukuh dalam kalangan rakyat dan menjadi lambang serta identiti rakyat Malaysia.
Contohnya, rukun negara adalah untuk mewujudkan masyarakat Malaysia untuk mencapai
perpaduan lebih erat dalam semua anggota masyarakat. Oleh itu, untuk mencapai matlamat
tersebut, lima prinsip rukun negara telah diwujudkan supaya masyarakat dapat memahami serta
menghayati setiap maksud prinsip rukun negara.
5
SISTEM RUKUN NEGARA DALAM ASAS PENYATUAN BANGSA
Sistem dalam rukun negara sebagai asas penyatuan bangsa amat penting kerana lima prinsip rukun
negara adalah formula bagaimana rakyat yang berbilang bangsa, agama, budaya dan bahasa boleh
mengatasi segala perbezaan serta kepelbagaian dan dalam masa yang sama, menyemai hidup
secara rukun dan damai. Rukun negara adalah untuk mewujudkan masyarakat Malaysia untuk
mencapai perpaduan lebih erat dalam semua anggota masyarakat. Oleh itu, untuk mencapai
matlamat tersebut, lima prinsip rukun negara telah diwujudkan supaya masyarakat dapat
memahami serta menghayati setiap maksud prinsip rukun negara.
Antara prinsip-prinsip daripada lima rukun negara ialah Kepercayaan kepada Tuhan dipilih
sebagai prinsip pertama dalam rukun negara untuk rakyat berpegang teguh kepada kepercayaan
masing-masing, demi kebaikan bersama untuk membina negara Malaysia yang berdaulat.
Kepercayaan kepada Tuhan boleh membentuk rantaian kasih saying dalam setiap lapisan rakyat
negara ini tanpa mengabaikan hak seseorang.
Seterusnya, Kesetiaan kepada Raja dan Negara merupakan prinsip kedua dalam rukun negara.
Ianya dapat membantu menjadikan Malaysia perlu mencurahkan taat setia kepada raja di peringkat
persekutuan atau negeri, iaitu selari dengan tuntutan agama Islam.
Seterusnya, rukun negara yang ketiga ialah Keluhuran Perlembagaan. Perlembagaan adalah
sumber undang-undang dan setiap rakyat perlu mematuhi dan wajar menerimanya. Peranannya
untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat mengenai hak dan keistimewaan mereka
sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia mestilah menghormati, menghargai dan
memahami maksud serta kandungan dan later belakang pembentukan Perlembagaan Persekutuan.
Di samping itu, Kedaulatan Undang-undang merupakan prinsip keempat rukun negara. Kedaulatan
undang-undang bermaksud kerajaan dan rakyat keseluruhannya terikat oleh undang-undang dan
wajib mematuhi undang-undang. Undang-undang akan dikenakan kepada sesiapa sahaja yang
mengingkarinya tanpa mengira pangkat dan darjat.
6
Akhir sekali, prinsip terakhir dalam rukun negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan. Ianya memberi
penekanan terhadap aspek nilai kemanusiaan supaya setiap warganegara boleh menghormati dan
menerima perbezaan masing-masing bagi kesejahteraan social. Sebagai contoh, dua konsep yang
dapat dilihat iaitu, kesopanan yang berkisar tentang tingkah lakku baik, manakala kesusilaan pula
berkaitan dengan akhlak dan kedua-dua elemen tersebut memerlukan pengisian supaya dapat
membentuk masyarakat yang berakhlak tinggi.
TAHAP PERKEMBANGAN RUKUN NEGARA SEBAGAI ASAS PENYATUAN
BANGSA
7
Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama iaitu membentuk perpaduan yang kukuh. Prinsip-
prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada keharmonian dan
perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia. Namun hakikatnya, rukun-rukun negara
yang terkandungnya prinsip-prinsip untuk mencapai matlamat penyatuan bangsa hanya sekadar
nama sahaja. Hal ini kerana, kita telah dapati tahap kejayaan rukun negara diamalkan agak kurang
memberangsangkan terutamanya golongan belia.
Tahap perkembangan rukun negara sebagai asas penyatuan negara dilihat sebagai kurang optimum
pada masa kini. Jadi terdapat masyarakat bangsa di negara kita Malaysia masih mengambil ringan
terhadap prinsip-prinsip rukun negara yang terkandung perkara asas penyatuan bangsa.
Penghayatan terhadap Rukun Negara dilihat semakin berkurangan, terutama dalam kalangan
generasi muda dan ini amat membimbangkan. Ramai rakyat yang tidak lagi melihat kepentingan
Rukun Negara pada masa ini.
Dalam keadaan kita menuju kemajuan, Rukun Negara dilupakan sebagai salah satu alat penting
yang membantu rakyat Malaysia bersatu padu suatu ketika dahulu. Ia sepatutnya bukan setakat
dibaca atau dihafal, tetapi juga diamalkan dalam
kehidupan seharian kita.
Keperluan untuk memupuk perpaduan dalam
kalangan generasi muda dan meningkatkan
pemahaman mereka terhadap matlamat dan
prinsip Rukun Negara amatlah bermakna jika
kita ingin menjadikan Malaysia sebuah negara
yang bersatu-padu.
Sebagai contoh, prinsip kelima Rukun Negara,
Kesopanan dan Kesusilaan, menekankan personaliti dan tingkah laku seseorang. Sifat individu
yang bersopan santun dan bersusila amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama
lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
Penghayatan dan mempraktikkan prinsip ini akan membentuk warga negara yang bersopan santun
dan bersusila serta menjadi panduan kepada semua rakyat agar perilaku masyarakat sentiasa
terpelihara.
8
Pelaksanaan rukun negara ini adalah hasil daripada kewujudan ketidakstabilan perpaduan bangsa
iaitu peristiwa 13 Mei 1969 yang mungkin berulang apabila kita tidak menghayati erti sebenar
prinsip-prinsip rukun negara.
Kita perlu letakkan diri ketika Peristiwa 13 Mei itu. Kita perlu membayangkan situasi apabila kita
hari ini dihadiri berpuluh rakan, tiba-tiba ada sekumpulan datang daripada belakang dan tikam
kita, apakah perasaan itu? Takut? Inilah perasaan dan perkara yang perlu kita
hadapi bila permusuhan kaum sampai ke tahap kemuncaknya. Kita perlu ingat Malaysia antara
negara terbentuk pelbagai masyarakat berlainan
kaum, adat, kepercayaan dan agama. Oleh yang
demikian, penting untuk kita sebagai rakyat
malaysia yang berbilang kaum menghayati
prinsip-prinsip rukun negara bukan sekadar
memahami atau membaca tetapi mengambil
langkah untuk melakukannya.
9
10
KESEPADUAN SOSIAL NEGARA SEBAGAI ASAS PENYATUAN BANGSA
Rukun Negara dapat mencapai kesepaduan sosial yang lebih erat dalam kalangan seluruh
masyarakat. Hal ini kerana masyarakat mempunyai prinsip dan rukun yang boleh dipegang secara
tidak langsung dapat membentuk sebuah masyarakat yang harmoni dan bersatu padu. Rukun
negara juga dapat menyemai nilai murni dalam kalangan masyarakat, nilai keagamaan, kesetiaan
kepada Raja dan negara, kepatuhan kepada Perlembagaan dan undang-undang serta masyarakat
yang sopan dan bertatasusila. Oleh itu, nilainya perlu difahami, dihayati dan diamalkan semua
lapisan masyarakat kerana kesepaduan sosial dan keharmonian negara bergantung kepada
masyarakat yang berdisiplin tinggi dan cintakan negara. Oleh kerana rakyat negara ini terdiri
daripada pelbagai kaum dengan berbagai-bagai persoalan yang wujud, keadaan ini bertambah
rumit lagi kerana wujud ketidak seimbangan ekonomi antara kaum. Sungguhpun wujud unsur-
unsur perbezaan ini, Rukun Negara akan dapat membentuk satu bangsa yang bersatu padu di mana
semua rakyat tanpa mengira kaum mempunyai
semangat kesetiaan dan perasaan cinta terhadap
negara.
Selain itu, kesepaduan sosial dalam Rukun
Negara dapat mencipta satu masyarakat yang adil
di mana kemakmuran negara dapat dinikmati
bersama secara adil dan saksama. Contoh dalam kalangan rakyat Malaysia, isu berkaitan agama
Islam, kedudukan istimewa orang Melayu dan bahasa Melayu sering menjadi konflik dalam
masyarakat. Ia menggambarkan pentingnya perkara ini dihayati supaya tidak timbul sebarang
pertikaian dalam pelbagai etnik di Malaysia dan berbezanya perkara ini dengan Perlembagaan
yang ada di negara lain. Begitu juga perkara yang menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan, juga diimbangi dengan peruntukan bahawa tidak ada seorang pun yang boleh dilarang
daripada menggunakan, mengajar atau mempelajari apa-apa bahasa lain. Maka, perkara ini perlu
difahami setiap lapisan masyarakat dalam pelbagai etnik khususnya generasi muda supaya sentiasa
berlapang dada dalam sesuatu isu yang membabitkan bahasa Melayu, Islam dan orang Melayu.
11
Seterusnya, Rukun Negara dapat melihara satu cara hidup demokratik. Masyarakat demokratik
ialah masysrakat yang seia sekata dan berkerjasama demi kepentingan bangsa dan negara.
Manakala, pihak yang memerintah atau mentabir negara dipandu oleh perlembangaan dan
hendaklah menjalankan tugas dengan adil dan amanah. Pelambagaan Negara menjamin kebebasan
hak asasi dan kebebasan kegiatan-kegiatan berpolitik rakyat negara ini asalkan tidak melanggar
undang-undang negara. Namun, hak-hak serta kebebasan yang diberikan ini tidak boleh di salah
gunakan atas nama demokrasi untuk membakar perasaan perkauman atau bagi memusnahkan
demokrasi. Apabila berlaku sebarang masalah yang melanda negara, kepentingan bangsa dan
negara mestilah di dahulukan. Kepentingan negara handaklah di utamakan lebih daripada
kepentingan sesuatu kaum atau sesautu tidak, jika hendak, kestabilan dan keselamatan negara akan
terancam.
Akhir sekali, membina sebuah masyarakat progresif. Negara kita bercita-cita hendak mewujudkan
sebuah masyarakat progresif yang mencapai kemajuan di bidang sains dan teknolagi selaras
dengan perkembangan teknologi terkini serta dunia tampa sempadan dan era globalisasi. Dunia
kini sedang menyaksikan perubahan-perubahan yang begitu cepat dalam bidang ilmu pengtahuan,
sains dan teknologi. Masyarakat progresif yang hendak diwujudkan merupakan satu masyarakat
yang bergerak maju sejajar dengan kemajuan
sains dan teknologi yang akhirnya akan
menjadikan Malaysia sebagai negara maju
sebagaimana matalamat Wawasan 2020.
Tetapi kemajuan tersebut tidak akan
menjadikan rakyat negara ini terkeluar
daripada batas-batas agama dan nilai-nilai
ketuhanan.
12
KEBUDAYAAN MERENTAS BANGSA DI MALAYSIA DALAM RUKUN NEGARA
ASAS PENYATUAN BANGSA
Malaysia dikenali mempunyai pelbagai budaya, kaum, agama dan bangsa dengan majoriti
masyarakat Malayu, Cina dan India. Terdapat pelbagai kaum etniik berbeza di Malaysia dengan
identity budaya mereka yang unik dan istimewa, dengan beberapa persamaan di antaranya. Negara
ini terdiri daripada Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur dan telah mendapat kemerdekaan
pada tanggal 31 Ogos 1957. Terdapat juga bangsa Eurasian yang merupakan kacukan keturunan
Eropah dan penduduk Melayu yang tinggal di Malaysia. Komuniti kecil di Melaka pula merupakan
keturunan penjajah Portugis yang mengahwini wanita-wanita tempatan. Mereka mengamalkan
budaya tempatan, namun bertutur dalam Bahasa ibunda dan beragama Kristian. Setiap kumpulan
etnik memiliki ciri-ciri budaya sendiri yang berbeza berbanding yang lainnya, dan mereka
mengecap tahap integrasi yang berbeza. Bangsa Cina telah mengintegrasikan budaya Melayu di
beberapa lokasi, termasuklah di daerah-daerah di Terengganu, dan mereka turut membentuk
kelompok seperti kaum Baba Nyonya di Melaka dan Cina-Kadazan di Sabah. Penjajahan oleh
British telah menyemai satu identity sepunya di antara kumpulan-kumpulan etnik dengan
pemikiran dan ciri-ciri yang diadaptasi dari pihak Inggeris menyatukan mereka. Budaya Malaysia
ini dilihat sebagai simbiosis budaya-budaya yang diamalkan penduduknya.
Rakyat Malaysia menikmati pelbagai cuti umum dan perayaan sepanjang tahun, samada di
peringkat kebangsaan dan negeri. Terdapat juga perayaan yang disambut segolongan etnik atau
kumpulan agama tertentu, tetapi tidak ditetapkan sebagai cuti umum. Perayaan-perayaan utama
bagi setiap agama utama merupakan cuti umum. Cuti umum yang disambut di seluruh negara
tentunya “Hari Merdeka” yang jatuh pada 31 Ogos bagi menandakan kemerdekaan Persekutuan
Tanah Melayu. Hari Buruh, Hari Keputeraan DYMM Yang DiPertuan Agong, serta lain-lain
perayaan merupakan cuti umum di peringkat kebangsaan. Hari Wilayah disambut di tiga Wilayah
Persekutuan. Hari Malaysia yang disambut pada 16 September pula meraikan pembentukan
Malaysia melalui penyatuan Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak, walaupun ia diraikan
terutamanya di Malaysia Timur. Tahun Baru, Tahun Baru Cina dan Maal Hijrah juga merupakan
cuti umum. Perayaan penganut Islam juga paling kerap disambut di Malaysia, dengan yang utama
merupakan Hari Raya Puasa yang juga disambut umat Islam di seluruh dunia bagi menandakan
13
berakhirnya Ramadan, atau bulan puasa. Umat Islam di Malaysia turut meraikan Hari Raya Haji,
Awal Muharram serta Maulidur Rasul. Bangsa Cina di Malaysia tentu sekali meraikan perayaan
yang turut disambut masyarakt Cina di seluruh dunia. Tahun Baharu Cina disambut meriah dan
berlarutan selama 15 hari. Masyarakat Hindu pula merayakan Deepavali, atau pesta Cahaya
manakala Thaipusam pula disambut penganut Hindu di seluruh negara dengan berkunjung ke Batu
Caves. Wesak yang merupakan hari kelahiram Buddha juga merupakan hari cuti umum. Komuniti
Kristian di Malaysia pula menyambut perayaan yang diraikan penganut agama Kristian di seluruh
dunia, terutamanya Krismas dan Easter. Namun Good Friday hanya diisytiharkan cuti umum di
Sabah dan Sarawak. Hari Gawai di Sarawak serta Kaamatan di Sabah juga merupakan perayaan
yang penting bagi penduduk di kedua-dua negeri Malaysia Timur ini.
Kesenian dan muzik telah lama bertapak di Malaysia, dengan seni Melayu mula berkembang sejak
zaman Kesultanan Melayu. Seni tradisional bepusat pada bidang seperti ukiran, barangan perak
dan tenunan. Hasil seni yang menggambarkan manusia terbatas sehinggalah pada pertengahan
kurun-20 akibat pengaruh Islam. Seni persembahan dan wayang kulit amat popular dan sering
memaparkan pengaruh India. Pelbagai pengaruh dapat dilihat dalam seni bina, daripada budaya
individu di Malaysia serta daripada negara-negara lain. Sajian makanan sering terbahagi mengikut
garis etnik, tetapi beberapa hidangan wujud dengan adunan dari pelbagai kumpulan etnik. Sukan
popular di Malaysia termasuk badminton, boling, bola sepak, skuash dan hoki. Malaysia turut
memiliki sukan tradisi. Antaranya ialah Wau yang merupakan permainan layang-layang dengan
reka bentuk halus. Pantai di Malaysia pula popular dengan selam scuba, kapal layar dan lain-lain
aktiviti suka air. Aktiviti berakit di jeram dan trekking juga dilakukan. Dari aspek kebebasan
bersuara, kebanyakan media Malaysia terikat dengan parti pemerintah UMNO, dengan akhbar-
akhbar utama di Malaysia dimiliki kerajaan dan parti-parti politik pemerintah. Selain akhbar
Bahasa Melayu, terdapat juga akhbar Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil yang
diedarkan secara meluas.
14
15
KESIMPULAN
Kesimpulan yang dapat kami peroleh dari tajuk ini ialah Rukun Negara merupakan asas dalam
penyatuan bangsa. Selain itu, mengamalkan rukun negara akan melahirkan masyarakat yang
bersatu padu tanpa mengira kaum serta bersikap saling hormat-menghormati antara satu sama lain.
Melalui perpaduan akan dapat membantu negara kita mempertingkatkan dan mempegiatkan lagi
pertumbuhan ekonomi. Prinsip yang terkandung dalam rukun negara juga masih releven untuk
membentuk jati diri dan keperibadian rakyat. Kewujudan rukun negara ini menjadi titik permulaan
ke arah pencapaian perpaduan dalam semua kalangan etnik di Malaysia.
Saranan
Cadangan kami ialah rakyat perlulah kembali menghayati semangat Rukun Negara kerana sejak
akhir-akhir ini rakyat sudah tidak mengamalkan malahan tidak memahimi isi-isi rukun negara.
Oleh yang demikian kerajaan boleh mewujudkan subjek Rukun Negara dalam kalangan sekolah
rendah, menengah dan institut pengajian tinggi awam atau swasta. Hal ini dapat melahirkan
masyarakat yang taat setia kepada negara serta dapat mencapai keharmonian dalam setiap lapisan
masyarakat.
16
RUJUKAN
i. Utusan Malaysia – RUKUN NEGARA TERAS INTERGRITI (14/9/2016) ms/9
17
ii. https://www.bharian.com.my/kolumnis/2020/08/725822/rukun-negara-wadah-bentuk-
masyarakat-berpandangan-jauh
ii. https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2019/01/516954/rukun-negara-bukan-
sekadar-dihafal
iii. https://www.malaysia.gov.my/portal/content/30110?language=my
iv. http://dee2arukunnegara.blogspot.com/
18
JADUAL PEMBAHAGIAN TUGAS
AKTIVITI
Tugasan ke-3 diberi pada minggu ke-5 sehingga minggu ke-8
Mendapat tajuk pembentangan ketiga daripada Puan Asmah Binti Awang
Berbincang bersama ahli kumpulan untuk memilih tajuk pembentangan
Pembahagian tugas kepada ahli kumpulan.
- Puteri Bayu mencari isi kedua dan membuat huraian serta membuat pengenalan
- Nur Aisyah mencari isi pertama dan membuat huraian serta membuat kesimpulan
- Nazatul Najwa mencari isi ketiga dan mencari gambar yang berkaitan dengan tajuk
- Fatin Nadhira mencari isi keempat dan mengumpul bahan-bahan rujukan
Membuat slide dengan menggunakan Microsoft Word
Menjadikan slide dalam bentuk e-folio
Memasukkan QR Code untuk e-folio pembentangan ketiga
Menyiapkan tugasan
Menghantar tugasan
19