The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nurin Athirah, 2023-05-11 18:41:37

KAEDAH IVF MENURUT SAINS

INVITRO FERTILIZATION (IVF)

MPU 23052 SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM VITRO FERTILIZATION (IVF) NAMA AHLI KUMPULAN : SITI MARYAM BINTI SUKOR 02DTM20F2059 NURUL FAZWANI HUSNA BINTI HARISAL KEFLI 02DTM20F2009 CHE NURIN ATHIRAH BINTI HAFIZUDDIN 02DTM20F2041 NAMA PENSYARAH : PUAN MARHAYU BINTI ABDUL JAMAI


KAEDAH VITRO FERTILIZATION (IVF)


Pengenalan 01 Kaedah Persenyawaan Luar Rahim (IVF) 05 Maksud Masyaqqah 02 Hukum Syarak Melakukan Persenyawaan Luar Rahim 06 Dalil - Dalil yang Berkaitan Dengan Kaedah Masyaqqah 03-04 Kebaikan dan Keburkan Persenyawaan Luar Rahim 07 ISI KANDUNGAN Artikel Berkaitan IVF Di Malaysia 08-09 Kesimpulan 10


PENGENALAN Istilah kolokial bagi bayi yang terhasil dari IVF, bayi tabung uji, merujuk kepada bekas plastik ataupun kaca berbentuk tabung, digelar tabung uji, yang biasa digunakan dalam makmal kimia dan makmal biologi. Bagaimanapun, persenyawaan in vitro biasanya dilakukan dalam bekal lebih tohor yang digelar piring petri. Persenyawaan in vitro (IVF) merupakan proses di mana sel telur disenyawakan oleh sperma di luar rahim, in vitro. IVF merupakan rawatan utama bagi kemandulan apabila kaedah teknologi membantu pembiakan telah gagal. Proses ini membabitkan pengawalan hormon bagi proses ovulatori, mengambil ovum (telur) dari ovari wanita dan membiarkan sperma mensenyawakannya dalam perantaraan cecair. Telur yang telah disenyawakan (zigot) kemudian dipindahkan kepada uterus pesakit dengan matlamat menghasilkan kehamilan. INVITRO FERTILIZATION (IVF)


DEFINISI MASYAQQAH TAJLIBU AL-TAISIR Apa itu masyaqqah? Bahkan, ia selaras dengan kaedah dengan lafaz kaedah : إن كل مأمور يشق عىل العباد فعله سقط) األمر به، وكل منهي شق عليهم إجتنابه .(سقط النهي عنه Maksudnya : “Sesungguhnya semua perkara suruhan apabila ia membebankan terhadap hamba atau manusia mengerjakannya, gugur suruhan terhadapnya dan segala perkara tegahan membebankan hambanya menjauhinya, gugur tegahan mengenainya”. Dalam konteks yang lain, ia membawa maksud supaya syariat Islam dapat dilaksanakan oleh mukallaf bila dan di mana sahaja. Iaitu dengan memberi kelonggaran dan keringanan ketika seseorang itu berada dalam kesempitan dan kesukaran. INVITRO FERTILIZATION (IVF) Dari segi bahasa masyaqqah bermaksud sesuatu yang meletihkan. Manakala dari sudut istilah pula masyaqqah digunakan khusus bagi merujuk kepada sesuatu yang pada kebiasaannya mampu dilakukan, tetapi dalam kes tertentu ia telah terkeluar dari batas-batas kebiasaan dan menyebabkan seseorang mukallaf mengalami kesukaran untuk melaksanakannya. Kaedah ini bermaksud kesukaran itu menarik adanya kemudahan membawa kepada keringanan. Selain itu juga, kaedah ini bermaksud, apabila terdapat sesuatu kesusahan atau kesulitan dalam menunaikan dan melaksanakan perintah Allah s.w.t, perintah itu diringankan, tidak seperti asalnya. Berdasarkan kaedah tersebut terbentuknya semua hukum rukhsah atau keringanan dalam syariat Islam.


DALIL-DALIL YANG BERKAITAN DENGAN KAEDAH MASYAQQAH TAJLIBU AL-TAISIR Berdasarkan kepada firman Allah s.w.t : Maksudnya : “Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran”. Firman Allah s.w.t lagi : Maksudnya : “Kami tidak memberatkan seseorang dengan kewajipan melainkan sekadar kesanggupannya”. Kesimpulan berdasarkan kepada firman Allah s.w.t di atas ialah Allah s.w.t tidak menginginkan kesukaran kepada umat ini, sebaliknya mereka disuruh melaksanakan sesuatu tanggungjawab sekadar termampu atau mengikut kemampuan seseorang itu untuk melaksanakan sesuatu perkara. INVITRO FERTILIZATION (IVF)


DALIL-DALIL YANG BERKAITAN DENGAN KAEDAH MASYAQQAH TAJLIBU AL-TAISIR Berdasarkan kepada firman Allah s.w.t : Firman Allah s.w.t lagi : Kesimpulan berdasarkan kepada firman Allah s.w.t di atas ialah masyaqqah (kesulitan) yang dapat mendatangkan kemudahan adalah kesulitan-kesulitan yang besar dan berat, kesulitan yang benar-benar sukar, kesulitan yang berdampak pada kerusakan jiwa dan harta, kesulitan yang dapat mengantarkan pada tidak terealisasinya pekerjaanpekerjaan yang bermanfaat. INVITRO FERTILIZATION (IVF)


KAEDAH INVITRO FERTILIZATION (IVF) INVITRO FERTILIZATION (IVF) Proses rawatan bermula dengan merangsang ovari untuk menghasilkan folikel yang banyak. Proses hiperstimulasi ovari ini, adalah bergantung kepada umur, protokol dan dos FSH (follicular stimulating hormone) yang diberikan. Analog FSH yang disuntik akan diperhatikan dan dipantau secara berkala termasuk pemantauan perkembangan folikel sehingga hari ke 10 suntikan. Suntikan hCG (human chorionic gonadotropin) akan diberi kepada pesakit bagi membantu mematangkan ovum dan diikuti dengan prosedur pengambilan ovum selepas 34 hingga 36 jam hCG telah diberikan. Pengambilan ovum akan dilakukan melalui vagina dengan berpandukan imbasan ultrasound. Cecair folikel akan dipindahkan kepada embriologis bagi mengenalpasti kehadiran oosit. Sperma akan diproses di dalam makmal sebagai persediaan persenyawaan dengan menyingkirkan cecair seminal dan sel yang tidak aktif. Sperma dan oosit akan dieramkan bersama selama 1 hingga 4 jam bagi membolehkan persenyawaan berlaku. oosit yang telah bersenyawa akan diperhatikan melalui kehadiran dua pronuklei. Kemudian, embrio akan dipindahkan ke dalam media yang khusus sekurang-kurangnya 48 jam sehingga berkembang menjadi enam hingga lapan sel embrio. Teknik menyuntik seekor sperma ke dalam oosit (ICSI) akan dilakukan bagi membolehkan persenyawaan berlaku bagi pesakit yang mengalami masalah kekurangan bilangan sperma. Perkembangan embrio selepas persenyawaan akan diperhatikan sehingga embrio dimasukkan ke dalam rahim ibu dengan menggunakan kateter halus melalui vagina. Embriologis akan mendokumenkan bilangan sel, perkembangan dan peratusan fragmentasi embrio. Usia dan bilangan embrio yang akan dipindahkan semula ke dalam rahim ibu, bergantung kepada bilangan embrio yang berkualiti, umur pesakit wanita dan pelbagai faktor kesihatan yang lain.


Pendapat yang pertama: HARUS mengikut pandangan Majma' al-Fiqh al-Islami.Harus melakukan kaedah IVF dalam situasi ini dan ini merupakan pandangan kebanyakan ulama' masa kini dan juga keputusan Persatuan Kedoktoran Islam. Pendapat yang kedua: Tiada keharusan dalam melakukan IVF walaupun dalam situasi ini, dan pandangan ini adalah pandangan yang mengHARAMkannya.Pendapat yang paling rajih merupakan pendapat yang pertama. Dalilnya ialah: "Sesungguhnya jelas di sini pensabitan nasab kepada kedua ibu bapanya (suami isteri tersebut) kerana sumbernya(sperma dan ovum) datang daripada mereka. Oleh sebab anak itu mendapat nasabnya maka,dia berhak untuk disabitkan hak pewarisan dan hak lain-lain seperti anak-anak yang dilahirkan melalui kaedah normal". INVITRO FERTILIZATION (IVF) HUKUM SYARAK MELAKUKAN IVF


KEBAIKAN& KEBURUKAN PERSENYAWAAN LUAR RAHIM INVITRO FERTILIZATION (IVF)


INVITRO FERTILIZATION (IVF) ARTIKEL BERKAITAN IVF DI MALAYSIA SATU-SATUNYA PERMAISURI DI DUNIA MILIKI EMPAT ANAK IVF Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah,merupakan satu-satunya permaisuri di dunia yang mempunyai empat cahaya mata hasil rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF). Kata Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, baginda tidak malu katakan kepada seluruh dunia bahawa baginda juga mempunyai masalah dan kesukaran menimang cahaya mata. Usaha ini juga mengambil masa lebih sembilan tahun. Baginda sempat mengucapkan terima kasih kepada semua pakar kesuburan di seluruh dunia kerana memperkenalkan teknologi itu sekali gus memberi peluang baginda mendapatkan zuriat. Baginda juga merasa bersyukur kepada Allah kerana permintaan dan doa baginda didengari dengan bantuan teknologi IVF , ketika menjalani rawatan berkenaan peratusan kejayaan hanya 20 peratus saja. Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, juga berhasrat untuk membantu mereka yang tiada anak dan baginda juga tahu berapa mahalnya kos rawatan ivf dan perasan pasangan yang belum mempunyai anak, jadi baginda telah menubuhkan Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan mendapatkan zuriat.


INVITRO FERTILIZATION (IVF) ARTIKEL BERKAITAN IVF DI MALAYSIA PULUHAN RIBU RINGGIT DEMI ZURIAT Seperti yang diketahui umum, kos rawatan ketidaksuburan terutamanya yang menggunakan kaedah Teknologi Bantuan Konsepsi (ART) iaitu Pensenyawaan In-Vitro (IVF) atau bayi tabung uji dan Intra Cytoplasmic Sperm Injection (ICSI) adalah sangat mahal. Kos rawatan ART paling rendah dianggarkan sekitar RM8,000 untuk satu kitaran rawatan dan ia ditawarkan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Ketua Unit Subfertiliti LPPKN, Dr T Komathy berkata, kos rawatan subfertiliti yang ditawarkan pihaknya adalah berpatutan dan disebabkan faktor itu, sehingga kini kira-kira 85 peratus klien LPPKN daripada golongan B40 dan M40. Rawatan kaedah ART membabitkan IVF dan ICSI biasanya sangat mahal tapi di LPPKN, bayaran yang dikenakan bermula RM8,000 dan paling maksimum RM12,000 untuk satu kitaran rawatan selama dua bulan. Bagi Prosedur Permanian Beradas (IUI), kosnya ialah RM1,000 dan paling maksimum RM2,000. Jenis rawatan pula bergantung kepada punca penyebab masalah kesuburan dalam pasangan yang dikenal pasti semasa sesi kaunseling dengan pegawai perubatan .Ada pasangan yang perlukan kaunseling seksual sahaja, manakala kebanyakan pasangan memerlukan bantuan ubat kesuburan dan prosedur seperti IUI serta ART (IVF dan ICSI).


KESIMPULAN Kesimpulannya, persenyawaan luar rahim diharuskan oleh Islam dengan bersyarat dandiharamkan dengan bersebab untuk menjaga keselamatan dan kesihatan serta kesejahteraansejagat. Pensyariatan dalam Islam bukan bertujuan menghalang tetapi bertujuan untukmengawal kehidupan manusia agar tidak melampaui batas dan tidak menyusahkan diri sendiri%keluarga dan masyarakat. Secara ringkasnya, kita dapat menghuraikan bahawa penggunaan kaedah persenyawaan teknik bantuan art adalah dibenarkan dan sah disisi Islam jika mengikut fatwa-fatwa yang telah ditetapkan oleh para ulama dinegara masing. Ini disebabkan terdapat pelbagai fatwa yang dikeluarkan mengikut negara masing mengenai Bayi Tabung Uji. Oleh itu, penggunaan Bayi Tabung Uji atau IVF mestilah digunakan sebagai jalan penyelesaian terakhir bagi pasangan suami isteri yang menginginkan zuriat sendiri setelah mencuba kaedah-kaedah yang lain INVITRO FERTILIZATION (IVF)


Click to View FlipBook Version