The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-62180959, 2022-08-26 10:56:24

PROJEK INOVASI RMT

PROJEK INOVASI

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI ROKAM
JALAN KENANGA, 31350 IPOH, PERAK

PROJEK INOVASI
RMT

PROJEK INOVASI

RMT
CORNER

PROJEK KECERIAAN

RMT CORNER

Pengenalan

Program ini adalah satu cadangan untuk menjadikan RMT CORNER SKSR
sebagai zon ilmu untuk melahirkan pelajar dan warga yang bertanggungjawab
dan bekerjasama mengutamakan kebersihan kantin sesuai dengan hasrat ingin
menyuburkan nilai-nilai murni bagi pembinaan modal insan dalam masyarakat
masa kini. Justeru itu, Jawatankuasa RMT dan Kantin sekolah merancang satu
aktiviti untuk menaiktarafkan keceriaan kantin sekolah. Aktiviti ini juga yang
dapat menanam kesedaran terhadap kebersihan dan keceriaan kantin dalam
kalangan warga sekolah terutama para murid.

Program ini juga merupakan satu usaha yang berterusan untuk meningkatkan
keceriaan, kebersihan dan pengurusan kantin sebagai satu wadah ilmu dan
berinformasi. Kesungguhan, semangat dan sikap tanggungjawab yang proaktif
daripada murid-murid dapat merealisasikan impian dan matlamat kantin
gemilang dan berinformasi.

Objektif

Melahirkan generasi prihatin yang memiliki disiplin dan tahap kesedaran
yang tinggi terhadap kebersihan dan kecerian.
Menanam sikap bertimbang rasa dan tolong-menolong dalam usaha
untuk menjaga kebersihan dan kecerian kantin.

Pelaksanaan

Tempoh : Julai 2022 - Ogos 2022

Tempat : Kantin SK Sungai Rokam

Aktiviti Pelaksanaan

MENAIKTARAFKAN RUANG MAKAN RMT

Ini bertujuan untuk mewujudkan satu suasana yang selesa dan kondusif kepada
murid- murid RMT kerana penerima RMT terdiri daripada murid-murid yang
kurang berkeupayaan.
Di samping itu, ini juga dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan
pelbagai kemudahan dan prasarana di kawasan kantin sekolah. dan memupuk
sikap bertanggungjawab di kalangan murid-murid dan seluruh warga sekolah
terhadap kebesihan dan keceriaan tempat makanan.

PAPAN KENYATAAN DAN DINDING BERINFORMASI

Ini merupakan satu usaha untuk mewujudkan satu suasana yang berinformasi di
kantin sekolah. Murid-murid boleh menambah ilmu pengetahuan setelah
menikmati makanan RMT.

Penutup

Semoga projek ini dapat dilaksankan dengan jayanya dan mencapai objektif bagi
melahirkan murid yang peka dari segi kebersihan dan sikap bertanggunjawab
terhadap prasarana yang disediakan.

Suasana Sebelum Inovasi

Suasana Semasa Inovasi

Suasana Selepas Inovasi

PROJEK INOVASI

LEARNING
CENTRE

PROJEK PENDIDIKAN

LEARNING CENTRE

Pengenalan

Bagi membina masyarakat dan suasana pembelajaran LEARNING CENTRE
diwujudkan. Ini merupakan langkah utama membina budaya ilmu dalam
sesebuah masyarakat ialah melalui amalan budaya membaca yang berterusan.

Setelah selesai makan, murid-murid RMT boleh memaanfatkan waktu lapang
mereka dengan aktiviti yang berfaedah. Antaranya ialah;

Sudut Bacaan
Lama Kreatif
Laman Pegaga

Objektif

Meningkatkan minat membaca yang berterusan.
Mewujudkan persekitaran yang kondusif dan sudut bacaan yang sesuai
untuk pembacaan di kawasan sekolah.
Menampilkan murid yang mengamalkan ciri- ciri pembaca berkualiti.
Menampilkan murid yang mempunyai bakat.
Memupuk sifat kelestarian alam di kalangan murid-murid RMT.

Pelaksanaan

Tempoh : Julai 2022 - Ogos 2022

Tempat : Persekitaran Kantin SK Sungai Rokam

Aktiviti Pelaksanaan

SUDUT BACAAN

Ini bertujuan untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif dan sudut bacaan
yang sesuai untuk pembacaan di kawasan sekolah. Sudut ini juga dapat memberi
motivasi kepada murid-murid untuk membaca. Di samping itu, ini juga dapat
dijadikan sebagai aktiviti NILAM dan murid-murid RMT juga dapat
menambahkan perbendaharaan kata

LAMAN KREATIF

Laman Kreatif ini diwujudkan untuk mencungkil bakat-bakat murid-murid RMT.
Pada waktu lapang murid-murid boleh bercerita, menyanyi dan membaca di
Laman Kreatif ini. Secara tidak langsung, ini akan memberi sokongan kepada
murid-murid lain untuk ke hadapan menunjukkan bakat mereka.

LAMAN PEGAGA

Laman Pegaga ini diwujudkan sebagai salah satu aktiviti Ko-kurikulum bagi
murid-murid RMT. Laman ini bertujuan untuk mewujudkan kesedaran tentang
alam persekitaran dan kelestarian alam. Selain itu, murid-murid dapat
mempelajari cara-cara menanam dan menjaga tanaman dengan betul.

Penutup

Diharapkan projek pendidikan ini dapat memupuk sikap membaca dikalangan
murid-murid. Selain itu, murid-murid juga dapat menggunakan waktu lapang
mereka dengan berfaedah.

Laman Kreatif

Laman Pegaga

Sudut Bacaan

Suasana Sebelum Inovasi

Suasana Semasa Inovasi

Suasana Selepas Inovasi

PROJEK INOVASI

e-RMT
STOP

PROJEK PENGURUSAN

e-RMT STOP

Pengenalan

e-RMT STOP merupakan projek untuk memudahkan urusan pengurusan RMT.
Beberapa aplikasi dibangunkan untuk memudahkan guru-guru dalam perekodan
laporan dan kehadiran murid-murid RMT. Antaranya ialah

e-Pelaporan RMT
e-Kehadiran Murid RMT

Objektif

Memudahkan penyimpanan rekod kehadiran dan laporan RMT.
Mewujudkan budaya 'paperless' di sekolah.
Laporan boleh dicapai bila-bila masa.

Pelaksanaan

Tempoh : Bermula Ogos 2022

Tempat : Dicapai melalui QR-Code

Aktiviti Pelaksanaan

e-PELAPORAN RMT

Guru-guru boleh mengisi laporan harian RMT melalui pautan;
https://forms.gle/2S3QewSnKKFJFkB86

Pelaporan RMT boleh dicapai melalui pautan;
https://datastudio.google.com/s/giIavoDL9NE

QR-CODE diletak di papan kenyataan RMT supaya guru-guru bertugas dapat
menyemak laporan RMT. Di samping itu, pentadbir juga akan menyemak laporan
dari masa ke masa.

Pada setiap bulan, Setiausaha RMT dapat mencetak laporan bulanan.

e-Kehadiran RMT

Kehadiran harian RMT boleh dicapai melalui pautan;
https://forms.gle/pkvTFZDM2MsvkBUY6

Murid-murid akan mengisi kehadiran secara online, sebelum mengambil
makanan RMT. Kehadiran ini akan dicatatkan secara automatik pada e-Pelaoran
RMT.

SK SUNGAI ROKAM
JALAN KENANGA, IPOH

Sebelum Inovasi

Semasa Inovasi

Selepas Inovasi


Click to View FlipBook Version