The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hazlidanial1620, 2025-03-03 09:44:23

Buku Log Pengkap Nur Hasya Zaina

kerja pengakap

NAMA : KELAS : ANGKA GILIRAN: NAMA PENSYARAH: Nur Hasya Zaina Binti Ahmad Afandi PAKK Ambilan Jun 2022/2027 2022302440066 Encik Khairudin bin Saidin BUKU LOG PENGAKAP MPU3431 KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM PENGAKAP 1 MPU3431 KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM PENGAKAP 1


NAMA : Nur Hasya Zaina Binti Ahmad Afandi UMUR : 21 Tahun ALAMAT TETAP : No 925, Lot 3, Garden Homes, Seremban 2, 70300, Seremban, Negeri Sembilan NO. TELEFON 012-56518184 BIODATA DIRI


Isi Kandungan Pengurusan dan Pentadbiran Pasukan Pengurusan dan Struktur Organisasi Persekutuan Pengakap Malaysia Pengurusan dan Struktur Organisasi Persekutuan Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia IPG KPM Pengurusan dan Struktur Organisasi Persekutuan Pengakap Malaysia Kumpulan Latihan Malaysia Peringkat IPGK Tuanku Bainun Prinsip Asas Pengakap Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap Cogan Kata dan Lambang Pengakap Pakaian Uniform Pengakap Isyarat dan Hormat Pengakap Berjabat Tangan Persekutuan Pengakap Malaysia Lagu Pengakap Malaysia Lagu Pengakap Kanak-Kanak Bendera Malaysia dan Maksudnya Bendera Persekutuan Pengakap Malaysia dan Maksudnya Sistem Sekawan Ikatan dan Simpulan Pergerakan Pengakap Sedunia (WOSM) dan Kawasan Asia Pasifik (TB) dan Maksudnya


Sejarah Perkembangan & Struktur Organisasi Sejarah PPMKLMIPGKPM Orientasi Kurikulum Unit Beruniform Sekolah Rendah Lencana Kepandaian Pengakap Kanak-kanak Perancangan tahunan program Unit Uniform Pengakap


Pengurusan dan Pentadbiran Pasukan


Pengurusan & Struktur Organisasi Persekutuan Pengakap Malaysia


Pengurusan dan Struktur Organisasi Persekutuan Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia IPG KPM PENAUNGUTAMAYBPUANFADHLINABINTI SIDEKPENAUNGYBRS. TN. HJ. AZMANBINADNANYANGDIPERTUAYBHG. DR. MOHDAZAMBINAHMADPENGERUSIDR. ROSLI BINYACOBTIMBALANPENGERUSIDR. SHAMSULBINSANIBONKETUAPESURUHJAYAPENGAKAPNEGERIKAPTENM. ASRARBINSIDONALANKETUAPESURUHJAYAPENGAKAPNEGERIYM. TUANROSDANBINTUANMUDASETIAUSAHAKEHORMATTN. HJ. OTHMANBINCHEMANPENOLONGSETIAUSAHAKEHORMATIIDR. NORMILABINTI MOHDBOHARI AHLIJAWATANKUASAPENOLONGSETIAUSAHAKEHORMATIPN. SULIANA BINTI WANCHIKBENDAHARIKEHORMATEN.KHAIRUDDINBINSAIDINAHLI-AHLIBERUNIFORMAHLI-AHLITIDAKBERUNIFORM


Pengurusan dan Struktur Organisasi Persekutuan Pengakap Malaysia Kumpulan Latihan Malaysia Peringkat IPGK Tuanku Bainun KETUA PENGAKAP MALAYSIA KETUA PENASIHAT SETIAUSAHA BENDAHARI BARISAN PENASIHAT EN. KHAIRUDDIN BIN SAIDIN PN. NOORMA BINTI HUSAIN EN. KHAIRUDIN BIN AHMAD MEJ. JEN. PROF. DATO’ DR. HAJI MOHD ZIN BIN SIDIN (B) DR. MOHD SHAFIAN BIN SHAFIE DR. MOGANASHWARI A/P KANDASAMY EN. TAN YUET ZHOU EN. MARIMUTHU A/L PUNNIASEELAN PN. DEVA NANTHINI A/P SINNIAH PN. TAN YNG LING


Prinsip Asas Pengakap


Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia perlu dibaca berlandaskan; dan bersama: Akta 784. Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968 (Semakan 2016). 1. 2.Prosedur, Organisasi dan Peraturan, Persekutuan Pengakap Malaysia. Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia adalah berasaskan: Kelulusan dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Pengakap Negara pada 27 Mac 2010; dan 1. 2.Disahkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan pada 28 Mac 2010. Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia Susunan Seksyen Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia Susunan Seksyen-Seksyen di dalam Perlembagaan Persekutuan PengakapPengakap Malaysia dan Pertubuhan Negara adalah seperti berikut: 1.Perlembagaan. 2.Menjadi Ahli Persekutuan. 3.Dasar Agama. 4.Perbalahan Politik dan Perindustrian. 5. Dasar Kewangan. 6.Hubungan Luar dan Antarabangsa. 7.Peraturan-Peraturan Am.


Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia Matlamat Perbadanan : Matlamat Perbadanan Persekutuan telah dinyatakan di dalam seksyen 4; Akta 784. Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968 (Semakan 2016): 4. Matlamat Perbadanan adalah: (a) untuk mengadakan satu organisasi yang terbuka untuk semua Pengakap di Malaysia bagi membolehkan mereka melaksanakan tujuan dan maksud Perbadanan yang dinyatakan dalam seksyen 5; (b) untuk melakukan semua benda lain yang disifatkan oleh Perbadanan atau Majlisnya sebagai bersampingan dan berfaedah bagi mencapai matlamat sedemikian. Persekutuan Pengakap Malaysia (Scouts Association of Malaysia) adalah merupakan satu badan berpakaian seragam yang telah ditubuh dan dikawal selia secara langsung oleh : Akta 784. Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968 (Semakan 2016). 1.


Persetiaan Pengakap Malaysia adalah aku janji yang akan menjadi tunjang kepada pelaksanaan prinsip kepengakapan. Persetiaan ini sama sahaja di semua peringkat seperti Pengakap Kanak-Kanak, Muda, Remaja, dan semua ahli berdaftar yang lain. Persetiaan Pengakap Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, yang saya, dengan seberapa daya upaya saya, akan ; Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara Menolong orang pada setiap masa Menurut Undang-undang Pengakap Lafaz PPeerrsseettiiaaaann PPeennggaakkaapp CCaarraa MMeellaaffaazzkkaann PPeerrsseettiiaaaann PPeennggaakkaapp Ahli-ahli yang memperbaharui persetiaan pengakap atau melafaz persetiaan ketika dilantik menjadi ahli baharu perlu berdiri tegak. Tekan jari kelingking menggunakan ibu jari kanan; 1. Kemudian angkat tangan kanan rapat ke badan; dan 2. Tapak tangan menghadap ke hadapan dengan 3 jari lurus ke atas. 3. Sekiranya memegang tongkat ketika Persetiaan Dalam kedudukan kalih tongkat Penggunaan bahasa isyarat dibenarkan bagi Orang ke tangan kiri. Tapak tongkat masih berada di sebelah kaki kanan.


Maksud Persetiaan Pengakap 1 2 3 Ahli pengakap harus mempunyai keimanan yang teguh, menghormati Raja sebagai Ketua Negara, dan berbakti kepada tanah air. Sentiasa bersedia untuk membantu sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa, agama, atau status sosial. Mematuhi dan mengamalkan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Undang-Undang Pengakap sebagai panduan hidup.


Undang-Undang Pengakap 1 2 3 4 5 DDIIPPEERRCCAAYYAAII TAAT BBEERRGGUUNNAA BBEERRSSAAUUDDAARRAA BBEERRBBUUDDII Seorang pengakap harus sentiasa jujur dalam kata-kata dan perbuatannya. Seorang pengakap harus patuh kepada ibu bapa, guru, pemimpin, dan undang-undang negara. Sentiasa bersedia membantu orang lain tanpa mengharapkan balasan. Mengamalkan semangat persaudaraan tanpa mengira bangsa, agama, atau status sosial. Sentiasa bersikap sopan, menghormati orang lain, dan berperilaku baik dalam setiap keadaan.


6 KKAASSIIHHKKAANN BBIINNAATTAANNGG Menyayangi haiwan dan menjaga kebajikan mereka. 7 MMEENNUURRUUTT PPEERRIINNTTAAHH Sentiasa berpegang teguh kepada prinsip kesetiaan kepada negara dan masyarakat. 8 TTAABBAAHH HHAATTII Pengakap harus sentiasa berani menghadapi cabaran dan tidak mudah berputus asa. 9 BBEERRJJIIMMAATT Pengakap tidak membazir dalam penggunaan sumber seperti makanan, air, dan tenaga. 10 SSUUCCII FFIIKKIIRRAANN,,PPEERRKKAATTAAAANN DDAANN PPEERRBBUUAATTAANN Harus berfikir secara positif, berkata perkara yang baik dan benar, serta melakukan kebaikan.


PENGAKAP MUDA PENGAKAP KELANA PENGAKAP REMAJA ‘Selalu Sedia’ ‘Pandang Luas’ ‘Berkhidmat’ COGAN KATA PENGAKAP PENGAKAP KANAK-KANAK ‘Buat Sehabis Baik’


PAKAIAN UNIFORM PENGAKAP UNIFORM PENGAKAP LELAKI UNIFORM PENGAKAP PEREMPUAN


Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan Persaudaraan Pengakap LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA 3 kelopak pada lambang yang bermaksud 3 Persetiaan Pengakap iaitu Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara, Menolong orang setiap masa, Menurut undang-undang Pengakap Dua butir bintang pecah lima melambangkan 10 undang-undang pengakap Bintang pecah 14 berwarna kuning melambangkan 14 buah negeri di Malaysia Anak bulan dan bintang melambangkan agama rasmi Malaysia iaitu agama Islam Garisan lurus hitam melambangkan seorang Pengakap mestilah sentiasa berada pada arah yang lurus dan betul untuk dilaluinya Ikatan buku sila melambangkan Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Malaysia Warna kuning, hijau dan merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit pengakap ; Kuning - Pengakap Kanak-Kanak Hijau - Pengakap Muda Merah - Pengakap Remaja Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja


ISYARAT DAN HORMAT PENGAKAP ‘Berkhidmat’ Hormat Pengakap diberikan di dalam keadaan berikut: Semasa menemui pengakap lain samada dalam dan luar negeri sebagai tanda persaudaraan dan penghormatan. Semasa menemui pemimpin, penolong pemimpin pengkap dan ketua patrol. Semasa di dalam istiadat –istiadat menerima anugerah, sijil dan sebagainya. Setelah selesai menaikkan bendera Malaysia, bendera negeri dan bendera pengakap. Cara hormat pengakap dilakukan adalah dengan membuat isyarat Pengakap dan dirapatkan hampir dengan kening mata kanan. HORMAT PENGAKAP ISYARAT PENGAKAP Tiga jari yang dirapatkan mengingatkan kepada Persetian Pengakap iaitu: Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara Menolong orang pada setiap masa Menurut undang-undang pengakap Ibu jari bermaksud Undang-Undang Pengakap. Jari kelingking bermaksud ahli Pengakap. Simbol ibu jari menindih jari kelingking bermaksud sebagai ahli Pengakap ditekankan untuk sentiasa mematuhi 10 undang-undang Pengakap dan sebagai tanda golongan yang kuat atau kaya membantu golongan yang lemah atau miskin. Pertautan ibu jari dan jari kelingking bermaksud persaudaraan pengakap tanpa mengira pangkat, darjah dan keturunan. MAKNA TIGA JARI ;


BERJABAT TANGAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA Berjabat tangan Pengakap Malaysia adalah dengan menggunakan tangan kanan Semasa Baden-Powell bertugas sebagai askar di Afrika, dia menemui ketua-ketua dan pahlawan-pahlawan yang terdiri daripada suku kaum yang membawa lembing dan perisai. Pada suatu ketika, dua suku kaum ini selalu bermusuhan, menyerbu dan membunuh sesama sendiri sehingga menyebabkan banyak nyawa yang terkorban. Permusuhan yang berlanjutan itu akhirnya menemui jalan pendamai Taktik peperangan serta keberanian yang ditonjolkan oleh pahlawan-pahlawan kedua-dua suku kaum menunjukkan kehebatan kepahlawanan masing-masing. Bila ketua salah satu kaum terserempak dengan ketua lawannya, dia memberi isyarat kepada pahlawannya supaya berundur. Ketua suku kaum tersebut kemudian menghampiri ketua kaum lawannya secara bersendirian. Ketika dia menghampiri lawannya dia menanggalkan perisai yang melindungi bahagian dadanya dari terkena senjata musuh serta membuang lembingnya. Dia pun mengangkat tangan kirinya kepada musuhnya sebagai tanda persahabatan dan kepercayaan. Tanda tersebut membawa kepada perundingan perdamaian di antara kedua-dua suku kaum yang bermusuhan. Ketua suku kaum di Afrika sekarang menerima kenyataan bahawa orang yang paling berani di antara orang berani adalah orang yang berjabat tangan dengan menggunakan tangan kiri. SSEEJJAARRAAHH KKEEWWUUJJUUDDAANN BBEERRJJAABBAATT TTAANNGGAANN


Kami Pengakap Malaysia Harapan nusa dan bangsa Berikrar setia Pada pertiwi tercinta Melatih generasi muda Menjadi insan yang berguna Persetiaan pengakap Teras dipegang bersama Menolong orang setia masa Menabur bakti di mana sahaja Demi Tuhan, Raja dan negara Berbudi, bersaudara Taat, menurut perintah Kami bangga junjung cita-cita Pengakap Malaysia Kami bangga junjung cita-cita Pengakap, Pengakap Malaysia LAGU PENGAKAP MALAYSIA


DI SINI SENANG Happy yea-yea Happy Happy yea-yea-yea Kita pilih pengakap saja Siang jadi kenangan Malam jadi impian Cintaku semakin mendalam LAGU PENGAKAP KANAK-KANAK KITA PILIH PENGAKAP SAJA Di sini senang, di sana senang Di mana-mana hatiku senang -ulang 2xLa la la la la


CINTAKU Ape ye ye ye Ape ye ye ye Saya pilih pengakap saja Siang jadi kenangan Malam jadi impian Cintaku semakin mendalam Selamat datang, Selamat datang, Selamat jumpa, kawan ku, Apa khabar, apa khabar, Apa khabar kawan ku, Girang eh, girang eh eh eh, Hura hure hiooooo LAGU PENGAKAP KANAK-KANAK SELAMAT DATANG


Bermaksud Islam sebagai agama Persekutuan Menunjukkan perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan Melambangkan perpaduan 13 buah negeri dan satu Persekutuan Melambangkan perpaduan rakyat Malaysia berbilang kaum Bermaksud kedaulatan Raja Berperlembagaan dan mendokong serta menghornati lunas-lunas perlembagaan dan falsafah Rukun Negara Melambangkan keberanian dan bersedia menghadapi segala rintangan dan cabaran dalam usaha meletakkan Malaysia sebagai negara maju Melambangkan kesucian, keikhlasan dan kesungguhan meningkatkan ketahananrakyat berkeperibadian Malaysia Lambang Anak Bulan Lambang Bintang Pecah 14 14 Jalur Warna Biru Tua Warna Kuning Warna Merah Warna Putih : : : : : : : BENDERA MALAYSIA & MAKSUDNYA


Bendera Persekutuan Pengakap Malaysia telah mula diperkenalkan sejak pendaftarannya dengan Biro Antarabangsa Pengakap dan dengan sedikit perubahan ia digunakan sehinggalah sekarang. Rupa bentuk pembuatannya adalah hasil gabungan Bendera Malaysia dan lambang Persekutuan. Keseluruhan bendera tidak termasuk Bendera Malaysia dan Lambang Persekutuan adalah berwarna hijau gelap. Bendera Persekutuan berukuran 183 cm panjang dan 91.5 cm lebar. Bendera-bendera ini dikibarkan di semua Ibu Pejabat, Pusat/Institut Latihan dan Pasukan-Pasukan Persekutuan. Bendera ini dikibarkan setiap hari mulai jam 08.00 sehinggalah 18.30 mengikut tatacara dan penghormatan tertentu. BENDERA PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA


Pemimpin sekawan. Memimpin ahli sekawan dalam semua aktiviti. Memastikan semua ahli memahami tugasan mereka. Berkomunikasi dengan pemimpin (Akela) untuk menyampaikan maklumat atau keperluan sekawan. Membimbing ahli sekawan yang lebih muda atau kurang berpengalaman. Ketua Sekawan Pembantu kepada Ketua Sekawan. Membantu Ketua Sekawan melaksanakan tugasnya. Mengambil alih tanggungjawab Ketua Sekawan jika beliau tidak hadir. Membantu menjaga disiplin dan semangat dalam kalangan ahli sekawan. Penolong Ketua Sekawan Anggota biasa sekawan. Mengikuti arahan Ketua Sekawan dan Penolong Ketua Sekawan. Menyumbang dalam tugasan kumpulan seperti permainan, projek, atau aktiviti perkhemahan. Membantu memastikan sekawan berfungsi dengan harmoni. Mengamalkan nilai-nilai Pengakap seperti setia, bekerjasama, dan bertanggungjawab. Ahli Sekawan Bertanggungjawab terhadap bendera atau simbol sekawan. Menjaga dan membawa simbol atau bendera sekawan dalam aktiviti tertentu. Memastikan bendera/simbol dalam keadaan baik dan bersih. Penjaga Bendera atau Simbol Sekawan Bertanggungjawab menyimpan, menjaga, dan mengurus peralatan sekawan Memastikan semua peralatan sekawan lengkap dan dalam keadaan baik sebelum dan selepas digunakan. Membuat senarai semak inventori untuk mengelakkan kehilangan atau kerosakan. Mengagihkan peralatan kepada ahli sekawan semasa aktiviti. Memastikan semua ahli sekawan gunakan peralatan dengan betul dan selamat. Memastikan semua peralatan disimpan dengan kemas selepas digunakan. Quartermaster SISTEM SEKAWAN Dalam pergerakan Pengakap (khususnya di unit Pengakap Kanak-Kanak), sekawan merujuk kepada kumpulan kecil anggota Pengakap yang dibentuk untuk memudahkan aktiviti dan pengurusan. Sekawan biasanya dinamakan mengikut tema tertentu, seperti nama haiwan, warna, atau simbol, yang menambah elemen keseronokan dan identiti kepada kumpulan kecil ini. PERANAN SEKAWAN ; Sekawan berfungsi sebagai platform untuk melatih anggota dalam bekerjasama, saling memahami, dan menyelesaikan tugasan secara berkumpulan Melalui sekawan, ahli Pengakap belajar menghormati satu sama lain, saling membantu, dan memupuk nilai persahabatan yang erat. PERANAN AHLI SEKAWAN


1 IKATAN & SIMPULAN 2 3 4 5 6


Pergerakan Pengakap Sedunia ialah organisasi global yang menyatukan persatuan pengakap dari pelbagai negara untuk membangunkan generasi muda melalui pendidikan tidak formal. Ia bertujuan membentuk individu yang berdisiplin, berkemahiran, dan berakhlak tinggi berdasarkan prinsip kepanduan. PPeerrggeerraakkaann PPeennggaakkaapp SSeedduunniiaa ddiikkeettuuaaii oolleehh WWOOSSMM,, yyaanngg mmeemmppuunnyyaaii ttiiggaa ppeerriinnggkkaatt uuttaammaa:: CCoonnffeerreennccee -- BBaaddaann ppeemmbbuuaatt ddaassaarr tteerrttiinnggggii CCoommmmiitttteeee -- BBaaddaann eekksseekkuuttiiff yyaanngg mmeenngguurruuss hhaall eehhwwaall WOSM BBuurreeaauu -- UUrruuss sseettiiaa tteettaapp yyaanngg bbeerrttaanngggguunnggjjaawwaabb tteerrhhaaddaapp ooppeerraassii hhaarriiaann DDii ppeerriinnggkkaatt sseerraannttaauu,,WWOOSSMM mmeemmppuunnyyaaii eennaamm wwiillaayyaahh:: AAffrriikkaa AAssiiaa--PPaassiiffiikk EErrooppaahh EEuurraassiiaa IInntteerr--AAmmeerriikkaa Arab PERGERAKAN PENGAKAP SEDUNIA (WOSM) WWoorrlldd OOrrggaanniizzaattiioonnoofftthheeSSccoouutt MMoovveemmeenntt Pergerakan Pengakap berfungsi untuk: Membentuk kepimpinan dalam kalangan belia Mendidik melalui pengalaman dan aktiviti luar Menerapkan nilai-nilai murni seperti tanggungjawab, keberanian, dan kejujuran Memupuk semangat perpaduan dan kesukarelaan Pergerakan Pengakap diasaskan oleh Lord Robert Baden-Powell di United Kingdom pada tahun 1907 selepas kejayaan kem perkhemahan percubaan di Pulau Brownsea. Buku beliau, Scouting for Boys (1908), menjadi asas kepada perkembangan pengakap di seluruh dunia. Pertubuhan Pergerakan Pengakap Sedunia (WOSM) ditubuhkan pada tahun 1920 dengan mesyuarat pertama diadakan di London. WOSM kini mengawasi dan menyelaraskan pergerakan pengakap di peringkat antarabangsa. Sejarah Penubuhan


Memperkasakan pergerakan pengakap di rantau Asia-Pasifik Menawarkan latihan kepimpinan kepada pemimpin pengakap Menganjurkan acara dan perkhemahan di peringkat rantau Menggalakkan aktiviti khidmat masyarakat & keamanan dunia PERGERAKAN PENGAKAP KAWASAN ASIA PASIFIK (TB) Wilayah Pengakap AsiaPasifik adalah salah satu daripada enam wilayah Pertubuhan Pergerakan Pengakap Sedunia (World Organization of the Scout Movement - WOSM). Ia menguruskan dan menyelaraskan pergerakan pengakap di negara-negara dalam rantau Asia dan Pasifik. MATLAMAT & PERANAN Sejarah Penubuhan Ditubuhkan pada 1956, Wilayah Pengakap Asia-Pasifik bertujuan mengukuhkan kerjasama antara negara-negara anggota dalam aktiviti kepanduan dan pembangunan belia. Beribu pejabat di Manila, Filipina, ia menguruskan program latihan, perkhemahan, dan pembangunan pengakap di rantau ini. Asia-Pasifik adalah wilayah terbesar dalam WOSM dari segi keahlian, dengan lebih 30 juta pengakap dari 30 negara. KEAHLIAN & IMPAK ✅ APR mempunyai lebih 30 juta ahli pengakap, menjadikannya wilayah terbesar dalam WOSM ✅ Menyumbang kepada 60% daripada jumlah pengakap dunia ✅ Negara anggota aktif dalam program kepimpinan, alam sekitar & khidmat masyarakat


Sejarah Perkembangan dan Struktur Organisasi


Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia (MPKLM) ditubuhkan pada 10 Ogos 1985 di Institut Aminudin Baki, Pahang, sebagai MPKLMBPG untuk menyelaraskan pergerakan pengakap di institut dan maktab perguruan Malaysia. Sebelum ini, pergerakan pengakap di institusi ini diletakkan di bawah negeri masing-masing. MPKLMBPG diiktiraf sebagai negeri dalam Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM), manakala pergerakan pengakap di institut/maktab perguruan dikenali sebagai Kumpulan Latihan Malaysia (KLM). SEJARAH PPMKLMIPGM Pesuruhjaya Negeri MPKLMBPG pertama ialah En. Abu Bakar bin Ahmad, diikuti oleh Tn. Hj. Abdul Shukor bin Mohsin dan Tn. Hj. Zainal bin Salleh. Pada tahun 2010, MPKLMIPG ditubuhkan di IPGM, Cyberjaya selaras dengan penubuhan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), menggantikan Bahagian Pendidikan Guru. MPKLMIPG menguruskan 27 KLM di 27 IPG seluruh Malaysia. Ia dirasmikan pada 29 Mac 2011 oleh Dr. Noriati binti A. Rashid. Penaung utama MPKLMIPG ialah Menteri Pendidikan Malaysia, manakala Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia sebagai penaung. YDP pertama ialah Dato’ Dr. Haili bin Dolhan, diikuti oleh YH Dato’ Sulaiman bin Wak. Naib YDP pertama ialah Dr. Amin bin Senin, diikuti oleh Dr. Lee Boon Hua, dan kini disandang oleh Dr. Noriati binti A. Rashid. Pengerusi pertama ialah Dr. Noriati binti A. Rashid, diikuti oleh Datin Rashidah binti Mohd. Yusof dan kini Dr. Jamiah binti Mohamad. Timbalan Pengerusi I ialah En. Rahim bin Abdul Latif, manakala Timbalan Pengerusi II kini dijawat oleh Dr. Mashitah binti Mohd. Yusof. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri pertama ialah Tn. Hj. Mohd. Kamar bin Zainuddin, diikuti oleh En. Mohd. Radzi bin Hj. Johari sejak Julai 2010. MPKLMIPG beroperasi mengikut Undang-undang Kecil MPKLMIPG dan Perlembagaan PPM.


Orientasi Kurikulum Unit Beruniform Sekolah Rendah


Lencana Kepandaian Pengakap Kanak-kanak (PKK)


Terdapat 19 lencana yang boleh dipilih oleh seorang Pengakap Kanak-Kanak (PKK) dari senarai yang telah dikeluarkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia. Ia dipilih berdasarkan kecenderungan ahli PKK dalam bidang yang diminati dan dikuasai oleh mereka. Untuk tujuan itu, pemimpin unit perlu membimbing agar ahli PKK dapat memenuhi keperluan bagi melengkapkan skim latihan (termasuk Lencana Kemajuan : Lencana Keris Gangsa, Perak, dan Emas) ke arah mencapai Anugerah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri @ Rambu Biru. Pemilihan lencana perlu melalui ujian tertentu bersesuaian dengan skim lencana berkaitan. Namun hanya 7 sahaja lencana ini boleh dipakai/ditampal di lengan baju kiri berdasarkan nisbah berikut : Warna merah : pilih satu sahaja Warna biru : pilih dua sahaja Warna merah : pilih satu sahaja Warna biru : pilih dua sahaja Jika ahli berminat untuk mengambil kesemua ujian dan memakai semua lencana yang disenaraikan, ahli pengakap berkenaan boleh memakai selempang (sash) berwarna biru tua bagi menyematkan semua lencana yang telah diperolehi.


Perancangan Tahunan Program Unit Uniform Pengakap 2025/2026


Cubscouts.My. (2021, October 4). Lafaz persetiaan Pengakap Malaysia. Pengakap Kanak-Kanak. https://cubscouts.my/persetiaan-pengakap/ Yusof. (n.d.). Sejarah MPKLM. https://yusofmpklmipg.blogspot.com/p/sejarah- mpklm.html Ilmu.pengakap.org - Tetapan - Bendera Rasmi Persekutuan Pengakap Malaysia. (n.d.). http://ilmu.pengakap.org/viewpage.php?page_id=11 Bpscouts. (2021, April 5). Lencana Kepandaian Pengakap Kanak-Kanak. PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA DAERAH BATU PAHAT. https://bpscouts14.wordpress.com/2021/04/05/lencan a-kepandaian-pengakap-kanak-kanak/ SUMBER RUJUKAN :


TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version