The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by izzahhayani762000, 2021-12-05 22:52:35

BULETIN INSANIAH EDISI OGOS-NOV 2021

BULETIN INSANIAH EDISI OGOS-NOV 2021

UNIT KEDIAMAN LUAR KAMPUS

' LUAR KAMPUS LUAR BIASA '

EDISI OGOS-NOV 2021

Pertama sekali kami Ahli Sidang Redaksi Buletin Insaniah sangat-sangat bersyukur kepada Allah S.W.T.
Alhamdulillah, kerana Buletin Insaniah Edisi Ogos-November 2021 ini dapat diterbitkan mengikut jadual
yang telah ditetapkan. Majalah ini adalah catatan dan rakaman program sepanjang bulan Ogos
sehingga November 2021 yang bertema ‘Luar Kampus Luar Biasa’. Oleh itu, segala aktiviti dan program
cuba kami penuhi mengikut ikatan yang telah ditetapkan itu. Namun begitu dalam serba kekurangan
seperti masalah masa dan komitmen ahli yang sibuk, kami cuba penuhi sekadar segala yang termampu.
Oleh itu, terlebih dahulu kami memohon maaf atas segala kekurangan.

Akhir kata, kami ahli Sidang Redaksi sekali lagi memohon maaf dan sedia menerima segala teguran dan
cadangan untuk kebaikan bersama. Semoga majalah ini dapat dijadikan kenangan terindah buat warga
UPSI.

Terima kasih.
Sidang Redaksi 2021/2022

Bacaan Yasin & Tazkirah Ringkas Sempena Kemerdekaan
Bengkel Open Broadcaster Software
Pertandingan Bulan Kemerdekaan
Virtual Run Hari Malaysia
Bicara Kesejahteraan Muallim
Bengkel Penulisan e-book
Sambutan Maulidur Rasul : Manisnya Kopi Ini
Bicara Santai Memburu Hikmah Disebalik Ujian
Bengkel Produksi Video Smartphone
Bengkel Asas Tari Zapin 1
Violence Against Women : Fight or Flee
International Webinar 3.0 : Empower Your Languages Through Worldwide Expert
Click! Click! A Hundred Feet Journey Towards Culture
Urban Farming Talk : Pertanian Untuk Semua
How to Become A Millionaire During Pandemic
Understanding The World Of The Deaf : Sign Language
Webinar Asas Pendakian dan Berkhemah

Penaung
Prof. Madya. Ts. Dr.
Che Ghani b Che Kob

Ketua Editor (felo) Editor (felo)
Pn Siti Nadiah En Muhammad Nur
Aizuddin b Abdul Rahman
Halimah bt Md Shah

Editor (exco) Ketua Editor (exco) Editor (exco)
Azyan Amira bt Amzzah Izzah Hayani bt Saleh Nurul Asyiqin bt Mardani

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat sekali lagi
kita terbitkan majalah yang menjadi simbolik dan kebanggaan warga luar kampus, iaitu Buletin
Insaniah Edisi Ogos-November 2021. Sekalung penghargaan, penghormatan dan tahniah
diberikan kepada semua editor majalah ini. Atas berkat usaha bersama yang tidak mengenal erti
penat dan jemu maka harapan ini didokumentasikan untuk perkongsian umum.

Sebagai ketua editor bagi Buletin Insaniah Edisi Ogos-November 2021, saya mewakili sidang
redaksi ingin memohon maaf jka terdapat kelemahan dan kekurangan dalam penghasilan buletin
ini dan ampun maaf dipinta, sesungguhnya yang baik datangnya dari Allah SWT dan sebaliknya
dating dari kelemahan saya sendiri. Sesungguhnya, kami telah memerah kudrat agar Buletin
Insaniah ini akan tetap tersemat di hati warga UPSI. Semoga dengan penghasilan buletin ini,
semua kenangan dan memori indah bersama dapat dipotretkan untuk tatapan masa yang akan
datang.
Sekian, terima kasih.

Puan Siti Nadiah Halimah binti Md Shah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah dengan rahmat Allah, Buletin Insaniah Edisi Ogos – November
2021 berjaya diterbitkan oleh ahli sidang redaksi khusus untuk warga Unit
Kediaman Luar Kampus (UKLK), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Berbekalkan semangat kekitaan dan rasa tanggungjawab, kami tidak menghiraukan apa jua
cabaran yang menghalang sehinggalah majalah ini berjaya dihasilkan. Jutaan terima kasih saya
ucapkan kepada semua ahli sidang redaksi dan felo-felo UKLK yang telah berusaha untuk
merakamkan kenangan manis dan pahit warga-warga UKLK sehingga majalah ini berjaya
diterbitkan dan sampai ke tangan semua pembaca.

Akhir kalam, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan seandainya ada kekhilafan yang
dilakukan sepanjang proses penghasilan Buletin Insaniah Edisi Ogos – November 2021 ini. Saya
berharap agar tahun-tahun seterusnya seluruh warga UKLK akan dapat memberi lebih komitmen
bagi memantapkan lagi majalah UKLK ini.

Sekian, terima kasih.

Izzah Hayani binti Saleh

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, ucapan syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah
kurnia-Nya, Buletin Insaniah Edisi Ogos-November 2021 telah diterbitkan. Saya
mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ahli Sidang Redaksi kerana dapat meneruskan
kesinambungan menghasilkan majalah Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK) ini.

Majalah ini mencerminkan kegemilangan warga Unit Kediaman Luar Kampus dengan memaparkan
segala aktiviti dan program yang telah dijalankan. Pelbagai kenangan yang telah dilalui serta semua
kejayaan dirakamkan di dalam majalah ini. Oleh itu, adalah amat sesuai untuk dijadikan cenderahati
kepada semua warga UPSI khususnya UKLK.

Tuntasnya, saya sangat berharap agar Buletin Insaniah ini dapat memberi manfaat kepada seluruh
warga UPSI untuk terus berusaha dan tidak putus asa dalam memberikan yang terbaik kepada UPSI.

Sekian, terima kasih.

Prof. Madya. Ts. Dr. Che Ghani bin Che Kob

Assalamualaikum

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan

keizinan-Nya Buletin Insaniah Edisi Ogos-November 2021 berada dalam simpanan kita semua
sebagai kenangan selama berada di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Ucapan terima kasih ini saya tujukan kepada felo-felo serta rakan-rakan Ahli Sidang Redaksi Buletin
Insaniah Edisi Ogos-November 2021 atas kesungguhan dalam menjayakan penerbitan majalah ini.
Majalah ini merupakan medium kepada warga UPSI untuk mengetahui dengan lebih lanjut segala
aktiviti yang telah dijalankan oleh Majlis Mahasiswa Kediaman Luar Kampus.

Tidak lupa juga peluang ini, saya gunakan untuk merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada
pengetua, barisan felo dan pentadbiran UKLK dalam membantu kami untuk menjayakan program-
program selama ini. Segala jasa serta ilmu yang diberikan akan kami jadikan panduan dalam
kehidupan mendatang.
Sekian, terima kasih.

Muhammad Anas bin Muhammad Hishamuddin

Oleh : Nurul Liyana binti Ibrahim

Tanjong Malim, 31 Ogos 2021 – Telah Berlangsungnya Program Bacaan Yaasin Dan Tazkirah
Ringkas Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke 64. Program ini dianjurkan oleh Majlis
Tertinggi Majlis Mahasiswa Kolej Unit Kediaman Luar Kampus . Di samping itu, program ini
juga terbuka kepada seluruh Warga UKLK dan UPSI. Program ini dijalankan pada jam 7.45
malam sehingga 8.45 malam melalui Google Meet dan Facebook Live Unit Kediaman Luar
Kampus. Namun begitu, tujuan program ini diadakan adalah untuk menanam semangat cinta
akan ilmu dan Majlis Ilmu Agar Generasi Pendidik Khususnya Mahasiswa UPSI dapat
dikekalkan bagi mendepani cabaran masyarakat global dan Permasalahan Dalam Bidang Ilmu
Dan Ukhwah Islamiyyah Mahasiswa dapat ditingkatkan lagi. Justeru itu, bagi menjayakan lagi
program ini, pihak penganjur telah menjemput Pegawai Hal Ehwal Islam Pusat Islam, Universiti
Pendidikan Sultan Idris iaitu Ustaz Majdan bin Ismail untuk mengetuai bacaan Yaasin dan
memberikan tazkirah ringkas tentang kemerdekaan kali ke 64.

Oleh : Norshafikah bt Md Norisan

TANJUNG MALIM, PERAK – 11 September 2021, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
telah menganjurkan program Bengkel Open Broadcaster Software (OBS) secara dalam talian.
Program ini dibawah anjuran Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK) yang bersiaran langsung
menggunakan google meet dan facebook rasmi UKLK. Panel yang dijemput ialah Saudara
Muhammad Khamarul Azuan bin Azhar yang merupakan mantan Majlis Mahasiswa Kediaman
Luar Kampus (MMKLK) sidang 2020/2021.
Program Bengkel OBS bukan sahaja untuk Majlis Mahasiswa Kediaman Luar Kampus
(MMKLK) malah ianya juga terbuka kepada seluruh mahasiswa di Malaysia serta telah
mendapat banyak sambutan yang baik. Sepanjang empat jam program ini berlangsung, sambutan
daripada mahasiswa/i dapat dilihat apabila program ini mendapat tontonan seramai 119 orang
dan telah dikongsikan oleh 43 pengguna facebook.
Anjuran Majlis Mahasiswa Kediaman Luar Kampus dibawah Exco Publisiti dan Multimedia
yang diketuai oleh Saudari Nurul Asyiqin binti Mardani yang menyifatkan program ini
dijalankan untuk meningkatkan tahap kemahiran multimedia dalam menggunakan perisian OBS
dalam kalangan Majlis Mahasiswa Kediaman Luar Kampus, Ketua Zon serta mahasiswa UPSI
melalui perlaksanaan pengenalan fungsi Bengkel OBS sepanjang 1 hari program.

Oleh : Izzah Hayani binti Saleh

TANJUNG MALIM, PERAK – 12 September 2021, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
telah menganjurkan program Pertandingan Bulan Kemerdekaan secara dalam talian. Program ini
merupakan anjuran Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK) yang telah berlangsung bermula 1
September 2021 sehingga 12 September 2021. Pertandingan bertemakan kemerdekaan ini
adalah bertujuan untuk menyemarakkan lagi semangat patriotisme dalam kalangan mahasiswa
UPSI. Sebanyak dua pertandingan telah dipertandingkan iaitu Pertandingan Kuiz Kemerdekaan
pada 3 September 2021 dan Pertandingan Poster Infografik Kemerdekaan pada 1 sehingga 10
September 2021. Wang terkumpul sejumlah RM160.00 telah ditawarkan kepada para pemenang
Pertandingan Bulan Kemerdekaan.

Anjuran Majlis Tertinggi, Majlis Mahasiswa Kediaman Luar Kampus yang diketuai oleh saudari
Amirah Asyiqin Binti Azizul Hanafiah menyifatkan tujuan program ini secara tidak langsung
dapat memupuk semangat patriotisme dalam kalangan mahasiswa di samping memupuk
semangat kekitangan dan kerjasama sesama Majlis Mahasiswa Kediaman Luar Kampus.
Program ini merupakan inisatif UKLK untuk menyediakan ruang agar mahasiswa UPSI dapat
menggunakan kreativiti mereka semasa menjalankan aktiviti-aktiviti yang dirancang sepanjang
Bulan Kemerdekaan.

Oleh : Syarmeen Syahirah binti Azhar

Tanjong Malim 27 September – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerusi Unit
Kediaman Luar Kampus (UKLK) baru-baru ini telah menganjurkan program larian ‘virtual run’
sempena sambutan Hari Malaysia 2021. Penyertaan larian telah dibuka kepada mahasiswa dan
penduduk komuniti setempat kawasan Kota Malim Prima 1 dan 2, Proton City & Taman Sekiah
Makmur, Tanjung Malim, Perak.
Menurut Pengerusi Majlis Pengetua UPSI, Prof Madya Dr. Mohd Nizam Nasrifan berkata
sebanyak 78 buah penyertaan diterima daripada seluruh lapisan masyarakat dan dipecahkan
kepada beberapa kategori iaitu kanak – kanak, remaja dan dewasa.
Para pemenang turut diraikan dengan pengumuman di majlis yang sama. Encik Lokman Hakim
Muhamad diumumkan sebagai juara kategori dewasa manakala naib johan dan tempat ketiga
dimenangi oleh Encik Sujiksol Sungsi dan Encik Mohamad Firdaus Bin Abd Ghani. Bagi juara
kategori remaja pula juara dimenangi oleh Ahmad Hakimi Irfan Ahmad Firdaus manakala naib
juara dimenangi Aliya Farisha Sulmaizam Azhaimy. Bagi kategori kanak – kanak pula, tempat
pertama dimenangi adik Nur Kamalia Nafisah Norazizi manakala tempat kedua dan tempat
ketiga dimenangi adik Irdina Khaisara Abdul Rahman dan adik Muhammad Adeeb Afhan
Muhammad Mukhidad. Para pemenang membawa pulang wang tunai dan e-sijil.

Oleh : Norshafikah binti Md Norisan

Tanjong Malim, Perak 9 Oktober - Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melalui Unit
Kediaman Luar Kampus (UKLK) telah menganjurkan program “Bicara Kesejahteraan Muallim”
secara dalam talian. Program ini bukan sahaja merujuk kepada penduduk komuniti setempat di
Muallim tetapi ianya juga kepada mahasiswa Tanjung Malim, Perak.

Program ini telah melibatkan beberapa agensi kakitangan kerajaan merangkap barisan hadapan
yang terdiri daripada pihak polis, bomba, dan juga doktor. Panel yang pertama iaitu Dr
Normaskinah Yahya selaku doktor Klinik Kesihatan Tg Malim. Panel yang seterusnya ialah
PPgB Mohd Zairul Fahmi Mohd Nazari selaku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong
Malim dan panel yang terakhir adalah Koperal Noor Hartini Ismail selaku wakil PDRM Tg
Malim.

Program Bicara Kesejahteraan Muallim ini bukan sahaja untuk mahasiswa UPSI namun ianya
turut terbuka kepada seluruh masyarakat bumi Muallim yang tercinta. Sepanjang program ini
berlangsung, sambutan daripada mahasiswa dapat dilihat apabila mendapat tontonan secara
langsung di Facebook rasmi UKLK seramai 916 tontonan dan telah dikongsi, komen dan sukai
oleh 1405 pengguna Facebook.

Oleh : Erni Norsyahira binti Abu Hanipah

Tanjong Malim 17 Oktober 2021 - Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerusi Unit
Kediaman Luar Kampus (UKLK) baru-baru ini telah menganjurkan program Bengkel Penulisan
e-Book di bawah anjuran Exco Akademik dan Pembangunan Mahasiswa . Program ini telah
berlangsung pada 17 Oktober 2021 bersamaan dengan hari Ahad secara atas talian melalui
platform Google Meet dan siaran langsung di laman Facebook UKLK. Program ini
menampilkan penceramah yang merupakan salah seorang pensyarah Pusat Bahasa dan Pengajian
Umum di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) iaitu Dr. Ariza binti Abdullah. Beliau
mempunyai kelayakan sebagai Doktor Falsafah (Ph.D) dari Universiti Putra Malaysia dan
mempunyai pengalaman dalam penerbitan beberapa buku dari tahun 2008 sehingga tahun 2019.
Bengkel penulisan e-book ini terbuka kepada seluruh mahasiswa di UPSI dan mendapat
sambutan yang memberangsangkan dari semua pihak. Program ini berlangsung selama lima jam
dan terbahagi kepada 2 slot. Sepanjang program ini berlangsung juga, penglibatan peserta di
dalam platform Google Meet dan laman Facebook UKLK telah mencapai sehingga 466 pelajar.
Sepanjang bengkel ini berlangsung, peserta didedahkan kepada 4 perkara utama iaitu mengenai
medim penulisan e-book, cara menjana idea, platform penerbitan e-book dan cara memohon
EISBN. Sesi praktikal dan soal jawab juga dijalankan supaya dapat memantapkan kemahiran dan
pengetahuan mahasiwa mengenai penulisan e-book.

Oleh : Nurul Asyiqin binti Mardani

Tanjong Malim 19 Oktober - Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerusi Unit Kediaman
Luar Kampus (UKLK) baru-baru ini telah menganjurkan program Sambutan Maulidur Rasul:
Manisnya Kopi Ini secara dalam talian menerusi FB Live dan GM. Penyertaan program ini
adalah anjuran Ketua Zon F yang terbuka kepada semua pelajar Zon F khususnya dan juga
mahasiswa UPSI dan masyarakat umumnya.

Program ini disampaikan oleh penceramah yang hebat iaitu saudara Muhammad Sadiq bin Mohd
Salihoddin merupakan seorang penulis buku yang terkemuka. Antara isu hangat yang
dibicarakan adalah sifat adil yang ada pada nabi Muhammad SAW mampu memberi pelbagai
kejayaan antaranya orang miskin dan kaya seimbang dengan adanya zakat. Hadirnya
perkahwinan untuk memberikan keadilan dalam sesebuah hubungan seperti tanggungjawab
sebagai seorang suami, limitasi dalam perkahwinan iaitu empat isteri sahaja dibenarkan.

Program yang telah berlangsung selama satu setengah jam ini telah mendapat sambutan yang
baik dari kalangan pelajar dan kakitangan UPSI yang menonton secara langsung di Facebook
rasmi UKLK yang mana telah mendapat seramai 362 tontonan dan telah dikongsi, komen dan
disukai sebanyak 192 pengguna Facebook. Program berakhir pada jam 10.00 malam itu telah
mendapat komen yang sangat positif dikalangan penonton dan diharap dapat dilaksanakan lagi di
masa akan datang.

Oleh : Nurul Sofea Bt Shafii

Tanjung Malim 22 Oktober 2021 - Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah
menganjurkan program Bicara Santai: Memburu Hikmah Di Sebalik Ujian secara dalam talian.
Program ini dibawah anjuran Exco Kerohanian dan Kebajikan Unit Kediaman Luar Kampus
(UKLK) dengan kerjasama daripada Rakan Siswa Yadim (RSY) UPSI yang bersiaran langsung
menggunakan Facebook rasmi UKLK dan RSY UPSI. Program ini menampilkan barisan panel
yang terdiri daripada seorang Influencer Media Sosial masa kini iaitu Iddin Ramli yang mana
tarbiah yang disampaikan beliau dalam platform media sosialnya menjadi ikutan terutamanya
golongan belia dan mahasiswa.
Program Bicara Santai: Memburu Hikmah Di Sebalik Ujian bukan sahaja untuk mahasiswa
UPSI, malah terbuka kepada seluruh mahasiswa/i IPT di Malaysia dan telah mendapat sambutan
penuh daripada semua pihak. Sepanjang 2 jam program ini berlangsung, sambutan daripada
mahasiswa dapat dilihat apabila program ini mendapat tontonan secara langsung di Facebook
rasmi UKLK dan RSY UPSI seramai 1500 tontonan dan telah dikongsi, komen dan disukai oleh
5400 pengguna Facebook. Anjuran majlis mahasiswa kediaman luar kampus dibawah Exco
Kerohanian dan Kebajikan yang diketuai oleh saudari Nur Syahirah Nabilah Bt Mohamad
Anizam di bawah pimpinan En. Mohd Amirul Asraf B. Ismail, menyifatkan tujuan program
adalah sebagai simbolik kepada semangat kecintaan terhadap Baginda Rasulullah S.A.W,
menghayati akhlak mahmudah Rasulullah SAW sebagai pemangkin kejayaan ummah
serta menghayati keperibadian Rasulullah SAW sebagai contoh teladan terbaik sepanjang
zaman

Oleh : Siti Sorfina binti Kamarudin

Tanjong Malim 23 Oktober - Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerusi Unit Kediaman
Luar Kampus (UKLK) baru-baru ini telah menganjurkan program Bengkel Produksi Video
Smartphone bagi meningkatkan kemahiran mahasiswa dalam ilmu produksi video. Bengkel yang
dijalankan secara dalam talian tersebut dibuka kepada mahasiswa UPSI yang berminat untuk
mempelajari teknik-teknik penghasilan video dengan menggunakan aplikasi yang terdapat di
dalam telefon pintar.

Pengarah program, Cik Izzah Hayani Saleh dalam ucapan pembukaannya berkata “Menyedari
bahawa kekurangan jawatankuasa media bagi program-program UKLK, justeru itu diharap
program ini mampu meningkatkan kemahiran pembangunan video dalam kalangan majlis
mahasiswa dan rakan exco sekaligus mencungkil bakat-bakat dalam membantu pengurusan
media di UKLK”.

Bengkel yang dijalankan secara dalam talian ini berlangsung selama 4 jam dan dibahagikan
kepada dua slot. Slot pertama iaitu sesi ceramah bersama panel jemputan, Encik Khairul Asyraf
Abu Bakar dan slot kedua ialah latihan hands on produksi video. Encik Khairul Asyraf Abu
Bakar telah menggunakan aplikasi sumber terbuka VlogNow sebagai aplikasi penghasilan video.
Aplikasi VlogNow mempunyai pelbagai ciri-ciri yang dapat membantu dalam penghasilan
sebuah video yang menarik.

Oleh : Roshia Anak Sidi

Tanjung Malim, 31 Oktober 2021 – Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK) dengan kerjasama
Exco Kesenian dan Kebudayaan, Majlis Mahasiswa Luar Kampus sidang 2021/2022 dengan
kerjasama Teknikal Kesenian & Kebudayaan, Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Pusat
Kebudayaan menganjurkan Bengkel Asas Tari Zapin siri 1 secara dalam talian.
Program yang berlangsung selama dua hari itu mengundang Ketua Teknikal Tari Jabatan
Pendidikan Negeri Johor, Encik Mohd Sani Sakimen untuk berkongsi ilmu mengenai elemen-
elemen tarian Zapin Johor. Encik Mohd Sani juga merupakan Jurulatih Daerah Yayasan Warisan
Johor, Jurulatih Seni Budaya Negara dan seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan
Kahang , Kluang Johor .
Hadir sama pada majlis penutup Penolong Pengarah Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan
Negeri Johor Encik Azhar Mohtar, Pengarah Pusat Kebudayaan, Dr. Muhammad Faisal Ahmad,
dan Penasihat Program Puan Siti Salwa Jamaldin.
Sementara itu, Pengetua, Profesor Madya Ts. Dr. Che Ghani Che Kob menyifatkan program itu
sebagai wadah untuk memberi pendedahan dan ilmu pengetahuan berkenaan nilai-nilai kesenian
bangsa sebagai teras pembentukan masyarakat selain dapat melatih pelajar dalam bidang seni
dan budaya di sekolah.

Oleh : Erni Norsyahira binti Abu Hanipah

Tanjong Malim 31 Oktober 2021 - Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerusi Unit
Kediaman Luar Kampus (UKLK) baru-baru ini telah menganjurkan webinar bertajuk Violence
Against Women: Fight or Flee. Program ini di bawah anjuran Exco Sukan dan Rekreasi dengan
kerjasama daripada pihak UiTM dan UKM. Program tersebut telah dilangsungkan pada 31
Oktober 2021 secara atas talian melalui platform Google Meet dan siaran langsung di laman
rasmi Facebook UKLK.

Saudari Izureen Natasha binti Lukman selaku pengarah program dalam kenyataannya
mengatakan bahawa kes keganasan terhadap wanita semakin meningkat saban tahun lebih-lebih
lagi semasa Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. Ini berdasarkan “Statistik Polis Diraja
Malaysia (PDRM) bahawa sepanjang Januari hingga Disember 2020, sebanyak 5260 kes
keganasan rumah tangga telah dilaporkan”. Inilah punca titik tolak kenapa beliau ingin
menganjurkan webinar seumpama ini.

Program yang dianjurkan melalui Kerjasama antara Majlis Mahasiswa Kolej, Kelab Taekwondo
dan Persatuan Kakitangan ini melibatkan 3 buah universiti iaitu Universiti Pendidikan Sultan
Idris, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Teknologi Mara (Cawangan Kota Bharu).
Sambutan yang diterima melalui siaran langsung di Facebook menunjukkan mendapat seramai
468 tontonan, 508 tanda suka (likes) dan 102 perkongsian (shares). Program yang
berlangsung selama 3 jam itu melibatkan 2 slot perkongsian dari panel jemputan.

Oleh : Mohamad Syukri bin Mohd Said

TANJUNG MALIM 7 NOVEMBER 2021- Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerusi
Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK) telah melaksanakan satu webinar antarabangsa iaitu
International Webinar 3.0: Empower Your Languages Through Worldwide Expert secara dalam
talian. Program anjuran Exco Perhubungan Awam dan Antarabangsa, Majlis Mahasiswa Kolej
Luar Kampus UPSI sidang 2021/2022 dengan kerjasama Himpunan Anak Darul Ridzwan
(HADARI) dan Kelab Jepun UPSI ini berlangsung selama dua jam 40 minit pada 7 November
2021. Program ini dibawah naungan Profesor Madya Ts Dr. Che Ghani Bin Che Kob, selaku
Pengetua Unit Kediaman Luar Kampus menerusi Penasihat Program iaitu Encik Mat Zamri Bin
Muhammad.
Seramai dua orang tetamu antarabangsa telah dijemput untuk menjadi panel dalam program
International Webinar 3.0 kali ini iaitu Cik Tania Jenkin dari negara Itali dipilih sebagai panel
bahasa inggeris. Beliau merupakan seorang pengasas pusat bahasa dan juga guru Bahasa
Inggeris di Itali. Panel kedua yang dilantik ialah Cik Catherine Sachi Kikuchi dari negara
Kanada. Beliau merupakan seorang guru Bahasa Jepun, guru Bahasa Inggeris, penterjemah dan
jurucakap Bahasa Jepun dan juga merupakan pengasas Kokoro Communication. Sepanjang
program berlangsung, sambutan daripada mahasiswa dan mahasiswi UPSI dapat dilihat apabila
jumlah penonton keseluruhan program di laman Facebook rasmi UKLK mencecah 2,300
tontonan dan telah dikongsi, komen dan disukai oleh 5,500 pengguna Facebook.

Oleh : Susan Anak Sintau

TANJONG MALIM, 20 NOVEMBER 2021 – Tanjong Malim 13 November – Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerusi Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK) baru-baru ini
telah menganjurkan program webinar antarabangsa “Click! Click! A Hundred Feet Journey
Towards Culture”. Penyertaan program ini telah dibuka kepada mahasiswa dan peserta luar dan
meraih tontonan sebanyak 3072 orang manakala like dan share pula adalah sebanyak 2394 di
laman rasmi facebook Unit Kediaman Luar Kampus – UKLK UPSI.

Panel pertama webinar antarabangsa ini iaitu Encik Akash Suri merupakan Pegawai Diplomasi
Awam di kedutaan Amerika Syarikat Kuala Lumpur. Beliau menyatakan bahawa kedua-dua
anaknya telah menganggap Malaysia sebagai rumah utama mereka. Manakala, panel kedua ialah
Dr. Laurent Metzger yang pernah berkhidmat sebagai pensyarah di beberapa universiti awam di
Malaysia. Beliau menjelaskan “One feature that I like very much in Malay culture is pantun.
Panel terakhir, Puan Mareen Patzelt selaku panel ketiga menyatakan bahawa beliau sangat
berharap untuk mempelajari budaya Malaysia dengan lebih terperinci. Ketiga-tiga panel ini juga
tidak melepaskan peluang untuk bercakap dalam Bahasa Malaysia atas permintaan daripada
penonton sewaktu di penghujung program. Ketiga-tiga panel berucap dalam Bahasa Malaysia
dengan penuh bersemangat dan baik.

Oleh : Norshafikah binti Md Norisan

TANJONG MALIM, PERAK - 14 November 2021, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
menerusi Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK) telah menganjurkan program Urban Farming
Talk secara dalam talian menerusi Facebook Live dan Google Meet. Program perkongsian ilmu
mengenai teknologi pertanian bandar yang efisien, pertanian untuk semua, menampilkan para
panel iaitu Encik M Zahari Bahari Penolong Pegawai Pertanian Kanan, Jabatan Pertanian Titi
Gantung, Perak yang berpengalaman dalam hidroponik selama 11 tahun, Bapak Ir. SuWarno,
MP, merupakan Tenaga Pengajar, Sekolah Tinggi Ilmu Pertanian Berau Propinsi Kalimantan
Timur, Indonesia dan saudara Muhammad Nur Naimallah Aminuddin pelajar Malaysia di
Universiti Shimanae, Jepun berkongsi ilmu mengenai teknologi pertanian di Jepun.
Penyertaan program adalah terbuka kepada semua mahasiswa UPSI, IPT/IPTS, Kolej
Vokasional, pelajar sekolah dan masyarakat umum. Program yang telah berlangsung selama dua
jam setengah ini telah mendapat sambutan yang baik di mana mencapai jumlah tontonan
sebanyak 1880 dan telah dikongsi, komen dan disukai sebanyak 4700 pelayar Facebook UKLK
serta 96 penyertaan melalui Google Meet.
Program Urban Farming Talk ini diharap dapat mendorong semua lapisan masyarakat
menghijaukan persekitaran seterusnya menikmati sayur-sayuran dan buah-buahan yang bebas
daripada bahan kimia di samping penjimatan perbelanjaan dapur. Bermula dari sekecil-kecil
tindakan dari setiap unit sel dalam komuniti iaitu rumah sendiri mampu mendidik masyarakat
mencintai alam sekitar dan mengamalkan budaya kebersihan.

Oleh : Nurul Hidayah binti Asri

TANJONG MALIM, 20 NOVEMBER 2021 – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
menerusi Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK) baru-baru ini telah menganjurkan satu webinar
keusahawanan yang bertajuk “How to become a millionaire during pandemic”. Seiring dengan
norma baharu, program di bawah anjuran Exco Ekonomi dan Keusahawanan, Majlis Mahasiswa
Kediaman Luar Kampus dengan kerjasama Persatuan Pengurusan dan Ekonomi Fakulti
Pengurusan dan Ekonomi (PPEFPE) dan Pusat Pembangunan Keusahawanan dan
Kebolehpasaran Graduan (EDGE) ini berlangsung secara dalam talian Google Meet dan
bersiaran langsung di laman rasmi Facebook Unit Kediaman Luar Kampus - UKLK,UPSI.

Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada semua pihak. Sepanjang 3
jam program ini berlangsung seramai 178 orang peserta yang menonton siaran langsung di
laman rasmi Facebook UKLK, UPSI dari awal sehingga program ini selesai. Manakala, apabila
dilihat melalui statistik daripada siaran langsung di Facebook, program ini mencapai sejumlah
1243 people reached dan mencatatkan sebanyak 1660 likes, comments and shares.

Program ini menampilkan dua orang panel yang sangat hebat dalam bidang keusahawanan iaitu
Puan Nurliana Binti Muhammad, Pengasas Hub Usahawan Digital & SMART Belia yang telah
membimbing lebih 100 orang belia dalam bidang keusahawan dan mendapat anugerah Tokoh
Belia Negara dan Tokoh Belia Negeri Pahang pada tahun 2020. Program diteruskan
dengan perkongsian rangka strategi untuk mengembangkan perniagaan daripada Encik
Mazhair Shahroz Muhasip, seorang guru sekolah dan pemilik Elty Holdings Sdn. Bhd.

Oleh : Erni Norsyahira binti Abu Hanipah

Tanjong Malim 21 November 2021 - Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerusi Unit
Kediaman Luar Kampus baru-baru ini telah menganjurkan program bertajuk Understanding The
World Of The Deaf: Sign Language. Program ini di bawah anjuran Exco Akademik dan
Pembangunan Mahasiswa dan telah berlangsung pada 21 November 2021 secara dalam talian
melalui platform Google Meet dan siaran langsung di laman rasmi Facebook UKLK.
Understanding The World Of The Deaf: Sign Language merupakan program dengan kerjasama
daripada pihak Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD), Persatuan Mahasiswa Program
Pendidikan Khas UPSI, pihak Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Putra Malaysia
(UPM). Melalui siaran langsung di laman rasmi Facebook UKLK, program tersebut mendapat
seramai 466 tontonan, 481 tanda suka(likes) dan 91 perkongsian (shares). Program berlangsung
selama 4 jam 45 minit itu melibatkan perkongsian dari 3 panel jemputan dari pihak Persekutuan
Orang Pekak Malaysia (MFD).
Pendek kata, program Understanding The World Of The Deaf: Sign Language ini memberi
impak tersendiri kepada setiap individu dari segenap usia berkaitan dengan penggunaan bahasa
isyarat dalam berkomunikasi. Setiap individu berhak menyuarakan pendapat masing-masing
tanpa perlu ada limitasi. Justeru itu, program ini diharapkan mampu membuka minda setiap
lapisan masyarakat untuk mempelajari bahasa isyarat.

Oleh : Nurul Aishah Binti Ali

Tanjong Malim 29 November 2021 – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerusi Unit
Kediaman Luar Kampus (UKLK) di bawah Exco Sukan dan Rekreasi telah menganjurkan
webinar ‘Asas Pendakian Dan Berkhemah’ secara atas talian melalui Facebook rasmi UKLK
pada 27 November 2021 jam 8.30 malam.

Perancangan perlaksanaan program yang dimulakan sejak 1 November 2021 lalu telah mencapai
objektifnya dengan kejayaan penganjuran serta sambutan yang baik sepanjang program ini
bersiaran secara langsung di facebook. Fokus program ini bukan sahaja dibuka untuk mahasiswa
UPSI malahan ia juga menarik minat orang awam untuk mengikutinya. Ini dapat dilihat pada
jumlah kehadiran berdaftar bagi orang awam yang sangat memberangsangkan. Program yang
berlangsung selama 2 jam 30 minit itu telah mendapat sambutan seramai 2,003 tontonan secara
langsung di facebook rasmi UKLK dan jumlah reaksi, komen serta perkongsian adalah sebanyak
493.

Program ini menampilkan panel jemputan, Encik Mohd Sam bin Hashim merangkap Pengarah
Kejurulatihan “Bushcrafter Survival” di Lusuh Outdoor Recreation and Survival (LORAS) yang
berpengalaman lebih daripada 15 tahun dan mempunyai kelayakan kejurulatihan Bertauliah
Rekreasi Kebangsaan Tahap 3 dan Jurulatih Bertauliah First Aid, CPR AED (MAQRA) selain
turut menjadi pengurus Acara, Jurulatih, Fasilitator dan Penceramah bagi Program Outree
dan Bushcraft.

EN MOHD CIK ANIS FATIHA CIK NOR DR MOHD EN AMIRUL
FAIRUZ BIN BT AHMAD IZATI HANIFF BIN ASRAF BIN
MISLAIN SAHIMI @ SHUHAIMI BT HASSAN MOHD TAHIR
ISMAIL





SUMBANGAN DANA SKUAD PENYAYANG
https://epayment.upsi.edu.my
atau bayaran ke
BENDAHARI UPSI | BANK ISLAM
080680 1000 3264

REFERENCE : SKUAD PENYAYANG UKLK

mediauklk Unit Kediaman Luar Kampus - UKLK UPSI


Click to View FlipBook Version