The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

draf BULETIN INSANIAH EDISI DIS 2021 - MAC 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by izzahhayani762000, 2022-03-23 05:02:26

draf buletin insaniah 2

draf BULETIN INSANIAH EDISI DIS 2021 - MAC 2022

'LUAR KAMPUS LUAR BIASA'

BULETIN
INSANIAH

EDISI DIS 2021 - MAC 2022

UNIT KEDIAMAN LUAR MEDIAUKLK OFFCAMP
KAMPUS-UKLK UPSI STUDIO

PRAKATA

Pertama sekali kami Ahli Sidang Redaksi Buletin Insaniah sangat-sangat bersyukur
kepada Allah S.W.T. Alhamdulillah, kerana Buletin Insaniah Edisi Disember 2021 - Mac
2022 ini dapat diterbitkan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Majalah ini adalah
catatan dan rakaman program sepanjang bulan Disember 2021 sehingga Mac 2022
yang bertema ‘Luar Kampus Luar Biasa’. Oleh itu, segala aktiviti dan program cuba
kami penuhi mengikut ikatan yang telah ditetapkan itu. Namun begitu dalam serba
kekurangan seperti masalah masa dan komitmen ahli yang sibuk, kami cuba penuhi
sekadar segala yang termampu. Oleh itu, terlebih dahulu kami memohon maaf atas
segala kekurangan.

Akhir kata, kami ahli Sidang Redaksi sekali lagi memohon maaf dan sedia menerima
segala teguran dan cadangan untuk kebaikan bersama. Semoga majalah ini dapat
dijadikan kenangan terindah buat warga UPSI.

Terima kasih.

Sidang Redaksi 2021/2022

ISI KANDUNGAN

Wacana Intelek: Akhlak Mulia, Remaja Sejahtera
Team Building dan Pembinaan Karakter
Bengkel Asas Pertolongan Cemas dan CPR Pasca Pandemik
COVID-19
Bacaan Yaasin dan Tazkirah Ringkas
Bicara Kaunselor: Kenali M.Y.S.E.L.F (Kesihatan mental)
Generating Income Through Social Media: International
Perspective

AHLI SIDANG
REDAKSI

Editor Ketua Ketua Editor Penaung Editor (felo) Editor

(exco) Editor (felo) Prof. Madya. Ts. Dr. En Muhammad (exco)

Nurul (exco) Pn Siti Nadiah Che Ghani b Che Nur Azyan

Asyiqin bt Izzah Halimah bt Md Kob Aizuddin b Abdul Amira bt

Mardani Hayani bt Shah Rahman Amzzah

Saleh

KATA EDITOR -
FELO

Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat sekali
lagi kita terbitkan majalah yang menjadi simbolik dan kebanggaan warga luar
kampus, iaitu Buletin Insaniah Edisi Disember 2021 - Mac 2022. Sekalung
penghargaan, penghormatan dan tahniah diberikan kepada semua editor
majalah ini. Atas berkat usaha bersama yang tidak mengenal erti penat dan jemu
maka harapan ini didokumentasikan untuk perkongsian umum.
Sebagai ketua editor bagi Buletin Insaniah Edisi Disember 2021 - Mac 2022, saya
mewakili sidang redaksi ingin memohon maaf jka terdapat kelemahan dan
kekurangan dalam penghasilan buletin ini dan ampun maaf dipinta,
sesungguhnya yang baik datangnya dari Allah SWT dan sebaliknya dating dari
kelemahan saya sendiri. Sesungguhnya, kami telah memerah kudrat agar
Buletin Insaniah ini akan tetap tersemat di hati warga UPSI. Semoga dengan
penghasilan buletin ini, semua kenangan dan memori indah bersama dapat
dipotretkan untuk tatapan masa yang akan datang.
Sekian, terima kasih.
Puan Siti Nadiah Halimah binti Md Shah

KATA EDITOR -
EXCO

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Alhamdulillah dengan rahmat Allah, Buletin Insaniah Edisi Disember 2021 -
Mac 2022 berjaya diterbitkan oleh ahli sidang redaksi khusus untuk warga Unit
Kediaman Luar Kampus (UKLK), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Berbekalkan semangat kekitaan dan rasa tanggungjawab, kami tidak
menghiraukan apa jua cabaran yang menghalang sehinggalah majalah ini
berjaya dihasilkan. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua ahli sidang
redaksi dan felo-felo UKLK yang telah berusaha untuk merakamkan kenangan
manis dan pahit warga-warga UKLK sehingga majalah ini berjaya diterbitkan
dan sampai ke tangan semua pembaca.
Akhir kalam, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan seandainya ada
kekhilafan yang dilakukan sepanjang proses penghasilan Buletin Insaniah Edisi
Disember 2021 - Mac 2022 ini. Saya berharap agar tahun-tahun seterusnya
seluruh warga UKLK akan dapat memberi lebih komitmen bagi memantapkan
lagi majalah UKLK ini.
Sekian, terima kasih.
Izzah Hayani binti Saleh

KATA ALU - ALUAN
PENGETUA UKLK
2021/2022

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, ucapan syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah
kurnia-Nya, Buletin Insaniah Edisi Disember 2021 - Mac 2022 telah diterbitkan.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ahli Sidang Redaksi kerana
dapat meneruskan kesinambungan menghasilkan majalah Unit Kediaman Luar
Kampus (UKLK) ini.
Majalah ini mencerminkan kegemilangan warga Unit Kediaman Luar Kampus
dengan memaparkan segala aktiviti dan program yang telah dijalankan.
Pelbagai kenangan yang telah dilalui serta semua kejayaan dirakamkan di
dalam majalah ini. Oleh itu, adalah amat sesuai untuk dijadikan cenderahati
kepada semua warga UPSI khususnya UKLK.
Tuntasnya, saya sangat berharap agar Buletin Insaniah ini dapat memberi
manfaat kepada seluruh warga UPSI untuk terus berusaha dan tidak putus asa
dalam memberikan yang terbaik kepada UPSI.
Sekian, terima kasih.
Prof. Madya. Ts. Dr. Che Ghani bin Che Kob

KATA ALU - ALUAN
YDP MMKLK
2021/2022

Assalamualaikum
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan
keizinan-Nya Buletin Insaniah Edisi Disember 2021 - Mac 2022 berada dalam
simpanan kita semua sebagai kenangan selama berada di Universiti Pendidikan
Sultan Idris (UPSI).
Ucapan terima kasih ini saya tujukan kepada felo-felo serta rakan-rakan Ahli
Sidang Redaksi Buletin Insaniah Edisi Ogos-November 2021 atas kesungguhan
dalam menjayakan penerbitan majalah ini. Majalah ini merupakan medium
kepada warga UPSI untuk mengetahui dengan lebih lanjut segala aktiviti yang
telah dijalankan oleh Majlis Mahasiswa Kediaman Luar Kampus.
Tidak lupa juga peluang ini, saya gunakan untuk merakamkan ucapan jutaan
terima kasih kepada pengetua, barisan felo dan pentadbiran UKLK dalam
membantu kami untuk menjayakan program-program selama ini. Segala jasa
serta ilmu yang diberikan akan kami jadikan panduan dalam kehidupan
mendatang.
Sekian, terima kasih.
Muhammad Anas bin Muhammad Hishamuddin

WACANA INTELEK: AKHLAK
MULIA, REMAJA SEJAHTERA

Oleh : Nurul ‘Ainin Adibah binti Mat Lazim

UPSI ANJUR PROGRAM MEMBENTUK INSANIAH
PELAJAR MENERUSI WACANA INTELEK:
AKHLAK MULIA REMAJA SEJAHTERA

TANJONG MALIM 8 DISEMBER 2021- Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerusi Unit
Kediaman Luar Kampus (UKLK) telah melaksanakan
satu wacana akademik iaitu Wacana Intelek: Akhlak
Mulia Remaja Sejahtera dengan bertajuk Menangani
Keruntuhan Akhlak Remaja secara dalam talian.
Program anjuran Majlis Tertinggi, Majlis
Mahasiswa Kediaman Luar Kampus UPSI sidang
2021/2022 dengan kerjasama Persatuan
Pendidikan Islam UPSI, Al-Mursyidin Club UPSI,
Persatuan Tahfiz Qiraat UPSI dan Kelab Sahabat Ulul
Albab UPSI ini berlangsung selama 2 jam 45 minit
pada 8 Disember 2021. Program ini dibawah
naungan Profesor Madya Ts Dr. Che Ghani Bin Che
Kob, selaku Pengetua Unit Kediaman Luar Kampus
menerusi Penasihat Program iaitu Puan Nor Hayati
Binti Aziz.

Objektif program ini dianjurkan adalah untuk
membentuk mahasiswa agar sentiasa berazam
untuk mencapai perubahan diri yang lebih baik demi
menjaga kemakmuran masyarakat dan negara.
Seramai dua orang tetamu telah dijemput untuk
menjadi panel dalam program Wacana Intelek kali
ini iaitu Asst. Prof Muhamatsakree Manyunu
merupakan Dekan Pendidikan dari Universiti Fatoni,
Thailand dan Encik Muhammad Jasri Bin Ishak iaitu
Pensyarah Fakulti Sains dan Kemanusiaan UPSI
dipilih menjadi penceramah jemputan pada hari itu.

TEAM BUILDING DAN
PEMBINAAN KARAKTER

Oleh : Izzatul Husna binti Ahmad Sahar

UKLK MEMBENTUK KEMAHIRAN PRAKTIKAL
DAN INSANIAH PELAJAR MENERUSI TEAM
BUILDING DAN PEMBINAAN KARAKTER

TANJONG MALIM 12 DISEMBER 2021- Unit
Kediaman Luar Kampus (UKLK) telah melaksanakan
satu program pembinaan kemahiran praktikal dan
insaniah menerusi program iaitu Team Building dan
Pembinaan Karakter bertempat di Asia Camp Resort,
Taman Negara, Pahang. Program ini merupakan
anjuran Majlis Tertinggi, Majlis Mahasiswa
Kediaman Luar Kampus UPSI sidang 2021/2022
yang berlangsung selama 3 hari 2 malam pada 10 –
12 Disember 2021. Program ini dibawah naungan
Profesor Madya Ts Dr. Che Ghani Bin Che Kob, selaku
Pengetua Unit Kediaman Luar Kampus menerusi
Penasihat Program iaitu Puan Nor Hayati Binti Aziz,
Ketua Felo UKLK.

Objektif program ini dianjurkan adalah untuk
membina hubungan baik, komunikasi dan interaksi
positif dalam kalangan Majlis Mahasiswa Kediaman
Luar Kampus dan Felo Unit Kediaman Luar Kampus.
Seramai 24 orang peserta dari kalangan Majlis
Mahasiswa Kediaman Luar Kampus (MMKLK) telah
menyertai program Team Building dan Pembinaan
Karakter bersama sama felo-felo yang mengiringi
seramai 14 orang. Pengisian dalam program ini
adalah lebih cenderung kepada penerapan elemen
kerohanian, menikmati keindahan alam ciptaan
Tuhan serta aktiviti yang mencabar fizikal dan
mental mahasiswa bagi membina ketahanan dalam
diri dan melatih untuk sentiasa positif menghadapi
cabaran hidup.

BENGKEL ASAS PERTOLONGAN
CEMAS DAN CPR PASCA
PANDEMIK COVID-19

Oleh : Nur Syahirah Nabilah Bt Mohamad Anizam

UKLK DEDAH TEKNIK CPR KEPADA
MAHASISWA DAN ORANG AWAM

Tanjung Malim 22 Oktober 2021 - Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menganjurkan
program Bengkel Asas Pertolongan Cemas Dan CPR
Pasca Pandemik Covid-19. Program ini dibawah
anjuran Exco Kerohanian dan Kebajikan Unit
Kediaman Luar Kampus (UKLK) dengan kerjasama
Pusat Kesihatan UPSI, Persatuan Planters 220 UITM
Jasin, Persatuan Sains Pertanian UPSI dan
Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia UPSI yang
bersiaran langsung menggunakan Facebook rasmi
UKLK. Bengkel ini telah dikendalikan oleh En. Mohd
Khairul Azrul Bin Mohd Redzuan yang mana beliau
merupakan Penolong Pegawai Perubatan Pusat
Kesihatan UPSI. Beliau telah berkecimpung di dalam
bahagian kesihatan ini hampir 12 tahun di Pusat
Kesihatan UPSI.

Program ini telah dirasmikan oleh Dr. Norziha
Binti Abdul Hamid, Pengarah Pusat Kesihatan UPSI ,
dan dihadiri oleh Felo Penasihat dan Felo-Felo dan
pentadbiran Unit Kediaman Luar Kampus
termasuklah majlis mahasiswa kediaman luar
kampus. Sepanjang 2 jam program ini berlangsung,
sambutan daripada mahasiswa dapat dilihat apabila
program ini mendapat tontonan secara langsung di
Facebook rasmi UKLK seramai 901 tontonan dan
telah dikongsi, komen dan disukai oleh pengguna
Facebook.

BACAAN YAASIN DAN
TAZKIRAH RINGKAS

Oleh : Nurul Asyiqin binti Mardani

TADABBUR SURAH YAASIN

Tanjong Malim, Perak 16 Disember- Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melalui Unit
Kediaman Luar Kampus (UKLK) telah menganjurkan
program “Bacaan Yassin dan Tazkirah Ringkas
Bulanan” yang merentasi sempadan, jarak dan masa
melalui secara dalam talian. Program ini dibawah
anjuran Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK) yang
bersiaran langsung menggunakan Facebook rasmi
UKLK. Program ini dihadiri oleh Felo UKLK dan
Majlis Mahasiswa Kediaman Luar Kampus serta
mahasiswa UPSI.

Menurut Pengetua Unit Kediaman Luar Kampus,
Prof. Madya Ts. Dr Che Ghani bin Che Kob
menyatakan program sedemikian perlu dianjurkan
untuk meningkat keyakinan dari segi rohani dalam
diri kita dengan memberikan tazkirah-tazkirah
ringkas untuk melahirkan mahasiswa yang
cemerlang.

Unit Kediaman Luar Kampus telah menjemput
YBrs Ustaz Muhammad Safwan bin Ismail daripada
Jabatan Pusat Islam bagi mengetuai Bacaan Yaasin
dan Tazkirah Bulanan yang bertajuk “Tadabbur
Surah Yaasin”. Antara iktibar daripada ayat ini
adalah dakwah yang menegakkan kebenaran perlu
diteruskan. Selain itu, dakwah juga perlu
dilaksanakan dengan penuh hikmah dan kita
hendaklah sentiasa istiqamah terhadap tauhid dan
syariat yang telah ditetapkan.

BICARA KAUNSELOR: KENALI
M.Y.S.E.L.F (KESIHATAN
MENTAL)

Oleh : Nurul Asyiqin Mardani

BICARA SANTAI KAUNSELOR: KENALI
M.Y.S.E.L.F (KESIHATAN MENTAL)

Tanjong Malim 17 Disember - Universiti Pendidikan
Sultan Idris (UPSI) menerusi Unit Kediaman Luar
Kampus (UKLK) baru-baru ini telah menganjurkan
program Bicara Santai Kaunselor: Kenali M.Y.S.E.L.F
(Kesihatan Mental) secara dalam talian menerusi
Facebook Live dan Google Meet. Program anjuran
Ketua Zon F ini terbuka kepada semua pelajar luar
kampus di Zon F khususnya dan juga mahasiswa
UPSI serta masyarakat umumnya.

Menurut Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan
Alumni, Dr. Md. Noor bin Saper, tujuan program ini
diadakan adalah untuk menyampaikan ilmu baharu
kepada mahasiswa berkaitan apakah itu kesihatan
mental dan pihaknya melalui Fakulti Pembangunan
Manusia amat menyokong usaha-usaha yang
dilakukan seperti ini khusus buat para pelajar.
Program ini menampilkan penceramah dari
Universiti Sains Malaysia iaitu Encik Mohd Firdaus
Bin Abu Mansor yang merupakan Pegawai Psikologi
di sana. Banyak info yang telah dikupaskan oleh
beliau sepanjang program berlangsung dan antara
perkongsian menarik yang dibicarakan iaitu stress.

Program yang telah berlangsung selama satu
jam setengah ini telah mendapat sambutan yang
baik dari kalangan pelajar dan kakitangan UPSI
yang menonton secara langsung di Facebook rasmi
UKLK yang mana telah mendapat seramai 62
tontonan dan telah dikongsi, komen dan disukai
sebanyak 116 pengguna Facebook.

GENERATING INCOME
THROUGH SOCIAL MEDIA:
INTERNATIONAL PERSPECTIVE

Oleh :

UKLK

TANJONG MALIM

SUMBANGAN DANA SKUAD PENYAYANG
https://epayment.upsi.edu.my
atau bayaran ke
BENDAHARI UPSI | BANK ISLAM
080680 1000 3264

REFERENCE : SKUAD PENYAYANG UKLK

UNIT KEDIAMAN LUAR KAMPUS-UKLK UPSI MEDIAUKLK OFFCAMP STUDIO


Click to View FlipBook Version