The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by izzahhayani762000, 2022-06-30 02:02:33

BULETIN INSANIAH EDISI III

BULETIN INSANIAH EDISI III

'LUAR KAMPUS LUAR BIASA'

BULETIN INSANIAH

EDISI APR - JUN 2022

UNIT KEDIAMAN LUAR KAMPUS - UKLK UPSI MEDIAUKLK OFFCAMP STUDIO

Prakata

Pertama sekali kami Ahli Sidang Redaksi Buletin Insaniah sangat-sangat bersyukur
kepada Allah S.W.T. Alhamdulillah, kerana Buletin Insaniah Edisi April - Jun 2022
ini dapat diterbitkan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Majalah ini adalah
catatan dan rakaman program sepanjang bulan April 2022 sehingga Jun 2022 yang
bertema ‘Luar Kampus Luar Biasa’. Oleh itu, segala aktiviti dan program cuba kami
penuhi mengikut ikatan yang telah ditetapkan itu. Namun begitu dalam serba
kekurangan seperti masalah masa dan komitmen ahli yang sibuk, kami cuba penuhi
sekadar segala yang termampu. Oleh itu, terlebih dahulu kami memohon maaf atas
segala kekurangan.

Akhir kata, kami ahli Sidang Redaksi sekali lagi memohon maaf dan sedia menerima
segala teguran dan cadangan untuk kebaikan bersama. Semoga majalah ini dapat
dijadikan kenangan terindah buat warga UPSI.

Terima kasih.

Sidang Redaksi 2021/2022

Program April - Jun 2022

Program Memasak Bubur Lambuk Sempena Nuzul Quran
Imarah Ramadhan
Uklk Ventures @ Zoo Taiping
Unleash YourPotential: Public Speaking Techniques
Kesukarelawanan Pendidikan Bersama Anak Yatim
Excel Your Interview With SPP (Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan)
Disini Lahirnya Sebuah Cinta Bersama Masyarakat Orang Asli (Fasa 1)
Bacaan Yassin Dan Tazkirah Ringkas Bulanan 2.0
International Webinar: How To Be A Good Volunteer
UPSI International E-sport Tournament
Survival Camp: Lubuk Petai Campsite
Dakwah Siber: Akhlak vs Trend
Bicara Ekonomi : Jom Buat Duit Dengan Saham
Pertandingan Melukis Karakter
Disini Lahirnya Sebuah Cinta Bersama Masyarakat Orang Asli (Fasa 2)

Ahli Sidang Redaksi

Editor (exco) Ketua Ketua Editor Penaung Editor (felo) Editor
Nurul Editor
Asyiqin (exco) (felo) Prof. Madya. Ts. Dr. En Muhammad (exco)

bt Mardani Izzah Pn Siti Nadiah Che Ghani Nur Aizuddin Azyan
Hayani
Halimah b Che Kob b Abdul Rahman Amira
bt Saleh
bt Md Shah bt Amzzah

Kata Editor - Felo

Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat sekali lagi
kita terbitkan majalah yang menjadi simbolik dan kebanggaan warga luar kampus,
iaitu Buletin Insaniah Edisi April - Jun 2022. Sekalung penghargaan, penghormatan
dan tahniah diberikan kepada semua editor majalah ini. Atas berkat usaha bersama
yang tidak mengenal erti penat dan jemu maka harapan ini didokumentasikan untuk
perkongsian umum.
Sebagai ketua editor bagi Buletin Insaniah Edisi April - Jun 2022, saya mewakili
sidang redaksi ingin memohon maaf jka terdapat kelemahan dan kekurangan dalam
penghasilan buletin ini dan ampun maaf dipinta, sesungguhnya yang baik datangnya
dari Allah SWT dan sebaliknya dating dari kelemahan saya sendiri. Sesungguhnya,
kami telah memerah kudrat agar Buletin Insaniah ini akan tetap tersemat di hati
warga UPSI. Semoga dengan penghasilan buletin ini, semua kenangan dan memori
indah bersama dapat dipotretkan untuk tatapan masa yang akan datang.
Sekian, terima kasih.
Puan Siti Nadiah Halimah binti Md Shah

Kata Editor - Exco

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Alhamdulillah dengan rahmat Allah, Buletin Insaniah Edisi April - Jun 2022 berjaya
diterbitkan oleh ahli sidang redaksi khusus untuk warga Unit Kediaman Luar
Kampus (UKLK), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Berbekalkan semangat kekitaan dan rasa tanggungjawab, kami tidak menghiraukan
apa jua cabaran yang menghalang sehinggalah majalah ini berjaya dihasilkan. Jutaan
terima kasih saya ucapkan kepada semua ahli sidang redaksi dan felo-felo UKLK
yang telah berusaha untuk merakamkan kenangan manis dan pahit warga-warga
UKLK sehingga majalah ini berjaya diterbitkan dan sampai ke tangan semua
pembaca.
Akhir kalam, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan seandainya ada
kekhilafan yang dilakukan sepanjang proses penghasilan Buletin Insaniah Edisi April
2021 - Jun 2022 ini. Saya berharap agar tahun-tahun seterusnya seluruh warga
UKLK akan dapat memberi lebih komitmen bagi memantapkan lagi majalah UKLK
ini.
Sekian, terima kasih.
Izzah Hayani binti Saleh

Kata Alu-aluan
Pengetua Uklk 21/22

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, ucapan syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah
kurnia-Nya, Buletin Insaniah Edisi April - Jun 2022 telah diterbitkan. Saya
mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ahli Sidang Redaksi kerana dapat
meneruskan kesinambungan menghasilkan majalah Unit Kediaman Luar Kampus
(UKLK) ini.
Majalah ini mencerminkan kegemilangan warga Unit Kediaman Luar Kampus
dengan memaparkan segala aktiviti dan program yang telah dijalankan. Pelbagai
kenangan yang telah dilalui serta semua kejayaan dirakamkan di dalam majalah ini.
Oleh itu, adalah amat sesuai untuk dijadikan cenderahati kepada semua warga UPSI
khususnya UKLK.
Tuntasnya, saya sangat berharap agar Buletin Insaniah ini dapat memberi manfaat
kepada seluruh warga UPSI untuk terus berusaha dan tidak putus asa dalam
memberikan yang terbaik kepada UPSI.
Sekian, terima kasih.
Prof. Madya. Ts. Dr. Che Ghani bin Che Kob

Kata Alu-aluan
Ydp Mmklk 21/22

Assalamualaikum
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan
keizinan-Nya Buletin Insaniah Edisi April - Jun 2022 berada dalam simpanan kita
semua sebagai kenangan selama berada di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Ucapan terima kasih ini saya tujukan kepada felo-felo serta rakan-rakan Ahli Sidang
Redaksi Buletin Insaniah Edisi April - Jun 2022 atas kesungguhan dalam
menjayakan penerbitan majalah ini. Majalah ini merupakan medium kepada warga
UPSI untuk mengetahui dengan lebih lanjut segala aktiviti yang telah dijalankan
oleh Majlis Mahasiswa Kediaman Luar Kampus.
Tidak lupa juga peluang ini, saya gunakan untuk merakamkan ucapan jutaan terima
kasih kepada pengetua, barisan felo dan pentadbiran UKLK dalam membantu kami
untuk menjayakan program-program selama ini. Segala jasa serta ilmu yang
diberikan akan kami jadikan panduan dalam kehidupan mendatang.
Sekian, terima kasih.
Muhammad Anas bin Muhammad Hishamuddin

Program Memasak Bubur Lambuk
Sempena Nuzul Quran

UKLK ANJUR PROGRAM MEMASAK BUBUR LAMBUK ERATKAN UKHWAH ANTARA
MAHASISWA

Oleh : Nur Syahirah Nabilah Bt Mohamad Anizam

Tanjung Malim 19 April 2022 – Exco Kerohanian
dan Kebajikan Majlis Mahasiswa Kampus Unit
Kediaman Luar Kampus Universiti Pendidikan
Sultan Idris (UPSI) telah menganjurkan Program
Memasak Bubur Lambuk bersempena Sambutan
Nuzul Al-Quran. Program ini dibawah anjuran Exco
Kerohanian dan Kebajikan Unit Kediaman Luar
Kampus (UKLK) dengan kerjasama Pusat Islam
UPSI. Program ini telah dikelola oleh Saudara Ihsan
Farhan Bin Ibrahim.

Bermula jam 10.00 pagi aktiviti gotong royong
memasak bubur lambuk telah diadakan. Aktiviti ini
telah disertai seramai 14 sukarelawan terdiri
daripada barisan Majlis Mahasiswa Kampus Unit
Kediaman Luar kampus dan juga mahasiswa
Universiti Pendidikan Sultan Idris. Sebanyak 300
pek bubur lambuk berjaya disiapkan dan kemudian
diedar ke kediaman mahasiswa yang tinggal di
sekitar Tanjong Malim selain diedar secara pandu
lalu dan agihan setempat.

Program ini dilakukan bertujuan melahirkan
mahasiswa yang cakna dan prihatin akan
masyarakat serta mempunyai kesedaran dan
kefahaman islam secara menyeluruh melalui aspek
kebajikan. Lantaran itu, program ini bakal diadakan
pada Bulan Ramadhan tahun ini.

Imarah Ramadhan

IMARAH RAMADHAN: UKLK UPSI RAIKAN MAHASISWA ASNAF LUAR KAMPUS

Oleh : Siti Sorfina Kamarudin

Tanjong Malim 22 April – Universiti Pendidikan
Sultan Idris (UPSI) menerusi Unit Kediaman Luar
Kampus (UKLK) telah menganjurkan majlis berbuka
puasa “Imarah Ramadan: Iftar Jamaie UKLK”
bersama mahasiswa asnaf yang menetap di luar
kampus, di Bitarasiswa Kampus Sultan Abdul Jalil
Shah, UPSI baru-baru ini.

Sebanyak 80 bungkusan makanan percuma turut
diedarkan kepada mahasiswa yang tinggal
persekitaran luar kampus UPSI. Bungkusan
makanan telah habis diagihkan dalam tempoh 30
minit kepada mahasiswa luar kampus di sini.

Majlis turut disempurnakan oleh Pengetua Unit
Kediaman Luar Kampus (UKLK), Prof Madya. Ts.
Dr Che Ghani Che Kob yang menyerahkan
sumbangan kotak kasih kepada tiga mahasiswa
asnaf.

Majlis turut diserikan dengan tazkirah ringkas
Ramadhan oleh Yang Dipertua Rakan Siswa
YADIM UPSI, saudara Muhammad Umar Syafiq
Safieei sebelum bersiap sedia untuk berbuka puasa
dan solat maghrib secara berjemaah.

Uklk Ventures @ Zoo Taiping

UKLK VENTURES @ ZOO TAIPING

Oleh : Azyan Awai

Taiping, 14 Mei 2022 – Universiti Pendidikan
Sultan Idris (UPSI) menerusi Unit Kediaman Luar
Kampus (UKLK) telah menganjurkan sebuah
program khidmat masyarakat di Zoo Taiping.
Seramai 28 orang mahasiswa yang terdiri daripada
pelbagai kursus dan tahun yang berbeza
berganding bahu membersihkan kawasan di dalam
zoo.

Program ini dianjurkan adalah untuk memberikan
pendedahan kepada mahasiwa mengenai
tanggungjawab diri terhadap flora dan fauna serta
memupuk semangat kesukarelawanan dalam diri
mahasiswa-mahasiswa ini. Hal ini kemudian akan
memupuk semangat cintakan alam sekitar dalam
diri mahasiswa serta melahirkan masyarakat yang
lebih menghargai alam sekitar.

Pembahagian kumpulan kepada tiga buah
kumpulan menjadikan kerja-kerja pembersihan
menjadi lebih cepat dan menjimatkan masa. Tidak
sampai lima jam, para mahasiswa sudah dapat
menyempurnakan tugasan yang diberikan oleh
pihak Zoo Taiping. Di akhir program, pihak UKLK
membawa peserta ke muzium negeri Perak yang
berada di Taiping. Di muzium ini, peserta dapat
mempelajari serba sedikit tentang sejarah negeri
Perak yang belum diketahui mereka.

Unleash YourPotential: Public
Speaking Techniques

TEKNIK PENGUCAPAN AWAM DIPERKUKUHKAN MENERUSI UNLEASH YOUR POTENTIAL:
PUBLIC SPEAKING TECHNIQUES ANJURAN UKLK

Oleh : Erni Nor Syahira binti Abu Hanipah

Tanjong Malim 15 Mei 2022 - Unit Kediaman Luar
Kampus (UKLK) di bawah Universiti Pendidikan
Sultan Idris (UPSI) baru-baru ini telah
menganjurkan program Unleash Your Potential:
Public Speaking Techniques dibawah anjuran Exco
Akademik dan Pembangunan Mahasiswa . Program
ini telah berlangsung pada hari Ahad bersamaan
tarikh 15 Mei 2022 secara atas talian melalui
platform Zoom dan siaran langsung di laman
Facebook UKLK. Program ini cukup bermakna
menerusi penampilan daripada dua penceramah
daripada negara berbeza iaitu Malaysia dan
Indonesia.

Encik Muhammad Asri Bin Ismail selaku panel
jemputan daripada Malaysia merupakan Pengarah
Program ASAS dari Kelab Pidato Perdana
Antarabangsa (KEPENTAS). Bagi panel jemputan
dari negara Indonesia pula merupakan Penolong
Profesor dari Universitas Negeri Padang (UNP)
iaitu Dr Nofrion, M. PD. Walaupun pengkhususan
beliau dalam bidang Geografi, namun beliau cukup
berpengalaman dalam pengucapan awam di mana
beliau turut menyandang jawatan sebagai
Pengetua Public Speaking dan Broadcasting
Indonesia serta Public Speaking Institute.

Kesukarelawanan Pendidikan
Bersama Anak Yatim

39 ANAK YATIM DIRAI DALAM PROGRAM KESUKARELAWAN PENDIDIKAN

Oleh : Anis Salwani binti Mohd Asri

Slim River, Perak 20 Mei 2022 – Peralihan dari
fasa pandemik ke fasa endemik yang diumumkan
kerajaan pada 1 April lalu telah memberi sinar baru
kepada rakyat Malaysia yang selama ini hidup
dalam ketakutan dan kewaspadaan. Aktiviti yang
melibatkan sentuhan fizikal yang selama ini disekat
telah mula diberi kelonggaran oleh pihak kerajaan.
Kelonggaran yang diberikan tidak disia-siakan dan
telah dimanfaatkan dengan amat baik oleh pelajar
Universiti Pendidikan Sultan Idris dimana mereka
menggunakan peluang yang ada untuk melakukan
aktiviti bersemuka dengan anak yatim di Pusat
Jagaan Anak Yatim dan Asnaf Zakat Baitul
Mahabbah, Slim River, Perak.

Program yang berlangsung dari 10.00 pagi
sehingga 6.00 petang itu menyaksikan hubungan
antara dua pihak semakin erat dikuatkan lagi
dengan aktiviti-aktiviti yang dirancang seperti sesi
ice breaking, aktiviti uji minda serta aktiviti
keyakinan diri. Objektif aktiviti-aktiviti ini
dijalankan adalah untuk menguji minda serta
meningkatkan keyakinan dalam diri mereka untuk
tidak malu berdepan orang ramai.

Excel Your Interview With SPP
(Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan)

UPSI ANJUR PROGRAM UKLK “EXCEL YOUR INTERVIEW WITH SPP (SURUHANJAYA
PERKHIDMATAN PENDIDKAN)”- MEMBANTU GRADUAN LEPASAN UNTUK MENAMBAHNILAI
KEBOLEHPASARAN MEREKA.

Oleh : Errena Laidin

TANJONG MALIM, 22 MEI 2022 - Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerusi Unit
Kediaman Luar Kampus (UKLK) baru-baru ini telah
menganjurkan satu program bertajuk “Excel Your
Interview with SPP (Suruhanjaya Perkhidmatan
Pendidikan)”. Program ini merupakan anjuran Exco
Akademik dan Pembangunan Mahasiswa, Majlis
Mahasiswa Kediaman Luar Kampus dan ianya lebih
istimewa dengan kerjasama daripada Pusat
Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran
Graduan (EDGE), Universiti Malaysia (UM),
Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti
Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Putra
Malaysia (UPM). Program ini telah berlangsung
secara dalam talian menggunakan platform Stream
Yarddan bersiaran langsung di laman rasmi
Facebook Unit Kediaman Luar Kampus- UKLK,
UPSI.

Program ini telah menampilkan dua orang panel
yang sangat hebat dalam persiapan mahasiswa
bagi menghadiri temuduga denganSuruhanjaya
Perkhidmatan Pendidikan iaitu Encik Fadli Ahmad
BinIsmail, Setiausaha Bahagian Pengambilan
Suruhanjaya Perkidmatan Pendidikan (SPP). Beliau
telah berkongsi berkaitan kriteria-kriteria serta
aspek penilaian yang perlu dititikberatkan semasa
sesi temuduga.

Disini Lahirnya Sebuah Cinta Bersama
Masyarakat Orang Asli (Fasa 1)

UPSI SANTUNI MASYARAKAT ORANG ASLI MELALUI UKLK DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA
BERSAMA MASYARAKAT ORANG ASLI – MENDEDAHKAN KEPENTINGAN KEPADA
MASYARAKAT ORANG ASLI TERHADAP BEBERAPA ELEMEN SEPERTI PENDIDIKAN,
KESIHATAN, KEBERSIHAN DAN TEKNOLOGI SEMASA.

Oleh : Nurul ‘Ainin Adibah binti Mat Lazim

KAMPAR, PERAK 22 MEI 2022- Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerusi Unit
Kediaman Luar Kampus (UKLK) telah
melaksanakan satu program kemasyarakatan iaitu
Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta Bersama Masyarakat
Orang Asli yang bertempat di Kampung Orang Asli
Sungai Gapes, Sungai Siput Selatan, Kampar,
Perak. Program anjuran Majlis Tertinggi, Majlis
Mahasiswa Luar Kampus sidang 2021/2022
dengan kerjasama Bahagian Mahasiswa Holistik
(JPT), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA),
Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Pusat
Kesihatan, UPSI & Pusat Islam, UPSI ini
berlangsung selama dua hari satu malam pada 22
Mei 2022 dan 23 Mei 2022. Program ini dibawah
naungan Profesor Madya Ts Dr. Che Ghani Bin
Che Kob, selaku Pengetua Unit Kediaman Luar
Kampus menerusi Penasihat Program iaitu Puan
Nor Hayati Binti Aziz dan Encik Rozdi Bin
Mohamed Noor.

Objektif program ini dianjurkan adalah untuk
Melatih para pelajar dalam kemahiran sosial dan
kebertanggungjawaban dan memperkemaskan lagi
kemahiran komunikasi. Seterusnya, dapat
melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran
nilai, sikap, etika dan profesionalisme.

Bacaan Yassin Dan
Tazkirah Ringkas Bulanan 2.0

GENERASI MUDA PENERUS LEGASI GENERASI HADAPAN

Oleh : Mohamad Mursyid bin Zulkifli

Tanjong Malim, Perak 27 Mei - Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melalui Unit
Kediaman Luar Kampus (UKLK) telah
menganjurkan program “Bacaan Yassin dan
Tazkirah Ringkas Bulanan 2.0 ” yang merentasi
sempadan, jarak dan masa melalui secara dalam
talian. Program ini dibawah anjuran Unit Kediaman
Luar Kampus (UKLK) yang bersiaran langsung
menggunakan Facebook rasmi UKLK. Program ini
dihadiri oleh Felo UKLK dan Majlis Mahasiswa
Kediaman Luar Kampus serta mahasiswa UPSI.

Menurut Pengetua Unit Kediaman Luar Kampus,
Prof. Madya Ts. Dr Che Ghani bin Che Kob
menyatakan program sedemikian perlu dianjurkan
untuk meningkat keyakinan dari segi rohani dalam
diri kita dengan memberikan tazkirah-tazkirah
ringkas untuk melahirkan mahasiwa yang
cemerlang.

Unit Kediaman Luar Kampus telah menjemput
seorang penceramah iaitu Saudara Muhammad
Umar yang merupakan Yang Dipertua YADIM.
Antara isu yang diutarakan ialah kelebihan
bersedekah. Antara kelebihan bersedekah yang
dikongsi oleh saudara Umar ialah , Tidak Berkurang
Harta Kerana Bersedekah (HR Muslim 2588),
Pahala berlipat ganda dengan bersedekah (Surah
Al-Baqarah Ayat 261).

International Webinar:
How To Be A Good Volunteer

WEBINAR ANTARABANGSA PUPUK NILAI KESUKARELAWAN, SUBUR ERTI KEMANUSIAAN

Oleh : Nurul Asyiqin binti Mardani

TANJONG MALIM, PERAK – 28 Mei 2022, Exco
Komuniti dan Kesukarelawan, Majlis Mahasiswa
Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK) Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menganjurkan
program International Webinar: How to be a Good
Volunteer secara dalam talian menerusi Facebook
Live dan Google Meet. Program perkongsian ilmu
peringkat antarabangsan ini menampilkan dua
tokoh dunia kesukarelawan iaitu CR. Hj
Hishamuddin bin Hj Abdul Rahman daripada
Malaysia dan Mr Sohag Mohajon daripada
Bangladesh.

Cr. Hj Hishamuddin bin Hj Abdul merupakan
Pensyarah Kanan, Jabatan Kerjasama Luar &
Antarabangsa, Institut Aminuddin Baki, Pahang
mempunyai pengalaman selama 25 tahun. Beliau
merupakan MsC Counseling, BeD TESL, Dip TESL
dan juga Pengarah Bulan Sabit Merah Negeri
Pahang. Antara pencapaian yang beliau pernah
menangi ialah Pemenang Anugerah Kepimpinan
Belia Dunia Khatmandu Nepal pada tahun 2019
dan Penghargaan IPGKTAA-Penerimaan APC
2019. Mr Sohag Mohajon, Pengarah Urusan
Hridoy Pump dan Machinery dan MARS
Development & Construction Ltd di Bangladesh.
Beliau mempunyai kelulusan dari Universiti
Jagannath dalam Ijazah bidang Ekonomi.

Upsi International
E-sport Tournament

UKLK UPSI SOAR THE FAME OF E-SPORT (PUBGM) AMONG INTERNATIONAL AND LOCAL
UNIVERSITY STUDENTS

Oleh : Siti Sorfina binti Kamarudin

Tanjong Malim 28-29 May 2022 – Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI), through the Off-
Campus Residential Unit (UKLK), has organized an
international e-sport championship entitled "UPSI
International E-sport Tournament", which is open
to all students who are engrossed with the well-
known mobile game. A total of 28 teams
consisting of 112 PUBGM players from Malaysia
and Indonesia have successfully participated in this
tournament.

The viewers on the Facebook Live has reached
almost 1086 views on the first and final day of the
tournament. Fans supported their favourite teams
by continously giving support through likes and
comments on Facebook of Unit Kediaman Luar
Kampus - UKLK.

According to the Program Director, Izzah Hayani
Saleh, this tournament was held to promote
sportsmanship and develop talents among
potential university students. The tournament was
also officiated by The Youth and Sports Officers of
University Pendidikan Sultan Idris, Encik Mohd
Faiz Zabri, who proudly insists on the benefits of
partaking in e-sport.

Axis GR came out strong in the finals by arising as
the winner. Ayla Hydra was assured as the runner-
up, followed by Cloud 9 securing third place. All
players performed skillfully and were satisfied with
this PUBG Mobile Tournament results.

Survival Camp:
Lubuk Petai Campsite

PROGRAM SURVIVAL CAMP: LUBUK PETAI CAMPSITE

Oleh : Erni Nor Syahira binti Abu Hanipah

Kampar, 10-12 Jun 2022 - Unit Kediaman Luar
Kampus (UKLK) baru-baru ini telah menganjurkan
satu program perkhemahan yang diberi nama
Program Survival Camp: Lubuk Petai Campsite.
Program ini di bawah anjuran Exco Sukan dan
Rekreasi, Majlis Mahasiswa Luar Kampus,
Universiti Pendidikan Sultan Idris. Program ini
disertai oleh 24 orang pelajar dari Majlis
Mahasiswa Unit Kediaman Luar Kampus Sidang
2021/2022 dan Sidang 2022/2023 serta barisan
Felo Penasihat UKLK.

Program Survival Camp: Lubuk Petai Campsite ini
berkonsepkan mod kelangsungan hidup bagi
meningkatkan ketahanan mental dan fizikal di
samping membentuk jati diri dan sahsiah yang
kukuh dalam diri peserta. Program ini telah
dirasmikan oleh Pengetua Unit Kediaman Luar
Kampus, Prof Madya Ts. Dr Che Ghani Che Kob.
Dalam ucapannya, beliau meletakkan hasrat
supaya program sebegini mampu untuk membina
ukhwah diantara barisan MMK UKLK sidang ini
dan sidang hadapan bagi menambahbaik
kepimpinan organisasi tersebut di masa akan
datang. Encik Mohamad Asri Bin Seman selaku
Penasihat Program turut menzahirkan kesyukuran
terhadap program ini sewaktu majlis penutupan
program berlangsung.

Dakwah Siber: Akhlak vs Trend

UKLK AMBIL BERAT MENGENAI AKHLAK DAN TREND SEMASA

Oleh : Ihsan Farhan bin Ibrahim

Tanjong Malim 16 Jun 2022 - Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerusi Unit
Kediaman Luar Kampus (UKLK) baru-baru ini telah
menganjurkan program Dakwah Siber: “Akhlak Vs
Trend” ini secara dalam talian menerusi ‘Facebook
Live’ dan ‘Google meet’. Penyertaan program ini
adalah program anjuran Exco Kerohanian Dan
Kebajikan, Majlis Mahasiswa Luar Kampus dengan
kerjasama Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul
Ehsan, ABIM Daerah Klang dan ADAB Youth
Garage terbuka kepada semua mahasiswa
khususnya dan juga mahasiswa UPSI dan
masyarakat umumnya.

Encik Muhammad Zakir sebagai perasmi Program
Dakwah Siber: “Akhlak Vs Trend” berkata program
ini dapat menyampaikan ilmu baharu kepada
mahasiswa berkaitan dakwah dan trend terkini
yang sesuai digunakan semasa zaman sekarang.
Anjuran majlis mahasiswa kediaman luar kampus
dibawah Exco Kerohanian dan Kebajikan yang
diketuai oleh saudari Nur Syahirah Nabilah Binti
Mohamad Anizam di bawah pimpinan En. Mohd
Khairul Azrul Bin Mohd Redzuan, menyifatkan
tujuan program adalah meningkatkan kesedaran
kepada mahasiswa dan peserta luar tentang cara
dakwah yang dapat dilakukan kepada masyarakat.

Bicara Ekonomi :
Jom Buat Duit Dengan Saham

UPSI ANJUR PROGRAM BICARA EKONOMI: JOM BUAT DUIT DENGAN SAHAM-
MENYEDARKAN MASYARAKAT TENTANG PENGURUSAN KEWANGAN MASA HADAPAN.

Oleh : Siti Musfirah binti Idris

TANJONG MALIM, 22 JUN 2022 – Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerusi Unit
Kediaman Luar Kampus (UKLK) telah
menganjurkan satu program “Bicara Ekonomi: Jom
Buat Duit dengan Saham” pada 22 Jun 2022.
Program ini dianjurkan oleh Exco Ekonomi dan
Keusahawanan, Majlis Mahasiswa Kediaman Luar
Kampus berlangsung secara dalam talian Google
Meet dan bersiaran langsung di laman rasmi
Facebook Unit Kediaman Luar Kampus.

Program ini mendapat sambutan yang amat
menggalakkan daripada orang ramai. Seramai 254
orang peserta yang menonton siaran langsung ini,
terdiri daripada kalangan mahasiswa dan orang
awam sepanjang sejam program ini berlangsung.
Manakala, apabila dilihat melalui statistik daripada
siaran langsung di Facebook, program ini mencapai
sejumlah 1700 people reached dan mencatatkan
sebanyak 1900 like, 654 comments and 103
shares. Statistik juga menunjukkan program ini
mendapat sambutan daripada negara luar seperti
Singapura, Thailand, China, Bangladesh, Korea dan
Arab Saudi. Bicara ekonomi pada kali ini
menampilkan seorang panel yang cukup hebat dan
berpengalaman mengenai saham iaitu Encik
Muhammad Rafiq bin Jajuli yang merupakan dealer
saham Investment Bank di Malaysia.

Pertandingan Melukis Karakter

UKLK ANJUR PERTANDINGAN MELUKIS KARAKTER BANTU SEMAI BAKAT DALAM DIRI
ORANG RAMAI

Oleh : Anis Salwani binti Mohd Asri

Tanjong Malim, 23 Jun 2022 – Setelah hampir 2
tahun aktiviti fizikal disekat oleh kerajaan akibat
daripada penularan wabak covid-19 yang
menyerang negara, akhirnya kelonggaran diberikan
dengan syarat Standard Operating Procedure
(SOP) dijaga. Kelonggaran yang diberikan
dimanfaatkan dengan baik oleh Universiti
Pendidikan Sultan Idris yang menggunakan
peluang tersebut untuk mengadakan Pesta
Konvokesyen Ke-23 bagi meraikan para
mahasiswa yang berjaya menamatkan pengajian
mereka dengan cemerlang. Pelbagai acara menarik
yang dijalankan sepanjang seminggu majlis
konvokesyen berlangsung.

Pihak Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK) juga
tidak ketinggalan mengambil bahagian
menjalankan aktiviti kepada orang ramai dengan
mengadakan Pertandingan Melukis Karakter
kategori terbuka yang berlangsung di Pentas
Utama Pesta Konvokesyen, Kampus Sultan Azlan
Shah bermula dari pukul 9 pagi sehingga 10.30
pagi Khamis. Pemenang tempat pertama jatuh
kepada Nurulhidayah Bahiyah binti Rahmat.
Tempat kedua pula dimenangi oleh Muhammad
Ka’ab bin Mohd Husyaini, 19 tahun yang
merupakan orang awam dan tempat ketiga
disandang oleh Andreana Elda Yapan.

Disini Lahirnya Sebuah Cinta Bersama
Masyarakat Orang Asli (Fasa 2)

UKLK MENYANTUNI MASYARAKAT ORANG ASLI KG SUNGAI GAPES FASA 2

Oleh : Mohamad Mursyid Bin Zulkifli

TANJUNG MALIM, PERAK – 26 Jun 2022,
Universiti Pendidikan Sultan Idris menerusi Unit
Kediaman Luar Kampus (UKLK) telah mengajurkan
Program Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta bersama
masyarakat Orang Asli Kg Orang Asli Sungai
Gapes. Program ini dianjurkan dengan kerjasama
melibatkan beberapa badan agensi kerajaan
seperti, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA),
Pejabat Agama Islam Kampar dan Pusat Kesihatan
UPSI (PKU).

Program ini telah mendapat sambutan yang begitu
meriah oleh penduduk kampung setempat dari
pelbagai lapisan usia. Banyak aktiviti yang telah
dirancang oleh Unit Kediaman Luar Kampus dalam
menyantuni masyarakat orang asli di Kg Sungai
Gapes, antaranya modul kesihatan, sukan rakyat ,
kursus penyembelihan, penyelenggraan motosikal
dan kelas masakan.

Objektif program ini ialah untuk melatih
mahasiswa Kediaman Luar Kampus dalam

kemahiran sosial serta kebertanggungjawaban
terhadap masyarakat orang asli. Selain itu, program
ini dapat melahirkan mahasiswa yang mempunyai
nilai, sikap, etika dan profesionalisme, serta
kemahiran kepimpinan.

JASAMU DIKENANG

TERIMA KASIH

MEMORI TERINDAH

MAJLIS MAHASISWA KEDIAMAN LUAR KAMPUS 21/22

DI SINI JUA MEMORI TERCIPTA

SUMBANGAN DANA SKUAD PENYAYANG
https://epayment.upsi.edu.my
atau bayaran ke

BENDAHARI UPSI | BANK ISLAM
080680 1000 3264

REFERENCE : SKUAD PENYAYANG UKLK

UNIT KEDIAMAN LUAR KAMPUS-UKLK UPSI MEDIAUKLK OFFCAMP STUDIO


Click to View FlipBook Version