PERISTIWA
PERANG
DUNIA
PERTAMA
(1914-1918)
ISI
KANDUNGAN
Peperangan di Medan Barat (1914-1917)
Peperangan di Medan Timur
Peperangan di Sempadan Itali
Peperangan di Laut
Peperangan di Udara
Peperangan di Turki
Penyertaan Amerika Syarikat
Peperangan Tamat
Perjanjian Damai
Perjanjian Versailles
PEPERANGAN DI MEDAN
BARAT (1914-1917)
Rancangan Jerman untuk menawan Perancis
telah diusahakan oleh Count Von Schlieffen.
Menurut rancangan tersebut, Jerman akan
menyerang dan menewaskan Perancis melalui
Belgium.Selepas menewaskan Perancis, tentera
Jerman akan menuju ke timur untuk menawan Rusia.
Tentera Jerman menakluki Belgium pada 4 Ogos 1914. Namun begitu,
ditentang oleh rakyat Perancis dan tindakan ini telah melemahkan tentera
Jerman. Perancis mengambil kesempatan untuk menyusun tenteranya
untuk mengahadapi serangan Jerman. Tentera British turut menghantar
pasukan tenteranya untuk membantu Perancis menyekat kemaraan tentera
Jerman. Pada 5 September hingga 10 September 1914,tercetus peperangan
yang amat dahsyat di Marne.
Tentera Jerman mengalami kekalahan dan seterusnya berundur ke Marne
dan seterusnya ke Aisne. Kedua-dua pihak menggali parit untuk bertahan
dan mengukuhkan kedudukan masing-masing. Peperangan dalam parit
berlanjutan selama tiga tahun setengah .
Peperangan dalam parit
Mereka menggunakan senjata seperti mesingan dan gas beracun utk
menundukkan musuh Pada Februari 1916 hingga September
1916,Jerman melancarkan serangan di Verdun. Pada Julai hingga
November 1916 British dan Perancis melancarkan peperangan di
Somme. Pada 1917 British melancarkan serangan di Passachendaele.
Pada 20 November 1917 tentera british menggunakan kereta kebal
dalam peperangan di Cambrai. British Berjaya menguasai garisan
Hindenburg tetapi mereka menghadapi masalah
kekurangan tenaga tentera utk meneruskan perjuangannya.
PEPERANGAN DI MEDAN TIMUR
RUSIA JERMAN
Pada 1914 Tentera Rusia mengerakkan tenteranya dan menawan timur
Prussia di bawah arahan Komander Grand Duke Nicholas.
GRAND DUKE NICHOLAS
Namun begitu,Tentera Jerman di bawah pimpinan Paul Von Hindenburg
dan Erich Von Ludendorff berjaya mengalahkan Rusia dalam peperangan di
Tannenberg dan Tasik Masuria
Pada September 1914, Rusia menyerang Austria-Hungary dan menawan
wilayah Galicia manakala tentera Jerman di bawah pimpinan Von
Hindenburg menawan Poland yang berada di bawah kuasa Rusia.
PAUL VON HINDENBURG & ERICH VON LUDENDORFF
Pada 1915 Tentera Jerman dan Austria merempuh masuk barisan
musuh dan membinasakan kubu- kubu musuh. Dalam serangan
tersebut,lebih tiga suku juta orang Rusia telah menyerah diri dan
Poland ditawan.
Pada 1916 Panglima Tentera Rusia ,Brusilov melancarkan
serangan terhadap Austria. Dengan bantuan Jerman, serangan
Rusia terhadap Austria-Hungary berjaya dipatahkan.
BRUSILOV
Kekalahan Rusia dalam peperangan di sempadan timur
membangkitkan perasaan tidak puas hati rakyat Rusia terhadap
pemerintahan TSAR. Pada 1917 Pemerintahan TSAR tumbang di
Rusia. Rusia menarik diri diri drpd peperangan dan
menandatangi Perjanjian Brest-Litovsk dengan Jerman.
PEPERANGAN DI SEMPADAN
ITALI
Pada tahun 1915, Itali menyertai pihak berikat dan mengisytiharkan
perang terhadap Austria tujuannya adalah untuk mendapatkan kembali
wilayah Trentino dan Istria daripada Austria
ITALI AUSTRIA- HUNGARY
Pada September 1917, Jerman menghantar tenteranya untuk membantu
Austria. Gabungan tentera Jerman dan Austria telah menumpaskan Itali
dalam pertempuran Carporetto. Dalam pertempuran tersebut, seramai
250000 tentera Itali menyerah diri bersama senjata.
Perancis dan British telah menghantar pasukan tentera
masing-masing utk membantu Itali. Hasil bantuan Perancis dan
British, kemaraan Jerman dan Austria berjaya di sekat di Sungai
Piave
PEPERANGAN DI LAUT
Pada 1916, Peperangan laut telah berlaku antara tentera laut
British dengan Jerman di Jutland. Tentera laut British menyekat
perdagangan laut Jerman dan membinasakan kapal-kapal
Jerman menyebabkan kilang-kilang di Jerman tidak
mengeluarkan senjata ekoran terputus hubungan dengan tanah-
tanah jajahan Jerman.
BRITISH GERMAN
JUTLAND
Jerman mula menyerang tentera laut pihak Berikat dan
menenggelamkan kapal-kapal mereka. Kapal pembinasa
Emden telah menenggelamkan 13 buah kapal di Teluk Benggala
dan kapal perang Rusia dan Perancis di Pulau Pinang.
Akhirnya,kapal pembinasa Emden berjaya dimusnahkan oleh
tentera laut Australia di Kepulauan Cocos-Keeling.
KAPAL EMDEN JERMAN
Pada 1917, Panglima Perang Jerman,Tirpitz mengarahkan penggunaan
U-Boat atau kapal selam untuk membinasakan kapal perdagangan
pihak Berikat dan kapal yang menjalankan perdagangan dengan
musuh. U-Boat tentera Jerman telah meneggelamkan 6000 kapal
dagang yang belayar ke pelabuhan Britain. Serangan ini menyebabkan
Britain mengalami masalah kekurangan bekalan makanan. Namun
begitu, Serangan kapal selam ini dapat dipatahkan oleh tentera Berikat
menerusi sistem konvoi.
U-BOAT
SISTEM KONVOI
Sistem konvoi ialah sistem perlindungan untuk kapal-kapal yang
belayar di bawah penjagaan dan perlindungan satu kumpulan
kapal pengiring. Semasa Perang Dunia I, pihak British telah
mengelolakan pergerakan kapal merentasi Lautan Atlantik dengan
cara berkonvoi dengan dilindungi satu pasukan kapal perang
belayar di sekeliling konvoi berkenaan. Cara ini memberikan
perlindungan kepada kapal-kapal dagang daripada serangan oleh
kapal selam dan kapal terbang Jerman semasa Pertempuran.
PEPERANGAN DI UDARA
Tentera Jerman merupakan pasukan tentera yang pertama menggunakan
kapal terbang (Zeppelin) yang digunakan untuk mengesan kapal-kapal laut
musuh dan menghantar maklumat kepada kapal selam atau kapal terbang.
Zeppelin juga digunakan untuk menggugurkan bom barisan pertahanan
musuh,kilang-kilang membuat senjata dan ibu kota negara musuh.
KAPAL TERBANG ZEPPELIN
Pada Julai 1917, Jerman telah melancarkan serangan udara ke atas London
yang menyebabkan 162 orang terkorban. Oleh itu, tentera Berikat juga mula
membuat kapal-kapal terbang untuk mengiringi kapal laut. Kedua-dua pihak
bersaing untuk mengeluarkan kapal terbang yang handal dan laju.
PEPERANGAN DI TURKI
Turki menyebelahi Jerman
dan Austria untuk
menentang pihak berikat.
Beberapa pertempuran Pada tahun 1915, Brititsh
berlaku di Gallipoli,tentera merancang menyerang
Berikat gagal menawan Turki untuk menguasai
laluan masuk ke Laut Hitam
semenanjung.
Tentera British, Australia Tujuan British menawan
dan New Zealand Turki untuk memudahkan
bantuan dihantar kepada
berkumpul di Mesir dan Rusia menerusi Dardanella
belayar ke Dardanella
PENYERTAAN AMERIKA SYARIKAT
Pada tahun 1917, Amerika Syarikat mengambil
keputusan menyertai peperangan
Langkah ini diambil oleh Presiden Amerika
Syarikat Woodrow Wilson
Ketegangan berlaku apabila kapal Persiaran
British dari New
York,’Lustiana’ditenggelamkan U-boat
Jerman yang membawa beberapa ribu rakyat
Amerika syarikat
Penyertaan Amerika Syarikat menyebabkan
kedudukan tentera Berikat kukuh
KAPAL LUSTIANA YANG DITENGGELAMKAN
OLEH U BOAT JERMAN
PEPERANGAN TAMAT
Pada tahun 1918, Ludendorff melancarkan serangan
besar-besaran sebelum kedatangan tentera Amerika
Syarikat. Jerman menghantar semua tenteranya
menyerang Perancis
Pada 8 Ogos 1918, British dengan bantuan 400 buah
kereta kebal berjaya menewaskan Jerman
berhampiran Amien
Pada Oktober 1918, kejayaan tentera British
melepasi garisan Hindenburg menandakan perang
akan tamat.
Pada 9 November 1918, Kaiser Jerman turun
daripada tahkta dan melarikan diri ke Belanda.
Pada 11 November 1918, kerajaan baharu Jerman
menandatangani gencatan senjata dengan pihak
Berikat dan peristiwa ini mengakhiri peperangan.
Peperangan ini berakhir dengan kekalahan
Austria-Hungary, Jerman dan Empayar Turki
Uthmaniyah.
PERJANJIAN DAMAI
Pada tahun 1919, Persidangan Damai telah diakan di Paris untuk
membincangkan syarat-syarat pendamaian. Persidangan ini
dihadiri 30 orang perwakilan daripada pihak Berikat. Antara
tokoh yang memainkan peranan penting dalam Persidangan
Damai Paris ialah
WOODROW DAVID LLOYD GEORGES
WILSON GEORGE CLEMENCEAU
Cadangan yang dikemukakan oleh presiden Amerika Syarikat
ialah sempadan negeri hendaklah disemak semula mengikuti
kehendak rakyat dan menubuhkan pertubuhan antarabangsa
bagi menyelesaikan pertikaian
Perjanjian Berasingan telah ditandatangani oleh pihak Berikat
denganJerman,Austria,Bulgaria,Hungary,danTurki. Antara
Perjanjian yang ditandatangani ialah
-Perjanjian Versailles dengan Jerman
-Perjanjian St.Germain dengan Austria
-Perjanjian Neuilly dengan Bulgariia
-Perjanjian Trianon dengan Hungary
-Perjanjian Sevres dengan Turki
PERJANJIAN VERSAILLES
Perjanjian Versailles amat penting kerana ditandatangani
pihak Berikat dan Jerman. Melalui perjanjian ini, Jerman
dikehendaki untuk:
1. Menyerahkan wilayahnya kepada pihak berkenaan
- Wilayah Alsace dan Lorraine ----> Perancis
- Wilayah Euphen dan Melmedy ----> Belgium
- Memel, Lithuania dan barat Prussia ----> Poland
2. Menyerahkan tanah jajahannya
Wilayah Shantung dan Kiachow (China) ----> Perancis
Samoa ----> New Zealand
3. Menyerahkan hak istimewanya di China,Thailand,Morocco,dan Liberia.
4. Jerman juga dilarang membuat kapal perang atau kapal terbang dan
kekuatan angkatan tentera dihadkan kepada 100 000 orang askar
sahaja dan angkatan laut dibenarkan mempunyai enam buah kapal
kecil sahaja
5. Jerman bertanggungjawab di atas peperangan dan dikehendaki
membayar ganti rugii kepada negara yang terlibat.
Rakyat Jerman tidak berpuas hati dengan syarat yang dikenakan
terhadapnya dan tercetusnya Perang Dunia Kedua.