The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aadamiyya, 2022-06-12 00:23:07

KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA

KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA

KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN
5 4 ZON DI MALAYSIA

NAMA : FARAH NAJWA BINTI MOHD SABRI
NOMBOR MAKTAB : PB190063

HOMEROOM : PUAN ROSLIZA BINTI JAAFAR
NAMA GURU : PUAN SITI NOR HARYANI
BINTI CHE NORDIN

ISI KANDUNGAN

1. Penghargaan
2. Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa
- Pengenalan
- Biografi penulis
- Sinopsis keseluruhan
- Sinopsis setiap bab
- Kekuatan
- Kekurangan
- Cadangan penambahbaikan
- Rujukan
3. Novel Di Sebalik Dinara
- Pengenalan
- Biografi penulis
- Sinopsis keseluruhan
- Sinopsis setiap bab
- Kekuatan
- Kekurangan
- Cadangan penambahbaikan
- Rujukan
4. Novel Jendela Menghadap Jalan
- Pengenalan

- Biografi penulis
- Sinopsis keseluruhan
- Sinopsis setiap bab
- Kekuatan
- Kekurangan
- Cadangan penambahbaikan
- Rujukan
5. Novel Pantai Kasih
- Pengenalan
- Biografi penulis
- Sinopsis keseluruhan
- Sinopsis setiap bab
- Kekuatan
- Kekurangan
- Cadangan penambahbaikan
- Rujukan
6. Novel Songket Berbenang Emas
- Pengenalan
- Biografi penulis
- Sinopsis keseluruhan
- Sinopsis setiap bab
- Kekuatan
- Kekurangan
- Cadangan penambahbaikan

- Rujukan
7. Novel Tirani
- Pengenalan
- Biografi penulis
- Sinopsis keseluruhan
- Sinopsis setiap bab
- Kekuatan
- Kekurangan
- Cadangan penambahbaikan
- Rujukan
8. Novel Bimasakti Menari
- Pengenalan
- Biografi penulis
- Sinopsis keseluruhan
- Sinopsis setiap bab
- Kekuatan
- Kekurangan
- Cadangan penambahbaikan
- Rujukan
9. Novel Silir Daksina
- Pengenalan
- Biografi penulis
- Sinopsis keseluruhan
- Sinopsis setiap bab

- Kekuatan
- Kekurangan
- Cadangan penambahbaikan
- Rujukan

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih ditujukan khas buat guru-guru
matapelajaran Bahasa Melayu tingkatan 4 iaitu Encik Shurdi bin Shuib, Puan Siti Nor
Haryani binti Che Nordin, Puan Aisah binti dan Puan Norakma binti atas tunjuk ajar serta
bantuan dalam menghasilkan folio ini. Semangat guru-guru amatlah saya hargai.

Ucapan yang sama juga ditujukan bagi kedua ibu bapa saya atas dorongan dan sokongan
mereka. Tidak lupa juga pada rakan-rakan yang telah banyak membantu memberi informasi
berkaitan folio ini. Sekali lagi ucapan terima kasih diajukan buat semua yang terlibat secara
langsung mahupun tidak langsung sepanjang tempoh saya menyiapkan folio ini.

NOVEL LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA

PENGENALAN

Dalam pertempuran dengan askar Jepun dengan askar Melayu. Mereka menunjukkan
keberanian dan semangat keperwiraan yang sangat hebat di mana seramai 152 anggota askar
Melayu, serta 7 pegawai Melayu dan 6 orang pegawai British telah dipinjamkan ke Rejimen
askar Melayu telah terkorban. Antara askar Melayu yang terkorban itu adalah Leftenan
Adnan bin Saidi. Dia bersama 42 orang anggotanya berjuang sehingga ke titisan darah yang
terakhir. Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya penulis novel sejarah profilik, Abdul
Latip Talib ini memaparkan kisah serangan terakhir askar Jepun di Singapura serta
keberanian dan keperwiraan askar Melayu yang sanggup berjuang sehingga ke hujung nyawa.

BIOGRAFI PENULIS

Abdul Latip bin Talib berumur 61 tahun, anak Rembau tetapi kini menetap di Jelebu,
Negeri Sembilan. Kini, beliau penulis residen PTS Fortuna, sebuah syarikat penerbitan
terkemuka tanah air, milik Ainon Mohamad. Abdul Latip dikenali melalui novel-novel
sejarah beliau. Novel sejarah Islam beliau berjaya menembusi pasaran negara Brunei yang
begitu ketat peraturannya. Pak Latip Juga tidak sunyi daripada kecaman terhadap kesahihan
fakta dalam karya novel sejarah beliau. Sejak berkecimpung dalam dunia penulisan pada
tahun 1999, Pak Latip telah menghasilkan 50 buah novel, termasuk siri novel sejarah Islam
terbitan PTS berjumlah 30 naskah semuanya. Novel 'Leftenan Adnan' edisi murid ini juga
berunsur sejarah dan dilesenkan oleh PTS kepada Mika Cemerlang Sdn. Bhd. Selaku penerbit
rasmi untuk teks novel komsas tingkatan 4 wilayah selatan Semenanjung.

SINOPSIS KESELURUHAN

Pada awal penceritaan,novel ini mengisahkan kehidupan Adnan semasa kecil. Beliau
dilahirkan di sebuah kampung di Sungai Ramal,Selangor. Rata-rata penduduk kampung itu
masih berada dalam kemiskinan. Kehidupan mereka bergantung pada sawah dan kebun getah
yang luasnya sekadar cukup makan sahaja. Keadaan ini turut dirasai oleh Pak Saidi dan Mak
Milah, iaitu bapa dan ibu Adnan yang membesarkan tiga orang anak, iaitu Adnan, Ahmad
dan Amarullah. Adnan merupakan anak sulung keluarga Pak Saidi.Sejak kecil, Adnan rajin
membantu keluarganya dan merupakan anak yang taat akan perintah orang tuanya. Walaupun
usianya baru mencecah sepuluh tahun,setiap pagi Adnan akan pergi ke kebun getah
membantu orang tuanya menoreh getah. Selain itu, dia turut membantu keluarganya
mengerjakan sawah bendang. Pak Saidi dan anak-anaknya tidak suka membuang masa
dengan duduk bersembang di kedai kopi.

Pak Saidi sebenarnya berketurunan pahlawan. Beliau sengaja merahsiakan keturunannya
kerana khuatir akan diburu oleh pihak penjajah kerana moyangnya menjadi orang buruan
inggeris. Darah kepahlawanan itulah yang mengalir dalam jiwa Adnan. Semangat patriotik
yang dimiliki oleh Pak Saidi amat tebal.Pak Saidi amat mengambil berat tentang sejarah
tanah air. Beliau sentiasa menekankan betapa pentingnya orang-orang Melayu mengubah
kehidupan di negara sendiri. Para penjajah telah mengambil kekayaan negeri ini dan
menjadikan kaum peribuminya hidup dalam kemiskinan. Nasib orang Melayu terpinggir dan
tidak terbela. Pak Saidi tidak mahu anak-anaknya mewarisi pekerjaannya. Pengetahuan Pak
Saidi yang luas tentang sejarah tanah air amat dikagumi oleh penduduk kampungnya. Pak
Saidi banyak membaca tulisan pengarang tanah air ketika itu seperti Syed Syeikh Al-Hadi.
Keberanian pahlawan Melayu seperti Dol Said,Mat Kilau,Datuk Bahanam,dan Datuk
Siamang Gagap sering menjadi inspirasi dalam meningkatkan semangat patriotisme yang ada
dalam dirinya.

Pak Saidi tidak mengabaikan tanggungjawabnya untuk memberikan pendidikan terbaik
untuk anak-anaknya. Beliau mahu anak-anaknya berbakti kepada agama, bangsa dan tanah
air. Oleh sebab itu, Adnan telah dilengkapi dengan ilmu keagamaan dan ilmu persilatan. Pak
Saidi sedar bahawa dengan ilmu pengetahuan sahajalah negara akan dapat dibangunkan.
pihak penjajah sememangnya tidak suka orang melayu menjadi pandai. Pelajaran yang

diperolehi mereka setakat boleh membaca dan menulis sahaja. Atas dasar itu, Pak Saidi
berhasrat mahu menghantar anak-anaknya ke sekolah aliran Inggeris untuk memperoleh ilmu
pengetahuan. Tindakan Pak Saidi itu mendapat tentangan daripada masyarakat kampung
yang khuatir anak-anak Pak Saidi akan diresapi pengaruh agama Kristian dan seterusnya
menjadi murtad. Tentangan penduduk kampung itu tidak mematahkan semangat Pak Saidi
untuk menghantar anak-anaknya menimba ilmu di sekolah aliran inggeris. Bagi Pak Saidi,
masyarakat Melayu perlu belajar daripada orang Inggeris yang lebih maju dalam pelbagai
bidang keilmuan. Anak-anak perlulah dilengkapi dengan ilmu pengetahuan kerana itu sahaja
caranya untuk mengambil alih pemerintahan negara ini daripada tangan penjajah.

Adnan bersekolah di sebuah sekolah aliran inggeris. Di sekolah, Adnan terkenal sebagai
pelajar rajin dan pintar. Sikap ringan tulangnya amat disenangi oleh teman-teman dan juga
guru-guru sekolah. Adnan menyatakan cita-citanya untuk menjadi askar. Setelah tamat
persekolahan, beliau diterima menjadi guru pelatih di Sekolah Melayu Sungai Ramal. Namun,
bidang perguruan bukanlah minatnya. Cita-citanya hanyalah satu, iaitu untuk menjadi askar.
Adnan telah terpilih menjadi askar dalam suatu sesi temu duga yang diadakan di Port Dikson.
Kejayaan Adnan terpilih untuk menjalani latihan ketenteraan menjadi buah mulut di pelosok
kampung.

Konflik berlaku apabila Nordin memperlekehkan usaha Adnan untuk menjadi tentera.
Adnan dituduh sebagai pengkhianat bangsa kerana menjadi tali barut Inggeris. Adnan tidak
menghiraukan tempelak rakan-rakan sekampungnya. Beliau menjadi pengasas Kompeni
Percubaan Pasukan Askar Melayu yang hanya berjumlah 25 orang. Kegigihan Adnan
membolehkan beliau terpilih mewakili platun Askar Melayu dalam perbarisan memberi
hormat bagi menyambut upacara pertabalan King George VI di London. Adnan telah
berkahwin dengan Sophia, anak Pak Fakih. Adnan membawa Sophia dan anak-anaknya ke
Singapura. Namun, Adnan terpaksa menghantar anak-anaknya dan isterinya pulang ke
kampung selepas mendapat berita yang mengejutkan. Beliau mendapat tahu bahawa Jepun
mahu menyerang Singapura. Mereka juga mahu menjajah Tanah Melayu.

Kesungguhan dan kecekalan 25 orang perintis askar Melayu ini telah berjaya
menyakinkan Mejar G.Mc Bruce mengenai kemampuan anak-anak muda Melayu menjadi
tentera lalu diadakan pengambilan rekrut baharu.Pada 1 Januari 1935, pasukan percubaan
Askar Melayu telah ditukarkan menjadi Rejimen Askar Melayu dengan kekuatan anggota

sebanyak 150 orang. Kemudian dipercepatkan pengambilan anggota baharu menjadi 232
orang. Mereka dibahagikan kepada dua kompeni dilengkapi dengan platun mesingan,seksyen
semboyan, dan unit tambur. Pada 1 Januari 1938, Batalion Pertama Askar Melayu ditubuhkan
dengan dianggotai 17 pegawai British, 6 pegawai melayu, 11 pegawai waran, 759
pegawai,dan lain-lain pangkat. Pada bulan Mac 1941, Rejimen Askar Melayu ditambah
kekuatan menjadi dua batalion. Mereka diberi tanggungjawab untuk mempertahankan Tanah
Melayu daripada serangan Jepun.

Pada Sabtu 6 Disember 1941, satu persidangan telah berlangsung di Manila yang dihadiri
oleh pegawai-pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat dan British.Laporan perisikan
menyatakan bahawa angkatan laut Jepun telah berlayar menuju Asia.Risikan mendapati
sekurang-kurangnya 25 buah kapal pengangkut yang diiringi oleh kapal tempur, kapal
penjajap dan kapal pembinasa menuju Laut China Selatan. Hal ini merupakan isyarat jelas

bahawa Jepun akan terlibat dalam Perang Dunia Kedua.

Batalion Kedua Askar Melayu ini ditempatkan di Kelantan menentang pendaratan askar
Jepun dan mereka terlibat dalam pertempuran di Pantai Cahaya Bulan pada 8 Disember 1941.
Pada hari pertama askar Jepun mendarat, mereka telah ditentang hebat oleh askar Melayu
yang dibantu oleh tentera India British yang berkubu di sepanjang pantai. Pada hari kedua,
kapal-kapal perang Jepun telah melepaskan tembakan di sepanjang pantai menyebabkan
ramai yang terkorban. Hal ini banyak menyebabkan askar India yang berkhidmat dengan
tentera British melarikan diri. Namun, askar Melayu terus bertahan dan berjaya
menggagalkan pendaratan askar Jepun. Namun, pada hari ketiga, askar Melayu yang sedang
bertempur diarahkan berundur. Dengan itu, askar Jepun berjaya mendarat di Kelantan setelah
tiga hari bertempur.

Mitos keuggulan tentera British di Tanah Melayu dapat dihancurkan oleh Jepun dalam
masa 3 hari sahaja apabila askar Jepun berjaya mendarat di Kota Bharu, Kelantan. Pertahanan
tentera British mudah sahaja ditewaskan oleh tentera Jepun yang cukup licik dan memiliki
kemahiran dalam peperangan. Akibatnya, negeri-negeri di Tanah Melayu satu persatu jatuh
ke tangan tentera Jepun. Kemudian, mereka terus mara ke Singapura dan dalam masa 69 hari
Inggeris terpaksa menyerah kalah kepada Jepun.

Pada mulanya British begitu yakin akan kekuatan tenteranya untuk menangkis serangan
askar Jepun. Sebaik-baik sahaja mendapat laporan tentang tentera Jepun mendarat di Kota
Bharu, Inggeris telah menghantar askarnya berkubu di sepanjang pantai. British juga

menghantar dua buah kapal perang, iaitu Prince Of Wales dan Repulse untuk
mempertahankan Tanah Melayu. Malangnya,kedua-dua buah kapal perang kebanggaan
British itu berjaya ditenggelamkan oleh kapal terbang Jepun yang melakukan serangan
kamikaze. Berita tenggelamnya dua buah kapal perang itu telah mengejutkan British sekali
gus melemahkan moral dan semangat askarnya.

Namun, mereka masih percaya satu-satunya kubu pertahanan yang dianggap kebal ialah
Singapura. Malah Inggeris yakin kubunya di Singapura itu tidak akan dapat ditembusi oleh
askar Jepun. Dalam pertempuran dengan askar Melayu di Kelantan dan di Singapura, askar
Melayu telah menunjukkan keberanian dan semangat keperwiraan yang hebat. Sebanyak 152
orang askar melayu,termasuk 7 pegawai Melayu yang dipinjamkan ke Rejimen Askar Melayu
terkorban.Antara pegawai askar Melayu yang terkorban itu termasuklah Leftenan Adnan bin
Saidi. Beliau bersama-sama dengan 42 orang anggotanya yang masih hidup telah berjuang
sehingga titisan darah yang terakhir. Pada 15 Februari 1942, askar Jepun berjaya menakluki
Singapura setelah berlaku pertempuran hebat. Akhirnya British terpaksa menyerah kalah
kepada Jepun.

SINOPSIS SETIAP BAB

BAB 1 – DARAH PAHLAWAN

Leftenan Adnan Wira Bangsa dimulakan dengan kisah Adnan (yang masih kecil)
bersama keluarganya. Pak Saidi berasa amat gembira kerana dikurniakan tiga orang anak
lelaki. Yang sulung bernama Adnan, yang tengah bernama Ahmad dan yang bongsu
dinamakan Amarullah. Tiga beradik itu membesar di Kampung Sungai Ramal, Kajang,
Selangor. Adnan sekeluarga memiliki darah pahlawan – moyangnya pernah membantu Dol
Said menentang Inggeris di Naning. Namun begitu Pak Saidi tidak suka menghebahkan cerita
itu kerana sentimen ‘siapa yang menentang Inggeris adalah penderhaka’ masih kuat ketika itu.
Penjajah (British) tidak suka kepada sesiapa yang menentang mereka. Mereka mahu
menyedut keluar sebanyak banyaknya hasil bumi daripada Tanah Melayu.

BAB 2 – KAMPUNG SUNGAI RAMAL

Adnan bermimpi menjadi adiwira sebagai Hang Tuah dan dapat menyelamatkan
Kampung Sungai Ramal Dalam bersama-sama empat orang sahabatnya. Dia bermimpi
suasana di kampung menjadi kelam-kabut, api menjulang tinggi ke angkasa dan beratus-ratus
penyamun sedang menyerang penduduk kampung. Banyak penduduk kampung yang
terbunuh manakala rumah pula banyak yang terbakar. Adnan sering bermimpi perkara yang
aneh sejak kecil dan sering membayangkan dirinya sebagai Hang Tuah. Selepas tersedar
Adnan ke kebun getah membantu ayahnya, setelah solat Zohor gilirannya pula turun ke
sawah.

BAB 3 – HARAPAN SEORANG AYAH

Ketiga-tiga anak Pak Saidi berlari mendapatkannya selepas mendengar deringan bunyi
loceng basikalnya. Pak Saidi berasa gembira kerana kepulangannya disambut oleh anak-
anaknya yang sedang berlatih silat di halaman rumah. Adnan melayan ayahnya dengan
membawakan minuman. Selepas itu dia kembali berlatih silat bersama-sama adiknya. Mereka
gemar bermain perang olok-olok dan biasanya Adnan yang selalu menang kerana sikapnya
tidak mahu mengalah. Adnan juga memperlihatkan sikap kepahlawanan dan tanggungjawab
walau ketika membantunya mahupun ketika bermain. Permintaan anak-anaknya tidak pernah
dikecewakan. Walaupun sudah dibuatkan keris daripada kayu, Adnan meminta ayahnya
membuat senapang kayu pula.

BAB 4 – DUSUN DURIAN DI TANAH PERKUBURAN

Adnan menemani ayahnya Pak Saidi ke dusun durian berhampiran Tanah Perkuburan.
Pak Saidi yang mewakafkan sebahagian daripada tanahnya menjadi Tanah Perkuburan sebab
itulah dusun itu bersebelahan dengan Tanah Perkuburan. Sikap Pak Saidi yang dermawan
menyebabkan orang kampung menyenanginya. Apabila tiba musim buah-buahan, dia selalu

menyedekahkan buah-buahan kepada penduduk kampung. Pak Saidi menceritakan bahawa
asal usul dia dan ibu Adnan dari Minangkabau, Indonesia. Dia juga menceritakan bahawa dia
pernah membantu Dol Said Pahlawan Naning menentang British. Hal ini dirahsiakan supaya
penduduk kampung tidak memandang serong. Pak Said menceritakan bagaimana Dol Said
dilayan oleh British dengan baik sedangkan pengikutnya dibuang ke India. Pak Saidi juga
menceritakan bagaimana British boleh masuk dan menjajah Tanah Melayu. Sejak itulah
orang Melayu menentang penjajahan British bukan melalui senjata tetapi melalui politik.

BAB 5 – HARAPAN SEORANG IBU

Adnan dan adik-adiknya berlatih silat pada waktu siang manakala pada waktu malam pula
Adnan diajar mengaji oleh ayahnya dan ada kalanya dengan ibunya. Adanan menyatakan
hasrat untuk mulai bersekolah supaya menjadi pandai kelak. Ibunya Milah tidak bersetuju
kalau Adnan bersekolah di sekolah Inggeris tetapi berbeza dengan pandangan Pak Saidi. Pak
Saidi berpendapat belajar di sekolah Inggeris dapat mempelajari pelbagai ilmu berbanding
sekolah agama ataupun sekolah Melayu. Milah menyatakan kebimbangan tentang pandangan
orang kampung tetapi Pak Saidi menyatakan bahawa penentangan zaman sekarang bukan lagi
menggunakan senjata tetapi berdasarkan pengetahuan yang setanding dengan orang Inggeris.
Pak Saidi menyatakan hasrat menyekolahkan anak-anaknya di sekolah Inggeris kepada
ketiga-tiga orang anaknya dan mereka menerimanya dengan senang hati. Milah juga akhirnya
akur dengan kehendak Pak Saidi.

BAB 6 – GURU BESAR STEWARD

Pak Saidi menghantar Adnan ke sekolah Inggeris. Walaupun ramai penduduk kampung
yang tidak mahu anaknya bersekolah Inggeris kerana kononnya akan menjadi murtad namun
Pak Saidi berfikiran sebaliknya. Dia ingin anak-anaknya menjadi orang yang berpelajaran.
Setiap pagi, sebelum pergi ke sawah, Pak Saidi mengayuh basikal menghantar Adnan ke
sekolah Inggeris di pekan Sungai Ramal. Tengah hari dia menjemput anaknya dari sekolah.
Syarat memakai baju baharu, seluar baharu dituruti oleh Pak Saidi. Walaupun sudah
bersekolah di sekolah Inggeris, namun Pak Saidi tetapi mengajar anak-anaknya mengaji pada
waktu malam agar anak-anaknya mempunyai jati diri yang kukuh dan tidak lupa asal usul dan
berharap anak-anaknya tidak menjadi sepertinya yang miskin. Pak Saidi menasihati anak-
anaknya supaya tidak mempedulikan apa-apa yang dikatakan oleh orang lain.

BAB 7 – MEREKA TIDAK MENGERTI

Penduduk kampung menjadi gempar apabila mengetahui Pak Saidi menyekolahkan
anaknya di sekolah Inggeris. Ternyata penduduk kampung tidak bersetuju dan membantah
tindakan Pak Saidi. Abu mencadangkan kepada Tuk Ketua supaya meminta Pak Saidi tidak
menghantar anaknya bersekolah di sekolah Inggeris dan menghalau mereka sekiranya mereka
masih berdegil. Namun, Tuk Ketua menyatakan bahawa Pak Saidi dan anaknya orang baik
sebaliknya anak Abu yang tidak elok perangai dengan mencuri buah-buahan penduduk
kampung. Abu berasa marah dengan kelakuan anaknya dan anaknya Nordin menganggap Pak

Saidi yang memberitahu Tuk Ketua akan hal ini. Mereka bercadang hendak mengenakan Pak
Saidi.

BAB 8 – SETEGUH KARANG

Karim bertemu Pak Saidi di warung. Selepas menyampaikan wang Ah Chong hasil jualan
getah, Karim menyatakan bahawa Abu telah menghasut Tuk Ketua supaya mengambil
tindakan terhadap Pak Saidi kerana menghantar anak belajar di sekolah Inggeris. Pak Saidi
tidak mengambil endah tindakan yang akan diambil oleh Abu kerana dia yakin dia tidak
melanggar undang-undang. Karim juga ingin tahu apa sebabnya Pak Saidi menghantar anak
bersekolah di sekolah Inggeris. Pak Saidi menyatakan bahawa kita harus belajar dari bangsa
yang berjaya supaya anak-anak kita dapat ilmu pengetahuan yang tinggi. Walaupun dia
marah dengan British tetapi dia suka dengan ilmu yang mereka ada. Pak Saidi menyangkal
anak-anak Karim yang perempuan semuanya tidak mampu untuk Berjaya sebaliknya di
tangan merekalah nanti Negara akan lebih maju. Petang itu rumah Pak Saidi dikunjungi oleh
Tuk Ketua kampung, Lebai Pian dan Pak Karim serta Isa. Pak Saidi menerangkan tujuan dia
menyekolahkan Adnan di sekolah Inggeris. Guru Melayu yang mengajar di sekolah itu juga
akan membantu memantau anak-anak mereka. Setelah bertukar-tukar pandangan akhirnya
mereka setuju dengan pendapat Pak Saidi walaupun tidak disenangi oleh Lebai Pian.

BAB 9 – ANAK ANAK KAMPUNG

Mamat menegur Adnan dan bertanya tentang keseronokan belajar di sekolah Inggeris.
Adnan menyatakan keseronokannya belajar di situ dan mengajar Mamat beberapa perkataan
bahasa Inggeris yang dipelajari. Mamat menyatakan ayahnya melarang dia belajar di sekolah
Inggeris kerana khuatir dia lupa agama. Adnan menafikan bahawa dia lupa agama dan tidak
berubah walaupun sudah belajar di sekolah Inggeris apatah lagi malamnya dia tetap belajar
mengaji dengan ayahnya. Mereka berbual-bual dengan Ahmad dan bercerita tentang cita-cita
apabila besar nanti. Adnan yang mahu menjadi askar supaya dapat mempertahankan Negara
dari serangan musuh. Malamnya, rumah mereka didatangi oleh dua lembaga yang tidak
dikenali. Dengan keberanian Pak Saidi dan Adnan, lembaga itu lari lintang pukang, walaupun
ada seorang yang mengena belutinya. Rupa-rupanya mereka mengerat tayar basikal milik Pak
Saidi. Pak Saidi mendengar tentang Nordin yang sakit kaki. Dia memberitahu isterinya
mungkin Nordin salah seorang lembaga yang datang pada malam tempoh hari dan dibaling
beluti oleh Adnan. Di sekolah Adnan mendapat pujian atas sikap hormat dan kerajinan serta
pendirian yang tetap menjadi askar yang dinyatakan kepada Cikgu Anderson.

BAB 10 – MASUK JAWI BASIKAL BAHARU

Adnan akan berkhatan. Adnan resah apatah lagi Tuk Mudim sudah sampai. Walaupun
Tuk Mudim berjenaka tetapi bagi Adnan itu bukanlah lawak. Rakan-rakan Adnan mengintai
dari luar. Adnan menjadi bersemangat apabila ayahnya berjanji untuk membelikan basikal
baharu apabila dia selesai berkhatan. Adnan bersemangat dan tidak gentar apabila
dikhatankan. Dia tersenyum selepas dikhatankan. Kira-kira dua minggu kemudian, luka
Adnan sembuh. Pada hari yang dijanjikan ayahnya membawa pulang sebuah basikal baharu.

BAB 11 – YAKIN BOLEH

Pak Saidi menanya Adnan tentang persekolahannya. Adnan menyatakan bahawa dia
seronok belajar di sekolah tersebut. Keesokan harinya Cikgu Nazri memulakan perhimpunan
pagi dengan pengumuman tentang Pertandingan Syarahan dalam bahasa Inggeris. Hanya
Adnan yang bersetuju untuk mengambil bahagian sedangkan rakan-rakannya yang lain tidak
berminat kerana syarahan tersebut dalam bahasa Inggeris. Akhirnya Nizam, Ah Chong dan
Ramasamy serta beberapa orang lain terangsang dengan semangat yang ditunjukkan oleh
Adnan dan turut sama dalam pertandingan tersebut. Mak Milah bangga dengan semangat
Adnan walaupun ditertawakan oleh rakan-rakannya. Pak Saidi dan Mak Milah memberikan
semangat kepada Adnan dan bertambahlah berkobar-kobar Adnan kerana mereka berjanji
akan hadir pada hari pertandingan tersebut. Akhirnya Adnan menjadi juara, Ah Chong
mendapat tempat kedua manakala Nizam mendapat tempat ketiga.

BAB 12 – JAGUH KAMPUNG

Adnan dan rakan-rakan pasukan bola sepak Kampung Sungai Ramal berjaya
mengalahkan pasukan bola sepak dari Kampung Merab. Kekalahan itu menyebabkan mereka
tidak berpuas hati. Mereka mencadangan perlawanan tinju antara jaguh Kampung Sungai
Ramal dan jaguh Kampung Sungai Merab. Cabaran itu disambut oleh Adnan yang
dicadangkan oleh anak-anak muda kampungnya. Manakala Budin mewakili Kampung Sungai
Merab. Perlawanan yang dirancang akhirnya berkesudahan dengan hampa apabila Budin dan
Adnan berdamai kerana beranggapan pertandingan tersebut tidak sah kerana tidak dijalankan
mengikut peraturan. Penyokong mereka tidak berpuas hati dan menyebarkan fitnah bahawa
Budin dan Adnan bertinju dan mencuri rambutan Pak Samaun. Pak Saidi dan Pak Husin
pulang ke rumah setelah mendengar berita tersebut. Setelah ditanya oleh Pak Saidi, Adnan
menyatakan bahawa mereka tidak bertinju dan tidak mencuri rambutan kerana masih
mendengar pesan ayahnya.

BAB 13 – DARAH MUDA

Selepas menamatkan pengajiannya, Adnan terpilih sebagai guru pelatih mengajar di
sekolah Sungai Ramal. Tetapi Adnan tidak minat bekerja sebagai guru. Dia bercita-cita
menjadi seorang askar. Namun ketika itu belum ada peluang menjadi askar Melayu.
Semenjak kecil Adnan gemar mendengar cerita kisah pahlawan-pahlawan Melayu. Dari situ
timbulnya semangat untuk menjadi askar Melayu bagi mempertahankan tanah air. Tambahan
pula pada masa itu telah mula bertiup semangat kebangsaan di kalangan anak-anak muda
terutama dalam kalangan guru-guru.

BAB 14 – ASKAR MELAYU DIRAJA

Tersebar berita mengenai ura-ura penubuhan askar Melayu. Inggeris akan mengambil
anak-anak muda bagi dilatih menjadi askar. Maka semakin kuat keinginan Adnan hendak
menjadi tentera. Pada suatu hari, Kampung Sungai Ramal dikunjungi oleh beberapa anggota
tentera British yang bertujuan mencari anak-anak muda tempatan yang berkelayakan untuk

diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Beberapa pemuda kampung termasuk Adnan
Bin Saidi ingin memohon tetapi tidak dibenarkan oleh ibunya. Ibunya lebih suka Adnan
terus menjadi guru mendidik anak bangsa. Tetapi Adnan tetap berkeras ingin menjadi tentera.
Ayahnya Pak Saidi, merestui cita-cita anaknya. Akhirnya ibu Adnan mengalah.

BAB 15 – BUKU BERTEMU RUAS

Adnan bersama beberapa orang rakannya, nekad keluar dari kampung untuk pergi ke kem
latihan ketenteraan di Port Dickson. Mereka pergi Cuma berjalan kaki dan menumpang lori
barang dari Kajang ke Seremban. Dan dari Seremban ke Port Dickson. Mereka telah diterima
menjadi tentera selepas dimaklumkan oleh dua orang anggota tentera yang datang ke
rumahnya.

BAB 16 – PERWIRA

Setelah melaporkan diri di kem, Adnan dan Mamat terpaksa menjalani latihan fizikal dan
mental bagi melayakkan diri untuk menjadi seorang tentera. Adnan menunjukkan
kesungguhan yang mendalam semasa menjalani latihan sehingga terpilih rekrut terbaik dan
seterusnya beliau diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Itulah saat yang paling
menggembirakan hati Adnan. Setelah selesai upacara perbarisan, semua rekrut telah
dimaklumkan mengenai perintah pertukaran. Adnan telah diumumkan akan bertukar ke
Singapura manakala Mamat pula ditukar ke Kedah. Semua rekrut telah dibenarkan bercuti
selama seminggu. Berita itu amat menggembirakan mereka kerana masing-masing terlalu
rindukan pada keluarga yang telah lama ditinggalkan.

BAB 17 – KEHIDUPAN BAHARU

Kerana kesungguhannya maka dalam waktu yang singkat, Adnan telah menerima
kenaikan pangkat menjadi Sarjan pada tahun 1937. Pada tahun yang sama beliau turut
terpilih menyertai upacara pertabalan King George VI di London. Tidak lama kemudian,
Adnan dinaikkan pangkat sekali lagi menjadi seorang Leftenan. Sekembalinya Leftenan
Adnan Saidi dari London, dia berkahwin dengan seorang guru di kampungnya bernama
Sophia Pakih Muda.

BAB 18 – BERHARI RAYA DI KAMPUNG

Mahligai perkahwinan Adnan dan Sophia amat bahagia ditambah seri dengan kehadiran
tiga orang anak: dua lelaki, Mokhtar dan Zainudin dan seorang anak perempuan. Tetapi bayi
perempuan itu meninggal dunia. Pada akhir tahun 1941, Lt. Adnan Saidi ditempatkan di
Pasir Panjang dan membawa keluarganya bersama-sama. Mereka tinggal di rumah besar di
Pasir Panjang, dalam kawasan yang dikhaskan untuk keluarga Rejimen Askar Melayu.

BAB 19 – PERANG DUNIA KEDUA

Apabila berlaku Perang Dunia 11, dan Jepun Jepun bersedia untuk menjajah Tanah
Melayu maka Leftenan Adnan menghantar keluarganya kembali ke kampung mereka di
Kajang. Ini merupakan masa yang gentir bagi Leftenan Adnan kerana isterinya, Sophia,
sedang mengandungkan anak mereka yang ketiga. Ini merupakan kali terakhir mereka
bersama. Dengan hati yang amat berat Sophia membawa anak-anaknya pulang ke kampung
mereka di Kajang. Sekembalinya ke Singapura, Adnan mula mengaturkan persiapan. Askar
Melayu dan tentera British bekerjasama membantu penduduk berpindah. Keadaan di Pasir
Panjang sangat sunyi. Sebagai ketua yang menjaga Pasir Panjang, Adnan sentiasa bersiap
sedia dan berjaga-jaga.

BAB 20 – BUKIT CANDU

Leftenan Adnan diminta bertugas di Bukit Candu tetapi dalam masa yang sama Pasir
Panjang juga di bawah tanggungjawabnya. Sarjan Arshad mencadangkan agar mereka
mempertahankan satu tempat sahaja namun kebijaksanaan Adnan menyatakan bahawa
British mahu mempertahankan Bukit Candu juga kerana di sebalik bukit tersebut ada kilang
Candu kepunyaan Inggeris. Mereka pun berkemas ke Bukit Candu kerana kawasan tersebut
kawasan yang pentig. Di situ ada penduduk kampung yang tidak mahu berpindah. Adnan
memerintahkan supaya dibina kubu. Setelah kubu-kubu siap dibina melalui gotong-royong.
Keesokan harinya bertemankan Sarjan Hassan, Adnan berjumpa Penghulu Sidek bagi
membincangkan masalah penduduk yang enggan berpindah. Mereka tidak Berjaya mengajak
penduduk kampung berpindah. Apa yang boleh dibuat ialah memperketat kawalan dan
mencadangkan pasukan pengawal kampung. Adnan gembira apabila mendapat surat daripada
isterinya yang mengatakan bahawa semua ahli keluarganya dalam keadaan selamat.
Sebenarnya askar British, Nepal dan India juga tidak berminat untuk meneruskan perjuangan.
Adnan berpendapat bangsa Melayulah yang harus mempertahankan tanah air.

BAB 21 – DI AMBANG PERANG

Sabtu 6 Disember 1941, berita kemaraan tentera Jepun bertiup kencang. Menurut Sir
Thomas Philips bahawa askar Jepun akan menyerang Tanah Melayu. Walaupun dijangkakan
serangan itu dapat dipatahkan namun mereka akan mengalami pertempuran yang sengit.
Mereka menjangkakan askar Jepun akan mendarat di Kelantan dan Singapura. Cadangan
Laksamana Thomas C. Hart mendapat persetujuan ramai. Dengan adanya pesawat peninjau,
dapatlah pihak British mengetahui tahap kekuatan, jumlah tentera, dan mengesan lokasi
mereka. Akhirnya penduduk kampung mulai mempercayai bahawa Bukit Candu akan
diserang dan mereka bersetuju untuk berpindah. Kalam keadaan yang genting itu, dua
lembaga cuba menceroboh rumah penduduk kampung yang ditinggalkan. Dengan bantuan
pengawal kampung dan askar, kedua-dua lembaga tersebut Berjaya ditangkap. Rupa-rupanya
mereka hendak mencuri dan salah seorang daripada mereka ialah Samad.

BAB 22 – HATI-HATI YANG RESAH

Pagi itu Leftenan Adnan dan pegawai-pegawainya berkumpul di depan pejabat pangkalan
tentera di Bukit Candu. Mengikut jadual ada pengawai baharu yang akan datang melaporkan
diri pada sebelah pagi dan pegawai tersebut tidak suka ditukarkan ke Bukit Candu. Akhirnya
Kapten Rix datang pada sebelah tengah hari. Setelah sejam meninjau di udara akhirnya
Pegawai Penerbangan Ramshaw melaporkan ternampak tiga buah kapal di lautan yang
dipantainya. Mereka berpendapat Jepun telah membuat persiapan untuk berperang. Apabila
cuaca kembali reda, malam itu juga pesawat peninjau melaporkan konvoi Angkatan Tentera
Jepun hilang dari lautan yang sepatutnya. Mereka berpendapat pihak musuh mengalih laluan.
Tentera Britsih mengerahkan semua pasukan berjaga-jaga. Adnan memberikan taklimat di
Bukit Candu dan Pasir Panjang supaya mempertingkatkan kawalan. Dalam waktu yang
sama, Tijah memerhatikan Sophia yang semakin berubah. Sophia kelihatan termenung dan
gelisah. Sophia begitu bimbang dengan nasib Adnan. Dia takut kehilangan Adnan.

BAB 23 – BERMULANYA SENGKETA

Penduduk di Tanah Melayu mula berasa cemas dengan berita tentera Jepun akan
menyerang. Namun ada juga yang berasa gembira kononnya Jepun hendak menghalau
penjajah dan memerdekakan Tanah Melayu. Penduduk kampung Sungai Ramal juga bercerita
mengenai perang. Pak Saidi tetap tidak mahu berlakunya perang. Namun dia berserah
kepada takdir kerana tiga orang anaknya iaitu Leftenan Adnan dalam askar Melayu, Ahmad
dalam angkatan tentera Laut dalam kapal HMS Pelanduk, dan Amarullah juga dalam askar
Melayu.

Pak Saidi bangga kerana ketiga anaknya berada dalam angkatan tentera. Namun ibunya
tetap risau sekiranya berlaku peperangan. Leftenan Adnan sering mengutus surat kepada
adik-adiknya sambil memberi kata-kata perangsang supaya berjuang bersungguh-sungguh
demi tanah air.

BAB 24 – PERANGKAP TIDAK MENGENA

Sejurus selepas tengah malam, tentera Jepun bergerak ke arah pantai yang dipertahankan
oleh pasukan India British yang mengawal pantai. Pasukan meriam British mula membedil
sepanjang kawasan persisiran pantai dan laut sewaktu telah jelas bahawa tentera Jepun sudah
memulakan pendaratan mereka. Tembakan suar menerangkan kawasan pendaratan Jepun dan
unit Dogra mula menembak ke arah pesawat pendarat sebaik sahaja pesawat itu diterangi suar.
Usaha pertahanan dilakukan bersungguh-sungguh oleh unit Dogras tetapi mereka
menghadapi tentangan yang sengit. Kubu mesingan (MG) di pantai digunakan dengan
berkesan terhadap tentera Jepun yang mula mendarat di pantai dan membunuh banyak askar
Jepun termasuk komander batalionnya, Mejar Nakamura, yang mengetuai orang-orangnya
menyerbu kedudukan musuh. Kolonel Masanobu Tsuji menulis dalam bukunya mengenai
Kempen Tanah Melayu: “Kubu-kubu kecil musuh yang disediakan dengan teliti bertindak
dengan ganas dan sepenuh kekuatan sehinggakan orang-orang kami terbaring di pantai,
separuh dalam air, separuh di pantai, tidak dapat mengangkat kepala mereka”. Tidak
sehingga tentera Jepun memusatkan serangan mereka terhadap dua buah kubu kecil dan parit

pertahanan sokongan yang menguasai kawasan pendaratan, barulah mereka menguasai
tempat mendarat. Dalam pertempuran secara berhadapan, tentera Jepun berjaya
menumpaskan tentera India British yang bertahan kawasan penting ini. Semasa pertempuran
ini berlaku, gelombang penyerang kedua tersangkut di pantai terbuka dihujani tembakan
meriam British yang mengakibatkan jumlah korban yang teruk. Bagaimanapun, sebaik sahaja
kubu kecil telah dimusnahkan, pasukan ini mampu bergerak ke hadapan dan membolosi
kedudukan Dogra. Walaupun membuat serangan balas, kedudukan supai India tidak dapat
dipertahankan lagi dan pasukan pertahanan mula berundur.

BAB 25 – GAGALNYA OPERASI MATADOR

Pada 8 Disember 1941, dalam mesyuarat tergempar di Bilik Gerakan Pangkalan Tentera
British di Kota Bharu, Pemerintah Kor, Jeneral Heath memaklumkan bahawa tinjauan udara
di Teluk Siam mendapati adanya pergerakan besar-besaran tentera Jepun di Songkhla dan
Pattani. Ops Matador dilancarkan oleh Jeneral Heath. Oleh sebab Jeneral A.E. Percival yang
dipertanggungjawabkan mendapat berita tersebut lewat akhirnya tentera Jepun sudah pun
mendarat di Kota Bharu. Namun tersekat di Sungai Kelantan kerana ada kubu tentera British
di situ. Pertempuran sengit berlaku dan akhirnya tentera Jepun Berjaya memasuki Kelantan.
Pegawai dan askar yang menjaga Lapangan Terbang Pengkalan Chepa lari ke Stesen Kereta
Api Kuala Krai. Mereka akhirnya membakar Lapangan Terbang Pengkalan Chepa agar pihak
musuh tidak dapat menggunakannya. Jerangkap samar yang dipasang di Lapangan Terbang
Pengkalan Chepa telah menyebabkan ramai askar Jepun terbunuh. Akhirnya tentera Jepun
berjaya menawan Kelantan. Pada 9 Disember 1941, tentera Jepun menempatkan askarnya di
Lapangan Terbang Pengkalan Chepa. Tentera British menggugurkan bom seberat 250 paun
dan tepat mengenai sasaran kapal pengangkut IJN Awajisan Maru yang merupakan kapal
Jepun pertama yang ditenggelamkan dalam Perang Dunia Kedua. Tentera membalas serangan
tentera British di Butterworth dan juga di Kuantan., Alor Setar dan Sungai Petani.

BAB 26 – SERANGAN BERTALI ARUS

Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang telah diserang oleh tentera Jepun dalam
masa yang singkat. Harapan tentera British ialah tentera laut. Kapal perang kebanggaan
British HMS Prince of Wales dan HMS Repulse meninggalkan Singapura menuju ke
Kelantan. Walau bagaimanapun pergerakan kapal perang itu berjaya dikesan oleh pihak
Jepun. Sepuluh buah pesawat Jepun diarahkan melakukan serangan kamikaze terhadap dua
buah kapal perang British itu. Akhirnya dua buah kapal perang British berjaya
ditenggelamkan oleh tentera Jepun. Pada 11 Disember 1941, Jeneral A.E. Percival
memerintahkan Regimen Punjab menyekat kemaraan tentera Jepun di Changlun. Tentera
Jepun menggunakan kereta kebal bagi menyerang tentera Punjab. Pada 12 Disember 1941,
Jeneral Yamashita memerintahkan 85 buah pesawat pengebom Jepun menyerang pertahanan
British di Pulau Pinang. Walau bagaimanapun mereka tersalah sasar dengan membuat
serangan terhadap kawasan awam. Pada hari yang sama tentera Jepun bergerak ke Jitra.
Tentera Jepun menggunakan kereta kebal dan bedilan artileri untuk memberikan lalukan
kepada tentera infantry menyerang garisan pertahanan yang dijaga Batalion Punjab dan
Gurkha. Walau bagaimanapun tentera ini dapat ditewaskan. Tangisan Mak Milah

mengejutkan Sophia di dapur. Ahmad anak mereka telah terkorban di medan perang dan turut
tersemadi di dasar laut. Hati Sophia dirundung kebimbangan memikirkan nasib suaminya.

BAB 27 – PERANCANGAN DUA JENERAL

31 Januari 1942, penduduk Johor Bahru gembar dengan kehadiran ramai tentera Jepun.
Mereka yang tiba dengan berjalan kaki dan menaiki basikal kelihatan berkeliaran di mana-
mana. Akibat tiada pertahanan yang kukuh di Johor, tentera Jepun Berjaya menawan satu
persatu negeri di Tanah Melayu. Hal ini memberikan tamparan kepada tentera British yang
selama ini dianggap paling kuat di dunia. Akibat kekalahan itu, Panglima Tertinggi British di
Timur Jauh, Sir Robert Brooke-Popham dilucutkan jawatan dan digantikan oleh Leftenan
Jeneral Sir Henry Pownall. Pada petang 31 Januari 1942, seluruh Semenanjung Tanah
Melayu jatuh ke tangan Jepun. Pasukan tentera British yang terakhir meninggalkan Tanah
Melayu telah meletupkan Tambak Johor sebagai usaha menyekat kemaraan Jepun. Samad
dijadikan sebagai pengintip tentera Jepun memerhati gerak tentera British. Hasil dari
maklumat Samad, pengintip Jepun telah melaporkan kepada markas di Kluang. Kapten Rix
dan Leftenan Adnan mengatur persiapan menentang tentera Jepun. Leftenan Adnan kecewa
kerana tentera asing tidak bersungguh-sungguh mempertahankan Tanah Melayu.

BAB 28 – PERETEMPURAN DEMI PERTEMPURAN

3 Februari 1942, Tentera Jepun telah bersedia untuk melancarkan serangan. Jeneral
Yamashita menghantar 13000 orang tentera elitnya bagi melakukan pendaratan di bahagian
utara Singapura berhampiran Sarimbun. Jeneral Yamashita mengarahkan supaya tenteranya
memusnahkan tangki-tangki minyak di Pelabuhan Tentera Laut Singapura. Pasukan artileri
Jepun pula menyerang Pangkalan Udara Tengah di Seletar dan di Sembawang. Markas
tentera Jepun dipindahkan ke Istana Bukit Serene di Johor Bahru. Pertempuran di ruang udara
Singapura berlangsung sepanjang hari dari pagi hingga ke petang. British terpaksa
memindahkan kapal terbang Hurricanes dan Buffaloes yang selamat ke Palembang. Masalah
pentadbiran dan kawalan menyebabkan pertahanan tentera Berikat semakin lemah. Rejimen
Askar Melayu bersungguh-sungguh mempertahankan kedudukan. Satu-satunya pasukan yang
masih bersemangat untuk bertempur dengan tentera Jepun ialah askar Melayu. Adnan dan
anggotanya tetap akan berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir walaupun anggota
pasukannya tidak ramai tetapi dia percaya hanya dengan semangat juang yang tinggi mampu
memberikan tentangan sengit kepada musuh.

BAB 29 – TERUS BERJUANG

Leftenan Adnan curiga dengan Samad yang lalu-lalang di hadapan pangkalan. Petang itu
Penghulu Deraman daripada pengawal kampung datang bertemu Leftenan Adnan untuk
menyatakan persediaan mereka bertempur membantu pasukan askar Melayu menentang
tentera Jepun. Dalam perbincangan mereka mengagak bahawa Samad dan dua orang adalah
pengintip Jepun dan menganggap tali barut seperti Samad tidak harus dibiarkan. Malam itu
Penghulu Deraman Berjaya mengesahkan bahawa Samad adalah tali barut Jepun. Malam
keesokannya mereka Berjaya dikalahkan. Jeneral Yamashita berang apabila tiga orang

pengintipnya mati ditembak askar Melayu. Berita pertahanan Pasir Panjang diserang tentera
Jepun menambahkan kebimbangan Jeneral A.E. Percival. Tentera Jepun mengubah taktik
serangan dengan menggunakan kereta kebal. Kemaraan mereka ditentang hebat pasukan
askar Melayu. Setelah beberapa buah kereta kebal Jepun dapat dimusnahkan, akhirnya tentera
Jepun berundur semula ke Jurong. Askar Melayu diserang oleh tentera Jepun yang marah.
Berita itu menggusarkan Leftenan Adnan. Apatahlah lagi Kapten Rix bagai membiarkan
sahaja askar Melayu mempertahankan Pasir Panjang.

BAB 30 – SERANGAN BALAS

Askar Melayu keletihan sebab tidak cukup tidur dan tidak tentu makan. Selepas solat
Subuh, mereka kembali menjalankan tugas masing-masing. Suasana hening menjadi gempar
apabila dikejutkan dengan berita tentera Jepun sudah datang. Adnan mengarahkan
anggotanya bersiap sedia. Tentera Jepun menghantar utusan untuk berunding. Adnan tetap
tidak mahu berundur diikuti dengan pengeboman tentera Jepun dari udara. Pertempuran
berlaku antara kedua-dua pihak. Banyak nyawa yang terkorban. Kompeni C begitu
mempertahankan Bukit Candu. Pertempuran ini memperlihatkan semangat juang askar
Melayu lebih komited dan berani. Namun tidak berupaya mengalahkan askar Melayu. Hal ini
menimbulkan kemarahan tentera Jepun. Pertempuran berlaku di Pasir Panjang menyebabkan
anggota Leftenan Adnan hendak membantu tetapi dihalang oleh Adnan. Adnan bimbang
Bukit Candu akan diserang. Tentera Jepun menyamar dengan memakai pakaian tentera Sikh
yang ditawan. Adnan tidak sedap hati kerana dia tidak dimaklumkan tentang hal itu.
Akhirnya Adnan menyerang tentera Jepun yang menyamar dan menyebabkan tentera Jepun
banyak kehilangan nyawa.

BAB 31 – BIAR PUTIH TULANG

Mejar Kimura bersetuju agar tentera Jepun menggempur askar Melayu petang tersebut
hingga musnah. Dari puncak Bukit Candu, askar Melayu dapat melihat dengan jelas tentera
Jepun sedang mara. Tentera Jepun yang menyangka pertahanan di Bukit Candu telah musnah
tiba-tiba dihujani dengan tembakan mesingan dari arah bukit. Tidak lama kemudian kapal
terbang Jepun menyerang semula kedudukan mereka. Ternyata pertahanan askar Melayu di
Bukit Candu masih kukuh. Koperal Senin, Lans Koperal Yusof turut terkorban. Keadaan
semakin genting kerana musuh menyerang dari pelbagai arah. Kapten Rix cedera parah dan
akhirnya meninggal dunia. Tembakan yang dilepaskan oleh askar Melayu sudah tidak
serancak mula-mula tadi Adnan memerintahkan supaya jangan berundur dan mengalah.
Penghulu Deraman, Deris dan Haji Burhan berasa sedih kerana tidak dapat membantu Adnan
sebagaimana janjinya.

BAB 32 – TUMPAH DARAH PERWIRA

Pertempuran sengit berlanjutan di Bukit Candu. Semua jenis senjata digunakan, termasuk
bom tangan dan senjata automatik. Lt. Adnan sendiri mengendalikan senjata mesingan jenis
Lewis Gun. Dalam kebanyakan kes, askar bertempur dalam pertempuran berhadapan
menggunakan bayonet. tetapi, mereka kekal bertahan mengecewakan pihak musuh. Dalam

pertempuran yang berikutnya pegawai dan tentera mati. Adnan cedera parah tetapi enggan
berundur dan sebaliknya menyuruh orang-orangnya berjuang sehingga ke titisan darah
terakhir. Keberaniannyalah yang menaikkan semangat juang orang-orangnya untuk bertahan
bersungguh-sungguh. Tentera Jepun yang marah kerana keberaniannya menentang musuh
sehingga ramai yang terkorban telah berjaya menawan Leftenan Adnan lalu diserkup dengan
guni. Tentera Jepun kemudiannya telah menggantungkan Leftenan Adnan yang cedera parah
itu pada dahan pokok ceri. Kerana meradang akibat kehilangan ramai rakan, tentera Jepun
kemudiannya telah berbaris panjang kemudian mereka berjalan di bawah pokok ceri itu.
Setiap orang yang lalu di bawah pokok ceri itu telah menikam tubuh Leftenan Adnan yang
tergantung pada pokok tersebut dengan boyonet. Kejadian itu dilihat oleh Koperal Yaakob.

BAB 33 – JATUHNYA KOTA SINGA

Dua hari selepas pertempuran di Bukit Candu dan setelah askar British menyerah kalah,
Haji Burhan dan beberapa orang penduduk kampung yang tinggal berhampiran dengan Bukit
Candu telah memanjat bukit tersebut. Mereka menjumpai sebuah banglo lalu memasukinya.
Di sana terlihat berpuluh mayat askar Melayu bergelimpangan. Ada yang putus lehernya dan
ada pula yang terburai perutnya akibat tikaman dan tetakan senjata tajam. Mereka juga
terjumpa seorang yang masih hidup lalu merawatnya. Kemudian Koperal Yaakob pun
menceritakan kehebatan askar Melayu menentang Jepun sehingga ke titisan darah terakhir.
Kemudian penduduk kampung mengumpulkan mayat-mayat askar Melayu lalu
mengebumikannya.

BAB 34 – DARAH MENGALIR DI SUNGAI RAMAL

Pada suatu hari berpuluh-puluh askar Jepun sampai ke kampung Sungai Ramal, Kajang.
Mereka mencari keluarga Leftenan Adnan. Tetapi penduduk kampung telah berpakat tidak
akan bekerjasama dengan tentera Jepun. Mereka menyembunyikan keluarga Leftenan Adnan.
Keberanian Leftenan Adnan menjadi pencetus semangat anak-anak muda bagi menentang
tentera Jepun. Ramai yang menyertai pasukan pembebasan rakyat bagi menentang
pendudukan Jepun di tanah Melayu

BAB 35 – PERJUANGAN BELUM BERAKHIR

Penduduk Pekan Sungai Ramal hidup dalam ketakutan dan kesusahan di bawah
pemerintahan Jepun. Peniaga-peniaga Cina menutup kedai kerana takut dengan keganasan
Jepun. Penduduk kampung yang menjadi mangsa hidup dengan serba kekurangan. Rakyat
terpaksa memakan ubi, pisang ,dan apa saja yang boleh menjadi alas perut. Sophia dan anak-
anaknya dijaga oleh ayahnya iaitu Pakih Muda. Sophia diuji lagi dengan kematian anak
perempuannya, Fatimah akibat demam panas. Pada 15 Ogos 1945, Jepun telah menyerah
kalah dan Tanah Melayu diperintah semula oleh British. Rakyat telah kembali memulakan
kehidupan baru dengan mengerjakan ladang dan sawah sebagai kegiatan harian. Sophia
bekerja di sawah dan menoreh getah untuk menyara anak-anaknya. Setelah Sekolah
Kebangsaan Sungai Ramal dibuka semula, Sophia telah ditawarkan semula mengajar di
sekolah itu. Pada hari pertama memulakan tugas di sekolah, Sophia telah berkenalan dengan

Ustaz Ridwan dan akhirnya mereka berdua telah berkahwin menjadi pasangan suami isteri
yang bahagia. Selepas empat tahun berkahwin, mereka telah berpindah ke Melaka. Sophia
disahkan menghidap penyakit leukimia.

KEKUATAN

Pada pendapat saya, terdapat lima kekuatan dalam Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa
karya Abdul Latip Talib ini. Kekuatan yang pertama ialah novel ini mempunyai plot dan
jalan cerita yang menarik kerana ia menceritakan kisah sebenar. Oleh itu, para pembaca akan
lebih tertarik untuk membaca novel ini. Selain itu, para pembaca dapat memperoleh banyak
nilai murni dengan membaca novel ini. Seterusnya, novel ini memberi banyak pengajaran
kepada para pembaca iaitu kita haruslah mempunyai semangat patriotisme agar kita dapat
memperjuangkan hak negara kita apabila diserang negara asing. Di samping itu, gaya
penulisan Abdul Latip Talib yang terperinci pula menambahkan lagi aliran emosi dan
membuatkan jalan cerita menjadi lebih realistik. Akhir sekali, para pembaca mudah
memahami jalan cerita ini dan dapat memperoleh pelbagai pengajaran dan kebaikan.

KEKURANGAN

Terdapat beberapa kekurangan juga pada setiap novel yang dihasilkan. Antaranya
ialah jalan cerita novel Leftenan Adnan ini agak meleret dan panjang. Ini akan membuatkan
para pembaca hilang minat untuk membaca. Seterusnya, novel ini juga mempunyai jalan
cerita yang padat dan dapat menyukarkan para pembaca untuk memahami isi kandungannya.
Selain itu, novel ini mempuyai terlalu banyak fakta yang membuatkan ramai orang bosan.
Hal ini kerana remaja pada zaman kini tidak minat dengan cerita benar. Di saming itu,
penulis juga kurang menceritakan tentang Amarullah, adik Leftenan Adnan yang merupakan
seorang tentera laut. Akhir sekali, penulis tidak menceritakan banyak tentang isteri kepada
Leftenan Adnan iaiu Sophia.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Pada pendapat saya, terdapat beberapa aspek yang atut ditambah baik dalam novel
Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib. Yanng pertama jalan cerita novel ini
tidak dipanjangkan supaya pembaca tidak mudah hilang minat. Seterusnya, penulis
meceritakan lebih banyak berkaitan watak sampingan seperti isteri dan adik Leftenan Adnan.
Kemudian, penulis menambahkan unsur fiksi dan bukan semuanya fakta belaka. Selain itu,
penulis bolrh menceitakan tentang Sophia iaitu isteri Leftenan Adnan yang menjaga 3
anaknya semasa dia pergi berperang. Akhir sekali, penulis juga boleh menceritakan dengan
lebih terperinci semasa leftenan Adnan mati setelah ditikam dengan teruk.

RUJUKAN NOVEL

 https://karangan.net/leftenan-adnan-wira-bangsa/#Pak_Saidi
 https://www.sistemguruonline.my/2019/09/novel-leftenan-adnan.html
 https://shopee.com.my/search?keyword=leftenan%20adnan%20wira%20bangsa
 http://novelkomsasjawapan.blogspot.com/2015/01/novel-leftenan-adnan-wira-

bangsa_16.html
 http://komsas4.blogspot.com/2017/02/sinopsis-leftenan-adnan-wira-bangsa.html?=1

NOVEL DI SEBALIK DINARA

PENGENALAN

Mikrocip itu berupaya menjadi penerima isyarat dan mentafsirkan kepada arahan dan
seterusnya menggerakkan anggota tubuh Farisha untuk bertindak balas. Ia adalah hasil
daripada kajian yang mengambil masa lebih 20 tahun. Mungkin kerana teknologi, ada pihak
yang ingin memilikinya, lantas menceroboh masuk sistem Dinara dan menanam virus di situ.
Dan mungkin kerana teknologi itu juga, Dinara bakal lumpuh.

BIOGRAFI PENULIS

Dayang Noor atau nama sebenarnya Noor Aziza Sulaiman. Beliau lahir pada 1974 di
Pahang, Malaysia. Beliau ialah seorang penulis novel Bahasa Melayu sambilan. Beliau
memiliki ijazah dalam Kejuruteraan Elektronik dan Komputer dan kini bekerja sebagai
Eksekutif IT dengan salah satu syarikat penyepaduan sistem IT terbesar di Selangor,
Malaysia. Beliau telah menulis 2 buah novel fiksyen pulpa dalam bahasa Melayu – Jerat
(2011) dan Hilang (2012). Dia tinggal di Selangor, Malaysia bersama suami dan 3 anak lelaki.

SINOPSIS KESELURUHAN

Farisha berkenalan dengan Aqram dalam penerbangan dari Nusa Jaya ke KLIA.

Tanpa disedari, Aqram telah mengambil cawan minuman Farisha dengan tujuan untuk

menguji DNA gadis itu. Jurutera keselamatan sistem itu tidak dapat memasuki rumahnya
kerana Azraai (abang Farisha) telah memasang pengimbas retina pada pintu rumahnya yang
disewa bersama-sama Shida. Azraai bimbang akan keselamatan adiknya. Keesokan hari,
Farisha dan Rosman bertemu dengan Aqram di sebuah simposium. Aqram menawarkan
sebuah projek mini kepada mereka. Beberapa hari kemudian, Farisha menyatakan
persetujuannya terhadap projek itu. Aqram memperkenalkan Farisha dan Rosman kepada Dr.
Maxi. Mereka berada di rumah kepunyaan Karl iaitu seorang penyelidik di Soft Lab yang
banyak berjasa malah pernah menerima anugerah inovasi peringkat kebangsaan. Dr. Maxi
menawarkan RM1.5 juta kepada Farisha dan Rosman untuk menggodam tiga kelompok
komputer Soft Lab dalam tempoh empat minggu.

Kini, Karl terlantar akibat barah dan projek Dinara di Soft Lab terhenti. Farisha dan
Shida memulakan kerja di Soft Lab. Shida diminta oleh Soft Lab untuk menulis sebuah
rencana manakala Farisha akan menggodam dan mengukuhkan sistem Dinara. Farisha
diperlukan oleh Dr. Maxi untuk rancangan mereka manakala Shida pula ialah physical
backup kepada Farisha. Rakan kongsi Farisha iaitu Rosman tidak dapat bersama-sama di Soft
Lab kerana mengurus projek di Senawang. Pagi berikutnya, Farisha telah dipukau oleh Alia
berdasarkan arahan Dr. Maxi. Dalam keadaan bawah sedar, Alia telah berkomunikasi dengan
Karl yang meminta pertolongan Farisha untuk menyelamatkan Dinara. Hal ini mengundang
kemarahan Alia yang menyangka Farisha menjalin hubungan dengan Karl. Ketika makan
tengah hari, Shida mengungkapkan persoalan tentang Medina yang menghilangkan diri
secara tiba-tiba dari Soft Lab. Pada pendapat Farisha, kehilangan Medina bukanlah persoalan
yang besar.

Semasa meneliti kontrak yang diberikan oleh Soft Lab, Farisha mengalami sakit

kepala secara tiba-tiba. Rosman, Farisha dan Shida memutuskan untuk pulang ke rumah.
Uncle Seng, pemilik kedai runcit di bangunan itu memberitahu mereka bahawa dia melihat
dua orang yang kelihatan mencurigakan namun tiada laporan polis dibuat. Dua malam

kemudian, Farisha mengunjungi Azraai dan keluarganya. Dia terkejut apabila mendapat tahu
bahawa Azraai terkena serangan jantung dan hakikat bahawa dia ialah anak angkat kepada
keluarga Azraai.

Keesokan pagi, Farisha pengsan di Soft Lab lalu dikejarkan ke hospital. Aqram

mendapatkan Shida untuk mengetahui penyakit yang sedang dihidapi oleh Farisha namun
Shida tidak tahu apa-apa mengenainya. Dr. Maxi bersedia dengan Plan B iaitu menyediakan
Shida sebagai pengganti Farisha. Di rumah, Shida mencari bukti tentang penyakit Farisha
tetapi tidak berjaya sebaliknya dia mengetahui rahsia Farisha yang merupakan anak angkat.
Di hospital, Farid dan Amin menggunakan peranti untuk mendapatkan maklumat daripada
fikiran Farisha dan berjaya. Selepas mereka beredar, Aqram pula datang dan mengukur tahap
kesihatan gadis itu. Kesihatannya amat tidak memuaskan. Dr. Maxi mengarahkan Aqram,
Khairul Anwar dan Alia bersedia untuk menyediakan Shida sebagai pengganti Farisha.

Keesokannya, Shida menjalani sesi bawah sedar untuk berkomunikasi dengan Karl.
Dr. Maxi hanya menghentikan sesi tersebut setelah lima minit walaupun Shida menunjukkan
tindak balas di luar jangkaan. Farisha pula dihubungi oleh mummy melalui minda bawah
sedar. Di suatu tempat yang lain, Farid dan Amin kehairanan melihat Marilyn kegembiraan.
Rupa-rupanya Marilyn (mummy) telah dapat berhubung dengan Farisha. Di Soft Lab, Shida
yang kemurungan mengurungkan diri di bilik Farisha. Aqram mencuba menerobos minda
Shida namun gagal. Di hospital, Azraai memberitahu Farisha tentang ibu kandung Farisha.
Setelah Farisha memaklumkan Azraai bahawa mummy telah menghubunginya, Azraai
membawa Farisha keluar dari hospital lalu menuju ke selatan. Di Soft Lab pula, Shida
berhubung dengan Karl melalui sesi bawah sedar. Karl mengarahkan supaya Farisha dibawa
ke situ kerana virus yang disusup ke dalam Dinara akan diaktifkan lalu memusnahkan Dinara
serta ribuan manusia. Dalam perjalanan ke Kulai, Farisha diculik oleh orang suruhan mummy.
Karl (Shida) mendedahkan kisah silamnya. Antaranya ialah penyeksaan terhadap seorang
wanita hingga cacat dan pendedahan identiti sebenar Khairul Anwar. Alia mengakui bahawa
dialah wanita cacat yang diseksa oleh Karl kerana enggan meninggalkan agamanya. Medina
pernah menjalani proses seperti Shida tetapi gagal. Rosman dan Azraai menuju ke Soft Lab.
Keadaan di Soft Lab semakin tegang apabila Karl (Shida) menyanyikan lagu yang
didendangkan setiap kali dia selesai menyeksa Alia. Aqram merayu kepada Dr. Maxi supaya
mengembalikan diri Shida yang sedia kala. Marilyn berusaha mengambil hati Farisha dengan
menceritakan perkara sebenar yang terjadi. Melalui telefon, Dr. Haris memberikan amaran

tentang kesihatan Karl yang semakin merosot namun tidak dipedulikan oleh Dr. Maxi.
Karl(Shida) berusaha untuk menghapuskan virus dalam Dinara dengan menggunakan

komputer table. Kedatangan Marilyn (Medina / mummy) ke Soft Lab telah membongkar
rahsia bahawa Marilyn (Medina / mummy) dan Karl ialah ibu bapa kandung Farisha. Karl
(Shida) dipengsankan kerana Karl yang sebenar sedang nazak. Semua orang bergegas ke
rumah Karl. Mereka diberikan peluang untuk berjumpa dengan Karl buat kali terakhir. Karl
menghembuskan nafas terakhir tepat pada pukul 7.00 malam. Wasiat terakhir Karl ialah
mayatnya dibakar, dan abunya ditabur di Selat Melaka. Upacara dijalankan di Port Dickson.
Shida yang berkelakuan aneh menyebabkan Aqram berpendapat bahawa Karl masih berada
dalam diri Shida. Farisha yang terkejut berlari mendapatkan Marilyn. Apabila Karl (Shida)
menyatakan bahawa dia tidak sanggup meninggalkan Akeem, Aqram terus terdiam.

SINOPSIS SETIAP BAB

BAB 1

Farisha seorang gadis yang bertugas sebagai jurutera keselamatan sistem baru sahaja
selesai bermesyuarat di Nusa Jaya. Semasa berada di Lapangan Terbang Senai, Farisha
berkenalan dengan Aqram dan secara kebetulan mereka duduk bersebelahan di dalam kapal
terbang ke KLIA. Farisha agak teruja melihat jam tangan yang dipakai oleh Aqram yang
merupakan pusat kawalan elektronik peribadinya. Sesampainya di pintu apartmentnya,
Farisha terperanjat sekali lagi apabila melihat pintunya juga telah terpasang “retinal scanner”.
Farisha terpaksa menunggu Shida kawan serumahnya yang sedang bermain skuasy dengan
JUJU sebuah android untuk masuk ke apartment mereka. Farisha ingin tidur awal kerana
besok dia akan menghadiri satu simposium di Hotel Renaissance. Dalam masa yang sama
rupa-rupanya Aqram sudah dapat mencuri cawan minuman Farisha semasa di dalam kapal
terbang tadi dan dapat bekerjasama dengan Dr. Maxi untuk mengkaji DNA Farisha.

BAB 2

Pada keesokan harinya Farisha dan Rosman pembantunya menghadiri sebuah
simposium yang akan dirasmikan oleh Phillips Young, Presiden Persatuan Penggodam
Antarabangsa. Bermula daripada pendaftaran, pencetakan bahan, sehingga mengatur
kedudukan dalam simposium tersebut semua diuruskan oleh robot. Sehinggakan Farisha
berasa kecewa kerana Phillips Young menyampaikan ucaptama beliau hanya melalui
hologram sahaja. Tanpa diduga Farisha bertemu lagi dengan Aqram. Dalam pertemuan ini
Aqram menyatakan keinginannya mencari jururunding untuk sebuah projek mini di
makmalnya. Dalam pada itu Aqram telah berjaya menerobos fikiran Farisha menggunakan
penetrator berupa sebatang pen berwarna perak. Tetapi pendinding WALL yang dimiliki oleh
Farisha dapat menangkis segala maklumat yang dikumpul dalam ingatan Aqram. Sebenarnya
Aqram sudah sebulan cuba menjejaki Farisha untuk dibawa ke Soft Lab untuk
menyelamatkan Dinara.

BAB 3

Berikutan dengan tawaran Aqram yang ingin mencari jururunding untuk satu projek,
Farisha dan Rosman telah menghubungi Aqram. Aqram bersetuju membincangkan perkara
itu di Puchong, berjumpa dengan Karl. Karl seorang yang pernah menerima anugerah inovasi
peringkat kebangsaan tiga tahun dahulu. Tetapi sebelum berjumpa dengan Karl, Aqram telah
memperkenalkan Farisha dan Rosman kepada Dr.Maxi dan beliau telah menawarkan RM1.5
juta kepada mereka berdua untuk tugas menggodam tiga kelompok komputer Soft Lab dalam
tempoh empat minggu. Farisha meminta sedikit waktu untuk membuat keputusan. Sebelum
pulang Farisha dan Rosman diberi peluang untuk melihat Karl yang terlantar sakit barah.
Projek Dinara yang diteraju oleh Karl terhenti kerana dia sakit.

BAB 4

Pada hari Isnin berikutnya, Farisha bersetuju berjumpa dengan Aqram di Soft Lab di
Cyberjaya. Farisha menumpang kereta Shida yang kebetulan ada temu janji dengan Khairul
Anwar di Soft Lab juga. Bangunan Soft Lab dilengkapi oleh sistem keselamatan yang
canggih termasuklah penggunaan imbasan tangan dan retina mata. Aqram juga menunjukkan
beberapa bilik dan ruang di situ yang canggih dan lengkap. Farisha amat teruja, terutamanya
apabila dia memasuki pusat data. Itulah Dinara yang memuatkan hampir semua aplikasi dan
data. Di sinilah Farisha mendapat kepastian bahawa tugasnya ialah menggodam dan
mengukuhkan sistem Dinara. Pada petangnya barulah tugasan Farisha dan Shida selesai dan
mereka pulang bersama-sama. Namun dalam masa yang sama Dr.Maxi, Aqram, dan Khairul
Anwar mengadakan perbincangan. Rancangan mereka hampir berjaya mendapatkan Farisha
dan Shida untuk berada di Soft Lab untuk menjayakan rancangan mereka. Mereka amat
perlukan Shida juga sebagai physical backup kepada Farisha. Mereka akan mengusahakan
untuk memasukkan mikrocip ke dalam tubuh Shida, sebagaimana yang ada dalam tubuh
Farisha. Pada malam itu juga Dr.Maxi akan memadamkan beberapa ingatan dan perasaan
Alia sebuah cyborg canggih supaya ia tidak akan mengganggu rancangan yang diatur untuk
Farisha dan Shida.

BAB 5

Keesokan harinya Farisha dan Shida mula bekerja di Soft Lab. Shida dibawa oleh
Khairul Anwar ke Arkib manakala Farisha diberikan taklimat oleh Alia tentang semua kod
program yang ada dalam Soft Lab. Pada sebelah petang Aqram pula memberi taklimat
kepada Farisha. Aqram menjelaskan bahawa Karl yang telah membangunkan teknologi
hypervisor di dalam Dinara, tetapi Dinara sekarang sudah diceroboh dan penceroboh telah
berjaya menyusupkan satu virus bom jangka yang akan memusnahkan Dinara pada tarikh dan
masa yang ditetapkan. Sebenarnya inilah tugas Farisha dengan bayaran RM1.5 dia perlu
membersihkan virus bom jangka itu dan mengatasi semua kelemahan Dinara. Pada petang itu
juga Farisha mendapat tahu bahawa Rosman tidak dapat bersama-sama dengannya bertugas
di Soft Lab kerana dia terpaksa meneruskan projek di Senawang yang telah menawarkan
bayaran dua kali ganda daripada perjanjian awal. Farisha bersetuju. Farisha pulang dengan
kepala yang berat memikirkan tentang Dinara yang sudah diceroboh itu. Ini bererti tugasnya
amat berat. Di Soft Lab, Alia pula bertengkar dengan Dr. Maxi kerana banyak data
pengetahuan dan perasaannya telah dipadamkan dan tindakan Alia itu juga menggambarkan
dia mempunyai perasaan cemburu dan tidak gemar jika ada perempuan lain ada sebarang
hubungan dengan Karl. Pada masa yang sama Khairul Anwar menjelaskan bahawa Rosman
tidak akan mengganggu mereka di Soft Lab lagi kerana dia telah mempengaruhi syarikat di
Senawang itu untuk membesarkan lagi skop kerjanya. Pada malam itu Farisha mengalami
mimpi ngeri sehingga dia terlambat bangun.

BAB 6

Pagi itu Farisha datang lewat sepuluh minit ke Soft Lab. Alia sudah sedia menunggu.
Farisha berasa kepalanya berat dan dalam keadaan tidak sedar, Alia telah memasukkan
mikrocip ke dalam tubuhnya dan dia dapat berkomunikasi dengan Karl. Dalam komunikasi
itu Karl meminta pertolongan daripada Farisha untuk menyelamatkan Dinara. Oleh kerana
tidak dapat mengesan butiran perbualan Farisha dan Karl, Alia menjadi cemburu dan marah.
Selepas beberapa ketika Farisha sedar semula dan menjadi lebih segar apabila dia makan pil
yang diberikan oleh Aqram. Kerja pada hari itu berakhir dengan perbincangan dan persoalan
tentang seorang penyelidik yang bernama Medina yang telah hilang di Soft Lab tanpa dapat
dikesan. Hal ini diterangkan oleh Shida melalui kajiannya di Arkib.

BAB 7

Pada sebelah malam Farisha, Shida dan Rosman berjumpa di pejabat Secured Shell.
Ketiga-ketiganya meneliti kontrak yang diajukan oleh Soft Lab. Sementara mereka
berbincang tiba-tiba Farisha mengalami sakit kepala setelah terlihat suatu cahaya putih
memancar ke arahnya. Hasrat meneliti kontrak dibatalkan dan ketiga-tiga mereka bergegas
pulang. Sementara itu mereka diberitahu oleh Uncle Seng yang berada di situ bahawa dia
bergegas keluar dari kedai runcitnya kerana terlihat beberapa orang turun tangga pejabat
Secured Shell dengan membawa beberapa perkakas besi termasuk suatu barang yang serupa
dengan piring tv satelit. Tiada laporan polis dibuat. Dua malam selepas kejadian itu, Farisha
telah diundang oleh Abang Azraai untuk makan malam di rumahnya. Di sana Farisha
bertemu, abang Azraai, kak Mariah dan kedua-dua anak mereka Aina dan Dina. Alangkah
terharu bercampur sedih apabila dia mendapat tahu abangnya mengalami sakit jantung dan
perkara kedua yang amat mengejutkannya ialah, dirinya adalah anak angkat kepada ibu dan
ayahnya. Malam itu Farisha tidak dapat melelapkan mata.

BAB 8

Pada pagi itu sebelum sempat Alia membawa Farisha ke alam bawah sedar, tiba-tiba
Farisha pengsan. Doktor dipanggil dan Farisha dibawa ke hospital. Aqram, Khairul Anwar
dan Dr. Maxi hairan dan menurut Aqram dia sudah menyiasat latar belakang Farisha sekian
lama tiada pula maklumat tentang sebarang penyakit yang membimbangkan. Sebaik saja
Farisha dibawa ke hospital, Dr. Maxi, Aqram dan Khairul Anwar bergegas ke Arkib untk
berjumpa Shida. Beberapa soalan diajukan kepadanya tentang latar belakang penyakit Farisha.
Dr. Maxi ingin tahu sama ada Farisha mengandung.

BAB 9

Dr. Maxi, Aqram dan Khairul Anwar berbincang tentang Plan B, iaitu menggantikan
Farisha dengan Shida. Namun kedua-duanya amat berbeza. Lagipun tubuh Farisha telahpun
ditanam dengan mikrocip yang membolehkannya berkomunikasi dengan Karl. Karl
menggunakan teknologi ini sebagai satu kaedah telepati untuk berhubung dengan Farisha.

Pada jam 5.30 petang mereka akan melawat Farisha di hospital. Shida pula pulang ke rumah
dan cuba mencari sebarang bukti tentang penyakit Farisha tetapi gagal. Namun Shida
terjumpa satu bukti yang menyatakan bahawa Farisha ialah anak angkat. Apabila Shida dan
Rosman melawat Farisha, dia sangat lemah dan terdapat satu benjolan kecil di belakang
tengkuknya. Tetapi Farisha menyatakan itu tidak apa-apa. Farisha terlena lagi. Beberapa
minit kemudian, Farid dan Amin datang ke katil Farisha menggunakan peranti untuk
mendapatkan maklumat yang sebelum ini gagal kerana ruang fikiran Farisha dilindungi oleh
WALL. Tetapi kali ini mereka berjaya kerana WALL lemah apabila Farisha lemah. Selepas
itu Aqram pula mencari maklumat pada badan Farisha menggunakan satu alat sepanjang
enam sentimeter. Aqram mendapati alat itu bertukar menjadi warna merah yang
menunjukkan tahap kesihatan Farisha tidak memuaskan. Farisha terus lena kerana abangnya
Azraai meminta doktor memberi ubat tidur. Azraai juga membohongi doktor bahawa
mikrocip di dalam badan Farisha yang kelihatan di CT-scand itu adalah dalam pengetahuan
Farisha yang dia sendiri sukarela menjalani satu uji kaji untuk sebuah universiti. Perkara itu
juga adalah amanah ibu bapanya supaya semua mikrocip itu mesti kekal dalam tubuh Farisha
dan dia mesti berkhidmat di Soft Lab apabila diperlukan. Tengah malam itu Dr. Maxi
menyarankan bahawa Shida akan menggantikan tempat Farisha.

BAB 10

Pada pagi itu sedang Shida membaca satu laporan tentang seorang penyelidik
bernama Medina di Arkib, dia diminta oleh Alia pergi ke Makmal B. Satu pembedahan untuk
menanam mikrocip telah dilakukan ke atasnya. Dia tidak diberitahu. Pada petang itu selepas
sedar, apa yang dilakukan ke atas Farisha dilakukan pula ke atas Shida. Kali ini tindak
balasnya lebih teruk lagi. Tetapi Dr. Maxi berdegil dan hanya memberhentikan ujikaji ini
selepas lima minit. Ini akan merosakkan otak seseorang. Dalam masa yang sama, Farisha
dalam tidak sedar dapat berkomunikasi dengan seseorang yang menyebut dirinya sebagai
mummy. Di suatu tempat yang lain pula, Farid dan Amin berasa amat hairan dan dapat
melihat keajaiban teknologi kerana perempuan tua yang menyuruh mereka mengekori dan
berbuat sesuatu ke atas Farisha menjerit gembira dan mengatakan dia berjaya menghubungi
anaknya Farisha dan dia mengaku dirinya lebih hebat daripada lelaki itu. Farid menyanggah
perbuatan perempuan tua itu kerana sanggup melakukan ujikaji ke atas anaknya sendiri. Dia
tidak peduli. Apa yang dia mahu adalah ingin membuktikan siapa yang benar dan yang lebih

hebat daripada ‘lelaki’ itu. Manakala Shida tetap murung, berada di bilik Farisha, dan tidak
pulang ke rumah malam tadi. Aqram gagal menerobos mindanya dan mungkin dia juga telah
menerima mikrocip WALL atau kesilapan Dr. Maxi yang tetap meneruskan uji kajinya ke
atas Shida. Shida tidak mahu bercakap, makan, atau minum malah menjadi garang seperti
kucing liar yang ketakutan.

BAB 11

Apabila sudah boleh bangun dan berjalan Farisha ingin mendapatkan penjelasan
daripada abangnya Azraai tentang ibu kandungnya. Azraai menceritakan semua yang dia tahu
tentang Farisha. Farisha menjadi adik angkatnya kerana hendak menyelamatkannya daripada
dijadikan bahan uji kaji ibunya sendiri. Azraai menerangkan bahawa dia dan beberapa orang
lagi telah diamanahkan menjaga keselamatan Farisha. Apabila Farisha mendedahkan bahawa
dia dapat berkomunikasi dengan ibunya, Azraai kelihatan sangat cemas dan menyatakan
bahawa Farisha dalam bahaya dan terus membawa Farisha keluar dari hospital menuju ke
arah selatan. Azraai bercakap dengan seseorang dan bersetuju mendapatkan kunci rumah
daripada orang tersebut di Perhentian Ayer Keroh. Dalam pada itu Alia ditugaskan oleh Dr.
Maxi untuk mempengaruhi otak Shida. Akhirnya Dr.Maxi dapat berkomunikasi dengan Karl
melalui Shida. Karl mengarahkan supaya Farisha dibawa ke situ kerana virus yang disusup ke
dalam Dinara akan diaktifkan yang akan bukan sahaja memusnahkan Dinara tetapi ribuan
manusia. Dia perlukan Farisha. Tetapi Farisha sudah meninggalkan Kuala Lumpur. Azraai
ingin membawa Farisha ke Kulai, tetapi dalam perjalanan Farisha diculik pula oleh dua orang
suruhan ibu Farisha. Dalam masa yang sama di Soft Lab sesuatu berlaku kepada Shida. Karl
bercakap melalui Shida. Karl menyatakan bahawa Khairul Anwar ialah seorang budak
pengemis yang bernama Muhammad Irfan yang telah diganti ingatannya. Khairul Anwar
sangat berang. Karl juga menyebut bahawa dia memukul seorang wanita sehingga menjadi
cacat.

BAB 12

Penculik Farisha, iaitu Amin dan Farid dalam perjalanan ke Seremban membawa
Farisha bertemu dengan ibunya Marilyn. Dalam tidur Farisha dapat dihubungi oleh ibunya
tetapi terhenti apabila brek kereta ditekan mengejut lalu Farisha terjaga. Dalam pada itu di

SoftLab, Alia berkomunikasi dengan Shida dan memberitahu bahawa wanita cacat itu ialah
dirinya yang dipukul oleh Karl kerana dia enggan meninggalkan agamanya dan nama asalnya
ialah Rusmina. Perbualan antara Alia dan Shida dapat disaksikan oleh Dr.Maxi, Aqram dan
Khairul Anwar. Ketiga-tiga mereka berasa sedih memikirkan akibat yang akan ditanggung
oleh Shida akibat pemindahan maklumat pahit dan ngeri selama 20 tahun oleh Karl ke dalam
otak Shida. Berdasarkan laporan yang tersimpan di dalam Dinara Dr.Maxi juga menerangkan
kepada Khairul Anwar dan Aqram bahawa uji kaji seperti itu juga pernah dilakukan tetapi
gagal dan mangsanya ialah Medina. Dalam pada itu alat pengesan pintar Rosman dapat
mengesan arah Farisha dilarikan. Mereka menuju Soft Lab Cyberjaya. Azraai juga menuju ke
sana. Apabila tersedar Farisha menjerit-jerit dalam kenderaan yang dipandu oleh Farid dan
Amin. Mereka mengherdik Farisha mengatakan dia akan bertemu emaknya yang sudah
sangat lama ingin bertemu anaknya itu. Namun Farisha marah dan ketakutan tidak mahu
berjumpa perempuan itu sebaliknya dalam keadaan kaki dan tangan terikat mahu dia
dihantar kepada abangnya Azraai. Farid dan Amin tidak ambil peduli. Manakala di Soft Lab,
Shida menyanyi dalam suara yang agak perlahan lagu kegemaran Karl. Alia mendengar. Alia
berkomunikasi dengan Karl melalui Shida lagi. Alia mendapat tahu bahawa Karl gagal
mendapatkan cinta Medina. Aqram dan Dr. Maxi sependapat mengetahui bahawa Alia tetap
berasa cemburu terhadap Karl bekas suaminya walaupun sudah beberapa program dalam
mindanya diubah. Mereka juga yakin bahawa Karl telah memindahkan kenangan dan
pengalamannya selama 20 tahun ke dalam otak Shida. Dalam pada itu, di sebuah stesen
minyak Marilyn menaiki kenderaan yang dipandu oleh Amin. Dia mendekati Farisha,
menyatakan bahawa dia amat merindui anaknya itu. Namun Farisha bertegas dan marah lalu
menempelak Marilyn yang dia pernah ingin membunuhnya dulu. Suis alat pemintas untuk
melemahkan WALL di otak Farisha dihidupkan.

BAB 13

Dr. Haris ialah doktor yang sedang merawat Karl di Puchong. Beliau menyatakan
bahawa kesihatan Karl teruk. Namun Dr. Maxi mahu terus menghubungkan fikiran Karl
melalui Shida. Dr. Maxi dapat berbual dengan Karl melalui Shida. Melalui Shida Karl
bangun dan bertindak melalui komputer berusaha untuk menghapuskan virus dalam Dinara.
Kebijaksanaan ini diterima oleh Karl melalui Farisha yang Karl telah gandakan IQ nya 26
tahun dahulu. Dalam masa yang sama Farisha telah berada di situ bersama-sama

Marilyn/Medina, dan dua orang pengikutnya. Di sini rahsia terbongkar. Marilyn/Medina ialah
ibu Farisha dan Karl ialah bapanya yang telah sanggup mengeksploitasi anaknya sendiri
untuk kepentingan kajiannya di SoftLab iaitu mengaktifkan sistem Dinara. Marilyn menjadi
musuh kerana Karl telah mensabotaj fikirannya menggunakan fikiran seorang bekas banduan
dan akibatnya Marilyn/Medina menjadi separuh gila dan cuba mencekik Farisha. Dr. Maxi
dan Aqramlah yang menyelamatkan Farisha dan dibawa kepada keluarga angkatnya iaitu
keluarga Azraai. Farisha juga mendapat tahu bahawa Aqram juga adalah cyborg seperti Alia.

BAB 14

Hari ini merupakan hari paling hiba bagi Farisha kerana menghadap seorang insan
yang sepatutnya dipanggil ayah. Karl terbaring tidak berkata-kata. Dr. Haris menyatakan
bahawa aktiviti otaknya semakin menurun. Semua yang ada di situ masuk bergilir-gilir
mendekati Karl. Bermula dengan Aqram, Dr. Maxi, Khairul Anwar, Medina, Alia, dan
akhirnya Farisha. Farisha mengucapkan selamat tinggal kepada ayahnya namun tiada
jawapan. Tepat pukul tujuh malam Dr. Haris mengumumkan Karl meninggal dunia. Wasiat
terakhir Karl ialah mayatnya dibakar, dan abunya di tabur di Selat Melaka. Upacara
dijalankan di Port Dickson. Selepas upacara itu semua orang bercakap-cakap tentang
kenangan masing-masing semasa Karl masih hidup.

Tetapi terdapat keanehan dalam diri Shida. Dia pandai berfalsafah seperti Karl. Dalam
percakapannya Shida mengajak mereka pulang ke Sort Lab untuk menyelamatkan Dinara.
Aqram dapat rasakan bahawa yang berfalsafah dan berkata-kata itu bukan Shida tetapi Karl.
Aqram sangat yakin itu ialah Karl

KEKUATAN

Pada pendapat saya, terdapat beberapa kekuatan novel Di Sebalik Dinara karya
Dayang Noor. Pertama sekali ialah novel ini mempunyai tema yang menarik. Selain itu,
watak-watak di dalam novel ini menarik dan mempunyai kisah mereka tersendiri. Seterusnya,
jalan cerita novel ini agak menarik kerana bertemakan tentang sains. Kemudian, pengajaran
yang dapat didapati dalam novel ini dapat memberikan iktibar untuk tidak berlaku tamak dan
taksub akan sesuatu. Akhir sekali, novel ini dapat memberikan pendedahan tentang sains
teknologi terhadap golongan remaja.

KEKURANGAN

Pada pendapat saya, terdapat bebrapa kekurangan yang terdapat dalam novel Di
Sebalik Dinara karya Dayang Noor ini. Pertama sekali, cara penulisan novel agak tidak
digemari, kerana dapat membuatkan pembaca berasa bosan.Kedua, pengakhiran cerita
tergantung dan menjadikannya saspens. Seterusnya, novel ini agak berat untuk dibaca kerana
mempunyai banyak perkataan dan bahasa sains yang mengelirukan. Kemudian, jalan cerita
novel ini kurang menarik bagi saya kerana tiada implikasi emosi dan perincian. Akhir sekali,
novel ini tidak mempunyai pendedahan tentang apa yang terjadi kepada Karl di akhir cerita.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Pada pendapat saya, terdapat beberapa aspek yang boleh diperbaiki oleh penulis untuk
menjadikan novel Di Sebalik Dinara ini lebih menarik. Yang pertama, penulis boleh menulis
dengan cara yang lebih menarik agar pembaca tidak kebosanan ketika membaca.Kedua,
pengakhiran cerita boleh ditokok tambahkan lagi bagi mengurangkan saspens. Seterusnya,
penulis boleh mengurangkan sedikit perkataan-perkataan yang khusus dan mengelirukan agar
pembaca tidak keliru. Kemudian, penulis boleh mengekspresikan emosi dan menulis plot
dengan lebih terperinci. Akhir sekali, penulis boleh menceritakan apa yang terjadi kepada
Karl setelah dirinya disyaki mungkin berada dalam badan Shida.

RUJUKAN NOVEL

 https://www.bumigemilang.com/novel-di-sebalik-dinara-k4-komsas-tingkatan-4/
 https://www.ipendidikan.my/novel-di-sebalik-dinara.html
 https://karangan.net/soalan-soalan-novel-di-sebalik-dinara/
 http://bahasamalaysiatingkatan4.blogspot.com/p/di-sebalik-dinara.html
 https://bmblogr.blogspot.com/2016/01/novel-di-sebalik-dinara-komsas.html
 http://cuit-cuitbahasa.blogspot.com/2015/01/sinopsis-di-sebalik-dinara-bab-1-bab-5.html
 http://cikguchom.blogspot.com/2015/07/biodata-pengarang-novel-di-sebalik.html#
 https://www.amazon.com/Dayang-

Noor/e/B006X7T0GE%3Fref=dbs_a_mng_rwt_scns_share
 https://mimbarkata.blogspot.com/2015/11/di-sebalik-dinara.html

NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN

PENGENALAN

Dari jendela terkuak yang menghadap jalan, Lili mengaut beribu pengalaman yang
menerjah dari luar. Juga menghadam makna hidup dan isi rumah yang penuh sejarah. Cerita
datuk yang teguh memaut tradisi, kisah nenek yang mengembara mengutip kematangan usia;
semuanya mencantumkan keinginan Lili untuk mengetahui falsafah di sebalik jendela itu.

BIOGRAFI PENULIS

Beliau dilahirkan pada 16 Mac 1981 di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu,
Sabah. Anak sulung daripada tiga orang adik-beradik ini mendapat pendidikan sehingga
peringkat Sarjana Muda Kewangan di Universiti Sains Malaysia. Beliau kini berkhidmat
dengan sebuah syarikat swasta tempatan. Beliau suka melancong dan membaca.

Beliau meminati bidang penulisan sejak berusia 12 tahun, dan mula menulis pada usia
17 tahun. Setelah menamatkan pengajiannya pada tahun 2003, beliau mula menulis secara
aktif dalam pelbagai genre seperti novel, cerpen dan esei. Pada tahun 2004, lima buah novel
beliau telah diterbitkan dan beberapa buah novel lain dalam proses penilaian untuk
diterbitkan.

Pada tahun 2006 beliau memenangi tempat pertama dalam peraduan mengarang
cerpen peringkat kebangsaan sempena kempen Budi Bahasa Budaya Kita anjuran
Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. Pada tahun 2008 beliau
memenangi Hadiah Sastera Sabah 2006/2007, kategori novel remaja menerusi novel Gadis
Adikara. Pada tahun 2009 pula beliau telah memenangi tempat kedua Hadiah Sastera
Kumpulan Utusan 2008 menerusi novel Jendela Menghadap Jalan.


Click to View FlipBook Version