The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mazlinajohari, 2021-02-04 03:28:45

Bidang Membuat Corak dan Rekaan

Bidang Membuat Corak dan Rekaan

Bidang
Membuat
Corak dan

Rekaan

Bidang Membuat Corak dan Rekaan

Bidang Membuat Corak dan Rekaan merupakan salah satu daripada empat bidang
utama yang terdapat dalam Kursus Pendidikan Seni Visual KBSR. Membuat Corak
dan Rekaan merupakan latihan berfikir, penonjolan kreativiti dan sebagainya. Bidang
ini juga merupakan bahagian ilmu pengetahuan dan lapangan atau jurusan tertentu.

Jenis Aktiviti
Antara aktiviti dalam bidang Membuat Corak dan Rekaan ialah Lukisan, Catan,
Cetakan, Capan, Lipatan dan guntingan, Resis, Kolaj, Kaligrafi, Pualaman, Tiupan,
Titisan, Ikatan dan celupan, Renjisan dan percikan.

ALAT DAN BAHAN
Alat ditakrifkan sebagai barang yang diperlukan atau digunakan untuk menghasilkan
sesuatu dan merupakan suatu kelengkapan untuk memenuhi keperluan mengajar
untuk mencapai sesuatu maksud atau matlamat dalam pengajaran.
Bahan ditakrifkan sebagai sesuatu atau beberapa benda yang digunakan untuk
menghasilkan sesuatu atau untuk sesuatu tujuan yang dijadikan rujukan untuk
tujuan pembelajaran. Bahan juga didifinisikan sebagai bahan perantaraan yang
digunakan untuk penghasilan karya seni dalam pengajaran dan pembelajaran.

JENIS MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
Jenis Aktiviti
Antara aktiviti dalam bidang Membuat Corak dan Rekaan ialah Lukisan, Catan,
Cetakan, Capan, Lipatan dan guntingan, Resis, Kolaj, Kaligrafi, Pualaman, Tiupan,
Titisan, Ikatan dan celupan, Renjisan dan percikan.

Tradisional
Corak mempunyai motifnya tersendiri dan mempunyai nama-nama tertentu
yang berunsur tradisional seperti corak bunga buluh, corak pucuk rebung,
corak bunga kimbang dan sebagainya.

MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
Corak ialah susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas.
Oleh itu corak terdiri daripada Corak Tidak Terancang dan Corak Terancang. Corak
juga boleh terbentuk daripada bukan motif secara bebas atau Corak Tidak
Terancang.

MOTIF
Sama ada rupa atau bentuk asas tunggal dalam rekaan atau gubahan. Motif boleh
didapati daripada alam flora, fauna, geometrik atau organik.

Motif - Unit rupa bentuk asas dalam corak
 Rupa bentuk alam semula jadi (flora, fauna, atau organik )
 Rupa bentuk objek buatan manusia
 Rupa bentuk geometri, huruf, angka dan simbol
 Rupa bentuk imaginasi manusia
 Rupa bentuk tradisional

Motif buatan manusia Motif tradisi

Motif kaligrafi Motif alam

Motif geometrik Motif Flora

Motif haiwan Motif simbol

CORAK

Corak ialah susunan motif sama secara teratur, terancang atau secara

bebas. Ianya didefinisikan sebagai suatu bentuk kreativiti artistik yang dapat

memenuhi keperkuan domain kognitif, psikomotor dan efektif. Reka corak terancang

dan tidak terancang mewujudkan kesan tampak tetapi memerlukan kemahiran,

kesedaran dan pengetahuan seni bagi menghasilkannya. Ianya melibatkan proses

latihan berfikir yang berhubung dengan asas rekaan dan prinsip rekaan. Terdapat

dalam seni bina, hiasan dalaman, landskap, kraf dan sebagainya.

Bidang ini menegaskan kegiatan mengenal motif dan olahannya untuk

menghasilkan rekaan corak tertentu. Kegiatan ini memberi peluang kepada murid

membuat rekaan corak tidak terancang , corak terancang dan juga corak tradisional

dengan teknik tertentu. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses

pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pergerakan,

peragaan dan lakonan.

KEPENTINGAN MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Membuat corak merupakan aktiviti yang sangat menarik dan menyeronokkan
apabila seorang guru dapat melaksanakan aktiviti ini secara tersusun dan kreatif.
Aktiviti ini dapat memberi kesan keindahan sesuatu bahagian atau permukaan
sesuatu objek.

 Mencantikkan bahagian atau permukaan luar sesuatu objek
 Corak sebagai elemen hiasan
 Corak sebagai nilai estetik

STRUKTUR CORAK
 Corak terancang mempunyai struktur formal ( Corak Terancang )
 Corak tidak terancang mempunyai struktur tidak formal (Corak Tidak
Terancang)

Corak struktur formal ( Corak Terancang )
 Mempunyai susunan dan ulangan yang tertentu
 Corak ulangan secara formal adalah berpandukan garisan grid
 Menimbulkan gambaran teratur dan berharmoni
 Mempunyai susunan
 Contoh teknik penghasilan:
o Lukisan
o Catan
o Cetakan
o Lipatan dan guntingan
o Resis
o Kolaj
o Kaligrafi
o

Penyusunan motif melibatkan aplikasi pelbagai kemahiran. Pelbagai kaedah
kteatif boleh digunakan. Contohnya ialah kaedah kreatif Alex Osborn(1963).
Penggunaan program komputer dan alat melukis bantuan komputer dapat
memudahkan penghasilan corak.

Corak Terancang biasanya dihasilkan mengikut struktur rekaan seperti
struktur grid, pancaran dan lingkaran. Motif-motif yang disusun mengikut
struktur ini akan menampakkan formaliti dan teratur mengikut jenis corak
yang dikehendaki.

Pancaran Grid

Struktur Lingkaran
Antara struktur grid yang sesuai untuk sekolah rendan adalah seperti berikut;

Grid Batu-bata Grid Susunan Dam

Grid Susunan Turun Separa

 Grid Sekata adalah sesuai untuk Corak Sekata, Corak Tapak Dam,
Corak Cerminan dan Corak Berselang.

 Grid Turun Separa adalah sesuai untuk Corak Turun Separa.
 Grid Batu-Bata pula adalah sesuai untuk Corak Batu-Bata.
Corak struktur tidak formal ( Corak Tidak Terancang )
 Mempunyai susunan dan ulangan yang tidak tertentu
 Corak ulangan tidak berpandukan garisan grid
 Tidak mempunyai susunan
 Contoh teknik penghasilan:

o Resis
o Ikatan dan celup
o Pualaman
o Tiupan
o Titisan
o Cetakan tali
o Renjisan dan percikan

JENIS-JENIS SUSUNAN DALAM CORAK DAN REKAAN
Susunan Ulang Sekata
Motif diulang berurutan dalam baris dan lajur yang sama untuk menghasilkan
corak yang menarik. Garisan grid digunakan sebagai panduan.

 Susunan Berselang Seli
Motif disusun secara berselang-seli antara ruangan kosong. Garisan grid
membantu menghasilkan corak yang menarik dan teratur.

 Susunan Batu-bata
Motif disusun berurutan pada barisan atau lajur yang sama. Motif seterusnya
disusun antara pertemuan dua motif yang sebelumnya

 Susunan Bertimbal/Cerminan
Motif diwujudkan secara cerminan. Motif kelihatan dalam posisi yang
bertentangan.

 Susunan Bertindih
Motif yang sama disusun bertindih atau bertindan sehingga membentuk corak
yang menarik.

 Susunan Beralun
Motif kelihatan berombak dalam bentuk garisan yang sekata dan tidak sekata.
Motif terdiri daripada motif yang sama atau berbeza.

 Susunan Berpusat
Motif berpunca daripada satu titik tengah yang dikembangkan. Motif
dihasilkan dalam bentuk bulatan, segi empat hexagon dan oktagon.

 Susunan Sendeng/ Serong
Motif yang sama disusun secara serong atau sendeng sehingga
membentuk corak yang menarik.

 Susunan Sisik Ikan

 Susunan Orgee
 Susunan Permata/Diamond
 Susunan Berulang

KAEDAH KREATIF UNTUK MENJANA MOTIF DAN SUSUNAN
Definisi kreatif ialah cara bagaimana menyelesaikan masalah supaya aktiviti

mencorak dapat memperolehi hasil yang baru, baik dan bermutu. Kaedah tersebut
merangkumi pelbagai aspek termasuk daya kreativiti untuk menghasilkan rekaan
corak seperti :

 Olahan idea atau berfikir
 Penglibatan
 Persembahan
 Kreatif dalam penggunaan alat, bahan dan teknik
 Kreatif dalam mengaplikasikan nilai nilai murni.

TEKNIK, ALAT DAN BAHAN, PROSES DAN HASIL PRODUK
 Kerangka Corak Tidak Terancang

Bil Teknik Alat dan Bahan Proses

1 Pualaman Kertas, cat kilat,air dan Isikan cat minyak di
besen permukaan air dalam
besen dan tekapkan
kertas

2 Tiupan Straw, warna air dan Tiupkan warna air pada
kertas lukisan permukaan kertas

3 Titisan Lilin, warna dan kertas Titiskan cairan lilin di
atas kertas dan sapukan
warna air. Selepas kering
buangkan lilin.

4 Ikatan dan Kain, tisu, dan warna batik Ikatan tisu atau kain
celup dengan guli /batu kecil
dan celup dalam warna

5 Renjisan dan Berus, warna air dan Renjiskan campuran
warna ke atas kertas
percikan kertas

 Kerangka Corak Terancang

Bil Teknik Alat dan Bahan Proses

1 Lukisan Warna air dan Kertas Lukis dengan teknik
warna air atau poster
mengikut kreativiti

2 Catan Cat minyak/akrilik/warna air Lukis dengan teknik cat

dan kanvas atau kertas minyak mengikut

kreativiti

3 Cetakan Papan lino dan dakwat lino Lakar mengikut kreativiti
dan ukir di papan lino.
Gelek dengan warna dan
dipindahkan imej pada
permukaan kertas

4 Capan Alam semulajadi (bawang, Warnakan permukaan
kentang, bendi ) objek dan cetakannya di
atas kertas mengikut
kreativiti

5 Kaligrafi Kertas, warna air / warna Lukiskan corak
poster, berus dan ink bermotifkan huruf dan
warnakan mengikut
kreativiti

6 Resis Lilin, air, warna dan kertas Lakarkan imej pada
lukisan kertas dengan lilin dan
warnakan

7 Kolaj Kertas warna, bijian dan Tampal bahan di atas
bahan buangan kertas dan
menjadikannya gubahan
imej mengikut kreativiti

8 Lipatan dan Kertas warna dan kertas Lipat dan guntingkan
guntingan lukisan mengikut corak yang
dikehendaki.

AKTIVITI MEMBUAT CORAK TERANCANG

 Cetakan
Cetakan ialah satu cara menghasilkan corak dengan menggunakan blok
cetakan. Keistimewaan cetakan ini ialah mampu menghasilkan banyak keping
karya yang serupa dan semua hasil karya cetakan itu dianggap asli.
Lazimnya dalam membuat karya cetakan dalam mencorak bahan yang
digunakan ialah papan lino atau alam semulajadi yang ditebuk dan diukir
seperti kentang.

Contoh Cetakan

 Resis
Reka corak resis didefinisikan sebagai suatu bentuk kreativiti artistik yang
berkait rapat dengan penggunaan media berasaskan air dan minyak. Teknik
penghasilan yang menggunakan dua atau lebih bahan yang tidak boleh
bercampur antara satu sama lain. Contoh bahan yang sesuai ialah seperti lilin
dengan dye, krayon dengan cat air. Reka corak resis boleh menghasilkan
corak terancang dan corak tidak terancang. Reka corak resis memerlukan
kemahiran, kesedaran dan pengetahuan seni untuk menghasilkannya.
Mencipta reka corak resis melibatkan proses latihan berfikir yang berhubung
dengan asas rekaan dan prinsip rekaan. Teknik mencanting dalam batik
adalah satu kaedah membuat corak resis. Chua Thean Teng merupakan artis
tempatan yang terkenal resis berbentuk batik. Beliau merupakan generasi
pertama dan pelapor catan batik di Malaysia.

Contoh Resis
 Catan
Catan adalah suatu medium yang membolehkan pelukis meluahkan
perasaannya, membuat interpretasi pandangannya ataupun merakamkan
gambaran yang dirasai atau dilihatnya dalam bentuk imej visual. Corak Mesir
purba adalah rekaan corak yang mempunyai corak tersendiri tentang
kepercayaan dan agama. Corak menggunakan teknik catan boleh terbentuk
secara terancang. Corak dalam catan terbentuk hasil daripada kemahiran
artis menggunakan media dan teknik seperti cat air, cat poster di atas kertas.
Jenis dan corak yang dihasilkan bergantung kepada teknik dan cara susunan
motif dilaksanakan.

Corak berasaskan catan

 Lukisan
Lukisan merupakan bentuk seni halus yang tertua sekali. Manusia melukis
sebelum menulis. Terdapat tiga asas teknik melukis iaitu teknik lorekan ton,
melakar garisan, titikan dan gosokan. Corak dalam lukisan berkait dengan
minda, emosi dan perwatakan. Melukis motif yang dipilih dengan
menggunakan media kering. Motif diulang-ulang untuk menghasilkan corak
berulang. Teknik lukisan memberi kesan terhadap lukisan yang dihasilkan.

Contoh Lukisan
 Lipatan dan Guntingan
Lipatan dan guntingan ialah teknik menghasilkan rupa atau corak dengan
cara melipat dan menggunting. Hasil kerja aktiviti ini boleh dilaksanakan
dalam bentuk dua atau tiga dimensi. Rupa dan corak yang dihasilkan
bergantung kepada bilangan lipatan serta cara lipatan. Bahagian positif dan
negatif dari guntingan boleh digunakan sebagai motif rekaan corak. Secara
tidak langsung aktiviti ini berkaitan rapat dengan teknik untuk menghasilkan
binaan.



 Kolaj
Satu cara mencorak yang dihasilkan dengan menampal motif-motif ke
atas permukaan kertas atau plastik atau papan dengan cara
bersebelahan antara satu sama lain. Jenis corak yang dihasilkan adalah
bergantung kepada cara susunan motif yang dibuat.

 Capan
Secara amnya, teknik capan juga boleh digolongkan di bawah kategori

cetakan. Teknik capan ialah cara untuk menghasilkan karya dengan
menggunakan bahan yang disapukan warna sama ada dengan
menggunakan cat air atau poster dan dicatkan ke atas sesuatu
permukaan. Capan adalah berbeza dengan cetakan kerana capan tidak
memerlukan blok cetakan tetapi hanya mengecap dengan menggunakan
bahan alam atau bahan semulajadi yang mempunyai jalinan yang tertentu.
Imej yang dihasilkan hanya bergantung kepada jalinan di permukaan
bahan alam atau bahan semulajadi. Contohnya cap jari menghasilkan
kesan yang sama dengan jalinan yang ada pada jari. Capan juga boleh
dihasilkan dengan menggunakan sayur-sayuran atau cengkerang.
Jalinan-jalinan yang ada pada bahan tersebut akan memberi kesan jalinan
yang berlainan pada hasil capan.

Bawang Bendi

 Kaligrafi
Kaligrafi ialah tulisan cantik. Ia digunakan untuk menghias satu-satu ruang
tertentu. Untuk memenuhi ruang tertentu, tulisan yang digunakan boleh
terdiri daripada satu perkataan, satu kalimat, satu perengan atau puisi.
Kaligrafi boleh terdiri daripada pelbagai bahasa. Antara tulisan yang
terkenal adalah tulisan Jawi dan Cina.

PENGENALAN AKTIVITI MEMBUAT CORAK TIDAK TERANCANG
 Pualaman
Pualaman (marbling) adalah satu penghasilan corak tidak sengaja di mana
warna dimendapkan daripada cairan yang bergelatin dan melekit. Ia
merupakan sejenis aktiviti yang tidak bersatu antara air dan minyak. Bahan
yang berasaskan minyak akan terapung di atas permukaan air dalam semua
arah mengikut aliran bahan tersebut. Corak pualaman boleh digunakan
sebagai penghias kulit buku. Pualaman boleh digunakan dalam kegiatan
seperti membuat poster, grafik, bingkai gambar dan kulit buku.

Contoh Pualaman

 Ikatan dan Celupan
Teknik ikat dan celup yang digunakan ialah simpulan, ikatan, lipatan dan
jahitan. Celupan yang terlalu dalam menghasilkan corak yang besar,
sebaliknya jika dicelup cetek, coraknya yang terhasil adalah kecil. Corak yang
dihasilkan adalah tidak sengaja. Teknik ikat dan celup dalam batik juga
dikenali sebagai batik pelangi. Terdapat beberapa cara mengikat kain. Tiap-
tiap satu jenis ikatan akan menghasilkan corak berlainan. Di antara jenis
ikatan akan menghasilkan corak berlainan. Garam digunakan sebagai bahan
penyerapan. Jenis kain yang biasa digunakan ialah kain kapas, sutera dan
organza. Haji Che Su bin Ishak adalah antara tokoh batik yang terkenal di
Malaysia.

Contoh ikat dan celup
 Renjisan dan Percikan
Satu teknik mengasilkan corak secara tidak sengaja dengan cara percikan
warna. Boleh dilakukan ke atas permukaan kertas atau lembab. Kesan warna
yang direnjis atau dipercik menimbulkan corak yang tidak terancang dan
menarik. Bentuk renjisan atau percikan bergantung kepada daya kreativiti
artistik yang dapat memenuhi keperluan domain kognitif, psikomotor dan
afektif.

Contoh teknik renjisan dan percikan

 Tiupan
Tiupan merupakan satu proses menghasilkan corak tidak terancang
secara meniup warna air di atas permukaan kertas kering. Titisan warna
air diletak di atas kertas kering dan ditiup dengan penyedut minuman ke
semua arah secara bebas untuk menghasilkan corak tidak terancang.

 Titisan
Titisan merupakan satu proses menghasilkan corak tidak terancang
secara menitis warna di atas permukaan kertas lembab, kering dan
berkanji. Pelbagai bahan warna air dan bahan warna kering boleh
digunakan. Bahan warna air dicairkan dengan air manakala warna kering
atau bahan kering seperti lilin dan krayon boleh dipanaskan supaya
menjadi cair.

Lilin atas warna Warna atas kanji

 Mozek
Mozek adalah satu bentuk kreativiti artistik yang dapat menghasilkan
corak yang menarik. Reka corak mozek boleh diaplikasikan sebagai
hiasan dalaman dan lanskap.

Lantai Dinding

 Ukiran
Reka corak ukiran boleh dihasilkan dihias dengan motif yang diilhamkan
terutamanya dari tumbuh-tumbuhan, awan larat dan bentuk-bentuk
geometri.

Pintu Jam dinding

 Batik
Batik salah satu daripada cabang seni yang menunjukkan kehalusan
budaya dan keseniaan orang Melayu. Corak-corak yang dilukis itu
bermotifkan bunga-bungaan, alam, dan binatang serta bentuk geometri..

Antara jenis batik yang dihasilkan ialah batik canting, batik blok atau terap
dan batik skrin atau sutera saring.

Baju ‘T’ sandal

CONTOH KARYA GABUNGAN













Semoga Bermanfaat


Click to View FlipBook Version