TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-32
SESI 2021/2022
TEKS PENGACARA MAJLIS
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-32 / 2021
SK CONVENT GREEN LANE
TARIKH:23 OKTOBER 2021 (SABTU)
MASA: 8.30 PAGI – 12.00 TENGAH HARI
TEMPAT: RUMAH MASING-MASING (GOOGLE MEET)
MASA CUE ANN 1 (ZIELA)
Pendaftaran ibu Sidang hadirin yang dimuliakan,
8.45 pagi bapa / penjaga
Salam hormat dan selamat datang ke Mesyuarat Agung Persatuan
Pengumuman Ibu Bapa dan Guru SK Convent Green Lane Kali Ke-32 yang
Tatacara Majlis julung kali diadakan secara maya.
Majlis akan bermula sebentar lagi.
Bagi pihak jawatan kuasa, saya ingin menyampaikan beberapa
makluman kepada para hadirin.
1. Mohon kerjasama daripada semua hadirin menutup
mikrofon sepanjang majlis untuk mengelakkan gangguan
dan digalakkan membuka kamera.
2. Sila tetapkan telefon anda pada auto-rotate untuk
mendapat paparan penuh dan jelas.
3. Minta mengisi kehadiran dan mendapatkan Buku
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke- 31 menggunakan pautan
yang disediakan.
4. Diharap hadirin kekal di dalam talian sehingga penghujung
majlis kerana 20 Cabutan bertuah secara berperingkat di
adakan sepanjang majlis ini berlangsung kerana cabutan
bertuah adalah berdasarkan kehadiran yang diisi oleh tuan
puan melalui pautan yang disediakan.
5. Atur cara majlis adalah seperti yang tertera pada buku
program.
6. Pihak majlis memohon kerjasama hadirin sekalian untuk
berdiri dan menyanyikan Lagu Negaraku dengan penuh
bersemangat pada pukul 9 pagi.
Sekian sahaja makluman awal.
Semoga mendapat kerjasama daripada semua yang hadir.
1
MASA CUE ANN 2 (NORA)
9.00 pagi Mengalu- Mengumumkan kehadiran Yang BerbahagiaTuan Fadzil Bin
alukan Sadikin Timbalan PPD Sektor Pembangunan Murid, PPD Timur
kehadiran Laut ke Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK
tetamu Convent Green Lane Kali Ke-32 Tahun 2021.
MASA CUE ANN 3 (NORA)
Nyanyian Lagu Nyanyian Lagu Negaraku akan dimainkan sebentar lagi. Minta
Rasmi Majlis semua hadirin berdiri dan menyanyikan Lagu Negaraku dengan
penuh semangat.
MASA CUE ANN 4 (NORA)
Selepas lagu Majlis merakamkan jutaan terima kasih, dan hadirin dipersilakan
Negaraku duduk.
dimainkan dan
dinyanyikan
MASA CUE ANN 5 (NORA)
Ucapan alu- Bismillahir Rahmanir Rahim.
aluan
Pengacara Mencari timba si anak dara,
Majlis Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam
sejahtera.
Yang Berbahagia
Tuan Fadzil Bin Sadikin
Timbalan PPD Sektor Pembangunan Murid Pejabat Pendidikan
Timur Laut.
Yang Berusaha
Tuan Syed Ahmad Safarudin Bin Tuan Syed Zainal Abidin
Yang Dipertua PIBG SK Convent Green Lane
Yang Berusaha
Puan Noor Azian bt Ahmad
Guru Besar, SK Convent Green Lane
Yang dihormati
Barisan Guru-guru Penolong Kanan
SK Convent Green Lane
2
Ahli-ahli jawatan kuasa PIBG, ibu bapa dan guru sekalian.
Hadirin yang dihormati,
Majlis terlebih dahulu mengucapkan jutaan terima kasih atas
keprihatinan serta kesudian para ibu bapa dan penjaga untuk
bersama-sama menjayakan majlis ini.
Bulat air kerana pembentung
Bulat manusia kerana muafakat
Faham sesuai, benar seukur
Bulat segolek, pipih Selayang
Rundingan jangan selisih
Muafakat jangan bercanggah
Tuah pada sekata
Berani pada seia
Ambillah resmi lidi,
Jika sebatang mudah dipatah,
Jika seikat sukar dikerat.
Yang berat sama dipikul,
Yang ringan sama dijinjing.
Hati gajah sama kita lapah,
Hati kuman sama kita cecah.
Gunung sama kita daki,
Lurah sama kita turuni.
Berhimpun di alam maya, majlis bermula tirai dibuka, menjayakan
Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Convent
Green Lane Kali Ke-32.
MASA CUE ANN 6 (NORA)
Sidang hadirin yang dihormati,
Bacaan Doa
Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita
menadah tangan bermunajat, memohon berkat agar segala urusan
mendapat rahmat. Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan Al-fadhil Ustaz Nur Muhamad Firdaus untuk
memimpin bacaan doa. Dipersilakan.
3
MASA CUE ANN 7 (ZIELA)
Selepas tamat Amin Ya rabbal alamin. Majlis mengucapkan terima kasih atas
bacaan doa bacaan doa itu tadi.
MASA CUE ANN 8 (ZIELA)
Ucapan
Pegawai PPD Bukan rumput sebarang rumput,
(Jemput) Rumput penghias tepi halaman,
Bukan jemput sebarang jemput,
Jemput memohon kata aluan.
Kalau tuan pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami,
Kepada tuan hormat diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.
Sebagai pembuka persada ucapan,
majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
Yang Berbahagia Tuan Fadzil Bin Sadikin,
Timbalan PPD Sektor Pembangunan Murid,
PPD Timur Laut untuk menyampaikan ucap tama beliau.
Seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 32.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
MASA CUE ANN 9 (ZIELA)
Selepas Majlis merakamkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi
ucapan penghargaan kepada Tuan Fadzil atas ucapan itu tadi.
Pegawai PPD
Makluman hadirin ,Tuan Fadzil terpaksa meninggalkan majlis ini
sebentar nanti kerana beliau perlu menghadiri majlis bersama IAB.
Tayangan Hadirin sekalian,
video gimik
pelancaran Marilah kita saksikan Tayangan Video Gimik Pelancaran yang
telah disediakan oleh AJK multimedia SK Convent Green Lane.
4
MASA CUE ANN 10 (ZIELA)
Selepas Video Dengan terpancarnya gimik perasmian itu tadi,
Gimik maka rasmilah sudah Mesyuarat Agung PIBG
Pelancaran Sk Convent Green Lane Kali ke-32 bagi tahun 2021.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,
Seorang pemimpin yang hebat,
Ucapan YDP Menjadi suluh dalam gelita,
PIBG Menjadi penawar dalam bisa,
Menjadi penenang dalam duka,
Menjadi penyejuk dalam derita,
Menjadi penyabar dalam murka.
Bagi meneruskan acara,majlis mempersilakan Yang Berusaha
Tuan Syed Ahmad Safarudin Bin Tuan Syed Zainal Abidin Yang
Dipertua PIBG SK Convent Green Lane
Untuk mengungkapkan bicara.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
MASA CUE ANN 11 (ZIELA)
Selepas Tenang-tenang air di laut,
ucapan YDP Sampan kolek mudik ke tanjung,
PIBG Hati terkenang mulut menyebut,
Budi tuan rasa nak junjung.
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada
Yang BerusahaTuan Syed Ahmad Safarudin atas ucapan itu tadi.
MASA CUE ANN 12 (ZIELA)
Ucapan Tuan-tuan dan puan-puan yang dimuliakan,
penasihat
PIBG (GB) Di sini ada pekerja yg tekun berusaha ,
Di sini ada pentadbir yg tidak pernah kenal erti putus asa ,
Di sini ada ketua yang berjasa ,
Di sini ada pemimpin yang berjiwa mulia.
Majlis diteruskan dengan mempersilakan
Yang Berusaha Puan Noor Azian bt Ahmad
Guru Besar, SK Convent Green Lane selaku penasihat PIBG untuk
memberikan ucapan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
5
MASA CUE ANN 13 (NORA)
Selepas Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi
ucapan penghargaan kepada Yang Berusaha Puan Noor Azian atas
Penasihat ucapan beliau sebentar tadi.
PIBG
MASA CUE ANN 14 (NORA)
CABUTAN Hadirin yang dihomati sekalian,
BERTUAH 1
(5 cabutan) 20 cabutan bertuah telah disediakan kepada para hadirin. Cabutan
bertuah menggunakan roda pusingan. Roda akan dipusing dan
nama bertuah akan terpapar sebentar nanti.
Paparan roda Cabutan bertuah pertama dimenangi oleh........
cabutan -cabutan ke 2....
bertuah di -cabutan ke 3..
skrin. -cabutan ke 4...
-cabutan ke 5...
MASA CUE ANN 15 (NORA)
Selepas nama Sekalung tahniah kepada yang bertuah. Makluman kepada
bertuah penerima hadiah. Hadiah boleh diambil mulai Isnin ini di sekolah
diumumkan. secara pandu lalu.
Para hadirin yang dimuliakan, 15 cabutan bertuah akan di
sambung sebentar nanti. Di harap hadirin tidak berganjak sehingga
penghujung majlis ini dan mengisi kehadiran tuan puan
menggunakan pautan yang disediakan.
MASA CUE ANN 16 (NORA)
M’bentangkan Bagi meneruskan acara, saya serahkan majlis ini kepada Yang
dan Berbahagia Tuan Syed Ahmad Safarudin Bin Tuan Syed Zainal
Mengesahkan Abidin Yang Dipertua PIBG SK Convent Green Lane untuk
Minit mengendalikan Mesyuarat Agong Tahunan.
Mesyuarat/
Perkara Dengan segala hormatnya dipersilakan.
berbangkit
SU dan
Bendahari
bentang ---
minit mesy/
belanjawan
6
MASA CUE ANN 17 (NORA)
Selepas laporan
setiausaha dan Terima kasih kepada Puan Zulaina dan Puan Ganeshvari selaku
bendahari setiausaha dan bendahari atas pembentangan laporan aktiviti
dan kewangan sebentar tadi.
MASA CUE ANN 18 (NORA)
Tayangan video Hadirin hadirat yang dihormati,
Setelah kita mendengar pembentangan daripada setiausaha dan
bendahari PIBG dapatlah kita simpulkan bahawa PIBG SKCGL
banyak membantu dalam kelangsungan aktiviti sekolah.
Oleh itu, mari kita saksikan Tayangan Video Aktiviti Tahunan
SK Convent Green Lane yang disediakan oleh AJK guru.
Dengan sukacitanya majlis mempersilakan.
Skrin papar
tayangan video
aktiviti tahunan -------
MASA CUE ANN 19 (NORA)
Selepas Demikianlah tayangan video aktiviti yang telah dijalankan
tayangan video sepanjang tahun. Pihak sekolah sentiasa berusaha dan memberi
komitmen untuk mempertingkatkan kualiti pendidikan bagi
menjamin kemenjadian murid-murid SK Convent Green Lane.
Pihak sekolah kagum dan bangga melihat kesungguhan ibu bapa
yang sentiasa memberi galakan dan sokongan dalam setiap
aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah. Terima kasih
diucapkan.
7
MASA CUE ANN 20 (NORA)
CABUTAN Hari ini menugal jagung,
BERTUAH 2 Hari esok memetik peria,
(5 cabutan) Hari ini kita berkampung,
Meraikan majlis penuh ceria.
Bagi menambah keceriaan majlis, kita teruskan majlis dengan 5
cabutan bertuah. Cabutan bertuah menggunakan roda pusingan.
Roda akan dipusing dan nama bertuah akan dipapar sebentar
nanti. Mari kita saksikan nama-nama bertuah pada hari ini.
Paparan roda Cabutan bertuah pertama dimenangi oleh........
cabutan bertuah -cabutan ke 2....
2 di skrin. -cabutan ke 3..
-cabutan ke 4...
-cabutan ke 5...
MASA CUE ANN 21 (NORA)
Selepas nama Sekalung tahniah kepada yang bertuah. Makluman kepada
bertuah penerima hadiah. Hadiah boleh diambil mulai Isnin ini di sekolah
diumumkan. secara pandu lalu.
10 cabutan bertuah akan di sambung sebentar nanti. Di harap
hadirin tidak berganjak sehingga ke penghujung majlis.
MASA CUE ANN 22 (NORA)
Jemput YDP Para hadirin yang dimuliakan,
Membincangkan
cadangan dan Majlis diteruskan dengan membincangkan usul dan cadangan.
usul Makluman kepada hadirin, terdapat 4 usul yang telah dicadangkan
.
Usul dan cadangan hanya akan dibaca sekiranya pemberi usul
hadir pada hari ini.
Para hadirin boleh juga mengutarakan usul pada hari ini dengan
memaklumkan nama waris,nama anak dan kelas.
Dengan itu, majlis menyerahkan kepada YDP PIBG dan guru
besar untuk menjawab usul dan meneruskan agenda seterusnya.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
YDP ----
8
MASA CUE ANN 23 (NORA)
Selepas usul Terima kasih di atas cadangan dan usul yang telah diterima
daripada semua. InsyaAllah, pertimbangan dan tindakan akan
dilaksanakan di samping memikirkan kepentingan dan kesannya
kepada sekalian.
MASA CUE ANN 24 (NORA)
Video
penghargaan sesi Dara berteduh di tempat redup,
2020/2021 Panas cuaca mentari terang,
Taburlah budi ketika hidup,
Kelak jasamu dikenang orang.
Seterusnya majlis meneruskan lagi dengan acara penyampaian
sijil penghargaan kepada AJK yang telah menyumbang tenaga
dan buah fikiran sepanjang sesi 2020. Majlis penyampaian ini
diadakan secara digital iaitu rakaman video.Marilah kita saksikan
Tayangan Video Penghargaan ini.
Tayangan Video ----
penghargaan
MASA CUE ANN 25 (NORA)
Jemput YDP Seterusnya ,majlis menjemput Yang Berusaha Tuan Syed
Bubarkan majlis YDP PIBG untuk membubarkan majlis dan seterusnya membuat
perlantikan baru.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
YDP
- Latikan
-pembubaran. ---YDP---
MASA CUE ANN 26 (NORA)
Video Perlantikan Seterusnya,majlis diteruskan dengan tayangan video pelantikan
2021/2022 jawatan kuasa bagi sesi 2021/2022
Tayangan Video ----
pelantikan
9
MASA CUE ANN 27 (NORA)
Jemput YDP Dengan itu, majlis mempersilakan Yang Berusaha Tuan Syed
teruskan mesy. YDP PIBG untuk meneruskan mesyuarat PIBG bagi sesi
2021/2022.
-Sumbangan
-Hal-hal lain Dengan segala hormatnya dipersilakan.
-Penangguhan
Mesyuarat
dikelola oleh
YDP ---YDP---
Sehingga
penagguhan.
MASA CUE ANN 28 (NORA)
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan
Jemput YDP Syed YDP PIBG ,
CABUTAN
BERTUAH 3 Bagi meneruskan acara, majlis akan diteruskan dengan sesi
cabutan bertuah . Makluman hadirin, cabutan bertuah
menggunakan roda pusingan. Roda akan dipusing sebentar lagi
dan nama bertuah akan dipanggil. Majlis berbesar hati menjemput
Yang Berusaha Tuan Syed YDP PIBG untuk mengumumkan
nama yang bertuah.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Nama Cabutan Roda Cabutan Berpusing
bertuah diumum
oleh YDP (YDP umum nama cabutan bertuah)
10
MASA CUE ANN 29 (ZIELA)
Selepas ucapan Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada YDP PIBG atas
penagguhan YDP pengumuman nama bertuah sebentar tadi.
dan
CABUTAN Sebelum berakhirnya majlis kita pada pagi ini, 5 cabutan bertuah
BERTUAH 4 yang terakhir pada hari ini akan diteruskan.
Cabutan bertuah menggunakan roda pusingan. Roda akan
dipusing sebentar lagi dan nama bertuah akan dipanggil . Kita
saksikan 5 nama bertuah yang terakhir ini.
Roda berpusing Cabutan bertuah pertama dimenangi oleh........
-cabutan ke 2..../cabutan ke 3../cabutan ke 4.../cabutan ke 5...
MASA CUE ANN 30 (ZIELA)
Selepas nama Sekalung tahniah kepada 20 nama yang bertuah hari ini..
bertuah Makluman kepada semua penerima hadiah. Hadiah boleh diambil
diumumkan. mulai Isnin ini di sekolah secara pandu lalu.
MASA CUE ANN 31 (ZIELA)
Dengan berakhirnya cabutan bertuah itu tadi ,
maka selesailah sudah Mesyuarat Agung PIBG
SK Convent Green Lane kali ke 32 bagi tahun 2021.
Penutup/bersurai Sebelum majlis berakhir,diingatkan supaya hadirin mengisi
kehadiran dan mendapatkan Buku Mesyuarat Agung PIBG Kali
Ke- 31 menggunakan pautan yang disediakan.
Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan di dalam peti,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.
Mari dipetik sirih puan,
Sirih dipetik di tepi perigi,
Terima kasih tuan dan puan,
Di lain masa berjumpa lagi
Saya mewakili AJK PIBG serta warga SK Convent Green Lane
merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih
kepada semua hadirin dan hadirat yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung dalam mengendalikan
Mesyuarat Agung PIBG SK Convent Green Lane kali ke 32
tahun 2021.
Kami bagi pihak majlis juga ingin memohon kemaafan jika
terdapat sebarang kecacatan dan kepincangan sepanjang
perjalanan majlis ini.
Sekian daripada kami, wabillahitaufik wal hidayah
wassalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh.
11