The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by flor9090, 2022-06-19 03:30:11

MD.docx

MD.docx

PERATURAN KEJOHANAN MERENTAS DESA MSS SABAH 2022

UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN
Kejohanan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Kesatuan Olahraga Malaysia(KOM), Peraturan – Peraturan
AM Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) dan Peraturan Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah
Malaysia(MSSM) tahun semasa.

1 JENIS PERTANDINGAN / KATEGORI / JARAK LALUAN*

1.1 Pertandingan akan dijalankan secara Individu dan Berpasukan. Kumpulan Umur dan Kategori adalah

seperti berikut:

BIL KATEGORI DAN HAD UMUR PESERTA JARAK
LARIAN

BAWAH 18 TAHUN LELAKI 8 KM
1 (Tidak lebih 18 tahun pada 1.1.2022)

2 BAWAH 18 TAHUN PEREMPUAN 6 KM
(Tidak lebih 18 tahun pada 1.1.2022)

3 BAWAH 15 TAHUN LELAKI 6 KM
(Tidak lebih 15 tahun pada 1.1.2022)

BAWAH 15 TAHUN PEREMPUAN 6 KM
4 (Tidak lebih 15 tahun pada 1.1.2022)

5 BAWAH 12 TAHUN LELAKI 4 KM
(Tidak lebih 12 tahun pada 1.1.2022)

6 BAWAH 12 TAHUN PEREMPUAN 4 KM
(Tidak lebih 12 tahun pada 1.1.2022)

1.2 Dijalankan secara “Cut Of Time”.
1.2.1 *Kategori 12 TKB – 50 Minit, 15 TKB Dan 18 TKB – 60 Minit
1.2.2 Peserta yang melebihi/gagal sampai ke garisan penamat pada tempoh tersebut
dIkira gagal menghabiskan larian (DNF).

2 PENGESAHAN PESERTA – PESERTA / TURUTAN KEJOHANAN
2.1 HARI PERTAMA
2.1.1. Melaporkan diri
2.1.1.1 Hari pertama melapor diri dan sesi Pengesahan penyertaan yang akan
dilakukan oleh Jawatankuasa Pertandingan dengan menunjukkan borang
pertandingan dan kad pengenalan/surat beranak.
2.1.1.2 Borang penyertaan yang lengkap setelah disemak hendaklah dihantar
kepada pengelola semasa melaporkan diri dan maklumat trek laluan untuk
latihan pengenalan trek.
2.1.2 Pengenalan Trek – Pengurus Pasukan
2.1.3 *Hari pertama sebelah petang ( mana yang sesuai )
2.1.4 Mesyuarat Pengurus pasukan
2.1.4.1 *Pada sebelah pagi/petang/malam hari kedua (mana yang sesuai).

2.2 HARI KEDUA
2.2.1 Pertandingan pada awal pagi
2.2.2 Penyampaian Hadiah

PERATURAN KEJOHANAN MERENTAS DESA MSS SABAH 2022

3 PENDAFTARAN PESERTA
3.1 Setiap pelajar yang didaftarkan hendaklah Warga Negara Malaysia dengan 6 (enam) peserta
bagi setiap kategori.
3.2 Pendaftaran peserta hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Penyertaan Rasmi yang
disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola. Butir-butir tentang seseorang peserta hendaklah
dilengkapkan dan disahkan oleh Setiausaha Agung Majlis Sukan Sekolah Daerah/Negeri
masing-masing.
3.3 Peserta-peserta setiap MSS Negeri hendaklah menyertakan BORANG M01 DAN R01 yang
dicetak dari pendaftaran e-kejohanan berserta gambar, satu salinan Kad Pengenalan
(sekolah Menengah) / salinan Surat Beranak/My Kid (pelajar sekolah rendah) yang telah
disahkan oleh Pengetua/Guru Besar/ Penolong Kanan sekolah peserta yang berkenaan; dan
surat kebenaran waris seperti lampiran B, Perkeliling Ikhtisas Bil. 5/2007
3.4 Borang penyertaan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan kepada pengelola pada atau
sebelum 8(Lapan) hari kejohanan.
3.5 Semua peserta diwajibkan membawa surat Pengesahan Kesihatan yang disahkan oleh
Pegawai Perubatan.

4 PENETAPAN PUNGUTAN MATA BAGI BERPASUKAN
4.1 Daripada 6(enam) peserta yang berlari, pencapaian terbaik 5 orang peserta yang
menamatkan larian akan diambilkira untuk menentukan kedudukan pasukan.
4.2 Pasukan yang mendapat agreget terendah akan diisytiharkan sebagai pemenang.
4.3 Jika berlaku seri, penamat yang keempat terbaik akan diambilkira bagi menentukan
pemenang.

5 PENENTUAN JUARA KESELURUHAN
5.1 Juara keseluruhan merentas desa adalah berdasarkan kepada jumlah agreget yang
terendah dikumpulkan daripada enam kategori.
5.2 Jika berlaku seri, pasukan yang mendapat bilangan Johan berpasukan yang terbanyak
akan dikira sebagai pemenang.
5.3 Jika berlaku seri juga, tempat kedua dan berikutnya akan diambilkira sebagai pemenang.

6 *HADIAH

6.1 Bagi acara Individu

6.1.1 *Hadiah diberikan kepada pemenang tempat pertama hingga ke

lima belas (1 – 15) bagi setiap kategori.

6.2 Bagi Acara Berpasukan ( dengan 5 hadiah )

6.2.1 Kategori L 18 : Johan, Naib Johan dan Ketiga

6.2.2 Kategori L 15 : Johan, Naib Johan dan Ketiga

6.2.3 Kategori P 18 : Johan, Naib Johan dan Ketiga

6.2.4 Kategori P 15 : Johan, Naib Johan dan Ketiga

6.2.5 Kategori L 12 : Johan, Naib Johan dan Ketiga

6.2.6 Kategori P 12 : Johan, Naib Johan dan Ketiga

6.3 *Piala akan diberikan kepada kontinjen yang menjadi Johan Keseluruhan.

7 NOMBOR BIB PESERTA
7.1 Setiap peserta hendaklah memakai nombor bib pengenalan yang disediakan oleh Pengelola
di bahagian hadapan dan belakang badan dan hendaklah disematkan pin pada keempat-
empat sudut kain.

PERATURAN KEJOHANAN MERENTAS DESA MSS SABAH 2022

7.2 Penetapan bib peserta adalah seperti berikut:

F0750

RANAU
( CONTOH NOMBOR BIB )

Kategori PASUKAN L18 P18 L15 P15 L12 P12
Warna Hitam BiruTua HijauTua MerahTua Ungu Oren
KUDAT
1 KOTA MARUDU A0100 -0105 A0106 - 0109
2 B
3 PITAS C
4 KOTA BELUD D
5 E
6 TUARAN F
7 RANAU G
8 KOTA KINABALU H
9 PENAMPANG J
10 PAPAR K
11 BEAUFORT L
12 KUALA PENYU M
13 SIPITANG N
14 TAMBUNAN P
15 KENINGAU Q
16 TENOM R
17 NABAWAN S
18 TAWAU T
19 LAHAD DATU U
20 SEMPORNA V
21 KUNAK W
22 SANDAKAN X
23 KINABATANGAN Y
24 BELURAN Z
TELUPID

8. MELAPORKAN DIRI PESERTA
8.1 Semua peserta mesti melaporkan diri sekurang-kurangnya 45 minit sebelum waktu acara

berkenaan dijadualkan berlangsung.
8.2 Peserta-peserta hendaklah berpakaian lengkap dan nombor-nombor mereka mesti disematkan

dengan pin pada setiap penjuru di baju lari masing-masing.

PERATURAN KEJOHANAN MERENTAS DESA MSS SABAH 2022

9 PEMANASAN BADAN
9.1 Peserta-peserta hanya dibenarkan memanaskan badan di tempat yang ditentukan.

10 PAKAIAN
10.1 Peserta hendaklah berpakaian sesuai dan kemas serta DIGALAKKAN berkasut sewaktu mengambil

bahagian dan DIWAJIBKAN berkasut semasa majlis penyampaian hadiah. Pengurus pasukan
bertanggungjawab memastikan atlet berkasut jika keadaan trek merentas desa ada risiko kecederaan.
10.2 Pakaian hendaklah tidak jarang walaupun basah dan tidak menjolok mata.

11 BANTAHAN
11.1 Segala bantahan hendaklah dibuat mengikut Peraturan 146 KOM, kecuali perkara berikut :

Segala masalah berkaitan dengan kelayakan ( status ) seseorang peserta yang tidak dapat diselesaikan
dengan memuaskan sebelum pertandingan bermula, maka peserta tersebut boleh mengambil
bahagian di bawah bantahan ( under protest ) dan rujuk Peraturan AM MSSM.
11.2 Bantahan berhubung dengan acara-acara yang sedang dijalankan hendaklah dilakukan
dengan serta merta dan tidak lewat daripada; Lima belas ( 15 ) minit setelah keputusan
rasmi diumumkan.
11.3 Sebarang bantahan bertulis kepada Juri Rayuan mesti disertai dengan wang pertaruhan sebanyak
RM200.00 ( Ringgit Malaysia : Dua Ratus Sahaja )

12 HAK – HAK JAWATANKUASA PENGELOLA
12.1.1 Tiap-tiap acara akan dijalankan mengikut tarikh dan waktu seperti yang ditetapkan, tetapi

Jawatankuasa Pengelola dengan persetujuan Pengerusi Teknik dan Pembangunan Merentas
Desa/Olahraga MSS Sabah, berhak meminda susunan acara jika difikirkan perlu. Jika berlaku
pemindaan, pengurus-pengurus pasukan akan diberitahu.
12.1.2 Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak tercatat dalam Undang-
Undang Merentas Desa/Olahraga KOM terkini, Peraturan-Peraturan Am MSSM atau Peraturan-
Peraturan Pertandingan Kejohanan Merentas Desa/Olahraga MSS Sabah. Termasuk TIDAK
MEMBENARKAN penglibatan pelajar warga asing dalam kejohanan ini.

13 HAL – HAL LAIN
13.1 Tempat-tempat khas akan disediakan untuk peserta-peserta dan pegawai-pegawai. Individu yang

tidak berkenaan DILARANG masuk ke tempat-tempat khas tersebut.
13.2 Selain daripada Pegawai-Pegawai Teknik yang bertugas dan peserta-peserta yang

mengambil bahagian, TIDAK SESIAPA PUN DIBENARKAN MASUK KE ARENA PERTANDINGAN
KECUALI DENGAN KEBENARAN PENGURUS KEJOHANAN
13.3 Jawatankuasa tidak bertanggungjawab ke atas kemalangan, kematian, kecacatan anggota, kehilangan
anggota badan / harta benda / sebarang kecederaan lain berlaku :

13.1.1 Semasa perjalanan pergi dan balik dari penginapan ke venue pertandingan
13.1.2 Semasa kejohanan dijalankan
13.1.3 Di dalam dan di luar kawasan venue pertandingan
13.1.4 Di tempat-tempat penginapan

13.2.1 Walau bagaimanapun, pihak Pengelola Kejohanan akan berusaha untuk
mengambi langkah-langkah bagi memastikan keselamatan dan
kesejahteraan peserta dan pegawai terjamin setakat mana yang
munasabah.


Click to View FlipBook Version