The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by farishakamaruzaman99, 2022-05-19 03:29:47

KISAH SANG ULAR DAN SANG RUSA

KISAH SANG ULAR
KISAH SANG ULAR


















DAN SANG RUSA
DAN SANG RUSA





















FARISHA NAJWA BINTI KAMARUZAMAN (275738)

Pada zaman dahulu, di dalam hutan ada






seekor ular. Sang Ular sangat besar dan






panjang. Haiwan lain takut untuk






berkawan dengan Sang Ular. Dia tinggal






seorang diri.

Di dalam hutan itu juga ada seekor







Sang Rusa yang baik hati. Sang







Rusa selalu menolong haiwan-







haiwan lain yang dalam kesusahan.

Semua haiwan suka berkawan






dengan Sang Rusa. Mereka tidak suka





berkawan dengan Sang Ular. Sang






Ular sangat garang dan sombong.

Pada suatu petang, hujan turun dengan







sangat lebat. Sang Ular mula berasa






lapar dan ia keluar mencari katak.

Dua jam mencari, Sang Ular







berasa sedih kerana masih






belum jumpa seekor katak pun.

Tiba-tiba, Sang Ular ternampak






seekor katak di bawah jaring. Sang








Ular terus masuk ke dalam jaring itu

Sang Katak terkejut dan berkata







“Jangan makan aku Sang Ular, aku ada






anak di rumah. Kasihan anak-anak aku






tunggu. Tolong, aku merayu sangat pada







engkau."

Sang Ular tidak peduli akan kata-kata






Sang Katak dan berkata “Ahh, aku tidak






peduli. Aku lapar, aku mahu makan






engkau.” Sang Ular sangat marah dan







terus menelan Sang Katak.

Setelah berasa kenyang, Sang Ular





ingin keluar dari jaring itu tetapi tidak






berjaya. Selepas satu jam, Sang Ular






masih tidak dapat keluar kerana






badannya yang besar.

Tiba tiba, Sang Rusa terdengar Sang Ular







menjerit meminta tolong. Sang Rusa







pun terus mencari Sang Ular. TOLONGGGG!

“Apa yang





sedang berlaku,






“Tolong buka jaring Sang Ular?”





ini, Sang Rusa. Aku





mahu keluar dan





balik rumah.”

Sang Rusa pun terus menolong Sang






Ular untuk keluar dari jaring itu. Sang






Rusa menggunakan mulut dan kaki






untuk menarik jaring itu dari badan






Sang Ular.

Sang Ular berjaya keluar dari jaring







itu selepas dibantu oleh Sang Rusa.




















"Terima kasih Sang Rusa,





kalau engkau tiada, aku "Sama-sama Sang Ular.




mesti dah kena tangkap Mari kita pergi dari sini





dengan manusia" sebelum manusia


datang".

Sejak dari itu, mereka sentiasa berjumpa






dan menjadi kawan baik. Tetapi, ibu Sang






Rusa selalu memberi nasihat kepada Sang






Rusa agar berhati-hati. Dia kurang percaya







akan Sang Ular.

Satu bulan kemudian, katak di dalam







hutan itu semakin kurang kerana







ditangkap manusia. Mereka mahukan







katak untuk dijadikan umpan






memancing.

Satu hari, Sang Ular keluar semula






untuk mencari katak tetapi katak







sudah habis ditangkap oleh manusia.







Sang Ular mula berasa marah dan






sangat lapar.

“Kalau begini, hidup aku






akan susah. Bagaimana





aku mahu hidup jika






katak tiada? Aku harus






makan haiwan lain.”

Sang Ular pun mendapat satu rancangan.



















































"Kalau aku makan rusa,




sudah pasti aku akan





kenyang banyak hari atau





selama seminggu.




Lagipun daging rusa





sedap dan lembut".














































































Sang Ular pun mula mencari rancangan






untuk memerangkap Sang Rusa.

Dia berfikir dan mendapat satu idea. Sang Ular




merancang ingin mengajak Sang Rusa untuk makan





malam di rumahnya, dan Sang Ular akan makan Sang





Rusa pada waktu itu.

"Sang Rusa, jom ke rumah






aku malam ini. Aku mahu





belanja kau makan






malam."




"Boleh saja, Sang Ular.






Malam ini aku datang."

Sang Rusa pun pulang memberitahu ibunya.


































"Ibu, Sang Ular




mengajak aku ke







"Kenapa dia tiba tiba rumahnya malam




mengajak kau ke sana? ini, bolehkah ibu?"




Bukankah kamu selalu




berjumpa dengan dia di




tengah hutan?"

“Tidak apa, engkau pergi





saja. Tetapi sebelum kau




pergi ibu akan sapukan ubat





racun dibadan engkau. Jika




ular ingin makan engkau,




dia yang akan mati dahulu





selepas termakan racun.”


“Baiklah, terima





kasih ibu.”

Pada malam itu, Sang Rusa pun pergi






ke rumah Sang Ular. Sebelum Sang






Rusa pergi, ibunya telah menyapu






ubat di badan Sang Rusa.

Sang Rusa sampai ke rumah Sang Ular.





Sang Ular pun terus mengunci pintu






rumahnya dan berkata,































































“Padan muka engkau Sang Rusa,




aku dah tipu engkau. Sekarang




aku sudah tiada katak untuk




dimakan. Aku akan makan




engkau malam ini.”

“Inikah balasan




engkau kepada





aku. Aku ingin




beritahu, kalau






“Apa kau cakap ni, engkau makan





Sang Rusa. Jangan aku, kau yang akan





kau merepek lagi. mati, Sang Ular.”





Kau yang akan





mati sekejap





lagi.”

Sang Ular terus membuka mulut untuk






menelan Sang Rusa. Belum sempat Sang Ular






menelan, lidah Sang Ular terkena badan Sang






Rusa. Sang Ular terus berasa pening. Lima






minit selepas itu, Sang Ular pun mati.

Sang Rusa sangat terkejut tetapi berasa





lega kerana mengikut cakap ibunya.




Sejak dari itu, Sang Rusa sentiasa





berhati-hati untuk memilih kawan.


























TAMAT

NILAI MURNI



















Kita mestilah sentiasa berbuat baik






kepada semua orang tanpa






mengharapkan balasan.












































Kita juga harus jujur berkawan






dengan sesiapa sahaja tanpa ada






niat ingin menipu.















































Kita juga perlu mendengar nasihat orang lain





terutamanya daripada ibu bapa kita sendiri.


Click to View FlipBook Version