KAJIAN KES SEJARAH
BAB 6: KESULTANAN JOHOR
RIAU
NAMA : NUR INSYIRAH BINTI JAMLUS
NO. MATRIK : CP201098
KELAS : 2 CAMBRIDGE
SUBJEK : SEJARAH
1
Senarai semak HALAMAN
3
BIL PERKARA 4
4
1.0 Jadual kerja 5
2.0 Objektif Kajian 6
3.0 Kaedah Kajian
4.0 Latar belakang pengasasan Kesultanan Johor Riau 9
5.0 Faktor kegemilangan Kesultanan Johor Riau:
10
6.1 Pusat perdagangan yang unggul
6.2 Pengurusan Pelabuhan 10
6.3 Pusat persuratan 10
6.0 Langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk
memartabatkan karya-karya persuratan Melayu ke
peringkat antarabangsa
7.0 Sebab-sebab generasi muda hari ini perlu memelihara
kedaulatan negara agar kemakmuran dan kemajuan
negara terus terjamin
8.0 Rumusan
9.0 Sumber Rujukan
2
1.0 Jadual Kerja
BIL TARIKH PERKARA CATATAN
1 23 JULAI Menerima taklimat daripada guru subjek Sejarah /
2021 berkaitan penulisan tugasan
/
2 25 JULAI Membuat rujukan awal ke laman web yang
2021 berkaitan dengan tajuk tugasan /
/
3 26 JULAI Mengenalpasti cara penulisan tugasan /
2021
Menentukan tajukk penulisan /
4 27 JULAI /
2021 Membuat rujukan lanjut berkaitan dengan tajuk /
tugasan menerusi internet,majalah,akhbar, buku /
5 28 JULAI /
2021
6 30 JULAI Menulis draf awal tugasan dengan bimbingan guru
2021
7 31 JULAI Menulis pengenalan dan pelaporan penuh tugasan
2021
8 2 OGOS 2021 Rumusan pengetahuan, nilai murni dan harapan
9 3 OGOS 2021 Mengemaskini tugasan
10 31 OGOS 2021 Menyemak dan menghantar tugasan
3
2.0 Objektif kajian
Kajian saya merangkumi objektif - objektif yang berikut:
i. Kajian ini dilakukan amnya ialah untuk mengenal pasti sumber – sumber sejarah yang
sahih. Ini akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara
yang betuk, jelas dan tepat.
ii. Kajian ini dapat menambah pengetahuan saya tentang Kesultanan Johor Riau. Kajian
ini juga dapat memupuk perasaan banggan terhadap tanah air kita.
iii. Dengan membuat kajian ini, saya dapat mengambil iktibar daripada peristiwa yang
berlaku pada zaman kegemilangan Kesultanan Johor Riau.
3.0 Kaedah kajian
Sebanyak 5 kaedah kajian telah dijalankan untuk mendapatkan maklumat secara
terperinci dan bersistematik.
• Melayari internet
Melalui kajian ini, saya telah mencari maklumat mengenai Kesultanan Johor Riau
dengan melayati internet. Banyak maklumat yang telah saya perolehi melalui
kaedah ini.
• Rujukan buku teks
Saya juga telah merujuk Buku Teks Sejarah Tingkatan 2 untuk mendapatkan
maklumat tambahan. Kaedah ini membantu saya menyiapkan tugasan ini dengan
sempurna.
• Bimbingan guru
Tanpa bimbingan guru, sudah tentu saya tidak akan berjaya melaksanakan
tugasan yang diberikan. Oleh itu, saya mendapat bimbingan dari guru
matapelajaran sejarah saya iaitu Encik Azuan.
4
4.0 Latar belakang pengasasan Kesultanan Johor Riau
Kesultanan Johor Riau diasaskan oleh waris Kesultanan Melayu Melaka. Kerajaan
ini juga mewarisi sistem pemerintahan dan pentadbiran serta wilayah jajahan takluk dan
naungan Kesultanan Melayu Melaka.
Kesultanan Johor Riau telah diasaskan oleh Raja Ali, putera Sultan Mahmud Shah
dan Tun Fatimah. Baginda menggunakan gelaran Sultan Alauddin Riayat Shah I (1528-
1564). Bendahara Seri Nara Diraja dititahkan menghimpunkan rakyat untuk membuka
negeri di pesisir Sungai Johor.
Sultan Alauddin Riayat Shah I membina pusat pemerintahan di Kota Kara, Pekan Tua
pada tahun 1528. Kedudukan Kota Kara yang terletak berhampiran sungai yang lebar dan
dalam memudahkan kapal untuk keluar masuk. Kawasan berbukit bukau di sekitar Kota
Kara menjadi benteng pertahanan daripada ancaman luar.
Kota Kara di Pekan Tua telah diserang dan dimusnahkan oleh Portugis pada tahun
1535. Sultan Alauddin Riayat Shah I berundur dan membuka pusat pemerintahan di Kota
Sayong. Kawasan ini lebih selamat kerana kapal perang musuh sukar melintas sungai
yang sempit.
Pada tahun 1540, Sultan Alauddin Riayat Shah I memindahkan pusat pemerintahan
ke Kota Batu, Johor Lama. Kedudukannya yang strategik di Sungai Johor yang lebar dan
dalam memudahkan kemasukan kapal dagang.
Kesultanan Johor Riau menghadapi pelbagai cabaran untuk mempertahankan
kedaulatannya. Antara cabaran tersebut termasuklah persaingan Johor-Acheh-Portugis,
Perang Johor-Jambi, konflik pembesar dan ancaman Raja Kechil.
5
5.0 Faktor kegemilangan Kesultanan Johor Riau:
5.1 Pusat perdagangan yang unggul
i. Kedudukan Strategik
Pelabuhan Johor Lama, Batu Sawar dan Panchor mudah dimudiki oleh kapal
besar kerana Sungai Johor yang lebar dan dalam. Johor juga menjadi pintu
masuk di bahagian selatan Selat Melaka yang membolehkannya mengawal lalu
lintas kapal dagang dari Timur dan Barat.
ii. Tumpuan Para Pedagang
Pelabuhan Kesultanan Johor Riau mendapat tumpuan pedagang dari China,
Gujerat, Belanda dan pedagang Inggeris. Turut menjadi tumpuan pedagang dari
jajahan dan naungan serta kerajaan lain di Alam Melayu.
iii. Pusat Pengumpulan dan Pengedaran Pelbagai Barang Dagangan
Barang dagangan oleh tanah jajahan Johor ialah lada hitam, bijih timah dan
emas. Bijih timah dibawa masuk dari Klang, Sungai Ujong dan Bernam serta
Pulau Bangka, Sumatera. Lada hitam pula dibawa dari Jambi dan emas pula
dari Inderagiri.
iv. Kesibukan Pelabuhan Johor Riau
Terdapat 500 hingga 600 buah kapal dagang pelbagai bangsa berlabuh di
Pelabuhan Johor terutamanya di Pelabuhan Riau.
5.2 Pengurusan Pelabuhan
Antara faktor utama yang menjadikan pelabuhan Kesultanan Johor Riau sebagai
pelabuhan entrepot ialah kecekapan mengendalikan barang dagangan dan
kemampuan membekalkan semula kapal dengan cepat dan murah.
6
i. Kemudahan Pelabuhan
Pelabuhan Kesultanan Johor Riau menyediakan gudang bawah tanah untuk
simpan barangan untuk elak dari kebakaran dan turut menyediakan pegawai
terlatih untuk uruskan perdagangan. Pelabuhan Kesultanan Johor Riau juga
membekalkan barangan yang diperlukan oleh pedagang seperti lada hitam,
rempah ratus.
ii. Urusan Jual Beli
Di Pelabuhan Johor Riau, perdagangan dijalankan secara tukar barang dan
menggunakan mata wang yang diperkenalkan oleh Sultan Aluddin Riayat Shah
I. Wang emas dikenali sebagai mas, wang perak sebagai kupang dan wang
timah pula sebagai katun. Cukai pelabuhan yang dikenakan terhadap pedagang
adalah berpatutan. Syahbandar yang merupakan pembesar yang
bertanggungjawab mengurus sistem jual beli dan kutipan cukai pelabuhan juga
menetapkan ukuran dan berat timbangan barangan.
iii. Sistem Naungan
Pedagang luar dan pedagang tempatan mendapat naungan daripada Bendahara,
Temenggung, Laksamana dan Raja Indera Bongsu. Oleh itu, keselamatan para
pedagang akan terjamin. Hasil keuntungan pula akan diberikan kepada pihak yang
memberikan naungan dalam bentuk cukai perdagangan berdasarkan sistem
naungan. Melalui sistem ini, pedagang mudah mendapat surat kebenaran daripada
Belanda dan dapat belayar tanpa gangguan di Selat Melaka.
7
iv. Peranan Orang Laut
Orang Laut ditugaskan sebagai pengawal pelabuhan, penunda kapal dagang,
penunjuk arah kepada para pedagang dan pengawal di perairan Johor dan Selat
Melaka. Hai ini supaya aktiviti perdagangan berjalan dengan lancar. Orang Laut
juga terlibat mengawal keselamatan Kesultanan Johor Riau dengan menjadi
tentera laut.
v. Kemudahan Membaiki dan Membina Kapal
Pelabuhan di Johor juga mempunyai kemudahan membaiki dan membina kapal
bersaiz kecil. Orang Laut yang mahir dalam pembinaan kapal, membuat kapal
pesisir pantai seperti kolek, benteng, penjajap, balok, dan pencalang.
5.3 Pusat persuratan
Penghasilan karya persuratan membuktikan Kesultanan Johor Riau juga tidak
ketandusan dengan karya agung dan tokoh yang berkaliber. Antara pusat
persuratan yang terkenal ialah Batu Sawar dan Pulau Penyegat.
o Karya Agung
i. Sulalatus Salatin
Sulalatus Salatin bermaksud Salasilah Raja – Raja atau Peraturan Segala Raja –
Raja yang asalnya Bernama Hikayat Melayu telah disusun dan ditulis semula oleh
Tun Seri Lanang pada tahun 1612. Kandungannya menceritakan asal usul
keturunan raja – raja Melaka, adat istiadat kerajaan dan sejarah Kesultanan
Melayu Melaka.
ii. Hikayat Hang Tuah
Sejarawan menyatakan bahawa naskhah ini dihasilkan oleh pengarang dari Johor
selepas kekalahan Portigis di Melaka pada tahun 1641. Karya ini ialah sebuah
epik kepahlawanan yang merentas sepanjang zaman kegemilangan Kesultanan
Melayu Melaka. Kandungannya juga berkaitan dengan ketaatan atau kesetiaan
Hng Tuah kepada raja dan Kesultanan Melayu Melaka.
8
o Tun Seri Lawang ( tokoh persuratan )
Tun Muhammad bin Tun Ahmad Paduka Raja ialah nama sebenar Tun Seri Lanang.
Beliau dilahirkan di Bukit Seluyut, Kota Tinggi pada tahun 1565 dan menjadi
Bendahara Johor semasa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah II. Beliau
Menyusun dan menulis semula Sulalatus Salatin atas titah Raja Abdullah, adinda
Sultan Alauddin Riayat Shah II. Beliau juga dilantik sebagai penasihat Sultan
Iskandar Muda, Acheh dan menjadi Raja Uleebalang di Samarlanga.
o Karya Latin
Tajul Salatin atau Mahkota Raja-Raja ditulis oleh Bukhari al-Jauhari. Kary aini
merupakan antara karya persuratan yang tersohor dihasilkan pada zaman Kesultanan
Johor Riau. Raja Ali Haji mengkarang Tauhfat al-Nafis, Salasilah Melayu dan Bugis
Gurindam dan Dua Belas dikarang oleh Raja Ali Haji. Hikayat Anak Panah Sedasa
dikarang oleh Tun Hisap Misai. Syair Ungku Puteri dikarang oleh Raja Ahmad.
6.0 Langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk memartabatkan karya-
karya persuratan Melayu ke peringkat antarabangsa
Langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk memartabatkan karya-karya persuratan
Melayu ke peringkat antarabangsa ialah dengan menaja peserta.-peserta untuk
menghadiri seminar karya persuratan di peringkat antarabangsa. Pihak kerajaan juga
haruslah menganjurkan banyak bengkel penulisan supaya dapat mencungkil bakat-bakat
dalam bidang pernulisan.
9
7.0 Sebab-sebab generasi muda hari ini perlu memelihara kedaulatan
negara agar kemakmuran dan kemajuan negara terus terjamin
Bagi menyedarkan generasi muda yang tidak sedar bahawa keamanan dan kesejahteraan
negara yang mereka rasai hari ini bukan datang secara percuma tetapi dengan
pengorbanan pejuang negara. Selain itu, semangat patriotisme perlu dipupuk dari kecil
supaya dapat mengekalkan kemakmuran dan kemajuan negara.
8.0 Rumusan
Kesimpulannya, kajian yang dilakukan selama hampir sebulan ini mengajar saya pelbagai
benda baru dan menarik tentang Kesultanan Johor Riau. Semasa saya menyiapkan kajian
ini, banyak pengajaran dan nilai yang telah saya pelajari.Sebagai contoh, nilai nilai
sesabaran dan nilai ketabahan dalam proses menghasilkan kajian ini. Melalui kajian ini,
saya juga menyedari bahawa kita haruslah berbangga menjadi rakyat Malaysia dan
bersyukur kerana hidup dalam sebuah negara yang aman dan damai.
9.0 Sumber Rujukan
a. Buku Teks
Dr. Suffian Mansor, Dr. Mardiana Nordin, Ahmad Salehee bin Abdul, Ishak bin Saidoo,
2017, Buku Teks Sejarah KSSM Tingkatan 4, Dewan Bahasa dan Pustaka
b. Internet
https://ms.wikipedia.org/wiki/Kesultanan_Riau-Lingga
https://ms.wikipedia.org/wiki/Sulalatus_Salatin
https://www.slideshare.net/NORHAMIZAHHAMIDUN/sejarah-persuratan-melayu-
johor-riau
https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/08/726223/malaysia-prihatin-
kedaulatan-negara-tanggungjawab-bersama
10