Info
Kesihatan
Apa Yang Perlu Anda Tahu
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA
SURAT
1 PENGENALAN
1
2 ANATOMI PAYUDARA 2
4
3 FAKTOR RISIKO 5
6
4 GEJALA-GEJALA KANSER PAYUDARA 7
8
5 KETULAN (BENJOLAN PAYUDARA)
9
6 TAHAP-TAHAP KENSER PAYUDARA
12
7 SEL KENSER PAYUDRA BOLEH MEREBAK 14
15
8 3 LANGKAH MUDAH UNTUK MENJAGA 16
KESIHATAN PAYUDARA
17
9 CARA PEMERIKSAAN SENDIRI
18
10 PEMERIKSAAN KLINIKAL PAYUDARA 19
20
11 UJIAN MAMOGRAM 22
12 BAGAIMANA UJIAN MAMOGRAM DILAKUKAN
13 SIAPA YANG PERLU MEMERLUKANUJIAN
MAMOGRAM
14 PERSEDIAAN
15 LOKASI / TEMPAT
16 PROGRAM SUBSIDI MAMOGRAM
17 RUJUKAN
KANSER PAYUDARA DAN
PUNCANYA
KENALI KANSER
Kanser adalah keadaan di mana sel berkembang
tanpa kawalan dan memusnahkan sel bersebelahan
atau merebak ke organ lain.
Apabila sel mati akibat usia atau kecederaan, sel lain
tumbuh untuk menggantikannya.
Badan kita menjana kuantiti dan jenis sel yang betul
dan berhenti apabila ia selesai.
PUNCA KANSER
Pembiakan sel tisu payudara yang tidak terkawal
membawa kepada kanser payudara.
Kanser payudara berpotensi merebak ke nodus limfa
dan organ lain jika ia tidak didiagnosis dan dirawat
dengan segera.
Sejarah kanser payudara masih menjadi misteri.
Kanser payudara adalah ancaman kepada mana-
mana wanita berumur 20 tahun ke atas.
-1-
ANATOMI PAYUDARA
Kanser Payudara adalah penyakit yang terjadi apabila sel-sel
mengalami perubahan atau mutasi di dalam tisu/lemak atau duktus
dalam payudara.
Berlaku apabila terdapat gene kita gagal mengawal pertumbuhan sel
sel dalam payudara. (BRCA-1 & BRCA-2).
-2-
INSIDEN KANSER PAYUDARA
MELAYU : 1:35
CINA: 1:22
INDIA: 1:24
17.7% RAKYAT MALAYSIA AKAN
DIAGNOSIS KANSER PAYUDARA
SEPANJANG HIDUP MEREKA
PADA TAHUN 2012 DIANGGARKAN
SEBANYAK 33% KES DILAPORKAN
-3-
FAKTOR-FAKTOR RISIKO
KANSER PAYUDARA
-4-
GEJALA-GEJALA KANSER
PAYUD
ARA
8 TANDA AWAL KANSER
-5-
KETULAN
(BENJOLAN PAYUDARA)
TANDA-TANDA BERLAKU
Kerap pada wanita muda (20-35 tahun)
Ketulan yang boleh bergerak bila ditekan.
Mungkin melibatkan kedua0dua payudara
Mungkin sakit semasa haid.
Fibroadenoma
Fibroadenoma adalah ketulan licin yang abnormal pada payu dara,
yang terdiri daripada tisu berserat (fibrous) dan berkelenjar
(adenomatous). Ketulan tersebut kenyal dan terasa boleh bergerak di
bawah kulit apabila di periksa dan biasanya dirujuk sebagai ‘tetikus
payu dara’. Fibroadenoma adalah tumor yang tidak merbahaya dan
paling biasa di kalangan wanita di bawah umur 30 tahun. Ketulan
fibroadenoma biasanya ditemui hanya satu ketulan, walau
bagaimanapun 10 – 15% wanita boleh mempunyai beberapa ketulan
dan boleh melibatkan kedua-dua payu dara
-6-
TAHAP-TAHAP KENSER PAYUDARA
DAN PERATUSAN UNTUK SELAMAT
-7-
SEL KENSER PAYUDRA BOLEH
MEREBAK
Jika tidak dirawat dan digegah sel kenser payudara
boleh merebak ke seluruh anggota badan dan
membiak menjadi kenser atau penyakit yang
merbahaya
-8-
3 LANGKAH MUDAH UNTUK
MENJAGA KESIHATAN
PAYUDARA
-9-
-10-
-11-
CARA PEMERIKSAAN SENDIRI
Berdiri di hadapan cermin
Dengan mengangkat kedua-dua
tangan ke atas kepala, pusing
perlahan-lahan dari sisi kanan ke
sisi kiri.
Cekak pinggang anda, tekan turun
perlahan-lahan ke bawah untuk
menegangkan otot dada dan menolak
payudara anda ke hadapan.
Perhatikan dengan teliti segala
perubahan seperti saiz, bentuk dan
kontur setiap payudara. Lihat sama ada
terdapat kedutan, lekukan atau puting
tersorot ke dalam.
Dengan perlahan-lahan, picit kedua-
dua puting dan perhatikan jika
terdapat lelehan keluar. Periksa sama
ada lelehan tersebut kelihatan jernih
atau mengandungi darah.
-12-
Berbaring
Untuk memeriksa payudara sebelah kanan, letakkan
bantal di bawah bahu kanan dan tangan kanan
diletakkan di belakang kepala.
Tekan jari anda mendatar dan bergerak perlahan-
lahan dalam bentuk bulatan kecil, bermula dari
bahagian pangkal payudara. Selepas satu pusingan,
bergerak 1 inci (2.5cm) ke arah puting. Lakukan
putaran untuk memeriksa setiap bahagian payudara
termasuk puting.
Ulangi kaedah yang sama pada payudara sebelah
kiri dengan meletakkan bantal di bawah bahu kiri
dan tangan kiri diletakkan di belakang kepala. Cuba
rasakan sama ada terdapat sebarang gumpalan di
bawah dan di sepanjang atas tulang selangka.
-13-
PEMERIKSAN
KLINIKAL PAYUDARA
Perkhidmatan ini boleh didapati di mana-mana Hospital, Klinik
Kesihatan, Klinik LPPKN (Lembaga Penduduk dan
Pembangunan Keluarga Negara), Klinik FPA ( Persatuan
Perancang Keluarga) dan Klinik swasta.
pemeriksaan ini dilakukan oleh anggota kesihatan terlatih atau
doktor untuk memeriksa payudara. Wanita dinasihatkan untuk
menjalani pemeriksaan klinikal payudara oleh anggota
kesihatan terlatih setiap tahun.
Kebanyakan benjolan adalah bukan kanser. Semua
benjolan payudara mesti diperiksa melalui:
pemeriksaan payudara oleh kakitangan kesihatan
Ujian mamogram
ultrasound payudara (jika berumur kurang dari 35
tahun)
biopsi tisu jika perlu
Sampel yang diambil akan
dihantar ke makmal untuk
dikaji oleh pakar.
-14-
UJIAN MOMOGRAM
Apa Itu Mamogram
Mamogram adalah gambar sinar X dari hasil
pemeriksaan payudara untuk mengesan tanda awal
kanser payudara.
-15-
BAGAIMANA UJIAN MAMOGRAM
DILAKUKAN
Ujian akan dilakukan oleh seorang pakar
teknologi wanita dan ianya mengambil masa
selama 10-30 minit.
Payudara anda diletakkan pada plat plastik yang
jelas. Plat lain akan menekan payudara anda dari
atas. Plat akan meratakan payudara,
memegangnya sementara sinar X diambil Anda
akan merasakan sedikit tekanan.
Langkah-langkah diulang untuk membuat
pandangan sampingan payudara yang lain akan
sinar-X dengan cara yang sama.
Anda akan menunggu sementara ahli teknologi
memeriksa empat sinaran X untuk memastikan
gambar tidak perlu dilakukan semula.
Mamogram setiap wanita mungkin kelihatan
berbeza kerana semua payudara berbeza sedikit.
-16-
SIAPA YANG PERLU MEMERLUKAN
UJIAN MAMOGRAM
Wanita berumur 50 hingga 74 tahun perlu
menjalani ujian ini sekali dalam 2 tahun.
Wanita yang berisiko tinggi seperti mempunyai
ahli keluarga terdekat yang menghidapi kanser
payu dara atau pernah menghidapi kanser
payudara
waniata yang dirujuk untuk ujian dignostik
memogram
-17-
Persediaan
untuk melakukan ujian Mamogram
Elakkan mengunakan bahan-bahan berikut
pada bahagian dada dan ketiak pada hari
pemeriksaan mamogram :-
Minyak wangi
Deodorant
bedak krim
Memakai pakaian ringkas atau blaus dan
seluar panjang atau skirt panjang.
Mudah ditanggalkan semasa pemeriksaan
dilalukan.
Tip Tambahan:
Lakukan pemeriksaan selepas haid kerana pada masa
itu payudara kurang sensitif.
Elak minum minuman yang berkafein (kopi, teh, air
berkabonat dan coklat) selama seminggu atau dua
minggu sebelum hari temujanji. Kafein boleh
menyebabkan payudara terasa sakit.
-18-
LOKASI /TEMPAT
Di manakah anda
boleh mendapatkan Pemeriksaan
Anda boleh mendapatkan perkhidmatan ini di
pusat-pusat mamogram kerajaan dan swasta.
Klinik LPPKN Negeri Pulau Pinang
- Klinik Nur Sejahtera Jalan Burmah
No. 245, Jalan Burmah
Peti Surat 737
10790 Pulau Pinang
- Klinik Nur Sejahtera Seberang Jaya
NO. 14, Jalan Hala Kalui
Seberang Jaya
13700 Prai, Pulau Pinan
-19-
PROGRAM SUBSIDI
MAMOGRAM
(LPPKN menanggung kos sepenuhnya)
Warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap
Wanita yang berisiko tinggi dirujuk oleh LPPKN di
bawah Program Subsidi Ujian Mamogram
Berumur 35 - 70 tahun
Berpendapatan RM5000 dan ke bawah
SUBSIDI RM50
(LPPKN menanggung kos sebanyak RM50 dan kos
selebihnya ditanggung oleh pesakit)
Warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap
Wanita yang berisiko tinggi dirujuk oleh LPPKN di
bawah Program Subsidi Ujian Mamogram
Berumur 35 - 70 tahun
Berpendapatan RM5001 dan ke atas
Sila hubungi pejabat atau Klinik Nur Sejahtera LPPKN
negeri untuk maklumat lanjut mengenai subsidi
mamogram ini.
-20-
PROGRAM SUBSIDI
MAMOGRAM
http://mamogram.lppkn.gov.my/
-21-
RUJUKAN
Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan
Malaysia. (2016). http://pendidikanpesakit.myhealth.gov.my/
Portal eMamogram. (2022).
http://mamogram.lppkn.gov.my/
PENDIDIKAN PESAKIT. (2022).
http://pendidikanpesakit.myhealth.gov.my/
Wan, C. (2022). Kanser Payudara - PENDIDIKAN PESAKIT.
http://pendidikanpesakit.myhealth.gov.my/kanser-
payudara/
Portal Rasmi Lembaga Penduduk dan Pembangunan
Keluarga Negara. (2022).
https://www.lppkn.gov.my/lppkngateway/frontend/web/
-22-
INFO
KESIHATAN