MINIT MESYUARAT GURU KALI PERTAMA
BIL 1 / 2021
SMK CHENGAL LEMPONG
Tarikh : 19 JANUARI 2021 (SELASA)
Masa : 8.30 PAGI
Tempat : BILIK MESYUARAT SERI CHENGAL
AGENDA:
1. Ucapan Pengetua
2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat kali ke 4
3. Perkara Berbangkit
4. Pelaporan Penolong Kanan Ko Kurikulum.
5. Pelaporan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
6. Pelaporan Penolong Kanan Pentadbiran.
7. Hal-hal Lain.
Kehadiran:
1. Tuan Haji Mohammad bin Che Ibrahim : Pengetua SMK Chengal Lempong
2. Puan Norehan binti Jusoh : Penolong Kanan Pentadbiran
3. Cik Hajah Norhaida binti Abu Bakar : Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
4. Encik Mohd Riduan bin Jamaluddin : Penolong Kanan Ko Kurikulum
5. Cik Emas binti Sani : Guru Cemerlang Bimbingan dan Kaunseling / SU Pengurusan
6. Puan Hajah Zuraina binti Zaidi : Ketua Bidang Sains dan Matematik
7. Puan Suhana binti Muhammad : Ketua Bidang Kemanusiaan
8. Encik Muhammad bin Ab. Ghani : Ketua Bidang Bahasa
9. Encik Abd Malek bin Ismail
10. Puan Siti Rohani binti Abdullah
11. Puan Yusnaili binti Yusof
12. Puan Zuliati binti Muhammad
13. Puan Munirah binti Alias
14. Puan Hasyimah binti Hasan
15. Puan Asfarida binti Ja’afar
16. Puan Wan Aini Ashikin binti Wan Razali
17. Puan Wan Afzan binti Wan Ahmad
18. Puan Nor Suhailah binti Yusof
19. Encik Mohd Hanapi bin Sembak
20. Encik Mizhanis bin Mohd Nor
21. Encik Mohamad Nordin bin Yusof
22. Encik Wan Afandi bin Wan Musa
23. Encik Hayrunanuar bin Hussin
24. Puan Tan Ah Peng
25. Puan Nor Hanizar binti Mohd Razali
26. Encik Mohamad Aziz bin Abd. Hakim
27. Encik Tuan Mohammad Akmal bin Tuan Ahmad
1
1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI.
1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohamad Aziz bin Abdul Hakim.
Pengerusi mengalu-alukan kehadiran dan mengucapkan selamat datang kepada semua
guru ke mesyuarat kali pertama sesi 2021 dengan penuh kesyukuran dan berterima kasih
kepada semua guru yang hadir.
1.2 Pengerusi meminta agar guru baharu Puan Tan Ah Peng dan Cikgu Nor Hanizar binti Mohd
Razali memperkenalkan diri.
1.3 Pengerusi memperkenalkan diri kepada guru-guru baharu dan beliau memaklumkan
bahawa sekolah masih kekurangan guru.
Tindakan : Makluman
2.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT:
2.0 Setiausaha membentangkan minit mesyuarat.
2.1 Cadangan disahkan oleh Puan Hasyimah binti Hassan.
2.2 Sokongan oleh Encik Mohammad Nordin bin Yusof.
Tindakan : Setiausaha
3.0 PERKARA BERBANGKIT:
3.1 Guru-guru dimaklumkan bahawa akronim BAKSUR adalah Badan Kebajikan Sukan dan
Rekreasi.
3.2 Guru-guru diminta untuk mematuhi dan “dateline” pelaporan dan data yang diperlukan oleh
sekolah, PPD, JPNP dan KPM.
3.3 PBD 2020 telah dapat diselesaikan.
3.4 Guru-guru diingatkan bahawa KERJA ITU IBADAH, terus bertugas dengan ikhlas dan
berusaha mencari jalan penyelesaian sekiranya menghadapi masalah.
4.0 PELAPORAN PK PENTADBIRAN: PENGURUSAN AM 2021.
4.1 Pengurusan Kelas terdiri dari Tingkatan 1 sebanyak 4 kelas, Tingkatan 2 mempunyai 4
Kelas, Tingkatan 3 berjumlah 3 kelas dan Tingkatan 4 dibuka 4 kelas manakala KPKP
mengandungi 3 kelas.
4.2 Untuk Sesi 2021, kelas akan bermula pada 20 Januari 2021. PDPR bagi Tingkatan 1 hingga
4 adalah secara berjadual. Guru Kelas boleh “create” grup kelas sebagai medium utama
bagi penyaluran maklumat.
4.3 Guru Kelas yang telah dilantik ada yang sementara untuk pengurusan kelas di peringkat
awal.
4.4 Semakan data e-operasi adalah 4 kali setahun bagi verifikasi data. Ianya penting untuk
urusan kenaikan pangkat, pertukaran dan pesaraan.
4.5 Kedudukan Kelas yang berada di aras dua telah digunakan dan telah ditagging dengan betul.
Guru-guru boleh merujuk Pelan Kedudukan Kelas di dalam Buku Pengurusan muka surat 7.
4.6 Pelajar bagi kelas KPKP akan bertambah sebanyak 16 orang.
4.7 Jadual Guru Bertugas boleh dirujuk dalam Buku Pengurusan muka surat 14. Guru A adalah
Ustaz Tuan Muhammad Akma bin Tuan Ahmad.
4.8 Terdapat perubahan pada Senarai Guru Kelas di muka surat 35 Buku Pengurusan.
2
4.9 Jumlah KG guru sepatutnya 42 orang. Jumlah guru yang ada hanya 29 orang,
bermakna masih kekurangan 13 orang guru.
4.10 Bagi AKP, terdapat seorang Pembantu Tadbir dan Pembantu Operasi. Pembantu
Makmal yang diperlukan ada 6 orang dan setakat ini hanya ada 3 orang, masih
kekurangan 3 orang lagi Pembantu Makmal. KPKP pula sepatutnya mempunyai 2
orang Pembantu Pengurusan Murid tetapi hanya ada seorang, masih kekurangan
seorang lagi PPM.
Tindakan : Guru-guru
5.0 PERINGATAN PENGETUA.
5.1 Mewujudkan suasana kelas yang ceria dan menyeronokkan.
5.2 Memberikan motivasi sebelum memulakan PDPR.
5.3 Kedudukan kelas sudah cantik dan perlu dipertingkatkan.
5.4 PK Hem membuat penyelarasan keperluan yang perlu ada di dalam kelas.
5.5 Pengetua meminta Cikgu Malek untuk menyenaraikan keperluan projek Akuaponik yang
merupakan sebahagian dari persekitaran dan akan dipelbagaikan lagi.
5.6 Buku Pengurusan 2021 akan berfungsi sebagai diari dan akan terdapat perubahan
dalam pengurusan dan jawatan tugas. “Empowerment” akan diberikan kepada Penolong
Kanan untuk menguruskan.
5.7 Tabung Kebajikan perlu diwujudkan dan pelajar yang memerlukan akan dibantu seperti
yang sakit kanser, miskin dan lain-lain
5.8 Surat-surat rasmi hendaklah mengikut format yang betul dan ditandatangani oleh
Pengetua atau Penolong Kanan.
5.9 Ucapan untuk perhimpunan rasmi akan dilakukan secara bergilir-gilir di
kalangan Pentadbir.
5.10 Projek Cermin Diri dilaksanakan sebagai satu cara untuk imej kendiri dan
pemahaman personaliti.
5.11 Sekolah mengamalkan dasar pintu terbuka melalui program jalinan dan
jaringan yang dilaksanakan bagi membantu sekolah.
5.12 Pendaftaran Koperasi secara online hendaklah dibuat dan perlu
didaftarkan di awal tahun 2021.
5.13 Sekolah bercadang melaksanakan TPP yang beridentitikan Negeri
Pahang seperti makanan, tokoh-tokoh, haiwan-haiwan dan lain dengan tema Menghilir
ke Sungai Pahang. Penterjemahan program ini adalah secara informasi di laluan
utama ke pejabat.
5.14 Penghantaran data oleh guru-guru hendaklah menepati “dateline” yang
ditetapkan.
Tindakan: Penolong Kanan dan guru-guru
6.0 PELAPORAN PK KO KURIKULUM:
6.1 Pemarkahan PAJSK paling rendah adalah Gred C.
6.2 Pihak PPD telah mengeluarkan tarikh-tarikh untuk Perhimounan Ko Kurikulum
yang perlu dipatuhi.
6.3 Pemberatan tugasan dalam Ko Kurikulum akan dibahagikan di kalangan guru- guru.
6.4 PK Ko Kurikulum bercadang untuk melaksanakan “paperless document” untuk tahun
2021.
Tindakan : Makluman
3
5.0 PELAPORAN PK HAL EHWAL MURID:
5.1 KPI kehadiran adalah 95%
5.2 Kelas Terbaik Kehadiran adalah kelas 2 Al Batani dan 2 Al Qurtubi.
5.3 Sifar kes disiplin bagi kesalahan berat untuk tahun 2020
5.4 Guru diminta mengisikan amalan baik murid di dalam SSDM di samping pengisian
kes-kes disiplin.
5.5 Guru-guru perlu memasukkan amalan baik sebanyak mungkin untuk menghasilkan murid
sahsiah terpuji.
5.6 Sekolah perlu menunggu arahan dari JPNP untuk pendaftaran Tingkatan 1 dan serta
pemulangan buku teks.
Tindakan : Guru-guru
6.0 PELAPORAN PK PENTADBIRAN:
6.1 Edaran Borang Senarai Semak Akhir Tahun akan dibuat.
6.2 Guru-guru hendaklah mengisi Rekod Maklumat semasa cuti.
6.3 Semakan data e-operasi adalah tanggung jawab guru.
6.4 Akan berlaku perubahan dalam AJK Unit Kurikulum, HEM dan Ko Kurikulum.
6.5 Barang-barang peribadi jangan ditinggalkan di Bilik Khas dan Bilik Guru.
6.6 Erph mesti dihantar oleh setiap guru hingga minggu terakhir.
6.7 Bagi PBD guru-guru boleh print di link mengikut subjek masing-masing dan tarikh akhir
adalah pada 18 Disember 2020.
Tindakan : Guru-guru
7.0 HAL-HAL LAIN:
7.1 Pengerusi meminta agar semua pentadbir dan guru-guru faham mengenai hal- hal umum
dasar sekolah yang menjadi rujukan ibu bapa.
7.2 Pengerusi menekankan mengenai keutamaan keseronokan bekerja. Semua guru dan
AKP hendaklah mempunyai kekuatan mental yang kuat dengan membesarkan diri dan
mengecilkan masalah yang dihadapi dengan menanganinya dengan berkesan.
7.3 Semua guru dan AKP mesti prihatin dengan data-data yang diperlukan segera oleh pihak
sekolah, PPD dan JPNP serta menyediakan semua data sebelum tarikh akhir yang
ditetapkan.
7.4 Segala kerja hakiki PDPR dan lain-lain hendaklah dilaksanakan dengan terbaik.
Tindakan : Guru-guru
8.0 PENUTUP:
Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama semua guru yang telah
melaksanakan tugas dengan baik dalam melicinkan perjalanan pengurusan sekolah dalam
semua bidang.
4
MESYUARAT DITANGGUHKAN PADA JAM 12.15 TENGAHARI.
Disediakan Oleh: Disahkan Oleh:
……………………………. ………………………………………………
( EMAS BINTI SANI ) ( HAJI MOHAMMAD BIN CHE IBRAHIM )
Setiausaha Pengurusan Pengetua
SMK Chengal Lempong
26080 Kuantan SMK Chengal Lempong
Pahang Darul Makmur 26080 Kuantan
Pahang Darul Makmur
5