The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ani ABDULLAH, 2022-03-15 12:40:21

minit mesyuarat hem 2 2021

minit mesyuarat hem 2 2021

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHENGAL LEMPONG
LORONG BALOK PERMAI 15, KG. BALOK BARU,
26080 KUANTAN

MINIT MESYUARAT UNIT HAL EHWAL MURID (HEM)
BIL 2 / 2021

Tarikh : 1 JULAI 2021 (KHAMIS)
Masa : 3.00 PETANG
Tempat: Google Meet

AGENDA:
1. Ucapan Aluan Pengerusi
2. Pengesahan Minit Mesyuarat HEM Bil.1 / 2021
3. Laporan Jawatankuasa Unit HEM Penggal 1/2021
4. Program Kesejahteraan Mental
5. Hal-hal lain
6. Ucapan Penangguhan

Kehadiran:

1 . Tuan Haji Mohammad bin Che İbrahim: Pengetua SMK Chengal Lempong
2. Puan Norehan binti Jusoh: Penolong Kanan Pentadbiran
3. Cik Hajah Norhaida binti Abu Bakar: Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
4. Encik Mohd Riduan bin Jamaluddin: Penolong Kanan Ko Kurikulum
5. Cik Emas binti Sani: Guru Cemerlang Bimbingan dan Kaunseling / SU Pengurusan
6. Puan Rosmaziah binti Wahid: Penolong S/U Hal Ehwal Murid
7. Puan Hajah Zuraina binti Zaid: Ketua Bidang Sains dan Matematik
8. Puan Suhana binti Muhammad: Ketua Bidang Kemanusiaan
9. Encik Muhammad bin Ab. Ghani: Ketua Bidang Bahasa
10. Puan Tan Ah Peng
11. Puan Erieta Ermaniza binti Shah Azam
12. Puan Asmahanim binti Mohd Bain
13. Encik Mohamad Nordin bin Yusof
14. Encik Mizhanis bin Mohd Nor
15. Puan Haslinda binti Muhammad
16. Encik Abdul Malek bin Ismail
17. Encik Tuan Mohamad Akmal bin Tuan Ahmad
18. Encik Mohamad Hanapi bin Sembak
19. Puan Yusnaili bin Yusof

20. Puan Wan Afzan binti Wan Ahmad
21. Puan Nor Amalina binti Hj Mat Salleh @ Ismail
22. Encik Mohamad Aziz bin Abdul Hakim
23. Puan Hasyimah binti Hasan
24. Puan Siti Hasbariah binti Hassan
25. Encik Hayrunanuar bin Hussin
26. Puan Nor Suhailah binti Yusof
27. Puan Nurul Afiqah binti Hassan Adli
28. Puan Siti Munirah binti Alias
29. Puan Zuliati binti Mohamad @ Sulaiman

1.0 Ucapan aluan pengerusi

1.0 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohamad Aziz bin Abdul Hakim.

Pengerusi mengalu-alukan kehadiran dan mengucapkan selamat datang kepada semua guru
ke Mesyuarat Induk Unit HEM kali kedua sesi 2021 dengan penuh kesyukuran dan berterima
kasih kepada semua guru yang hadir.

1.1 Pengerusi memaklumkan bahawa arahan terkini KSU ialah semua kaunter akn dibuka mulai

hari ini di semua premis kerajaan termasuk sekolah dengan 20% kehadiran dan dibuka untuk
urusan yang tidak dapat dibuat secara atas talian sahaja dan perlu melalui temujanji.

1.2 Pengerusi juga memaklumkan bahawa sebarang bentuk pembahagian sumbangan kepada

murid boleh dilakukan melalui kaedah pandu-lalu sahaja.
Tindakan : Makluman

2.0 Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat

Setiausaha membentangkan minit mesyuarat Bil.1/2021.
Cadangan disahkan oleh Cik Emas binti Sani.
Sokongan oleh Puan Norehan binti Jusoh.

Tindakan : Setiausaha

3.0 Perkara berbangkit

Perkara 4.15

Cik Emas binti Sani menerangkan beliau telah menempah banner berbentuk mural untuk
dipasangkan pada dinding tandas utama sekolah. Satu daripadanya berkonsep teratai di
tasik Chini dan satu lagi berkonsep Hutan Merah di Bukit Gunung Padang Piol, Jerantut. Cik
Emas juga memberitahu akan meperkenalkan buah buahan hutan negeri Pahang di
bahagian sudut tangga.

Perkara 5.2
Penolong Kanan HEM memaklumkan bahawa walaupun sekarang murid-murid sedang
melaksana PdPr, namun amalan baik murid di dalam SSDM tetap guru guru perlu teruskan
mengisinya. Ini sebagai dorongan dan galakan murid murid mahu terus melakukan akhlak

2

terpuji. Antara contoh yang boleh diisi ialah murid berjaya menyiapkan tugasan yang diberi
oleh guru.

Perkara 5.3
Pengerusi mengucapkan tahniah kerana kempen yang dijalankan kempen Peledak Prestasi
PdPr (3P) telah disaksikan oleh seramai 444 orang dan dikira sebagai suatu kejayaan
sekolah. Ucapan tahniah kepada pihak pentadbiran, pihak teknikal dan disiplin atas kejayaan
ini.

Perkara 6.3
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada unit bimbingan dan kaunseling kerana sentiasa
mendekati murid murid secara infografik.

4.0 Laporan Jawatankuasa Unit HEM Penggal 1/2021

4.1 Pelaporan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM)
4.1.1 Ucapan terima kasih kepada semua guru2 dalam menjadikan murid bersahsiah tinggi
dan mengutamakan kemenjadian murid seperti yang diharapkan oleh KPM.
Tindakan: Makluman
4.1.2 E-HEM ditaklimatkan oleh Puan Siti Rohani binti Abdullah. Tapak fail induk sudah
disediakan, dan perlu diisi oleh jawatankuasa masing-masing mengikut kandungan yang
telah diberikan di dalam e-HEM. Pautan akan diberikan oleh Puan Siti Rohani. Cara muat naik
adalah sama seperti hantaran e-rph.
Tindakan : AJK Unit HEM
4.1.3 Anugerah kehadiran terbaik PdPr akan diberikan kepada murid yang hadir selama PdPr
berlangsung. Walaubagaimanapun cara pelaksanaan masih lagi dalam perbincangan kerana
melibatkan bajet.
Tindakan :Pentadbir
4.1.4 Penolong Kanan Pentadbiran mencadangkan hadiah tersebut dimulakan pada minggu
fasa ke tiga (2 minggu PdPr sebelum cuti penggal 1). Ini akan memberikan motivasi kepada
murid untuk hadir kelas pada fasa ke empat ini. Hadiah yang boleh diberikan ialah ‘top up’ data
murid tersebut.
Tindakan: Pentadbir

4.1.5 Guru kelas perlu mengisi bantuan murid yang murid terima dan rekod kesihatan murid
dalam menu APDM. Guru kelas perlu sentiasa mengemaskini maklumat murid dalam APDM.
PPD telah mengeluarkan senarai murid yang belum dikemaskini pendapatan penjaga dan
tanggungan ialah;

3

Kategori Maklumat Nama murid Kelas
Pendapatan Penjaga Muhammad Hafizan bin Samhah 4AF
Tanggungan Muhammad Faris Fakhrullah 3AF
Muhammad Faris bin Rosli 4AZ
Muhammad Aqil Amsyar bin Fahmi Izzuddin 2AB
Muhammad Adib Izzuddin bin Fahmi Izzuddin 4AF
Nur Akmaliza Mohd Zulkifli 1AF
Muhammad Khairul Aidil bin Abidin 3AF
Wan Faqih Irsyad Wan Abdul Halim 2AQ
Nurin Farisya Khairuzaman 4AQ

Tindakan: Guru kelas

4.1.6 Guru kelas juga dimohon untuk cakna tentang masalah yang mungkin dihadapi murid
dan memerlukan bantuan. Bantuan bakul makanan (daripada YB Andasura Datuk Mustapa
Kamal) dan wang tunai RM200 (Tabung Kebajikan CheLSS dan Pintu Rezeki) telah disalurkan
kepada keluarga murid Nur Ramadania (1AK) yang telah terkesan akibat Covid-19.

Tindakan: telah selesai/makluman
4.1.7 Surat arahan pengagihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) dan zakat telah diterima
dan perlu dilaksanakan secepat mungkin melalui cara ‘bank-in’ kepada murid atau secara
pandu lalu. Tarikh pelaksanaan belum ditetapkan.

Tindakan : S/U Kebajikan Murid
4.1.8 Cik Emas memberitahu bahawa jumlah keseluruhan sumbangan luar yang telah diterima
oleh pihak sekolah pada 2021 sama ada dalam bentuk tunai atau barangan adalah berjumlah
RM175063.

Tindakan: Makluman
4.1.8 Puan Siti Munirah akan dilantik menjadi Setiausaha Kesihatan menggantikan Puan
Yusnaili yang akan bertukar sekolah. S/U Kebajikan akan diambil alih oleh Puan Nurul Afiqah
binti Hassan Adli.

Tindakan: Makluman
4.1.9 Tarikh akhir menghantar borang penyertaan Tandas Bersih ialah pada 2 Ogos 2021.
Proses persiapan sedang berlangsung, dan ucapan terima kasih kepada semua guru yang
terlibat.

Tindakan: Makluman

4

4.1.10 Pemantauan Pengurusan Disiplin Sekolah Negeri Pahang akan berlangsung pada 26
dan 27 Julai 2021, maklumat perkara yang diperlukan sedang diuruskan.

Tindakan: Makluman
4.1.11 Sepuluh orang murid tingkatan 4 dan tingkatan 3 akan terlibat dengan program
Malaysian Future Leader School Cohort 8. Program ini akan berlangsung dari 5 hingga 9 Julai
2021 secara atas talian. Murid-murid ini akan dikecualikan daripada PdPr pada tarikh itu.

Tindakan: Guru subjek dan guru kelas murid terlibat
4.2 Laporan Unit Hem

4.2.1 Unit Pengawas Sekolah
Perjumpaan kali pertama pengawas bersama pentadbir telah dilakukan pada 5 April 2021.
Kursus kepimpinan pengawas lelaki telah berlangsung pada 4 Mei 2021, walaubagaimanpun,
kursus kepimpinan pengawas wanita belum dapat dilaksanakan kerana terdapat masalah yang
tidak dapat dielakkan. Oleh sebab itu, watikah pelantikan pengawas yang dirancang pada 6
Mei terpaksa ditangguhkan. Jumlah pengawas pada tahun 2021 ialah seramai 55 orang
(tingkatan 2: 16 orang, tingkatan 3: 11 orang, tingkatan 4: 26 orang, MBK : 2 orang)

Tindakan : Makluman
4.2.2 Unit Bimbingan dan Kaunseling
Guru-guru kaunseling sedang menguruskan e-kaunseling kerana semua pelaporan kaunseling
dan data kerjaya murid dilakukan secara atas talian. Guru kelas yang memerlukan maklumat
ujian psikometrik murid boleh mendapatkannya daripada Unit Bimbingan dan Kaunseling
dengan satu hari notis.
Soal Selidik Pengurusan Stress dan Emosi Murid semasa Pdpr perlu dilengkapkan segera
kerana sudah menghampiri tarikh akhir.
Guru-guru juga perlu melengkapkan Pengurusan Stress dan Emosi Guru melalui tayangan
slide dan video berdurasi 10-15 minit.

Tindakan: Makluman
4.2.3 Unit SPBT
Hampir semua murid sudah dapat buku teks. Seorang murid tingkatan 4 yang menukar aliran
masih belum mendapat buku teks Sains. Sekolah masih belum mendapat bekalan mencukupi
untuk buku teks Pulse. Borang SPBT-G sedang dikemaskini. Bilik buku teks juga akan
ditambahbaik.

5

4.2.4 Unit APDM

Bilangan murid terkini

Tingkatan Bilangan murid

1 157

2 145

3 105

4 102

MBK 29

Jumlah 538

Data -data APDM lain akan dikongsikan dalm Google Classroom.

4.2.5 Unit Bantuan dan Kebajikan Murid serta EMK
4.2.5.1 Bantuan Biasiswa BKP: 7 orang murid dan proses pembayaran sedang dijalankan.
4.2.5.2 Biasiswa Yayasan Pahang: semua borang sudah dihantar dan sedang diproses.

4.2.5.3 Kebajikan Murid: BAP siri 1 sudah dilaksanakan.
4.2.5.4 Bantuan baju raya daripada Jakel kepada murid kurang berkemampuan berupa

baju melayu untuk murid lelaki dan kain pasang untuk murid perempuan juga
sudah dilaksanakan. Selain itu bantuan anak yatim, zakat daripada MPSM, zakat
perseorangan secara tunai, zakat YaPeim, Yayasan Alfalah dan zakat daripada
Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah juga sudah diselesaikan sebelum Hari Raya
Aidilfitri 2021.
4.2.5.5 Bantuan yang belum selesai ialah BAP siri 2, Zakat daripada Bank Rakyat dan

zakat daripada MUIP.
4.2.5.5 KWAPM (tingkatan 1): e-kasih- 7 orang telah diluluskan (2 orang dari kelas

pendidikan khas). 32 orang adalah daripada permohonan sekolah. Data diambil
daripada APDM (6 orang adalah dari kelas Pendidikan khas)
4.2.5.6 EMK: bantuan EMK Fasa 1 (RM900) telah selesai dikreditkan dalam semua
akaun murid tanpa keciciran. Pihak sekolah sedang menunggu Fasa 2 untuk
dikreditkan ke dalam akaun murid. 2 orang murid aliran perdana dan 29 orang
murid Pendidikan Khas menerima elaun ini. Seorang murid yang baharu masuk
ke Pendidikan khas tidak layak mendapat elaun EMK ini kerana sudah
melepasi arikh permohonan dan rayuan.

6

4.2.6 Unit Bina Insan
10 program besar telah dilaksanakan sehingga bulan Julai 2021. Unit Bina Insan juga memohon
agar 30 minit masa pertama setiap jumaat dikhaskan untuk Unit Bina Insan melaksanakan
program mingguan seperti tazkirah dan bacaan Yasin.

4.2.7 Unit PPDa dan PERHATI
Menyalurkan Informasi secara video dan infografik. Tangga di hadapan bilik kaunseling akan
dijadikan sudut PPDa. Program PPDa wajib diadakan kerana ia berada di bawah kluster 3 HEM.
Sekolah juga mempunyai 3 orang murid PERHATI iaitu dari murid tingkatan 4. Sebagai
makluman PERHATI sekarang dibawah seliaan JPNP dan Yayasan Pahang.

4.2.8 Unit 3K
Kesihatan: Dari tahun 2019, Bilik Unit Kesihatan SMK Chengal Lempong adalah bilik angkat
kepada Klinik Kesihatan Al Razi. 10 orang murid telah dipilih sebagai pengawas kesihatan atau
doktor muda untuk menguruskan bilik itu. Murid yang ada masalah kesihatan semasa disekolah
boleh berjumpa doktor muda untuk dapatkan rawatan dan ubatan dari peti kesihatan. Suntikan
ATT bagi tingkatan 3 sudah selesai. Suntikan HPV dan ujian Thalesemia masih belum
dilaksanakan.

4.2.9 Keselamatan: Dua orang pegawai bomba telah datang ke sekolah pada 16 mac 2021 dan
hasil perbincangan dengan pentadbir mereka telah bersetuju untuk mengadakan latihan
kebakaran. Hasil lawatan pegawai bomba diseluruh Kawasan sekolah, didapati beberapa
tangga telah pecah dan tiada perangkap petir serta pam penggalak tidak hidup.
Panel alarm dan pili bomba dalam keadaan baik.

4.2.10 Unit e-kehadiran
Anugerah kehadiran telah Berjaya dilaksanakan sebelum PKP. Proses memasukkan data
kehadiran berjalan lancar, walaubagaimanapun kesesakan server dan internet yang tidak stabil
menyebabkan kemasukan data kadang kadang terlewat daripada waktu yang ditetapkan.

4.2.11 Unit Disiplin
8 orang murid telah dimasukkan nama mereka dalam data SSDM. Murid tersebut dimasukkan
di bawah kategori tingkah laku kurang sopan dan biadap. Tingkah laku tidak amanah, ponteng
dan pengurusan diri. Murid yang tidak hadir ke sekolah tidak semestinya ponteng. Kerjasama

7

guru-guru diperlukan agar SSDM sekolah dapat dikemaskini sentiasa. Di dalam portal SSDM
terdapat pertuduhan di dalam dan diluar kawasan sekolah. Kerjasama guru-guru agar tidak
mempertikaikan pertuduhan diluar kawasan sekolah amatlah diharapkan oleh unit disiplin.

4.2.12 Unit Kantin
Penataran daripada PPD berkenaan sumbangan yang diberikan kepada pengusaha kantin dan
pekerja kantin oleh Pejabat Menteri Besar telah berlaku pada bulan Jun baru baru ini. Mengikut
maklumat Program Pemulihan Negara (PPN) pengusaha kantin juga terpilih untuk mendapat
bantuan daripada kerajaan. Belum ada maklumat berkenaan hal sewa kantin.

Tindakan: Makluman

5.0 Kesejahteraan Mental
Rujuk slide pembentangan dan video Psikologi dan kesejahteraan mental guru. (8 cara
menangani stress.)

6.0 Hal hal lain
6.1.1 Pengerusi meminta agar pemberian duit zakat yang belum selesai, diselesaikan dengan
segera supaya dapat sedikit sebanyak mengurangkan beban keluarga murid.
Tindakan: S/U kebajikan dan semua guru

6.1.2 Pengerusi memaklumkan akan diadakan majlis perpisahan Puan Yusnaili. Masa dan
tarikh akan dibincangkan kemudian.

Tindakan : Kelab Baksur
6.1.3 Pengerusi berharap guru-guru dapat menjaga diri dan keluarga memandangkan kes
covid-19 yang semakin meningkat ketika ini.
6.1.4 Guru Penolong Kanan Pentadbiran memohon agar guru guru memeriksa emel selepas
menghantar laporan PdPr.

Tindakan: semua guru
6.1.5 Puan Yusnaili bertanya siapa yang akan mengambil alih jawatannya sebagai Guru
Pustaka Media kerana beliau ingin membuat serahan tugas sebelum berpindah.

Tindakan: Pentadbir sekolah.
6.1.6 Cik Emas memaklumkan agar guru guru tidak tersilap menekan pautan semasa mengisi
borang penilaian kesejahteraan mental dan pengurusan stress guru.
6.1.7 Puan Mazlyna bertanya boleh atau tidak untuk guru dan PPM mengemaskan kelas
Pendidikan Khas.

8

Tindakan: dibenarkan oleh pengetua dengan syarat kehadiran 20% dan mempunyai surat
rentas daerah.
6.1.8 Puan Mazlyna juga memberitahu bahawa terdapat 3 orang guru yang masih tidak cukup
mata kredit dan jumlah hari minimum kursus. Beliau juga memberitahu bahawa nama program
harus diletakkan sebgai bengkel atau seminar agar boleh dikira sebagai LADAP.
6.1.9 Penolong Kanan Hal Ehwal murid berharap agar semua guru yang hadir hari ini dapat
mengisi link kehadiran yang telah disediakan oleh penolong setiausaha HEM.

Tindakan: makluman
7.0 Penutup:

Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama semua guru yang telah
melaksanakan tugas dengan baik dałam melicinkan perjalanan Pengurusan Hal Ehwal Murid
sekolah khususnya dan dalam semua bidang umumnya.
Mesyuarat ditangguhkan dengan bacaan tasbih kafarah dan surah al Asr pada pukul 5.07
petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh

………………………….... ………………….………….
(Rosmaziah binti Wahid) (Norhaida binti Abu Bakar)
Penolong Setiausaha HEM, Penolong Kanan HEM,
SMK Chengal Lempong, SMK Chengal Lempong,
26080 Kuantan, 26080 Kuantan,
Pahang. Pahang.

Disahkan oleh,

…………………………..…..
(Mohamad bin Che Ibrahim)
Pengetua,
SMK Chengal Lempong,
26080 Kuantan.
Pahang.

9

10


Click to View FlipBook Version