The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

DOKUMENTASI PELANCARAN ZIARAH CAKNA SMKPAP

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MASYITAH BINTI MOHAMAD SYAYUTI Moe, 2020-06-04 09:31:25

DOKUMENTASI PELANCARAN ZIARAH CAKNA SMKPAP

DOKUMENTASI PELANCARAN ZIARAH CAKNA SMKPAP

Keywords: dokumentasi

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (P) AIR PANAS
SETAPAK, KUALA LUMPUR

DOKUMENTASI
PELANCARAN
PROGRAM ZIARAH CAKNA

TAHUN 2020

1. PENGENALAN

Program Ziarah Cakna merupakan hasrat YB Menteri Pendidikan dan Pengurusan
Tertinggi KPM supaya sekolah memperkukuhkan nilai murni di sekolah melalui
pembudayaan amalan penyayang, hormat menghormati, keseronokan,
bertanggungjawab dan manusiawi. Pelaksanaan konsep ziarah cakna dengan
memperkukuhkan konsep sekolah penyayang bagi menangani mutual distrust seperti
yang dipraktik oleh negara Jepun bagi memperkukuhkan hubungan antara sekolah
dengan ibu bapa / penjaga. Kebanyakan sekolah telah melaksana Program Ziarah
Cakna pada tahun 2019 dan berfokus kepada isu permasalahan disiplin murid seperti
ponteng sekolah dan isu pembelajaran. Oleh yang demikian, KPM berpandangan
program ini masih perlu disubur dan dilaksanakan di sekolah pada tahun ini agar
matlamat sebenar ziarah cakna difahami oleh PGB, guru-guru dan ibu bapa serta
memberi kesan positif dalam menangani mutual distrust di samping menangani isu
murid.

2. MATLAMAT

a) Membudayakan amalan ziarah guru ke rumah murid.
b) Mengurangkan kes salah laku disiplin murid dengan kehadiran penuh 100%

pelajar ke sekolah.
c) Mengurangkan masalah ponteng dalam kalangan pelajar di sekolah.

3. OBJEKTIF
a) Berkongsi perkembangan menyeluruh berkaitan anak-anak bersama ibu
bapa/penjaga dan memahami latar belakang keluarga murid-murid.
b) Berkongsi pandangan bagi meningkatkan kejayaan murid
c) Membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat
dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta
tidak bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah.

4. PELAKSANAAN

Tarikh : 10 Februari 2020 (Isnin)
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Dewan Tan Sri Zulhasnan, SMK (P) Air Panas

5. SASARAN
Semua warga SMK (P) Air Panas dan ibu bapa.

6. PERBELANJAAN SEBENAR

PENDAPATAN JUMLAH (RM) PERBELANJAAN JUMLAH (RM)

SUWA-Kantin 50.00 Banting perasmian 50.00

Jumlah 50.00 Jumlah 50.00

7. SENARAI AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi : Pn Norzila Bt Ali Musa (Pengetua)

Naib Pengerusi 1 : Pn Tan Kooi Hong (PK HEM)

Naib Pengerusi 2 : Pn Norleli Bt Abdullah (PK Kokurikulum)

Setiausaha : Pn Nur Faizah Bt Md Yusoff (Guru Kaunseling)

Naib Setiausaha : Cik Masyitah Bt Mohamad Syayuti (Guru Kaunseling)

AJK Dokumentasi : Pn Nur Faizah Bt Md Yusoff (Guru Kaunseling)

AJK : AJK PIBG

8. LAPORAN KESELURUHAN

Secara keseluruhannya majlis pelancaran berjalan dengan lancar seperti yang
dirancang. Program Ziarah Cakna telah dirasmikan oleh YDP PIBG, En Azmi Bin
Jaafar. Matlamat program ini telah dinyatakan oleh En Azmi di dalam ucapannya
dan difahami oleh semua warga sekolah.

9. PENUTUP

Diharapkan dengan terlaksana program ini, dapat mengurangkan masalah disiplin
murid dan juga meningkatkan kehadiran murid ke sekolah.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………… ………………………….
(PN NUR FAIZAH BT MD YUSOFF) (PN TAN KOOI HONG)
Guru Bimbingan & Kaunseling Penolong Hal Ehwal Murid

Disahkan oleh,

………………………………
(PN NORZILA BT ALI MUSA)
Pengetua,
SMK (P) Air Panas, Setapak,
Kuala Lumpur



Ucapan perasmian oleh YDP PIBG, En Azmi Bin Jaafar.

En Azmi B Jaafar dan Puan Pengetua Pn Norzila Bt Ali Musa
disamping banting perasmian.

BUKU PROGRAM


Click to View FlipBook Version