The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mazlinamalik, 2021-06-07 10:49:30

Borong China 1688

Bizzz

Keywords: Bisnes

Topik 11 1688.COM
MANUAL
PCARREACTEEL BOOK

CREATE PARCEL ANDA
MENGGUNAKAN MYWAU

Harus diingat, bahawasanya website 1688.com dan MyWau merupakan 2
entiti yang berbeza. Maka, setiap pembelian produk di Taobao mahupun di 1688.
com, anda wajib memaklumkan (inform) kepada pihak MyWau bahawasanya
terdapat produk anda yang akan dihantar ke warehouse Mywau.

Langkah ini dinamakan Create Parcel. Erti kata lain yang lebih mudah, anda
mahu memaklumkan kepada MyWau, anda telah berjaya membuat belian produk
dan ianya sedang dihantar ke warehouse MyWau.

Create parcel hanya boleh dijalankan selepas supplier telah membuat
pengeposan barang belian anda. Kebiasaannya, anda boleh create parcel selepas
24-48 jam pembayaran kepada supplier. Untuk create parcel, anda wajib mempunyai
dua informasi utama iaitu logistic company dan waybill number yang diambil
daripada logistic information atau view logistic.

Sebelum itu, kebarangkalian supplier anda boleh membahagikan parcel
sedia ada daripada 1 bungkusan kepada 2 atau 4 bungkusan. Ini kerana pembelian
yang dibuat mengandungi banyak kuantiti atau ada pelbagai produk dari satu
supplier. Sekiranya membuat belian barangan lebih dari 1, anda dinasihatkan untuk
semak semula dengan supplier anda dan meminta kesemua waybill atau express
number yang telah digunakan bagi tujuan pengeposan ke warehouse. Mengapa
wajib untuk memintanya secara manual? Ini kerana di 1688, supplier hanya boleh
meletakkan 1 waybill sahaja.

Apakah kesan-kesan sekiranya ada waybill yang anda tidak ketahui? Paling
menyedihkan adalah, anda akan terima barangan dalam keadaan tidak cukup (di
Malaysia) seterusnya terpaksa Create Shipment semula barangan yang tertinggal
di warehouse apabila berjaya mengesan waybill number yang lain.

Untuk create parcel di MyWau, anda boleh ikuti step mudah yang berikut :

49

1688.COM
MANUAL
BOOK

Langkah 1:
Buka apps MyWau > Services > Parcel > Klik Create New

1. Type of Parcel: Tentukan jenis
barangan anda. Anda wajib untuk

01

sahkan sama ada barangan anda
02 normal atau sensitif kerana ianya

merangkumi undang-undang kastam
03 dan percukaian. Sebarang kesilapan

pengesahan membuatkan parcel anda

04

akan dipulangkan semula ke China.
05 Sila rujuk ruangan Price List untuk

maklumat lanjut.

06

07 2. Send to which warehouse: Tentukan
destinasi akhir yang telah dipilih oleh

08 anda semasa membuat belian. Anda
boleh menyemaknya di ruangan Order

09 Details di Taobao atau pun di 1688.

10

3. AWB atau Waybill number: Ruangan ini khas untuk diletakkan Waybill Number
sahaja. Anda boleh dapatkan nombor Waybill ini di dalam View Logistic di Taobao
atau 1688. Anda juga boleh meminta dari supplier anda menerusi Wechat atau
AliWangWang. Sekiranya supplier menghantar barangan anda menggunakan
pengangkutan sendiri, sila dapatkan Resit Warehouse daripada supplier.
Masukkan no. resit di ruangan ini sebagai ganti Waybill Number. Pastikan anda
chat dengan seller untuk dapatkan waybill-waybill lain jika membeli dalam
kuantiti yang banyak. Selain perkataan waybill, anda boleh gunakan perkataan
express number atau single number di mana ianya merujuk kepada waybill
number.

4. Logistic Company: Letakkan maklumat ekspres yang telah digunakan oleh
supplier untuk menghantar barang anda ke warehouse MyWau. Sekiranya
supplier menggunakan logistik sendiri, anda letakkan sahaja: Self Delivery.

50

1688.COM
MANUAL
BOOK

5. Product Name (Chinese): Letakkan nama produk yang dibeli di dalam Bahasa
Cina. Anda perlu menggunakan Google Translate bagi menterjemah semula
nama produk anda. Contoh: Baju Lelaki, Seluar Wanita, Beg Tangan, Wallet Lelaki
dll. Ini akan menjadi rujukan pihak warehouse sahaja. Sekiranya, ada barang
yang dibeli mempunyai brand, sila nyatakan brand tersebut.

6. Product Name (English): Letakkan nama produk di dalam Bahasa Inggeris atau
Bahasa Melayu bagi tujuan semakan anda sahaja.

7. Product Link: Letakkan link kedai di mana anda membuat belian sama ada dari
Taobao mahupun 1688. Sekiranya belian hanya dibuat menerusi Wechat, sila
letakkan: Buy from Wechat.

8. Quantity: Bilangan produk yang dibeli. Bukan kuantiti kotak. Ianya merujuk
kepada pieces.

9. Total Price: Harga produk di dalam RMB (Yuan). Anda boleh merujuk kembali di
bahagian order details anda menerusi website Taobao, 1688 dan WeChat. Jika
membeli barang yang banyak daripada satu supplier, jumlahkan harga barangan
tersebut.

10. Remark User: Ruangan untuk anda tinggalkan pesanan penting, sekiranya ada.

51

1688.COM
MANUAL
BOOK

Langkah 2:
Isi butiran-butiran berkenaan barang yang dibeli.

Langkah 3:
Klik Submit.
Langkah 4:
Selepas anda ‘Create Parcel’, akan muncul 4 status atau keadaan parcel anda.
Langkah 5:
Setelah barang berstatus Arrived dan sudah tiada lagi parcel yang ditunggu, anda
boleh meneruskan ke langkah seterusnya iaitu Create Shipment

52

1688.COM
MANUAL
BOOK

4 STATUS ATAU KEADAAN PARCEL ANDA

01 01 Arrived
02 Status ini menunjukkan parcel anda telah
03 sampai di warehouse.Anda akan dimaklumkan

juga melalui perkhidmatan SMS MyWau.

04

02 Awaiting

Status ini akan muncul setelah anda berjaya
create parcel. Ianya menunjukkan parcel masih
di dalam perjalanan menuju ke warehouse.

03 In Process of Shipping
Status ini menunjukkan parcel di dalam proses
untuk pembungkusan dan menunggu
warehouse mengeluarkan harga shipping
sebelum dihantar ke Malaysia.

04 Shipped
Status ini memberitahu parcel anda telah pun
dihantar keluar ke Malaysia setelah
pembayaran shipping telah dibuat. Sila rujuk
di bahagian Shipments MyWau untuk butiran
penghantaran.

53

Topik 12 1688.COM
MANUAL
SHCRIPEMAETNET BOOK

Setelah parcel tiba (arrived) di warehouse, anda boleh terus create shipment untuk
menguruskan penghantaran barang ke Malaysia. Anda juga boleh menunggu
dahulu sehingga semua parcel anda telah dilaporkan Arrived, barulah anda uruskan
shipment anda sekaligus.

Langkah-langkah untuk menguruskan shipment anda:
1. Pilih Parcel yang anda kehendaki.
(Atau pilih ‘select all’ untuk tujuan penggabungan shipment).

2. Anda boleh memilih untuk menggunakan perkhidmatan tambahan MyWau
yang disediakan. Harga perkhidmatan ada dipaparkan untuk rujukan anda. Berikut
adalah perkhidmatan yang disediakan:

• Wooden Box: Perkhidmatan ini adalah untuk memastikan keselamatan tambahan
kepada barang-barang berharga atau mudah pecah (fragile).

• Quantity Checking: Anda boleh memilih perkhidmatan ini untuk memeriksa
bilangan barang yang telah anda beli, sebelum anda memutuskan untuk
menguruskan penghantaran barangan anda.

3. Remark User:
Sekiranya anda mempunyai mesej penting untuk perhatian MyWau, sila tulis di
ruangan yang disediakan.

54

1688.COM
MANUAL
BOOK

4. Select Address:
Pilih alamat yang anda ingin gunakan sebagai penerima. Pilihan Own Address
adalah merujuk kepada alamat yang anda masukkan di ruangan Profile anda.
Manakala alamat pelanggan, anda boleh tambahkan di bahagian MyWau > Services
> Addresses terlebih dahulu sebelum Create Shipment.

5. Select Freight:
Di ruangan ini, anda wajib tentukan jenis penghantaran yang ingin anda gunakan.
Sekiranya barangan anda berada di gudang udara, sila gunakan Freight Air, begitu
juga sebaliknya. Sebarang pertukaran dari warehouse Sea kepada Air adalah tidak
dibenarkan bagi melancarkan penghantaran. Tambahan warehouse sea Yiwu pula
merujuk kepada penghantaran barang daripada Yiwu.

6. Sila tandakan kedua kotak kecil di paparan paling bawah untuk keluarkan
butang Submit. Kotak kecil berkenaan adalah sebagai tanda anda bersetuju dengan
pilihan parcel dan mengesahkan perkhidmatan yang ingin anda gunakan untuk
memproses penghantaran barang anda ke rumah / premis anda.

7. Submit:
Hantar maklumat kepada warehouse untuk tujuan pemprosesan akhir sebelum
harga kos shipping dikeluarkan.

Nota:
Sebarang pertukaran / pembatalan shipment yang telah dihantar (Submit) ke
warehouse akan dikenakan penalti RM50.00 sebelum shipment baru diproses
semula. Manakala, sebarang perubahan perkhidmatan penghantaran seperti dari
Air kepada Sea sebelum menekan butang Submit, penalti yang dikenakan hanyalah
RM10.00 sahaja untuk sekali perpindahan / pertukaran.

Ingat! Hanya pertukaran warehouse Air kepada Sea sahaja yang dibenarkan.
Selepas create shipment, ada 3 status yang akan dipaparkan:

55

1688.COM
MANUAL
BOOK

Processing
Status processing merujuk kepada barang di dalam proses pembungkusan di fasa
akhir. Barang akan diukur sama ada mengikut kiraan volumetric (ukur lilit) atau berat
sebenar bagi mendapatkan berat terakhir sebelum harga kos shipping dikeluarkan.

Awaiting Payment
Anda akan menerima SMS notification berserta harga shipment selepas status ini
keluar di apps MyWau atau di laman web MyWau menerusi paparan desktop/
laptop anda. Anda hanya perlu membuka shipment yang mempunyai status ini
untuk meneruskan pembayaran kepada pihak MyWau.

Cara pembayaran: Buka MyWau > Services > Shipment > Action > Pay Now.


Shipped
Status ini memberitahu anda bahawa barang yang telah berjaya dibayar kini di
dalam perjalanan ke Malaysia.

Nota Tambahan:
1. Status Processing > Awaiting Payment mengambil masa selewatnya 3 hari waktu
bekerja bergantung kepada kesesakan parcel pada hari tersebut. Pengambilan
Extra Servis akan melanjutkan kepada 1 hari lagi proses tambahan.

2. Status Awaiting Payment > Shipped akan mengambil masa selewatnya 2 hari
bekerja tidak termasuk cuti umum di Malaysia atau di China. Sila abaikan status
Awaiting Payment atau butang Pay Now selepas anda berjaya membuat pembayaran
kepada MyWau. Ingat, semasa membuat pembayaran, anda wajib untuk pastikan
menekan butang ‘Continue atau Return to FPX’ bagi tujuan pengesahan pembayaran
di Sistem MYWAU.

56

1688.COM
MANUAL
BOOK

Nota Emas :
1.Anda DILARANG untuk consolidate item yang berada di warehouse by air dan
by sea serentak
2. Anda DILARANG untuk menggabungkan item normal + sensitive kerana ia akan
dikira sebagai sensitive product.

Normal Item + Sensitive Item = Sensitive Item Charge

57

Topik 13 1688.COM
MANUAL
BOOK

DENKGOAMNUSNUIKPAPSLIIER

2 CARA UNTUK BERKOMUNIKASI
DENGAN SUPPLIER

Terdapat 2 cara untuk berkomunikasi dengan supplier

Aliwangwang WeChat

ALIWANGWANG

Aliwangwang merupakan platform komunikasi yang direka untuk

memudahkan urusan peniagaan yang dilakukan antara seller dan buyer. Hanya
dengan mempunyai akaun Taobao membolehkan pembeli membuat urusan
dengan seller. Bahasa perantaraan yang digunakan adalah bahasa Cina dan bagi
yang ingin berkomunikasi dengan seller diwajibkan menggunakan google translate
untuk menterjemahkkan bahasa Cina ke bahasa yang mudah untuk difahami.
Menjadi kelebihan untuk mereka yang berjaya menguasai bahasa Cina.

PERHATIAN:

Mengikut terma dan syarat pemegang akaun Taobao, hanya Aliwangwang
yang dikira sebagai alat komunikasi rasmi di dalam sebarang pembelian di website
Taobao mahupun 1688. Sebarang bukti komunikasi lain seperti wechat atau email
tidak akan dikira.

Untuk muat turun peranti aliwangwang, sila ikuti langkah-langkah berikut :

1. Buka laman web https://wangwang.taobao.com/

2. Klik I AM BUYER (berwarna biru dan di sebelah kiri)

3. Sila scroll down, lihat di bahagian kanan akan keluar pilihan processor laptop/
PC anda. Sila pilih yang bersesuaian sama ada anda pengguna macbook atau
windows, kemudian tunggu sehingga file di bawah selesai dimuat turun.

58

1688.COM
MANUAL
BOOK

4. Apabila selesai, sila klik file yang telah dimuat turun berkenaan kemudian klik
AGREE atau YES mengikut jenis processor.

5. Bagi pengguna macbook, sila drag logo biru (kiri) dan masukkan ke dalam
file APPLICATION. Kemudian anda tekan dua kali (double click) untuk aktifkan
software.

6. Sila tekan butang berwarna putih yang berisi tulisan Cina di tengah bulatan.
Software ini tidak boleh diterjemah ke bahasa Inggeris.

7. Tunggu software ini selesai diproses.
8. Sehingga ianya keluar borang untuk log masuk. Isi username dan password

Taobao anda.
9. Di sesetengah keadaan, ia akan meminta kod pengesahan. Tekan sahaja di kotak

di sebelah kanan yang berisi tulisan Cina. Tunggu 6 no. kod pengesahan di SMS.
Masukkan 6 no. tadi ke dalam ruangan kosong dan tekan butang kecil bawah
yang berada di kedudukan kiri. Abaikan step ini sekiranya ianya terus ke langkah
10.
10. Apabila ianya keluar popup seperti laman chatting, itu bermakna aliwangwang
anda telah pun aktif. Untuk berkomunikasi dengan seller, sila pangkah terlebih
dahulu. Cari icon air berwarna biru di setiap kedai/kilang di Taobao mahupun
di 1688. Klik pada icon air tersebut, tekan Open di tab pilihan yang muncul dan
akan keluar popup halaman chatting yang disambung terus dengan kilang/
kedai.

59

1688.COM
MANUAL
BOOK

Contoh lokasi logo chatting aliwangwang seperti di gambar berikutnya:

WECHAT
Selain daripada Aliwangwang, anda juga boleh berkomunikasi dengan
supplier menggunakan aplikasi WeChat. Ianya lebih mudah dan user friendly. Oleh
kerana risiko Wechat tidak diiktiraf sebagai alat rasmi komunikasi dalam belian
di Taobao dan 1688, kami galakkan anda berbincang di platform Aliwangwang
terlebih dahulu sebelum bertukar ke platform Wechat.
Cara untuk mendapatkan contact no. atau WeChat ID supplier di 1688 adalah
dengan cara berikut:

60

1688.COM
MANUAL
BOOK

1. Lihat pada banner atas di mana-mana paparan dalam kedai/kilang di 1688. Di
situ akan ada QR Code atau pun no. telefon bimbit yang dimiliki oleh salesperson
kilang berkenaan.

2. Atau, anda boleh klik di bahagian CONTACT sebaris di menu utama kilang. Di
situ juga akan tertera MOBILE PHONE number sales person.

Namun begitu, adalah lebih baik anda chat terlebih dahulu di Aliwangwang
bagi mendapatkan kesahihan WeChat ID agar kita tidak ditipu. Dikhuatiri, WeChat ID
yang anda dapatkan di paparan kedai/kilang adalah kepunyaan WeChat ID pekerja
yang sudah pun berhenti/diberhentikan. Mereka boleh mengambil kesempatan
untuk melakukan sebarang penipuan yang boleh merugikan kita.
Walau bagaimana pun, komunikasi menggunakan WeChat adalah lebih
mudah dan tersusun.Anda hanya perlu chat dengan supplier dengan menggunakan
bahasa Inggeris lengkap supaya supplier anda boleh menterjemah kembali ke
dalam bahasa Cina. Ini adalah kelebihan ketara yang dimiliki oleh WeChat.

61

1688.COM
MANUAL
BOOK

WeChat sangat sesuai dijadikan medium perbualan harian bagi tujuan custom
made product atau anda ingin melakukan sebarang production besar-besaran.
Anda juga mampu untuk berkomunikasi di negara China sekaligus memudahkan
urusan harian sekiranya anda ke kilang-kilang mereka pada masa akan datang.

Cara Add Supplier di WeChat anda.

1. Anda buka aplikasi WeChat. Pilih icon ‘+’. Pilih Add Contacts, seterusnya masukkan
no. telefon atau wechat ID seller.

2. Apabila ditekan butang ‘search’ WeChat akan mengesan nama supplier. Anda
boleh menukar/menambah pada ruangan tag atau remarks bagi tujuan rujukan
akan datang sebagai contoh: Jenny Supplier Handbag. Supplier Handbag adalah
tag nama yang ditambah supaya senang untuk dirujuk di bahagian contact pada
masa akan datang.

3. Anda tekan Save, sejurus itu ianya akan dibawa ke ruangan mesej. Anda wajib
mengisi mesej yang ingin disampaikan kepada supplier. Sebagai contoh:
“Hello. I want to buy your product at Alibaba 1688”. Tukar ayat ini ke bahasa Cina
menggunakan Google Translate pasti menjadi kelebihan untuk supplier anda
faham dan accept permohonan anda untuk berkawan.

4. Jangan lupa untuk tidak hide kan moment anda. Moment adalah status yang
anda boleh buat di WeChat. Sila kemaskini dengan cerita bisnes anda saja. Pasti
ianya akan menarik minat para supplier seterusnya memudahkan untuk mereka
approve permohonan anda.

Pantang larang komunikasi di WeChat

1. Dilarang menggunakan short form atau ringkasan untuk satu-satu perkataan.
Contohnya: “Hw r u?”.

2. Jangan menggunakan WeChat untuk tujuan social life kita. Supplier tidak berapa
suka nak deal dengan mereka yang tidak kelihatan seperti bukan orang berduit
atau bukan orang bisnes.

3. Jangan terus memohon untuk berkawan dengan ramai supplier dalam masa
yang sama. Risiko akaun WeChat anda bakal difreeze itu tinggi. Ini kerana sistem
WeChat akan mendeklarasi anda sebagai spammers.

62

1688.COM
MANUAL
BOOK

4. Anda juga tidak digalakkan untuk berkawan dengan supplier dalam keadaan
anda sendiri tidak aktif atau tidak mempunyai kawan di WeChat. Pastikan anda
aktifkan dulu dan berkawan dengan rakan usahawan yang ada di Malaysia
sekurang-kurangnya 5 orang. Ini kerana, supplier anda boleh block atau report
akaun anda kerana mereka curiga dengan keaktifan akaun anda.

Pembayaran di Wechat
Setelah anda berjaya berkawan dengan supplier, anda juga boleh deal untuk
melakukan sebarang pembelian secara langsung dari WeChat. Bagaimana? Ikuti 2
keadaan berikut:

Keadaan pertama:
Ada ketikanya, kita sudah mempunyai supplier yang diberikan oleh MYWAU
atau sesiapa saja tanpa menerusi platform Taobao atau 1688. Anda boleh semak
sendiri di akaun MYWAU anda di bahagian Support dan pilih How To Use. Di sini
ada fail List of Wechat Seller. Di dalam list ini ada 50 orang supplier yang datang
dari pelbagai jenis perniagaan di China. Menariknya ada lebih kurang 5 supplier
yang menguruskan barangan copy original branded 1:1 seperti dari kategori bag,
jam dan kasut.

Keadaan kedua:
Anda mampu untuk ke China dan bergaul sendiri dengan pemborong di sana.
Maka, anda akan hanya banyak berkomunikasi menerusi aplikasi WeChat saja.
Baikah. Untuk kedua-dua keadaan ini, ianya menuntut kepada kaedah pembelian
yang berbeza. Ianya boleh difahami menerusi langkah-langkah di bawah:

1. Anda berbincang dan deal dengan supplier. Anda boleh melihat katalognya di
paparan moment atau katalog yang diberikan oleh supplier.

2. Setelah bersetuju dengan design, warna atau pun saiz, anda boleh terus meminta
no. akaun Alipay atau Bank milik supplier bagi tujuan pembayaran.

3. Kebiasaanya supplier akan memberikan akaun alipay dalam beberapa bentuk:
(a) Nombor akaun
(b) Atau, Email QQMail
(c) Atau, QR CODE
(d) Atau, No akaun Bank

63

1688.COM
MANUAL
BOOK

4. Apa yang perlu anda buat sekarang adalah untuk inform MYWAU bahawa ada
payment yang harus dibuat. Anda buka aplikasi MYWAU > pilih Services > Pilih
WechatPay / Alipay Manual > Tekan Create New.

5. Di sini anda akan memasukkan butiran yang diberikan oleh Supplier. Sekiranya
supplier hanya memberikan alipay account saja, di ruangan Bank Account anda
boleh menaip “Only Alipay” kerana borang berkenaan wajib untuk diisi.

64

1688.COM
MANUAL
BOOK

6. Setelah submit, anda buat bayaran seperti biasa kepada MyWau.
Pengesahan pembayaran akan mengambil masa dalam 24-48 Jam.
Sekiranya, status masih tiada berubah, perlu maklumkan kepada
Customer Service MyWau di platform Support > Ask Customer Service.

7. Apabila status akhir di ruangan Alipay Manual / WechatPay ini
sudah menjadi PAID. Anda boleh muat turun resit pembayaran
dan berikan kepada supplier anda sebagai bukti. Buka MYWAU >
Services > WechatPay / Alipay Manual > Action > View > Download.

8. Supplier akan meminta alamat penghantaran. Anda buka aplikasi MYWAU >
Supports > Warehouse Address > dan anda copy saja full address yang mana
berkenaan.

9. Sekiranya barangan telah dikeluarkan dari kedai, anda boleh meminta waybill
number / express number / single number dari supplier. Di resit ini, kelihatan
waybill number berada di bawah barcode yang tertera.

65

1688.COM
MANUAL
BOOK

Harus diingat, apabila supplier menghantar barangan dengan menggunakan lori
atau van sendiri, pihak warehouse akan memberikan resit DEX-I yang berwarna
purple. No. siri (berwarna merah di kedudukan kiri atas resit) di resit berkenaan
anda boleh jadikan sebagai waybill number semasa proses Create Parcel.

10. Langkah seterusnya adalah Create Parcel selengkapnya, kemudian Create
Shipment apabila parcel anda telah dikemas kini sebagai Arrived.

66

Topik 14 1688.COM
MANUAL
BOOK

PENGBIYRAAAIRN&SSHEIPAPING

CARA PENGIRAAN SHIPPING
WAREHOUSE MYWAU (BY AIR & SEA)

Sebagai menambahkan lagi ilmu di dalam dunia shipping barangan dari
China ini, di sini kami kongsikan cara pengiraan shipping warehouse MyWau. Ini
memudahkan anda untuk menentukan cara pengeposan barang dari China kepada
customer atau anda sendiri. Penjimatan boleh diraih sekiranya anda mahir membuat
kira-kira. Sebelum itu, kami galakkan anda untuk dapatkan informasi berat parcel
(KG) dan saiz packaging barang (dalam cm atau meter) dari supplier anda.

Kiraan Shipping by Air:

1. Weight by KG

2. Weight by Volumetric (KG)

3. Normal item dan Sensitive item
a. Sensitive Item perlu rujuk di bahagian senarai harga shipping by air.
Buka MyWau > Supports > Price List.

Nota: Semenanjung (West Malaysia) dan Sabah Sarawak (East Malaysia)

b. Formula Volumetric (KG) = (Panjang x Lebar x Tinggi) / 6000
c. Kiraan KG yang tinggi akan diambil kira untuk mengira kos Shipping
d. Jadual Harga Shipping

67

$ 1688.COM
$ MANUAL
BOOK

Contoh kiraan Shipping by Air 1:
Informasi tentang barang:
• Normal Item
• Berat barang = 1 KG
• Ship ke Semenanjung
• Saiz barang = 20 cm x 20 cm x 30 cm

Kiraan Shipping by Air 1:
• Berat barang = 1 KG
• Weight Volumetric (KG) = 20 x 20 x 30 / 6000 = 2 KG
• Volumetric (KG) lebih tinggi daripada berat barang
• Jenis barang adalah normal, ship ke Semenanjung
• Rujuk Jadual Shipping = 2 KG x RM15.60 = RM31.20
Jadi, harga shipping untuk barang 2 KG adalah RM31.20 + RM1 caj pengendalian
ToyyibPay

Contoh kiraan Shipping by Air 2:
Informasi tentang barang:
• Sensitive item
• Berat barang = 1 KG
• Ship ke Semenanjung
• Saiz barang = 10 cm x 10 cm x 30 cm

Kiraan Shipping by Air 2:
• Berat barang = 1 KG
• Weight Volumetric (KG) = 10 x 10 x 30 / 6000 = 0.5 KG
• Berat barang lebih tinggi daripada Volumetric (KG)
• Jenis barang adalah sensitive, ship ke Semenanjung
• Rujuk Jadual Shipping = 1 KG x RM32.40 = RM32.40
Jadi, harga shipping untuk barang 2 KG adalah RM32.40 + RM1 caj pengendalian
Toyyibpay

68

1688.COM
MANUAL
BOOK

Kiraan Shipping by Sea:
1. Normal Item
2. Weight by KG
3. Weight by Volumetric (KG)
4. Cubicmeter (CBM)
5. Formula CBM = Panjang (m) x Lebar (m) x tinggi (m)
6. Minimum 0.3 CBM = RM133.35
Nota: Semenanjung (West Malaysia) dan Sabah Sarawak (East Malaysia)

Contoh kiraan Shipping by Sea 1:
Informasi tentang barang:
• Semua sensitive item adalah dikira normal Item, namun anda wajib untuk declare

status parcel anda setepatnya untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak
diingini.
• Berat barang = 1 KG
• Ship ke Semenanjung
• Saiz barang = 20 cm x 20 cm x 30 cm
Kiraan Shipping by Sea 1:
• Berat barang = 1 KG
• Weight Volumetric (KG) = 20 x 20 x 30 / 6000 = 2 KG
• Volumetric (KG) lebih tinggi daripada berat barang
• CBM = 0.2 x 0.2 x 0.3 = 0.012 = 0.1 CBM

69

1688.COM
MANUAL
BOOK

• Jenis barang adalah normal, ship ke Semenanjung
• Rujuk Jadual Shipping untuk dibuat perbandingan antara CBM vs Volumetric:
• 0.1 CBM dikira sebagai Minimum 0.3 CBM = RM133.35
• 2 Volumetrik KG x RM12 = RM24.00
• Harga shipping yang paling murah akan diambil kira.
Jadi, shipping by sea dicaj sebagai Volumetrik KG sahaja = RM24.00

Contoh kiraan Shipping by Sea 2:
Informasi tentang barang:
• Normal Item
• Berat barang = 3 KG
• Ship ke Semenanjung
• Saiz barang = 40 cm x 50 cm x 70 cm

Kiraan Shipping by Sea 2:
• Berat barang = 3 KG
• Weight Volumetric (KG) = 40 x 50 x 70 / 6000 = 24 KG
• Volumetric (KG) lebih tinggi daripada berat barang
• CBM = 0.4 x 0.5 x 0.7 = 0.14 CBM
• Jenis barang adalah normal, ship ke Semenanjung
• Rujuk Jadual Shipping untuk perbandingan harga antara CBM dan Volumetrik

KG:
• 0.14 CBM dikira Minimum 0.3 CBM = RM133.35
• 24 Volumetrik KG x RM7 = RM168.00
• Harga shipping yang paling murah akan diambil kira.
Jadi, shipping by sea CBM adalah yang paling murah = RM 133.35

Info Tambahan:
Sebenarnya anda boleh membuat kiraan lebih mudah dengan hanya menggunakan
fungsi kalkulator shipping di MyWau > Support > Price List > Shipping Calculator
Semenanjung atau Sabah dan Sarawak)

70

1688.COM
MANUAL
BOOK

MyWau Shipping Calculator (Semenanjung & Sabah/Sarawak)

71

Topik 15 1688.COM
MANUAL
CUSPTROOMDMUKADE BOOK

LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT TEMPAHAN
CUSTOM MADE PRODUCT

Owner produk, bab ini pasti menjadi bab tumpuan anda. Mana tidaknya, kami
akan bongkarkan step by step, membuat tempahan produk dari China. Ianya sangat
subjektif dan penuh seni. Halus dan perlu berhati hati. Fahami asas ini, insyaAllah
semuanya pasti menjadi.

Step 1 : TAHU PRODUK

Ketahui produk apa yang dicari dan ada ilmu (product knowledge) berkenaan
produk tersebut. Ini jurus yang pertama. Asas ini penting bagi memudahkan anda
berurusan dengan pihak kilang / supplier di China.

Contoh :

Anda merancang membuat tempahan bekas kosmetik. Seharusnya anda
sudah mempunyai ilmu tentang material yang mahu digunakan, saiz dalam ML,
jenis penutup, terma dan nama yang digunakan, cara penggunaan dan jangka
hayat produk.

Step 2 : BUAT CARIAN DI 1688 dan ALIBABA

Ya, terdapat 2 platform yang anda boleh gunakan untuk mencari pengilang
di China. 2 platform yang paling popular dan mudah digunakan yaitu 1688.com @
Alibaba.com. Search sahaja nama produk, lihat outcome yang terhasil kemudian
mula buat tapisan kilang.

72

1688.COM
MANUAL
BOOK

Step 3 : MULA BERKOMUNIKASI
Jurus ke 3, mula berkomunikasi dengan pengilang. Jika di 1688, chat dengan
pengilang bermula daripada Aliwangwang, manakala jika carian dibuat daripada
Alibaba, mula berkomunikasi di alibaba chat room. Untuk lebih efisyen, minta ID
WE CHAT person incharge, kemudian teruskan dealing di We Chat. Pada hemah
kami, jika mahu buat carian di Alibaba, lebih mudah menggunakan HP berbanding
laptop, manakala untuk 1688, lebih mudah menggunakan laptop berbanding HP.
Nota :
Aliwangwang lebih mencabar kerana tidak dapat terus untuk translate ayat
yang diberikan oleh person incharge (PIC) . Boleh dikatakan 8/10 PIC di aliwangwang
tidak dapat berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Gunakan wechat, lebih mudah
kerana anda boleh terus translate bahasa Cina yang diberikan oleh seller. Di alibaba,
komunikasi lebih mudah kerana hampir 100% PIC di Alibaba boleh berkomunikasi
dalam bahasa Inggeris.
Mula berkomunikasi. Gunakan ayat yang ringkas, mudah dan penggunaan
bahasa Inggeris yang betul. Ini kerana, sekiranya anda menulis dalam bahasa
Inggeris, seller akan mula translate ayat yang anda berikan. Ejaan yang penuh,
ringkas dan mudah akan membantu seller translate dengan lebih tepat seterusnya
memahami maksud yang anda mahu sampaikan. Elakkan short form, ayat yang
terlalu panjang dan complex.

73

1688.COM
MANUAL
BOOK

Contoh Skrip
No 1 : Hello, how are you?
No 2 : My name is Faiz, I’m from Malaysia.
No 3 : I see your products in 1688. I’m interested to know more and make my own
brand on it
No 4 : May I know more about your products?

TIPS EMAS :
• Jangan lupa untuk explain dan ceritakan serba ringkas bisnes yang anda

jalankan di Malaysia. Jawatan yang anda sandang seperti CEO , manager @
director. Ianya penting bagi meningkatkan keyakinan seller untuk berurusan
dengan anda. Jika ada gambar kedai @ bisnes card, send pada beliau.

• WeChat profile. Sentiasa upload moment WeChat anda dengan
aktiviti bisnes yang anda jalankan. Berdasarkan pengalaman kami,
pengilang akan lebih yakin jika dia tahu sememangnya kita memang
menjalankan bisnes dan genuine. Urusan akan menjadi lebih mudah.

• Tambah Keyakinan. Minta seller @ pengilang untuk berikan business
card beliau, website kilang, mereka supply ke pasaran mana dan siapa
pelanggan besar mereka sebelum ini. Ia penting untuk memastikan anda
benar benar berurusan dengan pengilang dan bukan trading company.

• Cari kilang yang terletak tidak terlalu jauh dengan lokasi warehouse MyWau.Lokasi
warehouse MyWau adalah di Guangzhou dan Yiwu. (Salin alamat warehouse dan
berikan pada pengilang, tanya beliau jarak dari kilang ke warehouse seberapa
jauh)

Berikut saya senaraikan lokasi yang bagus dan hampir dengan warehouse mywau.

Warehouse Guangzhou :
Lokasi berdekatan : Foshan, Guangdong, Dongguan, Shenzen, Zhongshan

Warehouse Yiwu :
Lokasi berdekatan : Yiwu, Zhejiang, Hangzhou, Shanghai, Jinhua, Ningbo

74

1688.COM
MANUAL
BOOK

Peta Guangzhou Dan Bandar Sekitar
Nota :
Jika anda tidak pasti sama ada lokasi kilang itu jauh atau dekat dengan warehouse,
anda boleh bertanya pada pengilang @ search sahaja menggunakan google maps.
Mengapa perlu tahu lokasi kilang dekat dengan warehouse?
Jawapan : Jika lokasi kilang terlalu jauh, ia akan menyebabkan beberapa kesulitan
di kemudian hari.
• Jarak jauh. Pengilang kemungkinan besar akan kenakan extra transportation fee.
• Makan masa. Ia mengambil masa yang lebih lama (3-5 hari) untuk produk anda

tiba di warehouse MyWau.
• Factory Visit. Jika jarak yang jauh @ terpencil, sudah pasti menaikkan kos anda

jika anda merancang untuk ke kilang tersebut satu hari nanti.
Step 4 : MULA DEAL
Nyatakan niat, plan dan design yang anda mahukan. Sebelum itu, jangan lupa
ajukan soalan-soalan ini pada pengilang.

75

1688.COM
MANUAL
BOOK

Soalan 1 : May I know, what is your MOQ (Minimum order quantity) for me to make
my own design and logo?
Soalan 2 : How long the production lead/time to finish my order?
Soalan 3 : Is there any mold fee ?
Soalan 4 : Please send it to my warehouse. My warehouse is located in Guangzhou
and Yiwu. Which one is nearer with you? Is there any extra cost to send the goods
to my warehouse?
Soalan 5 : Can you make the sample first? Any sample fee imposed?

Pada tahap ini, seller akan mula meminta anda supaya menghantar design
yang anda mahukan serta spesifikasi produk seperti saiz, material, jumlah ml, warna,
kuantiti. (Lain produk lain soalan yang akan diajukan oleh seller).

Berikan spesifikasi, details serta emailkan design yang mahu digunakan (jika ada).

Step 5 : SAMPLE

Sebagai langkah berjaga-jaga, sebaiknya anda minta untuk seller siapkan
dahulu sample. Dalam kebanyakan kes, sample fee akan dikenakan untuk kilang
membuat sample produk anda dan paling menarik 8/10 pengilang akan waive /
refund sample fee setelah anda membuat tempahan yang besar (confirm order).

Sample produk biasanya akan siap dalam masa 5-10 hari. Setelah sample
siap, pengilang akan maklumkan anda. Tika ini, minta seller hantar ke warehouse by
air MyWau. Ship dengan kadar segera dan anda boleh terima dengan lebih pantas
berbanding by sea.

Step 6 : EVALUATE SAMPLE

Sample yang diterima, evaluate terlebih dahulu. Usah terburu buru mahu
terus order. Semak kualiti, gunakan terlebih dahulu. Sekiranya terdapat defect ,
maklumkan pada seller bahagian mana yang perlu dibaiki, bahagian mana yang
perlu ditambah baik.

Cth :
Anda mahu pengilang printkan colour light rose gold, tetapi kilang printkan
heavy rose gold. Lebih terang.

76

1688.COM
MANUAL
BOOK

Step 7 : NEXT

Jika dah bersetuju dengan sample yang diterima @ yang dah dibaiki, kita ke
next step. Place order. Sebelum pengilang berikan PI (purchase invoice), bincang
terlebih dahulu TnC yang mahu digunakan, antaranya adalah :

1. Tanya berkenaan dengan production lead / time.

2. Terma bayaran. Kebiasaannya , proses bayaran adalah seperti berikut:
- Deposit : 30% dari jumlah barang .Dibayar setelah confirm order.
- Baki : 70% dari jumlah barang. Dibayar setelah kilang siap membuat
tempahan anda

3. Currency yang digunakan adalah RMB / Yuen. Elakkan bayaran dalam USD.
Dalam kebanyakan kes, bayaran dalam USD lebih merugikan pihak buyer. Selain
itu, pihak MyWau boleh membuat bayaran pada pihak kilang hanya dalam Yuen
/ RMB

4. Cas tambahan . Jika perlu wooden frame, tanya berapa kos tambahan @ kos
ditanggung oleh kilang. Jika jarak jauh ke warehouse, tanya berapakah kos
transportation dari kilang ke warehouse.

Nota Emas :

- Kilang hanya akan menghantar produk anda setelah mereka menerima 100%
bayaran daripada anda.
- Jika anda membeli produk yang fragile (mudah retak, kemek, pecah), minta
pengilang siapkan packaging + wooden frame. Ia boleh mengurangkan risiko
kerosakan produk anda.

Contoh packaging yang menggunakan

wooden frame

77

1688.COM
MANUAL
BOOK

Step 8 : BAYARAN PADA KILANG dan HATI HATI
Step ini step paling penting. Sebelum bayaran pada kilang dibuat, kami
mewajibkan anda untuk PM (private message) Tn. Faiz (Director MyWau) @ En.
Razali (GM MyWau) terlebih dahulu. Kami mahu melihat invoice yang diberikan
oleh pihak kilang serta kami mahu membuat semakan ringkas sama ada kilang itu
benar benar wujud @ tidak.
Di MyWau, kami sendiri pernah ditipu dalam urusan custome made produk
yang menyebabkan kami kerugiaan hampir RM30,000. Ianya berlaku kerana kami
berurusan dengan trading company dan ia bukannya kilang.
Setelah pengesahan dibuat. Anda boleh masukkan maklumat akaun seller di
dalam aplikasi MyWau. (MyWau > Services > Alipay / WeChatPay). Isi details seller
dan buat bayaran di dalam apps MyWau sahaja. Buat bayaran deposit terlebih
dahulu. Bayaran baki hanya dibuat setelah kilang menyiapkan order anda.
Step 9 : ORDER SIAP
Ini yang paling dinantikan. Order siap. Minta pengilang untuk menghantar
video serta gambar produk yang telah disiapkan. Cara packaging dan kemasan
yang dibuat. Tanya mereka jumlah parcel / kotak dan jumlah unit bagi setiap kotak.

78

1688.COM
MANUAL
BOOK

Next, buat bayaran baki pada kilang. Isi details seller di dalam apps MyWau dan
MyWau akan memproses bayaran kepada seller anda.

Berikan slip bayaran pada pengilang => Berikan alamat warehouse mywau pada
kilang => berikan shipping code anda.

Shipping code = Consignee Name :
Copy daripada apps MyWau anda.

Contoh :
Cj1 / MW9786 (masukkan no. ahli MyWau anda sahaja)

Sebaiknya, minta seller tuliskan shipping code anda di setiap parcel / box anda.

Step 10 : DELIVERY @ POSTAGE

Tanya pada pengilang, sama ada mereka poskan barang anda @ hantar menggunakan
lori. Jika mereka hantar menggunakan local postage, minta diberikan tracking no /
express no / waybill no.

PALING MUSTAHAK :
Jika seller hantar menggunakan local postage, minta diberikan KESEMUA waybill
no. bagi setiap kotak / parcel. Kegagalan memberikan KESEMUA waybill no. boleh
menyebabkan keciciran produk anda setelah anda create shipment di dalam apps
MyWau kelak.

IF DELIVERY by Lorry :
Ini lebih mudah, kilang hantar menggunakan lori sendiri. Setelah produk anda tiba
di warehouse, driver lori akan menerima 1 slip bewarna merah. Ia digelar delivery
note. Di atas delivery note, akan ditulis shipping code anda serta jumlah boxes,
parcel yang diterima oleh warehouse MyWau.

PENTING :
Di penjuru kanan slip merah tersebut, terdapat no. resit. Gunakan no. resit tersebut
dan jadikan ia sebagai AWB no.

79

1688.COM
MANUAL
BOOK

Contoh Diatas : No. 0012827 merupakan waybill no. Gunakan no. itu dan create
parcel di dalam aplikasi MyWau.
Next. Create Parcel di MyWau setelah anda menerima maklumat yang mencukupi.
Bagi kes self delivery, anda hanya perlu isi waybill no. yang tepat. Maklumat lain
anda hanya isi seperti berikut.
Logistic Name : Send by lorry
Product link : No link
Apabila status dah ARRIVED, seperti biasa, CREATE SHIPMENT, buat bayaran
shipment ke Malaysia dan tunggu barang tiba. Selesai.

80

Topik 16 1688.COM
MANUAL
KKEAPEADDAKAHILSABUNAPGYPALRIEARN BOOK

JENIS-JENIS KAEDAH
BAYARAN KEPADA SUPPLIER

Terdapat beberapa jenis kaedah bayaran yang boleh digunakan untuk membolehkan
kita membuat bayaran kepada supplier. Kes ini berlaku apabila kita mahu membuat
belian daripada WeChat @ direct deal dengan supplier / kilang.

1) Alipay :

Terdapat beberapa format bayaran menggunakan alipay. Berikut saya sertakan
contoh format alipay yang kebiasaannya diberikan oleh supplier / kilang.

1. Nama dan Alipay no
2. Email dan Alipay No
3. QR Code

Name in chinese dan Alipay no.

Alipay QR Code

Name in chinese dan Email
81

1688.COM
MANUAL
BOOK

2) Maklumat Bank :

Untuk bayaran yang besar (melebihi 9000
yuen), anda perlu meminta pada seller / kilang
beberapa maklumat untuk membolehkan
bayaran dibuat. 3 maklumat berikut adalah

1. Bank name
2. Account no
3. Seller name in chinese

Setelah maklumat alipay @ maklumat
bank diterima, tibalah masa untuk anda
membuat bayaran kedalam apps mywau bagi
membolehkan pihak mywau memproses
bayaran kepada supplier anda.

Stepnya adalah :
Buka apps MyWau => Services => WeChat Pay => Create New => Isi Details
Yang Berkaitan => Submit => Action dan Pay Now

Dalam masa 24-48 jam, pihak MyWau akan memproses bayaran anda. Resit bayaran
kepada supplier akan di upload di dalam apps. Sila download dan berikan kepada
seller / supplier anda.

82

Topik 17 1688.COM
MANUAL
BOOK

PEBNOGNGUUSN: AKAESNILMAYPWANAU

KESILAPAN-KESILAPAN LAZIM YANG
DILAKUKAN OLEH PENGGUNA MYWAU

Berikut adalah antara kesilapan-kesilapan yang lazim pernah dilakukan oleh
pengguna MyWau. Wajar untuk diketahui agar anda tidak mengulangi kesilapan-
kesilapan seperti di bawah:

Declare barang sensitif sebagai barang normal.

Barang yang tidak diisytiharkan sebagai barang sensitif akan dihantar pulang
semula ke China. Pihak kastam tidak akan membenarkan sebarang produk sensitif di
bawa masuk tanpa pelepasan cukai yang tepat. Harga shipping barang yang sensitif
lebih mahal dari barangan normal. Ini kerana caj cukai yang dikenakan lebih tinggi
dari kebiasaan parcel normal. Ianya hanya berlaku untuk shipping menggunakan
udara sahaja.

Tidak berkomunikasi dengan seller apabila membuat belian barangan dalam
kuantiti yang banyak.

Komunikasi ini penting bagi mendapatkan semua maklumat seperti waybill
number agar semuanya cukup sebelum anda create Parcel di MYWAU. Kes ini akan
diketahui apabila pembeli menerima barangan dalam keadaan yang tidak cukup.
Sebagai contoh, membeli 6 pasang kasut, tetapi yang diterima hanyalah 3 pasang
sahaja. Ini disebabkan supplier tidak memberitahu waybill number yang lain dek
pecahan parcel yang dilakukan oleh supplier semasa pengeposan ke warehouse
MyWau.Walau bagaimana pun, MyWau menyediakan alternatif bagi tujuan semakan
parcel di laman web ini: mywau.com/parcel.

Tempoh penyimpanan barang

Anda perlu ambil perhatian bahawa barang tidak boleh disimpan lama di
warehouse. Had penyimpanan barang yang telah ditetapkan adalah selama satu
bulan maksimum sahaja. Sekiranya barang tersebut tidak dihantar ke Malaysia
setelah 6 bulan, barang-barang ini akan dilupuskan. Ini kerana barang yang telah
diperam lama, akan mengganggu ruangan barang yang lain dan ianya membawa
kepada risiko kehilangan barang. Pengguna MyWau wajib untuk ship keluar
barangan dalam tempoh yang telah ditetapkan.

83

1688.COM
MANUAL
BOOK

Kesilapan membahagikan parcel yang tiada marking (tanda)
Marking adalah tanda. Kebiasaannya, proses membahagikan parcel ini
berlaku apabila ada yang membeli barangan bersaiz besar dalam kuantiti yang
banyak seperti sofa, kerusi, dan katil. Pembeli tidak memaklumkan kepada supplier
bahawa setiap barang yang dibeli sepatutnya diletakkan marking customer (tanda).
Berikutan barangan yang dibeli bakal dihantar ke warehouse hanya akan mempunyai
satu waybill saja, ini akan merumitkan keadaan apabila pembeli ingin menghantar
produk ke alamat yang berbeza-beza. Untuk makluman, pihak warehouse tidak
akan membuka bungkusan barangan melainkan ada keizinan daripada pembeli itu
sendiri.
Bagi menyelesaikan masalah ini, sebelum membuat pembelian, anda wajib
berkomunikasi dengan supplier untuk memecahkan parcel dengan tandaan
marking tersendiri pada kotak/guni atau mengasingkan waybill number bagi setiap
kotak yang dibeli. Contoh marking yang tepat adalah MW9229/salmah merujuk
kepada barangan berkenaan dimiliki oleh pengguna MyWau bernombor 9229
untuk pelanggan bernama Salmah.

Kesilapan menghantar ke alamat warehouse yang berbeza
Pengguna MyWau wajib sedia maklum dengan lokasi warehouse MyWau
sebelum membuat sebarang belian. Kesilapan dalam memilih warehouse semasa
pembelian mengakibatkan anda dikenakan penalti sebanyak RM10.00 akibat
terpaksa menukar warehouse semasa Create Shipment kelak. Berkenaan pertukaran
warehouse disebabkan harga shipping yang mahal, ianya boleh membuatkan
proses shipment tergendala. Adalah wajib untuk para pengguna MyWau samada
yang baru ataupun yang lama untuk menyemak terlebih dahulu sebelum menekan
butang submit di proses Create Shipment.

Penghantaran barang ke kepulauan seperti Pulau Langkawi
Untuk makluman, setelah barang sampai di Malaysia, pemandu lori hanya
boleh menghantar sehingga ke jeti sahaja. Caj tambahan pula akan dikenakan
kepada pelanggan untuk membawa barang masuk ke kawasan bebas cukai.

84

1688.COM
MANUAL
BOOK

Pengguna Tidak Cakna dengan Peraturan Shipping Antarabangsa
Sesetengah barang seperti barangan kosmetik, helmet motosikal termasuk
E-cigarette tidak boleh ship masuk ke Malaysia disebabkan peraturan yang telah
ditetapkan di China dan Malaysia. Terbaru, E-cigarette tidak boleh lagi di beli
daripada 1688.com disebabkan Alibaba China telah mengeluarkan kenyataan
seperti berikut:

Tipping Semasa Delivery
Di Mywau, kos penghantaran yang di bayar oleh anda adalah door to door.
Namun, harus diingat, bagi mereka yang tinggal di rumah seperti apartment /
kondo @ office tingkat 2 keatas, pihak transport TIDAK AKAN menghantar terus ke
unit kediaman / kedai anda. Mereka hanya akan drop barang di tingkat 1(ground)
sahaja.
Tips :
Anda boleh berbincang dengan pihak transport (driver lori) , berikan sedikit tip dan
mereka pasti mahu menghantar terus ke rumah anda (level 2 keatas).

85

Topik 18 1688.COM
FEATUMRYEWS AAPULIKASI MANUAL
BOOK

CIRI-CIRI YANG TERDAPAT
DI DALAM APLIKASI MYWAU

Paparan pengguna Biasa

Paparan pengguna VIP
Logo MyWau: Bagi pengguna VIP ianya akan dibezakan dengan warna keemas an.
Anda boleh menekan pada logo untuk kembali semula ke ‘homepage’.
Paparan Dashboard: Ianya memaparkan jumlah parcel yang arrived,jumlah bayaran
yang dikenakan dan jumlah shipment yang telah terlibat sepanjang penggunaan.
Di bawah paparan dashboard anda akan disajikan dengan carta grafik tahap
penggunaan shipment dan parcel anda. Ianya akan memberi tarikan menarik buat
anda untuk monitor penggunaan sepanjang bersama MyWau.

86

1688.COM
MANUAL
BOOK

MENU UTAMA MYWAU

1. Services: Semua rangkaian perkhidmatan yang terdiri
daripada Alipay, WeChatpay, Parcel, Shipment, Invoices dan
Addresses terkumpul di sini. Hanya ada 2 fungsi yang belum
diperincikan di dalam buku ini iaitu:

i. Invoices: Di sini MyWau membantu menyediakan semua
resit pembayaran yang telah anda lakukan di dalam
aplikasi ini.

ii. Addresses: ianya berfungsi untuk merekod alamat-
alamat pelanggan anda tanpa had (unlimited) sejurus
boleh digunakan di dalam platform Create Shipment >
Select Address.

2. Supports: Semua rangkaian sistem sokongan MyWau
berkumpul di bawah menu ini. Antara sub-menu nya adalah:

i. My Aduan: Ini adalah kaunter khas untuk pertanyaan
yang mudah seperti semak tracking number, semak
parcel dan semak shipment anda. Ianya bersifat satu hala,
dengan hanya ada 1 soalan dari anda, dan akan dijawab
dalam 24 jam.

ii. Ask Customer Service: Sekiranya anda ingin berbincang
dengan pihak customer service MyWau, anda boleh
menggunakan fungsi ini dan berinteraksi menggunakan
medium facebook messenger.

iii. Price List: Anda boleh menyemak senarai harga
shipment yang dikeluarkan oleh pihak MyWau.

iv. How to Use: Di sini anda boleh menonton semua video
tutorial cara menggunakan sistem MyWau. Anda juga
boleh memuat naik senarai Wechat ID seller yang MyWau
hadiahkan di sini.

87

1688.COM
MANUAL
BOOK

v. Warehouse Address: Senarai alamat warehouse
MyWau.

vi. Terms & Condition: Halaman di mana anda membaca
semua terma & syarat MyWau.

vii. FB Support Group: Anda boleh klik di link ini untuk
terus menyertai Group Support Rasmi MyWau di
facebook. Hanya perlu menjawab soalan dan bersetuju
dengan rules, anda akan dimasukkan secara automatik.

viii. MyWau Telegram Info Channel: Di sini, anda boleh
menyertai Telegram Channel Rasmi MyWau di mana ianya
mengumpulkan segala nota-nota berkenaan pembelian
& pengurusan shipment untuk tujuan rujukan anda.

ix. MyWau Flix: Ianya adalah ‘short cut’ buat anda yang
ingin belajar borong China secara online. Anda boleh
mendapatkan akses secara percuma melalui link yang
diberikan di ruangan profail MyWau.

3. FAQ – Frequently Asked Question: Di sini anda boleh membaca segala
pertanyaan/permasalahan biasa ahli MyWau beserta dengan jawapan ringkas dari
MyWau.

4. About Us: Anda akan dibawa ke Portal MyWau sekaligus anda akan belajar
secara menyeluruh tentang MyWau dan ekosistem bisnes yang dibina di dalamnya.

5. Rates: Anda boleh semak kadar semasa matawang yang melibatkan pembayaran
Alipay dan Shipment anda.

6. Bendera Malaysia: Ianya bermaksud aplikasi ini hanya boleh digunakan untuk
urusan dari China ke Malaysia sahaja.

88

1688.COM
MANUAL
BOOK

7. Icon Loceng: Pengumuman MyWau. Anda digalakkan untuk semak secara kerap
kerana dikhuatiri akan ada pengumuman segera yang dibuat oleh MyWau.

8. Nama & MyWau ID: Di sini anda boleh ke profail dan logout dari sistem ini. Di
ruangan profail anda akan dapat:

i. Menambah info seperti maklumat hari lahir anda danmenambahkan alamat
utama anda (rumah atau premis). Untuk menggunakan pilihan Address “Own
Address” semasa dalam proses create shipment, anda wajib untuk mengisi
alamat di ruangan ini.
ii. Mengubah password anda agar lebih selamat dari kecurian data.
iii. Melanjutkan tempoh langganan tanpa menunggu aplikasi expired dengan
menekan link yang disediakan di dalamnya.
iv. Mengakses ke MyWau FLIX dengan percuma.

89

Topik 19 1688.COM
MANUAL
FEA“TCUORMEISN”GDSI MOOYWN AU BOOK

BERIKUT ADALAH PENAMBAHAN YANG
BAKAL BERLAKU DI MYWAU APPS

1. Tambahan pilihan kurier tempatan seperti Pos Laju dan CityLink.
Anda boleh memilih kurier tempatan Malaysia untuk penghantaran barang
menggunakan udara sahaja semasa Create Shipment.

2. Di sistem MYWAU akan ditambah fungsi POINTS dan anda boleh Redeem
Points untuk mendapatkan hadiah-hadiah menarik serta lumayan. Lagi banyak
penggunaan shipping di MyWau, lagi banyak points yang boleh ditebus.

3. Selain itu, Link Unclear Parcel akan ditambah di dalam MyWau Apps. Unclear
Parcel adalah merupakan barangan yang dikategorikan sebagai terlepas
pandang.

Senarai unclear parcel akan diintegrasikan dalam MyWauApps bagi memudahkan
para pengguna MyWau mendapatkan barang yang belum di ship ke Malaysia
akibat dari terlepas informasi dari supplier. Barang ini akan dikesan menerusi
MyWau ID anda. Buat masa ini, anda boleh melayari di website MyWau untuk
melihat senarai parcel yang diterima oleh warehouse menerusi link ini: mywau.
com/parcel.

Selanjutnya nantikan info daripada kami dari masa ke semasa.

90

Topik 20 1688.COM
MANUAL
BUCSLINAESSSS&CDLMEAAVSRESLKOETPIMNEGNT BOOK

Pada tahun 2020 ke atas ini menyaksikan banyak perubahan yang dibuat
oleh MyWau. Di antara kelas-kelas lain yang dianjurkan oleh MyWau adalah seperti
berikut:

1. Program Pemasaran MyWau: Shopee Training Class

Program Shopee ini diwujudkan sejak 2019 bagi merealisasikan permintaan
komuniti MyWau. Bukan mudah untuk kami mengolah modul yang baik dan mudah
difahami, namun akhirnya ianya telah berjaya membantu lebih 3,000 peserta.

Mereka yang datang ke kelas ini ada dari golongan ‘newbie’ sehinggalah
mereka yang telah menjual lama di Shopee. Modul yang menarik minat semua
peserta adalah modul pemasaran di Shopee kerana ianya dikatakan sangat lengkap
dan lebih details.

91

1688.COM
MANUAL
BOOK

2. Program Pemasaran MyWau: Instagram Ads Training Class
Dunia perniagaan hari ini menyaksikan perubahan ketara di dalam cara
para peniaga memasarkan produk mereka. Di samping kepakaran Facebook Ads,
Instagram Ads juga menjadi tools yang sangat powerful bagi meraih jualan yang
tinggi.
Dek kerana perubahan ‘game changer’ ini, maka MyWau terus menyediakan
platform kelas latihan IG Ads ini khas buat semua ahli MyWau. Ianya merupakan
kelas MyWau yang terbaru dengan membawa dunia IG lebih ‘muda’, kos iklan yang
lebih murah, dan ‘engagement’ yang lebih tinggi.

92

1688.COM
MANUAL
BOOK

3. Program Pembangunan Bisnes dengan Kerajaan: Government Tender Class
Program yang eksklusif ini dibawakan hanya dalam masa 2 kali saja setahun.
Ini kerana program ini sangat ‘rare’ dan sangat berkesan kepada mereka yang betul-
betul bersedia sahaja. Penceramah yang sangat berpengalaman serta latihan yang
sangat efektif pasti akan memberikan kelainan serta tambahan ilmu yang sangat
berguna bagi mengembangkan lagi bisnes anda.

SEMUA INFO PROGRAM DI ATAS BOLEH DILAYARI DI PORTAL MYWAU:
PORTAL.MYWAU.COM

93

Topik 21 1688.COM
MANUAL
TECMHYNWOALUOGY BOOK

Dunia kini sangat menuntut kepada kepelbagaian teknologi dalam memudahkan
urusan manusia. Di MyWau, kami memang dekat dengan teknologi. Maka di sini
kami kongsikan kepada anda beberapa teknologi MyWau untuk manfaat bersama.

MyWau Portal

Di sistem portal ini, anda bebas untuk memilih kelas-kelas atau program yang
dianjurkan oleh MyWau dengan mudah. Anda boleh mengakses jadual di kalendar
MyWau atau terus mengikuti info-info program lain seperti trip atau menyertai
Premium Coaching Circle MyWau.

MyWau Flix

Sistem pembelajaran digital ini kami bangunkan khas untuk mereka yang tidak
berkesempatan ke kelas-kelas fizikal. Namun begitu, anda yang sudah mempunyai
akaun MyWau boleh untuk mengakses ke akaun ini secara percuma saja menerusi
sistem profail di MyWau apps.

94

1688.COM
MANUAL
BOOK

FLOWCHART RINGKASAN
KESELURUHAN

PROSES DI MYWAU

95

Catatan 1688.COM
MANUAL
NOTA PESERTA BOOK

96

Catatan 1688.COM
MANUAL
NOTA PESERTA BOOK

97

Catatan 1688.COM
MANUAL
NOTA PESERTA BOOK

98


Click to View FlipBook Version