The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL KALI KE 1

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-46251234, 2021-12-31 23:36:43

MINIT MESYUARAT

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL KALI KE 1

MINIT MESYUARAT KALI 1
PENDIDIKAN SENI VISUAL
SK. KAMPONG PASIR PUTEH, IPOH

TAHUN 2021

Bil. Mesyuarat : 01 Tahun 2021
Tarikh : 15 Januari 2021 (Jumaat)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Seni SK. Kampong Pasir Puteh

Hadir

Pn. Fatimah Zaharah bt. Ghazalli
Pen. Kanan Pentadbiran SK. Kampong Pasir Puteh, Ipoh.

Pn. Suwaibah bt. Abdullah
Pen. Kanan Kokurikulum SK. Kampong Pasir Puteh, Ipoh.

Guru
Pn. Azura bt. Sa’addudin
Pn. Fatin Najia bt. Zaharrudin
Pn. Hanizah bt. Mojini
Pn. Haslina bt. Desa
Pn. Lalitha a/p Subramaniam
En. Muhamad Sopian bin Sanusi
Pn. Nalinder Kaur a/p Kartar Singh
Pn. Noor Aziza bt. Ibrahim
Pn. Norhashimah bt. Mohamed Hashim
Pn. Putri Aziyanti bt. Megat Yunos
Pn. Rodziah bt. Ayub
Pn. Sharifah Nora Zizah bt. Syed Ramli

1

Pencatat Minit
1. Pn. Norhashimah bt. Mohamed Hashim

I. PERUTUSAN PENGERUSI
1. Kata Alu-aluan
Pengerusi mengalu-alukan kehadiran ahli mesyuarat.
2. Perutusan Pengerusi
Mesyuarat mengambil maklum :
1.1 Pengerusi memberi kata-kata alu - aluan dan mandat kepada semua guru
kerana dapat hadir ke Mesyuarat Panitia Pendidikan Seni Visual kali 1
1.2 Pengerusi meminta agar semua guru dapat bekerjasama dan berganding
bahu dalam mendidik anak-anak murid SKKPP.
1.3 Seterusnya menjemput Penolong Kanan Pentadbiran untuk memberikan
sepatah dua kata.
Makluman : Semua Guru

II. UCAPAN PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
2.1 Penolong Kanan Pentadbiran sekali lagi mengalu-alukan kehadiran semua guru
dan mengucapkan selamat Kembali ke sekolah sesi persekolahan 2021.
2.2 Ucapan terima kasih juga kepada semua Ahli Jawatankuasa Panitia Pendidikan
Seni Visual tahun 2020 yang telah melaksanakan segala tugas dengan baik dan
semoga dapat dipertingkatkan lagi tahun 2021.

III. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
Minit Mesyuarat Kurikulum Bil. 3 Tahun 2020 bertarikh 24 September 2020
bertempat di Bilik Seni , SK. Kampong Pasir Puteh, Ipoh telah disahkan tanpa
pindaan.

Makluman

IV. PERKARA BERBANGKIT

2

Tiada perkara berbangkit.

Makluman

V. PERANCANGAN AKTIVITI TAHUN 2021

5.1 Pn.Syarifah Norazizah menerangkan tentang perancangan aktiviti tahun 2021.
Rujuk lampiran. Beliau meminta semua guru PSV memberikan senarai biodata
peribadi untuk simpanan fail PSV. Beliau juga memohon guru-guru mencetak
DSKP sebagai rujukan guru-guru .

5.2 Beliau berharap semua guru dapat mengajar dengan penuh semangat dan
menjalankan tanggungjawab.

5.3 Beliau meminta guru-guru sentiasa peka dan mengawal keselamatan murid-
murid dalam penggunaan benda yang tajam terutama ketika PdP sedang
dilaksanakan.

Makluman dan Tindakan Guru Kelas

VI. HAL-HAL LAIN
-TIADA-

VII. PENUTUP
Mesyuarat mengambil maklum :
a) Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang

Setiausaha
Mesyuarat Panitia Pendidikan Seni Visual Bil. 1 Tahun 2021
15 Januari 2021

3


Click to View FlipBook Version