The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sekolah-7049, 2021-08-15 12:37:47

KERTAS KONSEP NYANYIAN SOLO

FLIPBOOK

SETIAP
PENYERTAAN

AKAN
MENDAPAT

SIJIL

RM 100.00 TUNAI
DAN SIJIL

RM 80.00 TUNAI
DAN SIJIL

RM 60.00 TUNAI
DAN SIJIL

RM 30.00 TUNAI
DAN SIJIL

Untuk maklumat lanjut, scan QR code atau layari

https://linktr.ee/nyanyiansolo2021

1 SEPTEMBER 2021 – 30 SEPTEMBER 2021

PENDAHULUAN

Bagi menyahut cabaran dalam pembelajaran
dan pengajaran secara maya khususnya
semasa pandemik covid-19, Sek Keb Kuala
Mengalong, Sipitang menganjurkan
Pertandingan Nyanyian Solo lagu-lagu
Patriotik Sekolah-Sekolah Rendah dengan
harapan dapat memberi penekanan ke arah
pembentukan kualiti diri dan sahsiah
murid merangkumi aspek emosi, kreativiti,
nilai sosialisasi, estetika dan etika.
Di samping sebagai pendorong yang
berfungsi sebagai penggerak minda untuk
berfikir dengan lebih ke arah peningkatan
diri, penglibatan dalam aktiviti muzik
memerlukan komitmen dan disiplin diri
yang tinggi.

RASIONAL & OBJEKTIF

RASIONAL
▪ Memperkembangkan bakat dan seni dalam

diri setiap murid.
▪ Memupuk semangat patriotik dikalangan

murid sekolah.
▪ Menjiwai dan menanam nilai sayangkan

negara dengan lagu-lagu patriotik.

OBJEKTIF
▪ Memperkembang daya komunikasi dan

interaksi melalui persembahan.
▪ Membentuk identiti nasional dalam

kalangan murid-murid.
▪ Memberi pengalaman muzikal dan

kesedaran estetik murid.
▪ Memberkembang bakat seni murid-murid

sekolah.
▪ Pertandingan ini dijalankan bagi kategori

sekolah rendah.

SYARAT DAN FORMAT PERTANDINGAN

SYARAT PENYERTAAN

1. Pertandingan nyanyian solo lagu patriotik sekolah rendah
terbuka kepada semua murid SEKOLAH RENDAH (Tahun 1
hingga Tahun 6).

FORMAT PERSEMBAHAN

1. Setiap peserta nyanyian solo akan mempersembahkan sebuah
lagu.
2. Lagu adalah dalam Bahasa Melayu (Malaysia). Pilihan lagu
adalah BEBAS tetapi berunsurkan PATRIOTIK.
3. Lagu yang DILARANG ialah lagu-lagu yang menyentuh
mana-mana sensititiviti kaum di Malaysia dan lagu yang
DIHARAMKAN di Malaysia.

LAGU/LIRIK

1. Lagu yang dipilih hendaklah dinyanyikan secara

Minus-One.

2. Lagu VIDEO MP4 perlu dihantar pada pengelola
pertandingan sebelum tarikh tutup.

ETIKA PAKAIAN
Peserta hendaklah berpakaian sopan dan bersesuaian
semasa menyampaikan lagu tersebut.

FORMAT RAKAMAN

1. Peserta hendaklah membuat rakaman video dengan
menyanyikan sebuah lagu patriotik. Pilihan lagu
adalah BEBAS tetapi berunsurkan PATRIOTIK dan
memuatnaik (upload) rakaman tersebut ke Link
Google Form yang telah disediakan.

2. Peserta akan diadili melalui rakaman video yang
berjaya dihantar kepada penganjur.

3. Penggunaan sound effect seperti echo/reverb yang
keterlaluan dan autotune sehingga tidak
memperdengarkan suara asli peserta adalah tidak
dibenarkan. Penggunaan background secara digital
dibenarkan dan diambil kira dalam markah
persembahan.

4. Video harus diambil secara melintang (landscape)
dengan memastikan peserta kelihatan jelas secara
separuh atau keseluruhan badan.

5. Pakaian haruslah kemas semasa rakaman.

6. Segala kos rakaman adalah dibawah
tanggungjawab peserta sendiri. Semua rakaman
yang dimuatnaik adalah menjadi hak milik penganjur.

7. Pertandingan hanya terbuka untuk kategori sekolah
rendah dengan status murid masih bersekolah.

8. TARIKH-TARIKH PENTING

➢ Tarikh tutup penyertaan:
30 September 2021; jam 5.00 petang

➢ Tarikh pengumuman pemenang :
Akan diumumkan kemudian

PENILAIAN

1. Penilaian akan dibuat oleh para pengadil profesional
mengikut kriteria penilaian yang telah ditetapkan oleh
Ahli Jawatankuasa Penganjur.

2. Pihak Penganjur akan memilih TIGA pemenang dan DUA
tempat saguhati iaitu:
i. Johan
ii. Naib Johan
iii. Tempat ketiga.
iv. Saguhati
v. Saguhati

3. Keputusan pengadil adalah muktamad. Sebarang
bantahan (lisan atau bertulis) tidak akan dilayan.

PENGHAKIMAN
1. Hakim/Penilai terdiri daripada Hakim Profesional atau

Pegawai Teknikal (PT) yang dilantik oleh
Jawatan kuasa Pertandingan Sek Keb Kuala Mengalong
2. Keputusan rasmi akan dibuat secara persidangan
hakim/penilai.
3. Hakim/Penilai mesti mematuhi peraturan Kertas Konsep
Pertandingan dan berdasarkan kertas konsep Peringkat
Negeri Sabah Tahun 2021.
4. Keputusan hakim/penilai adalah MUKTAMAD

PENGHANTARAN PENYERTAAN

PN. MISA DUNGKIM
Ketua Penyelaras Pertandingan Lagu Patriotik,
Penolong Kanan Pentadbiran,
Sek Keb Kuala Mengalong,
Peti Surat 62,
89857 Sipitang. Telefon : 0109516510

PN. NUR ZAIMAH ATIRAH BINTI TAUL
Sek Keb Kuala Mengalong,
Peti Surat 62,
89857 Sipitang. Telefon : 0148598677

EN. BIRLY JOHNNY
GURU BESAR,
Sek Keb Kuala Mengalong,
Peti Surat 62,
89857 Sipitang. Telefon : 0198326619


Click to View FlipBook Version