GGGE5014 :
KAEDAH PENGAJARAN
NAMA PENSYARAH :
LT. KOL. PROF. MADYA DR. MOHD JASMY ABD RAHMAN
SESI PENGAJIAN : SEMESTER 1 2022/2023
TAJUK TUGASAN :
TUGASAN KUMPULAN MODUL INOVASI
“TAMAN PENGHAYATAN HAJI” DI
SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI (SBPI) KUBANG PASU, KEDAH
NO MATRIK NAMA PELAJAR
P124424 MOHAMAD FAQRULLAH BIN MOHD YASIN
P124353
P123764 ANNISA BINTI AB GHAFAR
P122495 NUR AINAA NAJIHAH BINTI MOHD NAZRI
P123584
NURUL WIDAD BINTI ZAMRI
FARZIYATUL FIRZANAH BINTI DZIYAUL AFRAZ
Abstrak
Tajuk yang dikemukakan dalam inovasi ini adalah “Taman Penghayatan Haji”. Ia merupakan
satu modul inovasi untuk proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi buku teks KSSM
Tingkatan 4 dalam topik Haji dan Umrah. Usul modul ini telah diketengahkan dalam
mesyuarat panitia Pendidikan Islam bersama pengetua sekolah. Ianya relevan diwujudkan
bagi membantu para guru dalam meningkatkan minat para pelajar untuk mendalami tajuk
Haji dan Umrah ini secara khususnya. “Taman Penghayatan Haji” ini dapat menerangkan
dengan lebih terperinci dalam pelaksanaan ibadah haji secara teori serta amali kepada para
pelajar. Kumpulan sasaran bagi modul inovasi ini adalah semua pelajar Tingkatan 4 di Sekolah
Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Kedah. Modul inovasi ini juga berpotensi untuk
disebarkan kepada sekolah-sekolah lain, NGO mahupun semua lapisan masyarakat. Hasil
dapatan turut menunjukkan bahawa modul inovasi “Taman Penghayatan Haji” ini dapat
memberi manfaat kepada semua pihak sama ada pelajar, warga sekolah serta komuniti
setempat dalam mencapai modal insan yang berilmu dan berkualiti.
Sinopsis Modul Inovasi
“Taman Penghayatan Haji” merupakan modul inovasi bagi proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP) dalam subjek Pendidikan Islam Tingkatan 4. Ia berada dalam kandungan
bidang Feqah yang pertama pada pelajaran ke-13 yang bertajuk Haji Dan Umrah.
Fokus utamanya adalah pada kaedah pelaksanaan ibadah haji dan subtopik yang terdapat
dalam tajuk haji iaitu rukun haji, perkara wajib haji, melontar di Jamratul Ula, Jamratul
Wusto dan Jamratul Aqabah. Modul inovasi ini mengandungi turutan perjalanan haji yang
tersusun serta membantu para pelajar dalam menentukan lokasi rukun haji dan perkara
wajib haji dengan tepat. Modul ini juga menekankan pelajar untuk memahami ibadah haji
secara teori iaitu melaksanakan haji ifrad, haji tamattu’ atau haji qiran.
Diharapkan dengan adanya modul inovasi ini, pendekatan pengajaran dan pembelajaran
(PdP) dalam tajuk ini akan lebih berkesan serta menyeronokkan.
Objektif Modul Inovasi
➢ Pelajar dapat membezakan antara rukun haji dan perkara wajib haji
dengan lebih tepat
➢ Pelajar dapat memahami cara pelaksanaan tawaf, sa’ie dan melontar di
ketiga-tiga jamrah dengan lebih jelas
➢ Pelajar dapat memahami kewajipan untuk melaksanakan ibadah haji bagi
sesiapa yang cukup syarat-syaratnya
➢ Meningkatkan keupayaan guru dalam menerangkan perjalanan haji
kepada pelajar dengan turutan yang tersusun
Latar Belakang Modul Inovasi
Penghasilan modul inovasi “Taman Penghayatan Haji” ini bermulanya
dengan cetusan idea oleh para guru Pendidikan Islam Tingkatan 4 di Sekolah
Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Kedah. Modul ini telah
dibentangkan kepada pengetua, Puan Hazilah binti Abdullah @ Taib dan
mendapat kelulusan untuk membuatnya di perkarangan surau sekolah.
Tarikh pelaksanaannya adalah selama 3 hari yang bertarikh pada 23, 24 dan
25 Mei 2021. Ianya terhasil disebabkan tahap pemahaman pelajar
Tingkatan 4 dalam tajuk “Haji dan Umrah” secara khususnya agak
membimbangkan. Oleh itu, kelengkapan modul inovasi ini diharapkan
dapat membantu para pelajar serta guru untuk lebih memahami secara
teori mahupun amali dalam pelaksanaan salah satu ibadah rukun Islam ini.
Matlamat Dan Objektif
➢Matlamat dan obketif utama diadakan projek ini adalah
untuk kemudahan guru-guru Pendidikan Islam melaksanakan
proses pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar
terutamanya pelajar Tingkatan 4 dan 5
➢Kedudukan kawasan surau yang luas. Amat sesuai untuk
dibina tempat amalan haji.
Lokasi Pembinaan Taman Penghayatan Haji
Pembinaan
Bangunan Kaabah Tempat Melontar (Jumrah Ula, Jumratul
(termasuk Hajarul Aswad dan Wusto dan Jumratul Aqabah)
Multazam) Papan Kenyataan tentang Ibadah Haji
Dan Umrah
Maqam Ibrahim
Hijir Ismail Kawasan Pagar Tasbih
(Tempat Wukuf Di Padang Arafah)
Tempat Saie (dari Safa ke Marwah)
Masalah Yang Ditangani Oleh Inovasi
➢ Pengkaji berpandangan bahawa bagi menarik minat murid untuk mendalami pengajian
tentang ibadah haji dengan lebih mendalam, maka pengkaji cuba untuk mengesan minat
pelajar ke atas tajuk haji melalui temubual.
➢ Melalui temubual tersebut pengkaji mendapati pelajar kerap diberikan latihan dan kerja
rumah namun kurang fokus kepada unit-unit kecil seperti rukun dan perkara wajib haji.
➢ Oleh itu, pengkaji berpandangan para pelajar perlu didedahkan dengan hierarki perjalan
haji yang betul dari awal sehinggan akhir perjalanan ibadah haji.
➢ Pelajar boleh melalukan sendiri acara pelaksanaan haji di Taman Penghayatan Haji pada
waktu sesuai tanpa kehadiran guru.
➢ Taman Pengahayatan Haji menarik minat pelajar kerana ia lebih bersifat prakmatik
Huraian Inovasi
Pasir Kasar 3 Kaki Cat Hitam Kaabah Dan Bukit
Pasir Halus 2 Kaki
Cat Kuning Terang
Simen 20 bag
Bata 1200 biji Cat Bukit Berwarna Koko
Tanah Untuk Bukit Safar & Marwah
Bahan Lontaran Jamrah Cat Putih Untuk Kaabah Dan Kolah
Tiang Jamrah 3
Tiang ‘Selamat Datang Ke Taman Ibadat
Haji’
Barang Untuk Atap Kaabah
Plaster Kaabah, Maqam Ibrahim, Hijr
Ismail dan Tanam Tiang Jamrah Tertentu
Cara Inovasi Digunakan
Guru mula memberi penerangan mengenai topik
Kewajipan Haji kepada pelajar secara teori untuk
perlaksanaan haji dan umrah.
Sumbang saran serta sesi soal jawab tentang
tajuk bertujuan memberi kefahaman kepada
pelajar.
Melaksanakan ibadah haji secara praktikal bermula dari
perkara utama yang perlu dilakukan termasuklah perkara
wajib haji dan rukun haji. Pelajar akan diagihkan kepada
beberapa kumpulan dan setiap pelajar diwajibkan untuk
menghafaz doa-doa semasa melakukan tawaf dan saie.
Potensi Untuk Disebar Kepada Pihak Lain
➢ Taman penghayatan haji telah memberi manfaat kepada warga sekolah sebagai contoh, guru-
guru dan semua warga staf Sekolah Kebangsaan Penuh Integrasi Kubang Pasu, Kedah (SBPI)
termasuklah juga warga kantin sekolah tersebut. Program ini diadakan pada 23 hingga 25 Mei
2021.
➢ Pihak sekolah SBPI telah menjemput seorang penceramah yang arif di dalam bidang Haji iaitu
dari Syarikat Andalusia untuk menyampaikan kepada warga sekolah SBPI tentang kepentingan
untuk menunaikan ibadah Haji bagi umat islam.
➢ Dapatan kajian daripada peserta kursus mengenai program Taman Penghayatan Haji adalah:
• Peserta berpendapat bahawa program seperti ini sangat memberi manfaat kepada
mereka untuk melaksanakan ibadah Haji.
• Para peserta juga sangat menyukai program ini kerana dapat menambah ilmu
pengetahuan dan pengalaman yang menarik semasa menjadi warga SBPI, Kedah.
• Bahkan, dapat melakukan secara amali dan praktikal dalam melaksanakan ibadah Haji.
Kepentingan
“Taman Penghayatan Haji”
➢ Program “Taman Penghayatan Haji” ini boleh digunakan oleh semua pelajar dari tingkatan satu
sehingga tingkatan 5 SBPI, Kedah.
➢ Bahkan, program “Taman Penghayatan Haji” ini telah digunakan oleh warga pendidik Sekolah
Berasrama Penuh Integrasi, Kedah.
➢ Manakala, “Taman Penghayatan Haji” ini juga telah digunakan oleh semua pelajar tingkatan empat
sewaktu program eksplorasi Haji dijalankan.
➢ Program “Taman Penghayatan Haji” juga telah digunakan oleh guru-guru dan staf-staf sekolah sewaktu
kursus pelaksanaan Haji di peringkat sekolah.
➢ Program “Taman Penghayatan Haji” amat memberi manfaat kepada warga sekolah kerana dapat
memberi impak yang positif bagi warga SBPI, Kedah sebelum menunaikan Haji di Mekah.
Penutup
i. Kebanyakan faedah yang diperolehi hasil dari kemahiran personal dan interpersenol
sehingga terbinanya “Taman Penghayatan Haji” ini telah memberikan semangat yang jitu
serta minat yang mendalam untuk belajar, membaca dan mencuba kaedah pengajaran
baru dengan leboh profesional.
ii. Pembinaan “Taman Penghayatan Haji” dapat menjadikan pengajaran guru lebih
“sofistikated” bahkan ia juga dapat menarik minat pelajar di dalam pembelajaran dan
pengajaran.
iii. Melalui kaedah serta teknik mengajar seperti ini, akan dapat melahirkan pelajar yang
berilmu pengetahuan serta berkebolehan dalam menyatakan idea dan fikiran dengan
jelas, objektif dan rasional dalam pembelajaran.
iv. Malah, dengan keberkesanan program seperti ini, akan menghasilkan pencapaian pelajar
yang selaras dengan falsafah dan matlamat Pendidikan Negara serta misi dan visi Sekolah
Berasrama Penuh Integrasi, Kedah.