The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rajafahanis, 2022-11-30 11:42:09

MISTERI KAMPUNG NENEK

MISTERI KAMPUNG NENEK

JANGAN BERSUARA,
UNTUK TIDAK MENGUNDANG LARA

MISTERI
KAMPUNG NENEK

DITULIS OLEH
RAJA NUR FAHANIS BINTI RAJA ISKANDAR

273514

cuti

Di pagi hari yang indah, terdapat satu keluarga yang
sedang bergelak tawa dihalaman rumah. Sang anak
sangat gembira kerana ceritanya didengari oleh sang
ayah dan sang ibu hanya tersenyum mendengar celoteh
sang anak yang berusia lapan tahun itu.
Tiba-tiba sang anak bertanya kepada sang ayah.
“Ayah, Hani dah mula cuti sekolah, keluarga kita tak nak
pergi bercuti ke?”
Hani seorang kanak-kanak perempuan yang berani
dalam meneroka sesuatu dan tidak cepat berputus asa.

Encik Iskandar mula berfikir memandangkan dia bekerja
sebagai pegawai polis, susah baginya untuk mengambil
cuti. Encik Iskandar seorang bapa yang lemah lembut
dan tidak sanggup melihat anaknya bersedih.

“Nanti ayah fikirkan ya.” Jawab Encik Iskandar sambil
memandang ke arah isterinya Puan Yusni.

Puan Yusni seorang ibu yang sangat tegas dalam
mendidik Hani dan merupakan suri rumah tangga
sepenuhnya setelah berhenti kerja sebagai pegawai
polis selepas melahirkan.

Pada waktu petang, sewaktu Hani menonton televisyen,
Encik Iskandar memanggil anak perempuannya itu.

“Hani,”

“Ya ayah.”

“Anak ayah buat apa tu?”

“Tengok cerita kartun.” Jawab Hani sambil tersenyum.

Seketika Puan Yusni keluar dari ruangan dapur sambil
menatang dulang berisi dua cawan kopi dan satu gelas
air milo bersama beberapa kuih-muih.

yeayy

Tidak lama kemudian Encik Iskandar bersuara,
“Hani dah mula cuti sekolah, apa kata kita bercuti di
kampung ayah?”
Encik Iskandar berfikir inilah masa yang terbaik untuknya
dan keluarga menziarahi kampung ibunya Nek Mah dek
kerana kesibukan kerja yang dihadapi.
Hani sangat gembira dengan apa yang diberitahu oleh
Encik Iskandar dan segera memeluk ayahnya.

Pada malam itu, Hani bersemangat membantu ibunya
mengemas barangan yang ingin dibawa ke rumah
nenek.

“Ibu,” panggil Hani.

“Ya sayang.” Jawab Puan Yusni.

“Tak sabarnya nak balik kampung esok, mesti cantik kan
rumah nenek?”

Puan Yusni mengangguk sambil tersenyum, tak
dinafikan rumah mak mertuanya sangat cantik dan damai
saat pertama kali dia berkunjung ke sana.

“Kalau macam tu Hani kena masuk tidur awal, lepas
solat subuh esok kita terus bertolak ya.”

“Baik ibu.” Hani bersalaman dan mencium pipi ibunya
sebelum masuk ke biliknya.

Selepas siap mengemas barangan yang ingin dibawa
esok, Puan Yusni masuk ke bilik dan melihat suaminya
membaca surat khabar lalu menyapa.

“Bukan main senang lagi Hani tu bang dapat balik rumah
mak, tak pernah-pernah saya tengok dia macam tu.”

“Abang pun perasan, tak apa lah sekali sekala lagipun
kita pun dah lama tak jenguk mak.” Jawab Encik
Iskandar.

“Jom lah, kita pun kena tidur awal.”

Puan Yusni hanya mengangguk mengiyakan ucapan
suaminya.

Pada keesokan paginya, selesai solat subuh, Hani
membantu ibunya memasukkan bekas makanan ke
dalam beg untuk perjalanan nanti dan membantu
ayahnya memasukkan beg ke dalam but kereta.

“Dah tak ada barang tertinggal?” Tanya Encik Iskandar.

Dengan bersemangat Hani menjawab, “tak ada ayah,
jom kita bertolak.”

Encik Iskandar dan Puan Yusni tergelak melihat keletah
anak perempuannya itu. Dengan bacaan bismillah, Encik
Iskandar memulai perjalanan walaupun matahari belum
memunculkan diri.

Setelah beberapa jam perjalanan, tibalah Hani dan
keluarga di kampung neneknya, tak lekang matanya
melihat ke luar cermin kereta akan keindahan kampung
neneknya itu.

“Cantiknya!” Hani terpegun melihat halaman rumah
nenek yang menghijau dihiasi pelbagai pokok bunga.

Tidak lama kemudian, “cucu nenek dah sampai.”
Dengan gembira Nek Mah menyambut cucu serta anak
lelaki dan menantunya.

“Mari naik cu, nenek ada buat kek kegemaran Hani.”
Bersinar mata Hani mendengar apa yang dikatakan oleh
nenek.

“Iskandar! Yusni! Mari masuk.” Laung nenek dari dalam
rumah.

“Baik mak.” Jawab Encik Iskandar sambil mengeluarkan
beg dari but kereta dibantu oleh isterinya.

Setelah beberapa hari di kampung, Hani mengajak ayah,
ibu dan neneknya berkelah di air terjun yang terletak
tidak jauh dari rumah nenek.

“Ayah,” panggil Hani.

“Ya.” Jawab Encik Iskandar.

“Nenek cakap ada air terjun, jom kita berkelah kat sana
nak?”

“Petang nanti nak?” Ajak Encik Iskandar tidak mahu
menghampakan anaknya.

Hani bersorak riang dengan ajakan ayahnya.

Keesokan harinya, Encik Iskandar mendapat
perkhabaran dari pihak atasan mengatakan beliau perlu
pulang ke bandar atas urusan kerja. Disebabkan cuti
sekolah masih ada, Hani dan Puan Yusni akan tetap
berada dikampung dan menunggu Encik Iskandar
menyelesaikan tugasannya dan menjemput mereka
semula.

Semasa ketiadaan Encik Iskandar, Hani dan Puan Yusni
menyedari akan hal-hal pelik yang berlaku dikampung
nenek iaitu Kampung Anggrek. Ianya bermula pada
malam bulan mengambang.

“Yusni,” panggil nenek pada malam itu.

“Ya mak.” Jawab Puan Yusni.

“Lepas jam sepuluh malam jangan bersuara, pesan
dekat Hani juga!”

“Kenapa mak?” Tanya Puan Yusni.

“Tak ada apa-apa, yang penting jangan buat suara
sampai subuh esok kalau tak nak hal buruk berlaku.”
Jawab Nek Mah lagi.

Puan Yusni berasa pelik dengan sikap mak mertuanya
itu tetapi tetap mengikuti apa yang dipesan mak
mertuanya.

Kebetulan Hani keluar dari tandas mendengar perbualan
tersebut.

Hani bertanya lagi kepada ibunya, “ibu, kenapa kita tak
boleh bersuara?”

“Ibu pun tak tahu, jomlah kita tidur, jam pun dah nak
pukul sepuluh.” Jawab Puan Yusni dalam kehairanan.
Hani hanya menurut.

Semasa nenek dan ibu menyediakan sarapan pagi, Hani
mendengar salam diberi, “Assalamualaikum!”

“Waalaikummussalam, kamu Udin, Ada apa?” Tanya nenek
kepada Udin yang kelelahan mengayuh basikal.

“Pak Mail meninggal.”

“Innalillahiwainnailaihirojiun.”

“Bila?” Tanya nenek.

“Malam tadi nek.”

“Baiklah nanti nenek pergi ziarah.”

Angguk Udin sebelum berlalu pergi.

“Kamu nak ikut?” Tanya nenek kepada ibu.

“Nak mak.” Jawab ibu pantas.

“Kalau macam tu pergi bersiap, mak masuk bersiap dulu.”
Ibu hanya mengangguk.

“Hani jom kita pergi ziarah kawan nenek.” Ajak Puan Yusni.
Hani yang mengerti apa yang berlaku hanya menurut.

Sewaktu menziarahi rumah Pak Mail, Hani dan ibunya
saling berpandangan kerana terdapat banyak bunga
anggrek biru di kawasan rumah tersebut. Puan Yusni
berfikir mungkin itu kebetulan dan membiarkan sahaja.

Keesokan harinya pula, Kampung Anggrek menerima
perkhabaran kematian lagi. Hani dan Puan Yusni turut
mengikuti nenek menziarahi rumah tersebut, seperti
yang diduga, banyak bunga anggrek menghiasi halaman
rumah.

Selepas pulang dari menziarah, Puan Yusni perasan
anaknya itu hanya diam sahaja, dia bertanya kepada
anaknya.

“Hani kenapa?”

“Ibu, tadi masa Hani keluar tandas Hani dengar nenek
bercakap dengan seseorang.” Cerita Hani kepada
ibunya sewaktu dia meminta diri untuk ke tandas.

“Hani dengar nenek cakap ‘aku dah cakap jangan
langgar pantang larang, kan dah kena’” ujar Hani lagi.

Setelah lama berfikir, dengan sifat ingin tahu, mereka
berdua merancang untuk menyiasat apa yang berlaku.

Malam tiba, seperti biasa nenek melarang kami
mengeluarkan sebarang suara, dengan pantang larang
tersebut ia menyenangkan lagi rancangan Hani dan
ibunya untuk menggali apa yang disembunyikan.

Maka keluarlah Hani dan ibunya tanpa pengetahuan
nenek menyusuri jalan kampung, sungguh terpegun saat
itu kerana tidak mendengar satu suara bahkan serangga
turut berdiam. Hani dan ibunya terus melangkah
sehingga sampai satu lorong kecil, kedengaran sayup
suara sedang membaca mantera.

Mereka terkejut apabila melihat sesuatu yang sangat
besar tanpa memperlihatkan wajahnya dan nenek turut
berada di situ. Lagi mengejutkan apabila nenek tiba-tiba
berubah menjadi sesuatu sosok yang sangat hodoh.

Maka pada malam itu, terjawablah persoalan Hani dan
ibunya terhadap apa yang terjadi di Kampung Anggrek
iaitu, kampung yang mempercayai syaitan sebagai
penjaga mereka.

Tanpa membuang masa, Hani mengajak ibunya pulang
kerana dia berasa tidak senang hati memikirkan
neneknya. Jika ‘neneknya’ berada disini, kemana
neneknya yang sebenar?

Saat tiba dirumah, Hani berkongsi apa yang dirasakan
kepada ibunya.

“Ibu, Hani rasa tak sedap hati.”

“Selalu ingat Allah sayang.” Jawab Puan Yusni sambil
mengusap kepala Hani.

Seusai azan subuh berkumandang, mereka berdua solat
subuh berjemaah. Dengan segera Puan Yusni menelefon
suaminya untuk segera kembali ke kampung.

Selepas beberapa jam, Encik Iskandar tiba di kampung
dengan wajah kerisauan. Puan Yusni menceritakan
semua yang berlaku kepada suaminya berkaitan
kepercayaan kampung tersebut dan ‘nenek’ yang dilihat
berubah menjadi jelmaan.

Dengan segera Encik Iskandar memanggil ustaz yang
berpengalaman terhadap perkara ini dan meminta
bantuan dari pihak polis untuk menyiasat keberadaan
maknya.

Selesai ustaz melaungkan azan dengan serta merta
mereka mencium bau yang busuk datang dari bawah
rumah, dengan cepat Hani mencari bau itu diikuti yang
lain, Hani pasti bau yang busuk itu datang dari sebuah
kotak yang memuatkan seorang manusia yang
diperbuat daripada kayu.

Semua yang menyaksikan perkara itu sangat terkejut
dengan apa yang tersaji di depan mata mereka bahawa
bau yang datang itu dari mayat nenek yang telah lama
ditinggalkan.

Pihak polis segera menjalankan tugas mereka dengan
menyiasat apa yang terjadi dan tidak menyangka
bahawa penduduk kampung terlibat dan mengetahui
akan perkara yang terjadi.

Mereka tidak berpuas hati terhadap Nek Mah yang
melarang mereka untuk mempercayai syaitan kerana
perbuatan itu adalah syirik dan salah dalam Islam.

Penduduk kampung akhirnya membiarkan nyawa Nek
Mah diganti dengan kesejahteraan Kampung Anggrek
asalkan syaitan menjadi penjaga mereka.

Secara tidak langsung, ustaz menemukan tempat
memuja penduduk kampung dan terus memusnahkan
tempat tersebut sekaligus membuka fikiran penduduk
kampung akan perkara yang dilakukan mereka adalah
sangat salah.

Untuk tidak memanjangkan isu ini, Encik Iskandar
memaafkan semua penduduk kampung dan segera
mengurus mayat nenek dengan cara yang betul.

Setelah semuanya selesai, Encik Iskandar dan keluarga
kembali pulang ke bandar dengan perasaan yang lega
kerana kejadian yang berlaku di Kampung Anggrek
dapat diselesaikan dan mayat nenek dapat disemadikan
dengan tenang.

Hani mengingati apa yang dipesan oleh ayah dan
gurunya di sekolah untuk tidak mempercayai syaitan
sesungguhnya perkara itu akan membinasakan kita
suatu hari nanti.

JANGAN BERSUARA,
UNTUK TIDAK MENGUNDANG LARA

Mengisahkan tentang seorang kanak-kanak
perempuan yang mengajak keluarganya bercuti

ke kampung neneknya. dalam hati riang
mengenangkan percutiannya disana tanpa
mengira sesuatu yang aneh bakal berlaku



"Jika ‘neneknya’ berada disini, kemana neneknya

yang sebenar?"

DITULIS OLEH
RAJA NUR FAHANIS BINTI RAJA ISKANDAR

273514


Click to View FlipBook Version