The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurnajihaharyanto5322, 2022-06-07 18:53:39

BAB 3: WAHYU SEBAGAI SUMBER SAINS. TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

MPU23062 BAB 3 (2)

PENYELIA:
ENCIK ZAHARI BIN YUSOFF

MPU2062- SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

TAJUK BAB 3:
WAHYU SEBAGAI SUMBER SAINS. TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

NAMA NO. MATRIK
MOHAMAD DANISH HAKIMI BIN 13DKA21F1146

ROZALI 13DKA21F1156
MUHAMMAD AFI HAZWAN BIN
13DKA21F1062
RUZAKI
MUHAMMAD ADIB AASYRIF BIN 13DKA21F1119
13DKA21F1077
MAT NASIR
FATIN SYAHIRA BINTI MAHADI 13DKA21F1098
AISYAH SYAFIQAHUSNA BINTI

HASSAN
NUR NAJIHAH BINTI ARYANTO

BAB 3

WAHYU SEBAGAI SUMBER SAINS,
TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

Topik ini menjelaskan kedudukan sains serta fakta-fakta saintifik yang
terkandung dalam Al-Quran dan Al-Hadis

▪ Hasil pengajaran pembelajaran kursus :
▪ Menjelaskan pengertian wahyu
▪ Menjelaskan peranan wahyu
▪ Membincangkan wahyu sebagai sumber dalam bidang sains teknologi

dan kejuruteraan
▪ Menjelaskan fakta-fakta saintifik dalam Al-Quran
▪ Menjelaskan fakta-fakta saintifik dalam Al-Hadis

3.1 MEMAHAMI WAHYU SEBAGAI SUMBER SAINS,
TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

3.1.1 PENGERTIAN WAHYU MENURUT ISLAM

ASPEK BAHASA ASPEK KEILMUAN ISLAM

Wahyu adalah apa-apa yang Wahyu adalah apa-apa yang
diturunkan oleh Allah SWT kepada diturunkan kepada nabi dan rasul-
orang pilihan-Nya dan ia merupakan Nya, melalui perantaraan Malaikat
hidayah dan ilmu (yang diberi) Jibril dalam bentuk yang bertulis
secara rahsia dan tersembunyi atau yang tidak bertulis yang
bukan diperoleh melalui cara biasa. mengandungi syariat bagi mengurus
kehidupan manusia.
Wahyu juga membawa maksud
sesuatu yang ditulis atau Al-Maktub. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“ Sesungguhnya Kami telah memberikan
wahyu kepadamu (Wahai Muhammad
SAW) sebagaimana kami telah memberikan

wahyu kepada Nabi Nuh dan nabi-nabi yang
diutus kemudian daripadanya dan Kami
telah memberikan wahyu kepada Nabi
Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Ishak, Nabi
Yaakub, serta nabi-nabi keturunannya dan
Nabi Isa, Nabi Ayub, Nabi Yunus, Nabi
Harun, Nabi Sulaiman dan juga Kami telah
memberikan kepada Nabi Daud Kitab
Zabur” (Surah An –Nisa: ayat 163)

Firman Allah SWT lagi yang
bermaksud: “Dan tidaklah Kami
mengutus Rasul-Rasul sebelumu
(wahai Muhammad). Melainkan dari
kalangan orang-orang lelaki, yang
Kami wahyukan kepada mereka.
Oleh itu bertanyalah kamu (wahaia
golongan musyrik) kepada orang-
orang yang berpengetahuan agama
jika kamu tidak mengetahui” (Surah
An-Nahl: ayat 43)

3.1.2 PERANAN WAHYU MENURUT ISLAM

Al-Quran adalah kalam Allah SWT yang diturunkan kepada rasulNya, Nabi
Muhammad SAW kandungannya mengandungi beraneka mukjizat yang
mencabar dan tersirat bebrapa peranan tertentu. Antaranya:

BIL PERANAN HURAIAN

1. Pelengkap dan Peranan utama Al-Quran adalah sebagai pelengkap

Pembeza dan pembeza antara haq dan batil. Dalam konteks

antara Haq dan ilmu sains, historiografi sains Islam mengakui terdapat

Batil kaedah-kaedah sains dan fakta-fakta serat ilmu sains

yang terhasil dalam tamadun awal yang tidak

bertentangan dengan risalah Islam yang terkandung di

dalam Al-Quran. Bahkan kesemua itu adalah kaedah

dan ilmu sains Islam, atau lebih tepat lmu sains Islam

sebelum Al-Quran. Tertapi seperti juga risalah dan

kitab-kitab Islam yang terawal ternoda dan dicampur

adukkan dengan haq dan yang batil.

Firman Allah SWT:

Maksudnya:
Dan katakanlah:" Telah datang kebenaran (Islam), dan
hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik);
sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu
perkara yang tetap lenyap".

Ayat Al-Israa’ 17:81

Sifat Al-Quran sebagai pembeza haq dan yang batil
sepertimana Friman Allah SWT:

Maksudnya:
Sebelum (Al-Quran diturunkan), menjadi petunjuk bagi
umat manusia. Dan Ia juga yang menurunkan Al-
Furqaan (yang membezakan antara yang benar
dengan yang salah). Sesungguhnya orang-orang yang
kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah itu, bagi
mereka azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah),
Allah Maha Kuasa, lagi berhak membalas dengan azab
seksa (kepada golongan yang bersalah).

Ayat A-Ii’lmraan 3:4

2. Menjelaskan Wahyu Allah SWT diturunkan bagi menjelaskan
aqidah Islam maksud aqidah, peranannya dalam kehidupan factor-
faktor naik turunnya aqidah dan sesuatu yang boleh
merosakkan akidah. Firman Allah SWT yang
bermaksud:

Maksudnya:
Tidakkah mereka melihat dan memikirkan bagaimana
Allah mencipta makhluk-makhluk pada mulanya,
kemudian Ia akan mengembalikannya (hidup semula

sesudah matinya)? Sesungguhnya yang demikian itu
amatlah mudah bagi Allah SWT.

(Surah Al-Ankabut: 19)

3. Menerangkan Wahyu yang diturunkan oleh Allah SWT adalah sebagai
Syariat Islam menjelaskan hukum syariat dalam sesuatu kehidupan
manusia. Dismaping itu, wahyu juga merupakan
penjelas kepada syariat dan panduan dalam
pelaksanaan tersebut. Al-Quran diturunkan bagi
memastikan syariat difahami oleh manusia dari aspek
maksud dan pelaksanaannya.

i. Nikah

Maksudnya:
Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu
maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian
yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka
hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari
maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah)
pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat,
lagi baik kesudahannya.

(Surah An-Nisaa' 4:4)

ii. Harta pusaka

Maksudnya:

Dan bagi tiap-tiap (lelaki dan perempuan yang telah
mati), kami telah tetapkan orang-orang yang berhak
mewarisi peninggalannya iaitu ibu bapa dan kerabat
yang dekat. Dan mana-mana orang yang kamu telah
membuat ikatan setia dengan mereka (untuk bantu-
membantu dalam masa kecemasan dan kesusahan)
maka berikanlah kepada mereka bahagiannya.
Sesungguhnya Allah sentiasa Menyaksikan tiap-tiap
sesuatu.

(Surah An-Nisaa' 4:33)

4. Menghuraikan Wahyu Allah SWT menjelaskan berkenaan dengan
Akhlak Islam panduan akhlak sebagai seprang Muslim. Semua cara
kehidupan manusia juga terkandung dalam ayat Al-
Quran. Antara akhlak yang wajib dihayati ialah sikap
bertanggungjawab ataupun amanah. Lihatlah apa yang
berlaku pada hari ini apabila sains dan teknologi
terbabas daripada nilai-nilai amanah dan agama.
Sebagai contoh, bidang bioteknologi telah melahirkan
satu konsep baru yang dikenali sebagai kejuruteraan
genetic (genetic engineering). Teknologi ini mampu
memindahkan bahan genetik yang bernama DNA dari
satu spesies ke spesies yang lain.

Walau bagaimanapun untuk Berjaya, proses ini
memerlukan bantuan virus tertentu agar DNA
daripada spesies yang berbeza dapat mengenali antara
satu sama lain. Penggunaan kuman-kuman virus ini
akhirnya menyebabkan kelahiran pelbagai kuman
serta Penyakit baru yang mampu membunuh manusia.

Dalam bab berhias Allah SWT menggariskan panduan
kepada kita seperti dalam firmanNya:

Maksudnya:
Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang
indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat
ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan
makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu
melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan
orang-orang yang melampaui batas.

(Surah Al-A'raaf 7:31)

Akhlak terhadap ibubapa Allah SWT berfirman:

Maksudnya:
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada
kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya
dengan menanggung kelemahan demi kelemahan
(dari awal mengandung hingga akhir menyusunya),
dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa
dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah
kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan
(ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk
menerima balasan).

(Surah Luqman 31:14)

5. Menjadi Dalam Al-Quran juga menjelaskan panduan hidup

panduan hidup manusia dalam mengurus dan mentadbir dunia.

manusia dalam Urusan hidup manusia yang meliputi emosi, rohani,

mengurus aqli, jasadi dan nafsu hanya mampu diatur Mengikut

dunia acuan Allah SWT hanya melalui panduan Al-Quran dan

hadis. Sabda Rasulullah SAW dalam urusan muamalat

jual beli sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh

Hakim bin Hizam ra.:

Rasullullah SAW bersabda: penjual dan pembeli
memiliki hak pilih selama belum berpisah. Apabila
mereka jujur dan mau menerangkan (keadaan
barang), mereka akan mendapat berkah dalam jual
beli mereka. Dan jika mereka bohong dan menutupi
(cacat barang), akan dihapuskan keberkahan jual beli
mereka.

(Shahih Muslim No. 2825)

6. Menegakkan Dalam ayat Al-Quran juga menerangkan mengenai
keadilan keadilan yang perlu dilaksanakan dalam kehidupan.
Keadilan ini snagat dituntut dalam Islam untuk
melahirkan umat yang berakhlak.

Firman Allah SWT:

Maksudnya:
Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan
berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada
kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan
perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta
kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan
laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan
mematuhiNya.

(Surah Al-Nahl 16:90)

Firman Allah SWT:

Maksudnya:

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu
semua sentiasa menjadi orang-orang yang
menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan
kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu
terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada
tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku
adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih
hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah,
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan
mendalam akan apa yang kamu lakukan.

(Surah Al-Maaidah 5:8)

3.2 FAKTA-FAKTA SAINTIFIK DALAM AL-QURAN DAN
AL-HADIS

3.2.1 FAKTA-FAKTA SAIINTIFIK DALAM AL-QURAN

Satu kenyataan membuktikan bahawa sejumlah kebenaran saintifik yang
hanya mampu disingkap melalui kemajuan teknologi di abad ke 20 ini

sebenarnya telahpun diungkap di dalam Al-Quran semenjak 1400 tahun
dahulu.

Sudah tentu Al-Quran bukanlah sebuah kitab sains. Namun begitu
banyyak fakta-fakta saintifik yang dinyatakan secarajelas dan dengan
cara yang amat mendasar dalam surahnya hanya mampu disingkap
melalui kecanggihan teknologi pada abad ke 20. Semua fakta ini tidak

diketahui ketika masa penurunan wahyu dan ini juga adalah bukti
bahawa Al-Quran adalah kalam Allah SWT. Untuk memahami keajaiban
saintifik Al-Quran, pertamanya kita akan melihat tahap kemajuan sains

ketika mana kitab suci ini diturunkan.

Pada abad ke 7, ketika Al-Quran diwahyukan. Masyarakat arab telah pun memiliki
kepercayaan khurafat dan yang tidak berasas yang berkaitan dengan isu-isu
saintifik. Kedaifan peralatan teknologi untuk menyelidiki alam semesta dan bumi
menyebabkan masyarakat ini mempercayai kepada lagenda-lagenda yang
diwariskan dari generasi ke generasi, mereka mendakwa sebagai contoh bahawa
gunung-ganang menongkat langit. Mereka percaya bahawa bumi adalah datar
dan bahawa di sana terdapat gunung-gunung yang tinggi terletak di setiap
penghujungnya. Mereka menyangkakan bahawa gunung-gunung ini adalah tiang
yang menyebabkan kubah langit di atas.

Namu begitu, semua kepercayaan khurafat masyarakat arab ini ditolak oleh
Al-Quran. Dalam surah Ar-Ra’d ayat ke 2 dinyatakan: “Tuhanlah Dia yang

meninggikan langit-langit-tanpa tiang’’. Ayat ini telah membatalkan
kepercayaan bahawa langit yang berada di atas kerana sokongan gunung-

ganang. Dalam banyak subjek lain, fakta-fakta penting telah dinyatakan
ketika mana tiada seorang pun yang dapat mengetahuinya.

Al-Quran diturunkan ketika umat manusia hanya mengetahui sedikit
mengenai astronomi, fizik atau biologi yang mengandungi fakta mengenai

pelbagai subjek seperti penciptaan alam semesta, manusia, struktur
atmosfera dan keseimbangan yang membenarkan kehidupan di atas

muka bumi.

Kitab suci Al-Quran bukan sahaja membicarakan tentang aqidah, syariah
dan akhlak tetapi juga tentang alam tabi’i yang menjadi pokok perbincangan

sains dan falsafah. Al-Quran tidak menghalang manusia berfikir dan
berfalsafah. Bahkan Al-Quran menggalakkan berteori dan membuat kajian
hakikat sesuatu. Dengan ini manusia akan mengambil pengiktibaran tentang
hakikat sesuatu, memerhati dan melihat alam untuk mengenal penciptaNya.

MENJELASKAN FAKTA-FAKTA TENTANG ALAM TABI’I

3.3 FAKTA - FAKTA SAINTIFIK DALAM ALQURAN

PENDAHULUAN

✓ Al-Quran adalah mukjizat kekal sebagai bukti kebenaran
✓mbAauhl-kaQjwiuzaraatMnaula-hdQaaumlaramhnamadkuiakanjliazthaettRakpaeskduailrluaslselaabihaoSgleaAhi Wbsue.klPutierunkhegbemkeaannlaaurnasina

hbinaghgaawkaeMakuhhiarmzammaadni.aIlnaihbRearsbuelzualldaehnSgAaWn m. Pueknjigzeaktasleaknetika
ymanugkjhizaantyaal-dQiruarsaani oalkeahnutmetaatpsedbirealsuami oklietha,sbealuhrkuahn mmaunkujisziaat
yhainngggdairkaesaaikohleirhzsaamhaabna. tInniabbei,rbseelzaaindaeln-gQaunramnu. kjizat
seketika yang hanya dirasai oleh umat sebelum kita,
bahkan mukjizat yang dirasai oleh sahabat nabi, selain al-
Quran.

✓ Sebagai contoh, Nabi Nuh AS dengan mukjizat taufan dan
air banjir yang hanya berlaku untuk dirasai umatnya saja.
Nabi Saleh AS dengan mukjizat unta hanya berlaku untuk
dirasai umatnya saja. Nabi Musa AS dengan mukjizat
membelah air laut dan hanya berlaku untuk dirasai
umatnya saja. Nabi Isa AS dengan mukjizat boleh
menghidupkan yang mati atas izin Allah dan hanya berlaku
untuk dirasai umatnya saja.

✓ Sejak awal manusia, kita telah berusaha untuk memahami
sifat dan tempat kita di dalamnya. Dalam usaha ini untuk
tujuan hidup, ramai orang telah beralih kepada agama.
Kebanyakan agama adalah berdasarkan kepada kitab-kitab
yang didakwa oleh pengikut mereka diberikan oleh Tuhan
tanpa apa-apa bukti.

1.0 PENEMUAN LAPISAN ATMOSFERA DAN
OZON

Lapisan atmosfera dan ozon adalah satu lapisan yang
melingkungi bumi yang peranannya sangat penting
bagi kehihidupan di bumi. Dangan adanya lapisan ini,
ia dapat menghancurkan sejumlah meteor, besar
ataupun kecil ketika mereka mendekati bumi,
atmosfera mencegah mereka jatuh terus ke bumi yang
akan membahayakan makhluk di bumi.

Atmosfera juga berfungsi untuk menyaring sinar-sinar
dari ruang angkasa yang membahayakan
kehidupan.yang mnakjubkan, atmosfera ini hanya
membiarkan agar ditembusi oleh sianr-sinar tidak
merbahaya dan berguna, - seperti cahaya tampak, sinar
ultraviolet tepi, dan gelombang radio. Semua radiasi ini
sangat diperlukan bagi kehidupan.

Seterusnya Allah SWT ada berfirman yang maksudnya :“dan
demi sesungguhnya! Kami telah menjadikan di langit:,

bintang-bintang (yang berbagai bentuk dan keadaan) serta
kami hiasi langit itubagi orang-orang yang melihatnya”
(surah Al-Hijr : 16)

Menarik deperhatikan bahawa penciptaan langit oleh Allah
SWT dengan cara maha berhikmah dan bertertib semuanya

itu untuk kebaikan dan faedah makhlukNya di bumi.
Contohnya Ozon, Ozon (O3) merupakan sebatian yang
terdiri daripada tiga atom oksigen setiap molekul. Ozon
dijumpai oleh Chritian Friedrich Schonbein pada tahun 1840.
Sekiranya lapisan ozon tiada, banyak kehidupan di bumi

akan pupus termasuk manusia.

2.0 PENGEMBAGAN ALAM SEMESTA

Alam semesta ini mempunyai suatu pemulaan dan sentiasa
mengembang atau mengalami perluasan secara teus
menerus. Seorang ahli fizik Rusia, Alexander Friedmann,
dan ahli kosmologi Belgia, George Lemaitre, secara teori
menghitung dan menemukan bahawa alam semesta
senantiasa bergerak dan mengembang.

Fakta ini dibuktikan juga dengan menggunakan data
pengamatan pada tahun 1929 oleh Edwin Hubble, seorang
astronomi Amerika, menemukan bahawa bintang-bintang
dan galaksi terus bergerak saling menjauhi. Ini bermakna
apabila bintang-bintang serta planet-planet saling menjauhi,
tarikan gravity antara satu sama lainakan lemah. Keadaan
ini menyebabkan pelanggaran antara satu sama lain.

Firman Allah SWT di dalam Al-Quran yang maksudnya
:“dan langit itu Kami bangunkan dengan kekuasaan (Kami)
dan sesungguhnya kami benar-benar meluaskannya.” (surah

Adz-Dzariat : 47).

Kata “langit”, sebagaimana dinyatakan dalam ayat ini,
digunakan di banyak tempat dalam Al-quran boleh

dimaksudkan sebagai angkasa atau alam semesta. Dengan
kata lain, Al-Quran menyatakan bahawa alam semesta
“mengalami perluasan atau mengembang”

3.0 LAUTAN GELAP DAN OMBAK
BERTINDAN TINDAN

Al-Quran menggunakan gambaran untuk menyampaikan makna
yang mendalam, di sini ia menerangkan keadaan orang-orang
kafir sebagai:

"Atau seperti gelap gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh
ombak, yang di atasnya ombak (pula), di atasnya (lagi) awan;
gelap gelita yang tindih-bertindih, apabila dia mengeluarkan

tangannya tiadalah dia dapat melihatnya, (dan) barangsiapa yang
tiada diberi cahaya (petunjuk) oleh Allah tiadalah dia mempunyai

cahaya sedikit pun." (Surah an-Nuur: ayat 40)

4.0 RESEPTOR KESAKITAN PADA KULIT

Untuk masa yang lama manusia telah menganggap bahawa rasa
perasaan dan sakit adalah bergantung kepada otak. Walau
bagaimanapun kajian telah mendapati bahawa terdapat reseptor
sakit hadir dalam kulit.Tanpa reseptor sakit, seseorang tidak
akan dapat merasa sakit.

Pertimbangkan ayat berikut mengenai kesakitan:

"Sesungguhnya orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami, kelak
akan Kami masukkan mereka ke dalam neraka. Setiap kali kulit
mereka hangus, Kami ganti kulit mereka dengan kulit yang
lain, supaya mereka merasakan azab. Sesungguhnya Allah
Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (Surah an-Nisaa' : ayat
56)

Asal usul alam semesta diterangkan dalam Al-Quran dalam
ayat berikut, “Dia adalah Maha Pencipta langit dan bumi”.
(surah al-An’aam :101)

Maklumat yang dinyatakan dalam Al-Qur'an ini adalah satu
fakta yang sangat tepat dan selari dengan penemuan sains
kontemporari. Kesimpulan yang dicapai dalam bidang
astrofizik hari ini ialah bahawa alam semesta, bersama-sama
dengan dimensi benda dan masa, telah terhasil melalui satu
letupan yang besar yang terjadi ketika masa-sifar.

Fenomena ini yang dikenali sebagai Big Bang membuktikan
bahawa alam semesta telah diciptakan dari ketiadaan sebagai
satu produk, dari satu letupan titik tunggal. Golongan saintifik
mToTd[Gernabpyeourrcraeyadaerb’saahttaenwtiaonBwiitgh aBgarenagt qauodtaelfarohmsthaetudo-csuamtuenntyoar use this space to
peemnpehraasnizegaakneyppaoliinnt.gTorpalsacieotnhaisltedxat bnoxfaankytwahyeraenogn thdeappaaget,djuisbt udrkagtiikt.]an
mengenai permulaan dan asal kewujudan alam semesta.
Sebelum fenomena Big Bang terjadi, tidak terdapat sebarang
benda yang wujud.

Dalam keadaan tanpa sebarang kewujudan kebendaan, tenaga
atau masa, dan yang mana hanya dapat diterangkan secara
metafizik, semuanya ini sebenarnya telah diciptakan. Fakta ini,
yang baru diketahui melalui kajian dalam bidang fizik moden,
telah dinyatakan dalam Al-Qur'an 1400 tahun lalu.

KESIMPULAN

Ini hanya beberapa dari banyak lagi fakta saintifik yang
terdapat dalam al-Quran. Adalah penting untuk diambil
perhatian bahawa Al-Quran bukan kitab sains, tetapi ia
adalah konsisten dengan sains.

Untuk mendakwa bahawa fakta-fakta saintifik dalam Al-
Quran adalah disebabkan oleh kebetulan akan menjadi
tidak rasional. Penjelasan terbaik adalah bahawa Allah
mendedahkan pengetahuan ini kepada Nabi Muhammad
S.A.W.Sama seperti Al-Quran mengandungi pengetahuan
tentang dunia semula jadi, ia juga mengandungi maklumat
mengenai dimensi dalaman jiwa kita.


Click to View FlipBook Version