cinta pertama cinta pertama N O RI Z A N N U R N A B IL A N U R A TIK A H N O O R F A Z W A N I N U R A I S Y A
© Ebook ini ialah Hak Cipta Terpelihara dan merupakan karya asli pelajar iaitu Norizan Zafri, Nurnabila Yaacob, Atikah Salleh, Fazwani Rashid dan Nuraisya Che Rosli. Hak cipta tidak membenarkan mengeluar ulang atau mengedar manamana bahagian daripada penerbitan ini untuk diterbitkan semula dalam apa-apa jua bentuk dan apa-apa cara sama ada secara elektronik, fotokopi, rakaman, mekanik dan lainnya sebelum mendapat keizinan bertulis daripada penulis. Penulis juga tidak menjamin bahawa kandungannya sesuai untuk semua pembaca tetapi semua kandungan ini adalah melalui pengalaman, kefahaman dan kepakaran penulis sendiri. P E N A F I A N D A N H A K C I P T A
Segala puji bagi Allah SWT atas kurniaNya, selawat salam kepada junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga serta sahabat baginda. Kami bersyukur kerana diberi peluang menghasilkan buku ini. Adalah menjadi harapan kami agar buku ini dapat menjadi panduan kepada sesiapa sahaja bagi mendapatkan penjelasan serta penerangan tentang analisis leksikal yang terdapat dalam sesebuah peribahasa. P R A K A T A
penulis IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN BAHASA MELAYU NORIZAN BINTI ZAFRI NIK NURNABILA RASYIQAH BINTI YAACOB IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN KESUSASTERAAN MELAYU NUR ATIKAH BINTI MOHAMED SALLEH IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN BAHASA MELAYU NOOR FAZWANI BINTI ABDUL RASHID NURAISYA HUMAIRA BINTI CHE ROSLI IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN BAHASA MELAYU D20201093228 D20201093130 D20201093358 D20201093277 D20201093284 IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
ISI KANDUNGAN PE N G E N ALA N O BJEKT I F KAJIA N BAB 1: PERIBAHASA BAB 2 : MAK N A KAMUS BAB 3 : MAK N A IMPL I S I T BAB 4 : LAT IHA N PE N UTUP RUJUKA N 0 1 0 5 0 6 0 9 2 0 2 8 3 2 3 3 MUKA SURAT
PENGENALAN -1-
Orang Melayu sangat terkenal dengan budaya berbahasa dan mempunyai sikap yang sopan dalam perhubungan sesama masyarakat. Budaya yang baik ini bukan sahaja ditunjukkan melalui sikap perilaku seharian malahan dalam komunikasi juga. Orang Melayu menggunakan bahasa yang lembut dan bertapis untuk menegur, memberi nasihat serta menyindir orang lain. Penggunaan bahasa berkias dan bertapis ini bertujuan untuk mengelakkan orang lain sakit hati dan terluka dengan cara kita menegur atau menyindir. Cara berbahasa yang dimaksudkan adalah dengan menggunakan peribahasa. Salah satu cabang isu yang dirangkumi oleh peribahasa ini adalah tentang peranan ibu bapa dalam mendidik anakanak. Istimewanya buku ini, akan kongsikan beberapa peribahasa yang menyentuh tentang tema kekeluargaan. Seperti mana kita ketahui, keluarga merujuk kepada dua atau lebih individu yang hidup dalam sebuah rumah tangga kerana adanya hubungan darah, perkahwinan. Mereka saling berinteraksi satu dengan yang lain, mempunyai peranan masing-masing dan menciptakan serta mempertahankan suatu budaya (Bailon & Maglaya, 1978). PENGENALAN -2-
Definisi Peribahasa Merujuk Kamus Dewan (2015) peribahasa bermaksud ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu. Dengan hal yang demikian, peribahasa merangkumi pepatah, kiasan, tamsil dan ibarat, bidalan, perbilangan, simpulan bahasa dan perumpamaan. Menurut Za ’ba dalam Seri Lanang Jaya Johari dan Dahlia Janan (2013), peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, indah didengar dan bijak perkataannya. Berdasarkan pernyataan tersebut, peribahasa merujuk kepada ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan tetap dan mengandungi pengertian tertentu. Menurut Koh Boh Boon (1992) dalam kajian Noraini dan Maschitah, bahasa Melayu amat kaya dengan peribahasa yang dapat disifatkan sebagai ‘ mutiara ’ bahasa Melayu. Peribahasa mencerminkan kebudayaan dan gambaran minda Melayu sejak dahulu. Oleh itu, salah satu cara yang baik untuk memahami falsafah hidup dan pemikiran Melayu adalah dengan meneliti dan menghayati peribahasa Melayu. -3-
FUNGSI PERIBAHASA Sebagai panduan atau pengajaran dalam melakukan sesuatu tindakan Menggambarkan nilai dan sikap anggota masyarakat Membentuk jati diri sesebuah masyarakat Menyatakan pendirian yang tegas Menyindir dengan cara yang sopan Mewujudkan keseronokan dalam pergaulan -4-
OBJEKTIF KAJIAN Se c a r a khususny a ka ji an ini dij a l ankan untuk memenuhi obj ektif-obj ektif ka ji an s epe rti be rikut: 1 . Meng ena l pa sti pe ribaha s a be rt emakan keke lua r g a an. 2 . Mengka ji makna kamus da l am pe ribaha s a keke lua r g a an 3 .Mengka ji makna implisit da l am pe ribaha s a keke lua r g a an. -5-
-6- BAB
PERIBAHASA KEKELUARGAAN Bagaimana acuan, begitulah kuihnya Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga Melentur buluh biarlah dari rebungnya -7-
PERIBAHASA KEKELUARGAAN Air yang dicincang tidak akan putus Seperti ayam patuk anaknya -8-
MAKNA DARIPADA KAMUS MAKNA DARIPADA KAMUS -9- BAB
PERKATAAN MAKSUD bagaimana kata tanya (menanyakan hal) acuan bekas yang mempunyai bentuk tertentu untuk dituangkan sesuatu bahan cecair begitu bagai itu kuih juadah Bagaimana acuan, begitulah kuihnya -10-
PERKATAAN MAKSUD carik cabik bulu rambut halus pada tubuh manusia dan binatang ayam beberapa jenis binatang (yang bentuk tubuhnya seakan-akan burung tetapi tidak pandai terbang) yang biasanya dipelihara Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga -11-
PERKATAAN MAKSUD lama-lama panjang masanya (membuat sesuatu dll) bercantum bertaut semula juga sama halnya dengan yang lain atau dengan yang disebut sebelumnya Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga -12-
PERKATAAN MAKSUD melentur membengkok atau melengkung buluh bertaut semula biarlah tidak mengapa Melentur buluh biarlah dari rebungnya -13-
PERKATAAN MAKSUD dari sendi kata yang menerangkan atau menyatakan tempat mula bergerak rebungnya anak buluh (yang akan menjadi batang) Melentur buluh biarlah dari rebungnya -14-
PERKATAAN MAKSUD air cecair yang terbentuk daripada dua bahagian hidrogen dan satu bahagian oksigen (dalam keadaan yang murni tidak mempunyai warna, bau atau rasa) Air yang dicincang tidak akan putus -15-
PERKATAAN MAKSUD yang kata penghubung untuk menyatakan bahawa kata keterangan berikutnya dipentingkan atau menunjukkan kelainan dicincang cencang tidak bukan Air yang dicincang tidak akan putus -16-
PERKATAAN MAKSUD akan hendak putus tidak bersambung lagi Air yang dicincang tidak akan putus -17-
PERKATAAN MAKSUD seperti sama (serupa) dengan ayam beberapa jenis binatang (yang bentuk tubuhnya seakan-akan burung tetapi tidak pandai terbang) yang biasanya dipelihara Seperti ayam patuk anaknya -18-
PERKATAAN MAKSUD patuk mematuk anak baka yang diturunkan oleh ibu dan bapa Seperti ayam patuk anaknya -19-
MAKNA IMPLISIT DALAM PERIBAHASA -20- BAB
Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2015), implisit merujuk sesuatu yang tersirat, dinyatakan tidak langsung dan tidak secara terang-terangan. Implisit juga merupakan makna yang disampaikan oleh penutur dan mampu ditanggapi pendengar (Tesaurus Linguistik Bahasa Melayu, 1995). Alo Liliweri (2002) menyatakan bahawa makna tersebut bergantung kepada situasi yang melibatkan konteks sosial, iaitu makna tersirat yang dapat ditafsir dengan melihat situasi atau konteks ketika itu. Oleh itu, pendengar perlu memiliki pengetahuan, pengalaman dan pemahaman kepada konteks yang berlaku bagi menggarap sesuatu makna implisit (Fatin Rabiha dan Zaitul Azma, 2017). Ujaran yang mempunyai makna implisit ini perlu diinterpretasikan secara teliti agar dapat memberikan kefahaman yang jelas kepada pendengar dan komunikasi yang berlangsung akan lebih berkesan. Menurut Aminudin dan Zaitul Azma (2019) dalam kajian “Ujaran Saling Memahami dalam Filem Nordin Ahmad” , sekiranya ujaran tersebut tidak difahami pendengar, salah faham dan ketidakfahaman boleh berlaku. Hal ini menyumbang kepada komunikasi menjadi tergendala dan secara tidak langsung menggagalkan komunikasi yang sedang berlaku. Bahasa kiasan seperti peribahasa, perumpamaan, simpulan bahasa memang menjadi sebahagian daripada cara masyarakat Melayu lama berkomunikasi. Cara penyampaian yang tersirat tetapi sarat dengan falsafah meskipun melibatkan kos pemprosesan maklumat yang tinggi ternyata masih dapat difahami oleh pendengar. Contohnya penggunaan simpulan bahasa dan peribahasa dalam sulaman komunikasi memerlukan kognitif aras tinggi untuk kita memahaminya (Nor Hashimah 2014). MAKNA IMPLISIT -21-
Apa yang mengagumkan ialah jarang sekali kita mendengar kendala komunikasi ketika berperibahasa malah tafsiran akal budi dapat melihat hubungan di antara bahasa, masyarakat dan pemikiran seseorang. Komunikasi tersirat ini boleh membawa kepada tafsiran akal budi Melayu. Akal budi ini lahir melalui batin masyarakat Melayu itu sendiri. Awang Had Salleh (1985) menjelaskan bahawa masyarakat Melayu amat menyanjung nilai budi sehingga budi itu diibaratkan sebagai sendi bangsa kerana jika runtuh budi maka akan runtuhlah sesuatu bangsa itu. Budaya akal budi Melayu bukan hanya merupakan hasil proses kognitif yang berlaku di bahagian otak sebelah kiri sematamata, proses yang biasanya dikatakan bersifat "rasional" atau "logikal" tetapi juga proses yang datangnya dari lubuk hati dan perasaan manusia (Hassan Ahmad, 2001). Penentuan budi seseorang sama ada rendah atau tinggi dinilai daripada penggunaan bahasa yang digunakan. Maka, timbullah ungkapan-ungkapan peribahasa dan sindiran yang diwujudkan oleh masyarakat Melayu itu sendiri. Bagi golongan ini, dengan menyatakan sesuatu tidak baik dengan berbahasa secara terus terang atau tidak berlapik adalah sikap kurang adab. Dapat disimpulkan bahawa kiasan melalui peribahasa Melayu merupakan susunan perkataan yang penuh dengan nilai estetika sekali gus menonjol kebijaksanaan masyarakat Melayu dalam berkias. Peribahasa merupakan satu bentuk komunikasi tersirat. Ia mengandungi elemen kognitif yang abstrak secara dalamannya dan harus ditafsir ke sifat konkrit secara luarannya. -22-
Bagaimana acuan, begitulah kuihnya Membawa maksud perangai anak kebiasaannya mengikut perangai ibu atau bapa Penggunaan ‘acuan’ yang dikaitkan dengan ‘ibu bapa’ menunjukkan ketersiratan makna yang digambarkan oleh masyarakat Melayu melalui penggunaan objek di sekeliling mereka. Bentuk ‘kuih’ yang dihasilkan daripada ‘acuan’ secara tidak langsung menggambarkan “cerminan” yang menjadi ciri-ciri utama makna peribahasa yang bertemakan kekeluargaan. Dalam konteks teori Relevans, peribahasa ini tidak susah untuk difahami makna implisitnya kerana ‘acuan’ dapat difahami sebagai ‘ibu bapa’ , manakala ‘kuih’ dapat difahami sebagai ‘anak-anak’ apabila merujuk kepada konteks ayat di bawah. Perspektif semantik resonans bagi peribahasa Melayu ‘Bagaimana acuan, begitulah kuihnya’ dapat dilihat melalui pembuktian korpus dalam penggunaan ayat di bawah yang dianalisis menggunakan pendekatan RR Secara khususnya ibu bapa remaja sendiri adalah orang yang pertama dalam membentuk anakanak mereka, kerana pendidikan awal bermula di rumah. Seperti kata pepatah “bagaimana acuan, begitulah kuihnya” . Data korpus di atas menunjukkan pembuktian linguistik tentang penggunaan peribahasa ‘Bagaimana acuan, begitulah kuihnya’ . Melalui RRS, pemilihan leksikal ‘acuan’ dan ‘kuih’ dirujuksilangkan dengan ‘ibu bapa’ dan ‘anak-anak’ . Jika dibuat penelitian, penggunaan imej ‘acuan’ , dan ‘kuih’ merupakan premis tambahan kepada kehadiran leksikal ‘ibu bapa’ dan ‘anak’ yang berperanan sebagai objek utama dalam peribahasa ini. Ayat di atas memperlihatkan ‘ibu bapa’ berperanan dalam membentuk sahsiah ‘anak-anak’ dan semuanya bermula di rumah. Dalam peribahasa di atas, ‘bagaimana acuan’ merupakan anteseden yang boleh difahami kerana ia muncul di hadapan ‘begitulah kuihnya’ . Penggunaan peribahasa dalam konteks ayat ini telah memberikan interpretasi yang jelas tentang hubungkait antara ungkapan peribahasa dan makna yang diberikan dengan tema kekeluargaan. -23-
Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga Membawa maksud perselisihan faham antara ahli keluarga kebiasaannya tidak lama Perspektif semantik resonans bagi peribahasa Melayu ‘Carikcarik bulu ayam, lama-lama bercantum juga’ dapat dilihat melalui pembuktian korpus dalam penggunaan ayat di bawah yang dianalisis menggunakan pendekatan RRS. Sekiranya ada perselisihan faham atau rasa tidak puas hati terhadap salah seorang daripada adik-beradik, tidak patut diperbesarkan sehingga boleh memutuskan hubungan keluarga. Hubungan adik-beradik sangat bernilai dan tidak boleh dijual beli seperti peribahasa Melayu ada menyebutkan, “carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga” . Berdasarkan data korpus di atas, penggunaan leksikal ‘perselisihan faham – adik beradik’ dirujuksilangkan dengan dengan ‘carik-carik bulu ayam’ . Manakala, penggunaan leksikal dalam frasa ‘sangat bernilai dan tidak boleh dijual beli’ dirujuksilangkan dengan ‘lamalama bercantum juga’ . Makna implisit ‘carik-carik bulu ayam’ ini dapat difahami dengan melihat konteks penggunaan ayat, iaitu perselisihan faham yang berlaku antara ahli keluarga yang dekat. Perbalahan yang berlaku antara ‘darah daging’ sendiri kebiasaannya tidak lama dan pasti akan berbaik semula. ‘Lamalama bercantum juga’ merupakan maklumat tambahan yang dinyatakan secara eksplisit dan dapat digambarkan sebagai hubungan yang pasti pulih kembali. Antara peribahasa yang menggunakan makna yang serupa dengan peribahasa ‘Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga’ adalah peribahasa ‘Air yang dicencang tidak akan putus’ . Melalui pembuktian linguistik dengan menggunakan data korpus di atas, penjelasan kognitif juga telah menunjukkan hubungkait makna peribahasa ini dengan tema kekeluargaan. -24-
Melentur buluh biarlah dari rebungnya Membawa maksud sebagai melatih atau mendidik anak hendaklah sejak dari kecil kerna jika sudah besar susah hendak mendidiknya. Penggunaan imej 'buluh' dan 'Tebung' dalam peribahasa ini mengandungi unsur "kekeluargaan' yang tersirat di sebalik ungkapan yang ingin disampaikan. Peribahasa in menunjukkan falsafah masyarakat Melayu dahulu kala yang memerhatikan unsur alam di sekeliling mereka iaitu, untuk melentur buluh mengikut bentuk yang dikehendaki haruslah dilakukan seawal waktu rebungnya lagi. Hal in kerana ketika masih rebung, ia dapat dilentok dan dibentuk kerana strukturya yang masih lembut. Buluh yang mash rebung secara tidak langsung menggambarkan 'anak yang masih. kecil' yang masih boleh dibentuk: perilaku dan akhlakya oleh ibu bapa sebelum ia menjadi 'buluh yang keras* dan akhirva tidak dapat dilentur lagi. Berdasarkan leksikal melentur' dalam peribahasa ini sendiri, Kamus Dewan mendefinisikannya sebagai 'membengkok atau melengkung (seperti batang buluh, ampaian kain yang tidak tegang atau kendur) dan boleh atau mudah dilengkungkan atau dilentoklan tetapi tidak mudah path seperti tali, dawai dan lain-lain' . Oleh itu, dalam konteks peribahasa ini secara harfiahnya ada menjelaskan bahawa buluh sewaktu rebungnya bersifat lembut dan boleh dibentak seperti anak-anak semasa kecil yang boleh dididik oleh ibu bapa mengikut acuan yang dikehendaki. Berdasarkan konteks Teori Relevans, peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya' tidak sukar untuk diproses kerana a mempunyai antesedan yang membolehkan peribahasa tersebut difahami maknanya walaupun secara impllisit. Hal ini dapat dibuktikan melalui data korpus yang diambil daripada Pangkalan Korpus Dewan Bahasa dan Pustaka seperti di bawah. -25-
Walau apapun, adalah lebih baik ibu bapa sendiri memberi tumpuan yang lebih kepada anak-anak mereka khususnya ketika anak-anak mereka sudah mula mengenal erti kemodenan. Bak kata pepatah, “melentur buluh biarlah daripada rebungnya” . Merujuk kepada data korpus di atas, jelas menunjukkan peribahasa ini berpengaruh dalam hal-hal ‘kekeluargaan’ apabilaleksikal ‘ibu bapa’dan ‘anakanak’ digunakanbersama-sama peribahasa ‘melenturbuluh biarlah dari rebungnya’ . Melalui analisis menggunakan RRS, kewujudan objek ‘buluh’ dapat difahami sebagai anak-anak yang telah dewasa manakalaobjek ‘rebung’ puladapat dirujuk silang denganleksikal ‘anak-anak mereka yangmula mengenal erti kemodenan’ iaitu dalam peringkat usia yang masih muda dan masih boleh dibentuk oleh ibu bapa. Air yang dicincang tidak akan putus Membawa maksud perselisihan antara adik-beradik tidak akan kekal lamadan akhirnya akan berbaik semula. Peribahasa ini terbentuk daripada kata nama ‘air’dan juga kata kerja ‘dicincang. ’ Air bermaksud cecair yang berada pada suhu bilik. Dicincang pula bermaksud perlakuan memotong sesuatu kepada bahagian yang kecil.Perubahan makna yang berlaku dalam peribahasa ini boleh dilihat berdasarkan penggunaan kata air. Air telah digambarkan sebagai hubungan kekeluargaan seperti adik beradik. Simbolisme air dalam peribahasa ini merujuk kepada satu pertalian kekeluargaan atau hubungan darah (Amirah Ahmad & Rozaimah Rashidin, 2011). Malah dari sudut perspektif masyarakat Melayu, air merupakan unsur alam yang wujud secara semula jadi dan membawa makna positif berbanding kata darah yang membawa makna satu sudut pandang yang negatif dalam peribahasa. Manakala dicincang dalam konteks ini disiratkan sebagai permasalahan atau pergaduhan yang berlaku dalam keluarga. Jadi, ungkapan dicincang tidak akan putus bererti masalah atau pergaduhan yang berlaku dalam sesebuah keluarga tidak akan putus hatta sebesar mana sekali pun pergaduhan itu terjadi. -26-
Seperti ayam patuk anaknya Membawa maksud menghukum anak bukan untuk menyeksa tetapi untuk memperbaik kelakuan anak. Peribahasa ini terdiri daripada kata nama iaitu ayam dan anaknya serta juga kata kerja iaitu patuk. Ayam merupakan haiwan seakan burung yang mempunyai paruh tetapi tidak boleh terbang manakala perbuatan patuk pula bermaksud perbuatan ayam mematuk atau memagut dengan paruh. Perubahan makna yang berlaku dalam peribahasa boleh diteliti berdasarkan pada penggunaan kata ayam. Hal ini kerana, timbul satu persoalan, mengapakah orang dahulu menggambarkan konteks ayam mematuk anaknya itu sebagai kelakukan yang positif. Dalam konteks ini, masyarakat Melayu dahulu memilih ayam untuk membentuk peribahasa ini kerana ayam merupakan haiwan yang mempunyai naluri semula jadi dengan memakan semua jenis makanan. Jika makanan tersebut tidak sesuai maka, ayam akan membuang makanan tersebut dari paruhnya. Kelakuan ayam mematukanaknya kerana ayam merupakan haiwan yang cepat belajar untuk mengenali tuan atau ibunya sendiri. Mematuk anaknya sendiri akan membantu anaknya mencari makanan dan melindungi anaknya daripada serangan musuh (Muhammad Zaid & Mary Fatimah Subet, 2017). Melalui konteks inilah memberikan idea kepada orang Melayu dahulu menterjemahkan kelakuan ayam dalam kehidupan seharian mereka. Hal ini demikian kerana, ibu bukan sahaja akan menghukum anaknya akan tetapi niatnya untuk mendidik kelakuan anaknya agar menjadi insan yang baik suatu hari nanti. -27-
LATIHAN PERIBAHASA -28- BAB
Berdasarkan kepada ayat di bawah, padankan peribahasa yang betul sesuai mengikut konteks ayat. 1.Encik Azman menghukum anaknya setelah mengetahui bahawa anaknya ponteng sekolah selama 3 hari berturut. _____________________________________________________________ 2.Setelah hampir 3 tahun bermasam muka, akhirnya Puan Amira dan abangnya berbaik semula dengan berjanji untuk tidak bergaduh lagi dan merisaukan kedua ibu bapa mereka. _____________________________________________________________ 3.Puan Syafina menyatakan bahawa sikap Taufiq yang suka membantu orang tua dan orang susah itu sama seperti perbuatan ibu Taufiq iaitu adiknya. _____________________________________________________________ 4.Amanda yang sudah sekian lama tidak pulang ke rumah kerana pernah dibuang oleh keluarganya akhirnya membuat keputusan untuk menjejakkan lagi kakinya selepas mengetahui bahawa ayahnya yang sedang sakit ingin bertemu dengannya. _____________________________________________________________ 5.Encik Azim dan isterinya Puan Aira mengajar anak mereka iaitu Liana untuk solat lima waktu semenjak dia berumur 5 tahun lagi. ______________________________________________________________ Seperti ayam patuk anaknya Bagaimana acuan begitulah kuihnya Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga Air yang dicincang tak akan putus Melentur buluh biarlah dari rebungnya -29-
Padankan peribahasa berkenaan dengan gambar-gambar tersebut. Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan Seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus Bagai menatang minyak yang penuh -30-
- 3 1 -
PENUTUP -32-
Kami panjatkan puja dan puji serta syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya selesai sudah penyiapan buku yang berjudul Cinta Pertama yang telah kami coretkan dalam menunaikan tugasan berkumpulan bagi kursus Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu (BML3083). Semoga buku Cinta Pertama ini dapat dijadikan pengisian ilmu yang bermakna buat tatapan umum. Kandungan buku yang dilimpahkan dengan topik implisit mampu menjana pengetahuan umum dalam memahami dan mendalami bidang semantik yang sedia ada. Ilmu semantik penting untuk dipelajari agar keindahan dan keunikan bahasa Melayu dapat berkembang luas dalam bidang pendidikan. Oleh itu, buku ini dihasilkan bagi memastikan bidang semantik dalam bahasa Melayu dapat berkembang dengan luas. Buku yang dihasilkan adalah menfokuskan kepada implisit yang berunsurkan kekeluargaan di mana keluarga merupakan insan pertama yang dicintai oleh manusia. Pengetahuan ilmu dapat ditingkatkan di samping dapat menerapkan nilai-nilai kekeluargaan kepada pembaca. Akhirnya, dari kami sampaikan terima kasih atas segala perhatian dan memohon maaf atas segala kekurangannya. Sesungguhnya kekurangan tersebut daripada pihak kami semua dan sesungguhnya yang baik itu dari Allah S.W.T. Sekian dari kami semua. Semoga senaskhah Cinta Pertama ini dapat dijadikan panduan dan rujukan kepada semua dalam menimba ilmu pengetahuan. Kami dahulukan dengan ucapan terima kasih. PENUTUP -33-
RUJUKAN -34-
RUJUKAN Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Noraini Shahida Ishak & Maschitah Mansor. Peribahasa: Gambaran Minda Melayu dalam Penciptaan Iklan. The International Islamic University Malaysia Repository. Diperoleh daripada https://core.ac.uk/reader/300383210 Syed Nurulakla & Syed Abdullah. (2015). Analisis makna implisit dan eksplisit dalam penterjemahan buku ‘Rihlah Ibn Battutah’ ke Bahasa Melayu. PhD thesis, University of Malaya. Diperoleh daripada http://studentsrepo.um.edu.my/5522/ -35-
SEKIAN TERIMA KASIH
CINTA PERTAMA Cinta Pertama ialah sebuah buku yang mengandungi peribahasa yang bertemakan kekeluargan. Penulis ada memilih beberapa peribahasa yang bertemakan kekeluargaan serta menyatakan maksud-maksud bagi peribahasa tersebut melalui makna daripada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Peribahasa merupakan salah satu bidang semantik dalam bahasa Melayu. Oleh itu, penulis menghasilkan pengisian buku mengenai peribahasa bagi mencakupi bidang semantik kepada pembaca. Dalam konteks ini, peribahasa tergolong dalam makna implisit yang merujuk kepada sesuatu makna yang tersirat. Penghasilan buku ini telah mendedahkan kepada pembaca dalam mengenali bidang semantik yang mencakupi peribahasa yang tergolong dalam makna implisit.