The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by loksky1616, 2022-11-03 08:51:54

AIR ZAMZAM DAN KHASIATNYA

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM

Keywords: #ebookforyou

KOD KHUSUS
MPU 23052

( SAINS TEKNOLOGI DAN KEJUTERAAN DALAM ISLAM)
TAJUK

AIR ZAMZAM DAN KHASIATNYA
SESI

1

NAMA KUMPULAN

NORMAN HAIQAL BIN ZAKARIA (04DAD21F2008)
AHMAD SYAFIQ BIN ARIFFIN (04DAD21F2004)
AZAMUDDIN BIN SHUHAIMI (04DAD21F2007)

NIK MUHAMMAD AIMAN AFIQ BIN MOHD ASERI (04DAD21F2001)
NAMA PENSYARAH

PUAN ZAMILAH

ISI KANDUNGAN 1
2
KATA KATA ALUAN 3
PENDAHULUAN 4-8
AYAT AL- QURAN & HADITH BERKAITAN AIR ZAM ZAM 9-15
HUKUM ISLAM DAN PENDAPAT PENDAPAT ULAMA 16
KHASIAT DAN KELEBIHAN AIR ZAMZAM 17-21
KAJIAN SAINS TENTANG AIR ZAMZAM DAN KHASIATNYA
TITIK PERTEMUAN ANTARA HASIL KAJIAN SAINS DAN 22
HUKUM ISLAM YANG MEMBUKTIKAN KEBENARAN ISLAM 23
KESIMPULAN 24
SUMBER RUJUKAN
LAMPIRAN

KATA-KATA ALUAN

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum w.b.t
Segala puji bagi Allah , Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Tuhan Yang Pemurah lagi Maha
Pengasih. Tuhan yang menguasai hari pembalasan kepadaMu kami memohon pertolongan.Tunjukkanlah kami jalan
yang lurus, iaitu jalan jalan yang engkau beri nikmat kepada mereka. Dan bukan jalan jalan orang yang engkau
murkai dan bukan pula jalan orang orang yang sesat. Bersyukur kami dengan limpah kurnianya dapat juga kami
siapkan tugasan secara berkumpulan ini yang diamanahkan kepada kami yang diberikan oleh Ustazah

PENDAHULUAN

• Zamzam berasal daripada perkataan Bahasa Arab yang membawa maksud banyak atau melimpah ruah. Air
Zamzam merupakan air yang dianggap suci oleh umat Islam. Ia merupakan telaga mata air yang terletak dalam
kawasan Masjidil Haram, bersebelahan tenggara Kaabah yang mempunyai kedalaman sedalam 42 meter.

• Air zamzam mucul pada zaman Nabi Ismail as. Iaitu ketika Baginda ditinggalkan bersama ibunya Hajar oleh Nabi
Ibrahim as di Mekah. Pada waktu itu, Hajar mencari air bagi menghilangkan dahaganya antara bukit Safa dan
Marwah (Peristiwa ini disemadikan dalam Ibadah Sa’ie). Hal ini merupakan perintah Allah swt kepada Nabi
Ibrahim as agar baginda meninggalkan zuriatnya ini di wadi (lembah) Mekah. Firman Allah swt:

• ‫اﻟﺛﱠ َﻣ َرا ِت َﻟﻌَﻠﱠ ُﮭ ْم‬ ‫ِّﻣ َن‬ ‫َوا ْر ُز ْﻗ ُﮭم‬ ‫ِإ َﻟ ْﯾ ِﮭ ْم‬ ‫ﺗَ ْﮭ ِوي‬ ‫اﻟﻧﱠﺎ ِس‬ ‫ِّﻣ َن‬ ً‫أَ ْﻓ ِﺋدَة‬ ‫ﻓَﺎ ْﺟﻌَ ْل‬ َ‫اﻟ ﱠﺻ َﻼة‬ ‫ِﻟﯾُ ِﻘﯾ ُﻣوا‬ ‫َرﺑﱠ َﻧﺎ‬ ‫ا ْﻟ ُﻣ َﺣ ﱠر ِم‬ ‫َﺑ ْﯾ ِﺗ َك‬ َ‫ِﻋﻧد‬ ٍ‫َز ْرع‬ ‫ِذي‬ ‫َﻏ ْﯾ ِر‬ ‫ِﺑ َوا ٍد‬ ‫ذُ ِّرﯾﱠ ِﺗﻲ‬ ‫ِﻣن‬ ‫أَ ْﺳ َﻛﻧ ُت‬ ‫ِإ ِﻧّﻲ‬ ‫ﱠرﺑﱠ َﻧﺎ‬
‫َﯾ ْﺷﻛُ ُرو َن‬

• Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian daripada zuriat
keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Mekah) yang tiada tanaman padanya, di sisi rumahMu yang
diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan
sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadah). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian daripada manusia
tertarik kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ) dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari
berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur”. (Surah Ibrahim, Ayat 37)

• Air Zamzam adalah kurniaan Allah swt kepada Nabi Ismail as. Dan ia kekal sehingga ke hari ini. Malah, terdapat
hadis-hadis Nabi Muhammad saw yang turut menceritakan tentang kelebihan dan keistimewaan Air Zamzam

AYAT AL-QURAN & HADITH BERKAITAN AIR ZAMZAM

• Diceritakan di dalam sahih al-Bukhari, daripada Abdullah bin Abbas RA:
• َ‫دتء‬،‫ﺗَََﮭﻣ َْأأَﻠََرتَ ْروِْﺷأكَا ََﻋﻟﻗَرََﻠﺣﺎَﻓَِْﻣﯾﻋدًﺎَْﻧاَلﮭْ ُﺎ‬،‫ُذأَﮭَ ِْاﮫرَﻣَﺣَﺎََﯾوﺣ ِدًھﺗﺗَةﱠَا َﻠ« َﱠﻲﻓَﻰﻓَوﻓََﻠَﻘ َﻠِﺑﺎْمىﺎﱠﻣََظْﻣﻟﺎ‬،‫رر َِﺑاﺣْﯾِإﻓَﻟىَِﻟَﻧﮫﺈَِﻣْﯾ‬،ُ‫ﻗَُُﻲرﺎ ْﺛُتَِالﻏﱠمﻟَھَﻧﱠﺗوَِﺑْأﺎَْاﻧلﺗَ َِﺟﺗَظٌَُﻧثسِﺎَت‬،‫َِاﻋوﺗَِْﻧدأَْﻧَﺳَْﺟدَوَْﻌيظُﻌََ َﻠك‬،‫ِﮫَََيكو‬،‫وش َْثَنازاﻟ ْﺑِﺑ»َﻧَُوﻛﻓَِﻌَتاﺎَﮭِذَﻘِدِﺎﻟَِاﺑنﻟ‬:‫ﻣ َﺗَﻰَﻋْوﻌْﻘﻓَ َﺑَﺑَِﺳَﻠطََﺟتﻠﱠَﺣﺎَمََِِإت‬،‫ﻗََوَﺷز ِْدﺛدَُْﻣﻋﱠْمَﻠأَتَْﯾزَاﺣْﺳََِمﮫﺗﱠوَْﺳ‬،ُ‫ِِﮫُﮭطﷲ‬:‫ِّﺳ َِﻘَنﻣْﻓَﺎَتﺻَْﻘاِﻠوﱠءﺎﻟ َﻟ ََِﻣﻋﻰ َﻠﺿَْﻋْْﯾتﺟ ِﻊ‬،‫ْﯾ ِﻧﱠﻹﻲِﺑﻓَْﻧ َﻘاًﺿﱡﺎﻲﻟَﺳﺎﺎَﻣ‬،‫ضِﻣَدﺳَﻗََﯾﻌَْﻌﺎِﻠَﻣﯾ َْﺎَلﻲتَﮭﺎاِﻓاأَﻟ‬:‫ﻌَْﺎرذَاﻓٍَْت ِسَﻧَﺳ ِﻔ‬،‫اِﻓَﺳ ْﺑ َﱠﺛُﻣﺣﻲُﱠﺗمنﱠﻌَاﻰْ ََﺳﻋتﻷَ ِإﺑﱠ‬،،َ‫ْﻟر ََﺛﻣﺟُﻗَِﻋﺎَﺑﺎﱠم َِﮭءٍَللﺗﺎ‬،،‫تدبا‬-ٍَِ ‫ْرﺷِتﻓَََﺗرُكاﻌَِﻟر ُﯾْبَﺳتدُْﺑﱠﺻ ِﻣََﻔﻊَﻧﺎَطْْﻔن ََأَﻣرَﺳْﻗذﱠَ َرِﮭﻟََارﺎف َك‬-‫ﻟِْﻋَﻔتَﯾوﻓَﻌَا ََﻠَِلود َْﺻََﺟتَيوٍﮫدَﺗَذَ َِﻟ‬،َ‫أَر ِإﻐَ َﻓَِإﺣ ْﺳَﻟَﻘدًِْﯾﺎتَاﻣَﻟ ِﺎﮫاﻓ‬،‫َﺑ ََﻋرَﺟَﻠﻓََطﻌَﺎْ َﻠتْﻰﻧ ْتاَْطتَﻟھَﻠِﻣََﻘﻣْألُ َْﱡمنرْﺗَتَ ِإاوَﻟرةِ َﻛْﺳ ََىﻣرﱠﺻَﺳﺎا َﻔأَِﻣﺎِِھﻋ ََﯾﺣﻌَﯾﺔَدًََﺣلاْﺗتﱠأَﺗﻓَُْﻰَﻠنْرْم ِإَﺻﺗَ ِْْﻧذَﺗَواﺿ َﺗًرظُﺎَُﺑﻊ ََﻠ‬،‫َﯾﺗَ ََﻠوﺑﱠَﻧﻓَ َطََُﮭظو‬
• Maksudnya: “Ibu Ismail menyusukan anaknya (Ismail) dan meminum daripada air yang ada sehingga akhirnya air

tersebut habis. Dia (Hajar) dan juga anaknya merasa kehausan (disebabkan kehabisan simpanan air). Dia melihat
anaknya dalam keadaan yang cemas kerana anaknya terus menangis. Dia pun pergi untuk mencari sumber air
kerana tidak sanggup melihat anaknya kehausan. Dengan itu, dia pergi menuju ke bukit Shafa kerana ia adalah
bukit yang paling hampir dengannya lalu berdiri di atasnya. Pandangannya diarahkan ke lembah di sekelilingnya,
dengan harapan terdapat seseorang tetapi ternyata tiada seseorang pun. Setelah itu, dia pun turun (dari bukit
Shafa) dan ketika sampai di lembah, dia mengangkat hujung pakaiannya lalu berusaha keras sehingga dia sampai
ke lembah iaitu bukit Marwah, lalu berdiri di atasnya sambil melihat apakah terdapat seseorang di sana? Tetapi,
ternyata tiada seseorang juga. Dia melakukan perkara sedemikian sehingga tujuh kali. Ibnu Abbas RA, bahawa
Nabi SAW: “Itulah sa’ie yang mesti dilakukan oleh manusia antara dua bukit itu”. Ketika dia sampai di puncak
bukit Marwah, dia terdengar suara lalu dia berkata kepada dirinya sendiri: “Diam!”. Dia cuba mendengarnya lagi
lalu dia mendengar suara itu dengan berkata: “Engkau telah menperdengarkan suaramu, apakah bersama
engkau terdapat pertolongan?”. Ternyata suara itu adalah malaikat Jibril yang berada dekat dengan tempat
zamzam. Lantas, Jibril mengais tanah dengan tumitnya (atau dengan sayapnya, sebagaimana disebutkan dalam
riwayat yang lain) sehingga air keluar memancar”. [Riwayat al-Bukhari, (3364)]

HUKUM ISLAM DAN PENDAPAT-PENDAPAT ULAMA

• Air zamzam adalah merupakan penghulu bagi segala air dan sebaik-baik air di atas muka bumi ini. Zamzam
adalah merupakan nama bagi sebuah telaga yang berada di dalam Masjid Haram di Makkah. Kemunculan telaga
ini adalah pada zaman Nabi Ismail bin Ibrahim 'Alaihimas Solatu wassalam, apabila Allah taala telah sediakan air
daripada telaga ini bagi menghilangkan kelaparan dan dahaga buat dirinya dan juga ibunya, apabila mereka
sudah kehabisan bekalan air di Makkah yang tandus pada ketika itu.

• Keberkatan dan kelebihan air zamzam kekal sekalipun bukan di Tanah Haram
• Di antara keistimewaan air zamzam ialah ia merupakan air yang diberkati dan boleh mengenyangkan sesiapa

yang meminumnya sebagaimana hadis daripada Abu Zar R.Anhu bahawasanya Nabi SAW telah bersabda :

• ‫ِإﻧﱠ َﮭﺎ ُﻣ َﺑﺎ َر َﻛﺔٌ ِإﻧﱠ َﮭﺎ َطﻌَﺎ ُم طُ ْﻌ ٍم‬
• Maksudnya : "Sesungguhnya ia (air zamzam) air yang penuh dengan keberkatan dan ianya mengandungi

makanan yang mengenyangkan". [HR Muslim (2473)]
• Selain daripada itu, air zamzam adalah sebaik-baik air di atas muka bumi dan penawar daripada penyakit. Nabi

SAW telah bersabda :
• ‫َﺧ ْﯾ ُر َﻣﺎ ٍء َﻋ َﻠﻰ َو ْﺟ ِﮫ ا ْﻷَ ْر ِض َﻣﺎ ُء َز ْﻣ َز َم ِﻓﯾ ِﮫ َطﻌَﺎ ٌم ِﻣ َن اﻟ ﱡط ْﻌ ِم َو ِﺷ َﻔﺎ ٌء ِﻣ َن اﻟ ﱡﺳ ْﻘ ِم‬
• Maksudnya : "Sebaik-baik air di atas muka bumi adalah air zamzam, padanya terdapat makanan yang

mengenyangkan dan penawar daripada penyakit". [Lihat : Majma’ al-Zawaid wa Manba’ al-Fawaid (3/286) dan
Silsilah al-Ahadis al-Sahihah (3/44-45) : Hadis ini telah diriwayatkan oleh al-Tabarani di dalam al-Kabir, perawi-
perawinya adalah tsiqah dan telah disahihkan oleh Ibnu Hibban]
• Al-Munawi juga ada menyatakan mengenai air zamzam :
• ‫ھو ﺳﯾد اﻟﻣﯾﺎه وأﺷرﻓﮭﺎ وأﺟﻠﮭﺎ ﻗدرا وأﺣﺑﮭﺎ إﻟﻰ اﻟﻧﻔوس وھﻣزة ﺟﺑراﺋﯾل وﺳﻘﯾﺎ إﺳﻣﺎﻋﯾل‬

• Maksudnya : “Air zamzam adalah merupakan penghulu bagi segala air, merupakan air yang paling mulia, paling
berharga dan paling disukai oleh manusia. Ia telah digali oleh malaikat Jibril dan diberi minum kepada Nabi
Ismail A.S.” [Lihat : Fayd al-Qadir Syarh al-Jami` al-Saghir (5/404)]

• Oleh yang demikian, tidak dapat dinafikan bahawa air zamzam mempunyai kelebihan dan fadilat tertentu
seperti mengenyangkan dan penawar bagi segala penyakit. Selain itu, ia adalah merupakan sebaik-baik air di
atas muka bumi dan air yang diberkati.

• Secara zahirnya, hadis-hadis mengenai kelebihan air zamzam bersifat umum dan tidak terikat dengan kemuliaan
Tanah Haram. Oleh itu, di mana sahaja air zamzam dibawa, keberkatan dan fadilatnya kekal sebagaimana yang
asalnya, selagi mana tiada nas atau dalil yang menunjukkan bahawa keberkatannya terikat dengan kemuliaan
Tanah Haram.

• Begitu juga, Syeikh al-Uthaimin ketika ditanya adakah disyaratkan (bagi mendapatkan kelebihan air zamzam),
mesti meminumnya di Makkah? Beliau menjawab : Tidak disyaratkan…dan Nabi SAW tidak mengikatnya
(kelebihan tersebut) hanya khusus di Makkah. [Lihat : Fatawa Nur ‘ala al-Darb (6/2)]

• Syeikh al-Syibramalisi ketika mensyarahkan hadis berkaitan air zamzam menyebut bahawa kelebihan tersebut
merangkumi bagi mereka yang meminumnya sekalipun bukan pada tempatnya (Makkah). [Lihat : Hasyiah
Nihayah al-Muhtaj (3/318)]

• Imam al-Sakhāwi menyatakan bahawa :

• ‫اﻟﻧﺑﻲ َﺻﻠﱠﻰ‬ ‫ ﻗد ﺣﻣﻠﮫ‬: ‫ﻋن ﺣﻣﻠﮫ ﻓﻘﺎل‬ ‫ وﺳﺋل ﻋطﺎء‬...‫ﻟﮫ‬ ‫أﺻل‬ ‫ﻻ‬ ‫ﺷﻲء‬ ‫وھو‬ . ‫ﯾﺗﻐﯾر‬ ‫ﻧﻘل‬ ‫ﻓﺈذا‬ ، ‫ﻣﺣﻠﮫ‬ ‫ﻓﻲ‬ ‫دام‬ ‫ﻣﺎ‬ ‫ﻓﺿﯾﻠﺗﮫ‬ ‫أن‬ ‫اﻷﻟﺳﻧﺔ‬ ‫ﺑﻌض‬ ‫ﻋﻠﻰ‬ ‫ﯾذﻛر‬
...‫ ﻋﻧﮭﻣﺎ‬u‫ا ﱠ‬ ‫واﻟﺣﺳن واﻟﺣﺳﯾن رﺿﻲ‬ ‫ُ َﻋ َﻠ ْﯾ ِﮫ َو َﺳﻠﱠ َم‬u‫ا ﱠ‬

• Maksudnya : “Sebahagian orang menyebut kelebihan air zamzam kekal selagi mana masih di tempatnya
(Makkah). Apabila dipindahkan (air zamzam tersebut), maka ia berubah (kelebihannya hilang). Pendapat ini
tiada asal (tidak berasas)… Dan Atho’ pernah ditanya berkenaan hukum membawanya (keluar daripada
Makkah). Beliau menjawab : Sesungguhnya Nabi SAW, Hasan dan Husain R.Anhuma pernah membawa air
zamzam (keluar daripada Makkah)…” [Lihat : al-Maqasid al-Hasanah, hal. 569 dan al-Tabarruk (Cet. Maktabah al-
Rusyd), hal. 293-294]

• Selain itu, para ulama juga telah sepakat akan keharusan membawa air zamzam ke seluruh negeri bagi tujuan
bertabarruk (mengambil berkat) dengannya yang akan kita bahaskan selepas ini.

• Hukum membawa keluar air zamzam

• Dr. Nasir bin Abdur Rahman telah menyatakan di dalam kitabnya bahawa para ulama telah sepakat mengenai
keharusan membawa air zamzam ke seluruh negeri bagi tujuan bertabarruk (mengambil berkat) dengannya.
[Lihat : al-Tabarruk (Cet. Maktabah al-Rusyd), hal. 293]

• Ini adalah berdasarkan hadis daripada Aisyah R.Anha bahawa beliau pernah membawa air zamzam (daripada
Makkah) dan menceritakan :

• ُ‫ُ َﻋ َﻠ ْﯾ ِﮫ َو َﺳﻠﱠ َم َﻛﺎ َن َﯾ ْﺣ ِﻣﻠُﮫ‬u‫ َﺻﻠﱠﻰ ا ﱠ‬uِ ‫أَ ﱠن َر ُﺳو َل ا ﱠ‬
• Maksudnya : “Sesungguhnya Rasulullah SAW juga pernah membawa air zamzam (ketika bermusafir)” [HR al-

Tirmizi (963)]

• Abu al-‘Abbas al-Sowi al-Maliki menyebut di dalam hasyiahnya :
• ‫َوﻧُ ِد َب َﻧ ْﻘﻠُﮫُ َو َﺧﺎ ِ ّﺻﯾﱠﺗُﮫُ َﺑﺎ ِﻗ َﯾﺔٌ ِﺧ َﻼﻓًﺎ ِﻟ َﻣ ْن َﯾ ْزﻋُ ُم َز َوا َل َﺧﺎ ِ ّﺻﯾﱠ ِﺗ ِﮫ‬
• Maksudnya : “Disunatkan memindahkan air zamzam (membawanya keluar) dan kelebihannya tetap ada (kekal)

berbeza dengan mereka yang mendakwa bahawa kelebihannya hilang (apabila dibawa keluar daripada
Makkah)” [Lihat : Hasyiah al-Sowi ‘ala al-Syarh al-Soghir (2/44)]
• Manakala Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah pula menyatakan bahawa hukum membawanya adalah harus
sebagaimana katanya :

• ُ‫َو َﻣ ْن َﺣ َﻣ َل َﺷ ْﯾﺋًﺎ ِﻣ ْن َﻣﺎ ِء َز ْﻣ َز َم َﺟﺎز ﻓَ َﻘ ْد َﻛﺎ َن اﻟ ﱠﺳ َﻠ ُف َﯾ ْﺣ ِﻣﻠُو َﻧﮫ‬
• Maksudnya : “Dan sesiapa yang membawa air zamzam bersama (ketika bermusafir) hukumnya adalah harus,

kerana sesungguhnya ulama-ulama terdahulu (salaf) membawanya bersama” [Lihat : Majmu’ al-Fatawa
(26/154)]

• Ibnu Hajar al-Haitami juga ada menyatakan bahawa :
• ‫َوأَ ْن َﯾ ْﻧﻘُ َﻠﮫُ إ َﻟﻰ َو َط ِﻧ ِﮫ ا ْﺳ ِﺗ ْﺷ َﻔﺎ ًء َوﺗَ َﺑ ﱡر ًﻛﺎ َﻟﮫُ َو ِﻟﻐَ ْﯾ ِر ِه‬
• Maksudnya : “Boleh membawa air zamzam ke negaranya (lain) bagi tujuan berubat dan mengambil berkat

(dengan air zamzam) buat dirinya atau orang lain.” [Lihat : Tuhfah al-Muhtaj (4/144)]

KHASIAT DAN KELEBIHAN AIR ZAMZAM

1) Menghilangkan Lapar
• Keberkatan Air Zamzam ini berfungsi seperti makanan, dan ia mengenyangkan bagi orang yang meminumnya.
• Nabi saw bersabda,
• ‫ِإﻧﱠ َﮭﺎ ُﻣ َﺑﺎ َر َﻛﺔٌ ِإﻧﱠ َﮭﺎ َطﻌَﺎ ُم طُ ْﻌ ٍم‬
• Maksudnya, “Air zam-zam itu air yang diberkahi. Makanan yang mengenyangkan.” (HR Muslim & Ibn Hibban)
• Dari Ibnu Abbas ra, Nabi saw bersabda,
• ‫ َو ِﺷ َﻔﺎ ُء ِﻣ َن اﻟ ﱠﺳ َﻘم‬، ‫ َو ِﻓ ْﯾ ِﮫ َطﻌَﺎ ُم ِﻣ َن اﻟ ﱠط ْﻌ ِم‬، ‫َﺧ ْﯾ ُر َﻣﺎ ٍء َﻋ َﻠﻰ َو ْﺟ ِﮫ اﻷَ ْر ِض َﻣﺎ ُء َز ْﻣ َز ْم‬
• Maksudnya, “Air terbaik yang ada di muka bumi adalah air zam-zam. Boleh menjadi makanan yang

mengenyangkan dan ubat dari penyakit.” (HR Tabrani)
• Syaikh Abdurrasyid Ibrahim (1364 H) berkata, “Saya bertahan beberapa minggu dengan air zam-zam untuk

menghilangkan rasa laparku. Ini adalah pengalaman nyata yang tidak diragukan padanya.” (Lihat Fadhlu Māa
Zamzam hlm. 105-106 oleh Sa’id Bakdasy)

• 2) Mengoptimumkan Proses Metabolisme Tubuh
• Proses metabolisme tubuh berfungsi untuk mengubah zat-zat yang masuk ke dalam tubuh seperti lemak

bertukar menjadi tenaga. Apabila tenaga terhasil, maka tubuh akan memiliki tenaga untuk menjalankan aktiviti
sehari-hari. Mineral dari air zam-zam sangat baik dalam memaksimumkan proses metabolisme, serta berfungsi
untuk mengganti dengan segera, mineral yang digunakan ketika proses metabolisme.
• Kita disarankan untuk kerap meminum Air Zamzam. Seeloknya minum Air Zamzam sebelum tidur malam atau
pada waktu pagi selepas bangun tidur. Hal itu kerana, menurut pakar Mury Kuswari, kadar metabolisme tubuh
tinggi sewaktu kita sedang tidur.

• 3) Mukjizat Air Zamzam Bergantung Kepada Niat Orang Yang Meminumnya

• Dari Ibnu ‘Abbas ra, Rasulullah saw bersabda:
• ‫َﻣﺎ ُء َز ْﻣ َز َم ﻟ ِﻣﺎَ ُﺷ ِر َب َﻟﮫُ ِإ ْن َﺷ ِر ْﺑﺗَﮫُ ﺗَ ْﺳﺗَ ْﺷ ِﻔﻲ َﺷﻔﺎَ َك ﷲ ُ َو ِإ ْن َﺷ ِر ْﺑﺗَﮫُ ِﻟ َﺷ ْﺑ ِﻌ َك أَ ْﺷ َﺑﻌَ َك ﷲ ُ َو ِإ ْن َﺷ ِر ْﺑﺗَﮫُ ِﻟ َﻘ ْط ِﻊ َظ ْﻣ ِﺋ َك ﻗَ َطﻌَﮫُ ﷲُ َو ِھ َو َﻲ ُﺳ ْﻘ َھَﯾﺎْز َﻣﺔُِﷲ إِﺟ ْْﺑﺳ ََﻣرﺎا ِﺋ ِﯾﻋ ْﯾ َل َل َﻋ َﻠَﻋ ْﯾَﻠ ْﯾِﮫ ِﮫاﻟاﻟ ﱠﺳ ﱠﺳﻼَﻼَُم ُم‬
• Maksudnya, “Air Zamzam sesuai dengan niat ketika meminumnya. Bila engkau meminumnya untuk ubat,

semoga Allah menyembuhkanmu. Bila engkau meminumnya untuk menghilangkan dahaga, semoga Allah
menghilangkannya. Air Zamzam adalah galian Jibril, dan curahan minum dari Allah kepada Ismail as.” (HR
Daruqutni dan Hakim)g disunnahkan untuk meminum Air Zamzam sampai benar-benar kenyang, dan berdoa
ketika meminumnya dengan doa-doa yang dikehendakinya (bebas). Namun tidak disunnahkan mandi dengannya
(air Zamzam).” (Lihat kitab Hajjatun-Nabi, al Albani, 1/117)
• Ibnu Taimiyyah berkata, “Seseorang disunnahkan untuk meminum Air Zamzam sampai benar-benar kenyang,
dan berdoa ketika meminumnya dengan doa-doa yang dikehendakinya (bebas). Namun tidak disunnahkan
mandi dengannya (air Zamzam).” (Lihat kitab Hajjatun-Nabi, al Albani, 1/117)
• Inilah keistimewaan dan kelebihan Air Zamzam yang tidak ada pada air-air yang lain. Oleh itu, niatlah apa-apa
sahaja yang baik sewaktu minum Air Zamzam. Mudah-mudahan, niat kita itu dikabulkan oleh Allah swt.

• 4) Menguatkan Tulang Dan Gigi
• Air Zamzam mengandungi kadar kalsium dan garam magnesium yang lebih tinggi dibanding telaga lain yang

terdapat di sekitar Mekah.
• Oleh kerana tulang dan gigi yang sihat memerlukan kandungan kalsium yang mencukupi, maka, kekerapan

minum Air Zamzam boleh membantu mencegah terjadinya masalah pereputan tulang dan gigi sebelum
waktunya.

• 5) Menyembuhkan Pelbagai Penyakit
• Dikisahkan oleh al-Azraqi bahawa ada seorang yang makan, lalu ternyata ada jarum pada makanannya sehingga

jarum tersebut tersangkut di kerongkongnya. Dirinya seakan-akan seperti hendak mati, lalu dia minum Air
Zamzam (dengan memohon pertolongan kepada Allah), akhirnya rasa sakit yang dialaminya hilang, dan masalah
pun selesai. (Lihat Kitab Akhbar Makkah 2/35)
• Ibnul Qayyim berkata, “Saya dan selain saya telah mencuba untuk berubat dengan Air Zamzam pada perbagai
jenis penyakit, akhirnya saya mendapati keajaiban yang luar biasa, dan saya mendapatkan kesembuhan dengan
izin Allah.” (Lihat kitab Zadul Ma’ad 4/393)
• Dikisahkan oleh Taqiyuddin al-Fasii bahawa seorang pegawai Masjidil Haram yang bernama Ahmad Syarifi
pernah minum air zamzam dengan niat memperoleh kesembuhan dari kebutaan yang dialami dirinya, lalu
akhirnya dia pun sembuh dari buta yang menimpa dirinya. (Lihat kitab Syifaul Ghiram 1/255)
• Dari Jabir bin Abdillah ra, telah mendengar Rasulullah saw bersabda:
• ُ‫ ِﻟ َﻣﺎ ُﺷ ِر َب َﻟﮫ‬،‫َﻣﺎ ُء َز ْﻣ َز َم‬
• Maksudnya: “Air Zamzam bergantung pada sesiapa yang meminumnya”. (HR Ibnu Majah)
• Oleh sebab itu, tidak kiralah apa penyakit sekalipun, jika kita berniat minum Air Zamzam untuk menyembuhkan
penyakit yang ada, insyaAllah dengan keizinan Allah swt penyakit itu akan sembuh. Yang penting, mukjizat Air
Zamzam itu boleh diperoleh dengan syarat niat yang tulus dan menyandarkan diri secara kuat hanya kepada
Allah swt semata-mata.
• Jangan terdapat keraguan di dalam hati tentang kemahakuasaan Allah. Sesungguhnya Allah sangat mencintai
orang-orang yang bertawakkal (menyandarkan diri hanya kepada Allah swt). Hal ini seperti yang telah dijelaskan
di dalam kitab Ahkamul Quran 3/1124 karya Ibnul Arabi.

• 6) Memiliki Zat Bersifat Anti-Kuman

• Penelitian yang dilakukan oleh Arab Saudi menemui di dalam Air zam-zam terkandung zat fluorida yang
berfungsi sebagai anti-kuman. Ia berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan
airnya.

• Lebih menakjubkan, tidak ada sedikitpun lumut di telaga Zamzam dan ia sentiasa bebas dari pencemaran
kuman. Hal ini membuat kesegaran air zam-zam menjadi yang terbaik di dunia. Seperti mana dalam hadis,
daripada Abdullah bin Abbas ra, bahawa Nabi saw bersabda:

• ‫َﺧ ْﯾ ُر َﻣﺎ ٍء َﻋ َﻠﻰ َو ْﺟ ِﮫ اﻷَ ْر ِض َﻣﺎ ُء َز ْﻣ َز َم‬
• Maksudnya, “Sebaik-baik air yang terdapat di muka bumi adalah Zam-Zam. dan penawar bagi penyakit”. (Lihat:

al-Jami’ al-Saghir)

• 7) Regenerasi Kulit Mati
• Air Zam Zam memiliki kandungan pH yang cukup tinggi sehingga mampu merawat kulit wajah. Salah satunya

adalah dapat meregenerasi kulit mati. Dengan minum Air Zamzam, ia dapat membantu menghasilkan sel-sel
kulit mati dengan cepat dan diganti dengan kemunculan sel-sel kulit baru.
• Anda boleh minum Air Zamzam untuk memperoleh manfaat ini, ataupun membasuh wajah menggunakannya.
Kalau ingin berwudhu dengan Air Zamzam juga boleh kerana sewaktu wudhu, anda akan membasuh muka.

KAJIAN SAINS TENTANG AIR ZAMZAM DAN KHASIATNYA

• Kelebihan atau keistimewaan air zam-zam ini juga telah diakui oleh saintis dari Jepun iaitu Dr. Masaru Emoto.
Beliau mengatakan bahawa air boleh membentuk molekul. Molekul air ini yang akan merembes ke dalam tubuh
manusia, serta ia boleh memberikan kesan kepada tubuh badan manusia. Pada tahun 2003, beliau turut
membuat kajian terhadap air zamzam dan terdapat dalam bukunya ‘The True Power of Water’ tentang hasil
yang menakjubkan tentang air zamzam, menurutnya daripada sejumlah molekul air yang dikaji, hanya molekul
air zamzam yang bentuknya teratur, mempunyai keindahan dan keunikan yang sungguh berbeza.

• Molekul air zamzam berbentuk kristal indah teratur dan berkilauan seperti berlian. Keunikan ini mencerminkan
keistimewaan yang dimiliki oleh air zamzam dari segi rasa, struktur molekul dan khasiat yang tidak terdapat
pada air-air yang pernah dikajinya.

• Kekuatan air zamzam terdiri daripada empat unsur bahan yang berkhasiat di dalamnya. Empat bahan galian
yang berunsur kimia yang dimaksudkan ialah Kalium, kalsium, magnesium, natrium. Kalium dan magnesium
merupakan bahan galian yang amat penting dan diperlukan oleh tubuh manusia untuk mengembalikan
kesegaran dan memulihkan tenaga yang terjejas akibat keletihan dan gangguan penyakit. Oleh kerana
kandungan kedua-kedua galian ini dalam air zamzam jauh lebih tinggi daripada air-air biasa yang lain, maka
bolehlah dirumuskan bahawa air zamzam merupakan satu rahmat Allah SWT dan mempunyai berbagai-bagai
manfaat untuk manusia.

TITIK PERTEMUAN ANTARA HASIL KAJIAN SAINS DAN HUKUM
ISLAM YANG MEMBUKTIKAN KEBENARAN ISLAM

• Firman Allah S.W.T :“Dan KAMI jadikan daripada air, segala sesuatu yang hidup” (Surah Al-Anbia, ayat 30 ).
• Maha Suci Allah yang telah mencipta mahkluk yang bernama air ini! Sesungguhnya ia adalah makhluk yang

paling setia dan amat peka sekali dalam menjalankan perintah Tuhannya!
• Di dalam Al-Quran ada menyatakan peratusan Hydrogen (air) ini adalah 72% dan bakinya tanah adalah hanya

28% sahaja. Tubuh badan manusia adalah kunci kepada rahsia air ini. Rahsia manusia ada jaluran elektrik yang
dinamakan AURA adalah kerana rahsia air ini juga! Lupakah kita sewaktu dalam kandungan perut ibu di dalam
kandungan air semata-mata?

• Air diperakui oleh saintis sedunia sebagai alat perakam terbaik. Air sebenarnya boleh merakam setiap bunyi
gema getaran yang dihadirkan kepadanya dengan baik termasuk dengan kata-kata dan juga dari hanya niat kita
(tanpa kata-kata). Itulah keistimewaan air yang kita sangka hanya untuk pembersihan semata-mata. Islam
mendidik kita mengambil wuduk dengan air dengan niat, begitu juga dengan mandian dari hadas kecil ataupun
besar yang harus di letakkan dengan niat. Tidakkah kita pernah terfikir air itu sedang merakam niat kita?
Molekul air mempunyai struktur yang mudah. Namun begitu, struktur ini dapat menghasilkan tindak balas yang
kompleks. Air terdiri daripada satu atom oksigen dan dua atom hidrogen.

• Kajian saintifik di Jepun : Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama dengan tekun melakukan penyelidikan
tentang perubahan molekul air. Air murni dari mata air di Pulau Honshu didoakan mengikut tradisi agama
Shinto, lalu didinginkan sehingga -5 °C di makmal, kemudian ia diambil gambar dengan mikroskop elektron
dengan kamera halaju tinggi. Ternyata molekul air tersebut membentuk kristal segi enam yang indah.

• Ujikaji diulangi dengan membacakan kata, “Arigato (terima kasih dalam bahasa Jepun)” di depan botol air tadi.
Kristal yang terbentuk sangat indah. Lalu dicuba dengan menghadapkan tulisan huruf Jepun, “Arigato”. Kristal
membentuk dengan keindahan yang sama. Selanjutnya ditunjukkan kata “syaitan”, maka molekul air berbentuk
buruk. Diputarkan muzik Symphony Mozart, kristal muncul berbentuk bunga. Ketika muzik heavy metal
diperdengarkan, molekul kristal air itu terus hancur. Ketika 500 orang berkonsentrasi memusatkan pesanan
“peace” di depan sebotol air, kristal air tadi mengembang bercabang-cabang dengan indahnya. Dan ketika diuji
dengan dibacakan doa Islam, kristal bersegi enam dengan lima cabang daun muncul berkilauan. Subhanallah!

• Semasa di suatu seminar yang rata–ratanya dihadiri oleh bukan Islam, Prof. Masaru Emoto menunjukkan
beberapa molekul air yang buruk rupanya. Kemudian yang terakhir beliau menunjukkan molekul-molekul air
yang begitu indah, berbentuk kristal yang bercabang-cabang dan berkilauan. Beliau kemudiannya bertanya
kepada hadirin tentang molekul air tersebut. Hadirin senyap. Dengan yakinnya seorang peserta seminar dari
Malaysia bangun dan berkata “Itu molekul air zam-zam, air yang paling mulia”. Prof. Emoto menggangguk dan
berkata “Saya tidak pasti sama ada itu adalah air yang paling mulia atau tidak tetapi memang benar itu adalah
molekul air zam-zam”. Dr. Emoto akhirnya mengelilingi dunia melakukan percubaan dengan air di Swiss, Berlin,
Perancis, Palestin, dan ia kemudian diundang ke Markas Besar PBB di New York untuk membentangkan hasil
penemuannya pada bulan Mac 2005 lalu. Ternyata air boleh ”mendengar” kata-kata, “membaca” tulisan, dan
boleh “mengerti” pesanan.

• Di dalam bukunya iaitu “The Hidden Message in Water”, Dr. Masaru Emoto menghuraikan bahawa air
mempunyai sifat yang boleh merakam pesanan, seperti pita magnetik atau compact disk. Semakin kuat
konsentrasi yang diberikan oleh pemberi pesanan (contoh pembaca doa perubatan menggunakan air) maka
akan semakin kuat dan berkesan rakaman yang dirakamkan pada molekul air berkenaan. Maka air itu boleh
memindahkan pesanan tadi melalui molekul air yang lain.

• Penemuan ini menjelaskan air putih yang didoakan mampu menyembuhkan penyakit mengikut bacaan dan niat.
Air berkemampuan untuk menangkap pesanan dan niat doa untuk penyembuhan penyakit lalu dipindahkan
pesanan dan niat itu kepada molekul air yang ada dalam badan pesakit itu contohnya kepada molekul cecair
darah. Tubuh manusia terdiri daripada 75% air. Otak mempunyai 74.5% air, Darah 82% air. Tulang yang keras pun
mengandungi 22% air.

• Rasulullah saw, bersabda, ”ZamZam Lima Syuriba Lahu,” maksudnya Air zam zam akan melaksanakan pesanan
dan niat orang yang meminumnya. Barang siapa yang meminumnya untuk merasa kenyang, dia akan berasa
kenyang. Barang siapa yang meminumnya dengan niat untuk penyembuhan, InsyaAllah dia akan sembuh.

• Persidangan Air Sedunia baru-baru ini di salah sebuah Universiti di Malaysia membuktikan segala fakta tentang
air. Sewaktu persidangan itu, air dari merata dunia diambil dan diperiksa akan “kehebatannya“. Kamera
berfrekuensi tinggi berjarak jauh digunakan untuk melihat akan gambaran yang terjadi kepada air yang sedang
di uji itu. Maka air dari Sungai Ganges dan juga termasuk Air Zam-Zam diuji dan dikenal pasti. Sesuatu yang
nyata adalah Air Zam-Zam sahajalah air yang begitu kukuh dalam merakam segala perubahan pada kadar
gelombang alam semesta ini dan strukturnya begitu kukuh (segi tiga). Keunikan Air Zam-Zam ini juga adalah
strukturnya tidak berubah, ia tidak akan terjejas di dalam apa sekali pun tekanan yang sedang diberikan
padanya. Ia tetap utuh sehinggakan seorang Professor dari Jepun memeluk agama Islam kerana keunikan Air
Zam-Zam yang beliau ketahui hanya ada di Kaabah. Lagi satu kehebatan air Zam-Zam ini adalah ia sahaja
didapati boleh merakam dengan tepat gelombang warna alam yang sering bertukar pada waktu-waktu yang
tertentu

KESIMPULAN

• Kesimpulannya, minum air zamzam ini mempunyai banyak khasiat dan keistimewaan yang tersendiri serta
pentingnya adab dan niat seseorang itu apabila hendak minum air zamzam ini. Sekiranya berniat baik dan halal,
In sha Allah ianya dimakbulkan oleh Allah s.w.t.

SUMBER RUJUKAN

• https://bidadari.my/khasiat-kelebihan-air-zamzam/
• https://cutiumrah.com/kelebihan-air-zam-zam/
• https://www.mstar.com.my/xpose/ad-din/2022/05/16/sebaik-baik-air-di-muka-bumi-umat-islam-perlu-tahu-

sejarah-kelebihan-air-zam-zam
• https://salam.my/15-khasiat-kelebihan-air-zam-zam-untuk-kesihatan-no-3-ramai-pandang-remeh/
• https://maktabahalbakri.com/37-kelebihan-air-zamzam-dan-hadith-tentangnya/

LAMPIRAN


Click to View FlipBook Version