The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 873-3-hajar, 2022-03-26 11:09:23

BMMB1104 TUGASAN 1 SITI HAJAR BINTI RAZALI

BMMB1104 SITI HAJAR BINTI RAZALI F2K

BMMB1104
KESUSASTERAAN
DAN KEBUDAYAAN

MEL
AYU
PENULIS:
SITI HAJAR BINTI
RAZALI

BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN
KEBUDAYAAN MELAYU



Penulis: Siti Hajar Binti Razali (F2K)

ISI KANDUNGAN
01 PENGENALAN
02 TAKRIF KESUSATERAAN MELAYU
03 JENIS KESUSATERAAN MELAYU
04 BENTUK KESUSASTERAAN MELAYU
05 CIRI-CIRI KESUSASTERAAN
MELAYU
06 FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU
07 MANIFESTASI AKAL BUDI :
PANTUN, SYAIR, SELOKA, GURINDAM

Pengenalan

Menurut Harun Mat Piah (2006), Perkataan ‘sastera’ berasal
daripada bahasa Sanskrit castra yang membawa maksud kitab
suci. Kesusasteraan pula membawa pengertian sebagai segala
penghasilan sastera yang dinikmati atau disampaikan, baik
melalui tulisan dan pembacaan mahupun melalui lisan dan
pendengaran. Hasil karya berdasarkan lontaran amanat serta
lontara idea dan fikiran pengarang. karya ditulis untuk
berkongsi idea fikiran pengarang kepada pembacanya.
sehubungan dengan itu, karya sastera Melayu mempunyai seni
bahasa yang indah dan tersusun. penggunaan diksi dapat
memberi kesan penghayatan kepada pembaca. Tambahan
pula, karya mempunyai nilanya tersendiri. Oleh itu, sesebuah
karya mencerminkan realiti kehidupan. Biasanya, karya ditulis
untuk meluahkan perasaan, melepaskan kecaman-kecaman
dan perasaan yang terbuku di hati. Berdasarkan sejarah, karya
ditulis untuk mengkiritik pihak penjajah dan menyemarakkan
semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat.

Jenis Kesusasteraan
Melayu

Kesusasteraan dibahagikan kepada dua kategori yakni
naratif dan bukan naratif. Kesusasteraan naratif
merupakan hasil sastera yang mengandungi
perkembangan plot. Dengan kata lain, ia adalah bahan
sastera yang menceritakan suatu peristiwa,
yangmengandungi unsur seperti watak, masa berlaku dan
tempat berlaku. Rentetan daripada itu, kesusasteraan
naratif wujud dalam bentuk prosa tetapi dalam keadaan
tertentu ia boleh dilahirkan dalam keadaan syair iaitu
syair naratif. Sehubungan dengan itu, kesusasteraan
naratif adalah satu hiburan yang biasa terdapat dalam
kehidupan manusia. Dalam masyarakat moden,kita dapat
menjumpai kesusasteraan naratif dalam bentuk cerpen,
komik, filem, drama dan sebagainya. Selain itu,
kesusasteraan bukan naratif pula ialah hasil
kesusasteraan yang tidak mengandungi plot. Oleh hal
yang demikian, bahan sastera ini mengandungi lebih
banyak ekspresi pengarang berbanding dengan
kesusasteraan naratif. Kesusteraan ini lebih banyak
dilahirkan dalam bentuk puisi.

Bentuk
Kesusasteraan

Antara bentuk kesusateraan ialah prosa dan puisi. Prosa merupaka
hasil kesusteraan yang ditulis dalamayat-ayat biasa, yakni dengan
menggunakan tatabahasa mudah. Biasanya ayat-ayat dalam
kesusasteraan akan disusun dalam bentuk karangan. Justeru, prosa
adalah satu bentuk kesusasteraan yang lebih mudah difahami
berbanding dengan puisi. Contoh kesusasteraan prosa ialah cerpen,
novel, skrip drama, essei dan sebagainya.

Selain itu, puisi merupakan hasil kesusasteraan yang ditulis dengan
tidak menuruti tatabahasa. Ia sebenarnya tidak terdiri daripada ayat-
ayat yang lengkap, melainkan terdiri daripada frasa-frasa yang
disusun dalam bentuk baris-barisan. Pada lazimnya, puisi merupakan
bahasa yang berirama dan apabila dibaca pembaca akan berasa
rentaknya. Contoh bagi kesusasteraan puisi termasuklah sajak, syair,
pantun, gurindam, lirik,seloka, mantera dan sebagainya.

Ciri-ciri
Kesusasteraan

Ciri pertama ialah keindahan dalam karya sastera dapat dilihat melalui penggunaan gaya
dan lenggok bahasa. Oleh hal yang demikian, hasil karya dikatakan indah jika memnuhi
empat syarat iaitu syarat keutuhan, keselarasan, keseimbangan dan fokus kepada sesuatu
unsur.
Ciri kedua ialah mencerminkan pengalaman. Biasanya, karya dihasilkan berdasarkan
pengalaman seseorang. Dalam konteks ini, pengalaman merujuk kepada tindak balas yang
utuh daripada jiwa manusia yang digambarkan secara realiti. Justeru, utuh merujuk kepada
fikiran, imaginasi dan perasaan. Manakala, realiti pula merujuk kepada sesuatu yang dapat
memberi kesedaran kepada manusia. Dalam sastera, pengalaman diceritakan dalam
bahasa dan tulisan. Oleh disebabkan itu, bahasa ialah satu perkara yang dapat
meneruskan fikiran, menghayati, memikirkan dan merasakan perkara atau jalan cerita yang
inginkan disampaikan oleh pengkarya.
Ciri ketiga ialah pengalaman seni. Justeru, penghasilan karya yang baik ialah dapat
membuat pembaca memahami hasil karya yang dibaca melalui peristiwa yang dialami.
Dengan ini, pengkarya akan mendapat kepuasan atas karyanya jika karya yang dihasilkan
dapat difahami dan dirasai oleh pembaca serta pembaca dapat menerima hasil karyanya.
Lebih-lebih lagi, nilai karya sastera terletak pada perkara dan intipati yang hendak
disampaikan dan haruslah disampaikan menggunakan cara dan bentuk penyampaian yang
betul. Namun, pembaca harus sedar bahawa memahami dan merasai fikiran tidak cukup.
Oleh itu, pembaca harus sedar akan nilai-nilai yang terkandung dalam hasil karya tersebut.
Ciri keempat ialah karya seni. Terdapat tiga perkara yang membezakan karya sastera
dengan karya bukan sastera iaitu sifat fiksyen, nilai-nilai estetik, dan gaya bahasa yang
khusus. Lebih lanjut lagi, fiksyen merupakan karya sastera yang dihasilkan melalui imaginasi
pengkarya berdasarkan pengalaman atau tindak balasnya terhadap alam realiti. Daya
imaginasi yang tinggi amat penting dalam penghasilan sesuatu karya melalui dunia
khayalan. Dengan ini, pembaca dapat menghayati kenyataan dan masalah sesebuah karya
ke dalam bentuk konkrit. Selain itu, nilai-nilai estetik pada karya membolehkan pengkarya
mengungkapkan isi hati dengan lebih jelas dan mendalam. gaya bahasa yang khusus pula
ialah penggunaan bahasa dalam karya sastera berbeza dengan karya bukan sastera. Hal
ini bermakna, bahasa yang digunakan dalam karya sastera lebih kompleks dan puitis bagi
menarik perhatian pembaca dan pembaca juga dapat menghayatinya.
Walaubagaimanapun, sastera sebagai karya seni mempunyai empat ciri. Antara cirinya
ialah ialah keutuhan. Dalam konteks ini, setiap bahagian dalam karya sastera merujuk
kepada usaha mengungkapkan isi hati pengkarya. Ciri seterusnya ialah keseimbangan.
Karya yang baik haruslah mempunyai unsur-unsur karya sastera, sama ada dari segi ukuran
atau pemberatannya harus seimbang dengan fungsinya. selain itu, ciri keselarasan pula
ialah unsur dalam karya menjadi asas bagi mengukuhkan unsur yang lain dan bukan
mengganggu atau mengaburkannya. Terakhir ialah ciri penekanan iaitu memberi
penekanan kepada unsur yang lebih penting.

Fungsi Kesusasteraan Melayu

Selanjutnya, karya-karya kesusasteraan dihasilkan oleh pengarangnya bertujuan untuk
dinikmati dan dihayati oleh khalayak. Justeru, amat penting untuk pengarang mengetahui jenis
karya yang idperlukan oleh khalayak untuk mengetahui hasil karyanya itu diterima atau ditolak.
Hal ini demikian kerana, karya dikarang untuk memenuhi beberapa fungsi. Antara fungsi
kesusasteraan ialah kesusasteraan berfungsi sebagai alat pendidikan. Hal ini demikian kerana,
karya sememangnya dihasilkan oleh sekumpulan manusia yang berpengalaman luas dalam
bidang politik, ekonomi, sosiologi dan agama. Oleh itu, pengalaman mereka ini dijadikan
prosa atau puisi yang diadun dengan unsur moral atau pengajaran tinggi. Secara tidak
langsung, unsur pengajaran dan pembelajaran telah diserap dalam diri pembaca ketika
mereka membaca karya-karya yang telah dihasilkan.

Disamping itu, karya berfungsi memberi kepuasan estetik. menurut Hashim Awang, estetik
sebagai kajian atau sains tentang keindahan dalam sastera aty seni lainnya. Hal ini
bermaksud, kepuasan estetik adalah satu bentuk perasaan indah yang muncul sama ada
dalam diri penulis mahupun pembaca. Justeru, penulis cerita akan merasa tenteram dan damai
apabla mampu menghasilkan sesuatu cerita yang dapat menyentuh perasaan pembaca dari
segi jalan ceritanya. Bagi pembaca pula, dengan membaca hasil karya yang mempamerkan
keindahan, pembaca akan merasa satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan dalam
dirinya.

SSelain itu, sastera juga berperanan dalam usaha pengayaan khazanh ilmu dan persuratan
bahasa Melayu wajar dipertingkatkan kepada semua peringkat usia pembelajaran dan
pengajaran. Dengan cara ini, proses pembentukan jati diri dan cinta akan khazanah negara
dapat diatur, dilentur, dibentuk dengan sebaik-baik mungkin. Menurut, Shahnon Ahmad (1997),
kesusasteraan berperanan sebagai satucabang kesenian yang berteraskan cinta. Dalam
konteks ini, Cinta bermaksud cinta kepada keindahan dan cinta kepada kebenaran. Oleh itu,
setiap karya mendekatkan insan seni itu kepada sebahaigan kecil cakerawala Tuhan yang
luas. Oeh itu, kita semua haruslah menjaga budaya Malaysia bersama tidak kira golongan
kaya dan instimewa.

SSelain itu, sastera juga berperanan ]bagi mewujudkan semangat kekitaan dalam kalangan
rakyat dalam usaha membina sebuah negara bangsa yang bersatu padu. Justeru, Sastera
negara menitikberatkan nilai perpaduan dan penghargaan kepada satu bentuk budaya
kebangsaan untuk dikongsi bersama sebagai pemangkin bagi menyatupadukanrakyat. Oleh
itu, bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar untuk memperkasakan lagi fungsi
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

erakhir, sastera juga berperanan sebagai alat kawalan sosial dalam kehidupan
seharian.Contohnya, melalui cerita rakyatumpamanya, anggota masyarakat diberitahu
tentang perkara yang boleh dan tidak bolehdilakukan. Misalnya, jika derhaka kepada ibu
bapa, seseorang itu akan mendapat malapetaka sebagaimana yang diterima oleh Si
Tenggang. Oleh itu, karya sastera yang ditulis ini dapat menanam semangat dan pengajaran
untuk dijadikan panduan dalam kehidupan seharian. Walaubagaimanapun, perkembangan
masyarakat dipengaruhi oleh segala macam perubahan namunnilai moral yang terdapat
dalam cerita-cerita rakyat tetap sesuai dengan anggotamasyarakat itu baik dalam era mana
sekalipun.

Manifestasi Akal Budi
dalam Pantun

Pantun tidak wujud dalam kekosongan atau vakum. Pantun
merupakan manisfestasi terbaik seni sastera orang Melayu.
Sehubungan dengan itu, pantun digunakan untuk menyampaikan
pemikiran dan perasaan. Pantun merupakan kaedah rangkapan
yang tertua dan kepunyaan asal masyarakat Melayu sebelum
orang Melayu tahu menggunakan surat-menyurat. Oleh itu,
mereka akan berbalasa pantun. Ketinggian akal budi dalam
pantuan dapat dilihat dengan cara penyampaian pantun ini.

Pantun Nasihat

Masuk hutan pakai sepatu
Takut kena gigitan pacat
Kalau kita selalu bersatu
Apa kerja mudah dibuat

Manifestasi akal budi bagi pantun tersebut ialah pengarang
menggunakan unsur alam seperti hutan dan pacat. Berdasarkan
rangkap masuk hutan pakai sepatu,ini menunjukkan masyarakat
yang peka terhadap perkara yang patut dilakukan. Hal ini
demikian kerana, kita haruslah pakai kasut apabila hendak masuk
hutan jika tidak kita akan digigit pacat. Selain itu, rangkap
seterusnya menerangkan bahawa kita perlulah saling
bekerjasama dan bersatu padu apabila melakukan melakukan
sesuatu kerja. Kesannya, kerja akan menjadi lebih mudah dan
dapat disiapkan dengan lebih cepat.

Manifestasi Akal Budi
dalam Syair

Syair adalah bentuk puisi lama yang menggunakan bahasa kiasan dan indah dengan pilihan
diksi dan majas metafora. Syair juga merupakan sejenis puisi berlagu.


Syair Bidasari


Dengarkan tuan suatu riwayat
Raja di desa Negeri Kembayat
Dikarang fakir dijadikan hikayat
Supaya menjadi tamsil ibarat


Ada raja suatu negeri,
Sultan halifah akas bestari,
Asalnya baginda raja yang bahari,
Melimpah ngadil dagang senteri.


Hairan orang empunya temasya,
Baginda itulah raja perkasa,
Sangat tiada merasai susah,
Entah pada esok dan lusa


Seri sultan raja bestari,
Setelah ia sudah beristeri,
Beberapa bulan beberapa hari,
Hamillah puteri permaisuri


Beberapa lamanya dalam kerajaan,
Baginda duduk bersuka-sukaan,
Datanglah beroleh kedukaan,
Baginda meninggalkan takhta kerajaan


Datanglah kepada suatu masa,
Melayanglah unggas dari angkasa,
Unggas gurda sangat perkasa,
Menjadi negeri rosak binasa.


Datanglah menyambar suaranya bahana,
Gemparlah sekalian mulia dan hina,
Seisi negeri gundah-gelana,
Membawa diri ke mana-mana.


Baginda pun sedang dihadap orang,
Mendengar gempar seperti perang,
Bertitah baginda raja yang garang,
"Gempar ini apakah kurang.

Manifestasi Akal Budi
dalam Syair

Berdasarkan rangkap 1, dapat dilihat bahawa penyair bersifat rendah diri. Hal ini demikian
kerana, penyair membahasakan dirinya seorang yang fakir iaitu orang yang kekurangan dari
segi keperluan. Jelaslah, masyarakat Melayu sering merendahkan diri sebagai satu adab
apabila berhubung dengan orang lain. Akal budi seperti ini sentiasa mengingatkan kita untuk
sentiasa bersikap merendah diri dan tidak sombong dan berbangga dengan kelebihan yang
ada.

Berdasarkan rangkap 2 menerangkan bahawa ilmu sangat penting dan akan dipandang tinggi
oleh masyarakat. Seorang pemimpin haruslah berpelajaran dan berpengetahuan luas untuk
mentadbir negara. Di samping itu, pemerintah negara juga haruslah bersikap adil terhadap
rakyat jelata. Oleh itu, akal budi ini mengingatkan kita berilmu dan bersikap adil apabila
hendak melakukan sesuatu kerja agar negara sentiasa aman.

Berdasarkan rangkap 3 menerangkan bahawa pemerintah yang bijak dan gagah mampu
mentadbir negara dengan baik. Maka, kesejahteraan rakyat akan kekal terjamin. Di samping itu,
rakyat juga tidak perlu merasai kesusahan. Jelaslah, akal budi pemerintah yang bijak mentadbir
negara amat penting dalam pemilihan pemerintah negara kerana perkara ini akan menjamin
kesejahteraan rakyat dan negara.

Berdasarkan rangkap 4, Sultan yang bijaksana semakin gembira setelah dia berkahwin dan
dikurniakan zuriat. Akal budi yang terdapat pada rangkap ini ialah orang yang baik akan selalu
mendapat rezeki yang luas.

Berdasarkan rangkap 5, setelah sultan memerintah negara dengan aman dan bahagia, tiba-
tiba pelabagai dugaan yang melanda sehingga menyebabkan baginda terpaksa berundur dari
istana. Justeru, akal budi yang terdapat dalam rangkap ini ialah kita harus sedar bahawa setiap
kegembiraan pasti akan diuji dengan musibah dan sultan seharusnya bersedia dengan segala
musibah yang akan terjadi.

Berdasarkan rangkap 6, pada suatu hari muncul seekor burung raksasa melayang di ruang
angkasa sehingga menimbulkan kekacauan dan kemusnahan di negara. Akal budi yang terdapat
dalam rangkap ini ialah masyarakat yang tidak bersedia apabila diancam dengan sesuatu
musibah atau bencana.

Berdasarkan rangkap 7, burung geroda telah melakukan serangan besar-besaran dengan suara
yang bergema luar biasa. Semua rakyat mula ketakutan dan keadaan menjadi huru-hara dan
kalut. Seluruh negeri berduka tanpa arah tuju. Manifestasi akal budi yang dilihat ialah negeri
akan menjadi huru-hara jika tidak mempunyai seorang pemimpin. Oleh sebab itulah, setiap
negeri harus mempunyai pemimpin untuk mentadbir negara agar negara akan menjadi aman.

Berdasarkan rangkap 8, ketika sultan sedang berehat, baginda dikhabarkan dengan berita
yang telah melanda di negeri. Oleh itu, baginda telah bertitah untuk melakukan tindakan yang
seterusnya. Jelaslah, akal budi yang dapat dilihat pada rangkap ini ialah seorang sultan
haruslah berpandangan jauh dan bijak untuk menangani sesuatu masalah.

Manifestasi Akal Budi dalam
Seloka

SELOKA PAK KADUK



Pak Kadok
Seloka Pak Kaduk
Seloka Pak Kaduk Pak Kadok
Aduhai malang Pak kaduk,
Ayamnya menang kampung tergadai,
Ada nasi dicurahkan,
Awak pulang kebuluran,
Mudik menongkah surut,
Hilir menongkah pasang,
Ada isteri dibunuh,
Nyaris mati oleh tak makan,
Masa belayar kematian angin,
Sauh dilabuh bayu berpuput,
Ada rumah bertandang duduk,
Aduhai malang Pak Kaduk

Manifestasi akal budi masyarakat Melayu yan terdapat dalam seloka ini
ialah menyindir individu yang bersikap merugikan diri sendiri dan orang
lain. Hal ini demikian kerana, berdasarkan kisah Pak Kaduk ialah mengenai
nasibnya yang selalu ditimpa malang akibat sikapnya sendiri. Pak Kaduk
suka menyabung ayam. Ayam selalu menang apabila bersabung. Oleh itu,
pada suatu hari, Pak Kaduk menyabung ayam dengan seorang raja. Namun

begitu, ayamnya telah tertukar menyebabkan Pak Kadu kalah dalam
menyambung ayam. Oleh itu, Pak Kaduk telah kehilangan kampugnya.



Selain itu, pengarang juga mengkritik sikap individu yang mengabaikan ahli

keluarga. Dapat dilihat bahawa Pak Kaduk sering mengabaikan
keluarganya. Keluarganya terpaksa berlapar kerana kekurangan wang

akibat Pak Kaduk suka berjudi.



Selain itu,pengarang juga menyindir sikap masyarakat yang mudah
terpedaya dengan janjji manis. Buktinya, Pak Kaduk termakan dengan janji

Raja sehingga menyebabkan dia kehilangan kampungnya apabila dia
kalah menyabung ayam.

Berdasarkan seloka Pak Kaduk, kita dapat mengambil iktibar dan
pengajaran bahawa kita hendaklah menjauhi perbuatan yang tidak
berfaedah seperti perbuatan menyabung ayam dan berjudi kerana ia

hanya akan merugikan diri sendiri.

Manifestasi Akal Budi dalam
Gurindam

GURINDAM 12 FASAL 4



Barang siapa yang sudah besar,
Janganlah kelakuannya membuat kasar,

Barang siapa perkataan kotor,
Mulutnya itu umpama ketor.





Akal budi pada fasal empat ini, pengarang menjelaskan bahawa
pembaca yang sudah dewasa, kita pelrulah menjada adab semasa
bersosial. Kita haruslah berkelakuan senonoh dan menjaga kehormatan
diri. Kita juga haruslah menjaga mulut daripada bercakap mencarut atau
perkataan kotor yang akan menghilangkan kehormatan diri sendiri. Mulut
dan percakapan hendaklah jika sebaik-baiknya.

SUMBER RUJUKAN

Piah, M. H. (2006). Kesusasteraan Melayu tradisional. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rahmat, A., Zainuddin, M.Z, Bakar, A. S, Hassan, A.R., Awang, H. (2022).

Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu. Pustaka Al -Ehsan.


Click to View FlipBook Version