The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SURAT KWAPM KEPADA IBU BAPA - PEMBERIAN DUIT

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by siti aishah, 2021-07-12 04:46:13

SURAT KWAPM KEPADA IBU BAPA - PEMBERIAN DUIT

SURAT KWAPM KEPADA IBU BAPA - PEMBERIAN DUIT

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TEL: 06-2840740
SEKOLAH KEBANGSAAN LIMBONGAN FAX: 06-2840741

KM. 4, LIMBONGAN,
75200 MELAKA.

Email: [email protected]

Ruj. Kami:SKLM.700-4/3/3(2)
Tarikh: 12 JULAI 2021

Kepada :
Ibu bapa / Penjaga
….……………………………………………………..
Murid Kelas ……………………………………
SK.Limbongan, Melaka

Tuan,
PENYAMPAIAN BANTUAN AM PERSEKOLAHAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR
MISKIN (KWAPM) DAN e-KASIH KEPADA MURID PENDIDIKAN KHAS, TAHUN 1 HINGGA
TAHUN 6 BAGI TAHUN 2021

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Pemberian Bantuan KWAPM ini akan diadakan pada ketetapan seperti berikut :

Tarikh : 15 Julai 2021 (Khamis) - Tahap 1

16 Julai 2021 (Jumaat) - Tahap 2

Masa : 10.30 hingga 12.30 tengah hari (Tahap 1)

9.00 hingga 12.30 tengah hari (Tahap 2)

Tempat : Kantin SK.Limbongan, Melaka

3. Ibu bapa / Penjaga diminta membawa bersama :
3.1 Kad Pengenalan Ibu Bapa / Penjaga yang asal
3.2 Penyerahan wang bantuan hanya diberikan kepada ibu bapa / penjaga asal
murid sahaja. Wakil tidak dibenarkan. URUSAN PENYERAHAN BANTUAN HANYA
PADA HARI TERSEBUT SAHAJA. (Rujuk Jadual)

4. Kehadiran tuan semasa tempoh PKP ini hendaklah mematuhi SOP dengan
memakai pelitup muka, hadir dalam keadaan sihat, membawa pen sendiri dan
dibenarkan hanya seorang wakil sahaja bagi setiap murid dan keluarga. Anak - anak kecil
tidak dibenarkan dibawa bersama.

5. Kerjasama dan perhatian pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan
ribuan terima kasih. Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“MELAKAKU MAJU JAYA RAKYAT BAHAGIA MENGGAMIT DUNIA”

Saya yang menjalankan amanah,

SUHAILI BINTI ABD. RASAP

SUHAILI BINTI ABD. RASAP
GURU BESAR

Sk. 1. GPK HEM
2. UNIT HEM - KWAPM

__________________________________________________________________
“Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera”
#jpnmelakanombor1


Click to View FlipBook Version