The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MINIT MESYUARAT BIL 3.2020- PPKISKL

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by siti aishah, 2021-01-23 05:10:14

MINIT MESYUARAT BIL 3.2020

MINIT MESYUARAT BIL 3.2020- PPKISKL

SEKOLAH KEBANGSAAN LIMBONGAN
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

BERMASALAH PEMBELAJARAN
MINIT MESYUARAT PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

BIL 3/2020

Tarikh : 8 Disember 2020

Hari : Selasa

Masa : 10 pagi - 12.45 tengah hari.

Tempat : Makmal Komputer SK Limbongan

Kehadiran :

1. Pn. Suhaili Binti Abd. Rasap Guru Besar

2. Pn.Ruziah Binti Sapar GPK Pendidikan Khas

3. Pn. Norazia Binti Abd. Rahman Penyelaras PPKI

4. Pn. Siti Aishah Binti Hamzah Penolong Penyelaras & Setiausaha

5. Pn. Erdariny Binti Supeni Bendahari PPKI / Penyelaras HEM

6. Pn. Noorhafizah Bt. Ismail Guru PPKI / Penyelaras Kurikulum

7. En.Mohd Khafiz b. Karim Guru PPKI /Penyelaras Koku

8. Cik Zaitul Hafizah Binti Hassim Guru PPKI

9. En. Mohamad Ridzwan Bin Omar Guru PPKI

10. Pn. Sharifah Hasmah Binti Syed Yusoff PPM

11. Pn. Rabiah Binti Seman PPM

Tidak Hadir : -

AGENDA MESYUARAT:
1. Perutusan Pengerusi
2. Ucapan Penasihat - Pn. Suhaili Binti Abd. Rasap (Guru Besar)
3. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Bil 1/ 2020
4. Perkara berbangkit
5. Laporan Pengurusan PPKI 1/2020
5.1 Laporan Pengurusan dan Pentadbiran – Pn. Ruziah Binti Sapar
5.2 Laporan Unit Kurikulum - Pn. Noorhafizah Binti Ismail
5.3 Laporan Unit HEM – Pn. Erdariny Binti Supeni
5.4 Laporan Unit Kokurikulum – En. Mohd Khafiz Bin Karim
5.5 Laporan Kewangan PCG PPKI 2020
5.6 Laporan Kewangan Badan Kebajikan Tahun 2020
5.7 Perancangan Tahun 2021
6. Hal-hal lain
7. Penutup

1

1.0 Perutusan Pengerusi : Pn. Ruziah Binti Sapar - GPK Pend. Khas

1.1 Beliau mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua warga PPKI dan juga Pn.
Suhaili Binti Abd. Rasap (Guru Besar) sebagai wakil pentadbir kerana sudi hadir
mesyuarat pada kali ini.

1.2 Beliau juga turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru dan PPM
kerana telah bersama - sama membantu melaksanakan semua aktiviti yang telah
dirancang sepanjang tahun 2020.

1.3 Beliau menyatakan bahawa sepanjang tahun 2020, banyak aktiviti tidak dapat
dijalankan kerana negara mengalami COVID19.
Tindakan: Makluman

2.0 Ucapan Penasihat – Pn. Suhaili Binti Abd. Rasap (Guru Besar)
2.1 Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru PPKI dan PPM
kerana sudi menjemput dalam mesyuarat kali ini. Ucapan tahniah pada semua
guru dan ppm kerana dapat melaksanakan mesyuarat serta menjalan
tanggungjawab yang diamanahkan sepanjang tahun 2020.
2.2 Kemungkinan pada tahun 2021 masalah Covid 19 akan berterusan dan
menjangkakan bahawa murid hanya akan menjalani pembelajaran bersemuka
kurang daripada 6 bulan . Ini merupakan isu besar yang akan kita alami dan
kemungkinan murid juga akan ketinggalan dalam menguasai kemahiran 3M.
2.3 Pn. Suhaili Binti Abd. Rasap sangat teruja dan tersentuh hati akan komitmen yang
diberikan oleh guru - guru PPKI dalam menjalankan tanggungjawab
menyediakan modul kepada murid.
2.4 Beliau menyatakan banyak perubahan yang telah berlaku di SK Limbongan
dalam aspek pengurusan dan pentadbiran.
2.5 Pada tahun 2021, dijangka murid tahun 1 berjumlah 96 - 100 orang. Bagi murid
PPKI pula hanya seorang sahaja murid yang akan masuk.
2.6 Murid yang bernama Zikri akan ditempatkan di inklusif penuh untuk tahun
2021.
2.7 Murid yang dicalonkan untuk masuk ke dalam Pendidikan Khas bagi tahun
2021 masih dalam pertimbangan lagi dan pihak 3PK masih belum membuat

2

keputusan.
2.8 Guru perlu meletakkan “time frame” - perancangan takwim bagi sesi tahun2021.
2.9 “Sign Board” sekolah yang baru akan dinaiktaraf semula bagi kemudahan semua.

Tindakan : Makluman

3.0 Pengesahan Minit Mesyuarat yang lalu

Dicadangkan oleh : Cik Zaitul Hafizah Binti Hasim

Disokong oleh : En. Mohd Khafiz Bin Karim

Tindakan : Makluman

4.0 Perkara berbangkit:
4.1 Cik Zaitul Hafizah Binti Hasim telah menjadi guru tetap Pendidikan Islam di PPKI dan
juga memperolehi elauan PPKI.

4.2 HARI KUALITI (Hari Q)
4.2.1 Hari Kualiti Cemerlang Kokurikulum telah dilaksanakan di Jabatan Pendidikan
Negeri Melaka dengan memberi pengiktirafan dan hadiah kepada para
pemenang.

5.13 Program Inklusif
• Program ini tidak dapat dilaksanakan pada tahun 2020.
• Taklimat Inklusif telah dilaksanakan pada tahun 2020 oleh Pn. Noorhafizah
Binti Ismail. Pencapaian data inklusif mencapai 75%.

5.15 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
⚫ Terima kasih dan tahniah pada Cik Zaitul Hafizah Binti Hasim kerana telah
membantu guru - guru PPKI dalam pelaksanaan PBD sesi tahun 2020.
⚫ Pelaksanaan PBD tahun 2020 lebih tersusun dan mudah dilaksanakan dengan
berpandukan format yang diberikan.

5.1.6 Pencerapan hanya dilaksanakan sekali sahaja bagi tahun 2020.

3

5.1.9 (iv) PASR
⚫ Murid yang mengambil PASR tahun 2020 tidak dapat dilaksanakan kerana
tempoh PKP. Murid hanya menerima Tamat Persekolahan Rendah.

5.1.9 (v) Buletin
⚫ Tahniah dan ucapan terima kasih kepada Pn. Sharifah Hasmah Binti Syed
Yusoff kerana telah melengkapkan buletin bagi sesi tahun 2020.

5.2.5 Program Perkebunan
⚫ Guru Besar minta untuk memperluaskan tanaman perkebunan tetapi aktiviti
tidak dapat dilaksanakan kerana faktor tanah yang tidak sesuai.
⚫ Tahun 2021 akan dilaksanakan projek perkebunan.

5.3.3 Kempen Gosok Gigi
⚫ Program gosok gigi akan dilaksanakan pada tahun 2021.
Tindakan : Makluman

4

5.0 Laporan Pengurusan PPKI 2020

5.1 Perbincangan Profesionalisme
5.1.1 TEMPOH PKPB
⚫ Tahniah buat semua guru yang telah melaksanakan modul 1 hingga
4.
⚫ Murid telah laksanakan modul 1- 4.
⚫ Pelaksanaan modul oleh guru- guru sangat bagus dan menarik.
Contoh : Penyediaan Kit Pembelajaran - Pn. Erdariny Binti Supeni.
⚫ Modul yang dilaksanakan boleh dijadikan sebagai eviden.
⚫ Hasil maklum balas yang didapati sepanjang pelaksanaan modul :
◼ Muhammad Aizat Hakimi tidak melaksanakan tugasan.
⚫ Setiap guru perlu melaksanakan fail PBD bagi tahun 2021.

5.1.2 Rancangan Pengajaran Individu (RPI)
⚫ Dilaksanakan 3 kali setahun
⚫ Sidang 1 dan 2 telah dirancang pada awal tahun akan tetapi
pelaksanaan yang kurang memberangsangkan pada tahun 2020.
⚫ Perancangan tahun 2021 :
◼ Persidangan dibuat mengikut kelas.
◼ Guru perlu melaksanakan aktiviti, mencatat maklumat serta
melaksanakan intervensi.
◼ En. Rosli menyatakan guru perlu print out dan menyatakan
maklumat :
◆ Nama murid
◆ Masalah murid
◆ Intervensi yang ingin dilaksanakan.
◆ Keputusan atau maklum balas yang telah dilaksanakan.
◼ Guru yang mengajar perlu membuat intervensi.
◼ RPI perlu dicatat dalam RPH.
◼ Refleksi tidak boleh dicetak.

5

Tindakan : Makluman

5.1.3 Projek Khas Tahun 2021
⚫ Pembinaan Galeri Pendidikan Khas - Pn. Erdariny Binti Supeni.
⚫ Projek Perkebunan - En. Mohammad Ridzwan Bin Omar

Tindakan : En. Mohammad Ridzwan dan Pn. Erdariny

5.1.4 Tarikh - tarikh penting
◆ Minit Curai KSSR Tahun 5 :
⚫ Penyerahan minit curai adalah wajib kepada Pn. Siti Selyna.
⚫ Pn. Norazia perlu mencetak DSKP KSSR Tahun 5.
⚫ Guru perlu menyediakan laporan bergambar.
⚫ Guru perlu menyediakan perbentangan selama 10 minit pada 14

Disember 2020 (Isnin) jam 9.30 pagi.

berkursus. Tindakan : Pn. Norazia Abd. Rahman & Guru yang

◆ Perbincangan tarikh- tarikh penting akan dilaksanakan bersama
dengan penyelaras Kurikulum, penyelaras HEM dan penyelaras
Kokurikulum bagi sesi tahun 2021.

◆ Rancangan Pengajaran Harian perlu dihantar pada 14 Disember
2020.

◆ Guru perlu menghantar fail PDPC ke pejabat dalam tempoh 21 - 21
Disember 2020.

◆ Tarikh - tarikh mesyuarat :
◼ Mesyuarat Kurikulum Bil 3/ 2020 - 21 Disember 2020
◼ Mesyuarat HEM Bil 3/200 - 22 Disember 2020
◼ Mesyuarat Kokurikulum Bil 3/2020 - 23 Disember 2020

◆ Pungutan Bayaran dan Orientasi tahun 1 bagi sesi 2021 - 18 Januari
2021.

◆ Gotong - royong : 18 - 19 Januari 2021
◆ Tarikh Sesi Persekolahan : 20 Januari 2021

6

◆ Mesyuarat Guru Bil 1/2021 - 25 Januari 2021

5.1.5 Perancangan Tahun 2021
⚫ Perlantikan Jawatankuasa sesi 2021
⚫ Kelas Tahun 2021 / Guru Kleas
i. Progresif 1 - Pn. Siti Aishah Binti Hamzah
ii. Progresif 2 - Pn. Noorhafizah Binti Ismail
iii. Progresif 3 - Cik Zaitul Hafizah Binti Hasim
iv. Progresif 4 - Pn. Erdariny Binti Supeni.
⚫ Guru bagi mata pelajaran tahun 2021 adalah sama seperti tahun
2020.
⚫ Kelas Progresif 4 akan menggunakan KSSR Tahun 5.
⚫ Pelaksanaan jadual waktu akan dikendalikan oleh Pn. Norazia
Binti Abd. Rahman.
⚫ Perlantikan pegawas bagi sesi tahun 2021
◆ Muhammad Ariq Shaheer Bin Mohd Shafee
◆ Muhammad Hairy Hakimi Bin Mohd Samsol
⚫ Aktiviti terapi dan lawatan tidak dapat dilaksanakan pada tahun
2020 maka aktiviti ini akan dilanjutkan pada tahun 2021.
⚫ Lawatan pada tahun 2021
◆ Cameron Highland
◆ Akuaria KLCC
⚫ Pelaksanaan aktiviti kokurikulum
◆ Kebudayaan 6 jam
◆ Permainan 6 jam
◆ Badan Beruniform 6 jam
⚫ Program 1M1S - semua murid wajib mengikuti program ini pada
setiap hari selasa (7.40 - 8.40 pagi)
⚫ Perancangan perlu dihantar sebelum 24 Disember 2020.

Tindakan : Makluman

7

5.2 Pengurusan Kurikulum: Pn. Noorhafizah Binti Ismail.
⚫ Laporan Perancangan berkaitan dengan kurikulum melalui Lampiran
Laporan perancangan kurikulum.

⚫ Laporan Pentaksiran Bilik Darjah
i. Murid yang mencapai tahap band 2 sahaja yang perlu mengisi
maklumat dan menyatakan justifikasi.
ii. Terima kasih kepada ustazah Zaitul Hafizah kerana telah
menyediakan headcount untuk PPKI.
iii. Laporan PBD perlu diserahkan kepada Cik Zaitul Hafizah dan setiap
guru perlu menyimpan bahan di dalam fail guru sendiri.

Tindakan: Makluman

5.3 Pengurusan Hal Ehwal Murid ( HEM): Pn. Erdariny Binti Supeni

5.3.1 Perancangan berkaitan dengan hal ehwal murid (HEM) melalui
Lampiran Laporan Perancangan Hal Ehwal Murid (HEM).

5.3.2 Murid baru yang mendaftar di PPKI SK Limbongan Tahun 2020 :
⚫ Muhammad Aizat Hakimi Bin Abdullah.
⚫ Muhammad Hairy Hakimi Bin Mohd Samsol.
⚫ Muhammad Ariq Shaheer Bin Mohd Shafee
⚫ Muhammad Iqwan Haziq Bin Abdullah.
⚫ Adam Haiqal Bin Abdullah

5.3.3 Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
i. Pendaftaran RMT bagi sesi tahun 2021 - Muhammad Ariq
Shaheer Bin Mohd Shafee.

8

ii. Terima kasih kepada Cikgu Mohamad Ridzwan kerana
membantu dalam pengurusan makanan RMT Qiyu Syaqirin.

5.3.4 Elaun Murid Khas (EMK)
⚫ Muhammad Ariq Shaheer Bin Mohd Shafee akan menerima elaun
pada tahun 2021.

5.3.5 Murid yang ke Sekolah Menengah Tun Tuah :
◆ Muhammad Aizat Hakimi Bin Abdullah
◆ Nurul Aini Solehah Binti Mohd Fairul.

5.3.5 Penyediaan Hadiah Hari Jadi bagi sesi tahun 2020.

Tindakan : Makluman
5.4 Pengurusan Kokurikulum: En. Mohd Khafiz Bin Karim

5.4.1 Perancangan berkaitan dengan kokurikulum melalui Lampiran
Laporan Perancangan Kokurikulum.

5.4.2 Jadual Aktiviti Kokurikulum Pendidikan Khas Peringkat Zon dan
Negeri Tahun 2021 perlu merujuk kepada takwim jabatan.

Tindakan : Makluman

5.4.3 Perjumpaan bagi setiap unit dan menyediakan perancangan :
⚫ Pengakap 12 kali - En. Mohamad RIdzwan BIn Omar
⚫ Kebudayaan 6 kali - Pn. Siti Aishah Binti Hamzah
⚫ Permainan 6 kali - En. Mohd Khafiz Bin Karim

Tindakan : Penyelaras setiap unit.

9

5.5 Laporan Kewangan PCG
⚫ Rujuk lampiran.
⚫ Kegunaan yang digunakan pada tahun 2020 :
◼ Mesin liminat
◼ Pemotong kertas
◼ Bahan keceriaan dapur dan tandas.

Tindakan : Makluman

5.6 Laporan Badan Kebajikan
⚫ Tahun 2021, murid perlu membeli sendiri vest dan tali leher.

5.7 Laporan Tabung Murid
◼ Pemberian duit kepada murid yang tamat persekolahan iaitu Muhammad
Aizat Hakimi dan Nurul Aini Solehah.
◼ Murid hanya perlu menyimpan duit RM 100 sahaja untuk dibawa ke
tahun 2021.

Tindakan : Makluman

6.0 Hal-hal lain

6.1 Pn. Norazia perlu mengumpul laporan aktiviti sepanjang tahun 2020 mengikut unit
masing- masing dan kemudian “binding” dalam 3 set.
Tindakan : Pn. Norazia Abd. Rahman

6.2 Setiap aktiviti yang dilaksanakan, guru perlu menyediakan laporan bergambar
sebanyak 3 salinan.

6.3 Pn. Ruziah Binti Sapar menggalakkan guru-guru PPKI memohon jawatan sebagai
guru cemerlang kerana beliau berpendapat bahawa semua guru PPKI mempunyai
10

komitmen yang tinggi dan berkelayakan.
6.4 Penyelaras setiap unit perlu melengkapkan perancangan PPKI tahun 2021.

Tindakan : Makluma

7.0 Penutup:

7.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan PPM atas
kerjasama yang diberikan dan mengharapkan perancangan yang dibuat dapat
dilaksanakan dengan baik dan berjalan lancar. Kejayaan dan kemecerlangan
PPKI adalah tanggungjawab bersama.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.45 tengah hari.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

Cik Siti Aishah Binti Hamzah Pn Ruziah Binti Sapar
Setiausaha GPK Pendidikan Khas,
Program Pendidikan Khas Integrasi Program Pendidikan Khas Integrasi
SK Limbongan, Melaka SK Limbongan, Melaka

11


Click to View FlipBook Version