KERTAS CADANGAN PERKAMPUNGAN BAHASA BITARA PERINGKAT DAERAH RAUB TAHUN 2023 ANJURAN: JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG DENGAN KERJASAMA : PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH RAUB DIKELOLAKAN OLEH: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TENGKU KUDIN
1. PENGENALAN Perkampungan Bahasa BITARA dilaksanakan di bawah inisiatif #108 Pemartabatan Pendidikan Bahasa Melayu, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2025 (PPPM 2013-2025). Kertas konsep ini adalah sebagai rujukan dan garis panduan kepada jabatan pendidikan negeri (JPN), pejabat pendidikan daerah (PPD) dan sekolah bagi melaksanakan Perkampungan Bahasa Bitara Sekolah Menengah kepada murid tingkatan lima sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Program ini selaras dengan hasrat KPM melahirkan Anak yang Baik lagi Cerdik (ABC) dan menyokong teras keempat daripada tujuh teras utama KPM iaitu keciciran pendidikan, masalah literasi dan merapatkan kesenjangan pendidikan. Program ini menekankan konsep pembelajaran yang menyeronokkan di luar bilik darjah. 2. OBJEKTIF Selepas tamatnya aktiviti ini, murid diharapkan dapat: i. Membantu meningkatkan kecemerlangan murid dalam ujian lisan Bahasa Melayu SPM; ii. Menyediakan peluang kepada murid dalam aktiviti lisan Bahasa Melayu secara bersasar; iii. Meningkatkan keseronokan dalam aktiviti kebahasaan di luar bilik darjah. 3. BUTIRAN AKTVITI 3.1.1 Tarikh - 28 November 2023 3.1.2 Hari - Selasa 3.1.3 Masa - 8.00 pagi – 3.00 petang 3.1.4 Sasaran Peserta - Murid Tingkatan 5 yang mencapai Gred D dan E dalam Peperiksaan Percubaan 2023
3.1.5 Tempat Aktiviti - Dewan dan Bilik-bilik Khas SMK Tengku Kudin, Raub, Pahang. 3.2 Persiapan Bengkel - Penetapan fasilitator dan kumpulan - Peralatan dan siar raya - Peserta mengikuti bengkel yang telah dijadualkan secara berkumpulan 4. JADUAL PROGRAM Masa Aktiviti Catatan 7.30 – 8.00 pagi Pendaftaran AJK Pendaftaran 8.00 – 8.30 pagi Taklimat Penyelaras Program 8.30 – 10.00 pagi Slot 1: Pengucapan Awam Resensi Buku Nyanyian SMK Dong SMK Chung Ching SMK Tengku Kudin 10.00 – 10.30 pagi Minum Pagi AJK Jamuan 10.30 – 11.30 pagi Slot 2: Permainan Bahasa Deklamasi SEMESTA SMK Methodist 11.30 – 12.00 tengah hari Makan Tengah hari AJK Jamuan 12.00 tengah hari – 1.30 petang Slot 3: Baca Berita Bercerita SMK Mahmud, SMK Tersang SMK Gali, SMK Sungai Ruan 1.30 – 2.30 petang Penutupan AJK Penutup
5. JAWATANKUASA 5.1Jawatankuasa Induk Penasihat : En Nor Ahmad bin Abdul Rahim, AAP., AMP (Ketua PPD Raub) Pengerusi : Tn Haji Ahmad Halimi bin Hj Harun (Timb. PPD Sektor Pembelajaran) Setiausaha : Pn Nurul Huda binti Mohamed Mokhtar (SISC+ Bahasa) Penyelaras : En Hassan @ Abdul Rahim bin Ramli (Pembangunan Bakat Murid) 5.2Jawatankuasa Pengelola i. AJK Pendaftaran : SMK Sungai Ruan ii. AJK Kebersihan : SMK Chung Ching, SMK Dato Shahbandar Husain iii. AJK Peralatan / Bahan : SMK Sega, SMK Gali iv. AJK Dokumentasi : SMK Mahmud v. AJK Persiapan Tempat & Siar raya : SMK Tengku Kudin, SMK Seri Raub vi. AJK Jamuan : SMK Dong vii. AJK Kebajikan : SMA Al-Falah, SMA Al-Ulum Addiniah Dong viii. AJK Sijil & Hadiah : SMS Tengku Abdullah, SMK Tersang ix. AJK Penutup : SMK (P) Methodist
6. ANGGARAN PERBELANJAAN Bil Perkara Butiran Jumlah (RM) 1 Jamuan Peserta RM 12 150 orang RM 1800.00 2 Alat dan bahan Kertas Sebak, Marker, Kertas warna dan dan lainlain keperluan RM 500.00 3 Banner Rm 110.00 Jumlah Besar RM 2,410.00 7. PENUTUP Kesimpulannya Bengkel Perkampungan Bahasa BITARA diharapkan dapat memberi impak yang tinggi, meningkatkan kemahiran mendengar dan bertutur dalam kalangan murid serta memartabatkan Bahasa Melayu. Disediakan oleh: Disemak oleh: (Azizul bin Ali ) (Hassan @ Abdul Rahim bin Ramli) Penyelaras Bahasa Melayu Pengerusi JK Pengelola Disahkan oleh: (Pn Nurul Huda binti Mohamed Mokhtar) SISC+ Bahasa