The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NAMA: BM4062215 CHE WAN ALEEYA SYAFIQA BINTI C.W.ZALATI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1125-15-aleeya, 2022-03-25 10:13:40

FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU

NAMA: BM4062215 CHE WAN ALEEYA SYAFIQA BINTI C.W.ZALATI

FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU

ALAT INSTRUMEN ALAT KAWALAN SOSIAL
PENDIDIKAN PERPADUAN DALAM KEHIDUPAN
HARIAN

DAKWAH MEDIUM PROTES DAN HIBURAN
KRITIK SOSIAL

ALAT PENDIDIKAN

Karya-karya kesusasteraan terkandung banyak yang berkaitan
dengan unsur pendidikan. Pengarang-pengarang yang menghasilkan

karya sastera ialah seseorang yang telah menimba banyak
pengalaman. Pengalaman-pengalaman para pengarang ini dihimpun

dan ditulis segala kisah-kisah yang ditulis oleh mereka yang
terangkum didalamnya pelbagai bidang ilmu seperti ekonomi, politik,
sosiologi dan agama. Pengalaman mereka ditulis melalui prosa atau
puisi dan ditambah dengan unsur-unsur pengajaran,moral atau ilmu
pengetahuan yang tinggi nilainya. Wajarlah teks-teks sastera Melayu

dijadikan sebagai bahan bacaan supaya dapat mendidik dan
menerapkan nilai-nilai murni dan pengajaran untuk membina

insaniah dalam diri mereka.

INSTRUMEN PERPADUAN

Sastera Melayu merupakan elemen yang penting untuk
mewujudkan semangat bermasyarakat. Terdapat banyak
rusuhan yang berlaku antara kaum. Sastera Melayu juga

dapat memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa perpaduan. Semangat

perpaduan yang terdapat dalam buku sastera dalam
dipupuk melalui membaca. Selain itu, sastera juga dapat

menjana pemikiran masyarakat untuk menyemai
semnagat perpaduan dan keharmonian negara.

ALAT KAWALAN SOSIAL DALAM KEHIDUPAN

HARIAN



Sastera Melayu berfungsi sebagai alat kawalan sosial
misalnya melalui cerita rakyat. Mayarakat akan menanam
sikap tidak berputus asa, cinta akan negara dalam diri.

Sastera Melayu juga dapat menjadikan seseorang
individu mempunyai wawasan hidup. Sastera Melayu

bukan sahaja memberi hiburan tetapi juga
menyampaikan nasihat.

DAKWAH

Dakwah sebagai proses penyampaian pesan suci Tuhan
kepada manusia tentu sahaja disampaikan melalui
medium atau saranan yang difahami sebagai objek

dakwah (Mad’u). Islam juga mejunjung tinggi nilai-nilai
kesusasteran. Sastera dalam Islam perlu mempunyai ciri
waqi’iy, realistik dalam melihat seadanya. Pembangunan

sastera Islam telah disampaikan melalui pengaruh
dakwah. Teks sastera Islam tidak terbatas kepada cerita
para Nabi dan diolah kepada bentuk syair, pantun dan
hikayat. Oleh itu, kesusasteraan menyumbang kepada

pembentukan akhlak manusia

MEDIUM PROTES DAN KRITIK SOSIAL

Sastera ialah suatu rakaman kehidupan dalam pelbagai
bentuk dan pandangan yang berbeza. Oleh itu, hal ini
akan mempegaruhi tatasusila untuk tujuan menegurm

mengkritik dan menyampaikan mesej. Konsep
perjuangan karya sastera seperti ‘Harga Sebuah Maruah’

ialah perjuangan pertimbangan akal. Manakala, dalam
novel ‘Titis Darah Terakhir’, ialah perjuangan untuk
menegakkan hak perlukan pengorbanan dan
pertumpahan darah.

HIBURAN

Keperluan untuk menghiburkan melahirkan karya sastera
yang membawa keseronokan yang indah. Hiburan

terhasil dari keindahan kata-kata yang diungkapkan,
irama atau rentak yang yang tesusun, kemampuan karya
sastera untuk membelai emosi pembaca atau pendengar,

unsur kelucuan dan sebagainya. Kepentingan fungsi
hiburan menjadikan karya sastera seperti cerita

penglipur lara diterima oleh masyarakat sebagai karya
yang diminati dan digilai masyakarakat pada suatu ketika
popular kerana keupayaannya membawa keindahan yang

menghiburkan.


Click to View FlipBook Version