The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ibnulmunir, 2024-01-13 23:09:16

TATACARA PERMOHONAN TAULIAH MENGAJAR AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH

TAHUN 2024

Keywords: Tauliah

Unit Tauliah, Bhg. Fatwa Jabatan Mufti Negeri Kedah 1


Unit Tauliah, Bhg. Fatwa Jabatan Mufti Negeri Kedah 2 1.0 PENDAHULUAN Maklumat ini disediakan sebagai panduan kepada mana-mana orang yang ingin membuat permohonan Tauliah Mengajar Agama Islam di Negeri Kedah Darul Aman. 2.0 MAKLUMAT UMUM 2.1 Semua permohonan Tauliah Mengajar hendaklah dibuat menggunakan borang di atas talian (Online). Pemohon perlu melengkapkan borang yang disediakan melalui pautan link yang diberikan. 2.2 Permohonan Tauliah Mengajar baharu boleh dilakukan bermula 24 Januari 2024 sehingga 25 Februari 2024. 3.0 KATEGORI PERMOHONAN 3.1 Permohonan tauliah dikategorikan kepada tiga (3) jenis iaitu: 3.1.1 Fardhu Ain (Bahasa Melayu) - Feqah, Tauhid, Tasawuf 3.1.2 Fardhu Ain (Bahasa Arab) - Feqah, Tauhid, Tasawuf 3.1.3 Al-Quran Tajwid - Bacaan, Hafazan, Hukum Tajwid 3.2 Bagi pemohon kategori fardhu ain, hendaklah menduduki ketigatiga kertas ujian bertulis. Manakala, pemohon kategori Al-Quran Tajwid hanya perlu menduduki satu kertas ujian bertulis. 4.0 KAEDAH BAYARAN PERMOHONAN 4.1 Pemohon hendaklah menjelaskan bayaran permohonan secara atas talian melalui bil pelbagai yang diberikan (iBayar) atau secara bersemuka di kaunter Jabatan Mufti Negeri Kedah. TATACARA PERMOHONAN TAULIAH MENGAJAR NEGERI KEDAH DARUL AMAN


Unit Tauliah, Bhg. Fatwa Jabatan Mufti Negeri Kedah 3 4.2 Pemohon yang tidak menjelaskan bayaran permohonan tauliah dalam masa yang ditetapkan, dianggap tidak berminat untuk melakukan permohonan. 4.3 Bayaran permohonan tauliah adalah seperti berikut: Butiran Bayaran (RM) Warganegara Bukan Warganegara Fardhu Ain (Bahasa Melayu) RM 60.00 RM 100.00 Fardhu Ain (Bahasa Arab) RM 60.00 RM 100.00 Al-Quran Tajwid RM 30.00 RM 50.00 4.4 Kaedah bayaran permohonan adalah seperti berikut :


Unit Tauliah, Bhg. Fatwa Jabatan Mufti Negeri Kedah 4 5.0 KAEDAH PERMOHONAN 1. Semak syarat kelayakan permohonan. 2. Lengkapkan borang permohonan menggunakan borang permohonan di atas talian. 3. Pemohon akan diberikan bil pelbagai untuk proses pembayaran. 4. Menghadiri seminar menjawab soalan tauliah yang dianjurkan pada tarikh dan tempat yang ditetapkan. 5. Pemohon akan dipanggil untuk menghadiri ujian Bertulis (Tahriri) 6. Pemohon akan dipanggil untuk menghadiri Ujian Lisan (Syafawi) sekiranya lulus ujian bertulis (Tahriri). 7. Keputusan samada pemohon lulus dan layak Tauliah Mengajar Agama Islam akan diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengawasan setelah pihak Jawatankuasa berpuashati dengan kelayakan, memenuhi syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan keselamatan. *Sekiranya terdapat sebarang persoalan sila hubungi Unit Tauliah, Jabatan Mufti Negeri Kedah melalui :- e-mel : [email protected] atau talian telefon : 03-702 6333/ 6326.


Unit Tauliah, Bhg. Fatwa Jabatan Mufti Negeri Kedah 5 6.0 TATACARA UJIAN LISAN (TAHRIRI) Sebelum Menduduki Ujian Melengkapkan Permohonan secara manual atau atas talian. Membuat bayaran yang telah ditetapkan. Memastikan tempat ujian bertulis yang ditetapkan oleh pihak urusetia. Semasa Menduduki Ujian Bertulis Ujian penilaian ini mengandungi _________________ iaitu: Masa menjawab yang diperuntukkan adalah selama________________sahaja Pemohon hendaklah menghantar jawapan sebelum tamat tempoh masa yang ditetapkan Sekiranya pemohon tidak menjawab atau menjawab selepas tamat tempoh yang ditetapkan atau menutup sistem, maka permohonan Tuan/Puan akan dibatalkan Pemohon DILARANG untuk membuat sebarang bentuk salinan, simpanan, tangkap layar atau sebar mana-mana bahagian dalam soalan ini. Selepas Menduduki Ujian Bertulis Pemohon boleh mengetahui keputusan ujian penilaian melalui notifikasi yang akan diberikan sejurus tamat sesi ujian. Pemakluman juga akan diberikan melalui emel pemohon Sekiranya lulus ujian penilaian, pemohon akan dipanggil untuk menghadiri ujian lisan (Syafawi) pada tarikh dan tempat yang ditetapkan. 7.0 TATACARA UJIAN LISAN (SYAFAWI) Sebelum Menghadiri Ujian Lisan Membuat persediaan/ ulang kaji perkara-perkara asas Fardhu Ain (Tauhid, Feqah, Tasawuf) dan Al-Quran (Tajwid) Antara kitab yang boleh dirujuk bagi perkara asas Fardhu Ain adalah seperti berikut: (Feqh) - Kitab Fathul Mu’in (B.Arab) & Matla’ul Badrain (B.Melayu) (Tauhid) - Kitab Kifayatul ‘Awwam (B.Arab) & ‘Aqidah An-Najin (B.Melayu) (Tasawwuf) - Kitab Minhajul ‘Abidin (B.Arab & B.Melayu) (Tajwid) - Kitab Hidayatul Qari’ (Umum)


Unit Tauliah, Bhg. Fatwa Jabatan Mufti Negeri Kedah 6 Sebelum Menghadiri Ujian Lisan Bawa dokumen asal seperti berikut: 1. Kad Pengenalan 2. Sijil akademik 3. Kitab yang digunakan untuk mengajar atau belajar (bagi pengajian pondok); 4. Sijil kemahiran atau ikhtisas dalam bidang yang dipohon Hendaklah mematuhi etika seperti berikut: 1. Berpakaian sopan dan menutup aurat 2. Hadir 30 minit sebelum waktu ujian lisan 3. Mendaftar kehadiran yang disediakan 4. Hanya pemohon sahaja dibenarkan masuk ke bilik temu duga 5. Dilarang makan dan minum semasa ujian dijalankan 6. Dilarang membuat sebarang rakaman sama ada secara audio atau video 7. Menetapkan fungsi telefon bimbit dalam mod senyap 8. Dilarang membuat sebarang perkara yang boleh menganggu temuduga 9. Mengawal emosi sepanjang sesi ujian 10. Beredar segera setelah selesai ujian 11. Memastikan barang peribadi di bawah kawalan sendiri Selepas Menghadiri Temu Duga Keputusan permohonan Tauliah Mengajar akan dimaklumkan kepada pemohon melalui surat setelah diputuskan oleh Jawatankuasa Pengawasan dan Tauliah. PERHATIAN Jawatankuasa boleh menolak permohonan tauliah mana-mana pemohon yang gagal membawa dokumen dan mematuhi etika ujian lisan yang ditetapkan. 8.0 PENUTUP Semoga tatacara permohonan yang disediakan ini dapat membantu manamana pihak membuat permohonan Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman. Maklumat lanjut berkenaan tatacara ini boleh dikemukakan melalui e-mel : [email protected] atau talian telefon : 03-702 6333/ 6326 (Urusetia Tauliah)


Unit Tauliah, Bhg. Fatwa Jabatan Mufti Negeri Kedah 7 CARTA ALIR PERMOHONAN TAULIAH (SECARA ATAS TALIAN) Mengisi borang secara atas talian di link yang disediakan dengan lengkap. Menyertai seminar menjawab soalan Tauliah mengikut tempat dan tarikh yang ditetapkan. *Tarikh ujian bertulis akan dimaklumkan ketika seminar diadakan. Melakukan persiapan dan mengulangkaji madah/pelajaran yang dipohon. Pemohon yang lulus Ujian Bertulis akan menerima surat panggilan untuk ke Ujian Lisan (Syafawi) dan pemohon perlu hadir Ujian Lisan pada tempat dan tarikh yang ditetapkan. Menghadiri Ujian Bertulis (Tahriri) mengikut tempat dan tarikh yang ditetapkan. Menunggu bil pelbagai daripada Jabatan Mufti Negeri Kedah untuk proses pembayaran. *Pemohon akan menerima emel/whatsapp berkiatan manual bayaran secara online. Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui surat panggilan dan hebahan sosial media untuk menghadiri Majlis Penganugerahan Tauliah 1 2 3 4 5 6 7 24 Januari 2024 - 25 Febuari 2024 24 Januari 2024 - 15 March 2024 April & Mei 2024 Jun 2024 Ogos 2024 Oktober 2024


Unit Tauliah, Bhg. Fatwa Jabatan Mufti Negeri Kedah 8 INFOGRAFIK PERMOHONAN TAULIAH MENGAJAR AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH


Unit Tauliah, Bhg. Fatwa Jabatan Mufti Negeri Kedah 9 SOALAN-SOALAN LAZIM (FAQ) TAULIAH MENGAJAR AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH 1. Punca kuasa pengurusan tauliah? 2. Bahagian mana yg bertanggungjawab berkaitan tauliah? 3. Kaedah permohonan Tauliah? 4. Tempoh tauliah? Perbaharui? 5. Kategori Tauliah? 6. Batas kandungan yg disampaikan? 7. Syarat kelayakan untuk mohon tauliah? 8. Kadar bayaran? Baru dan perbaharui? 9. Kaedah pemabayaran fi? Bagaimana dan dimana? 10. Bila Ujian bertulis dan ujian syafawi diadakan? 11. Markah lulus ? Bagaimana nak tahu lulus? 12. Tempoh masa ujian bertulis dan ujian lisan? 13. Bilakah sijil tauliah diberikan? Berapa fi dikenakan untuk sijil tauliah? 14. Penarikan balik tauliah? 15. Kewajipan pemegang tauliah? 16. Kaedah memperbaharui tauliah? Kos perbaharui?


Click to View FlipBook Version