KEMAHIRAN
BERFIKIR
(PETA I-THINK)
KEMAHIRAN MEMBACA
DAN MEMBUAT NOTA
Disediakan Oleh : Merry Madi
ISI KANDUNGAN
PENGHARGAAN
PENGENALAN
KEPENTINGAN
JUSTIFIKASI PETA I-THINK
JENIS PETA I-THINK
RUMUSAN
RUJUKAN
PENGHARGAAN
Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana
diberi peluang dan kesempatan untuk
menyiapkan tugasan penghasilan produk bagi
subjek GKEB1072 Kemahiran Belajar dalam
tempoh yang ditetapkan dengan jayanya.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih
kepada ibu bapa saya yang sentiasa
memberikan semangat dan sokongan
sepanjang proses penghasilan kerja kursus ini.
Tidak lupa juga kepada pensyarah yang saya
hormati iaitu Puan Jaslinah Makantal yang
bertungkus-lumus memberikan tunjuk ajar serta
bimbingan kepada kami bermula daripada
taklimat sehingga tugasan ini selesai disiapkan.
Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan
terima kasih kepada rakan-rakan sekelas yang
sentiasa membantu menambah kefahaman
saya dalam menyiapkan tugasan ini.
PENGENALAN
KEMAHIRAN MEMBACA
Marohaini Yusoff (1989) mendefinisikan proses
membaca sebagai perlakuan yang kompleks dan
tidak dapat diperhatikan. Terdapat dua
komponen kemahiran utama yang dipersetujui
wujud dalam kemahiran membaca iaitu
kemahiran mengenal atau mengecam perkataan
dan kemahiran memahami apa yang dibaca.
KEMAHIRAN MENULIS NOTA
Howe (1986) menyatakan bahawa nota yang baik perlu
mengandungi tajuk, tarikh dan subtajuk yang
berkaitan. Manakala menurut Carmen dan Adams
(1984), pelajar perlu mencatat fakta yang penting
menggunakan singkatan dan simbol untuk menulis
nota yang ringkas.
KEPENTINGAN
KEMAHIRAN MEMBACA
Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa
dengan membaca, seseorang itu dapat
menambahkan ilmu pengetahuan mereka. Hal ini
kerana terdapat pelbagai maklumat yang
berkaitan dengan isu semasa dan pengetahuan
tentang kehidupan harian yang terdapat di
dalam buku, majalah dan surat khabar.
Tambahan pula, budaya membaca ini dapat
membantu pelajar lulus dengan keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan. Hal ini dikatakan
demikian kerana pembacaan bahan bacaan
yang banyak dapat menambahkan pengetahuan
tentang sesuatu mata pelajaran.
KEMAHIRAN MENULIS NOTA
Antara kepentingan kemahiran menulis nota ialah kita
dapat menjimatkan masa untuk mengulangkaji
pelajaran terutama sekali pada hari peperiksaan.
Selain itu, dengan menulis nota, kita dapat memahami
sesuatu yang telah kita pelajari dan ia boleh
dianggap sebagai inti-pati bagi matapelajaran
tersebut. Kita juga dapat membezakan antara fakta
yang penting dan yang kurang penting. Hal ini
dikatakan demikian kerana nota yang kita tulis itu
merupakan rumusan penting yang sebaik-baiknya kita
kuasai dan hafal. Akhir sekali, ia memudahkan kita
dalam proses mengingat.
JUSTIFIKASI
PETA I-THINK
PETA I-THINK
Peta I-Think merupakan salah satu cabang daripada
kemahiran berfikir aras tinggi. Peta pemikiran I-Think ini
juga merupakan salah satu inisiatif daripada
Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melahirkan
generasi yang berfikiran kritis setaraf dengan peringkat
global. Bukan itu sahaja, ia juga membantu kita dalam
penyusunan grafik yang digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran murid di sekolah. Murid
dan guru amat digalakkan untuk mengaplikasikan peta
I-Think ini untuk meningkatkan lagi kualiti sesi
pembelajaran yang memberangsangkan. Terdapat 8
jenis peta pemikiran I-Think berserta dengan fungsinya
yang tersendiri.
PETA BULATAN
Peta bulatan digunakan untuk
sumbangsaran idea dan mempamerkan
pengetahuan sedia berkaitan dengan
sesuatu tajuk dengan memberikan
maklumat mengikut konteks.
PETA BUIH
Peta buih digunakan untuk meningkatkan
kebolehan murid bagi mengenal pasti
atau menunjukkan kualiti serta huraian
PETA BUIH BERGANDA
Peta buih berganda digunakan untuk
membanding beza sesuatu perkara atau
situasi.
PETA POKOK
Peta pokok digunakan untuk menyusun
maklumat dengan cara mengklasifikasi
atau membahagikan sesuatu perkara
mengikut kelas/kategori
PETA DAKAP
Peta dakap digunakan untuk
menerangkan bahagian-bahagian
sesuatu perkara secara menyeluruh dan
terperinci
PETA ALIR
Peta alir digunakan untuk membuat
urutan sesuatu proses
PETA PELBAGAI ALIR
Peta pelbagai alir digunakan untuk
menunjukkan dan menganalisis hubungan
sebab dan akibat.
PETA TITI
Peta titi digunakan untuk memberi
peluang kepada pelajar untuk
mengaplikasikan proses analogi dengan
menggunakan faktor penghubungan.
RUMUSAN
Melalui penghasilan produk ini, saya telah
mempelajari bagaimana untuk mencari dan
memperoleh maklumat dengan efektif. Melalui
kemahiran membaca dan menulis nota ini juga,
kita dapat mengembangkan ilmu pengetahuan
kita di mana ilmu pengetahuan tersebut dapat
menyelesaikan masalah dan membantu kita
dalam membuat keputusan. Oleh sebab itu,
kemahiran berfikir adalah sangat penting untuk
kita terutama sekali dalam mengaplikasikan
kemahiran-kemahiran yang lain bagi
meningkatkan kualiti pembelajaran kita di
sekolah.
RUJUKAN
Howe, N. (1986). Social play and
perspective-taking. In G. Fein & M. Rivkin
Carmen, R. A. dan Adams, W.R (1984).
Study Skill: John Wiley & Sons, Inc.
Marohaini Yusoff, (1989). Strategi
Pengajaran Bacaan dan Kefahaman:
Karya Bestari.
Perkembangan Kurikulum Kementerian
Pendidikan Malaysia (2013).
Yahya Othman, (2005). Trend dalam
pengajaran Bahasa Melayu: PTS
Publications & Distributors Sdn. Bhd.