The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by merrymadi25, 2022-04-27 10:49:19

Tugasan 3_BMMB1134_Merry Madi_BM SK3

Tugasan 3_BMMB1134_Merry Madi_BM SK3

KANDUNGAN

MUKA SURAT
PENGHARGAAN
1.0 PENGENALAN…………………………………………………………………………………..................................................…1
2.0 HALANGAN KOMUNIKASI……………………………………………………………................……………..2
3.0 ISU DALAM KETERAMPILAN BERBAHASA…………………………….......3
3.1 ISU BAHASA.....…………………….……………………………………………..................................................................4
3.2 ISU BUDAYA..........................................................................................................................................5
3.3 ISU MEDIA SOSIAL………………………………………………………………………..............................................6
4.0 RUMUSAN………………………………………………………………..................................................……………………………….7
5.0 RUJUKAN...................................................………………………………………………………………………………………………...8

PENGHARGAAN

Selamat sejahtera.

Terlebih dahulu, saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana diberi peluang dan kesempatan
untuk menyiapkan tugasan penghasilan produk bagi subjek BMMB1134 iaitu Keterampilan
Berbahasa dalam tempoh yang ditetapkan dengan jayanya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya yang sentiasa
memberikan semangat dan sokongan sepanjang proses penghasilan kerja kursus ini.

Tidak lupa juga kepada pensyarah yang saya hormati iaitu Puan Arbiah Maddahiri yang
bertungkus-lumus memberikan tunjuk ajar serta bimbingan kepada kami bermula daripada
awal taklimat sehingga tugasan ini selesai disiapkan.

Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas yang
sentiasa membantu menambah kefahaman saya dalam menyiapkan tugasan penghasilan
produk ini.

1.0 PENGENALAN

Menurut Abdul Muati @ Zamri Hj. Ahmad (2006), pengucap yang mahu berjaya
menyampaikan ucapan dengan teratur, lancar dan sempurna hendaklah berlatih
dengan bersungguh-sungguh sebelum tiba harinya berucap. Hal ini juga dikatakan
demikian kerana seseorang yang ingin melakukan ucapan di khalayak ramai
memerlukan persediaan awal supaya mereka yakin dan mampu menyampaikan ucapan
mereka dengan baik. Bukan itu sahaja, pengucap haruslah mempunyai keterampilan
berbahasa yang jelas supaya dapat menarik perhatian audiens dan mampu menjadikan
pengucapan mereka lebih tersusun. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010),
perkataan keterampilan ini didefinisikan sebagai kecekapan atau kemampuan
seseorang individu. Setiap pengucapan awam memerlukan seseorang individu yang
mempunyai keterampilan iaitu kecekapan dan kemampuan dalam berbahasa supaya
pengucapan tersebut kelihatan lebih formal. Walaubagaimanapun, terdapat juga
halangan serta isu dalam keterampilan berbahasa yang mampu menjejaskan
penyampaian dalam pengucapan awam.

2.0 HALANGAN KOMUIKASI

Komunikasi merupakan satu proses di mana manusia menghantar dan menerima
maklumat. Komunikasi juga didefiniskan sebagai satu proses di mana manusia
berkongsi pendapat, informasi serta cara untuk meluahkan perasaan kepada seseorang.
Proses interaksi ini berlaku untuk mencapai objektif seperti bertukar-tukar maklumat,
mempengaruhi tingkah laku, memujuk mahupun menukar keadaan fizikal dan mental
manusia. Abrams (1986) mendefinisikan komunikasi sebagai satu proses yang
berterusan iaitu berlaku proses pemindahan maklumat dan maklum balas daripada
penutur kepada penerima. Antara halangan komunikasi yang sering berlaku dalam
pengucapan awam dan keterampilan berbahasa ini adalah disebabkan oleh pengucap
tidak mempunyai persediaan awal. Hal ini akan mengakibatkan pengucap tidak mampu
menyampaikan pengucapan mereka dengan baik dan mengakibatkan audiens tidak
tertarik dengan pengucapan mereka. Selain itu, halangan komunikasi yang boleh
berlaku dalam keterampilan berbahasa juga disebabkan oleh pengucap tidak
mempunyai keyakinan dalam diri mereka. Apabila pengucap tidak mempunyai
keyakinan dalam diri mereka, pendengar akan mudah berasa bosan.

3.0 ISU DALAM KETERAMPILAN
BERBAHASA



Isu keterampilan berbahasa ini sering berlaku dalam kalangan
masyarakat. Tidak hairanlah jika generasi muda pada masa kini kurang
melibatkan diri mereka dalam pengucapan awam di sekolah mahupun di
luar sekolah seperti ceramah, forum, pidato dan syarahan. Perkara ini
adalah disebabkan oleh beberapa faktor isu dalam keterampilan berbahasa
seperti penggunaan bahasa rojak dan pengaruh media sosial dalam
kehidupan seharian.

3.1 ISU BAHASA



Isu penggunaan bahasa rojak ini merupakan salah satu isu dalam keterampilan berbahasa.
Pendeta Za’ba (1930) ada menjelaskan berkaitan dengan “bahasa cakap” dan “bahasa surat”.
Dalam perhubungan yang tidak rasmi, bahasa rojak ini sering dipandang remeh oleh sesetengah
masyarakat di Malaysia. Penggunaan bahasa rojak ini juga secara tidak langsung mampu
memberikan kesan buruk dalam perhubungan rasmi dan mudah mempengaruhi masyarakat
menjadikan isu penggunaan bahasa rojak sebagai suatu kebiasaan. Penggunaan bahasa rojak
secara berleluasa dapat mengurangkan penghargaan kepada bahasa sendiri, terutama sekali
dalam pilihan kata dan ungkapan. Sebahagian pengguna bahasa rojak malah berasa bangga
dengan berselang-seli menggunakan kata dan ungkapan dalam bahasa sendiri dan bahasa asing
supaya mereka kelihatan seperti berpengetahuan dan mampu menguasai bahasa asing. Antara
contoh penggunaan bahasa rojak yang menjejaskan keterampilan berbahasa seseorang individu
adalah seperti “Kali ini we all takkan bagi chance lagi. Mereka-mereka yang ditangkap ponteng
or smoking akan dirotan di khalayak ramai !”

3.2 ISU BUDAYA

Isu budaya ini banyak dipengaruhi oleh hiburan luar. Pengaruh hiburan luar adalah situasi di
mana masyarakat terpengaruh dengan budaya luar melalui pelbagai medium seperti melalui muzik,
filem, media sosial dan sebagainya. Sebagai contoh, tayangan drama yang mempamerkan watak-
watak yang membawa bahasa asing seperti bahasa inggeris. Bahasa inggeris mampu meningkatkan
lagi penguasaan bahasa seseorang individu namun bahasa Melayu iaitu bahasa kebangsaan
haruslah diberikan keutamaan.

3.3 ISU MEDIA SOSIAL

Menurut Denis McQuail (1987), kewujudan pengaruh yang ditimbulkan oleh media sosial kepada
khalayak dan audiens menjadikan media sosial sebagai premis untuk berkomunikasi. Dalam konteks
ini, media sosial terbukti mampu memberikan impak negatif terhadap keterampilan seseorang
berkomunikasi dalam kehidupan seharian. Penggunaan media sosial secara intensif dinilai akan
mengurangi keterampilan dan kualiti seseorang dalam melakukan komunikasi. Hal ini turut
didukung dengan semakin kurangnya keyakinan seseorang itu untuk berkomunikasi secara
bersemuka. Semakin banyak seseorang menghabiskan waktu di media sosial, semakin sedikit waktu
yang mereka habiskan untuk bersosialisasi secara langsung. Ketiadaan isyarat nonverbal dalam
komunikasi di media sosial mengakibatkan seseorang itu sukar untuk melakukan komunikasi yang
efektif dengan satu sama lain. Hal ini mengakibatkan seseorang lebih sulit memahami pesan dan
emosi yang disampaikan. Pada kenyataannya, isyarat nonverbal menunjukkan niat, sikap, dan
perasaan seseorang dalam berkomunikasi. Antara contoh pengaruh media sosial adalah seperti
penggunaan aplikasi Whatsapp dan Instagram secara berlebihan. Penggunaan media sosial secara
berlebihan ini mampu menjejaskan kemahiran komunikasi seseorang dan secara tidak langsung
menjejaskan keterampilan berbahasa individu tersebut. Hal ini disebabkan kerana, mereka kurang
berkomunikasi secara bersemuka dengan orang lain. Oleh hal yang demikian, ibu bapa memainkan
peranan yang penting untuk mengawal anak mereka dalam penggunaan telefon pintar terutama
sekali penggunaan media sosial.

4.0 RUMUSAN



Secara keseluruhannya, semua pihak haruslah memainkan peranan masing-masing
dalam membendung isu dalam keterampilan berbahasa ini. Ibu bapa memainkan
peranan yang penting dalam membentuk kanak-kanak menjadi seseorang yang
mampu berkomunikasi dengan baik. Guru juga perlu memberikan didikan kepada
pelajar supaya pelajar mampu meningkatkan kemahiran bahasa mereka dan
mempunyai keberanian untuk melakukan pengucapan awam di khalayak ramai.

5.0 RUJUKAN

SEKIAN DAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version