The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ziemahamid, 2024-06-21 19:51:36

BUKU PROGRAM AGM KE 17 2024

BUKU PROGRAM AGM KE 17 2024

كافا اينتكراسي رياض الصالحين KAFA INTEGRASI RIADHUSSOLIHIN JALAN BELANAK 17/43, SEKSYEN 17 40200 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN. T A R I K H M A S A T E M P A T • 22 JUN 2024 • 9.00 – 11.00 PAGI DEWAN RIYADH MASJID RIADHUSSOLIHIN MESYUARAT AGONG TAHUNAN JAWATANKUASA JEMAAH PENGURUSAN KAFAI RIADHUSSOLIHIN KALI KE-17 TAHUN 2024 DIRASMIKAN OLEH : TUAN HAJI ABD RAZAK BIN HAJI ABU BAKAR PENGERUSI JEMAAH PENGURUSAN KAFA INTEGRASI RIADHUSSOLIHIN


1 ISI KANDUNGAN Aturcara Mesyuarat Agong Kata Alu-aluan : Ketua Guru KAFAI Riadhussolihin Kata Alu-aluan : Pengerusi Jemaah Pengurusan KAFAI Senarai Ahli Jawatan Kuasa Pelaksana Mesyuarat Agong 2024 Senarai Ahli Jawatan Kuasa Jemaah Pengurusan KAFAI Sesi 2023-2025 Senarai Guru dan Kakitangan KAFAI Riadhussolihin 2024 Laporan Kuantiti Murid Dan Bilik Darjah 2024 Notis Mesyuarat Agong Kali ke-17 Maklum Balas Mesyuarat Agung Kali ke – 16 Laporan Aktiviti Tahunan Sekolah Sepanjang Penggal 2023-2024 Analisa Peperiksaan PSRA & UPKK tahun 2023 Laporan Kewangan Sekolah 2023 Usul-usul / Cadangan Lampiran


2 Aturcara Mesyuarat Agung 8.30 pagi : Pendaftaran Ibu Bapa dan AJK Jemaah Pengurusan 9.00 pagi : Pembukaan ( Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor & Nasyid Asma’ Ul-Husna ) Bacaan Doa Ustaz Khairul Afif Bin Fakhrurzi Kata Aluan Pengerusi Majlis 9.15 : Ucapan Ketua Guru Ustazah Nur Fatin Amalina binti Sameion Yusof : Ucapan Perasmian Oleh Pengerusi Jemaah Pengurusan Tuan Hj. Abd Razak bin Hj Abu Bakar 9.50 : Mesyuarat Agong KAFA : Membentang Dan Menerima Minit Mesyuarat Agung Khas Kewangan : Membentang Aktiviti Penggal 2023 - 2024 : Kewangan Berakhir Disember Tahun 2023 : Membentang Usul/Cadangan/Jawapan : Penyampaian Cenderahati Perasmi 11.00 : Ucapan Penangguhan : Bersurai / Jamuan Makan


3 Ucapan Pengerusi Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah taufik-Nya dapat kita berkumpul lagi di majlis Mesyuarat Agong Tahunan KAFA pada tahun ini. Di sini saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada barisan guru-guru kerana dengan komitmen yang tinggi dapat menjayakan majlis pada kali ini. Mesyuarat Agong pada kali ini merupakan pembentangan perancangan dan pelaksanaan aktiviti sepanjang tahun 2023 dan pemilihan AJK baru bagi sesi 2023/2024. Selain itu, mesyuarat kali ini juga dapat merapatkan hubungan antara pihak sekolah dan ibu bapa, perjumpaan ini juga dapat membolehkan kedua-dua pihak berbincang serta memberi pandangan masing-masing untuk meningkatkan lagi prestasi sekolah sama ada dalam pembentukkan sahsiah anak-anak serta pembangunan infrastruktur sekolah bagi mewujudkan zon selesa dalam kalangan anak-anak KAFAI Riadhussolihin. Dalam mesyuarat ini juga diharapkan dapat membuka peluang kepada keduadua pihak memberikan pemikiran dan tenaga bagi transformasi kemajuan pendidikan anak-anak kita. Adalah menjadi harapan saya selaku Pengerusi sekolah ini, agar ibu bapa dapat memberi sepenuh jiwa dan rasa bagi membantu meningkatkan kemajuan sekolah dari semasa ke semasa dan dapat menempah nama sebagai salah sebuah sekolah yang terbaik di kawasan ini khususnya. Pada kesempatan ini juga, saya ingin meminta kerjasama ibu bapa agar sentiasa peka dengan maklumat serta informasi yang disampaikan oleh pihak sekolah. Mencapai kejayaan seperti yang kita impikan bukan sesuatu yang mudah, pastinya memerlukan pengorbanan dan komitmen kedua-dua pihak. Ibu bapa dan pihak sekolah perlu sama-sama menyumbangkan tenaga, kewangan dan idea demi perkembangan dan kejayaan anak-anak kita. Kejayaan sekolah ini pasti dapat direalisasikan sekiranya kedua-dua pihak meningkatkan lagi mutu kejayaan sekolah ini Sekian, terima kasih. TUAN HJ. ABD RAZAK BIN HJ ABU BAKAR PENGERUSI KAFAI RIADHUSSOLIHIN


4 Ucapan Ketua Guru Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT dengan limpah kurnia dan izinnya,. Kita dapat mengadakan Majlis Mesyuarat Agung Pemilihan Kali Ke-17 khusus bagi KAFA Integrasi Riadhussolihin. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ibu Bapa yang dapat hadir pada Mesyuarat Agung Kali ke-17 ini. Kehadiran Ibu Bapa menunjukkan komitmen yang tinggi bagi merealisasikan Visi dan Misi KAFA Integrasi Riadhussolihin. Sokongan dan komitmen Ibu Bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk sekolah untuk menjadi lebih cemerlang dan seterusnya dapat mencapai misi sekolah. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua AJK yang banyak menabur jasa, buah fikiran dan juga sumbangan bagi menjayakan aktiviti serta pelbagai program sekolah. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Ibu Bapa yang telah memberi sumbangan sokongan dan kerjasama terhadap sekolah. Sesungguhnya tanggungjawab kita semua belum selesai bagi melahirkan anakanak yang cemerlang di Dunia dan di Akhirat. Semoga mesyuarat pada kali ini menghasilkan satu permuafakatan yang baik bagi meningkatkan kecemerlangan sekolah KAFA Integrasi Riadhussolihin. Sekian. “Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh”. USTAZAH NUR FATIN AMALINA BINTI SAMEION YUSOF KETUA GURU KAFAI RIADHUSSOLIHIN


5 AJK PELAKSANA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN JEMAAH PENGURUSAN KALI KE-15 KAFA INTEGRASI RIADHUSSOLIHIN SEKSYEN 17 Pengerusi : Tuan Hj Abd Razak bin Hj Abu Bakar Naib Pengerusi : Ustazah Nur Fatin Amalina Binti Sameion Yusof AJK Pelaksana : Pengacara Majlis Cik Nurfadhilah Binti Shamsuddin Bacaan Doa Ustaz Khairul Afif Bin Fakhrurzi Buku Program Ustazah Siti Nur Fitrah Binti Mohamad Kolil Ustazah Aziemah Binti Abdul Hamid Pendaftaran / Penyambut Tetamu Ustazah Rosyimah Binti Mohd Nor Ustazah Kamariah Binti Mohd Lair Persiapan Dewan Ustazah Hanizam Binti Kulan Ustazah Farizan Binti Fadzil PA Sistem Ustaz Mohd Shafifi Bin Mohd Radzi Jamuan Ustazah Halimaton Shakdiyah Binti Abdillah Ustazah Siti Nur Fadhilah Binti Mohamad Kolil Ustazah Mazlina Binti Dalil


6 SENARAI AHLI JAWATANKUASA JEMAAH PENGURUSAN KAFA INTEGRASI RIADHUSSOLIHIN SESI 2023-2025 PENGERUSI HAJI ABD RAZAK BIN HAJI ABU BAKAR TIMBALAN PENGERUSI EN MUHAMMAD SYARAF BIN IBRAHIM BENDAHARI NUR FATIN AMALINA BT SAMEION YUSOF TIMBALAN BENDAHARI SITI NUR FITRAH BT MOHAMAD KOLIL SETIAUSAHA MOHD SHAFIFI BIN MOHD RADZI AJK Guru USTAZAH ROSYIMAH BT MOHD NOR AJK Ibu Bapa EN HELMI BIN MUHD ZAN AJK Guru USTAZ KHAIRUL AFIF B FAKHRURZI AJK Ibu Bapa EN ZURNI BIN ISMAIL TIMBALAN SETIAUSAHA PN FARHANA HANIM BT AHMAD JAMAL ARBEE AJK Ibu Bapa PN AMIDAH BINTI HAMDAN PEMERIKSA KIRA-KIRA EN ABDUL HADI B. RAHMAT


7 SENARAI GURU DAN KAKITANGAN KAFAI RIADHUSSOLIHIN 2024 KETUA GURU • NUR FATIN AMALINA BT SAMEION YUSOF • PERLANTIKAN JAIS • MULA BERKHIDMAT : 2022 PENOLONG KANAN 1 • MOHD SHAFIFI BIN MOHD RADZI • PERLANTIKAN JAIS • MULA BERKHIDMAT : 2012 PENOLONG KANAN 2 HEM • SITI NUR FITRAH BT MOHD KOLIL • PERLANTIKAN JAIS • MULA BERKHIDMAT : 2017 GURU KAFA • FARIZAN BT HJ FADZIL • PERLANTIKAN JAIS • MULA BERKHIDMAT : 2020 GURU KAFA • KAMARIAH BT MOHD LAIR • PERLANTIKAN JAIS • MULA BERKHIDMAT : 2020 GURU KAFA • HANIZAM BT KULAN • PERLANTIKAN JAIS • MULA BERKHIDMAT : 2020 GURU KAFA • ROSYIMAH BT MOHD NOOR • PERLANTIKAN JAIS • MULA BERKHIDMAT : 2022 GURU KAFA • AZIEMAH BT ABDUL HAMID • PERLANTIKAN JAIS • MULA BERKHIDMAT : 2021 GURU RAKYAT • HALIMATON SYAKDIYAH • GURU RAKYAT • MULA BERKHIDMAT : 2018 GURU RAKYAT • MAZLINA BT DALIL • GURU RAKYAT • MULA BERKHIDMAT : 2019 GURU KAFA • KHAIRUL AFIF BIN FAKHRURZI • PERLANTIKAN JAIS • MULA BERKHIDMAT : 2022 KERANI • NURFADHILAH BT SHAMSUDDIN • MULA BERKHIDMAT: 2021 MULA BERKHIDMAT :


8 16 muridLAPORAN KUANTITI MURID DAN BILIK DARJAH KAFAI RIADHUSSOLIHIN 2024 NAMA KELAS LELAKI PEREMPUAN JUMLAH 1 BUKHARI 16 murid 13 murid 29 murid 1 MUSLIM 16 murid 12 murid 28 murid 2 BUKHARI 14 murid 12 murid 26 murid 2 MUSLIM 16 murid 12 murid 28murid 3 BUKHARI 16 murid 15 murid 31 murid 3 MUSLIM 18 murid 15 murid 33 murid 4 BUKHARI 13 murid 17 murid 30 murid 4 MUSLIM 15 murid 14 murid 29 murid 5 BUKHARI 17 murid 11 murid 28 murid 5 MUSLIM 13 murid 16 murid 29 murid 6 BUKHARI 13 murid 11 murid 24 murid 6 MUSLIM 11 murid 13 murid 24 murid JUMLAH KESELURUHAN 178 murid 161 murid 339 murid


9 NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-16


10 MINIT MESYUARAT AGUNG KHAS KEWANGAN KAFAI RIADHUSSOLIHIN 2022 Tarikh : 08 Julai 2023 / 19 Zulhijah 1445H (Sabtu) Masa : 2:30 petang –3.00 petang Tempat : Dewan Riadh, Masjid Riadhussolihin Seksyen 17, Shah Alam Agenda : 01. Ucapan Alu-aluan 02. Pengesahan Minit Mesyuarat Agung yang lepas 03. Membentang serta Meluluskan Laporan Kewangan Berakhir Tahun 2022 04. Penangguhan Senarai Kehadiran: Bil Nama Bil Nama 1. Siti Noor Nabila Binti Abd Ghani 15. Mazlina Binti Dalil 2. Abdul Hadi Bin Hj Rahmat 16. Hanizam Binti Kulan 3. Nordiana Binti Hakim 17. Nur Fatin Amalina Binti Sameion Yusof 4. Nor Azizah Bitni Razali 17. Abd Razak Bin Abu Bakar 5. Zuraidah Binti Md Hassan 19. Mohd Shafifi Bin Mohd Radzi 6. Amidah Binti Hamdan 20. Siti Nur Fitrah Binti Mohd Kolil 7. Siti Rohani Binti Atan 21. Nurfadhilah Binti Shamsuddin 8. Jabir Bin Mohamad Shuid 22. Aziemah Binti Abdul Hamid 9. Farizan Bt Fadzil 23. Siti Nur Ain Binti Mohd Ain Tilal Fitri 10. Khairul Afif Bin Fakhrurzi 24. Kamariah Bt Mohd Lair 11. Rosyimah Binti Mohd Nor 25. Halimaton Shakdiyah Binti Abdillah 12. Mohd Nasri Nizar Bin Shamsuddin 26. Nazmi Bin Mohamed Nor Azlan 13 Muhammad Haffiz Zulkeffli 27. Mohd Zairi Bin Hj Mohd Zaidi 14 Siti Rozila Ayu Binti Md Noor 28. Norzaini : 03-5545 5858 : [email protected] • كافا اينتكراسي رياض الصالحين KAFA INTEGRASI RIADHUSSOLIHIN JALAN BELANAK 17/43, SEKSYEN 17 40200 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN.


11 Bil Agenda Tindakan 1. Ucapan Alu-Aluan Cik NurFadhilah selaku pengerusi majlis mengalu-alukan kehadiran para tetamu dan ibubapa ke mesyuarat Agung Khas Kewangan. Kemudian menjemput Tuan Pengerusi dan Ketua Guru ke tempat yang disediakan. Majlis dimulakan dengan bacaan Doa daripada Ustaz Khairul Afif bin Fakhrurzi supaya majlis lebih diberkati. 1.1. Ucapan alu-aluan daripada Ketua Guru iaitu Ustazah Nur Fatin Amalina bt Sameion Yusof 1.2. Seterusnya Ucapan daripada Tuan Pengerusi Kafai Riadhussolihin. Antara pengisiannya, beliau menyatakan mesyuarat ini diadakan saban tahun bagi mengesahkan laporan kewangan tahun serta laporan aktiviti sekolah sepanjang tahun..Laporan kewangan perlu disahkan setiap tahun untuk mengelakkan perkara berbangkit dan seterusnya memastikan kewangan diuruskan secara telus dan amanah. 2. Pengesahan Minit Mesyuarat Agung yang lepas ➢ Tuan Pengerusi telah membentangkan minit mesyuarat agong kali ke 16 dan meminta ibubapa yang hadir untuk menyemak dan jika ada sebarang isu dan permasalahan boleh terus diajukan. ➢ Ibubapa diminta untuk menyemak maklum balas usul yang telah dinyatakan sekali didalam minit mesyurat tersebut. ➢ Minit mesyuarat agong kali ke 16 telah dicadang sahkan oleh Encik Nasri Nizar Bin Shamsudin dan telah disokong sahkan oleh Encik Abdul Hadi Bin Hj Rahmat. 3. Pembentangan Laporan Kewangan 2022 4.1. Laporan Kewangan dibentangkan oleh ketua guru selaku bendahari. Laporan kewangan adalah seperti di lampiran berikut :


12


13


14


15 Laporan Kewangan 2022 telah dicadang sahkan oleh Encik Abdul hadi Bin Hj Rahmat dan telah disokong sahkan oleh Encik Haffiz Zulkeffle. Hal hal lain ➢ Encik Abdul Hadi meminta peratusan murid yang membayar yuran pada setiap bulan daripada bendahari jemaah pengurusan sekolah kerana perolehan dan pembayaran tahun sbelum ini tidak dapat menampung perbelanjaan bulanan sekolah dimana beliau mendapati berlaku kekurangan perolehan daripada laporan kewagan tahunan. ➢ Encik Abdul Hadi Bin Hj Rahmat mencadangkan kenaikan yuran bulanan KAFA RIADHUSSOLIHIN daripada RM30 seorang murid sebulan kepada jumlah yang lebih munasabah bagi menampung keperluan sekolah. ➢ Beliau juga mencadangkan untuk memberi peringatan bagi yuran tunggakan kepada ibubapa setiap minggu pertama bagi setiap bulan serta membuat memo dan menyiarkan ke dalam group whatsapp kelas ➢ Jika masih tiada bayaran pada minggu ketiga pihak sekolah berhak untuk memberikan amaran kepada ibubapa tersebut. ➢ Berkenaan kenaikan yuran yang dicadanhkan oleh Encik Abdul Hadi,Tuan Pengerusi memngingatkan bahawa perlu dipersetujui didalam mesyuarat agong supaya tidak menimbulkan masalah pada masa akan datang.


16 ➢ Seramai 12 orang ibubapa yang hadir pada hari ini bersetuju untuk menaikkan yuran bulanan daripada RM30 sebulan kepada RM 35 sebulan.Manakali seramai 5 orang ibubapa yang tidak bersetuju dan ingin mengekalkan bayaran yuran seperti sedia kala. ➢ Ketua Guru memaklumkan perkara ini tidak boleh terus dilaksanakan disekolah kerana perlu ada punca kuasa bagi kenaikan yuran bulanan untuk dipanjangkan kepada pihak kenaziran BPI JAIS bagi kelulusan kenaikan tersebut. ➢ Sebarang perubahan akan dimaklumkan dan dihebahkan kepada semua ibubapa dan pelajar KAFA RIADHUSSOLIHIN. ➢ Ketua Guru juga mengingatkan bahawa kafa masih lagi mengutip bayaran rm25 bagi pelajar yang mempunyai adik beradik lebih daripada 2 orang yang bersekolah di KAFA RIADHUSSOLIHIN dimana kutipan yang berbeza ini akan memberi kesan kepada kewangan dan anggaran perbelanjaan tahunan sekolah. ➢ Ketua Guru juga memaklumkan sekolah telah mengupah seorang pembersih kawasan yang akan dibayar secara harian untuk membersihkan tandas pelajar dan kawasan sekitar serta membuang sampah sekitar sekolah. 8. Penangguhan Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir dan seterusnya menangguhkan mesyuarat pada kali ini. Mesyuarat disudahi dengan bacaan Tasbih Kafarah dan Surah Al-Asr. *Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 430 petang. Disediakan oleh : Disemak oleh:- ......................................................... ............................................................ ( MOHD SHAFIFI B MOHD RADZI) (NUR FATIN AMALINA BT SAMEION YUSOF) Setiausaha Bendahari Pengurusan KAFAI Riadhussolihin Pengurusan KAFAI Riadhussolihin Disahkan Oleh : ........................................................ (ABD RAZAK BIN ABU BAKAR) Pengerusi Pengurusan KAFAI Riadhussolihi


17 LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAH SEPANJANG SESI 2023-2024 1. PROGRAM SAMBUTAN HARI RAYA & HARI GURU 2. PROGRAM HARI KECEMERLANGAN 3. PROGRAM MESYUARAT AGONG


18 4. PROGRAM KAMIL SAN DAN IKK PERINGKAT ZON DAN DAERAH PETALING 5. PROGRAM HARI MERDEKA 6. BICARA PRESTASI PROGRAM HARI MERDEKA


19 7. LAWATAN TAHAP 1 RABBIT FUN LAND LENGGENG DAN BERYL’S CHOCOLATE FACTORY 8. SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASIN UNTUK UPKK DAN PSRA 9. SAMBUTAN MAULIDUR RASUL


20 10. LAWATAN TAHAP 2 (PENANG) 11. MAJLIS KHATAM AL – QURAN PELAJAR TAHUN 6 12. PROGRAM SOLIDARITI PALESTINE


21 13. SEMINAR UPKK DAN PSRA 2023 14. PEPERIKSAAN UPKK 2023 15. KEJOHANAN FUTSAL DAN BOLA JARING PERINGKAT ZON 2 PETALING


22 16. PROGRAM PERKEMBANGAN STAFF 17. GOTONG ROYONG SEBELUM PEMBUKAAN SEKOLAH


23 LAPORAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PSRA & UPKK TAHUN 2023 ANALISA PERATUS KELULUSAN PSRA TAHUN 6 2023 TAHUN JUMLAH CALON MUMTAZ JAYYID JIDAN JAIYID MAQBUL MUSAADAH % LULUS 2023 49 6 24 11 6 2 47 PELAJAR 95.92% ANALISA PERATUS KELULUSAN UPKK TAHUN 5 TAHUN JUMLAH CALON 8A 7A 6A 5A 4A 3A 2A 1A OA % LULUS 2023 47 6 4 2 6 6 13 7 0 - 100%


24 LAPORAN KEWANGAN SEKOLAH TAHUN 2023


25


26


27


28 LAPORAN KEWANGAN BULAN JAN – DIS TAHUN 2023


29


30


31 SEKALUNG PENGHARGAAN BUAT AHLI JAWATANKUASA JEMAAH PENGURUSAN KAFAI RIADHUSSOLIHIN TAHUN 2023-2025 Serta semua pihak yang terlibat atas sokongan dan kerjasama dalam menjayakan Mesyuarat Agong Tahunan Jemaah Pengurusan Kafa Integrasi Riadhussolihin Kali Ke-17 2024


Click to View FlipBook Version