Umang dan Cengkerangnya Umang dan Cengkerangnya Nabilah Hanim Habel @ BM D
Di persisiran pantai, tinggal seekor umangumang yang comel bernama Umang. Badan Umang menyerupai ketam yang kecil dan Umang tinggal di dalam cengkerang siput laut. Umang suka bersiar-siar di tepi pantai. Ketika Umang bersiar-siar di waktu petang, cengkerang Umang dihempap seketul batu. Umang dan Cengkerangnya Umang dan Cengkerangnya 1
“Aduh!” jerit Umang. Umang menoleh ke belakang untuk melihat keadaan cengkerangnya. Umang berasa sedih kerana melihat cengkerangnya retak akibat dihempap oleh batu. “Tidak mengapa, aku akan mencari cengkerang yang lebih kuat dan lebih cantik daripada cengkerang aku sekarang” bisik Umang di dalam hati. Umang terus berjalan mencari cengkerang baru. Tiba-tiba, Umang ternampak satu cengkerang yang besar dan bersinar. Cengkerang yang cantik itu tertimbus di bawah pasir pantai. 2
Umang menggunakan sepit kanannya yang kuat untuk menggali pasir pantai lalu mendapatkan cengkerang tersebut. Umang terus meninggalkan cengkerang lamanya yang pecah dan masuk ke dalam cengkerang baru. Cengkerang baru Umang cantik. Bersinar seperti mutiara. Kulitnya kuat macam berlian. Bolehku bawa bersiar-siar. Lalalalalalalalala Tiada siapa boleh kalahkan. Cengkerang Umang paling hebat. Haiwan yang lain semua lemah. - Irama lagu Papaku Pulang dari Kota Umang menyanyi dengan gembira. Umang bangga dengan cengkerang barunya. 3
Umang bersama cengkerang barunya terus berjalan masuk ke dalam laut. Sewaktu bersiar-siar di dasar laut, Umang terserempak dengan seekor haiwan laut yang menyerupai tumbuhan. Badan haiwan laut itu berwarna biru manakala sesungut haiwan laut itu berwarna merah. “Haiwan apa kau ni?” tanya Umang. “Aku buran laut, nama aku Buran” jawab Buran. 4
“Oh, buran laut! Kau mesti lemah kan?” tanya Umang lagi. “Kenapa pula aku lemah?” tanya Buran kepada Umang. “Mesti la kau lemah sebab badan kau lembik. Cuba tengok cengkerang aku. Cengkerang aku besar, cantik dan kuat. Tiada haiwan yang dapat pecahkan cengkerang aku” kata Umang dengan bangga. Buran hanya mendengar dan bersetuju dengan kata-kata Umang. Buran terasa hati dengan katakata Umang namun Buran tidak mahu bergaduh dengan Umang. 5
“Aku minta diri dulu Umang. Ada kerja yang perlu aku selesaikan” kata Buran kepada Umang dengan nada yang sedih lalu Buran berjalan pergi meninggalkan Umang. Umang tidak sedar bahawa kata-katanya mengguris hati Buran. Umang terus berjalan di dasar laut dengan bangga dan gembira. Tiba-tiba, Umang berjumpa dengan seekor sotong. “Hai Encik Sotong. Saya Umang” sapa Umang. “Hai Umang. Cantiknya cengkerang kamu” kata Encik Sotong kepada Umang. 6
“Terima Kasih Encik Sotong. Saya jumpa cengkerang ini di atas pantai tadi. Sekarang, sayalah haiwan yang paling kuat di laut ini kerana cengkerang saya sangat kuat” kata Umang kepada Encik Sotong sambil tersenyum bangga. “Kamu jangan sombong Umang. Dalam laut ini, ada banyak lagi haiwan yang jauh lebih kuat daripada kamu. Setiap haiwan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing” kata Encik Sotong sebagai nasihat kepada Umang. 7
“Tapi saya pasti lebih kuat daripada Encik Sotong sebab cengkerang saya keras. Badan Encik Sotong lembik” kata Umang kepada Encik Sotong. “Memang cengkerang kamu lebih kuat berbanding badan saya namun badan saya yang licin memudahkan saya untuk bergerak dan lari daripada musuh. Saya juga boleh menembak dakwat hitam bagi menutup pandangan musuh” terang Encik Sotong kepada Umang. 8
“Kelebihan Encik Sotong tetap tak boleh lawan kekuatan cengkerang saya” kata Umang dengan marah lalu Umang terus berjalan pergi meninggalkan Encik Sotong. Umang masih merasakan bahawa dia merupakan haiwan laut yang paling kuat. Umang terus berjalan dengan megah sambil berbual dengan haiwan laut lain tentang kekuatan cengkerangnya. 9
Setelah beberapa jam berjalan, Umang berasa penat. Umang berhenti berehat di tepi sebuah batu yang merupakan tempat tinggal Buran. Buran melihat Umang dalam keadaan penat maka Buran membiarkan Umang berehat di situ. Tiba-tiba, ada seekor ikan besar lalu di atas rumah Buran. Ikan besar itu berwarna kelabu kehitaman dan kelihatan sangat garang. Terdapat parut panjang di sebelah kanan bibir ikan tersebut. “Umang, lari Umang! Ikan itu selalu makan haiwan kecil macam kita” jerit Buran dengan cemas. 10
“Tidak mengapa Buran. Cengkerang aku kuat. Ikan itu pasti tidak mampu memecahkan cengkerang aku” kata Umang kepada Buran dengan yakin. Buran yang ketakutan terus bersembunyi di celahan batu yang sempit kerana ikan besar tidak boleh masuk ke dalam ruang yang sempit. Umang pula berdiri dengan tegap dan gagah. Ikan besar itu berenang dengan laju ke arah Umang. Sebelum melanggar Umang, ikan besar itu berhenti dengan tiba-tiba. 11
“Kau tak takut dengan aku ka? Haiwan lain semua akan berlari apabila melihat aku datang” tanya ikan besar. “Aku tidak takut dengan kau. Aku yakin kau tak akan dapat lawan cengkerang aku yang kuat ini” kata Umang kepada ikan. “Hahahahah” ikan besar gelak terbahak-bahak. “Aku mampu pecahkan cengkerang kau dengan sekali serangan sahaja” kata ikan dengan senyuman yang sinis. “Mari aku buktikan” kata ikan lagi sambil mengundur ke belakang. Ikan besar terus menerpa kearah Umang dengan laju lalu menggigit cengkerang Umang dengan gigi taringnya yang tajam. 12
“Prakkk” Umang mendengar bunyi cengkerangnya pecah. Umang terkejut lalu berlari keluar daripada cengkerangnya. Umang berlari ketakutan mencari tempat untuk bersembunyi. Sebelum Umang sempat masuk ke dalam celahan batu, kaki Umang ditarik oleh ikan. “Tolong! Tolong!” Umang menangis sambil menjerit meminta pertolongan. Buran yang sedang bersembunyi mendengar jeritan Umang. Buran berasa kasihan lalu keluar untuk membantu Umang. 13
“Hoi, ikan! Jangan kacau Umang” jerit Buran dengan berani. Ikan besar tadi melepaskan Umang lalu menoleh ke arah Buran. Ikan besar berenang ke arah Buran sambil membuka mulutnya dengan luas. Buran menggunakan sesungutnya untuk menyengat mulut ikan. Sesungut Buran mengandungi toksin yang mampu melumpuhkan pemangsa. “Aduh, sakitnya!” jerit Ikan. Badan ikan terasa lemah dan ikan terus jatuh ke dasar laut. Setelah menyengat ikan, Buran membantu Umang bersembunyi di celah-celah batu. 14
Umang menangis teresak-esak sambil mengucapkan terima kasih kepada Buran. Umang juga meminta maaf kepada Buran kerana pernah menghina tubuh Buran yang lembik. Umang menyesal dengan perbuatannya yang sombong dan bangga diri. Selepas kejadian itu, Umang menjumpai cengkerang baru yang kuat dan cantik namun Umang tidak lagi sombong dan bangga dengan cengkerangnya. 15
Kini, Buran tumpang hidup di atas cengkerang Umang dan mendapatkan pengangkutan percuma apabila Umang bergerak. Umang pula mendapat perlindungan daripada sesungut Buran yang beracun. Umang dan Buran hidup bahagia bersama-sama dengan hubungan simbiosis mereka yang menguntungkan kedua-dua Umang dan Buran. Saya rasa gembira hidup dengan Buran. Saya rasa gembira jalan dengan Buran. Saya rasa gembira diberi peluang kedua. Saya akan hidup dengan rendah diri. - Irama lagu Kalau Rasa Gembira 16 -Tamat-