INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS PERLIS
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH
SARJANA MUDA PERGURUAN
Semester 2 Tahun 2022
BMMB1104
KESUSASTERAAN MELAYU
PENGHASILAN PRODUK
NAMA PELAJAR
NABILAH HANIM BINTI HABEL
ANGKA GILIRAN
2021232310090
NO. KAD PENGENALAN
030816070376
KUMPULAN/ UNIT
BAHASA MELAYU D (SK)
NAMA PENSYARAH
Dr. NOR ANITA BINTI MAT ISA
TARIKH SERAHAN
4 APRIL 2022
ISI KANDUNGAN
BIL. KANDUNGAN MUKA SURAT
Penghargaan 1
1.0 Puisi Melayu Tradisional 2-3
1.1 Pantun 4-6
1.2 Syair 7-9
1.3 Gurindam 10-12
1.4 Seloka 13-15
Rumusan 16
Rujukan 17
Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi kerana dengan
izin kurnianya dapat saya menyempurnakan tugasan bagi subjek Kesusasteraan Melayu
(BMMB1104) ini dengan jayanya.
Dengan kesempatan yang ada ini saya amat berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan
terima kasih kepada Dr. Nor Anita binti Mat Isa, selaku pensyarah Kesusasteraan Melayu kerana
telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada saya untuk melunaskan tugasan yang
diberikan.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus
dalam usaha membantu menyempurnakan tugasan ini terutamanya kepada pensyarah saya Dr.
Nor Anita binti Mat Isa atas budi bicara beliau dalam memberi tunjuk ajar sepanjang masa
tugasan ini dijalankan. Selain itu, saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan
saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha
menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.
Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan
ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah mereka hulurkan
amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka semua tugasan ini mungkin
tidak dapat dilaksanakan dengan baik.
Sekian, terima kasih
1
Puisi Melayu tradisional merupakan hasil kesusasteraan
orang Melayu yang wujud sebelum sistem tulisan
diperkenalkan di Tanah Melayu. Puisi Melayu
Tradisional disampaikan secara lisan dan berkait rapat
dengan kebudayan dan adat masyarakat Melayu.
Pantun
Mantera Contoh Syair
Nazam puisi Gurindam
melayu
tradisional
Seloka
2
Raja Ali Haji Muhammad Haji
Salleh
Syeikh Hamzah Dr. Zurinah Hassan
Fansuri
3
1.1 PANTUN
➢ Pantun merupakan salah
satu puisi tradisional
yang paling popular.
➢ Menurut Kamus Dewan
(2005), pantun
merupakan puisi lama
yang kebiasaannya
terdiri daripada empat
baris dalam setiap
rangkap.
• Menyebarkan ilmu dan ajaran agama.
• Meluahkan isi hati dan perasaan misalnya kasih sayang, suka, duka dan
cinta.
• Menyatakan hajat misalnya dalam adat perkahwinan.
• Memberi nasihat kepada golongan muda.
• Menzahirkan rasa terima kasih dan penghargaan terhadap seseorang.
• Menyindir atau menempelak sikap seseorang.
4
Contoh Pantun Setiap rangkap pantun
terbahagi kepada dua
Apa guna menuai bahagian. Bahagian
padi, pertama ialah
pembayang manakala
tiba masa bahagian kedua ialah
bertumbuh maksud.
lalang,
pembayang
Apa guna menabur
budi, maksud
jika bakti tiada
dikenang.
• Terdiri daripada empat baris dalam setiap rangkap.
• Setiap baris terdiri daripada empat hingga enam patah
perkataan.
• Setiap baris terdiri daripada lapan sehingga dua belas
suku kata.
• Rima akhirnya adalah sejajar. Contohnya, a,b,a,b bagi
pantun empat kerat.
BENTUK PANTUN ADALAH TERIKAT.
5
Pantun Pantun Muda:
Nasihat:
Diperuntukkan
Menegur atau bagi golongan
menasihati remaja. Biasanya
seseorang. berkaitan dengan
masalah
percintaan.
Pantun Teka- Pantun
teki: Agama:
Pantun yang Mempunyai
mengandungi nasihat atau
soalan dan
memerlukan larangan
berkaitan agama.
jawapan.
Pantun Pantun
Jenaka: Dagang:
Mengandungi Dinyanyikan
unsur jenaka oleh orang yang
sebagai hiburan
masyarakat. berada di
perantauan.
6
1.2 SYAIR
DEFINISI SYAIR
• Syair merupakan puisi tradisional yang
disampaikan menggunakan irama berlagu.
• Syair mempunyai rangkap.
• Syair dikatakan berasal dari Parsi dan syair
diperkenalkan di Nusantara sewaktu kedatangan
islam.
BENTUK SYAIR ADALAH TERIKAT
FUNGSI SYAIR
❖ Syair merupakan satu medium untuk menyampaikan ilmu
pengetahuan khususnya tentang adat dan ilmu agama Islam.
❖ Sebagai hiburan dalam kalangan masyarakat. Syair kerap
dilagukan dalam majlis sambutan maulud, pesta kesenian,
kegiatan keramaian dan sering juga dipertandingkan.
❖ Syair dilagukan untuk mengiringi tarian-tarian tertentu.
Contohnya, dabus dan boria.
❖ Mengusik perasaan serta memberi kesan yang mendalam
kepada pada pendengar kerana syair dilagukan dengan lembut
dan merdu.
7
Ciri-ciri syair
k
Contoh Syair Syair tidak mempunyai
pembayang.
Setiap rangkap
terdiri daripada
empat baris.
Bilangan perkataan
sebaris tetap iaitu
antara 3-5
perkataan sebaris.
Bilangan suku kata
juga tetap iaitu
antara 7-13 suku
kata sebaris.
Rima akhir adalah
sejajar. Contoh,
a,a,a,a.
Terdapat satu
hentian (pause)
dalam satu baris
syair.
8
JENIS-JENIS SYAIR
SYAIR ROMAN
Syair yang berbentuk cerita tentang
percintaan dengan lukisan watak yang
bersifat imaginatif. Contoh syair roman
ialah Syair Jauhan Manikam.
SYAIR AGAMA
Syair yang merangkumi tema dan persoalan
keagamaan. Syair agama menekankan
pengajaran serta moral kehidupan. Contoh
syair ialah Syair Perahu.
SYAIR SEJARAH
Syair yang menggunakan peristiwa
bersejarah sebagai tema. Syair sejarah
tidak mengandungi unsur mitos atau
lagenda. Contoh syair sejarah ialah Syair
Sultan Maulana.
SYAIR TEKA-TEKI
Syair yang berbentuk soalan yang memerlukan
jawapan. Syair teka-teki menguji kepintaran
seseorang dalam memberi jawapan.
SYAIR NASIHAT SYAIR PUJI-PUJIAN SYAIR SIMBOLIK
Syair yang Syair yang Syair bentuk kias
bertujuan memberi bertujuan memuji dan sarat dengan
pengajaran dan atau menyanjung sindiran, nasihat
nasihat. seseorang (tokoh) dan pengajaran.
9
DEFINISI GURINDAM
Gurindam merupakan puisi Melayu
tradisional yang terdiri daripada
dua baris serangkap.
Gurindam dikatakan berasal dari
India dan perkataan gurindam
berasal dari perkataan “kirindam”
yang bermaksud perumpamaan dalam
bahasa Tamil.
FUNGSI GURINDAM
MENYEBARKAN ILMU SEBAGAI HIBURAN
Gurindam digunakan Gurindam juga
untuk tujuan berfungsi sebagai
pendidikan. Unsur-unsur hiburan yang
pendidikan yang dipersembahkan dalam
majlis-majlis formal.
ditekankan ialah moral
dan iman yang mantap.
MEMBERI PENGAJARAN SERTA
NASIHAT
10
BENTUK GURINDAM TERBAHAGI KEPADA DUA IAITU:
1) TERIKAT 2) TIDAK TERIKAT
CONTOH GURINDAM • Mempunyai dua baris setiap
TERIKAT rangkap
• Baris pertama ialah syarat
dan baris kedua ialah
akibat
• Bilangan perkataan setiap
baris adalah sama iaitu 5
patah perkataan
• Bilangan suku kata antara
12-16 suku kata setiap
baris
• Rima akhir sama setiap
rangkap (a,a)
• Jumlah baris setiap CONTOH GURINDAM
rangkap adalah bebas TIDAK TERIKAT
• Jumlah perkataan setiap A y u h a i d a r a Z u l a i k h a T i n g k a p,
baris tidak sama (bebas) B a n g u n a p a l a h e n g k a u,
• Bilangan sukukata setiap K e r a n a e n g k a u p e n g h u l u g u n d I k k u,
baris adalah bebas B e r g e l a r T u n D e r m a d i K a r a.
• Rima akhir setiap
rangkap adalah bebas
11
JENIS-JENIS GURINDAM
❖ Berbentuk asli
❖ Baris pertama merupakan syarat dan baris kedua merupakan akibat
❖ Contoh:
Apabila banyak berkata-kata,
Di situlah jalan masuk dusta.
❖ Rima akhir seperti pantun kerana gurindam ini menyampaikan nasihat
❖ Bilangan baris dan suku kata setiap baris tidak tetap
❖ Contoh:
Jangan takut dan gentar,
Mati hanya sekali,
Jangan bertukar berkisar,
Tetap di lapangan mengendali.
❖ Bilangan baris setiap rangkap tidak terhad
❖ Bilangan perkataan dan suku kata setiap baris bebas
❖ Contoh:
Ke bukit sama didak,
Ke lurah sama dituruni,
Ke laut sama direnangkan.
12
1.4 SELOKA
DEFINISI SELOKA
• Perkataan seloka berasal dari perkataan Sanskrit “shloka”.
• Seloka bererti berjenaka, berseloroh dan menyindir.
• Seloka merupakan puisi tertua dalam kesusasteraan Melayu.
• Seloka boleh didefinisikan sebagai bidalan atau perumpaan yang
mempunyai unsur senda gurau.
• Isi gurindam sarat dengan sindiran serta pengajaran.
SEBAGAI WAHANA SEBAGAI HIBURAN
PENDIDIKAN
Seloka berfungsi
Seloka digunakan sebagai hiburan
untuk memberi yang mencuit hati
panduan dan pendengar kerana
pengajaran mempunyai unsur
jenaka dan gurau
terutamanya tentang
adat dan moral. senda.
MENGKRITIK
Seloka digunakan untuk mengkritik
kelakuan negatif masyarakat secara
halus agar tigak menyinggung perasaan.
13
Bunyi rima akhir adalah
bebas
Terbahagi kepada
pembayang dan
maksud
Mengandungi unsur
jenaka atau gurau
senda
Bilangan baris,
perkataan dan suku
kata tidak tetap
BENTUK
SELOKA
ADALAH BEBAS
DAN TIDAK
TERIKAT
14
JENIS-JENIS SELOKA
SELOKA GURAU SENDA SELOKA NASIHAT
Jika kita pegang kuas, Sudahkah kita tanamkan
Melukislah pada kertas, iman,
Jika anak bangsa cerdas, Menutup aurat seluruh
Bangsa pun berkualiti. badan,
Ke sana sini dilindungi
SELOKA PENDIDIKAN Tuhan,
Keluarga menjadi contoh
Anak ayam turun sepuluh, tauladan.
Mati satu tinggal
sembilan, SELOKA SINDIRAN
Tuntulah ilmu dengan
sungguh-sungguh, Apa guna pergi ke pasar,
Supaya engkau tidak Kalau tidak bawa
ketinggalan. keranjang,
Apa guna berkereta besar,
Kalau hutang keliling
pinggang.
15
RUMUSAN
Puisi Melayu tradisional melambangkan
identiti masyarakat melayu dari segi
adab, budaya dan kesantunan berbahasa.
Puisi Melayu tradisional juga mempunyai
banyak fungsi terutamanya sebagai
wahana pendidikan. Oleh itu, kita sebagai
bangsa Melayu hendaklah mengagungkan
serta memperbanyakkan kegunaan puisi
tradisional agar tidak hilang ditelan
zaman sesuai pepatah tak lapuk dek
hujan, tak lekang dek panas.
16
Abd. Rahim Ismail & Dr. Khairuddin Mohamad. (2017).
Kesusaateraan Melayu. Sasbadi Sdn. Bhd.
Kamus Dewan. (Edisi ke-4). (2005). Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Mohd Rosli Saludin. (2013). Puisi Melayu Tradisional. Jurnal
Peradaban Melayu, 8(3), 1-13.
http://ojs.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/3227
17