The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nanaannaid5, 2023-12-28 19:25:23

F.MESY PGB PPD BIL 4_2023

F.MESY PGB PPD BIL 4_2023

CamScanner


CamScanner


1 1 MINIT MESYUARAT PENGURUSAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SELANGAU BERSAMA PENGETUA DAN GURU BESAR BIL.4 TAHUN 2023 Tarikh : 2 hingga 6 Oktober 2023 ( Isnin-Jumaat ) Masa : 8.00 Pagi – 5.00 Petang Tempat : Bilik Mesyuarat SJKC Thian Chin Sibu Dipengerusi oleh : Encik Ringgit@Gawan anak Saut Pegawai Pendidikan Daerah Selangau AGENDA MESYUARAT: 1. Perutusan Pengerusi 2. Pengesahan Minit Mesyuarat PPD Selangau Bersama PGB Bil.3/2023 3. Perkara-perkara berbangkit 4. Laporan Sektor dan Unit 4.1 Laporan Sektor Perancangan (SPr) 4.2 Laporan Sektor Pengurusan (SP) 4.3.1 Pengurusan dan Teknikal ICT 4.3.2 HRMIS 4.3.3 Latihan (e-SPLG) 4.3.3 Kenaikan Pangkat 4.3 Unit Kewangan dan Akaun 4.4 Laporan Sektor Pembangunan Bakat Murid (SPbM) 5. Hal-hal lain 6. Penutup Senarai Kehadiran : 1. Pegawai Pendidikan Daerah Selangau / Gred DG54 Encik Ringgit@Gawan anak Saut 2. Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Selangau Sektor Perancangan / Gred DG48 Encik Joanes anak Tulang 3. Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Selangau Sektor Pembelajaran (SPb) / Gred DG52 Puan Tracy anak Britin 4. Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Selangau Sektor Pengurusan Sekolah (SPS / Gred DG48 Encik Andrew Sirai anak Benang 5. Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Selangau Sektor Pembangunan Murid (SPbM) / Gred DG48 Encik Zabedee anak Cosmas Panggie 6. School Improvement Partner+, (SIP+) / Gred DG54 Encik Jamba anak Sumping


2 2 7. School Improvement Specialist Coach (SISC+) (SPb) /Gred DG52 Dr Noel Jimbai anak Balang 8. School Improvement Specialist Coach (SISC+) (SPb) /Gred DG48 Encik Nicholas Andrew Ling Neng Ching 9. Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pengurusan Sekolah, Unit Rendah / Gred DG44 Encik Assan anak Sigan 10. Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pengurusan Sekolah, Unit Menengah dan Ting 6 /Gred DG44 Cik Diana binti Osen 11. Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pengurusan Sekolah, Unit Prasekolah / Gred DG44 Encik Zachary Enjat anak Daniel 12. Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pembangunan Murid (SPbM)/Gred DG44) Puan Winnie anak Thomas Mundam 13. Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Perancangan / Gred DG44 Encik Walter anak Naing 14.Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Perancangan/ Gred DG44 Encik Muhammad Amir bin Aminuddin 15. Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Perancangan /Gred DG48 Cik Lucy anak Meling 16. Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pembangunan Murid (SPbM)/Gred DG 44 Encik Bernard anak Pusso 17. Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pentaksiran & Peperiksaan / Gred DG44 Encik Simon anak Berandi 18.Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pembelajaran (USTP)/Gred DG44 Cik Diana Lee Choon Hoo 19.Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pengurusan Sekolah / Gred DG44 Puan Faaiezah Tong Abdullah


3 3 20.Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pembelajaran / Gred DG 44 Puan Senorita anak Kubong 21.Penolong Pegawai Pendidikan Sektor Pembelajaran /Gred DG44 Puan Jenny anak Juntan 22. Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pembelajaran (Unit Pendidikan Islam /Gred DG 44) Puan Nurul Fariezza binti Ab. Rahim 23. Penolong Pegawai Tadbir Sektor Pengurusan,(Sumber Manusia, ICT&Pentadbiran AM)/ GredN29 Cik Stephanie anak Edwin 24.Penolong Pegawai Tadbir /Gred N29 Sektor Pengurusan Encik Elista anak Elias 25.Penolong Jurutera /Gred J29 Sektor Pengurusan Nurasfariza binti Ramdan 26.Ketua Pembantu Tadbir(P/O) Sektor Pengurusan (Unit Kewangan,Insfrastruktur & Perolehan)GredN22 Encik Cornelius Matthias Jagong anak Maran 27. Ketua Pembantu Tadbir(P/O) Sektor Pengurusan (Unit Kewangan,Insfrastruktur & Perolehan)GredW22 Encik Petrus Felix anak Baring 28. Pembantu Tadbir (P/O) – (Khidmat Pengurusan Professional) / Gred N22 Sektor Pengurusan Sekolah Encik Asun anak Nuing 29. Pembantu Akauntan -(Khidmat Pengurusan Professional Sektor Pengurusan (Unit Kewangan,Infastruktur& Perolehan /Gred N19 Cik Siti Nazirah binti Sumahady 30. Pembantu Tadbir (P/O)- (Khidmat Pengurusan Professional Sektor Pembangunan Murid/Gred N19 Puan Cecilia anak Entili 31. Pembantu Tadbir (P/O) – (Khidmat Pengurusan Professional) Sektor Pembangunan Bakat Murid (SPbM)/Gred N19 Cik Loziana Melra anak Dempi 32. Pembantu Tadbir Sektor Sumber Manusia /Gred N22 Puan Chieng Fung Ching


4 4 33. Pembantu Tadbir Sektor Pengurusan /Gred N19 Puan Endun anak Begaing 34. Pembantu Tadbir Sektor Pengurusan (Unit Kewangan dan Perolehan) Gred N19 Encik Abdul Latif bin Zaidil 35. Juruteknik Komputer PPD Selangau /FT 22 Encik Nyaring anak Sarek 36.Pembantu Tadbir (P/O)gred N22 Puan Doreena binti Hai 37. Pembantu Tadbir (P/O) (sp)/ Gred N 19 Puan Neerend Alyce anak Lingoh 38.Penolong Pegawai Teknologi Maklumat /FA 22 Puan Panti anak Janting 39.Juruteknik Komputer/FT19 Encik Abang Mohammad Radzi bin Abang Amir 40.Pengetua, SMK Ulu Balingian / Gred DG48 Encik Echi anak Tom 41. Guru Besar, SK Kuala Lemai / Gred DG48 Merangkap Pengerusi MGB Daerah Selangau Encik Bejamin anak Ragai 42.Guru Besar, SK Penghulu Imban / Gred DG48 Encik Bonaventure anak Tibong 43.Guru Besar, SK St. Matthew / Gred DG44 Puan Ellyne Tong Siew Hua 44.Guru Besar, SK Sungai Bawang / Gred DG44 Encik Salih anak Lidam 45. Guru Besar, SK Sg Tau / Gred DG44 Encik Edwin bin Henry Mut 46.Guru Besar, SK Iban Union / Gred DG44 Encik Hendry Banye anak Gandam 47.Guru Besar, SK Sungai Kemena / GredDG44 Encik Dandy anak Garit 48.Guru Besar, SK St. Mark / Gred DG44 Encik Mawang anak Nili 49.Guru Besar, SJKC Tong Ah / Gred DG44 Encik Hii Chang Kai


5 5 50.Guru Besar, SK Sungai Pakoh / Gred DG44 Encik Edward anak Naga 51.Guru Besar, SK Dijih / Gred DG44 Encik Nyuwak anak Slan 52.Guru Besar, SK Sungai Sepiring / Gred DG44 Encik Jemat anak Agan 53.Guru Besar, SK Nanga Selangau / Gred DG44 Encik Nicholas Engong anak Jugah 54.Guru Besar, SK Bukit Arip / Gred DG44 Encik Abd Latif bin Saugan 55.Guru Besar, SK Sg Buloh /Gred DG44 Encik Alastair Roland Ajang 56.Guru Besar , SK Nanga Tajam / Gred DG48 Encik Daniel anak Anding 57. Guru Besar,SK Batu 36/ Gred 48 Encik Alas bin Rambli 58. Guru Besar,SK Sungai Anak/ Gred DG42 Encik James anak Kubu 59. SK Ulu Sungai Arip/ Gred DG44 E ncik Lagan anak Unjar 60.Penolong Kanan Pentadbiran, Sk Kuala Pelugau /Gred DG44 Encik Anthony Bakar 61.Penolong Kanan Tadbir,Sk Nanga Tajam/Gred DG44 Cik Kong Kae Lim 62. Penolong Kanan Tadbir, SK ST Marl/Gred DG 44 Puan Catherine binti Sulaiman 63. Penolong Kanan Tadbir,SK Nanga Kua/Gred DG 42 Puan Habibah binti latip 64. Penolong Kanan Pentadbiran ,Sk Sg Arau /Gred DG44 Encik Harold anak Milton TIDAK HADIR DENGAN MAAF : Tiada


6 6 Urus Setia Mesyuarat 1. Pegawai / Penolong Pegawai Sektor Pengurusan Sekolah (SPS) Pendidikan Daerah/ Pemb.Tadbir Pejabat Pendidikan Daerah Selangau 2. Encik Nyaring anak Sarek Juruteknik Komputer Pejabat Pendidikan Daerah Selangau 3. Puan Panti anak Janting Penolong Pegawai Teknologi Maklumat 4. Encik Abang Mohammad Radzi bin Juruteknik Komputer Abang Amir


7 7 PERUTUSAN PENGERUSI 1.1Pengerusi mengalu-alukan kehadiran ahli mesyuarat ke Mesyuarat Pengurusan Pejabat Pendidikan Daerah Selangau bersama Pengetua dan Guru Besar, Bilangan 4,Tahun 2023 di bilik Mesyuarat SJKC Tian Chin. 1.2Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih kepada Penolong Kanan Hem yang telah bersara iaitu Encik Robert anak Ujai , SK Kuala Lemai. 1.3Ucapan tahniah kepada lantikan baharu iaitu perlantikan Encik Edward anak Tinggom sebagai Guru Besar SK Sungai Arau. Pengerusi turut memaklumkan bahawa terdapat pegawai baru dalam Pejabat Pendidikan Daerah Selangau iaitu Cik Nurasfariza binti Ramdan sebagai Penolong Jurutera dan Cik Siti Nazirah binti Sumahady sebagai Penolong Akauntan PPD Selangau. 1.4Pengerusi mengingatkan PGB di sekolah memainkan peranan sebagai Suri teladan dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan. Makluman Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 1.5Pengerusi mengingatkkan ketua jabatan agar menasihatkan agar guru yang menerima APC sepatutnya dapat hadir ke Majlis APC kerana Anugerah Perkhidmatan Cemerlang merupakan suatu pengiktirafan diatas usaha gigih dan kecemerlangan guru dan juga bukan guru di sekolah. 1.6Perayaan hari guru hanya dilaksanakan di peringkat kebangsaan. Bagi peringkat negeri, hanya dibuat aktiviti seperti majlis ilmu.Tetapi diperingkat sekolah perayaan hari guru masih diteruskan. Makluman Persatuan Sukan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran (PSKPP 1.7 Persatuan Sukan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran (PSKPP) didaftarkan dibawah Registrar of society (ROS) yang mempunyai peraturan-peratuan tersendiri. Asasnya PSKPP telah dilaksanakan sejak sekian lama dan tiada permakluman bahawa PSKPP ditamatkan. PSKPP tiada peruntukan dari mana-mana Jabatan Pendidikan Negeri untuk mengelola atau menjayakan aktiviti dibawahnya. Untuk memastikan program dibawah dasar KPM ini berjaya maka ketua PTJ atau pemimpin sekolah memainkan peranan yang penting sebagai suri teladan. Ahli-ahli PSKPP merupakan semua warga pendidik. Semua keputusan yang melibatkan aktiviti PSKPP dan sebarang perubahan hendaklah diputuskan di bawah mesyuarat induk. 1.8Dalam aktiviti PSKPP yang lepas, didapati SK Kuala Lemai tidak membayar meja sekolah untuk Malam Kebudayaan PSKPP tanpa memaklumkan pengerusi. Justeru itu, pengerusi memohon penjelasan Guru besar SK Kuala Lemai dan membawa ahli mesyuarat untuk membuat keputusan bersama


8 8 dalam mesyuarat induk sama ada pembayaran wajib dibuat oleh semua sekolah atau tidak. 1.9 Guru Besar Sk Kuala Lemai memberi penjelasan bahawa sekolah mempunyai aktiviti lain pada ketika itu. Namun begitu beliau bersetuju membayar meja tetapi memohon PPD mengeluarkan arahan pembayaran. PPD bersetuju mengeluarkan surat dan berharap agar perkara seperti ini tidak berulang. Tindakan : Guru Besar, SK Kuala Lemai 1.10 Guru besar Sk batu 36 selaku bendahari PSKPP menyuarakan dan memberi pendapat pendapatan tahunan hasil daripada kutipan sumbangan ahli PSKPP iaitu kira-kira RM 4500.00 hingga RM 4800.00 bergantung kepada keahlian semasa PSKPP di peringkat sekolah. Kos untuk mengendalikan karnival bagi peralatan dan hadiah dalam PSKPP yang lepas sekurangkurangnya RM 5600.00, Berdasarkan pertimbangan ini, pengeluaran tabung PSKPP akan lebih besar sekiranya terdapat sekolah yang menarik diri untuk membayar meja. Justeru itu beliau memohon semua sekolah bertanggungjawab membayar meja tersebut. Makluman Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) 1.11 Pengerusi mengajak ahli mesyuarat memahami Dasar Kementerian dalam penubuhan PIBG. Semua pihak seharusnya peka dan tidak mencampur adukan tentang tugas dan peranan PIBG dan tugas rasmi serta pengurusan di sekolah. Dalam Akta pendidikan 1996, KPM telah mengubal Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Ibubapa_Guru /1998) yang telah diwartakan pad 26 Mac 1998 bagi membantu pihak sekolah mengurus PIBG dengan betul mengikut peraturan yang telah ditetapkan. 6 tujuan utama PIBG perlu difahami oleh semua ahli mesyuarat agar faham batasan-batasan dalam persatuan tersebut. 1.12 6 Tujuan Utama Penubuhan PIBG : Untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid dalam sekolah dalam meningkatkan imej sekolah. Untuk membantu dan menambah usaha sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan mereka.


9 9 Untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam sekolah bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pendidikan. Untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru berunding antara satu sama lain berkenaan dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka pada amnya; Untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam sekolah untuk berusaha menambah kewangan sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran. 1.13 Pengerusi menyeru kepada PGB agar perbanyakan dan berkongsikan maksud Akta Penubuhan PIBG ini dalam mesyuarat PIBG. Kita tidak mahu PIBG ini disalahertikan dan disalahgunakan sama ada oleh Pentadbir ,Cikgu, AKP atau masyarakat luar untuk masuk campur dalam urusan sekolah. 1.14 Pengerusi mengingatkan agar semua pihak sedar tentang profil kompentensi mengikut gred Jawatan kerana ianya mempunyai peranan dan maksud masing masing. Gred jawatan membawa makna iaitu tanggungjawab yang perlu dibawa apabila diberikan tugas dan tanggungjawab. 1.15 Semua individu yang mempunyai gred jawatan DG44 dan ke atas merupakan pemimpin di peringkat masing-masing dan boleh membuat keputusan sendiri. Tempoh perkhidmatan mematangkan seseorang untuk menjalankan tugas. Guru-guru sepatutnya sedar bahawa gred jawatan membawa tanggungjawab bukan hanya seronok apabila diberikan kenaikan pangkat di sekolah. 1.16 Pengerusi menasihatkan PGB mengurus dan mengambil tindakan terhadap guru yang tidak hadir bertugas tanpa sebab jika tidak hadir berterusan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Makluman


10 10 Persatuan Guru Besar Malaysia –PGBM / Majlis Guru Besar 1.17 Perlembagaan Majlis Gabungan Guru Besar fasa 2. Perkataan Guru Besar bermakna semua guru yang dilantik oleh KPM sebagai Guru besar di sekolah. Pendaftar ialah Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Penasihat ialah Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Penasihat 2 Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Pegawai Perhubungan, dilantik oleh KPM dan ahli semua Guru Besar yang menganggotai Majlis Guru Besar dibawah ROS. 1.18 Pengerusi berharap tiada ahli mesyuarat yang keliru bahawa MGB bukan dibawah naungan KPM. Peranan yang dimainkan ahli mesti selaras dengan perlembagaan dan didaftar dengan ROS malah tidak membawa pengaruh mana-mana parti politik dan tidak menyokong kementerian. 1.19 Antara Tujuan Penubuhan MGB : Merapatkan hubungan muhibah antara guru-guru besar di semua peringkat dan di semua jenis sekolah di Malaysia. Membantu memastikan MGB daerah memberi kerjasama kpd PPD daerah , MGB Negeri memberi kerjasama kepada JPNS dan memberi kerjasama kepada KPM Bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pengalaman pentabiran pendapat yang boleh meningkatkan prestasi pengurusan sekolah dalam soal pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah. Mendokong dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Berusaha meningkatkan kebajikan kemasyarakatan dan tatasusila Guru Besar. Makluman Pergerakan Barisan Hadapan dan Pertukaran


11 11 1.20 Pengerusi menasihati warga sekolah agar merujuk SPI bil 7,2021 yang dibaca bersama Surat siaran Tukar 2021 . Peraturan 4(2)(h) seseorang pegawai tidak boleh membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan tuntutan berhubung dengan perkhidmatan awam, sama ada tuntutan itu adalah tuntutan sendiri atau tuntutan anggota-anggota perkhidmatan awam yang lain. 1.21 Sebagai penjawat awam, kebarangkalian dipindahkan dalam kalangan pegawai adalah sangat tinggi. Semakin tinggi gred dan jawatan , semakin besar peluang utk dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat. Pengerusi mengingatkan ahli mesyuarat supaya tidak berfikiran negatif apabila menerima Arahan Pertukaran (AP). Terutama di kawasan pedalaman, jika dipindahkan keluar pada bila bila masa untuk memberi peluang kepada Calon Guru Besar baharu yang tamat NPQEL. Guru Besar baharu diberikan peluang mentadbir di sekolah kecil selama beberapa tahun sebelum di bawa balik ke sekolah yang lebih besar. Makluman Perancangan Pembangunan 1.22 Semua Sekolah Rendah yang menerima peruntukan 20 000.000 untuk penyelenggaraan kecil kecuali SJKC Tong Ah dan sekolah Mission (SK St Mathew Sekuau dan SK St Mark,SK Dijih dan SK Nanga Selangau. Sebagai Makluman proses cabut undi telah dibuat pada26 September 2023 iaitu pada hari Rabu dan semua kontraktor yang berjaya sudah tahu sekolah yang mereka selenggara. 1.23 Urusetia sebutharga akan mengeluarkan SSD dan kontraktor ada tempoh 7 hari untuk menjawab SSD sama ada menerima atau menolak. Kontraktor yang menerima SSD akan mula melawat ke tapak selepas 6.10.2023. Guru besar perlu berbincang dengan kontraktor untuk memahami BQ yang telah dibuat dan dibincangkan dengan persetujuan bersama. 1.24 Pendekatan pada tahun ini masih sama iaitu Jawatankuasa


12 12 Pembangunan Daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah yang akan bermesyuarat , ahli Jawatankuasa kerja-kerja penyelengaraan dalam JK Pembangunan yang sedia ada. Sehubungan dengan itu, AJK Pembangunan Daerah seperti yang dinyatakan terdiri daripada : Pegawai Pendidikan Daerah Selangau Semua Timbalan dan Ketua Sektor pegawai pembangunan penolong jurutera Pegawai Kewangan (Urusetia) PGB sekolah yang diselenggara 1.25 Di Peringkat sekolah, Guru besar juga menubuhkan Jawatankuasa pembangunan sekolah. Ahli jawatankuasa pembangunan sekolah akan membantu jawatankuasa pembangunan daerah untuk memantau dan memeriksa kerana berada di sekolah sepanjang masa. Pastikan kerja buat untuk BQ dilaksanakan dengan betul. 1.26 Jawatankuasa Pembangunan sekolah perlu mengadakan mesyuarat atau perbincangan berkala untuk melapor dan membuat catatan untuk projek yang dilaksanakan. 1.27 Sebelum semua pihak bersetuju kerja lengkap mengikut BQ, Pegawai pembangunan Encik Walter anak Naing,urusetia, Encik Petrus Felix anak Baring dan Cik Nurasfariza binti Ramdan,Penolong Jurutera akan ke sekolah untuk mengadakan taklimat pemantauan bersama kontraktor untuk melihat semua projek mengikut spek BQ dan bermesyuarat sebelum pembayaran dibuat. JK pembangunan daerah akan memanggil semua GB untuk membuat pengesahan sekali lagi dan jika tiada isu dibangkitkan maka semua projek akan dibayar mengikut jumlah yang telah dipersetujui mengikut BQ. Makluman


13 13 Kemenjadian Murid 1.28 Kemenjadian Murid Asrama Tanggungjawab Bersama merupakan tema Transformasi Asrama Harian. Sehubungan dengan itu, adalah matlamat utama semua pihak untuk menjadikan asrama sebagai kediaman yang menjamin kejayaan murid. Kejayaan murid yang disasarkan adalah berdasarkan kepada bakat dan potensi murid serta kebitaraan asrama yang dihuni. Matlamat ini mampu dicapai dengan; Meningkatkan kualiti keselamatan dan kebajikan penghuni asrama agar mereka merasa terjamin untuk mencapai cita-cita kejayaan; Mewujudkan aktiviti, suasana, dan iklim di asrama yang boleh membantu penghuninya mengembangkan potensi dan bakat kendiri, serta menjana kemahiran diri; Meningkatkan komitmen pengurusan asrama dan pengurusan sekolah terhadap Asrama Harian dengan mengamalkan sifat kepedulian (care and concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan penghuninya Meningkatkan penglibatan ibu bapa bersama anak-anak dan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi membantu anak meraih kejayaan pada masa hadapan. 1.29 Program Minda Sihat merupakan usaha pencegahan dan pengesanan awal bagi meningkatkan kesejahteraan sosioemosi serta mental yang baik dalam kalangan murid. Antara objektif pelaksanaan Program Minda Sihat adalah untuk meningkatkan kesedaran kesejahteraan sosioemosi dan mental dalam kalangan murid, meningkatkan keupayaan murid meregulasi emosi dan kemahiran gaya daya tindak dengan baik dan merujuk murid yang mengalami masalah emosi, psikologi dan mental kepada pihak yang bertanggungjawab dengan prosedur yang betul. 1.30 Fokus utama sekolah dalam memastikan kehadiran murid mencapai KPI yang ditetapkan, adalah perlu untuk pihak sekolah menitikberatkan pengisian kehadiran murid dalam sistem APDM setiap hari persekolahan. 1.31 Pemantauan setiap hari oleh PKHEM harus jadi tanggungjawab utama bagi memastikan pengisian dibuat oleh guru kelas mengikut ketetapan yang


14 14 telah ditetapkan. Pihak pentadbir harus cakna dengan peratusan kehadiran murid keseluruhan setiap hari. 1.32 Murid berpotensi cicir harus ditangani dengan segera melalui Program Ziarah Cakna/ Lan Ngabas. Setiap ketidakhadiran murid terutama PONTENG mesti dilaporkan dan direkodkan dalam Sistem Sahsiah Disiplin Murid. Pengisian Amalan Baik juga harus diperluaskan di sekolah dan perlu dipantau oleh pihak PKHEM dari masa ke semasa. 1.33 Pengemaskinian Data Maklumat Murid juga harus telus dan Jawatankuasa Bantuan Peringkat Sekolah adalah berkuasa penuh bagi menapis murid yang layak dan tidak layak dalam menerima Bantuan yang disediakan oleh pihak KPM dan juga agensi luar. 1.34 Pengurusan dalam pengagihan bantuan hendaklah disegerakan berpandukan SPK dan Garis Panduan yang ditetapkan. Pengurusan bantuan ini tidak boleh dianggap ringan dan remeh kerana ia melibatkan implikasi kewangan. Kewangan 1.35 Pengurus sekolah hendaklah bertanggungjawab bagi menyediakan suatu penyata kewangan tahunan bagi tahun berakhir 31 Disember tiap-tiap tahun mengikut prinsip perakaunan tang diterima umum; 1.36 Mengemukakan penyata kewangan tahunan tersebut kepada ketua pusat tanggungjawab (PTJ) yang kemudiannya dikemukakan kepada bahagian audit sekolah tidak lewat dari 31 Mac tahun berikutnya. Menyediakan penyata kewangan yang tepat dan betul kepada bahagian audit sekolah. Makluman


15 15 2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BILANGAN 3/ 2023 2.1 Minit Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Daerah Selangau Bersama Pengetua dan Guru Besar Bil.3/2023 dicadang disahkan oleh Encik Joanes anak Tulang ,Timbalan Sektor Perancangan dan disokong oleh Encik Alas bin Rambli , Guru Besar SK batu 36, Selangau. Makluman 3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT Perkara 4.3.7.9: Guru besar SK Batu 36, Encik Alas bin Rambli memaklumkan projek pembangunan sekolah (pembesaran dewan) yang menggunakan peruntukan sumbangan pihak luar di sekolah beliau masih menghadapi kekangan kerana belum ada jurutera yang bertauliah dari Majlis Daerah Luar bandar Sibu untuk menyediakan lukisan pelan bangunan. Pihak bomba hanya menerima pelan bangunan yang dilukis oleh jurutera berlesen untuk tindakan selanjutnya. Projek sumbangan NGO bagi cadangan pembinaan jambatan besi dan pakir kenderaan di Sk Sg Buloh mendapati beberapa pekara yang belum selesai, iaitu kelebaran jambatan yang belum memenuhi kehendak pihak Bomba iaitu sekurang-kurangnya 6m dan dapat menampung berat 30 tan. Kelebaran yang dicadang pihak NGO iaitu 3.8 m. Setelah merujuk dengan pihak JPN, menasihatkan supaya patuh kepada keperluan pihak Bomba demi bantuan kecemasan di kemudian hari. Pekara ini telah dijelaskan kepada pihak NGO jika perlu untuk menambah dana dan sebagainya. Perkara 4.5.3.7 Mesyuarat mengambil maklum bahawa SK St Mark (M), SK St Mathew dan SMK Ulu Balingian telah selesai memasang meter elektrik. Manakala SK Sungai Sepiring dan SK Dijih sudah memohon dan menunggu tindakan dari SEB . SK Iban Union, SK Ulu Sungai Arip , Sk Sungai Bawang, SK Kuala Pelugau dan SK Kemena menghadapi kekangan dimana proses penyambungan meter memerlukan pendawaian semula dan perlu membayar deposit mengikut keadaan sekolah masing-masing. Pengetua SMK Ulu Balingian berkongsi bahawa sekiranya deposit telah dibayar, maka SEB akan memasang meter dalam tempoh dua hari mengikut prosedur semasa. SK Iban Union dan SK Ulu Sungai Arip telah mengemukakan anggaran Kos tambahan yang dibuat oleh pihak kontraktor untuk penyambungan meter ke Sektor Perancangan PPD Selangau.


16 16 Mesyuarat mengambil maklum bahawa semua sekolah telah memohon penyambungan meter dengan SEB, namun belum ada tindakan daripada pihak SEB atas kekangan yang dinyatakan seperti di atas. Perkara 4.3.7.12 Cikgu Walter anak Naing memaklumkan bahawa semua permohonan perkhidmatan bomba untuk menebang pokok yang menganggu kawasan sekolah telah dimajukan ke JPNS namun belum mendapat maklumbalas sehingga kini. 4.0 LAPORAN SETIAP SEKTOR 4.1 LAPORAN SEKTOR PERANCANGAN KOMPAS 2.0 4.1.1 Semua pengetua dan guru besar daerah Selangau telah selesai 100% melengkapisikan KOMPAS 2.0 bagi tahun 2023. 4.1.2 Hanya 2 buah sekolah tidak dapat mengisi kerana masih kekosongan jawatan yang belum diisi setakat ini. MAKLUMAN PBPPP (Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan) 4.1.3 Setakat 25 September 2023, sejumlah 5 buah sekolah Belum Selesai untuk Penetapan PP1 dan PP2 bagi fasa pertukaran sebelum Penilaian kali ke 2 bagi ePrestasi. 4.1.4 18 buah sekolah telah selesai memastikan setiap PYD dinilai dengan PP1 dan PP2 yang baharu bagi guru yang berubah stesen bertugas dan dinaikkan pangkat di stesen sama atau baharu. 4.1.5 Guru COS (Contract of Service) dan MyStep tidak akan dinilai dalam ePrestasi 2023. MAKLUMAN Dialog Prestasi Daerah 2023


17 17 4.1.6 Dialog Prestasi Daerah Perancangan Dialog Prestasi (DP) Daerah tahun 2023 dirancang dilaksanakan sebanyak 6 kali. Bil Dialog Prestasi Daerah Fokus Tarikh (2023) Status 1. DP daerah Bil.1/2023 SPM AR1 & PBD (Sns,MT) 11 Julai Laksana 2. DP daerah Bil.2/2023 PBD & UASA 27-28 Ogos Laksana 3. DP daerah Bil.3/2023 PBD SM (BI, MT, SNS) 23 Oktober Ditunda 4. DP daerah Bil.4/2023 PraSekolah 09 November Belum 5. DP daerah Bil.5/2023 PBD SR (BI,MT, SNS) 28 November Belum 6. DP daerah Bil.6/2023 PAJSK (KK) ... Jan 2024 Belum i. Status pelaksanaan DP daerah setakat bulan September, hanya 2 kali sahaja yang telah dilaksanakan. ii. Dialog Prestasi Daerah Bil.3/2023 terpaksa ditunda atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Tarikh yang baharu akan dimaklumkan kemudian. MAKLUMAN Dialog Prestasi Sekolah Perlaksanaan di peringkat sekolah sekurang-kurangnya 6 kali setahun. i. Dialog prestasi sekolah perlu dibuat laporan di akhir tahun mengikut bilangan yang telah dilaksanakan oleh pihak sekolah dan muat naik laporan DP sekolah tersebut ke dalam folder sekolah melalui link seperti berikut: http://bit.ly/DPskolah2023 . ii. Muat naik 2 perkara seperti berikut: Takwim Dialog Prestasi Sekolah Tahun 2023 Laporan Dialog Prestasi Sekolah (DP Bil.1 - 6/2023) iii. Tarikh akhir muat naik laporan Dialog Prestasi sekolah bagi sesi 2023 ialah pada 26 Januari 2024 (Jumaat). Tindakan: Semua Pengetua & Guru Besar Program i-CARE SK@S PPD Selangau 4.1.7 Program i-CARE SK@S PPD Selangau bagi tahun 2023 telah


18 18 dilaksanakan dengan jayanya pada 11 September 2023 (Isnin) yang bertempat di bilik mesyuarat SJKC Tong Ah. 4.1.8 Tujuan program tersebut adalah untuk menjelaskan tentang proses kerja penilaian kendiri sekolah dan pengurusan MOEIS-Institusi Modul SKPM Kualiti@Sekolah. 4.1.9 Telah dihadiri seramai 46 orang perserta yang diwakili oleh pengetua, semua guru besar dan guru data/guru penyelaras 23 buah sekolah daerah Selangau. 4.1.10 Penceramah program adalah dari Jemaah Nazir Cawangan Sibu iaitu pada Encik Anizan bin Daud dan Dr. Kumudthaa a/p Muniady. MAKLUMAN 4.1.11 Bagi pengisian fasa awal ini, dimohon semua pihak sekolah untuk melengkapisikan bahagian ‘Kekuatan Kami’ melalui sistem idMe melalui pautan berikut: https://idme.moe.gov.my pada atau sebelum tarikh tutup 15 Oktober 2023. i. 1 buah sekolah sahaja telah siap mengisi ‘Kekuatan Kami’ iaitu SJKC Tong Ah. ii. 22 buah sekolah belum siap melengkapisikan ‘Kekuatan Kami’ perlu ambil tindakan segera sebelum tarikh tutup. iii. Pastikan pengetua dan guru besar membuat pengesahan kepada bahagian ‘Kekuatan Kami’ melalui sistem idMe. Tindakan: Semua Pengetua & Guru Besar Terima kasih diatas sumbangan dan sokongan semua pihak dalam melancarkan aktiviti atau program peringkat daerah seperti berikut; 4.1.12 Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Apresiasi tahun 2022 pada 15 September 2023. 4.1.13 Hari Terbuka PPD Selangau tahun 2023 pada 23 September 2023 MAKLUMAN Perancangan Pembangunan 4.1.14 Program Cabutan Undi i. Telah dijalankan pada 26 September 2023, bertempat di SJKC Tong Ah. ii. Seramai 26 kontraktor telah terlibat dalam program tersebut. iii. Antara projek yang terlibat seperti kerja menaiktaraf, penyelenggaraan dan pembaikan bangunan sekolah di daerah Selangau seperti di bawah; Sebanyak 17 buah sekolah terlibat dalam projek kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan bangunan sekolah. Empat buah sekolah terlibat dalam projek Naik Taraf bilik darjah menadi bengkel RBT.


19 19 Dua buah sekolah untuk projek kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan akibat bencana. 4.1.15 Kerja-kerja Pembaikan dan Penyelenggaraan Bangunan Sekolah i. Hanya 17 buah sekolah terlibat dalam projek ini (rujuk slide) seperti pada senarai di bawah; MAKLUMAN 4.1.16 Kerja-kerja Naik Taraf Bilik Darjah Menjadi Bengkel Reka Bentuk Teknologi (RBT) i. Projek ini telah melibatkan hanya 4 buah sekolah sahaja iaitu SK Bukit Arip, SK Sg Sepiring/Sg Tepus, SK Batu 36 dan SK Penghulu Imban. Gambar di bawah merupakan rujukan untuk pelan cadangan bilik RBT. MAKLUMAN 4.1.17 Kerja-kerja Pembaikan dan Penyelenggaraan Sekolah Akibat Bencana


20 20 ii. Projek ini hanya melibatkan 2 buah sekolah yang terkesan akibat bencana ribut iaitu SK Sg Buloh dan SK Sg Anak. MAKLUMAN 4.1.18 Pemasangan Meter Elektrik Rumah Guru/Staf daerah Selangau i. Dimohon 10 buah sekolah yang terlibat untuk menyelesaikan isu unit rumah guru/staf yang belum dipasang meter SEB dengan meminta SEB untuk membuat anggaran harga supaya dapat dimajukan kepada JPN Sarawak untuk permohonan peruntukan. ii. Pihak sekolah perlu lengkapisikan borang senarai rumah guru/AKP yang dicadang untuk pemasangan meter elektrik. (Rujuk slide m/s 46) iii. Hantar borang tersebut jika telah dilengkapisikan kepada Encik Walter anak Naing (Sektor Perancangan, PPD Selangau) Tindakan: Guru Besar SK Kuala Pelugau, SK Ulu Sg Arip, SK Ng Tajam, SK Sg Buloh, SK Bukit Arip,SK Sg Kemena, SK Sg Bawang dan SK Iban Union 4.1.19 Perabot Sekolah dan Alat Pemadam Api i. Pihak syarikat dan pembekal perabot sekolah sedang mengagihkan perabot dan alat pemadam api ke sekolah-sekolah termasuk dibawah pakej RMK-12 RP3 bengkel RBT. ii. Pastikan perkara berikut mesti ada semasa proses penerimaan barangan berkenaan iaitu; Penerimaan Sijil Akuan Penerimaan (SAP) Penerimaan mesti mengikut pesanan Guru aset sekolah mesti mendaftarkan perabot mengikut tatacara Aset Alih Kerajaan. iii. Mohon Pengetua dan Guru Besar memaklumkan kepada Guru Aset Sekolah masing-masing untuk mendaftarkan aset perabot dan alat pemadam api yang dihantar ke sekolah. MAKLUMAN 4.1.20 Projek Naik Taraf dan Penyelenggaraan Kecil i. Projek tersebut adalah seperti berikut; Penyelenggaraan, ubah suai dan naik taraf tandas Penyelenggaraan, ubah suai dan naik taraf sistem kumbahan Pendawaian semula dan penggantian peralatan elektrik di tandas dan sistem kumbahan Perolehan dan kelengkapan di tandas dan; Lain-lain penyelenggaraan, ubah suai dan naik taraf yang berkaitan di bawah institusi KPM.


21 21 MAKLUMAN ii. Sebanyak 20 buah sekolah yang terlibat iaitu seperti senarai di bawah; 1. SK Sg Anak 2. SK Iban Union 3. SK Bukit Arip 4. SK Ulu Sg Arip 5. SK Sg Tau 6. SK Sg Bawang 7. SK Sg Kemena 8. SK Kuala Pelugau 9. SK Sg Sepiring/Tepus 10. SK Sg Buloh 11. SK Kuala Lemai 12. SK Sg Arau 13. SK Ng Kua 14. SK Batu 36 15. SK Nanga Tajam 16. SK Penghulu Imban 17. SK Sg Pakoh 18. SK Ng Selangau 19. SK Dijih 20. SMK Ulu Balingian 4.1.21 Agihan Peruntukan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) RM50,000 i. Hanya 3 buah sekolah yang telah mendapat peruntukan SBK RM50,000 iaitu; SK St Mark SK St Matthew SJKC Tong Ah ii. Mohon 3 buah sekolah berkenaan menghantar laporan penggunaan peruntukan mengikut format yang diberi melalui surat yang telah diedarkan; JPNSW1010-400-2/2/3 Jilid 3 (32), bertarikh 28 Julai 2023 kepada Sektor Perancangan (u.p.: Encik Walter ak Naing). Tindakan: Guru Besar SK St Mark, SK St Matthew& SJKC Tong Ah 4.1.22 Cadangan Projek-projek Kecil Pemulihan Dan Pembangunan Menggunakan Dana Lembaga Kumpulan Wang Kawasan Hutan (LKWKKH) Bagi Tahun Pelaksanaan 2024 i. Terdapat 2 cadangan projek kecil pemulihan dan pembangunan telah diluluskan iaitu: Simposium Selangau Pegari (SIMPLESERI 2023) Membina Wharf di SK Kuala Lemai MAKLUMAN 4.1.23 Pengoperasian Janakuasa Sekolah i. Melibatkan 3 buah sekolah rendah iaitu seperti berikut; SK Nanga Kua SK SG Tau SK Sg Arau


22 22 MAKLUMAN 4.1.24 Telaga Tiub i. Perkhidmatan penyelenggaraan sistem telaga tiub sekolah pedalaman di Sarawak Zon 2 dan kerja-kerja lain berkaitan melibatkan 13 buah sekolah iaitu; SK Sg Anak, SK Iban Union, SK Sg Bawang, SK Sg Kemena, SK Kuala Pelugau, SK Sg Sepiring, SK Sg Buloh, SK Kuala Lemai, SK Sg Arau, SK Ng Kua, SK St Mark, SK Ng Tajam dan SK Sg Pakoh. MAKLUMAN 4.1.25 RMK-13 RP1 (Keutamaan Tahun 2024) i. Bagi tahun 2024, 3 buah sekolah ini akan diberikan keutamaan bagi projek RMK-13 RP1. ii. Keutamaan yang diberikan ini tersebut kerana berdasarkan ulasan JKR yang menyatakan tidak selamat, dalam skala 6 & 7, USNT dan perlu gantian penuh. MAKLUMAN 4.1.26 Penubuhan Jawatankuasa pemantauan projek i. Pihak sekolah dimohon untuk menubuhkan ahli jawatankuasa di sekolah untuk memantau projek di tapak bina. ii. Tujuan penubuhan jawatankuasa tersebut adalah; Membantu memantau kerja-kerja di tapak bina yang dijalankan oleh pihak kontraktor. Melaporkan kemajuan kerja di tapak bina kepada pegawai yang berkaitan di peringkat PPD. MAKLUMAN Data EMIS KPM 4.1.27 Berdasarkan analisis data ralat setakat 30 September 2023, didapati hanya sebuah sekolah sahaja yang mempunyai data ralat iaitu SK Sg Kemena. 4.1.28 Terdapat 5 ralat yang ditunjukkan sistem EMIS pada Modul Infrastruktur, kod I021: Aras blok bangunan tidak mempunyai bilik. 4.1.29 Mohon pihak sekolah membuat kemaskini data EMIS sekolah di


23 23 bahagian kod I021 menggunakan Cara Penyelesaian yang telah dinyatakan dalam EMIS juga. (Sila rujuk slide laporan Sektor Perancangan di muka surat 67) Tindakan: Guru Besar SK Sungai Kemena Pengurusan Bencana 4.1.30 Tiada sekolah banjir yang dilaporkan dari Julai hingga September 2023. 4.1.31 Hanya 2 buah sekolah terkesan akibat bencana ribut iaitu SK Sg Buloh dan SK Sg Anak. MAKLUMAN Aduan Awam 4.1.32 Tiada aduan awam yang dilaporkan ke Pejabat Pendidikan Daerah Selangau setakat Oktober 2023. 4.1.33 Hanya ada satu kes pada bulan Julai 2023 tetapi kes tersebut adalah ekoran aduan tahun lepas dan telah diselesaikan pada tahun ini. MAKLUMAN Pengkongsian Tentang Intergriti Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 4.1.34 Mesyuarat mengambil maklum bahawa: a. Slaid perkongsian berikut adalah daripada Ketua Penolong Pengarah, Encik Valentine ak Gabriel Bain, Sektor Intergriti JPN Sarawak untuk disebarluas dan dikongsikan bersama warga sekolah selepas ini sebagai panduan dan peringatan kita semua. Tindakan: Pengetua dan Semua Guru Besar b. Gunakan slaid yang telah dikongsikan semasa mesyuarat untuk penerangan lebih jelas. (Klik link untuk muat turun slaid Intergriti di link berikut http://bit.ly/mesyPGB ) Tindakan: Pengetua & Guru Besar c. Perkongsian tersebut dibahagikan kepada 5 skop utama iaitu; Pengenalan Peraturan-peraturan Pegawai Awam Contoh-contoh Pelanggaran Tatatertib Kesan Pelanggaran Tatatertib Isu-isu Kes Tatatertib MAKLUMAN d. Berikut adalah surat-surat pengurusan mengikut Tatatertib selaras dengan peraturan dan pekeliling Kerajaan semasa yang berkuatkuasa


24 24 yang perlu dicetak untuk rujukan dan panduan di peringkat sekolah; Pengurusan Aduan dan Laporan Kes Pegawai Tidak Hadir Bertugas (THB): JPNSW.SKPP.UTT.100-1/8/2 (14), bertarikh 29 Julai 2020. Pengurusan Tatatertib bagi Kes Pegawai yang tertakluk kepada Prosiding Jenayah: JPNSW.SKPP.UTT.500-3/16/8 (87), bertarikh 12 November 2020. Pengurusan Permohonan Pekerjaan Luar: JPNSW.SKPP.UTT.100-1/8/2 (19), bertarikh 15 Oktober 2021. Pengurusan Tatatertib Biasa (AM): JPNSW.SKPP.UTT.100- 1/8/2 (20), bertarikh 15 November 2021. Pengurusan Kes Tatatertib Mengenai Keterhutangan Kewangan Yang Serius (Kebankrapan): JPNSW13.100-1/3/6 (5), bertarikh 7 Julai 2022. Pengurusan Pelaporan bagi kes Tatatertib: JPNSW13.100-1/3/6 (6), bertarikh 30 November 2022. Peringatan Mengenai Etika Penggunaan Media Sosial bagi Guru dan Murid: JPNSW13.100-1/3/6 (8), bertarikh 10 Mei 2023. Tindakan: Pengetua dan Semua Guru Besar 4.2 LAPORAN SEKTOR PENGURUSAN 4.2.1 PENGURUSAN HRMIS 4.2.1.1 Data akedemik adalah elemen yang wajib diisi oleh semua penjawat awam selari dengan jawatan yang disandang. Pihak sekolah boleh merujuk pautan di bawah untuk memahami langkah mengemaskini data akademik dalam HRMIS: https://tinyurl.com/dataakademikhrmis 4.2.1.2 Dimohon agar sekolah mengemaskini maklumat data akademik tahap pendidikan dalam sistem HRMIS sebelum 31 Oktober 2023. 4.2.2 PENGURUSAN LATIHAN (e-SPLG) 4.2.2.1 Dibentangkan laporan bilangan hari berkursus dan mata kredit guru


25 25 dan skim bukan guru di Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Sarawak sehingga 15 September 2023. Berdasarkan laporan ini, PPD Selangau telah mencapai 96.67% 5 hari berkursus. 4.2.2.2 Rumusan laporan mata kredit dan bilangan hari berkursus pegawai setakat 15 September 2023 i) 1 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan: Tidak Pernah Kursus ii) 16 orang: bilangan hari berkursus kurang dari 5 hari (7 PPP dan 8 pegawai bukan guru) iii) 72 PPP belum mencapai 42 mata kredit 4.2.2.3 Dimohon agar PGB mengingatkan guru dan pegawai bukan guru di sekolah untuk melengkapkan hari dan mata kredit agar dapat mencapai 90 % minimum 42 mata kredit sebelum 31 Oktober 2023. 4.2.2.4 6 buah sekolah yang telah mencapai 100% ialah SK Nanga Kua, SK Sg Bawang, SK Ulu Sungai Arip, SK Iban Union, SJKC Tong Ah dan SK Kuala Lemai. 4.2.2.5 Pihak sekolah boleh merujuk kepada laporan pengurusan latihan setakat 15 september 2023 yang telah diedarkan kepada sekolah yang terlibat. 4.2.3 PENEMPATAN DAN PENGISIAN 4.2.3.1 Penempatan dan Pengisian berdasarkan pekeliling yang sedang berkuatkuasa, Dikongsikan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Ceraian U.P 2.2.1. 4.2.3.2 Dikongsikan slaid Penempatan dan Pengisian untuk rujukan pihak sekolah. (Rujuk Lampiran 4.2.3.2 Slaid Penempatan dan Pengisian) 4.2.4 KENAIKAN PANGKAT 4.2.4.1 Arahan pengemaskinian maklumat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG32 hingga Gred DG54 dan Anggota Kumpulan Pelaksana bagi urusan Kenaikan Pangkat secara Time-Based berasaskan Kecemerlangan yang layak tahun 2021, 2022, dan 2023 (Urusan Cicir) di KPM. Mohon pegawai yang terlibat mengemaskini maklumat peribadi dan perkhidmatan di Sistem eOperasi, HRMIS dan ePangkat sebelum 31 Oktober 2023. (Makluman : Semua Sekolah ) 4.2.5 Unit Pengurusan dan Teknikal (ICT)


26 26 4.2.5.1 Dibentangkan laporan lawatan khidmat bantu unit ICT fasa ke 2 di sekolah daerah selangau. (Rujuk Lampiran 4.2.4.1: Slide Lawatan Khidmat bantu unti ICT) 4.2.5.2 Bagi perkhidmatan sewaan komputer riba mesra alam yang memenuhi keperluan hijau secara sewa milik (lease to own) untuk keperluan guru di sekolah dan institusi pendidikan kementerian pendidikan malaysia (kpm) (zon 2 – Sarawak). Dimohon semua sekolah mengisi pautan yang dikongsikan sebelum atau pada 6 Oktober 2023. 4.2.5.3 Internet interim : Dimohon sekolah yang belum menghantar Sijil akuan penerimaan sebagai laporan perkhidmatan bagi pakej interim perkhidmatan interim di sekolah (lampiran 14) menghantar ke unit Pengurusan dan Teknikal (ICT) secepat mungkin. (Tindakan : Guru Besar SK St Mathew Sekuau dan SK Sg Kemena ) 4.2.6 UNIT KEWANGAN DAN AKAUN 4.2.6.1 Laporan Kewangan bagi kumpulan wang sekolah seperti pada 31 Ogos 2023. Dikongsikan Slaid laporan prestasi perbelanjaan kumpulan wang kerajaan dan kumpulan wang asrama untuk perhatian sekolah. (Rujuk lampiran : Laporan Kewangan bagi kumpulan wang sekolah) 4.2.6.2 Pengerusi mohon PGB di sekolah menyemak, memantau dan mengurus baki kewangan memastikan perbelanjaan dibuat dan diselesaikan. (Tindakan : Pengetua SMK Ulu Balingian dan Guru Besar Semua Sekolah) 4.2.6.3 Pengerusi memutuskan agar setiap sekolah menghantar laporan perbelanjaan kewangan pada setiap bulan. Unit kewangan akan mengeluarkan senarai semak sekolah yang belum menghantar laporan kewangan sebagai pemakluman dan tindakan sekolah yang terlibat sebelum 10 haribulan pada setiap bulan. 4.2.6.4 Sila pastikan semua dokumen kewangan dari bulan Januari hingga


27 27 Disember 2023 dikemaskini dan lengkap serta direkod dalam buku tunai dan disemak oleh PGB bagi memudahkan proses menyiapkan penyata kewangan yang akan dibuat laporan PATSKOM sebelum 31 Mac 2024. (Tindakan : Pengetua SMK Ulu Balingian dan Guru Besar Semua Sekolah) 4.2.6.5 Laporan Pukal utiliti bagi Daerah Selangau dalam bulan Julai hingga September 2023. Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak (JBALB) Syarikat Sesco Berhad (SESC-SEB) (Rujuk Lampiran : Laporan Pukal utiliti Daerah Selangau) 4.2.6.6 Perkhidmatan Kebersihan Bangunan dan Kawasan di sekolah. Sekiranya Pihak sekolah memajukan denda terhadap kontraktor mestilah disertai dengan aduan bertulis. 4.3 LAPORAN KAUNSELOR ORGANISASI DAERAH 4.3.6 Mesyuarat mengambil maklum bahawa Program Weight Loss Challenge peringkat PPD Selangau yang dianjurkan dibawah Sektor Psikologi dan Kaunseling PPD Selangau dengan kerjasama AKRAB Selangau telah tamat. Syabas dan tahniah kepada para pemenang. Makluman 4.4 LAPORAN SEKTOR PEMBANGUNAN BAKAT MURID 4.4.1 Penyelarasan pengurusan Fail di seluruh negeri Sarawak(Standard Kualiti Pengurusan Asrama-SKPA) Kepimpinan, hala tuju dan pentadbiran asrama Pembangunan Sahsiah, Pengurusan Aktiviti dan program murid Pengurusan Prasarana/Fizikal Kemenjadian Murid Pematuhan Kontrak Kerajaan (Tindakan: Pengetua SMK Ulu Balingian dan Semua Guru Besar)


28 28 4.4.2 Mohon tindakan PGB untuk memantau baki bawa ke hadapan Bantuan Makanan Asrama. Pemantauan dan Pelaporan Maklumat perbelanjaan Baki bawa ke hadapan bantuan makanan asrama boleh di buat di pautan:https://tinyurl.com/BAKIBAWAHADAPAN. (Tindakan: Pengetua SMK Ulu Balingian dan Semua Guru Besar) 4.4.3 Karnival Kebudayaan Asrama Tahun 2023. PPD telah mengadakan pertandingan tarian yang memperoleh keputusan seperti berikut : 1. SK Dijih, 2. Sk Nanga Selangau 3. SK Kuala Pelugau. Selain itu Pertandingan Nyanyian Duet/Duo yang memperoleh keputusan seperti yang berikut: 1. SK Nanga Selangau 2. SK Nanga Kua, 3. Sk St Mathew. 4.4.4 Mesyuarat mengambil maklum bahawa sekolah yang menjadi johan telah menjadi wakil Selangau ke peringkat Negeri (Makluman) 4.4.5 Pengurusan Kaunseling dan Kerjaya. Program Minda Sihat 4.4.6 Pastikan guru lantikan dalaman dan GBK di sekolah menengah melaksanakan saringan menggunakan modul PRISMA yang telah didedahkan sebelum ini. Untuk makluman, Saringan Minda Sihat 2 hanya dilaksanakan kepada murid yang tidak melepasi Saringan Minda Sihat 1 sahaja dan tidak kepada semua murid. (Rujuk lampiran: 4.4.6 Jadual Panduan Program Minda Sihat bagi Kalendar akedemik sesi 2023/2023) 4.4.7 Dikongsikan rumusan saringan minda sihat 1 untuk rujukan ahli mesyuarat. (Rujuk lampiran: Rumusan Saringan Minda Sihat 1 Tahun 2023) 4.4.8 Dimohon PGB memastikan intervensi umum dan khusus minda sihat telah dilaksanakan berdasarkan Modul PRISMA seperti yang telah dibengkelkan pada 4.9.2023. Perlaporan perlu dibuat berdasarkan format yang terdapat dalam modul PRISMA.


29 29 (Tindakan: Pengetua SMK Ulu Balingian dan Semua Guru Besar) Pentaksiran Psikometrik 4.4.9 GBK(SM) dan guru bimbingan lantikan dalaman (SR) disarankan membuat pentaksiran psikometrik secara manual terlebih dahulu dan kemudian ke dalam sistem. (Tindakan: Pengetua SMK Ulu Balingian dan Semua Guru Besar) 4.4.10 Laporan Rumusan Kehadiran Daerah Dikongsikan laporan rumusan kehadiran murid mengikut sekolah dalam daerah Selangau dalam tempoh Mac hingga Ogos 2023. Semua sekolah perlu memastikan KPI Daerah tercapai iaitu 95.04%.Guru kelas bertanggungjawab membuat pengisian kehadiran murid dan dipantau oleh PK HEM sebelum PGB memberikan pengesahan. Tindakan pengisian kehadiran perlu dilaksanakan sebelum jam 12.00 tengahari pada setiap hari persekolahan. (Tindakan : Pengetua SMK Ulu Balingian dan Semua Guru Besar) 4.4.11 Data APDM Pastikan Data APDM sentiasa dikemaskini berdasarkan data pada 1 hb pada setiap bulan di peringkat sekolah.Hal ini kerana data ini dikongsikan terus dengan Pegawai APDM dan pegawai APDM di 30 PPD di Sarawak menerusi link yang telah ditetapkan oleh setiap PPD : http://bit.ly/ApdmPPDSelangau (Makluman) 4.4.12 Laporan Prestasi Agihan Bantuan Am Persekolahan KWAPM 2023. Fasa 1 : 21 SR selesai 1 SR belum selesai (SK Sg Kemena) 1 SM selesai Fasa 2 :17 SR Selesai 3 SR belum selesai (SK Sungai Kemena,SK Sungai Arau dan Sk Sungai Buloh) SM tidak berkenaan 4.4.13 Tarikh akhir untuk menyelesaikan agihan KWAPM ialah pada 29


30 30 September 2023 manakala tarikh akhir pemulangan baki peruntukan ialah pada 31 Oktober 2023. (Makluman) Unit Bakat Murid-Sukan 4.4.14 Dibentangkan laporan aktiviti yang telah dijalankan oleh Unit Bakat Murid dan aktiviti yang akan dijalankan dalam masa yang terdekat bagi tahun 2023. Turut dikongsikan rumusan data penyertaan murid dalam aktiviti sukan PPD Selangau pada tahun ini. (Rujuk Lampiran 4.4.16 : Laporan aktiviti Unit Bakat Murid) 4.4.15 Unit Bakat Murid-Sukan turut membuat rumusan terhadap data pencapaian murid dalam aktiviti sukan bagi tahun 2023 (Rujuk Lampiran 4.4.17 : Pencapaian dan penyertaan murid) (Makluman) Unit Bakat Murid-Kokurikulum 4.4.16 e-Mansang Anak Sarawak 4.0 (EMAS) Dikongsikan data penyertaan e-Mansang Anak Sarawak 4.0 dalam aktiviti Ko Akedemik, aktiviti STEM, aktiviti Persatuan badan beruniform, aktiviti Kelab dan persatuan dan aktiviti kesenian. (Rujuk Lampiran 4.4.18 : e-Mansang anak Sarawak 4.0 (EMAS) 4.4.17 Timbalan Sektor Pembangunan Murid membentangkan laporan penyertaan dan pencapaian setiap aktiviti sepanjang tahun. Beliau turut merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua sekolah dan murid yang terlibat dalam setiap aktiviti daerah dan seterusnya menjadi wakil daerah ke peringkat Negeri. 4.4.18 Mesyuarat mengambil maklum jumlah rumusan penyertaan sekolah dalam Karnival e-MAS mengikut sekolah tahun 2023. (Rujuk Lampiran 4.4.19 :Slide Pengelolaan dan penyertaan Daerah Selangau) 4.4.19 Timbalan Sektor Pembangunan Murid mengingatkan pihak sekolah agar aktiviti yang bukan di bawah e-MAS perlu mendapatkan kelulusan oleh JPNS atau KPM untuk pengelolaan. Aktiviti yang tidak mendapat kelulusan daripada KPM/JPNS tidak diiktiraf untuk pengiktirafan PAJSK. Sektor Pembangunan Murid akan melaksanakan Sesi Libat urus berkaitan dengan


31 31 pengurusan pelaporan data penyertaan murid untuk mendapatkan data yang berintergriti. 4.4.20 Mesyuarat merakamkan penghargaan kepada seluruh warga SMK Ulu Balingian dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam aktiviti Hari Kerjaya dan Pendidikan yang berlangsung pada 8 September 2023 .Tidak lupa juga terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan Program Kecaknaan Pendidikan dan Hari Terbuka PPD Selangau pada 23 September 2023 yang lepas. ( Makluman ) 5.0 HAL-HAL LAIN 5.0 PSKPP - Mesyuarat memutuskan bahawa insentif untuk pemain / peserta PSKPP untuk mana-mana permainan / aktiviti bergantung kepada kewangan semasa yang ada. Insentif diberikan kepada yang mewakili Bahagian Sibu ke peringkat negeri sahaja. (Makluman) 6.0 PENUTUP Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.00 petang. Disediakan oleh; Urusetia Mesyuarat Sektor Pengurusan Sekolah


SENARAI LAMPIRAN 4.1 LAPORAN SEKTOR PERANCANGAN Data EMIS KPM 4.1.29 Mohon pihak sekolah membuat kemaskini data EMIS sekolah di bahagian kod I021 menggunakan Cara Penyelesaian yang telah dinyatakan dalam EMIS juga. Sila rujuk slide laporan Sektor Perancangan di muka surat 67 4.2 LAPORAN SEKTOR PENGURUSAN 4.2.3.2 Dikongsikan slaid Penempatan dan Pengisian untuk rujukan pihak sekolah.


SENARAI LAMPIRAN Rujuk Lampiran 4.2.3.2 Slaid Penempatan dan Pengisian


SENARAI LAMPIRAN


SENARAI LAMPIRAN


SENARAI LAMPIRAN


SENARAI LAMPIRAN


SENARAI LAMPIRAN 4.2.5 Unit Pengurusan dan Teknikal (ICT) 4.2.5.1 Dibentangkan laporan lawatan khidmat bantu unit ICT fasa ke 2 di sekolah daerah selangau. Rujuk Lampiran 4.2.4.1: Slide Lawatan Khidmat bantu unti ICT 4.2.6 UNIT KEWANGAN DAN AKAUN 4.2.7 Laporan Kewangan bagi kumpulan wang sekolah seperti pada 31 Ogos 2023. Dikongsikan Slaid laporan prestasi perbelanjaan kumpulan wang kerajaan dan kumpulan wang asrama untuk perhatian sekolah. Rujuk lampiran : Laporan Kewangan bagi kumpulan wang sekolah


SENARAI LAMPIRAN


SENARAI LAMPIRAN


SENARAI LAMPIRAN


SENARAI LAMPIRAN


SENARAI LAMPIRAN


SENARAI LAMPIRAN


SENARAI LAMPIRAN


SENARAI LAMPIRAN


SENARAI LAMPIRAN


SENARAI LAMPIRAN


Click to View FlipBook Version