The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nafisah azman, 2020-11-09 20:45:08

FORUM WEBINAR

FORUM WEBINAR

MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

PROGRAM :
FORUM WEBINAR PERANAN ETIKA DALAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN

FUNGSINYA DALAM KESEPADUAN NASIONAL

NAMA PENSYARAH :
CIK AS NUURIEN NAJMA BINTI AHMAD

NAMA PELAJAR & NO MATRIKS :
A’EISHAH NAFISAH BINTI RIZAL AZMAN

(33DFO20F1010)

1.0 OBJEKTIF PROGRAM

1.1 Saya didedahkan dengan ilmu peranan etika dalam tanggungjawab sosial.
1.2 Saya dapat mengenal pasti peranan dalam komuniti sosial berdasarkan kepada etika.
1.3 Saya dapat mengenal pasti fungsi etika dalam mewujudkan kesepaduan nasional
Malaysia.
1.4 Saya dapat menghayati etika dan peradaban dalam membentuk fungsi dalam sesebuah
masyarakat dan kesepaduan nasional.

2.0 INPUT DARI DUA SESI

2.1 DOKTOR NURSAFRA

Daripada panel pertama iaitu Dr Safra saya dapat mempelajari tentang : -

Maksud etika dari segi terminologi ialah moral = akhlak manakala dari segi konsep asas pula
ialah membahaskan mengenai perihal baik dan buruk tingkahlaku manusia.

Selain itu,saya dapat mengetahui erti dan peranan tanggungjawab sosial.Maksud
tanggungjawab sosial ialah tanggungjawab yang dipikul secara kolektif.Manakala peranan
tanggungjawab sosial terbahagi kepada tiga iaitu memelihara niat,melihat dari mata helang
dan berlapang dada.Peranan yang pertama iaitu melalui niat ialah dengan melibatkan diri
dalam sesuatu perkara dengan bersungguh dan mendapatkan maklum balas daripada
masyarakat yang terlibat selepas khidmat diberikan.Seterusnya,melihat dari mata helang iaitu
kita memerhati kemudian kita memikirkan apa yang boleh kita bantu atau sumbangkan atau
apa benda yang tidak mencukupi.Selain itu,dari segi kita berlapang dada iaitu kita dapat
menerima perbezaan sesuatu perkara,menguruskan konflik yang berlaku dalam sesuatu
aktiviti atau program serta kita dapat melatih diri untuk memimpin dan dipimpin dalam
sesuatu perkara.

2.2 DOKTOR ABU RAZZIN

Daripada panel kedua pula iaitu Dr Razzin saya dapat mengetahui serba sedikit tentang : -

Maksud etika,kesepaduan dan perpaduan.Etika bermaksud prinsip moral atau nilai-nilai
akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan manusia.
Kesepaduan pula diertikan sebagai menerima perbezaan yang merupakan satu keadaan yang
tidak lengkap kerana kepelbagaian kaum,agama dan budaya yang ada di negara Malaysia.
Perpaduan didefinasikan sebagai pembinaan sebuah negara bangsa yang memerlukan
kesatuan dan kesepaduan dalam kalangan rakyat dalam konteks keunikan Malaysia yang
mempunyai rakyat yang berbilang bangsa,agama dan budaya.Di sinilah pentingnya gagasan
perpaduan dalam kepelbagaian atau unity in diversity.

Seterusnya,saya dapat mengetahui tentang elemen-elemen etika yang yang membentuk
perpaduan dan kesepaduan.Antara elemennya ialah sistem kepercayaan dan agama,sistem
penempatan yang bersepadu,peningkatan kualiti hidup yang seimbang,sistem organisasi yang
mengamalkan dasar langit terbuka kepada pelbagai kaum serta bahasa dan tulisan
kebangsaan.Selain itu,perundangan yang sistematik menjunjung sistem nilai dan moral yang
tinggi,akur dengan perlembagaan,undang-undang dan dasar negara serta membina negara
bangsa.

3.0 TANGGUNGJAWAB DALAM MEWUJUDKAN SEBUAH
MASYARAKAT YANG BERSATU PADU

APAKAH MAKSUD MASYARAKAT?

Masyarakat merupakan satu kelompok sosial di mana ahli-ahlinya duduk di satu kawasan
tertentu dan hidup bersama untuk kepentingan bersama.Kelompok ini mempunyai pemimpin,
peraturan-peraturan dan norma-norma tertentu.Ini kerana kerjasama tersebut dapat menjamin
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta kelicinan projek-projek kebajikan.Malaysia
merupakan sebuah negara yang unik kerana masyarakatnya terdiri daripada berbilang kaum
dan agama. Kaum Melayu, Cina, India dan rakyat peribumi yang lain dapat hidup dalam
keadaan yang aman dan damai malah saling menghormati.

Antara yang boleh dilakukan dalam mewujudkan sebuah masyarakat yang bersatu padu
dalam kalangan masyarakat adalah dengan mengadakan aktiviti gotong-royong.Aktiviti
gotong-royong merupakan saluran dan peluang kepada masyarakat di sesuatu kawasan
perumahan untuk bertemu dan mengenali antara satu sama lain.Di samping itu,aktiviti ini
dapat memupuk semangat bekerjasama untuk membersihkan dan mengindahkan kawasan
persekitaran tempat kediaman mereka sesuai dengan slogan “Negara Bersih Rakyat Sihat”.
Sebagai contoh,aktiviti gotong-royong yang boleh dijalankan ialah kerja-kerja membersihkan
kawasan perumahan,taman permainan,tanah perkuburan dan sebagainya.Seterusnya,aktiviti
gotong-royong dapat meringankan serta memudahkan kerja yang sukar dilakukan ibarat kata
peribahasa yang berat sama dipikul,yang ringan sama dijinjing serta ke bukit sama di daki,ke
lurah sama dituruni.

Selain itu itu,untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang bersatu padu boleh dicapai dengan
meraikan sambutan perayaan kaum-kaum di Malaysia secara bersama-sama.Melalui amalan
kunjung-mengunjung yang dilakukan akan dapat mengeratkan ikatan silaturahim antara jiran
serta rakan daripada pelbagai kaum.Sebagai contohnya,sambutan Hari Raya Aidilfitri,Tahun
Baru Cina,Deepavali,Hari Gawai dan Hari Krismas merupakan perayaan utama yang boleh
diraikan oleh seluruh masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum.Melalui kunjungan
sambutan perayaan sesuatu kaum dapat menerbitkan perasaan hormat-menghormati terhadap
adat dan kepercayaan kaum lain.Di samping itu,budaya ini dapat mengukuhkan perpaduan
apabila kurangnya syak wasangka antara kaum di Malaysia.Sekiranya perkara ini dapat
dipraktikkan nescaya masyarakat Malaysia akan mampu menghadapi apa-apa sahaja cabaran
yang datang dari luar atau masyarakat antarabangsa,ibarat kata peribahasa bulat air kerana
pembetung, bulat manusia kerana muafakat serta bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Seterusnya,rakyat haruslah bergaul dan memupuk persefahaman antara kaum.Dalam keadaan
tersebut,ibu bapa perlulah menerapkan nilai-nilai perpaduan dalam diri anak-anak sejak kecil
lagi.Persis kata mutiara, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.Mereka digalakkan
berkomunikasi dengan jiran yang berlainan bangsa dan membawa anak-anak mengunjungi
rumah jiran semasa hari lebaran.Dengan cara itu,ibu bapa dapat menjadi suri teladan kepada
anak-anak dan membolehkan mereka menghayati keistimewaan masyarakat Malaysia yang
mempunyai pelbagai jenis kaum dan etnik.Satu lagi cara yang dapat diambil oleh ibu bapa
ialah bergaul dengan anak-anak dalam pelbagai bahasa,misalnya Bahasa Melayu,Bahasa
Inggeris dan bahasa-bahasa ibunda.Apabila golongan muda menguasai pelbagai bahasa,
mereka dapat berkomunikasi dengan rakan yang berlainan bangsa dengan mudah.Pokoknya,
nilai-nilai perpaduan dan permuafakatan hendaklah didedahkan kepada generasi muda sejak
awal lagi agar jiwa perpaduan dalam diri mereka dapat berkembang dengan sempurna.

Di samping itu,kita boleh menerapkan nilai-nilai budaya dan warisan dalam aktiviti
harian.Sebagai contoh,negara kita terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu,Cina dan
India yang merupakan kaum utama di Malaysia.Dengan itu,rakyat boleh mengaplikasikan
dan berkongsi budaya kaum mereka itu sendiri dengan kaum lain dari aspek
pemakanan,pemakaian dan peradaban.Misalnya,yang boleh kita lihat yang telah dijalankan
oleh rakyat Malaysia antaranya adalah semakin ramai wanita bukan Melayu yang memakai
pakaian traditional orang Melayu iaitu baju kurung,makanan india seperti roti canai dan tosei
juga semakin diminati oleh kaum kaum yang lain dan memperkenalkan adab-adab orang
Melayu kepada kaum Cina dan India atau sebaliknya di antara kaum-kaum tersebut iaitu
dengan lebih jelas melalui perkongsian peradaban di sambutan hari perayaan kaum masing-
masing.Oleh itu,penerapan nilai-nilai budaya dan warisan berbilang kau mini dapat
menimbulkan rasa hormat antara satu sama lain dan seterusnya mengeratkan lagi perpaduan
kaum dalam negara.

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROGRAM

Bagi saya tiada apa kelemahan dalam program ini kerana ianya berlangsung secara dalam
talian.Mungkin sesetengah peserta yang menyertai akan mengalami masalah tiada internet
atau internet perlahan terutamanya sekali pelajar seperti saya.Tapi tidak apa kerana perkara
tersebut perlu diuruskan dengan baik oleh pelajar tersebut.Dari segi masa program ini jika
diikutkan berlangsung selama 2 jam tapi ianya tamat agak lewat.

5.0 KESIMPULAN

Kesimpulan daripada program ini saya dapat mempelajari,mengetahui serta mengerti tentang
tanggungjawab sosial serta fungsinya.Oleh itu,kita dapat mempraktikkan apa yang kita
ketahui dalam forum tersebut.Jika kita dapat lakukan perkara ini dengan sebaiknya negara
kita akan maju dan masyarakat akan bersatu padu.

6.0 LAMPIRAN


Click to View FlipBook Version