MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
TAJUK TUGASAN
RUKUN NEGARA SEBAGAI TERAS DALAM MENCAPAI PERPADUAN NEGARA
NAMA PENSYARAH
CIK AS NUURIEN NAJMA BINTI AHMAD
NAMA PELAJAR
1. NUR HAFIZAH BINTI SUHAIMIN
(33DFO20F1006)
2. ATHIRA NAJWA BINTI MOHD SUHUD
(33DFO20F1012)
3. A’EISHAH NAFISAH BINTI RIZAL AZMAN
(33DFO20F1010)
4. AINI ADRIANA BINTI MOHAMAD NORHIZAM
(33DFO20F1018)
SENARAI KANDUNGAN
Bil Tajuk Muka surat
1 Pengenalan 3
2 Objektif Tugasan 3
3 Sejarah Pembentukan Rukun Negara 4-5
4 Tujuan Rukun Negara Diwujudkan di Malaysia 6
5 Prinsip Rukun Negara Teras Perpaduan Negara
6 Kesan Wujudnya Rukun Negara dalam Perpaduan Negara di Malaysia 7-10
7 Langkah Memperkasakan Rukun Negara dalam Perpaduan 11-13
8 Kesimpulan 14-15
9 Lampiran 16-17
10 Rujukan 18-19
20
1.0 PENGENALAN
Rukun Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogas 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan
Malaysia yang ke-13 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku
Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin,Yang di-Pertuan Agong
IV.Rukun Negara diperkenalkan berikutan peristiwa 13 Mei 1969 yang melemahkan perpaduan
antara kaum di Malaysia.Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama iaitu membentuk
keperibadian rakyat negara ini sebagai bangsa Malaysia yang bersatu padu dan juga teras
perpaduan negara.Terdapat lima prinsip ideologi yang menjadi tonggak perpaduan antaranya
adalah mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat,memelihara
satu cara hidup demokratik,mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama,membentuk satu sikap yang liberal terhadap
tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak dan membina sebuah masyarakat
progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.Perkara tersebut dapat
mewujudkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera selama-lamanya.
2.0 OBJEKTIF TUGASAN
1. Untuk menjelaskan sejarah pembentukan Rukun Negara
2. Menjelaskan tujuan Rukun Negara diwujudkan di Malaysia
3. Menghuraikan prinsip Rukun Negara teras perpaduan negara
4. Menganalisis kesan wujudnya Rukun Negara dalam perpaduan negara di Malaysia
5. Membincangkan langkah memperkasakan Rukun Negara dalam perpaduan
3.0 SEJARAH PEMBENTUKAN RUKUN NEGARA
Sejarah Inggeris dan dasar imigrasi liberal yang diperkenalkan telah menukar bentuk
masyarakat negara ini.Kerajaan Inggeris telah menggalakkan kemasukan tenaga buruh dari
Cina dan India berkerja di lombong dan Kawasan bandar.Di bawah dasar pecah dan perintah
Kerajaan Kolonial Inggeris,ketiga-tiga kumpulan etnik ini telah dipisahkan dari segi tempat
tinggal dan pekerjaan.Kebanyakkan orang Melayu tinggal di desa dan bekerja disektor
pertanian,sementara orang Cina tinggal di bandar dan melibatkan diri dalam peniagaan.Selain
itu juga,orang India akan tinggal di estet dan bekerja sebagai penoreh getah,hanya sebilangan
kecil sahaja yang tinggal di bandar.
Ketiga-tiga kumpulan etnik ini dipisahkan dari segi aliran pendidikan dengan mempunyai
sekolah aliran masing-masing tanpa pelajaran atau kurikulum yang sama.Hal ini
demikian,kerana interaksi hanya berkisar dalam etnik yang sama.Misalnya,orang Melayu akan
menghantar anak-anak mereka ke sekolah yang menggunakan Bahasa Melayu manakala orang
Cina akan menghantar anak mereka ke sekolah Bahasa Cina begitu juga orang India
menghantar anak mereka ke sekolah bahasa ibundanya iaitu Bahasa Tamil.Keadaan ini
berterusan sehinggalah negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.Pada tahun
1956,iaitu setahun sebelum kemerdekaan,kekacauan telah berlaku di Pulau Pinang semasa
perayaan pemberian taraf Bandaraya kepada Pulau Pinang.Perbalahan yang sama turut berlaku
di Pulau Pangkor (1960),di Bukit Mertajam (1966) dan Pulau Pinang (1967).Peristiwa
kekacauan ini hanya berlaku secara kecil-kecilan sahaja.Hal ini demikian,melalui peristiwa
yang serius ini,Kerajaan telah mengambil Langkah yang tegas untuk mencari satu formula atau
jalan bagi mengatasi masalah tersebut supaya tidak berulang lagi.
Berikutan itu,Majlis Perundingan Negara telah ditubuhkan oleh Pengarah MAGERAN di
bawah Undang-Undang Darurat yang diwartakan pada 29 Januari 1970.Anggota-anggota
Majlis Perundangan Negara terdiri daripada seorang Pengerusi (Allahyarham Tun Abdul Razak
Bin Dato’Hussein merangkap Pengarah MAGERAN),tiga orang menteri (Allahyarham Tun Dr
Ismail Bin Dato’Abdul Rahman,mendiang Tun Tan Siew Cin dan mendiang Tun V.T.
Sambanthan),wakil-wakil Kerajaan Negeri dan wakil-wakil daripada tokoh-tokoh
agama,badan-badan professional,perkhidmatan awam,kesatuan sekerja,wartawan,persatuan
guru-guru dan wakil-wakil kumpulan kecil.Mesyuarat pertamanya telah diadakan pada 27
Januari 1970 yang dipengerusikan oleh Pengarah MAGERAN,Allahyarham Tun Abdul Razak
Bin Dato’Hussein.Setelah berbincang serta mengkaji sedalam-dalam selama beberapa bulan,
Majlis Perundingan Negara telah merumuskan bahawa satu ideologi yang mampu mengatasi
garis pemisah antara kaum perlu diwujudkan di negara ini.Maka lahirlah Rukun Negara yang
diisytiharkan oleh yang di-Pertuan Agong Keempat pada 31 Ogos 1970,sempena ulang tahun
ke-13 kemerdekaan negara.
Oleh itu,setiap warganegara Malaysia hendaklah menjadikan Rukun Negara sebagai teras
perpaduan dan landasan hidup bermasyarakat di negara ini.Rukun Negara diwujudkan untuk
menyemai nilai-nilai murni seperti nilai keagamaan,kesetiaan kepada Raja dan
Negara,kepatuhan kepada Perlembagaan,Kedaulatan Undang-Undang serta membentuk
masyarakat yang mengamalkan nilai Kesopanan dan Kesusilaan.
3.1 TUJUAN RUKUN NEGARA DIWUJUDKAN DI MALAYSIA
Tujuan utama Rukun Negara dibentuk adalah untuk membentuk perpaduan yang kukuh.Oleh
itu,prinsip-prinsip dalam Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada keharmonian dan
perpaduan kaum demi memastikan kejayaan dan kestabilan Malaysia.
Melalui Rukun Negara,Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih
erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya,memelihara satu cara hidup demokratik,iaitu
dengan mencipta satu masyarakat yang adil agar kemakmuran negara dapat dinikmati secara
adil dan saksama,menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya
yang kaya dan berbagai corak serta membina satu masyarakat progresif yang akan
menggunakan sains dan teknologi moden dalam rangkaian kehidupan.Terdapat lima prinsip
dalam Rukun Negara yang perlu dijiwai oleh setiap rakyat Malaysia iaitu Kepercayaan kepada
Tuhan,Kesetiaan kepada Raja dan Negara,Keluhuran Perlembagaan,Kedaulatan Undang-
Undang,Kesopanan dan Kesusilaan.
MATLAMAT RUKUN NEGARA
• Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat di Malaysia.
• Memelihara cara hidup demokratik dalam masyarakat di Negara Malaysia.
• Membentuk satu masyarakat yang adil dan saksama agar kemakmuran negara terjamin dan
berada dalam suasana yang harmoni tanpa menimbulkan perasaan yang negatif antara satu sama
lain di kalangan masyarakat.
• Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dengan berbagai
corak kehidupan dalam masyarakat sekeliling.
• Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi untuk
mengembangkan lagi ilmu pengetahuan masyarakat pada hari ini.
3.2 PRINSIP RUKUN NEGARA TERAS PERPADUAN NEGARA
3.3 PRINSIP RUKUN NEGARA
Terdapat lima prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara yang perlu kita ketahui sebagai
rakyat Malaysia.Rukun Negara yang diwujudkan merupakan teras bagi memupuk perpaduan
yang makmur di negara ini.Antaranya:
3.3.1 KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
Bangsa dan Negara telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada tuhan,melalui
kepercayaan beragama akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara
yang berdaulat.Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa islam ialah agama rasmi di
Malaysia kerana orang islam merupakan rakyat pertama di Tanah Melayu tetapi agama dan
kepercayaan lain boleh diamalkan secara aman dan tenteram.Penggubal Rukun Negara
menyedari bahawa agama merupakan pegangan paling utama dalam diri rakyat Malaysia.
Apabila kita mempunyai agama yang kuat dalam diri kita seperti percaya kepada
tuhan,kita mudah diurus dan menjadi warganegara yang baik dan bertanggungjawab.Selain itu
juga,rakyat yang mendekatkan diri kepada Tuhan akan menjauhi diri daripada terlibat dalam
gejala yang tidak sihat seperti terlibat dalam ajaran sesat,maksiat dan sebagainya,maka hidup
kita akan menjadi aman damai tanpa gangguan perkara buruk.
Oleh hal demikian juga,jika ketiadaan agama dalam diri kita,ini boleh meruntuhkan
keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara seperti berlaku salah faham antara
dua pihak.Oleh itu,betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran
agama masing-masing.Hal ini demikian, menyebabkan prinsip ini sebagai prinsip pertama
dalam Rukun Negara.
3.3.2 KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud bahawa setiap warganegara hendaklah
menumpukan sepenuh taat setia,jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong.Disamping itu juga,di peringkat negeri rakyat perlu menumpukan taat setia kepada raja
yang memerintah negeri dimana tempat kita tinggal atau bermastautin tanpa mengurangkan taat
setia kepada Yang di-Pertuan Agong.
Untuk maklumat sekalian,rakyat ialah seluruh penduduk bagi sesebuah wilayah yang
terikat kepada undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan dalam wilayah tersebut.Oleh
itu,sebagai rakyat yang berbilang kaum hendaklah bertanggungjawab untuk mentaati raja yang
memerintah negara Malaysia.Sebagai tanda ketaatan,rakyat hendaklah bersedia
mempertahankan negara,menghadiri adat istiadat kerajaan,mengadakan gotong-royong dan
sebagainya.Hal ini juga,dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara bangsa dan
meningkatkan perpaduan negara.
Perkara tersebut kerana,Raja adalah simbol penyatuan rakyat dan pelindung hak
istimewa peribumi.Jika rakyat menderhaka kepada raja bererti kita menderhaka kepada negara
yang kita duduki.Oleh itu,kita hendaklah ingat bahawa “kesetiaan memang bisa diharapkan dari
mereka dan orang kebanyakan,tetapi kebesaran hanya bisa datang dari seorang raja yang
bijaksana.”
3.3.3 KELUHURAN PERLEMBANGAAN
Perlembangaan merupakan undang-undang utama bagi sesebuah negara yang dianggap
luhur,unggul dan suci.Prinsip ini menekan agar rakyat menerima,mematuhi,menyanjung dan
mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembangaan Negara.Hal ini demikian,kerana
Perlembangaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi dan memberi perlindungan
kepada setiap rakyat tanpa mengira kaum dan warganegara Malaysia.
Perlembangaan akan menjamin kestabilan politik dan sistem pentadbiran negara agar
dalam keadaan terbaik dan rakyat hidup dalam sejahtera.Tamsilannya,Penguatkuasaan Akta
Majlis Keselamatan Negara(MKN) yang membolehkan pihak kerajaan mengisytiharkan
kawasan keselamatan yang selamat untuk rakyat kunjungi.Perkara ini kelihatan berkesan ketika
pengurusan kes yang melanda di negara kita iaitu Covid-19.Rakyat tanpa mengira kaum
mematuhi segala arahan yang diperintahkan dan kelihatan mereka berkerjsama untuk mengatasi
masalah ini dengan sebaik-baiknya.
Prof.Madya Dr.Khairil Azman Mokhtar iaitu Pensyarah Undang-undang &
Perlembagaan UIAM pernah berkata bahawa “Kemuliaan Perlembagaan sebagai undang-
undang tertinggi membawa kepada Keluhuran Perlembagaan dalam prinsip Rukun Negara
sebagai ejen penyatuan masyarakat berbilang kaum di negara ini”.
3.3.4 KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
Keunggulan undang-undang dalam pemerintahan menjadi asas dalam pembentukan
negara dan bangsa.Hal ini juga,penguatkuasaan undang-undang merupakan cara formal untuk
mengawal masyarakat melalui peraturan yang telah diwartakan.Undang-undang yang dicipta
adalah untuk memelihara keamanan dan melindungi rakyat yang berbilang kaum di Malaysia
ini.Oleh itu,rakyat hendaklah menghormati undang-undang negara dengan tidak melakukan
kesalahan di sisi undang-undang agar kita dapat hidup dalam keadaan aman damai dan
sejahtera.
Contohnya kes yang menular dinegara Malaysia iaitu seseorang individu telah
melanggar undang-undang Pengangkutan Jalan Raya menyebabkan kemalangan,melibatkan
pemandu mabuk sehingga ada yang mengakibatkan kematian.Hal ini menyebabkan,tercetus
pelbagai reaksi serta pandangan orang luar dan menyebabkan kerajaan mengetatkan undang-
undang berkaitan bagi menanganinya.Perkara tersebut diselesaikan apabila Perdana Menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan Kementerian Pengangkutan merangka pindaan Akta
Pengangkutan Jalan 1987 supaya hukuman lebih berat dikenakan terhadap individu yang
bersalah.
Selain itu juga,melalui kewujudan undang-undang mampu mewujudkan perpaduan
dalam kalangan rakyat Malaysia.Hal ini demikian kerana,dapat menjamin kehidupan
masyarakat agar dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa berlaku salah faham antara satu
sama lain dan bebas daripada sebarang kekacauan.
Tun Hussein Onn pernah berkata “kekuatan sesebuah negara bukanlah dinilai dari
kekuatan tentera dan polis sahaja,tetapi bergantung pada semangat dan jiwa rakyat” untuk
memupuk perpaduan yang makmur di Malaysia.
3.3.5 KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Prinsip Rukun Negara yang kelima,menekankan perkembangan personaliti dan tingkah
laku seseorang individu.Prinsip ini bertujuan untuk membentuk warga negara yang bersopan
santun dan mempunyai nilai murni positif dalam diri rakyat.Hal ini demikian kerana,sifat
individu yang bersopan santun dan bersusila adalah amat bermakna dan sangat penting dalam
konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat yang mempunyai pelbagai kaum
di negara Malaysia seperti Melayu,India,Cina,Iban dan sebagainya.
Sikap bersopan santun dan bersusila hendaklah diamalkan bagi membentuk seseorang
individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu
mewujudkan kehidupan masyarakat yang harmoni,penyayang dan saling hormat-
menghormati.Jika kita tidak menerapkan sikap sopan santun dalam diri kita,menyebabkan
masyarakat akan memandang rendah kepada kita.Misalnya,salah seorang individu
menyinggung perasaan atau kurang beradab ketika bercakap dengan orang tua atau sesuatu
golongan.Hal ini,menyebabkan berlaku pertingkalahan atau salah faham antara mereka.
Pernahkan anda mendengar bahawa orang zaman dahulu,pernah berkata ibu bapalah
yang perlu mencontohi adab yang baik kepada anak-anak sejak mereka kecil lagi agar mereka
akan mengikuti tingkah laku tersebut,bak kata peribahasa melentur buluh biarlah dari
rebungnya.Hal ini kerana,tingkah laku sopan mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi
dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara.Prinsip ini,akan menjadi
panduan supaya perilaku masyarakat perpaduan sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai
dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.
3.3 KESAN WUJUDNYA RUKUN NEGARA DALAM PERPADUAN NEGARA DI
MALAYSIA
Hidup dalam suasana aman dan damai,saling hormat-menghormati,mesra bekerjasama antara
satu sama lain malah teguh bersatu ketika negara dilanda konflik serta patuh kepada undang-
undang negara,itulah antara keunikan dan keistimewaan rakyat Malaysia yang berbilang
bangsa,agama dan latar budaya.Walaupun tidak dinafikan ada ketikanya ‘gelora’ melanda
namun ia tidaklah sehingga menghancurkan ikatan erat hubungan antara kaum yang telah
terjalin sekian lama.
Ironinya,fenomena ini dalam keadaan sedar atau tidak sebenarnya,turut memberi refleksi
penghayatan serta pengamalan lima prinsip Rukun Negara yang menjadi tunjang perpaduan
rakyat Malaysia.Kelima-lima prinsip itu,iaitu Teras Kepercayaan Kepada Tuhan,Kesetiaan
Kepada Raja Dan Negara,Keluhuran Perlembagaan,Kedaulatan Undang-Undang serta
Kesopanan Dan Kesusilaan,semuanya dizahirkan melalui perbuatan secara langsung,mahupun
tidak langsung.
Rukun Negara telah dilancarkan pada tahun 1970 iaitu pada tanggal 31 Ogos.Pelbagai kesan
yang berlaku sebaik sahaja wujudnya rukun negara dalam perpaduan negara di Malaysia.
Misalnya,perjalanan penyatuan kaum selepas peristiwa 13 Mei 1969,serta wujudnya
persepaduan antara kaum dan keharmonian diantara masyarakat sekeliling.Usaha serius
dilakukan kerajaan dalam mengembalikan perpaduan kaum telah membawa kepada
penggubalan Rukun Negara yang bertujuan untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum
daripada perpecahan dan persengketaan.
Mengikut artikal akhbar Berita Harian 14 julai 2020,Lam Thye, 74,yang pernah menjadi Ahli
Parlimen Bukit Bintang selama empat penggal,berkata keseriusan pemerintah ketika itu
menguar-uarkan mengenai Rukun Negara menyebabkan semua warga tidak kira kaum,agama
dan budaya memberi sokongan kepada prinsip-prinsip yang disebutkan dalam Rukun Negara.
Rukun Negara dijadikan satu jentera atau alat menyatupadukan rakyat melalui publisiti yang
meluas di media cetak dan elektronik kerana menganggap ia menjadi idea baharu dengan
falsafah yang menarik,katanya.
"Rukun Negara ketika awal diwujudkan mendapat maklum balas sangat positif dan menarik
minat masyarakat berbilang kaum kerana mereka rasa sekiranya falsafah Rukun Negara ini
dapat diaplikasikan,ia dapat menyelesaikan masalah yang timbul terutama berkaitan perpaduan
serta aspek ekonomi dan sosial,"katanya.Anak jati kelahiran Ipoh,Perak itu menegaskan
survival Malaysia adalah bergantung kepada sejauh mana rakyat menjadikan Rukun Negara
sebagai panduan dan prinsip yang membawa kekuatan Malaysia dalam semua aspek.
Tegasnya,Rukun Negara perlu diberikan nafas baharu dan perlu menjadi asas dalam
menentukan dasar-dasar dan tindakan yang diambil kerajaan.Malaysia boleh terus aman damai
dengan kepelbagaian sebagai sebuah negara berbilang kaum,agama dan kebudayaan yang
menjadi kekuatan untuk terus maju berasaskan prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Rukun
Negara.
Selain itu, kita dapat lihat kesan daripada wujudnya Rukun Negara terhadap rakyat Malaysia
yang mengambil Rukan Negara sebagai panduan garis hidup di dalam nomad baharu.
Contohnya, kita boleh ambil contoh kejayaan Malaysia menangani pandemik korona virus
(Covid-19) pada fasa pertama,yang menunjukkan kepatuhan rakyat terhadap arahan Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) yang boleh disifatkan sebagai antara pengamalan prinsip Rukun
Negara.
Mengikut kajian, pematuhan rakyat terhadap arahan PKP supaya kekal duduk di rumah adalah
antara 95 hingga 97 peratus.Tidak ada sebarang demonstrasi yang menuntut PKP ditamatkan
segera dan tidak ada pihak yang sengaja melahirkan ‘hate speech’ atau perasaan kebencian yang
menyebabkan masyarakat tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan.Oleh itu, tanpa sedar ini
membuktikan bahawa masyarakat Malaysia sebenarnya mempunyai tahap disiplin yang tinggi
sehingga negara berjaya menangani krisis yang pertama kali berlaku dalam sejarah dengan
sangat baik bahkan diiktiraf dunia.Hal ini menunjukkan bahawa sesuatu perkara itu pasti sukar
dicapai jika tidak mempunyai sokongan padu daripada seluruh masyarakat di Malaysia.
Melalui sikap prihatin terhadap isu-isu yang melibatkan perpaduan dan keharmonian
masyarakat iaitu Pemuda Negara Parlimen Sungai Buloh,yang merupakan sebuah pertubuhan
bukan kerajaan untuk anak muda menyumbang idea,bakti dan tenaga kepada masyarakat,
berpandangan, rakyat di negara ini semakin memahami intipati akan prinsip Rukun Negara.
Ketua Pemudanya,Muhammad Hafiz Hood berkata,apabila ada pihak mempermainkan isu yang
melibatkan asas pembinaan jati diri rakyat Malaysia,sebagai contoh,menghina institusi raja,
tidak mematuhi undang-undang terutama melibatkan perkara yang termaktub di dalam
Perlembagaan Persekutuan,sengaja mewujudkan provokasi dalam masyarakat,lebih ramai
rakyat akan bangkit memberi respons dan menentang mereka.
Perkara ini menunjukkan bahawa masyarakat semakin peka dan matang serta mahu negara
berada dalam keadaan aman dan harmoni. Misalnya, terdapat beberapa insiden memperlihatkan
rakyat memberi tindak balas,sama ada melalui kritikan di media sosial ataupun melalui
perbuatan mereka memboikot golongan tertentu apabila pihak tersebut sengaja mencetuskan
perkara yang boleh mengundang suasana yang tidak baik kepada negara.
Dalam hal ini secara tidak langsung,rakyat semakin memahami dan mengamalkan konsep
bahawa jati diri negara bukanlah untuk dijadikan bahan ketawa atau dipermainkan sesuka hati
oleh mana-mana pihak,ianya merupakan sikap toleransi,hormat-menghormati dan saling
menyantuni antara satu kaum dengan kaum yang lain, yang perlu dipupuk sejak kecil kerana ia
dapat menyumbang kepada pembentukan jati diri masyarakat Malaysia yang berjiwa besar
untuk menghargai nilai kebersamaan yang dimiliki selama ini.
Natijahnya, tidak asing lagi bahawa Rukun Negara boleh dilabelkan sebagai salah satu tulang
belakang dalam sesebuah keharmonian dan kesepaduan masyarakat di Malaysia.Semangat
kejiranan yang tinggi walaupun berbeza kaum,sikap murah hati rakyat Malaysia menghulurkan
bantuan kepada yang memerlukan tanpa mengira batas agama dan beberapa perkara lain yang
boleh dijadikan panduan oleh semua pihak.Manakala sikap bekerjasama antara satu sama lain
manangani sesuatu masalah yang melanda di negara juga boleh dijadikan contoh ataupun
teladan kepada negara lain.Dengan kesan positif yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia dalam
pelbagai aspek,ini boleh menjadikan negara Malaysia sebagai negara yang bersatupadu dan
penuh dengan semangat cinta akan negara.
3.4 LANGKAH MEMPERKASAKAN RUKUN NEGARA DALAM PERPADUAN
Kanvas perpaduan dan integrasi kaum di Malaysia diwarnai dengan pelbagai konflik dan
cabaran yang dinamik dalam membentuk suatu masyarakat yang harmoni dengan kepelbagaian
agama,budaya,adat resam dan bahasa menjadikan usaha Malaysia ke arah perpaduan dan
integrasi nasional lebih kompleks berbanding negara-negara lain di dunia.
Justeru itu, kepelbagaian ini menuntut satu pendekatan yang membolehkan kesemua kaum
bekerjasama untuk membentuk perpaduan, sikap toleransi dan saling memahami bagi menjaga
kestabilan dan keamanan negara memandangkan ianya merupakan elemen penting dalam
membentuk pembangunan dan kemajuan negara.
Namun demikian, pada masa kini ketidaktentuan dan kestabilan politik turut menyumbang
kepada potensi keretakan hubungan antara kaum yang telah dibina sekian lama sehingga
membangkitkan sikap prejudis,stereotaip,curiga sangsi dan sikap etnosentrik yang menebal
menyebabkan berlakunya perubahan dalam iklim kemakmuran perpaduan negara.
Konflik ini semakin meningkat disebabkan oleh sikap individu yang tidak bertanggungjawab
melakukan provokasi dengan menyentuh sensitiviti kaum dan agama menyebabkan berlakunya
beberapa siri perselisihan faham dan perbalahan yang menggugat keselamatan dan
ketenteraman awam seperti penghinaan agama Islam dan Nabi Muhamad SAW, hak istimewa
orang melayu dan bumiputera serta kedudukan Raja-raja Melayu yang dijamin di dalam
perlembagaan.
Justeru itu,perkara ini tidak boleh dipandang remeh dan perlu diberikan perhatian sewajarnya
agar peristiwa berdarah 13 Mei 1969 tidak berulang.Pengajaran daripada peristiwa tersebut
perlu dijadikan iktibar agar setiap masyarakat berbilang kaum di Malaysia sedar bahawa betapa
pentingnya untuk kita terus kekal bersatu padu bagi menjamin keharmonian masa depan negara.
Lantaran itu, pelbagai mekanisma telah dibincangkan dan dibahaskan oleh para intelektual dan
pembuat dasar bagi mendapatkan suatu kaedah bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku ini.
Oleh itu, antara langkah yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi menjayakan usaha
ini adalah menerusi penerapan dan pemahaman mengenai perpaduan menerusi pendidikan.
Usaha ini sememangnya telah memberikan impak yang besar di dalam hubungan antara kaum
di Malaysia,namun demikian ianya perlu ditambah baik lagi dengan melakukan beberapa
pengubahsuaian terhadap dasar pendidikan.Sungguhpun demikian,isu berkaitan perpaduan
menerusi pendidikan bukanlah perkara yang ingin dibahaskan di dalam penulisan ini sebaliknya
penulis ingin membawa para pembaca ke arah suatu dimensi baru kepada perbincangan topik
ini.
Justeru itu, terdapat suatu sudut yang kurang diberikan perhatian oleh ramai pihak iaitu
berkaitan kepentingan Rukun Negara di dalam memperkukuhkan lagi perpaduan rakyat
berbilang kaum.Sungguhpun kita baru sahaja meraikan Ulang Tahun Ke-50 Rukun Negara
sempena pengisytiharaannya pada 31 Ogos 1970,namun demikian ianya gagal dihayati dan
difahami malah tidak dihafal oleh kebanyakan rakyat sebaliknya hanya sekadar tersemat
sebagai suatu ideologi semata-mata terutamanya oleh generasi muda.
Hasilnya,ketiadaan asas ini telah mewujudkan tindakan radikal dan ekstrem di dalam kehidupan
seharian dan media sosial sehingga membawa kepada krisis kesan daripada pengabaian Rukun
Negara sebagai pedoman masyarakat majmuk.Ingin ditegaskan bahawa prinsip-prinsip yang
terkandung dalam Rukun Negara dibentuk bertujuan untuk membentuk perpaduan yang kukuh
sebagai kunci kepada keharmonian dan kesejahteraan masyarakat berbilang kaum bagi
menjamin kestabilan negara.
Maka,sudah tiba masanya ideologi ini diberikan wajah baru dengan lima prinsipnya iaitu
Kepercayaan Kepada Tuhan,Kesetiaan Kepada Raja dan Negara,Keluhuran Perlembagaan,
Kedaulatan Undang-Undang serta Kesopanan dan Kesusilaan diharmonikan dan dibentuk
menjadi suatu akta dikenali sebagai Akta Rukun Negara.Pelaksanaan akta ini tidak bersifat
terpilih sebaliknya akan melindungi setiap agama dan kaum yang terdapat di dalam negara.
Perkara ini penting kerana sudah menjadi fitrah kejadian manusia yang memerlukan kepada
undang-undang dan peraturan sebagai garis panduan kehidupan.Maka,apabila dilaksanakan
kelak setiap perbuatan yang dilihat melanggar prinsip tersebut akan dikenakan tindakan yang
bersesuaian bagi menjamin keharmonian dan perpaduan di negara.
Konklusinya, prinsip dan matlamat Rukun Negara amat relevan dan perlu diharmonikan dengan
kewujudan Akta Rukun Negara ini agar menjadi suatu mekanisma perundangan penting bagi
membendung masalah yang menyelubungi konflik perpaduan kaum yang dilihat semakin
meruncing di negara ini.
4.0 KESIMPULAN
Rukun Negara diwujudkan ekoran daripada rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei
1969.Tragedi ini telah menyebabkan semua rakyat Malaysia mengetahui betapa pentingnya
bersatu-padu antara kaum dan hidup dengan aman damai serta harmoni.Ianya juga dapat
menghindari sifat curiga-mencurigai antara satu sama lain.Perpaduan kaum pula adalah
matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua negara di dunia termasuklah Malaysia.Ia
penting kerana tanpa perpaduan,sesebuah negara itu akan menjadi lemah,sukar untuk
membangun dan mudah diancam sama ada oleh kuasa luar atau dalam negara itu sendiri.
Oleh itu,kewujudan Rukun Negara ini menjadi satu titik permulaan ke arah pencapaian
perpaduan dalam kalangan semua etnik di Malaysia.Apabila rakyat Malaysia menghayati
maksud Rukun Negara dengan sepenuhnya,maka ia akan memudahkan proses pentadbiran
negara kerana rakyat mula sedar tentang konsep hormat-menghormati antara satu sama lain
tanpa kira warna kulit,latar belakang dan budaya sesuatu masyarakat.Sehubungan dengan itu,
matlamat Rukun Negara dapat dicapai dengan mudah tanpa prejudis.
Mengamalkan Rukun Negara dapat melahirkan masyarakat yang bersatu padu,bermuhibah
tanpa mengira kaum serta bersikap saling menghormati antara satu sama lain.Melalui
perpaduan akan dapat membantu negara kita mempertingkatkan dan mempegiatkan lagi
pertumbuhan ekonomi,mengekalkan kestabilan politik dan sistem pemerintahan negara yang
bersifat liberal dan demokratik.
Rentetan beberapa peristiwa peristiwa kebelakangan ini memberikan gambaran bahawa prinsip
Rukun Negara seolah-olah sudah dilupakan serta tidak lagi relevan dalam konteks kehidupan
hari ini.Tindakan seperti mempertikaikan kuasa Raja-Raja Melayu;kedudukan agama Islam
sebagai agama rasmi;kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta protes dan
demontrasi jalanan memberi gambaran jelas bahawa prinsip seperti Kesetiaan kepada Raja dan
Negara, Keluhuran Perlembagaan, dan Kedaulatan Undang-Undang sudah tidak lagi diambil
kira apabila pihak yang terbabit membuat percaturan.
Tidak ada pihak yang mampu menafikan bahawa Malaysia adalah antara negara yang paling
aman,makmur lagi sejahtera di dunia.Berdekad lamanya rakyat dari satu generasi ke satu
generasi,dari kaum yang berbilang bangsa,hidup bersama tanpa timbul masalah besar.
Janganlah kita menggadaikan keamanan yang dikecapi hanya kerana perasaan iri hati dan
tidakpuasan yang tidak dikongsi majoriti rakyat.Jangan kita lupa bahawa iklim kemakmuran
dari keamanan negara yang selama ini dikecapi hanyalah mainan mimpi bagi sesetengah rakyat
negara asing.
Negara kita juga tidak sunyi dengan isu disiplin pelajar sekolah atau remaja yang semakin
merosot,sanjungnya yang semakin longgar terhadap guru dan warga emas serta pengabaian
terhadap kanak-kanak.Suasana ini memberi isyarat bahawa tahap kesopanan dan kesusilaan
segelintir masyarakat semakin rendah.
5.0 LAMPIRAN
PERISTIWA SEBELUM DIPERKENALKAN RUKUN NEGARA
HAYATI RUKUN NEGARA KITA
SEMANGAT PERKAUMAN DITERAPKAN
KEMAMPUAN INDIVIDU SEORANG NINJA MEMANG PENTING TETAPI YANG LEBIH
PENTING ADALAH KERJASAMA DALAM PASUKAN TANPA MENGIRA BANGSA
“Rapatkan ukhwah antara kita tanpa mengira bangsa dan agama,
supaya perpaduan negara terus erat dan kuat”
6.0 RUJUKAN
=https://www.malaysia.gov.my/portal/content/30110?language=my
= https://umno-online.my/2020/07/06/akta-rukun-negara-dimensi-baru-memperkasa-
perpaduan-kaum-di-malaysia/
=http://www.utusanborneo.com.my/2019/10/11/hayati-prinsip-rukun-negara-agong
=Lee Lam Thye, Tan Sri (2008). Rukun Negara Asas Perpaduan.
http://blis.bernama.com.eserv.uum.edu.my/mainHome.do[Diakses pada 4 Julai 2010]
=https://rukunnegara50.bernama.com/&prev=search&pto=aue
SEKIAN TERIMA KASIH