The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nursyahmiaziz, 2022-11-25 11:15:29

pdf_20221126_001149_0000

pdf_20221126_001149_0000

E-FOLIO

KOD KURSUS: MPU21032

KEBUDAYAAN KAUM KADAZAN DUSUN

1.NUR SYAHMI BINTI AZIZ (14DAT22F1007)
2. ANIS AQILAH BINTI BAHARUDIN (14DAT22F1020)
3. AIDA BINTI MOHAMMAD ZAHAR (14DAT22F1040)
4. NUR BATRISYIA BINTI MOHAMAD (14DAT22F1052)
5. SURINTHERAN PANIRSELVAM (14DAT22F1071)


ISI KANDUNGAN:

1. Pengenalan
2. Adat Resam Kaum Kadazandusun
3. Bahasa
4. Makanan tradisional
5. Muzik tradisional
6. Pakaian tradisi
7. Tarian
8. Perayaan


Pengenalan

Kaum Kadazandusun merupakan sebuah etnik peribumi yang menetapkan di
pantai barat sabah dan kawasan pendalaman sekitarnya. Kaum kadazan-dusun
sebenarnya dibentuk oleh dua kaum utama Sabah iaitu ‘Kadazan’ dan ‘Dusun’
namun disebabkan persamaan bahasa, budaya dan situasi politik kaum
‘Kadazan’ dengan kaum ‘Dusun’ satu istilah baru telah terbentuk untuk
menyatukan kedua-dua kaum ini iaitu ‘Kadazan-Dusun’. Kaum Kadazan-Dusun
membentuk etnik terbesar di Sabah.
Terdapat pelbagai suku kaum di dalam kaum Kadazan-Dusun. Kaum
Kadazandusun merupakan kaum bumiputera asli yang terbesar di Sabah.
Menurut Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah (KDCA), Kadazandusun
merujuk kepada empat puluh satu etnik seperti berikut; ·
Bisaya, Kuijau, Murut, Sungai, Bonggi, Lingkabau, Nabai, Tatana, Bundu, Liwan,
Paitan, Tangara, Dumpas, Lobu, Pingas, Tidong, Gana, Lotud, Rumanau, Tindal,
Garo, Lundayo, Rungus, Tobilung, Idaan, Makiang, Sinobu, Tolinting, Kadayan,
Malapi, Sinorupu, Tombonuo, Kimaragang, Mangkaak, Sonsogon, Tuhawon,
Kolobuan Minokok, Sukang, Tutung.

1


Oleh yang demikian kerana kaum Kadazan-dusun merupakan kaum yang kaya
dengan pelbagai budaya dan adat istiadat yang merupakan warisan secara turun-
turun oleh nenek moyang mereka dan melambangkan keindahan adat dan budaya
mereka sebagai kaum terbesar di Sabah. Keunikan masyarakat ini terserlah
melalui kebudayaan dan adat resam yang diamalkan. Kebanyakan daripada
amalan tersebut mengandungi unsur-unsur ritual dan animisme. Ini jelas terlihat
melalui adat resam dan kepercayaan yang diamalkan dalam aspek kelahiran,
perkahwinan dan kematian.Kaum Kadazandusun memiliki banyak budaya yang
boleh diwarisi contohnya dari segi asal-usul, lagenda dan perkembangan suku
kaum Kadazandusun, bahasa, pakaian tradisional, muzik berunsurkan tradisional,
corak kehidupan masyarakatnya, tarian tradisional dan kemuncak bagi
pemartabatan warisan budaya Kadazandusun ialah Perayaan Pesta Kaamatan
yang diadakan pada setiap tahun.

Dalam aspek asal-usul, lagenda dan perkembangan suku kaum Kadazandusun
menjelaskan tentang kelahiran kaum Kadazandusun dan lagenda kelahiran kaum
ini bermula dari "Nunuk Ragang" sehinggalah kepada perkembangan dan
penyebaran sukukaum ini ke seluruh pelusuk negeri Sabah yang telah banyak
mempengaruhi sosio budaya mereka mengikut tempat yang baru, contohnya dari
aspek bahasa dan corak kehidupan mereka. Mengikut statistik, terdapat lebih
kurang 40 etnik yang terdapat dalam suku kaum Kadazandusun.

Dari aspek bahasa, perbezaan loghat, sebutan dan ejaan banyak dipengaruhi
mengikut etnik tertentu. Contohnya, sebutan dan ejaan sukukaum Kadazandusun
dari satu daerah dengan daerah lain di negeri sabah adalah berlainan tetapi masih
membawa erti dan makna yang sama.

Pakaian tradisi ini pula berbeza mengikut kawasan dan sosio budaya sukukaum
Kadazandusun. Dalam aspek ini, tumpuan diberikan kepada corak pakaian dalam
perayaan tertentu. Setiap etnik dalam Kadazandusun mempunyai pakaian
tradisinya sendiri.

2


Muzik tradisi yang ditonjolkan dalam kaum ini amat menarik dan unik. Alat-alat
dan bunyi-bunyian tradisional ini banyak terdapat dalam suku kaum
Kadazandusun dan ianya berpotensi untuk diwarisi oleh generasi muda kini.
Antara lain alat-alat muzik tradisi yang popular ialah gong, sompoton,
kulintangan, togunggu atau togunggak, bungkau, pumpuak, sundatang, suling,
turali, tongkungon dan lain-lain lagi.

Disebabkan masyarakat Kadazandusun ini memiliki pelbagai budaya yang unik
mengikut etnik tertentu maka corak hidup mereka juga berbeza mengikut
tempat tertentu. Kebanyakan corak kehidupan mereka ini dipengaruhi oleh adat
resam penduduk setempat. Adat resam inilah yang mempengaruhi corak
kehidupan masyarakat Kadazandusun sesuatu kawasan.

Dalam setiap upacara rasmi ataupun perayaan tertentu, tarian tradisional suku
kaum Kadazandusun sering menjadi daya tarikan dan kemeriahan majlis
tersebut. Setiap etnik dalam Kadazandusun mempunyai tarian tradisinya
sendiri. Corak tarian tradisional ini dipengaruhi oleh sosio budaya kawasan
tertentu.

Kemuncak bagi pemartabatan warisan budaya sukukaum Kadazandusun dan
kesenian serta keunikannya ialah menerusi Perayaan Pesta Kaamatan yang
diraikan pada setiap 30 dan 31 Mei setiap tahun. Dalam perayaan ini,berbagai
acara menarik dan juga budaya kaum Kadazandusun yang ditonjolkan dan
dipamerkan. Antara lain acara yang biasanya menjadi tarikan dalam Perayaan
Pesta Kaamatan ialah "Unduk Ngadau" Kaamatan yang mempamerkan pakaian
tradisi mengikut etnik.

3


Adat Resam kaum Kadazandusun

Perkahwinan
Dalam konteksi komunikasi, ibu bapa bertanggungjawab memilih bakal

isteri anak lelakinya. Setelah peminangan diterima oleh pihak keluarga
perempuan, majlis perkahwinan akan dilakukan pada masa yang dipersetujui
oleh kedua-dua pihak dan lazimnya dilakukan pada waktu malam di rumah
pengantin perempuan. Pada malam pertama si suami harus bermalam di rumah
keluarga isterinya dan kemudiannya pasangan pengentin ini akan diarak ke
rumah keluarga lelaki dan perempuan selama tiga kali berturut-turut. Sebelum
pengantin dibenarkan masuk ke dalam rumah, pihak tuan rumah keluarga
lelaki/perempuan menyanyi atau "Selakohan Sinding" dan dibalas oleh
rombongan. Selakohan sinding ini bertujuan menyambut kedatangan
rombongan pengantin baru tetapi diluahkan dalam bentuk nyanyian.

4


Merisik

Sebelum sesuatu upacara perkahwinan dilangsungkan, keluarga kedua-dua
pihak akan mengatur segala persiapan yang diperlukan. Dalam hal ini perkara yang
diutamakan adalah tentang pemberian sebentuk cincin. Cincin ini menjadi tanda
peminangan daripada pihak lelaki.

Sebelum peminangan dibuat, pihak lelaki melantik seorang tua yang bukan
terdiri daripada keluarga terdekat lelaki berkenaan. Segala urusan merisik dan juga
pinang-meminang ini mesti dibuat pada waktu pagi. Waktu petang dan malam tidak
dibenarkan sama sekali. Wakil pihak lelaki pergi merisik kepada ibu bapa perempuan
yang hendak dipinang itu atau pengganti ibu bapa jika ibu bapa perempuan itu
sudah tidak ada.

Risikan pertama dilakukan untuk mengetahui sama ada perempuan berada
dalam proses risikan orang lain atau dia sedang dalam pertunangan. Kalau
perempuan itu dalam pertunangan, risikan ifu dihentikan serta-merta. Kalau
perempuan itu didapati sedang dalam proses risikan daripada lelaki lain, risikan itu
ditangguhkan buat sementara, sehingga keputusan muktamad diperoleh daripada
risikan terdahulu itu.

Jika risikan yang terdahulu bertukar ke arah pertunangan, maka risikan yang
kemudian itu terus dibatalkan. Tetapi jika gagal, risikan yang kemudian itu boleh
diteruskan. Risikan ini dibuat berulang kali, peringkat demi peringkat dan
adakalanya memakan masa sehingga berhari-hari, malah ada yang sampai
berbulan-bulan. Ini disebabkan banyak perkara yang mesti diketahui dengan jelas
oleh ibu bapa perempuan terhadap keluarga yang merisik anaknya. Antaranya ialah
susunan keluarga, kemampuan, pekerjaan dan seumpamanya.

5


Meminang

Apabila ibu bapa perempuan mendapati risikan itu boleh
dipertimbangkan, mereka akan menentukan hari bagi wakil pihak lelaki datang
membawa cincin pusaka (dibuat daripada tembaga). Cincin itu juga digelar
'cincin menanti mimpi'. Cincin itu mesti dibawa pada waktu pagi.

Apabila ibu bapa perempuan sudah menerima cincin itu, mereka mesti
membersihkan diri pada hari itu juga. Mereka tidak boleh makan atau minum
apa sahaja yang boleh memabukkan. Cincin itu diletakkan di bawah bantal ibu
bapa perempuan itu. Pada malam tersebut mereka mesti berada datam
keadaan 'bersih', iaitu tidak mabuk. Pada malam itu juga, salah seorang
daripada suami isteri itu atau kedua-duanya sekali akan mendapat mimpi.
Adakalanya mereka berlainan mimpi, adakalanya hampir serupa dan
adakalanya benar-benar serupa.

Biasanya mimpi itu mempunyai tiga keadaan. Pertama, mimpi baik, ini
bererti, risikan itu boleh diteruskan kepada proses peminangan. Kedua, mimpi
buruk. Tetapi mimpi buruk itu dapat dibaiki atau diperbetulkan. lni bererti,
proses pertunangan boleh diuruskan dengan syarat pihak lelaki harus
membayar sugit kepanasan mimpi kepada orang yang bermimpi itu.

Contoh mimpi yang dimaksudkan ialah seperti bermimpi tentang
barang-barang yang pecah seperti periuk atau pinggan-mangkuk.
Kemudiannya barang-barang yang pecah itu dibaiki oleh pihak lelaki. Ketiga,
mimpi buruk. Contoh mimpi buruk ialah bermimpi akan periuk belanga, kuali,
pinggan mangkuk, tempayan atau apa sahaja barang kegunaan hanian yang
telah pecah. Ini bererti proses risikan itu berhenti setakat itu sahaja dan
perkahwinan tidak boleh dilangsungkan.

Hari berikutnya, ibu bapa perempuan tersebut memanggil semua
keluarga terdekatnya bermesyuarat untuk membincangkan mimpi mereka.
Jenis dan sifat mimpi diterangkan sejelas-jelasnya. Di dalam mesyuarat itulah
mereka menganalisa baik dan buruknya mimpi itu.

6


Bertunang

Setelah selesai mesyuarat keluarga, ibu bapa perempuan memanggil wakil
pihak lelaki untuk memberitahu tentang keputusan mimpi mereka. Ketika itu juga
cincin yang digunakan untuk menanti mimpi tadi dipulangkan. Waktu itu, waki
lelaki diberitahu sama ada boleh bertunang dengan membayar sugit kepanasan
mimpi kerana mimpi buruk boleh dibaiki ataupun tidak boleh bertunang kerana
mimpi buruk.

Jika mimpi baik, proses pertunangan diteruskan. Perundingan antara pihak
lelaki dengan ibu bapa pihak perempuan hanya berkisar pada syarat-syarat
hantaran perkahwinan, menentukan tarikh perkahwinan dan kadar besar atau
lamanya pesta perkahwinan itu. Pertunangan yang telah ditetapkan tidak boleh
diingkari. Jika tidak, pihak yang ingkar terpaksa membayar seluruh atau separuh
hantaran yang sudah ditentukan ketika mengikat pertunangan dahulu. Bayaran ini
dibuat di depan pengadilan adat.

Hantaran kahwin biasanya terdiri daripada pelbagai jenis makanan, alat
untuk adat istiadat dan barang untuk memperteguhkan semangat. Barang
hantaran untuk memperteguhkan semangat ini dikenali sebagai tasor. Tasor ialah
tempat pinang yang diperbuat danipada tembaga atau perak. Tasor ini dibawa
sendiri oleh pengantin pada hari penrkahwinan.

Alat untuk adat istiadat pula dinamakan tinokol iaitu terdiri daripada
canang, gong dan tajau (tempayan). Jumlahnya menurut darjat orang yang
berkahwin itu. Barangan ini juga dibawa pada hari perkahwinan. Jenis makanan
pula ialah babi atau kerbau dan jumlahnya bergantung kepada kemampuan
keluarga tersebut. Binatang tersebut diberikan kepada pihak perempuan dua atau
tiga hari sebelum berlangsungnya hari perkahwinan. lni kerana binatang itu akan
disembelih dan dimasak untuk upacara makan di rumah pengantin perempuan
nanti.

7


Sebuah tajau berisi tapai beras yang dinamakan lihing, mesti dibawa pada hari
perkahwinan. Lihing ialah tapai yang sudah menjadi arak. Lihing diminum beramai-
ramai dalam pesta kahwin di rumah pengantin perempuan. Selain daripada empat
hantaran yang menjadi asas bagi orang Kadazan, terdapat beberapa barangan lain
yang turut dibawa untuk memperlengkap dan memperindahkan majlis hantaran itu.
Ini terserah kepada janji yang dibuat semasa majlis pertunangan, juga berdasarkan
kemampuan kedua-dua belah pihak.

Serendah-rendah darjat perkahwinan itu mesti dibuat dengan upacara adat,
pemujaan agama, pesta bersukaria dan makan minum. Sesingkat-singkat pesta pula
adalah antara dua atau tiga hari di rumah pengantin perempuan. Bagi mereka yang
berkemampuan, majlis dibuat selama tujuh hingga empat belas hari. Walaupun
perkahwinan pasangan suami isteri itu sudah sah di sisi agama dan kepercayaan,
mereka masih belum boleh bersatu pada hari dan malam pertama. Paling cepat
mereka hanya boleh bersatu pada malam kedua, malah ada yang mengambil masa
selama seminggu atau dua minggu berikutnya. Kesemuanya ini bergantung kepada
besar atau lamanya majlis perkahwinan itu diadakan.

Untuk membolehkan pengantin ni bersatu, satu upacara khas dibuat.
Pasangan pengantin tersebut dikehendaki makan di dalam pinggan dan mangkuk
yang sama. Upacara ini dihadiri oleh keluarga kedua-dua pihak. Ibu bapa pengantin
lelaki tidak boleh sama sekali hadir di rumah pengantin perempuan sebelum
pasangan itu sah bersatu.

8


Majlis Perkahwinan

Hantaran kahwin biasanya terdiri daripada pelbagai jenis makanan, alat
untuk adat istiadat dan barang untuk memperteguhkan semangat. Barang
hantaran untuk memperteguhkan semangat ini dikenali sebagai tasor. Tasor ialah
tempat pinang yang diperbuat daripada tembaga atau perak. Tasor ini dibawa
sendiri oleh pengantin pada hari perkahwinan. Alat untuk adat istiadat pula
dinamakan 'tinokol' iaitu terdiri daripada canang, gong dan tajau (tempayan).
Jumlahnya menurut darjat orang yang berkahwin itu. Barangan ini juga dibawa
pada hari perkahwinan.

Jenis makanan pula ialah babi atau kerbau dan jumlahnya bergantung
kepada kemampuan keluarga tersebut. Binatang tersebut diberikan kepada pihak
perempuan dua atau tiga hari sebelum berlangsungnya hari perkahwinan. lni
kerana binatang itu akan disembelih dan dimasak untuk upacara makan di rumah
pengantin perempuan nanti. Sebuah tajau berisi tapai beras yang dinamakan
lihing, mesti dibawa pada hari perkahwinan. Lihing ialah tapai yang sudah menjadi
arak. Lihing diminum beramai-ramai dalam pesta kahwin di rumah pengantin
perempuan.

Selain daripada empat hantaran yang menjadi asas bagi orang Kadazan,
terdapat beberapa barangan lain yang turut dibawa untuk memperlengkap dan
memperindahkan majlis hantaran itu. Ini terserah kepada janji yang dibuat
semasa majlis pertunangan, juga berdasarkan kemampuan kedua-dua belah
pihak. Serendah-rendah darjat perkahwinan itu mesti dibuat dengan upacara
adat, pemujaan agama, pesta bersukaria dan makan minum. Sesingkat-singkat
pesta pula adalah antara dua atau tiga hari di rumah pengantin perempuan. Bagi
mereka yang berkemampuan, majlis dibuat selama tujuh hingga empat belas hari.






9


Walaupun perkahwinan pasangan suami isteri itu sudah sah di sisi agama dan
kepercayaan, mereka masih belum boleh bersatu pada hari dan malam pertama.
Paling cepat mereka hanya boleh bersatu pada malam kedua, malah ada yang
mengambil masa selama seminggu atau dua minggu berikutnya. Kesemuanya ini
bergantung kepada besar atau lamanya majlis perkahwinan itu diadakan.

Untuk membolehkan pengantin ni bersatu, satu upacara khas dibuat. Pasangan
pengantin tersebut dikehendaki makan di dalam pinggan dan mangkuk yang sama.
Upacara ini dihadiri oleh keluarga kedua-dua pihak. Ibu bapa pengantin lelaki tidak
boleh sama sekali hadir di rumah pengantin perempuan sebelum pasangan itu sah
bersatu.

Majlis perkahwinan orang Kadazan memakan masa selama tiga hari. Perkara
yang paling penting dalam upacara perkahwinan ialah miohon pinisi iaitu upacara
menukar gumpalan nasi. Untuk memulakan upacara ini, pengantin lelaki dan
perempuan duduk berhadapan di tengah-tengah bulatan gadis-gadis yang ber-
pakaian tradisional berwarna hitam.

Di hadapan mereka terletak seperiuk nasi dan kedua-dua pengantin akan
menggenggam nasi dan periuk tersebut untuk dijadikan gumpalan sebesar telur
ayam. Kemudian kedua-duanya akan bertukar-tukar gumpalan nasi itu, lalu dimakan.
Upacara miohon pinisi merupakan nazar perkahwinan menurut cara tradisional.
Setelah upacara ini dilakukan, makanan dan minuman pun dihidangkan kepada para
tetamu yang hadir. Gong dibunyikan semula, diikuti dengan pertunjukan tarian
sumazau.

10


Asal usul makanan
Lazimnya, menurut kepercayaan suku kaum Kadazandusun, padi berasal

daripada isi manusia yang bernama Huminodun. Huminodun ialah seorang gadis jelita
anak kepada Kinoingan. Kinoringan ialah nama Tuhan bagi nenek moyang suka kaum
Kadazandusun.

Kinoringan telah mengorbankan anaknya Huminodun demi mengatasi masalah
kebuluran di dunia. Menurut kepercayaan suku kaum ini, segala jenis bahan makanan
yang utama berasal dari pelbagai bahagian badan Huminodun. Beras dari isinya yang
putih melepak; darahnya yang merah telah bertukar menjadi lada; halia pula adalah jari
jemari Huminodun; bawang 'tagaas' berasal dari rambut Huminodun; giginya bertukar
menjadi jagung; kepalanya pula menjadi kelapa dan sebagainya.

Oleh itu demi menghormati dan mensyukuri pengorbanan Kinoringan dan
Huminodun, nenek moyang suku kaum ini mengadakan upacara-upacara adat seperti
Momohizan dan Humabot.

11


Upacara Humabot

Upacara Humabot ialah adat suku kaum Kadazandusun yang diamalkan oleh
nenek moyang suku kaum ini apabila mendirikan rumah baru. Sebuah keluarga suku
kaum ini yang akan mendirikan rumah akan meminta Bobohizan untuk menjampi tanah
tapak rumah itu didirikan.

Bobohizan memasukkan benda-benda seperti garam, butang baju dan kayu
sapad ke liang tanah tempat tiang dipacakkan. Selepas itu Bobohizan akan merenjis air
disekitar kawasan tapak rumah sambil membaca mantera, ini bertujuan untuk
menghalau roh-roh jahat yang berkeliaran di tapak rumah tersebut yang dipercayai
akan mendatangkan malapetaka ataupun dalam bahasa kadazandusun 'kopizo' Tiang
akan dipacakkan jika tuan rumah termimpi baik, tetapi jika sebaliknya, maka tapak
tiang akan dialihkan sedikit dari tapak asal.

Apabila rumah sudah didirikan, Bobohizan akan dipanggil lagi dan kali ini
upacara 'momodu' atau memandikan rumah akan dijalankan. Bobohizan akan
membaca mantera sambil kaum lelaki akan menyalakan apai pada bambu yang
hujungnya dibungkus dengan getah (sikalap) dan membawa obor ini mengililingi
rangka-rangka atap rumah sambil bertempik sorak atau 'memangkis'. Ini bertujuan
untuk menghalau roh-roh jahat pembawa malapetaka.

Upacara ini biasanya disambut dengan keramaian dan para jemputan akan
dihidangkan dengan jamuan. Tuan rumah juga akan memjemput ketua keluarga yang
mempunyai ramai anak yang semua masih 'hidup', ke rumahnya dan meminta ketua
keluarga itu baring sebentar pada alas tidur tuan rumah. Ini dipercayai bertujuan
untuk menjemput rezeki yang berpanjangan kepada keluarga tuan rumah itu.

Sebulan selepas tuan rumah tinggal di rumah itu maka upacara 'momohontog
sisit' iaitu upacara menghormati tiang rumah akan diadakan ianya merupakan acara
keramaian seperti magagung, sumazau dan makan besar. Setahun selepas tuan rumah
tinggal di rumah baru itu, upacara magavau akan diadakan untuk memuja semangat
rumah.

12


Upacara ini biasanya disambut dengan keramaian dan para jemputan akan
dihidangkan dengan jamuan. Tuan rumah juga akan memjemput ketua keluarga yang
mempunyai ramai anak yang semua masih 'hidup', ke rumahnya dan meminta ketua
keluarga itu baring sebentar pada alas tidur tuan rumah. Ini dipercayai bertujuan
untuk menjemput rezeki yang berpanjangan kepada keluarga tuan rumah itu.

Sebulan selepas tuan rumah tinggal di rumah itu maka upacara 'momohontog
sisit' iaitu upacara menghormati tiang rumah akan diadakan ianya merupakan acara
keramaian seperti magagung, sumazau dan makan besar. Setahun selepas tuan rumah
tinggal di rumah baru itu, upacara magavau akan diadakan untuk memuja semangat
rumah.

Seminggu selepas magavau diadakan upacara Humabot pula menyusul,
upacara ini juga adalah upacara menghormati rumah dan ianya disambut dengan
meriah sekali. Tapai akan disediakan untuk menjamu jemputan yang datang.

Dalam upacara itu Bobohizan akan menjampi nasi untuk membuat tapai
kemudian meletakkanya diatas daun simpur. Air perahan nasi tapai itu akan diminum
dan nasinya pula dilontarkan ke dalam ketawai besar (bekas menyimpan padi), ini
adalah untuk memberi makan kepada semangat padi 'bambazon' makan. Kaum lelaki
juga akan melontarkan nasi tapai pada daun simpur itu ke dalam ketawai sambil
bertempik sorak (memangkis) .

Acara ini berterusan sehingga kesemua nas tapai yang diletakkan atas daun
simpur itu habis. Upacara Humabot diadakan setiap selang satu tahun selepas ia
diadakan dan lima tahun selepas rumah itu dihumi. Upacara ini juga merupakan
upacara keramaian iaitu makan besar dimana seekor kerbau akan ditumbangkan
sebagai sogit (korban).

Nenek moyang suku kaum ini mempercayai bahawa sekiranya upacara-upacara
menghormati rumah baru ini tidak dilakukan maka malapetaka pasti akan menimpa
keluarga yang tinggal dirumah baru itu, penyakit akan berleluasa, perkara-perkara
ganjil dan mengerikan akan terjadi dirumah itu seperti beratus-ratus ekor tabuan
(potizukon) akan mengelilingi rumah atau biawak akan tiba-tiba muncul dirumah baru
itu.

13


Bahasa

Bahasa ialah satu wahana perhubungan dan komunikasi antara manusia. Sebagai
keperluan sosial, bahasa adalah alat penting untuk menyampai maksud, ia juga sistem
lambang pertuturan yang arbitrari yang digunakan manusia sebagai alat untuk
berhubung manakala dialek ialah satu variasi bahasa yang ditentukan mengikut wilayah
dan ditutur bergantung kepada tempat seseorang itu dilahirkan (S.Nathesan, 1995).

Bahasa merupakan pengenalan dan asas perpaduan bagi semua kaum. Demikian
juga dengan kaum Kadazandusun yang mempunyai bahasanya sendiri iaitu Bahasa
Kadazandusun. Bahasa ini adalah identiti bagi sukukaum Kadazandusun. Sekiranya
lenyap bahasa maka sesuatu kaum itu juga akan pupus. Oleh itu, Bahasa Kadazandusun
ini haruslah dikembangkan dan dipelihara supaya tidak lenyap. Menurut Dr. Jacqueline
Pugh-Kitingan (1987) keluarga Dusun menggunakan empat belas bahasa pertuturan.
Antara bahasa Dusun ialah Liwan, Tagas, Dusun Tambunan, Tuhauwon dan Kuruyou.
Bahasa Dusun Liwan tertumpu di daerah Ranau.

Bagi mengembangkan dan memelihara bahasa ibunda kaum Kadazandusun ini
lenyap maka beberapa usaha telah diambil contohnya Bahasa Kadazandusun ini telah
mula diajar di beberapa buah sekolah rendah terpilih untuk projek perintis pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Kadazandusun.

Kurikulum Bersepadu Bahasa Kadazandusun Sekolah Rendah adalah untuk
memboleh murid menguasai kemahiran asas berkomunikasi dan memperolehi ilmu
serta menghayati dan membanggai bahasa itu.

14


Pendidikan di negeri Sabah berkembang dengan adanya satu lagi Bahasa diajar
dengan rasminya dalam sistem tertentu persekolahan sekolah rendah. Selain
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, beberapa badan dan pertubuhan lain juga
memainkan peranan penting dalam usaha pengembangan dan pemeliharaan
Bahasa Kadazandusun contohnya Kadazandusun Language Foundation ( KLF ),
Koisaan Cultural Development Institute ( KDI ), Persatuan Kebudayaan
Kadazandusun Sabah ( KDCA ), Perpustakaan Negeri Sabah ( PNS ).

Kadazandusun merupakan suku kaum yang terbesar di negeri Sabah.
Mereka menuturkan banyak dialek dalam bahasa Kadazandusun. Walaupun
terdapat perbezaan ini namun ianya masih dalam rumpun suku kaum
Kadazandusun. Dengan adanya pendidikan Bahasa Kadazandusun di sekolah
rendah kini, maka bahasa Kadazandusun ini akan dapat di mertabatkan dan
dikekalkan serta dapat dipelihara daripada pupus.

Makanan Tradisi

Makanan bagi sesuatu kaum merupakan identiti dan pengenalan bagi
sesuatu kaum. Terdapat banyak jenis makanan dalam masyarakat
Kadazandusun. Biasanya kita dapat melihat pelbagai jenis hidangan ini di musim
perayaan seperti Pesta Kaamatan yang dirayakan setiap tahun iaitu 30 dan 31
Mei.

Selain perayaan, biasanya suku kaum Kadazandusun yang tinggal di
kampung, masih mengamalkan cara masakan atau hidangan secara tradisional
ini. Kita juga dapat melihat dan merasa hidangan seumpama ini pada masa
upacara seperti perkahwinan dan majlis lain di adakan oleh suku kaum
Kadazandusun. Antara makanan tradisi yang terkenal di kalangan kaum
Kadazandusun ialah Hinava, Noonsom, Pinaasakan, Bosou, Tuhau, Sup Kinoring
Bakas (tidak halal) dan Sup Manuk Lihing. Makanan-makanan ini dapat
disediakan dengan pelbagai cara mengikut kebiasaan amalan tradisi kaum
Kadazandusun.

Sesungguhnya makanan tradisional bagi kaum Kadazandusun ini amat
berbeza dari kaum yang lain terdapat di negeri Sabah. Selain makanan ini lazat,
sudah tentu ianya juga mempunyai keunikannya yang tersendiri. Masyarakat
Sabah telah dianugerahkan dengan pelbagai jenis makanan. Ini adalah kerana
keadaan semulajadi bentuk muka buminya banyak membekalkan sumber
pencarian makanan.

15


Contohnya, laut dan sungai yang dibekalkan dengan pelbagai jenis ikan, udang dan
sebagainya, hutan rimba yang ditumbuhi dengan pelbagai jenis tumbuhan liar, herba,
buah-buahan dan didiami pelbagai jenis hidupan liar. Masyarakat tempatan Sabah
telah memperkenalkan pelbagai jenis makanan tradisi. Kebiasaan ini diamalkan oleh
lebih dari tiga puluh golongan etnik yang mana lebih dipengaruhi dengan cara hidup
dan keadaan persekitaran tempat tinggal etnik tertentu.

Masyarakat kaum Kadazandusun di Sabah telah mengamalkan cara pemakanan
Tradisi sejak turun-temurun dan masih diamalkan sehingga hari ini. Antara makanan
tradisi yang terkenal di kalangan kaum Kadazandusun ialah Hinava, Noonsom,
Pinaasakan dan Sup Manuk Lihing. Makanan-makanan ini dapat disediakan dengan
pelbagai cara mengikut kebiasaan amalan tradisi Kaum Kadazandusun.

1.HINAVA

Hinava merupakan makanan yang paling popular di kalangan kaum
Kadazandusun. Bahan yang diperlukan untuk penyediaan makanan ini ialah Isi ikan (
Ikan Tenggiri ) dihiris halus, biji buah bambangan yang telah diparut, cili merah, halia,
bawang merah , limau kapas dan garam.

16


2.NOONSOM

Noonsom lebih dikenali sebagai jeruk dalam Bahasa Melayu. Terdapat beberapa
jenis Noonsom yang telah diperkenalkan oleh Kaum Kadazandusun. Antara yang
paling popular ialah Noonsom Sada (Ikan), Noonsom Bambangan dan Noonsom
Tuhau.

Noonsom Sada - Ikan yang digunakan ialah jenis ikan air tawar, dibersihkan dan
dijeruk menggunakan isi buah Pangi (ditumbuk ), nasi dan garam. Campurkan kesemua
bahan dan diisi ke dalam bekas botol/tajau kecil dan biarkan selama sepuluh atau dua
belas hari sehingga boleh dimakan.

Noonsom Bambangan - Isi Buah Bambangan dihiris dan dicampur dengan biji
buah bambangan yang telah diparut dan sedikit garam. Apabila kesemua bahan
dicampurkan, isikan ke dalam bekas botol atau tajau kecil dan biarkan selama
seminggu sebelum dimakan.

Noonsom Tuhau - Isi Tuhau dihiris halus dan dijeruk dengan cuka, garam dan cili
merah. Apabila kesemua bahan telah dicampurkan, isikan ke dalam bekas botol dan
biarkan beberapa minit sebelum dihidangkan.

17


Muzik Tradisional

Kebanyakaan alat-alat muzik di Sabah dibuat daripada bahan-bahan asli.
Sebagai contoh, tongkungon, turali, suling (atau seruling), sompoton dan
togunggak diperbuat daripada buluh.

Alat lain seperti gambus, kompang dan gendang diperbuat daripada kulit
kambing. Gong dan kulintangan dibuat daripada kayu lembut dan menyerupai
gitar panjang bertali tiga yang dibuat daripada giman, sejenis gentian pokok
palma. Alat-alat muzik di Sabah, dikelaskan kepada ;
· Kordofon - (tongkungon, gambus,sundatang atau gagayan)
· Erofon - (suling, turali atau tuahi, bungkau dan sompoton)
· Idofon - (togunggak, gong,kulintangan) dan membranofon
(kompang,gendang atau tontog).

18


1. SOMPOTON (Erofon)




















Organ mulut merupakan alat yang sangat menarik di antara alat-alat musik
tempatan di Sabah. Ianya dibuat daripada sebiji buah labu yang kering dengan lapan

batang paip buluh yang disusun dalam dua lapisan.



Salah satu daripada paip ini tidak mempunyai bunyi dan berfungsi untuk
memperseimbangkan kedudukan bentuk alat tersebut. Dengan meniup atau menyedut

mulut labu, sipemain boleh menghasilkan satu bunyian harmoni yang merdu.



Beberapa kepingan kecil polod(seperti dalam Bungkau) diletakkan pada dasar
tiap-tiap tepian paip yang berbunyi. Paip tersebut dimasukkan ke dalam lubang pada
sisi labu kemudian ditampal dengan lilin lebah. Kepingan kecil polod diletakkan di dalam

labu dan menambah salun alat yang baru disiapkan.



Paip-paip buluhnya diikatkan bersama dengan rotan yang telah diraut nipis.
Semada memainkan sompoton, seseorang pemain menutup dan membuka tiga
daripada empat paip terpendek pada hujungnya dengan tiga jari tangan kanan dan tiga
lubang kecil pada dasar paip terpendek serta hadapan dan belakang paip yang lebih

panjang dengan jari tangan kiri.



Sompoton ini boleh dimainkan secara perseorangan untuk hiburan persendirian
atau dalam kumpulan untuk mengiringi tarian. Ianya popular di kalangan sukukaum

Kadazandusun.

19


2. TOGUNGGAK (idiofon)
Dikenali sebagai tagunggak di kalangan suku kaum Murut, Togunggak di

kalangan suku kaum Dusun/Kadazan atau 'Togunggu' di Penampang., idiofon
bambu paluan ini dimainkan dalam kumpulan untuk mengiring tarian atau
perarakan di pesta-pesta.


Satu set alat-alat muzik ini merangkumi enam (togunggu') hingga tiga puluh
(tagunggak) buah, bergantung kepada suku kaum. Muzik yang dikeluarkan

menyerupai satu set gong sesuatu kumpulan, dengan setiap idiofon diselaraskan
bunyinya mengikut gong sebenar yang dimainkan.

20


Pakaian Tradisi

Kadazandusun terkenal dengan kaum yang mempunyai banyak sub-etnik yang kaya dengan
budaya mereka sendiri. Oleh itu, setiap kaum dalam kadazan-dusun mempunyai

perbezaannya pakaian tradisionalnya yang tersendiri. Setiap etnik dalam kaum kadazan-
dusun ini mempunyai keunikannya yang tersendiri Contohnya pakaian tradisi bagi etnik
dusun bundu di Ranau dan Liwan di Tambunan adalah berbeza dengan pakaian tradisi bagi

etnik Lotud di Tuaran dan juga Kimaragang di Kota Marudu.



Pakaian ini biasanya dipakai dimusim perayaan seperti pesta kaamatan dan juga
upacara khas seperti perkahwinan. Kebiasaannya para gadis dari kaum Kadazandusun akan
memperagakan jenis pakaian tradisi ini apabila adanya pertandingan unduk ngadau kaamatan
di peringkat negeri Sabah. Antara perbezaan pakaian suku kaum kadazan-dusun ialah seperti

berikut: Pakaian tradisi suku kaum Kadazandusun kaya dengan keunikannya. Ini adalah
kerana, ianya berlainan diantara satu tempat dengan tempat yang lain. Setiap etnik dalam

kaum Kadazandusun ini mempunyai perbezaan dari segi pakaian tredisinya.



Contohnya pakaian tradisi bagi etnik Dusun Bundu di Ranau dan Liwan di Tambunan
adalah berbeza dengan pakaian tradisi bagi etnik Lotud di Tuaran dan juga Kimaragang di
Kota Marudu. Setiap etnik dalam kaum Kadazandusun ini mempunyai keunikannya yang

tersendiri.



Kebanyakan daripada mereka telah mengekalkan corak dan warna pakaian tradisi yang
asli. Warna yang amat popular ialah warna hitam. Warna ini banyak digunakan kerana pada
masa dahulu, penduduk asli negeri Sabah hanya bergantung kepada beberapa jenis tanaman

dan sayuran untuk dijadikan cecair pencelup kain.



Mereka hanya perlu menambahkan manik-manik berbagai jenis warna seperti merah,
oren, putih serta hijau sebagai perhiasan tambahan. Pakaian tradisi juga termasuklah manuk-

manik antik yang dijadikan kalung, tali pinggang, barangan antik berukiran berwarna perak
dan tali pinggang yang diperbuat daripada wang syiling dolar berwarna perak. Kesemuanya

ini merupakan khazanah turun-temurun yang sangat berharga serta tinggi nilainya.



21


Beberapa keterangan tentang pakaian tradisi suku kaum kadazansusun yang amat popular di
negeri Sabah;

1. Suku Kaum Kadazandusun Penampang

i. Ciri-ciri pakaian tradisi.
· Blaus tidak berlengan,berwarna hitam baldu untuk wanita(Sinuangga).
· Blaus berlengan pendek, berwarna hitam(baldu) untuk wanita petengahan umur
(Sinompukung)
· Blaus berlengan panjang untuk wanita golongan tua terutamanya
'bobohizan'(kinoingan).
· Kemeja berwarna hitam baldu, atau panjang untuk golongan lelaki.
· Sarong (tapi) panjang berenda 'siling', berwarna hitam
· Siga - pelbagai corak dan motif pada tenunan

ii. Perhiasan pakaian.
· renda 'siling' utama keemasan pelbagai corak.

iii. Barangan kemas
· Himpogot - wang syling berwarna perak.
· Tinggot - Tali pinggang berwarna perak diperbuat daripada wang syling dolar abad
awal 20-han.
· Tangkong - Diperbuat daripada leburan logam tembaga bercorakkan gong dan
berbentuk cincin (husau) yang disarungkan dalam lingkaran rotan yang halus.
· Gelang (gohong)
· Rantai leher (hamai)
· Anting-anting (simbong)
· Cincin (sinsing)
· Kerongsang berwarna keemasan

Bobohizan

Sinompukung Sinuangga

22


2. Rungus Di Kudat

i. Ciri-ciri Pakaian Tradisi
· Blaus berwarna hitam bercorak yang dipakai aras dada ke pinggang dipanggil
'Banat Tondu'.
· Sarong(Tapi Rinugading) hingga ke paras lutut sahaja.
· Kain hitam berukuran lebar 28-30 sm. Ia disarungkan ke leher lalu diletakkan di
bahu dan berjuntai ke lengan berbentuk pakaian berlengan.
· Baju Kemeja hitam berlengan pendek atau panjang untuk golongan lelaki.
· Siga

ii. Perhiasan Pakaian
· Kain bercorak, tenunan halus pelbagai corak.
· Cincin tembaga serta manik-manik antik disarungkan dalam 'togung ' menjadi
tali pinggang berwarna-warni yang dipanggil 'orot'.
· Manik-manik dipanggil " lobokon " digantung di pinggang.
· Sepasang selendang (pinakol) berukuran 6-8 sm lebar. Ia diperbuat daripada
manik-manik berunsurkan corak purbakala.

iii. Barangan Kemas
· Rantai leher (sandang) diperbuat daripada kulit kerang (Kimia) berwarna putih
berkilauan dan tulang haiwan.
· Sanggul (titimbok)
· 'Burambun' dan 'Giring' barangan antik yang diperbuat daripada logam emas
berbentuk loceng.
· 'Sisingal' - manik-manik serta kulit kerang diikat bersama membentuk rantai yang
diikat di bahagian dahi.
· Cebisan kain dijahit membentuk tocang (rampai) berwarna-warni, diikat di
tengkuk.

23


3. Murut Tagal Dari Daerah Keningau

i. Ciri-ciri Pakaian Tradisi.
· Blaus tidak berlengan ( sampayau pinongkoh ).
· Sarung ( tapi ) berwarna hitam paras bawah lutut. Keunikan Tenunan manik-
manik berwarna-warni dan bercorak secara melintang dan menegak di seluruh
bahagian depan dan belakang blaus serta sarung.

ii. Perhiasan Pakaian
· Manik-manik bercorak serta berwarna-warni seperti warna merah, putih, oren
dan hijau.

iii. Barangan Kemas
· Tali pinggang ( tirol ringgit ) yang diperbuat daripada wang syiling antik dolar
warna perak.
· Tali pinggang ( sukayan ) diperbuat daripada manik kristal berwarna merah /
coklat( sapulu ).
· Manik-manik warna biru ( botina ) dipakai ( berjuntai ) pada pinggang.
· Tali pinggang ( bungkas ) diperbuat daripada manik-manik yang berlapis-lapis
berwarna putih yang sukar didapati sekarang. Bungkas merupakan warisan
turun temurun ahli keluarga dan bernilai RM 10 000. 00.
· Rantai leher berwarna putih biru dan merah yang diperbuat daripada manik
dan ukiran kayu.
· Gelang tangan yang diperbuat daripada manik dipakai di atas paras siku.

Bungkas 24


Tarian Tradisional

Setiap etnik menunjukkan cara hidup mereka melalui muzik dan tarian. Tarian
Sumazau merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun yang terkenal di seluruh
Malaysia. Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti mengucap kesyukuran yang
berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan untuk menolak bala,
menyemah semangat, dan mengubati penyakit. Juga melaluinya ibu-bapa/keluarga
dapat menonton dan memilih bakal menantu yang berpotensi.

Irama Sumazau adalah perlahan. Alat alat pengiring tarian adalah set gong dan
gendang. Pasangan penari berhadapan dan menggerak-gerakkan kaki berlangkah kecil,
sementara tumit kaki diangkat-turunkan mengikut irama. Ketika menari tangan
dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti burung terbang. Biasanya Sumazau
ditarikan semasa hari keramaian majlis jamuan Pesta Kaamatan.Antara jenis tarian suku
kaum Kadazandusun di Sabah adalah sepeti berikut :

i. Liliput

· Liliput merupakan tarian bagi etnik Bisaya di daerah Beaufort. Liliput ditarikan
secara berpusing-pusing. Tarian ini biasanya ditarikan semasa upacara menghalau roh
jahat daripada badan seseorang dan mengembalikan semangatnya. Upacara ini hanya
akan ditamatkan setelah semangat orang itu kembali ke badannya.

ii. Mongigol Sumundai

· Mongigol Sumundai adalah tarian daripada daerah kudat dan Pitas yang
dipersembahkan oleh suku kaum Rungus . Kedua-duanya dipersembahkan oleh suku
kaum Rungus. Kedua-duanya dipersembahkan sekaligus semasa perayaan dan upacara
pemujaan semangat. Tarian ini ditarikan oleh 3 hingga 8 orang penari perempuan dan
diketuai oleh penari lelaki.
· Penari perempuan akan merapatkan bahu antara satu sama lain dan menggerakan
pergelangan tangan dengan langkah-langkah yang perlahan dan lembut. Pakian yang
digunakan oleh penari perempuan adalah pakaian tradisional suku kaum Rungus.
Tarian ini diiringi dengan 4 gong dan gendang yang dinamakan ' Tontog'.




iii. Paina

· Paina merupakan tarian suku kaum Kadazandusun dari daerah Membakut. Ianya

dipersembahkan semasa upacara kesyukuran terhadap semangat padi.

· Ia biasanya dipersembahkan oleh sekumpulan lelaki dan perempuan. Pakaian yang

dipakai oleh penari perempuan adalah serba hitam dengan dihiasi butang yang terang

dan menyerlah manakala penari lelaki pula memakai ' sigar ' di kepala dan ' sandai '

yang tergantung dari leher.

25


iv. Menangkuk
· Tarian ini dipersembahkan oleh kaum Kadazandusun Kota Marudu di utara
negeri Sabah. Ia biasanya ditarikan semasa perkahwinan dan upacara-upacara lain.
Penari akan mempersembahkan tarian ini dengan menggunakan piring yang
diletakkan di atas telapak tangan.
· Tarian ini ditarikan dengan melenggangkan punggung tanpa menjatuhkan piring.
Sekiranya piring itu jatuh, ianya menunjukkan petanda yang buruk, terutamanya
semasa tarian ini dipersembahkan semasa hari perkahwinan. Kadang-kadang lilin
yang dinyalakan akan letakkan diatas piring tersebut untuk membuatkan tarian itu
lebih menarik.
v. Mogunatip
· Mogunatip adalah tarian yang dipersembahkan oleh kaum asli dari pedalaman
Sabah termasuk kaum Kadazandusun dari Tambunan, Kwijau Dusun dari Keningau
dan beberapa kumpulan daripada suku kaum Murut. Mogunatip diambil daripada
perkataan "atip" yang bermaksud menekan antara dua permukaan.
· Penari mogunatip memerlukan kemahiran dan ketangkasan yang baik untuk
menari melintasi buluh yang dipukul serentak untuk menghasilkan bunyi dan irama
tarian tersebut. Tarian ini merupakan tarian yang dipersembahkan semasa upacara-
upacara yang tertentu untuk menghormati tetamu.

26


Perayaan

Pesta Kaamatan
Pesta Kaamatan (Menuai) disambut oleh Kadazandusun sebagai meraikan tuaian

baik, tetapi Pesta Kaamatan juga disambut oleh semua kaum lain Sabah. Pesta
Kaamatan disambut sepanjang bulan Mei walaupun perayaan ini hanya pada 30 dan 31
Mei. Kemuncak perayaan Kaamatan adalah peraduan ratu cantik atau unduk ngadau,
tarian tradisi, dan upucara kemuncak yang dijalankan oleh Bobohizan "ketua pendita"

Pesta Kaamatan bagi kaum Kadazan juga dikenali sebagai 'Tadau Ka'amatan'
dalam bahasa Kadazandusun. Kadazan percaya kepada makhluk halus dan dipercayai
terdapat lima makhluk halus: Kinoringan(Ketua makluk halus & Pencipta),
Rusod(semangat semua benda hidup kecuali manusia), Koududuwo (semangat
manusia), Tombiruo (semangat orang yang telah meninggal), dan Rogon (semangat
jahat).

Menurut kepercayaan Kadazan, semangat padi merupakan Kinoingan
(Kinorohingan dalam dialek Dusun) yang dikenali sebagai Bambaazon, disembah sebagai
pencipta dan berkuasa sumber kepada kewujudan. Semangat padi Bambaazon
dimuliakan pada pokok padi, beras, dan nasi. Ramai yang mempercayai bahawa "Tanpa
padi, tiada kehidupan."

27


Ketika pesta Kaamatan, penduduk Sabah mengenakan pakaian tradisi mereka dan
bersuka-ria. Selain menari Sumazau dengan alat muzik tradisi, tapai (arak beras)
dihidangkan sebagai minuman istimewa. Penduduk Sabah akan menyapa sesama
mereka dengan ucapan 'Kopivosian Tadau Ka'amatan' atau 'Selamat Hari Menuai'. Pesta
Kaamatan atau di dalam bahasa kadazan "Magavau" ini merupakan upacara perayaan
khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan
secara tradisi kaum kadazandusun sejak zaman berzaman.

Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi. Pesta
Kaamatan yang kita rayakan dewasa ini telajh diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan
Koloni sebagai Cuti Umum sejak tahun 1960 lagi. Beliau yang bertanggungjawab untuk
mengusulkan agar Pesta Kaamatan ini diisytiharkan sebagai Cuti Umum ialah
Allahyaraham YAB Tun Haji Mohamad Fuad Stephens, SMN, PSM. SPDK, PNBS, bekas
Ketua Menteri Sabah yang pertama.

Asal Usul Magavau
Terdapat banyak sebutan perkataan Magavau ini mengikut dialek dan lokasi suku

kaum Kadazandusun. Walau bagaimanapun ianya tetap membawa maksud yang sama.
Menurut cerita lisan, Kinoingan ( Tuhan ) dan isterinya Suminundu mempunyai

seorang anak perempuan yang bernama Huminodun. Untuk menyelamatkan orang-
orang Kadazandusun daripada kebuluran kerana tidak mempunyai makanan yang
mencukupi, maka Kinoingan terpaksa mengorbankan anak kesayangan mereka
Huminodun. Huminodun dibunuh dan mayatnya dikubur menurut adat istiadat
selengkapnya. Kononnya, mayat Huminodun itu telah mengeluarkan berjenis-jenis benih
tumbuhan yang menjadi makanan utama kepada kita sekarang. Salah satu benih
tumbuhan itu ialah padi.

Oleh kerana sebahagian dari mayat Huminodun itu mengeluarkan benih p adi,
maka wujudlah kepercayaan bahawa padi itu mempunyai semangat yang diberi nama
"Bambazon".Bermula dari kejadian inilah orang-orang Kadazandusun memulakan
upacara Pesta Kaamatan ( Pesta Menuai ) seperti yang kita rayakan dewasa ini. Perayaan
seumpama ini mengharapkan agar rezeki yang akan datang bertambah baik dan
lumayan. Upacara penghormatan terhadap semangat padi yakni padi-padi yang selesai
dituai dan telah selamat dimasukkan ke dalam ketawai ( Tangkob ) iaitu bekas tempat
menyimpan padi.

Selain itu, perayaan Pesta Kaamatan ini juga mengingatkan kita akan rasa
penghargaan dan penghormatan masyarakat Kaum Kadazandusun akan Penciptanya (
Kinoingan ) yang sanggup mengorbankan anak kesayangannya Huminodun untuk
menyelamatkan orang-orangnya supaya tidak mati kebuluran.

28


Lagu - lagu Pesta Kaamatan

Kasaakazan Do Bambaazon
Toun haid tumahib
Au opiumanan
Toun vagu noikot no gontob
Tadau kalamazan

Chorus:-
Kotobian do Toun Vagu
Doid songovian
Ada tokou pogivovogu
Ondomo kovosian
Kanou no manaandak Mohoing dazanak
Tadau tagazo do Kaamatan
Kinasakazan Bambaazon

Chorus:-
Kotobian om kounsikaan
Hasa sopiampun
Miiso doid kasanangan
Ingkaa daa tikid toun

Chorus:-
Misompuru Id Koubasanan
Osodu noi koniab , Gontob tanong di aki,
Natalup no i ralan, Nantadon tulun tokou,
Upus nu om upus ku, Koubasan gulu-gulu,
Orubat au poinsurat tungkusan sinakagon

Chorus:-
Tobpinai kanou pogi,
Mi-iso id koubasanan,
Mogiampun-ampun tokou ,
tumabi toiso-iso
Misompuru id koubasanan
Tadau do kaamatan, tadau do koubasanan,
Pogirot piombolutan, tukad do ingkokoton,
Soira po wagu tokou mamasi koubasanan,
Miobpinai toiso-iso, iso rikoton tokou.

29


Kesimpulan

Masyarakat pelbagai etnik dan kebudayaan hidup dalam keadaan yang harmoni dan
saling bantu membantu antara satu sama lain adalah merupakan keunikan bagi negeri
Sabah. Masyarakatnya hidup dalam keadaan kepelbagaian budaya dan menarik
perhatian ramai pelancong luar ke negeri ini.

30


Click to View FlipBook Version